Selesai solat Syukri bersiap-siap
untuk kebengkelnya semula.
“Syuk! aku minta izin nak ajak Nuri
keluar sekejap”.
“Nak pergi mana? kata tadi nak cepat
pergi jumpa emak kau.”
“Alah kejap aja, pergi taman depan tu
ke. Aku nak cakap sikit dengan Nuri”.
“Panas-panas buta ni kau nak ketaman?
cakap depan aku ni tak boleh ke?.”
“Alah bagilah aku privacy sikit, aku
nak cakap anak beranak ni”.
“Oklah, aku pergi dulu”.
“Ehh tunggulah, kita keluarlah
sama-sama, Nuri cepatlah ikut pak su pergi taman simpang jalan tu”.
“Kenapa nak cakap kat taman pula pak
su cakap dalam rumah tak boleh ke?”
“Tak bolehlah Nuri, walau pak su ni
pak sedara kamu tapi pak su ni muda, orang lain tak tahu hubungan kita boleh
mendatangkan fitnah, itulah pasalnya pak su nak cari tempat terbuka.”
“Oklah, oklah jom”. Mereka bertiga
beriringan menuju kekereta masing-masing. Syukri menuju kekeretanya HONDA
ACCORD warna putih. Manakala Nuri mengikuti paksunya Ahmad Lutfi pula menaiki
kereta NISSAN X-TRIL berwarna hitam.
Masuk sahaja didalam kereta Ahmad
Lutfi terus sahaja kepersoalan pokok yang berbuku didalam hatinya..
“Nuri macam mana sekarang?” Ahmad
Lutfi sukar untuk menduka keadaan Nuri sekarang kerana jika dilihat dari segi
fizikal, ememangnya Nuri kurus melidi sedari dulu, sedari dia belum berkahwin
lagi, jadi dia tidak tahu hendak menilai sejauh manakah penderitaan batin anak
saudaranya itu.
“Macam nilah.”.
Sampai sahaja ditaman permainan kanak
mereka duduk disebuah bangku dibawah sepohon rending. Tidak ada yang menarik
pemandagan disitu, dihadapanya kawasan permainan kanak Tersergam tempat kanak
mengelonsor, tidak jauh dari tempat
gelongsor dua pasang buayan ayun. Dan dihujung padang kelihatan sepasang papan
jongkang jongket. Tetapi kosong tiada
kanak-kanak bermain disitu, ialah pukul 145 petang matahari masih perit
memancarkan cahayanya. Mereka duduk
disitu. Pada Ahmad Lutfi dia mahu mengorek sejauh mana penderitaan anak
saudaranya. Untuk Nuri pula sekarang ingin meluahkan rasa duka dan kecewanya.
“Macam nilah yang macam mana, Nuri tak
sedeh ke bila Syukri kawin lagi”.
“Isteri mana yang tak sedeh pak su,
isteri mana yang tak kecewa bila setia kita seperti tidak dihargai, kita setia
lahir dan batin tidak pernah terdetik sekali pun akan ada orang lain dalam hati
kita di duakan dan dicarikan pesaing. Hancur berderai hati ni bila balik dia kata dah nikah satu
lagi. Kalau pak su boleh Nampak hati Nuri ni, tentu dah nampak macam tepung tu
dah tak ada rupa. Kosong rasa perasaan ni Pak su, sampai Nuri lupa macam mana
nak ketawa lepas tu. Tak ada rasa gembira lagi pada Nuri pak su”. Bergetar
suaranya melepaskan apa yang ada dihatinya. Nuri mengesat air matanya yang
mengalir lesu ditubir matanya.
“Selama sebelum dia nikah lagi ada tak
perubahan pada Syukri, keluar malam ke.”.
“Tak adalah pula tapi tak tahulah masa
Nuri kerja malam kot diaorang pergi berdating”.
“Pak su nak minta maaf pada Nuri, pak
su kesal sangat bagi nombor Nuri pada Syukri dulu, tapi dah dia yang beria-ia,
selagi tak diberi di meminta tak kira siang atau pun malam. Pak su mengalah
bila Nampak dia bersungguh sangat”. Keluhan kesal terluah juga dari bibir Ahmad
Lutfi..
“Sebelum pak su bagi nombor Nuri, pak
su ada juga tanya tentang Sarah ni dulu.”
“Jadi pak su kenal Sarah”.
“Kenal nama saja, masa kat Metrikulasi
Syukri ada cerita pasal Sarah mak we dia
pada pak su, mereka bercinta masa sekolah menengah lagi.”
“Oh lama nya mereka bercinta, kenapa
Nuri tak tahu dan tak perasan”.
“Tak, memang mereka bercinta dari sekolah menengah lagi tapi
selepas emak Sarah tolak pinangan dia, dia dah tak ada hubungan apa-apa lagi
dengan Sarah.Masa kita terjumpa dia masa kita beli barang pertunangan pak su,
dia cakap dah dua tahun mereka tak ambil tahu hal masing-masing, mereka dah
putus hubungan, itu yang pak su bagi nombor Nuri tu.”
“Dia tak pernah cakap yang dia dah
putus ke apa ke tapi dia ada terangkan
sebab dia nikahdengan Sarah pada Nuri, dia nak
tunaikan janji, dia ada berjanji pada Sarah lapan tahun dulu, dan dia
malu tak setia pada Sarah. Tak apalah pak su dah nasib Nuri agaknya”.
“Pak su tak sangka sanggup dia lukakan
hati isteri demi nak menunaikan janji dia pada bekas kekasaih, tak faham
betul..”
“Hati orang pak su susah nak jangka,
Nuri dah lama duduk serumah dengan dia dah hampir empat tahun, tapi masih belum boleh baca hati dia. Nuri
terima dia dulu pun sebab nampak dia baik, muka pun bersih macam orang beriman,
tapi memang pun beriman, solat tak tinggal, ada peluang jagi iman dia akan jadi
iman pada Nuri. Tapi Nurilah tak boleh nak terima bila dia duakan Nuri. Ada
wanita lain disisi dia selain dari Nuri. Nuri dah buat yang terbaik untuk dia
sebagai seorang isteri Pak su, jaga makan pakai dia dengan baik, layan dia
sebagai suami, Nuri tak pernah mencurangi dia dibelakang, tapi masih juga tidak
sempurna Nuri ni dimata dia pak su. Nuri dah tahu macam mana nak buat, takkan
nak berkepit dengan dia supaya dia nampak kita sayang sangat kat dia.” Nuri
mula teresak bila mengenangkan keadaan dirinya.
“Kalau pak su tahu macam ni jadi ni,
biar pak su saja yang kahwin dengan Nuri, jaga Nuri sampai keakhir hayat pak
su. Kita halal nikah kan Nuri, kita hanya bapa saudara sepupu..” Mendengar apa yang keluar dari bibir pak
sunya Nuri beristifar berulang kali.
“Astagfirullah… Astagfirullah…
Astagfirullahalazim jangan sekali pak su ada terdetik macam tu. Sekali pak su
terdetik ertinya pak su dah memberi harapan pada hati pak su sendiri. Jangan
biarkan diri pak su jadi macam Syukri dan atuk.. kasihan pada wanita
lain,memberi perlindungan pada wanita lain, tapi hati isteri sendiri luka
menderita. Luka hati isteri dimadu hanya Allah sahaja yang tahu betapa
pedihnya. Sebab itulah agaknya Allah
janjikan payung emas disyurga untuk memujuk hati isteri yang luka kerana madu.
Madu yang sebetulanya hanya manis pada lelaki sahaja. Tapi untuk isteri macam santu. Tak membubuh tari deritanya sepanjang hayat. Jangan sekali-kali fikir nak bagi isteri pak su pesaing untuk menyaingi kasih
pak su pada dia. Pak su!! yang dah dalam gengaman jangan dilukai hatinya. Nuri
dah rasa sakitnya hati bila diberi madu oleh suami, rasa gelap dunia ni, sampai
sekarang ni dah dua bulan Syukri beri madu pada Nuri, hidup Nuri rasa sangat kosong, rasanya kalau
hari esok tak ada pun tak apa. Kalau ditakdirkan semua lelaki bujang atau duda
dalam dunia ni dah tak ada, Nuri lebih
rela hidup tak ada pasangan dari Nuri ambil suami orang, pak su. Lagi pun kahwin dengan saudara dekat
nanti generasi tak berkembang.”
“Ialah pak su tahu tu, tapi pak su
kesian melihat penderitaan Nuri, pak su rasa bersalah, rasanya sebab pak su,
Nuri merasai apa yang nenek rasa.”
“Kalau pak su kesian jangan ditambah
lagi wanita yang akan menderita macam Nuri
dan nenek. Sayangi lah maksu yang dah jadi isteri pak su selama dekat
empat tahun tu, yang telah susah senang dengan pak su. Ditambah dia dah
lahirkan anak untuk pak su. Jangan jadi macam atuk dan Syukri masa susah dengan
kita. Nuri ingat lagi masa dia kahwin dengan Nuri, dia bos dialah kuli, tapi bila
bisnes dah maju dia ajak wanita lain hidup senang dengan dia, sama aje dengan
atukkan. Agaknya semua lelaki macam tu.”
“Tak semua lelaki macam tu Nuri. Pak
su tak terfikir pun nak tambah cawangan. Pada pak su kahwin dua ni setakat nak
puaskan nafsu tu boleh, tapi dari segi nak melaksanakan tanggung jawap tu susah,
kena banyak berkorban, korbankan masa kita dan korban wang ringgit.
..Pada pak su kita kahwin bukan saja
kerana nafsu, tapi bila dah ada anak nak jaga anak bukan setakat jaga makan
pakai, pendidikan sangat penting dan yang paling utama pendidikin fardu ainnya.
Ada anak tapi tak berguna nak buat apa. Pak su dah rasa bila atuk tak pernah
ambil berat apa-apa tentang pak su, pak su rasa jauh hati sangat. Nuri tenguklah pak su dengan adik beradik
yang lain dari segi akedemik pak su ketinggalan, sebab ada ayah tapi ayah bagai
endah tak endah dengan kita asyik anak-anak diisterinya yang muda saja. Pak su
tak ada semangat belajar. Kadang-kadang
ada juga rasa kesal mengapa pak su jadi anak yang last sekali lahir. Kalau pak
su lahir awal tentu perhatian atuk kat pak su masih boleh pak su rasai. Alhamdullilah pak su cepat sedar dan paksu tak memusnahkan hidup pak su. Tapi
sekarang pak su tak nak anak-anak pak su
jadi macam pak su tak cukup kasih sayang dari seorang ayah. Pak su sebenarnya
sangat beruntung beribukan Hasanah(emak Ahmad Lutfi) Nenek Nuri tu emak yang
sangat memahami yang penuh dengan semangat yang kental.”
Untuk adik beradik Ahmad Lutfi, abangnya yang sulong merupakan seorang
jurutera yang kini bertugas dengan sebuah syrikat asing diperairan Terengganu
Malaysia. Kakaknya yang tengah seorang seorang peguam dan sudah mempunyai
syarikatnya sendiri yang diushakan bersama suaminya juga seorang peguam.
Abangnya yang ketiga merupakan seorang pensyarah yang kini bertugas diutara
semenanjung Mayasia. Hanya dirinya sahaja yang memiliki sijil diploma
kejururawatan, kini dia bertugas sebagai paramedic di sebuah syarikat asing
diperairan (Sabah).
“Jadi Nuri macam mana dengan Syukri,
kalau rasa tak tahan minta Syukri lepaskan dengan baik. Pak su tak mahu Nuri
terus bertahan tapi derita membelit hidup Nuri sepanjang hayat, pak su tak
sanggup melihat penderitaan nenek Nuri berulang lagi. Sebab apa pak su cakap
macam ni sebab pak su Nampak kelebihan pada madu Nuri tu tadi. Sarah tu cantik manja.. muka dan manja dia
ada sikit macam ratu rock ELLA tau. Pak su takut dengan kelebihan dia
meyebabkan Syukri lupa pada Nuri.”
“Ye ke pak su?”.
“Badan dia pula berisi tapi berisi
yang seksi sedap nak peluk, tak lah
macam badan Nuri ni kurus melidi, dari dulu sampai dah kahwin pun tak
naik-naik”.
“Nak buat macam mana, bukan tak makan, Nuri makan banyak hanya jadi tahi saja".
"Hissy ada ke cakap macam tu pengotor betul" Sambil tangannya menujul dahi Nuri lembut mereka ketawa. Pada Nuri dia merasa lega kerana ada yang mendengar keluahanya.
"Pak su! Nuri nak pastikan dalam tiga empat bulan akan datang ni kalau Syukri dah asyik kesana saja, pada
makan hati, Nuri akan minta dilepaskan. Nuri tak sanggup jadi macam nenek sepanjang
hidup merana ternanti-nanti atuk yang jarang
datang.”
“ Kalau Nuri dah solo esok pak su boleh tolong carikan yang lebih
baik..”
“Amboi tukar laki macam nak tukar baju
saja bunyinya”. Terlepas juga ketawa Nuri dan Pak sunya walau pun bicara sedeh
yang mereka bincangkan.
“Ialah kalau nak berpisah biar dari
sekarang, masa Nuri masih muda lagi kalau tunggu dah sampai macam nenek tu dah
tak guna dah”. Ha, ha ha mereka gelak lagi. Mungkin gelak mereka untuk membalut kepedihan.
“Nuri cuba bersabar dulu, nak uji hati
Nuri ni macam mana sanggup ke tak sanggup bermadu. Nak tenguk dulu kedudukkan Nuri dalam hati
Syukri, nak tenguk dulu kalau Syukri dapat anak dengan yang kat sana, macam
mana dia buat kat Nuri. Kalau dah jelas
hatinya condong kesebelah sana Nuri akan buat keputusan. Lagi pun nenek kata
dalam waktu terdekat ni memang tak boleh nampak lagi, sedaya upaya dia akan berlaku
adil tapi bila dah lama nanti baru terserlah, masa tu senang Nuri nak buat
keputusan. Lagi pun sekarang nikan bulan Syabaan bulan depan bulan Ramadan
kemudian bulan Sawal, Nuri nak lepas kan dulu bulan-bulan mulia ni dulu. Lepas
tu baru buat keputusan teruskan perkahwinan ini atau pun sebaliknya. Nuri ingat nenek pesan hari tu jangan
cemari kemulian bulan-bulan mulia dengan perkara yang Allah tak suka.”
“kalaulah ditakdirkan Nuri dan Syukri
bercerai, Nuri nak kahwin lagi ke tak?”
“InsyaAllah kalau ada jodoh, Nuri
kahwin. Nuri tak sanggup juga nak hidup sendiri sampai ketua. Tapi Nuri akan
cuba cari duda yang dah ada anak, kalau boleh anak yang masih kecil. Nuri nak
jaga anak-anak dia macam anak sendiri,
lagi mpun buat apa nak jeruk rasa pada yang dah sayang kat kita dia bahagia
kita pula merana. Pada Nuri kalau dia dah bahagia kita cari bahagi kita untuk
kita sendiri.”.
“Kenapa pula nak cari yang duda, orang
nak cari yang masih teruna, dia nak yang duda pulak”.
“Kan senang taklah dia menyalak nak
anak sedang kita ni mandul tak boleh beranak.
Satu aja yang Nuri harapkan,
suami Nuri hanya untuk Nuri seorang saja.”.
“Nuri dah buat pemeriksaan ke yang
Nuri tak boleh beranak?”.
“Tahun lepas kami buat dah pemeriksaan
kat pakar sakit puan, kata doctor kami ni sihat tak ada masaalah kemandulan,
tapi ialah belum rezeki tunggu ajalah”.
“Pergi dengan Syukri sekali ke?. Kadang-kadang yang
lelaki bermasaalah tetapi sebab ego orang lelaki ni tak nak mengaku”.
“Kami dua-dua orang pergi chek. Eh dah
lah kata pak su tadi kata nak jenguk nenek kat Kuala Selangor dah lama ni kita
kat sini. Pak su!! balik ni kalau pak su
berani nasihat atuk pak su nasihatkan lah, kesian nenek tinggal sorang, sakit
pening nenek tanggung sorang saja Pak su. Hari tu masa Nuri balik nenek dah
demam dua hari. Atu tak datang jenguk nenek. Barang dapur pun banyak yang
habis, hanya ada untuk sehari dua sahaja beras nenek . Hari tu nenek berbuka
dengan masak lemak pucuk ubi dan ikan kering gelama sahaja dia nak pergi
kekedai mana larat. Dia berjalan dalam rumah pun mengah tercunagp. Kesian betul
Nuri tenguk.
..Pak su cakap lah dengan atuk kalau
atuk tak mampu nak jenguk nenek bawalah
nenek kerumah anak-anak yang lain. Hari tu dia cakap dengan Nuri, kalau boleh
dia tak mahu mati sorang, harapanya masa dia sakaratul maut menghampiri ada
anak-anak yang memberi bimbingan dan membisikan syahadah ditepi telinganya.Nuri
beri cadangkan pada pak su ajak mak su pindah mengajar kat Kuala Selangor dia boleh
teman nenek masa pak su kerja.”
“Ialah pak su akan ushakan”. Sebelum
mereka melangkah pergi sekali lagi Nuri mengikatkan pak sunya. Dia berkata
begitu kerana tidak sedap hati dengan kata-kata paksunya tadi.
No comments:
Post a Comment