Buah kuini jatuh tercampak,
Jatuh menimpa bunga selasih,
Biar bertahun dilambung
ombak,
Tidak ku lupa pada yang
kasih.
Malam itu Tengku Farid terlambat sedikit ke rumah
Nur Jannah, kerana Diana merengek-rengek tidak mahu dihantar kerumah datuknya Tengku
Faizal. Sudah sebulan hidupnya terkongkong. Memandangkan usia kandungan Diana
sudah memasuki bulan kelapan, dia terpaksa duduk dirumah datuk dan nenek
suaminya ketika giliran suaminya dirumah madunya NurJannah. Ini untuk
memastikan keselamatannya terjaga. Sudah sebulan Tengku Farid menjalani rutin
giliran seperti yang telah dipersetujui dalam perbincangan dirumah Tengku
Khalidah tempuh hari. Terfikir juga didalam kepala Diana jika dia tahu keadaan
akan begitu, dia lebih rela keluarga suaminya atau keluarga madunya tidak tahu
dia adalah isteri Tengku Farid. Bagi Diana keadaan sekarang ini tidak
mendatangkan faedah langsung pada dirinya.
Dahulu dia
mempergunakan kelemahan suaminya yang tidak membenarkan dia kekelab malam. Dia
akan mengugut suaminya, jika suaminya kerumah isterinya yang satu lagi dia akan
keluar kekelap malam bersama kawan-kawannya. Kerana ugutan itu setiap malam dia
dapat bersama suaminya. Tetapi setelah keluarga mereka tahu, suaminya
diwajibkan mengadakan giliran, untuk dia berlaku adil, leceh betul fikir Diana.
Apa tidaknya, kalau giliran suaminya kerumah Nur Jannah driver datuk suaminya
akan menjemputnya ditempat kerja pada pukul lima setengah petang. Tidak ada
peluang langsung untuk dia berlengah-lengah dengan kawan-kawan. Sampai dirumah
pula dia akan mandi, kemudian dia akan
terperuk di dalam bilik hinggalah waktu Magrib. Selepas waktu Mangrib nenek suaminya
akan mengetuk pintu biliknya pula untuk makan malam. Selepas makan malam dia
duduk lagi di biliknya hingga sampai waktu pagi esoknya. Itulah rutin kehidupan
Diana jika di rumah datuk dan nenek suami nya. Diana bukan jenis orang yang pandai
menyesuaikan diri pada keadaan sekeliling, walau pun nenek suaminya berusha
beramah mesra dengannya, tapi Diana lebih suka memerap didalam bilik. Dia tidak
suka ditanya itu dan ini oleh orang tua itu. Baginya soalan-soalan orang tua
itu tidak relevan dan seperti soalan orang bodoh sahaja.
“Diana marilah duduk kat depan ni..boleh kita
cerita-cerita sikit..kalau tak pun kita tenguklah tv sama-sama.” Tengku Faridah
cuba untuk kenal rapat dengan Diana. Sementalah Diana sudah menjadi isteri
cucunya.
“Tak apalah grandma saya penatlah hari ni.” itulah
jawapan Diana yang tidak mesra alam langsung, bila nenek suaminya mahu berbual
dengannya. Setelah dua tiga kali diajak berbual dan hanya itu jawapan Diana
lama kelama Tengku Faridah membiarkan sahaja perlakuan Diana.
Ingatkan dapat keistimewaan jika dia di perkenalkan
dengan keluarga suaminya, ini tidak semakin menyiksa adalah. Dapat berjumpa
suaminya pula kena berselang seli... Ahh lebih baik macam dulu, tiap-tiap malam
suaminya ada menemaninya dan dia boleh buat apa yang dia suka. Sesekali dapat
juga dia berjumpa kawan-kawan dan pergi ke kelab atau pub. ‘Ahhh bencinya’ jiwa
Diana memberontak.
Kalau waktu bekerja pula Diana akan dikejutkan
pada pukul enam setengah pagi, oleh nenek suaminya. Dia mengejutkan Diana awal
supaya Diana dapat solat subuh dan megemas katil tidurnya. Dia juga diwajibkan
minum pagi bersama mereka sebelum ke tempat kerja pada pukul lapan pagi. Sedangkan
kalau di rumahnya sendiri pukul lapan pagi dia baru bangun dari tidurnya. Mandi
lebih kurang dan bersolek, terus pergi kerja tak payah bersusah payah mengemas
katilnya. Mulalah Diana mencari jalan untuk melepaskan dirinya.
Pakaian
Diana juga di kawal oleh Tengku Faridah. Dia tidak suka cara pemakaian Diana yang
menampakkan belahan dada dan ketiaknya. Pakaian yang biasa dipakai oleh Diana
di anggap terlalu seksi oleh orang tua itu. Tengku Faridah membelikan Diana
beberapa pasang pakaian mengandung untuk Diana dibeberapa butik terkenal.
Walaupun pakaian itu dari kain yang
bermutu tetapi Diana merasa rimas dan panas, kerana bagi terlalu tertutup itu
kata hatinya. Dahulu bukan tidak pernah suaminya menegur cara Diana berpakaian
tetapi Diana akan melenting dan memasamkan muka. Muncungnya mahu seharian.
“Diana, pakailah baju yang ada lengan sikit, tenguk dada you macam nak
tunjuk orang lurah you tu.” tegur suaminya pada suatu hari, bila dia melihat
baju yang di pakai oleh Diana agak seksi hinggakan menampakkan belahan di dadanya.
“You ni tak fahamlah Farid... I tengah mengadung panas lah.”
“I tenguk Jannah tu tak panas pun, lagi dia pakai tudung.”
“You ni tak ada nama lain nak sebut ..’Janah..Jannah’,I
bencilah,I benci I benci you tahu tak.” Itulah yang dijeritkan oleh Diana
ditepi telinga suaminya...suaminya hanya diam tak terkata, kemarahan Diana
mencapai, mahu melebihi 100% jika dia menyebut nama Nur Jannah.
‘Sebetulnya Diana ni mengandung ke
tak mengandung ke sama saja, memang selalu nak tayang harta di badan dia, macam
dia sorang yang ada..’, getus hati Tengku Farid.
======================================================
Ketika Tengku Farid sampai di muka pintu pangsapuri
Nur Jannah, dia mendengar suara riuh di dalam rumah. Tengku Farid menganggarkan
ada lebih dari dua orang dan kedengaran ada juga suara lelaki didalam rumah
isterinya. Ketika dia hendak membuka pintu Tengku Farid terdengar rungutan
Tengku Khlidah terhadap dirinya. ‘Oh nenda’ tangan yang hendak membuka
pintu menggunakan kunci di tanganya di tarik kembali. Dia mencuri dengar apa
yang di katakan oleh orang-orang di dalam rumah bersama Nur Jannah. Dia juga
terdengar Nur Jannah memanggil seseorang dengan panggilan mama datuk nenek dan
nenda, tentu keluarga Nur Jannah yang datang menziarahinya. Kemudian dia turun ke keretanya semula. Setelah mendengar
rungutan Tengku Khalidah, dia akan berusha mencari waktu yang sesuai untuk
membawa Nur Jannah pindah kebunglo hadiah perkhawinan dari datuknya. Tengku
Farid mahu menerima permintaan Diana yang mahu membawa mommynya tinggal dikondo
mereka sehingga dia bersalin. Mungkin ini adalah jalan yang dilorongkan oleh
Allah utnuk dia berpindah kerumah baru..
Rumah banglo yang didalam benak Tengku Farid itu adalah
hadiah dari datuknya Tengku Faizal sempena
perkahwinanya dengan Nur Jannah. Sudah siap pembinaanya dan telah pun siap
dihias lengkap dengan perabutnya sekali. Segala hiasan dan perabutnya
ditentukan oleh cita rasa datuk dan nenek Tengku Farid tampa pengetahuan Nur
Jannah dan juga keluarganya. Tengku Farid bercadang berpindah pada hari Sabtu dan Ahad masa giliranya di rumah Nur Jannah nanti. Kebetulan pula
Diana bercadang untuk pulang kekampung pada petang hari Jumaat minggu itu juga.
Diana akan pulang keMelaka mengambil mommynya untuk tinggal bersama mereka.
Selepas dia menghantar Diana dia akan bermalam semalam diMelaka. Awal pagi
Sabtu dia akan kembali semula keKuala Lumpur untuk melaksanakan rancanganya.
Itu yang ada difikiran Tengku Farid. Hatinya berbunga riang mengenangkan
masaalahnya dengan Diana telah mendapat jalan penyelesaian.
Hampir pukul sepeluh setengah malam, Tengku Farid
melihat dari keretanya Tengku Khalidah, Mak Milah, seorang wanita dan empat
orang lelaki yang tidak dikenali menuju ke kereta masing-masing. Apabila kereta
Tengku Khalidah meluncur pergi, Tengku Farid naik semula ke rumah isterinya Nur
Jannah. Dia memberi salam dan membuka pintu rumah dengan kunci yang ada
padanya.
“Assalamualaikum..” ketika itu Nur Jannah sengaja
duduk di ruang tamu menunggu kedatagan suaminya. Bingkas bangun Nur Jannah
menghampiri pintu bila mendengar suara suaminya memberi salam.
“Waalaikumsalam..” Nur Jannah menarik dan mencium tangan suaminya seperti biasa.
“Abang dah makan…jomlah kita makan kalau dah kenyang rasalah sikit.” Nur
Jannah menarik tangan suaminya untuk kedapur sebetulnya perutnya sudah lapar. Ketika
Nur Jannah mengambil pinggan untuk diri dan suaminya datuk muncul di muka pintu
dapur.
“Assalamualaikum..” datuk memberi salam, Tengku Farid terkejut mendengar
suara lelaki serta merta dia memusingkan badannya menoleh kearah pintu dapur di
belakangnya.
“Waalaikumsalam” jawap Tengku Farid dan Nur Jannah serentak.
“Oh.. abang ini atuk Jannah...baru sampai petang tadi dengan nenek dari
kampung. Nenek dah tidur tuk?” Tanya Nur Jannah kepada datuknya, Tengku Farid
bangun dan menghulur tangan untuk
bersalaman dengan datuk dan mencium tangan datuk Nur Jannah.
“Maafkan Farid tuk selama ini tak pernah Farid menziarahi datuk dan nenek
di kampung”.
“Tak mengapa...atuk pun minta maaf kerana masuk rumah kamu tampa izin dulu
dari kamu.” ketika itu nenek juga muncul ke ruang dapur.
“Haa ini nenek kamu.“ kata datuk memperkenalkan isterinya kepada suami cucunya,
Tengku Farid menghulur tangannya lagi untuk bersalaman pula dengan nenek Jannah
dan mencium tangannya.
“Kamu makanlah.. Jannah pun belum makan lagi, tadi kata dia tunggu kamu
datang.” kata nenek Nur Jannah, Tengku Farid menoleh kearah Nur Jannah.
“Lain kali tak payah tunggu abang, makan saja...kalau abang tak datang tadi
tentu Jannah lapar.”
“Biasanya kalau abang tak datang.. abangkan telefon bagi tahu.”
“Oh ye..jom lah kita makan, abang pun belum makan lagi, marilah kita makan
atuk, nenek” Tengku Farid berbasa basi mengajak mereka makan sekali.
“Kami dah makan tadi, lepas Magrib.” datuk Ibrahim dan isterinya masuk semula ke bilik yang di sediakan oleh cucunya
tadi. Dimeja makan Nur Jannah suami isteri menikmati hidangan dari kampung dengan penuh selera. Masak
lemak pucuk ubi, ikan puyu goreng belada, pucuk paku goreng bersama belacan dan
cili padi dan dua ketul ayam goreng.
“Malam ni semuanya pedas bang..dan semuanya masak kampung.. abang ok tak
ni? Kesian
Jannah tenguk abang sedeh sangat dia makan pedas”. isterinya menegur bila
melihat hidung suaminya sudah berair. NurJannah menghulurkan kota tissu kearah
suaminya..
“Tapi sedap Jannah siapa yang masak ni.” Suaminya sudah menarik dua tiga
helai tissu untuk mengelap air hidung yang mula meleleh.
“Hari ni ramai yang masak..masak lemak pucuk ubi dan goreng belada ikan
puyu ni nenek bawa dari kampung, ayam goreng ni mama Jannah yang masak.”
“Ni sayur yang pedas ni dan ikan ni sedap Jannah, dagingnya manis..esok
boleh beli lagi kat pasar.”
“Ikan ni ikan puyu rasanya kat pasar susah nak jumpa..ini atuk yang pancing
kat sungai dan yang ini sayur pucuk paku..kalau kat pasar biasanya banyak
batangnya saja..nak dapat daunnya sikit sangat..Jannah tak berapa suka batang
kerana berlendir sikit.”
“Ohh macam tu.. kalau nak makan nampaknya... terpaksalah kita balik kampung..”
mereka makan sambil berbual..Nur Jannah tidak bertanya mengapa suaminya lambat
sampai tadi. Baginya kemunculan suaminya sudah memadai bagi dirinya. Selesai
makan dan berkemas mereka menuju keruang tamu.
“Bang tadi mama dengan keluarga dia datang...katanya mereka dah pindah kesini..
sebab papa kena tukar kerja kat sini, buat masa ni mereka tinggal di Bangsar.” Nur
Jannah bercerita berkenaan kedatangan keluarga mamanya tadi, setelah mereka
duduk di ruang tamu. Suaminya hanya mendiamkan diri sambil tersenyum..kerana
tidak tahu apa yang hendak di perkatakan tapi dia melihat kegirangan di wajah
isterinya.
“Jannah rasa bahagia sangat..dapat juga jumpa mama yang melahirkan Jannah.”
“Alhamdulillah...Jannah suka lah ni.”
“Bahagia sangat..atuk, nenek dan abang ada di sisi Jannah sekarang
ni...entahlah sejak Jannah mengandung ni Jannah rasa hidup Jannah makin hari
makin bahagia...bertuah anak abang ni.”
“Abang pun rasa bahagia sangat bila bersama Jannah...betullah anak kita
membwa bahagia pada kita Jannah”.
=============================
Di banglo Tengku Khalidah, walaupun hari sudah
semakin larut mereka masih belum tidur lagi.
Dari dirumah Nur Jannah lagi Tengku Khalidah beria-ia benar memujuk agar
anak dan menantu singgah ke rumahnya. Serasanya dia tidak boleh berpisah lagi
dengan anak yang baru muncul semula dalam hidupnya. Timbul dibenak Tengku
Khalidah rasa takut akan kehilangan anaknya lagi. Mereka berbual di ruang tamu.
“Razlan, Hana sekarang ni kamu duduk di mana?” soal Tengku Khalidah
menyelidik.
“Kami baru saja pindah sini, tinggal dan menyewa di Bangsar...” cerita
Tengku Raihana.
“Emak, ayah kamu orang mana Razlan”.
“Kami orang Pulau Pinang. Ayah dah lama meninggal masa anak kami dua orang
lagi.. tapi emak baru dua tahun lepas meninggal. Selama di Pulau Pinang kami
tinggal bersama emak.”
“Adik beradik kamu berapa orang?”
“Kami tiga beradik saja. Tak lama lagi kakak saya sekeluarga yang berniaga
di Dubai akan balik.. nak duduk Malaysia. Katanya dia dah tua nak merasa duduk
di Malaysia pula. Jadi rumah emak yang kami duduk dulu, dia yang akan duduk,
mungkin akhir tahun ini baliklah dia”.
“Kamu anak yang keberapa,Razlan.”
“Saya anak yang bungsu, kakak saya tu anak yang kedua..saya ada abang duduk
tidak jauh dari rumah emak saya tapi dia dah ada rumah sendiri.”
“Ohh..macam tu..Hana tak kerja selama ni?”
“Hana kerja sebagai pensyarah di kolej swasta bonda..tapi bila pindah sini
Hana berhenti sekejap sebab nak uruskan anak-anak dulu..nanti kalau semuanya
dah berjalan lancar baru nak cari kerja balik.”
“Hana… abang rasa Hana tak payah
kerja lagilah ..abang kerja seorang pun ok.”
“Hana… bukan apa bang kalau keputusan SPM Helmi dah keluar nanti.. tentu
dia nak pergi belajar lagi. Yang dua
orang lagi tu buka sekalah ni dah masuk asrama. Nanti Hana tinggal seorang kat
rumah, boringlah.”
Razlan,Hana boleh tak tinggal kat sini. Bonda pun tinggal berdua saja
dengan Mak Milah. Bonda teringin duduk ramai-ramai dengan anak, menantu dan
cucu-cucu. Kesiankanlah bonda ni Hana, bonda ni tak ada anak lain selain
kamu…Hana tak sayang bonda ke...tinggalkan bonda terlonta-lonta sendiri.”
bergetar suara Tengku Khalidah meluahkan isi hatinya. Dia sudah tidak dapat
berpisah dengan anaknya lagi, takut ditinggalkan seperi dulu.
“Jangan cakap macam tu bonda..Hana sayang bonda, hanya Hana tidak sanggup
menurut kehendak bonda. Kalau Hana tak lari dulu, Hana akan jadi macam
Jannah...Hana tak sekuat Jannah, walaupun Hana tak ada pilihan hati masa
tu..tapi Hana kenal siapa Faris Ikhwan bonda.” Raihana menghampiri Tengku
Khalidah sambil memegang lutut bondanya.
“Bonda dah sedar sekarang..bonda takkan memaksa kamu atau cucu-cucu bonda
lagi. Maafkanlah bonda Hana. Hanya bonda merayu pada kamu Hana, Razlan duduklah
sini, ..rumah ni besar bilik ada lima, duduklah sini.” sedih benar suara Tengku
Khalidah mengharap. Akhirnya mereka setuju tinggal bersama. Gembira tak terkira
Tengku Khlidah tidak di sangkanya anaknya muncul kembali dengan membawa tiga
orang cucu lelaki.
“Hana,Razlan kalau bonda tak cerita malam ini rasanya bonda tak boleh
tidur. Boleh tak malam ni kita tidur lewat sikit, biar kita selesaikan masaalah
kita. Suruh anak kamu tidur dulu, lagi pun esok hari minggu boleh bangun lewat
sikit.” Tengku Kalidah ingin menghuraikan segala yang terbuku di hatinya. Dia
memanggil Mak Milah untuk menunjukkan bilik untuk cucu-cucunya, malam itu
Tengku Raihana sekeluarga tidur di rumah bondanya.
“Razlan.. bonda mintak izin dengan kamu bagilah Hana tolong bonda
menguruskan perniagaan bonda ini, bonda ni rasa macam dah tak berapa kuat nak
menguruskannya seorang diri”.
“Sebenarnya saya tak kisah Hana nak buat apa... bonda tanyalah Hana
sendiri”.
“Kamu macamana Hana…kesiankan lah kat bonda ni. Hana..dulu memang bonda
harapkan Jannah tolong bonda, itu sebabnya bonda ambil dia dari kampung dan
bonda masukan dia ke kolej ambil kursus “Pengursan Perniagaan” dia dah ada
diploma pun... tapi dah jadi macam ni
bonda kesin pula, bonda bercadang kalau kandungan Jannah dah masuk lapan bulan
bonda nak bagi dia cuti”.
“Macamana pandangan kamu Razlan, Hana. Tapi... Hana pula kenalah tolong
bondalah”.
“Elok juga macam tu..saya setuju. Saya kesian juga tenguk Jannah, kesian
dia.. sedehnya dia simpan seorang diri, dia tak cakap pun dengan datuk atau
neneknya, kuat betul dia.” Razlan memberi sokongannya.
“Bonda pun macam tu itulah bonda rasa bersalah sangat pada Jannah”.
“Tak apalah......apa yang berlaku mungkin ada kebaikkan untuk Jannah bonda, kita bagilah
sokongan dari belakang”. Sambung Razlan lagi memberi sedikit pandangan agar ibu
mertuanya tidak menyalahkan dirinya lagi.
“Ialah kita doakan yang terbaik untuk Jannah. Buat masa ni kalau boleh biar
dia tumpukan pada rumahtangga dan anak dia dulu. Satu lagi Razlan ,Hana anak
kamu yang besar tukan tengah tunggu SPM, buat masa ini biarlah dia bantu
kerja-kerja Jannah boleh tak?”.
“Hana setuju juga, sebab bila sekolah di buka semula nanti Helmi tu nanti
tak ada kawan, adik dia yang dua orang tu duduk asrama, lagi pun ada juga
sesuatu yang boleh dijadikan pengalaman
sepanjang dia bercuti ni”.
“Abang setuju juga.” Razlan menyetujui pandangan isterinya.
“Bonda anak kami yang tua dia UK ambil medic, baru setahun dia disana, yang
Helmi tu nombor dua”.
“Ohh..ramainya cucu bonda, yang di sana tu laki-laki ke perempuan.” makin
lebar senyum Tengku Khalidah mendengar ada seorang lagi cucunya.
“Lelaki juga bonda…alhamdulliah ada
Jannah dapat juga saya merasa ada anak perempuan”. Sambung Razlan.
“Alhamdullilah..dah ramai orang
lelaki dalam keluarga kita Hana. Bonda bersyukur sangat anak kamu lelaki
semuanya. Sebetulnya bonda berdoa semoga anak Jannah lelaki, tapi sekarang dah
banyak cucu lelaki bonda. Anak Jannah lelaki ke perempuan bonda dah tak kisah.
Oh ya kalau kita ada masa nanti kita buatlah satu lagi bilik.. senang kalau
anak kamu yang diluar negeri tu balik dah ada bilik, jadi dapatlah anak kamu
sorang satu bilik selesa sikit.” hati
Tengku Khalidah berbunga riang. Sudah timbul berbagai rancangan dikepala Tengku
Khalidah.
“Razlan,Hana dah pukul dua ni kamu mesti penat, tadi dari kampong Jannah
kan.. pergilah tidur bonda dah senag hati
bonda pun nak tidur ni. Itu satu
lagi bilik kosong masuklah.” Tengku Khalidah bangun menuju biliknya.
Betapa
gembiranya Tengku Khalidah. Tidak pernah membayangkan dia akan mendapat
semula anaknya yang menghilangkan diri. Bertambah lagi ahli keluarganya bukan
seorang pulak tu, tapi empat orang cucu dan seorang menantu. Ditambah lagi
dengan persetujuan Tengku Raihana untuk membantu menguruskan perniagaannya dan
tinggal bersamanya. Berganda-ganda kegembiraan Tengku Khalidah. Sambil
merebahkan badannya di katil bibirnya menguntum senyuman tidak putus-putus.
Sudah terbayang di ruang matanya kemeriahan hari-hari yang bakal di laluinya.
Tidak berhenti dia besyukur kepada Allah dalam hati. Tidak penah dia merasa
selapang ini dadanya. Serasa tidurnya malam ini lah yang paling lena. Mimpinya
juga mimpi bahagia. Sesungguhnya tidur Tengku Khalidah malam ini dalam senyuman
kebahagiaan.
=======================
Kini sudah dua minggu keluarga Raihana berpindah
dan tinggal bersama bondanya. Sudah duduk bersama barulah Tengku Khalidah
percaya akan kebahagian keluarga anaknya. Dia bersyukur anaknya mendapat suami
yang penyayang dan anak-anak yang ceria. Tengku Raihana tidak memanjakan
anak-anaknya dengan kesenangan. Setiap hari Sabtu dan Ahad, di suruhnya Mak
Milah bercuti dari membuat dari kerja-kerja rumah. Dia akan mengarahkan
anak-anaknya membasuh bilik air, menyapu sampah dan mengelap kipas atau tingkap.
Dia pula akan memasak untuk makan mereka sekeluarga. Di waktu petang pula
mereka sekeluarga akan mengemas halaman rumah dengan memanam pokok bunga
mengembur tanah dan membaja pokok bunga yang ada. Sungguh mesra mereka
sekeluarga, kagum Tengku Khalidah menyaksikan keharmonian keluarga anaknya.Pagi
itu...
“Fadli cepat tolong abang Kamal kamu menyapu tu..kalau buat dua orang cepat
siap.” Tengku Raihana mengarah anak-anaknya.
“Kenapa mama tak suruh abang Me. Mama sayang abang Me lebih ye..” Fadli
membantah.
“Sayang mama pada anak sama rata..Fadli tak nampak ke abang Me kan tengah
tolong mama masak ni.. kalau tak nanti lambat pulak kita minum pagi ni.”
Mamanya memberi penerangan, mahu tidak mahu dia terpaksa juga menuruti arahan
mamanya, kalau tidak mereka sekeluarga akan lambat sarapan pagi itu.
“Bukan mama beri abang Me lebih manja ke?” Fadli masih tidak berpuas hati
diatas arahan kerja mamanya.
“Nak manja apanya..sayang..kan tangan Fadli tu tak boleh kena air kerang ..nanti
gatalnya mahu satu hari.” Razlan pula menginagatkan anak bungsunya.
“Ali..abang Me ni manja-manja tak mainlah.. kau tulah kalau makan kerang
lebih dari orang kopek kerang tak boleh.” Helmi bersuara juga mendengar suara
tidak puas hati adik bungsunya, tapi tangannya masih ligat megopek kerang.
Ketika itu nendanya masuk ke dapur.
“Kesihan anak kamu kecil lagi dah
suruh buat kerja rumah Hana.”
“Tak apalah bonda...nanti dia tak tahu nak menolong...biar dari kecil dia
buat kerja, lama-lama biasalah dia.” Razlan menyokong tindakkan isterinya. Dia
juga sama kedapur menyusun pinggan dan cawan untuk minum pagi itu. Sambil itu
dia memerhati anak-anaknya mengikuti arahan mamanya.
“Kamu masak apa hari ni Hana.”
“Kita makan keuh teaw goreng perencah kerang hari ini bonda...kemudian kita
goreng karipap yang kita buat malam tadi..itu kak Milah tengah goreng karipap
tu.” Sambil berbual laju tangan Tengku Raihana membuat kerja. Setelah siap
semuanya mereka menjamu selera tidak terkecuali kak Milah pembantu rumah mereka.
“Pandai kamu masak Hana.” puji
bondanya.
“Hana belajar dari dua orang mak mentua bonda..lagi pun abang tak suka
makan kat luar”.
“Dulu sekali saya keracunan makanan
bila makan diluar, teruk juga sampai dua hari cirit beret dan
muntah-muntah..lepas tu rasa serik nak makan diluar.” Cepat sahaja Razlan
menerangkan kenapa dia tidak suka makan diluar. Mereka makan sambil
berbual-bual. Didalam hati Tengku Khalidah sangat bersyukur dengan kehidupan
yang di jalani sekarang ini, dia tidak menyangka kebahagian menjengah juga
dalam hidupnya.
Seronk tengok Tengku Khalida dan Tengku Raihana happy.ceriter tetap menarik.
ReplyDelete