Maaf ye mak teh tak sempat nak jawab komen anda. Ini
pun tak sempat semak, tunggu lepas Magrib.
Lama juga puan Noriza dirumah bekas menantu hingga
hampir menjelang tenghari kemudian dia menghubungi anaknya Syukri minta
diambil. Mengapa setelah terlerai ikatan perkahwainan antara Syukri dan Sarah
puan Noriza boleh berbual mesra dengan Sarah?. Banyak pula soalah yang keluar
dari mulut Puan Noriza,kekok itu menjadi hilang pula. Mungkin hatinya sudah
tidak sakit lagi.
Tiba juga hari untuk puan Noriza pulang kePengkalan
Hulu. Sebelum dia melangkah sempat dia meninggalkan Nuri dengan beribu pesanan
dan beribu nasihat. Kadang-kadang nasihatnya sampai diulang dua tiga kali. Yang
sebetulnya ketika dia sampai tempuh hari itu jugalah nasihatnya. Nuri sudah
lancar apa yang mahu diperkatakan oleh emak mertuanya namun diiakan sahaja
segala kata-katanya.
“Ingat jangan sekali dukung Nuha nanti kamu turun
darah. Habiskan jamu yang emak belikan.
Sebelum buat kerja tu ikat perut dengan
bengkung kuat-kuat. Makan jangan sebarangan pantang sikit sampai habis pantang.
Makan tak pantang akan menjadikan keluar keputihan..susah ubatnya”. Ditariknya
menantunya dalam pelukkanya. Erat pelukkan Puan Noriza mungkin sambil
menyalurkan semangat supaya menantu kuat mengharungi dugaan.
“Ialah mak, Nuri ingat pesan emak tu..Terima kasih
mak jaga Nuri”. Itulah yang keluar dari mulut Nuri, dengan pesanan emak mertuanya yang panjang
berjela dan dengan kasih sayang yang ditunjukkan.
Seminggu lagi masa pantangnya mencapai 30hari, Nuri merasakan
darah nifasnya akan bersih dalam
lingkungan itu. Nuri mengambil keputusan mahu berbincang semula dengan
suaminya. Dia mahu permintaanya yang tertangguh ditunaikan. Pada Nuri sebelum suaminya meminta hak
dirinya dan sebelum dia rasa serba salah menolak permintaan suaminya mereka
harus berbincang.
Haram bagi seorang suami
a) Menceraikan isteri ketika sedang haid atau nifas
b) Ketika keadaan suci yang telah disetubuhi
c) Ketika suami sedang sakit yang bertujuan menghalang isterinya
daripada menuntut harta pusakanya
d) Menceraikan isterinya dengan talak tiga sekaligus atau talak satu
tetapi disebut berulang kali sehingga tiga kali.
Suami menjatuhkan talak kepada isterinya yang baik,
berakhlak mulia dan mempunyai pengetahuan agama
Biasanya selepas suaminya minum pagi dia duduk sekejap diruang tamu sebelum dia
kebengkelnya. ‘Inilah masa yang sesuai’
detik hati Nuri. Nuri melangkah dan duduk tidak jauh dari suaminya. Dia mula
membuka persoalanya.
“bang pagi ni rasanya saya nak bincag hal kita
dengan abang”.
“Mehlah duduk sini, kita nak bincang apa?”.Pura-pura
Syukri sambil menutup kocakkan didalam hatinya. Jantungnya berdegup pantas bila
Nuri berkata ‘mahu membincangkan hal
kita’ mula-mula perlahan makin lama
kuat sampai mahu luruh sahaja rasanya. Dia tahu perkara yang sangat ditakuti
selama 9 bulan ini akan dibincagkan oleh Nuri sekejaaap saja lagi. Di berkata
begitu sambil menepuk tempat duduk untuk isterinya rapat disisinya. Cuba mengahapus
rasa gemuruh.
“Tak payah situlah sini pun ok, hanya kita
berdua saja..” Nuri memilih duduk berhadapan dengan suaminya.
Selama hampir 30 hari dia berpantang. Suaminya
tidak pernah meninggalkan dirinya diwaktu malam. Adakah dengan perbuatanya itu
suaminya menyangka akan dapat pengubah permintaannya. Sebenarnya dia tidak suka suaminya berbuat
begitu, dia yang akan menanggung dosa kerana suaminya mengabaikan satu lagi
tanggungjawabnya yaitu Sarah kerana dirinya. Bukan tidak pernah ditegur
perbuatanya tapi Syukri seakan tidak ambil pusing. Lebih-lebih pun dia kan
berkata.
“Biarlah
dia dah besar pandai lah dia jaga diri, ni anak abang ni kecil-kecil perlukan
abang. Nuri tengah tak kuat juga perlukan abang”.
Mendengar
jawapan isterinya Syukri menangkatkan muka
memandang wajah dihadapan yang kelihatanya mahukan perhatian darinya.
“Bang hari ni saya nak bincang masaalah kita yang
sudah sangat lama tertangguh. Darah nifas saya dah nak kering dua tiga hari
lagi, jadi sebelum kita ada hubungan suami isteri, rasanya eloklah abang
tunaikan apa yang saya mahu hari tu.”
“apa yang
Nuri nak?”..Syukri buat pura-pura lupa pada permintaan Nuri.
“Lepaskan saya dengan cara baik”.
“Kenapa Nuri nak abang lepaskan Nuri, tangguh lah
dulu sampai sebulan lagi”.
“Makin lama kita tangguh, lagi banyak dosa yang
abang tanggung kerana tak berlaku adil. Sejak sebulan ini saya tenguk, malam
abang dah tak pergi rumah Sarah, kesian dia, mesti dia tertunggu-tunggu. Lagi
pun saya tak mahu kerana saya dan anak-anak abang berdosa.”
“Biarlah dia, abang dah lepaskan tanggung jawab
abang pada dia”.
“Lepaskan tanggung jawab abang?? Lepaskan yang
bagai mana? saya tak mahu kerana abang nak ambil hati saya, malam abang tak pergi pada dia”
“Siang ke malam ke abang memang dah tak pergi pada Sarah”.
“Bang! Saya tak mahu abang serba salah, jangan
paksa hati abang kalau memang saya dah tak ada dalam hati abang, nanti abang
yang menderita. Kasih sayang biar lah lahir dari hati yang ikhlas jangan diapaksa-paksa. Pasal anak-anak abang
jangan bimbang saya benarkan abang tenguk anak-anak bila masa yanag abang suka,
walaupun kita dah berpisah.”.
“Siapa yang paksa abang? abang tak pernah nak paksa
hati abang ni. Sayang abang pada Nuri memang dari hati abang yang ikhlas. Abang
memang dah tak ada apa-apa tanggung jawap pada Sarah jadi biarkan lah dia”.
“Kenapa abang suka membuat saya
tertanya-tanya, saya tak faham maksud
abang”.
“Kami dah bercerai sebulan yang lalu”.
“Saya yang nak perpisahan ni, kenapa dia pula yang
abang lepaskan..”
“Sebab abang sayang Nuri, memang dari dulu pun
abang sayang Nuri jadi abang tak akan
lepaskan Nuri sampai kehujung nyawa abang ni”.
“Tidak! tidak saya tak mahu, saya memang nak abang
lepaskan saya. Walau apa pun yang abang rasa.”
“Tolong Nuri, abang tak boleh nak lepaskan Nuri.
Abang sayang Nuri sayang sangat-sangat”
“Cuba cerita pada saya macamana cara abang sayang
pada saya. Adakah dengan memberi saya madu itu tanda sayang abang pada saya. Selepas
abang paksa menerima madu abang tak
hirau kan saya macam tu ke cara abang sayang saya?”.
“Bila masa abang tak hiraukan Nuri. Rasanya tiap
kali giliran Nuri abang tak pernah tak datang, dan sekarang ini abang hari-hari
abang datang sampai anak tidur baru abang pergi rumah Sarah”.
“Memang abang datang tapi pukul berapa? Dulu sebelum
saya mengandungkan Hadi pukul berapa abang balik kerumah ni? malam giliran dia ada tak abang balik tenguk
sekejap keadaan saya. Saya rasa selepas ada Sarah dalam hidup abang, saya ni
macam dah tak penting pada abang. Saya rasa abang datang giliran saya hanya memenuhi syarat sahaja.
Macam terpaksa. Macam tukah cara abang tunjukkan sayang abang pada saya?.
...Adakah abang
rasa, saya jadi sangat bahagia kalau saya tak nampak abang. Atau abang rasa
saya akan bahagia jika perhatian abang pada saya abang kurangkan. Begitukah
abang tunjukkan sayang abang pada saya. Jadi jangan paksa hati abang menyayangi
saya kerana anak, itu tak betul. Kalau abang nak tahu perasaan sayang saya pada
abang ketika itu....
..Walaupun kita kahwin dah nak hampir empat tahun
namun sayang saya pada abang masa tu ...membuak-buak macam macam paip air yang
pecah dibawah tanah. Rasanya saya baru sahaja menikmati kasih sayang abang dan
saya memang selalu ternanti-nanti waktu bersama abang. Bahang cinta saya pada
abang macam pancaran matahari yang terik. Sehari saya tak pandang muka abang,
rindunya hanya Allah sahaja yang tahu. Telinga ni asyik mendengar-dengar kalau
ada bunyi kereta abang balik. Saya asyik pandang pintu kalau abang balik buka
pintu. Tapi selalunya memang saya hampa. Dari hari makan keminggu dan makan
ketahun abang biarkan peasaan sayang saya ternanti-nanti. Hampa rindu yang bertindan-tindan menyebakan
jiwa saya rasa kosong. Kosong sangat, kalau hari tak berganti pun tak apa.Itulah
yang saya rasa, hasil dari rasa sayang saya yang hampa.
...Abang
perasan tak baju tidur saya, saya tukar pada baju t-shirt abang yang buruk?
Kenapa yang buruk? sebab yang buruk bau abang dah meresap dan sebati dengan
baju tu? sebab apa saya pakai? Sebab
saya nak bau abang, agar rindu saya terubat sikit. Tapi sampainya hati abang,
abang gilirkan waktu bahagia saya bersama abang. Sampainya hati abang, abang had kan waktu saya bersama
abang, dah lah macam tu abang biarkan saya ternanti-nanti masa giliran saya.
Biar pun abang datang tapi pukul berapa abang sampai. Untuk saya masa tu
seminit rasa berjam lamanya. Abang
kiralah sendiri dan kemudian bayangkan peritnya hati ni menanti abang. Dengan
apa yang abang buat pada saya… (Pada kata-kata ini Syukri sudah melurut duduk
nya dari kerusi dia mengesut menghampiri isterinya. Dia mendakap kaki Nuri dengan
kedua belah tangannya air mata lelakinya sudah tidak dapat ditahan lagi mencurah-curah. Sungguh dia menghayati penantian Nuri yang hampa ketika itu.) Sambil menghela nafas panjang
Nuri menyambung lagi hikayatnya. Syukri yang melurut dari duduknya sudah terjelepuk dihadapan isterinya. Dia
menyembamkan muka kepangkuan isterinya. Dia menangis. Menangis mendengar kisah
isteri yang diabaikan. Menangis kerana kesal dengan kelalian diri.
…Saya tahu abang tak pernah teringatkan saya bila
abang bersama Sarah. Itulah sebabnya abang akan terleka bila abang bersama dia.
Saya tahu abang memang tak mampu untuk berjauhan dari dia. Dari sikap abanglah saya tahu, saya tidak bermakna
pada abang selama ini. Sejak itu sikit-sikit saya bunuh segala rasa sayang saya
pada abang. Walaupun
sejak Sembilan bulan kebelakangan ini
abang datang awal dari biasa, saya tahu itu hanya kerana saya mengadung dan
hanya nak gula-gulakan saya betul tak?. Bagi saya semua itu dah tak bermakna
lagi. Gula-gula abang tak cukup manis untuk memupuk kembali sayang saya pada abang.
..sampai sekarang rasa sayang untuk abang tu dah
tak ada. Saya juga dah ada rasa rindu pada abang lagi. Itulah pasalnya saya dah
tak pakai T-shirt buruk abang tu lagi. Untuk pengetahuan abang saya mampu
bertahan disisi abang selama ni, hanya kerana anak saja. Jadi untuk apa abang
nak ambil risiko menyimpan isteri yang dah tak ada rasa sayang dan dah tak
rindu pada abang.”
“Tak Nuri, Sembilan bulan sebelum ni abang datang
memang dengan kehikhlasan hati abang. Abang baru sedar kelalian abang. Abang
minta maaf apa yang telah Nuri lalui dulu. Abang mengaku abang terlalai. Abang
cuba memperbaiki. Dalam Sembilan bulan kebelakangan ini abang memperbiki diri
abang hanya untuk Nuri dan anak-anak...
...Maafkan abang Nuri, abang tak sangka abang dah
buat Nuri kecewa macam ni sekali. Sebenarnya sayang abang pada Nuri tak pernah
berubah masih macam dulu macam kita baru nikah dulu, tapi abang sebenarnya nak
mudahkan diri abang sahaja, alang alang abang nak bawa Sarah makan abang tunggu
sampai solat Magrib, bila dah makan dengar pula solat Isyak abang teruskan pada
solat Isyak. Tujuan abang hanya nak solat awal waktu, itu saja. Itu tak bererti sayang abang lebih pada
Sarah”.
“Kalau abang nak tahu itulah tanda sayang abang
pada Sarah. Abang jaga makannya dan abang jaga solatnya ambil
berat tentang keperluanya. Masuk Syurga nanti boleh sama-sama. Dengan saya ada
abang kisah saya makan ketidak?. Kalau sayang dah tak ada, abang tak kisah
keperluan saya, sakit pening saya. Abang tak kisah pun saya makan ketidak,
dapat pahala solat berjemaah ke tidak, sebab abang tak terniat lagi nak masuk
syurga denan saya kan. Abang datang pada
saya kerana terpaksa sahaja , kerana tanggung jawab. Jadi sekarang lepaskanlah
tanggunjawab abang tu. Saya dah cukup bersedia dan saya dah ajar diri dan hati ini menerima ketiadaan abang di masa
hadapan. Saya pun dah kikis angan-anagn
saya bersama abang dihari tua.”.
“Tidak
Nuri abang tak akan lepaskan Nuri biar apapun terjadi. Abang sayang Nuri, tolong beri abang peluang
menebus segala kesilapan abang untuk sekali ni saja. Tolong abang jangan minta perpisahan, abang sayang
Nuri..abang sayang Nuri ”.
“Untuk apa peluang itu bang, peluang tu dah
tak berguna untuk kita, semuanya dah tak bererti. Peluang itu akan menyiksa kita. Sayang
saya pada abang dah tak ada, saya dah kikis tak ada tinggal walau sikit pun. Jadi
lebih baik abang lepas kan saya. Rujuklah pada Sarah balik. Dia memang
kebahagiaan abang, dia cinta pertama abang”. Bagai ditusuk sembilu ucapan yang
ditutur untuknya pagi itu. Bukan kerana cinta pertama Sarah dan bukan juga
bahagia nya pada Sarah tapi bila Nuri mengatakan rasa sayang pada dirinya sudah
dikikis dan tak tinggal walau sedikit pun. Ucapan tiada sayang untuknya lagi yang berkali-kali menjadikan Syukri penasaran. Tapi dia akan
mengawal perasaannya, dia yang bersalah
dia akan menanggungya.
“Tidak
Nuri abang tak akan pergi pada dia lagi. Abang dah sedar yang sebenarnya pada
Sarah abang hanya rasa KASIHAN sebab dia
tiada siap-siapa. Cinta abang pada dia dah lama mati sejak emaknya tolak
pinangan abang dulu, dia adalah sejarah
hidup abang. Tapi Nuri adalah masa
sekarang dan masa hadapan abang. Abang akan jaga Nuri dan anak-anak abang
hingga abang menutup mata”.
“Bang
janganlah macam ni, abang faham tak, saya dah tak sayang abang lagi . Lagi pun
cinta abang pada saya tak sekuat mana. Abang kena sedar cinta abang pada Sarah melekat kat hati sampai bila-bila bang. Sarah cinta pertama abang. Abang
kena ingat tu, abang cintakan dia dan
dia cinta kan abang, abang akan bahagia selamanya jika dengan dia. Tapi kalau terus dengan saya
abang akan menderita, abang kena ingat itu. Abang kena berbalik pada hakikat
yang nyata. Saya tak mahu kerana saya abang menyesal sampai ketua.” Syukri
sudah teresak-esak namun Nuri tiada air mata yang bergenang dimatanya. Kerasnya
hati seorang Nuri.
“Abang tak
akan menyesal itu hakikatnya, abang tak akan menyesal kalau kita terus bersama
. Tapi abang akan menyesal seumur hidup abang kalau abang lepas kan Nuri”. Nuri
memejamkan matanya untuk mencari kekuatan. Hati sangat hampa dengan penolakkan
permintaanya.
“Abang
dengar ni, cinta saya pada abang dah mati, saya dah tak sayang abang lagi, abang
akan menderita dengan layanan dingin saya. Saya tak mampu untuk membangkitkan kehagantan perasaan saya ni
untuk abang, semuanya telah mati rasanya.”
“Tak
mengapa sayang, asal jangan Nuri minta perpisahan sudah. Nuri dingin dengan
abang ke, Nuri tak bagi layanan istimewa pada abang ke, semuanya abang terima
dengan rela dan abang redha, sebab semua ni memang salah abang.”
“Saya tak
mahu abang menyesal, sekarang ni sebelum lepas iddah Sarah dan sebelum dia ada
orang lain dalam hatinya, abang boleh rujuk pada dia”.
“Tak Nuri,
memang abang doakan dia cepat-cepat dapat pengganti abang, abang memang tak
terniat nak kembali pada dia. Yang ada kat hati abang hanya Nuri dan anak-anak
abang sahaja sekarang ni dan selamanya”.
“Jangan
abang ikat diri abang dengan saya kerana anak-anak. Saya janji anak-anak akan
saya ajar ingatkan abang sampai mereka dewasa. Bila dah dewasa nanti saya
akan suruh mereka jumpa abang. Itu janji saya bang. Kalau abang masih tak
percaya pada saya, kita buat surat perjanjian kat pejabat peguam dan bawa sekali surat yang saya bagi abang dulu, surat yang mengatakan saya tak tuntut apa-apa selepas kita berpisah kita tanda tangan depan peguam supaya surat tu bererti dan bermakna.”
“Tak perlu
Nuri, abang tak takut tuntutan Nuri, yang abang mahukan anak-anak abang membesar depan mata abang. Abang nak
ajar mereka mengaji dan solat. Abang nak pantau mereka belajar, nak ajar cara
mencari kehidupan yang baik. Itu cita-cita abang Nuri”.
“Kalau
macam tu abang ambil semua anak-anak abang....” tiba-tiba Nuri berhenti dari
berkata-kata, mungkinkah dia terlepas cakap..
“Sanggup
ke Nuri buat macam tu, sanggup ke??? Abang tak sanggup nak bagi emak tiri jaga
anak-anak abang. Abang tak sanggup emak tiri buat naya pada anak-anak abang. Abang tak percaya emak tiri jaga anak-anak abang. Abang lebih percaya ibu yang melahirkan anak-anak abang jaga anak-anak abang.”
Nuri mendiam kan dirinya, matanya
dipejamkan. Dia juga tidak sanggup berpisah dengan anak-anaknya, tadi dia
terlepas cakap.
Wajahnya
menunduk tetapi yang dipandang hanya wajah suaminya yang basah dengan air mata
lelakinya. Mata mereka bersabung namun
tak bererti untuk seorang Nuri. Sudah
tiada getaran lagi dihati Nuri. Hatinya keras membatu. Wajahnya kering sahaja. Hujung
jari kakinya yang bersetokin dikuis-kuis. Stokin lama Syukri yang dipakainya, itulah
pesanan emak mertuanya agar sentiasa bersetokin selama dia berpantang selama
sekurang-kurangnya 44 hari dari tarikh dia bersalin.takut masuk angin kata emak
mertuanya. Sebenarnya Nuri sendag mencari ayat untuk mematahkan kata-kata
suaminya.
“Abang
kena terima hakikatnya sayang saya pada abang dah tak ada..” Nuri melepas
kata-kata itu dengan suara yang sudah datar. Ada sebak disitu. Sekeras mana
hatinya tetapi bila melintas apa yang telah dilalui selama ini hatinya jadi
sebak juga. Isteri mana yang tak sebak, setia dan kasih sayang yang tak
berbelah bagi selama ini dicalari bila ada kasih lain dia hati suaminya.
“Abang tak kisah sayang Nuri pada abang, tapi
untuk pengetahuan Nuri abang sayang Nuri. Abang nak Nuri selalu di depan mata
abang.”
Akhirnya Nuri bangun langkahnya menuju bilik tidur. Makin dia berkeras
makin keras juga tingkah suaminya. Akhirnya dia mengalah. Malas dia mahu
berbalah. Dia sudah tahu perangai Syukri yang tidak mudah berputus asa. Dia
ingin meredakan hatinya yang berbahang.
Thanks mak teh
ReplyDeletebaru c syukri ni tahu betapa kerasnya hati c nuri
Walaupun d rayu tp arap2 c nuri tetap ngan keputusan dia
Still xcaya yg syukri akan setia ngan nuri
Yes bagus Mak Teh, suka watak Nuri yg tegas dlm pendirian nya. sayang Mak Teh dari Zurich
ReplyDeletePasti tak mudah nak pujuk, bila kepercayaan dah dikhianati. Hati Nuri dah keras.
ReplyDeleteHuwaaaa...saya menangis bersungguh2 mak teh kali ni bila nuri melepaskan apa yg terbuku di dadanya...luka di kulit kita nampak tp luka dihati hanya tuhan yg tahu..selama 2 tahun nuri menanggung derita akan ketidakadilan shukri yg "baik" tu..ingat semudah mengeja ABC untuk melupakan...bila hati sudah tawar mmg susah nak dimaniskan..segala apa perbuatan syukri yg "baik" tu walaupun tak sebanyak, sedikit tetap akan dikenang..
ReplyDeleteTerima kasih mak teh menulis cerita ini..banyak pengajaran yang kita dapat terutama jgn di sakiti hati insan yang mulia..setiap perbuatan ada pembalasannya..
yahooo.. padan muka syukri... baru tahu langit tinggi atau rendah... baru nak meroyan... tapi harap mereka akan bahagia jua akhirnya bersama nak-anak. Syukri mesti kena ubah perangai menjadi lebih prihatin pada nuri dan sedar diri, lebih penyayang dan bertanggungjawab pada rumahtangganya.. Bukannya kesal sekerat jalan... Biar dia rasa tak terhakis kesal dihati... Tq mak teh.. nice n3.
ReplyDeletesyukri la manusia yang paling hipokrit buat masa ni...segala percakapan dia tidak seiring dengan perbuatan..katanya KESIAN kat sarah tapi cara dia layan sarah bukan menunjukkan dia kesian tapi sebabkan cinta, sayang dan nafsu..kita semua boleh tengok cara dia bagaimana nuri di marahi bila sarah diketepikan oleh family syukri ketika hari raya, mencicit2 meninggalkan nuri pergi pada sarah padahal sudah janji dengan nuri tidak menghubungi sarah selama 3 tahun..bergegas nak melayan nafsu makan dan nafsu sex sarah padahal ketika nuri bersalin baby ketiga padahal nuri suruh dia balik untuk berehat dan sanggup tidak menjemput anak2 kerana melayan nafsu sarah..bila nuri balik kerumah selepas bersalin, boleh pulak sampai hati meninggalkan nuri dalam kesakitan dan anak2 yang memerlukan semata2 kerana sarah sedih dia datang period..sanggup membohong dan meninggalkan nuri dalam masa menunggu hari melahirkan wafi semata2 melayan kerenah sarah nak ke langkawi..sanggup meninggalkan nuri yang bila2 masa nak melahirkan nuha semata2 giliran sarah dan memang padan muak gedik ceret beret dgn sifat pengotor dan pemalasnya tu..cuma yang dia beri perhatian pada nuri semasa sarat no. 3..inilah sebenarnya di sebabkan KESIAN..saya ulang lagi di sebabkan KESIAN..jadi memang dah terang2 bukan nuri dan anak2 di hati dia...kalau saya jadi nuri biar saya menghadap anak2 sorang dari mengadap suami yang penipu, tak amanah dan hipokrit...jadi BAIK syukri cuma pada sarah sahaja..minta maaf mak teh..ini apa yang saya rasa sebab saya betul2 menghayati hati nuri..selepas bertahun2 x dipedulikan walaupun dikatakan syukri adil tapi minta maaf saya memang ckp dia bukan seorang yang adil dan baik...
ReplyDeletepapepun terima kasih mak teh menulis cerita yang betul2 membuai perasaan saya hingga saya terkenang membawa ke tidur...
Saya setuju syukri mmg manusia hipokrit..menangis siap sembah nuri beria2 padahal baru je ckp dgn sarah sebelum bercerai..sekiranya syukri tetap setia dgn sarah mesti kemelut perhubungan mereka tidak berlaku..ini menunjukkkan dia menyesal kahwin dgn nuri..dan sarah pn hipokrit juga sebab boleh ckp dia setia menunggu syukri padahal sebelum tu dia pn seperti aruah ibunya tidak yakin boleh hidup dgn syukri kalau syukri susah..mmg mereka berdua hipokrit dan pembohong bila ada kepentingan sendiri..benci dengan orang2 begini...
DeleteKann...
DeleteSarah tu bersungguh nak bercerai sebab ingat sumpahan maknya, dia kan nak anak sangat. Cuba kalau dia mengandung, jangan harap dia undur diri. Tunjuk baik ada makna.
Syukri tunjuk kesal sebab mintak simpati. Takut kehilangan Nuri sebab isteri yang ditatang selama ni dah tinggalkan dia. Kalau dia betul kesal pasti dia tak pertahankan setiap giliran dia pasti datang. Meluat dah bila dia cakap macam tu.
mak teh.. xsabar nak tau... kisah selanjutnya....kalau ikutkan saya teruskan aja niat di hati..kerana kalau dah kasih sayang tiada x guna bersama... kalau sebulan dua di abai kan kita mungkin boleh menerima tp kalau bertahun dan anak pun dah 3 mmg merana rasanya.
ReplyDeletesaya x dapat mengagak syukri benar2 insaf atau tidak
betul tu..saya bersetuju..rasanya syukri tak insaf sebab dia masih lagi mengoffer gedik kembali padanya kalau gedik tak jumpa jodoh lagi...memang dia tak ikhlas dengan nuri..dia terpaksa lepaskan gedik sebab kasihan dekat nuri yang melahirkan anak dia..dia memang tak sayang nuri..
Deletemanusia telah dipasang2kan..
ReplyDeletegedik dipasangkan dengan sengal..
syukri yang baik dipasangkan dengan sarah yang baik..
kan sesuwei tu...
Emmm yela tu xde niat nk kembali ke sarah. Yg duk ofer srah utk dtng ke syukri if srah xde jodoh tu ape? Pentipu sungguh syukri ni. Pastukan pandai je ugut nuri xn anak2dpt emak tiri. Si srah kan ade g la nikah balik. Srh si srah yg jaga, nk tngk jg cmne die handle anak tiri diri, hishh kesian nuri kn tetap n tegaskan pendirian, ajar syukri tu biar die rase perit tak apa yg nuri rase. Huhu
ReplyDeletekalau jadi nuri bercerai dengan syukri dia tak perlu risau pasal anak2 sebab gerenti jatuh ketangan dia..anak2 di bawah 9 tahun dan masih menyusu badan..
ReplyDeleteSaya tak fikir Syukri benar2 maksudkan apa yg diluahkan pada Nuri, sebab apa yg diluahkan pada emaknya jelas cinta dan perasaannya hanya pada Sarah kerana penampilan Sarah yg manja berbanding Nuri. Sedangkan Sarah tu hanya pura-pura kata tunggu Syukri selama ini. Pada saya biar Nuri pergi bersama anak-anaknya. Supaya terungkai segala masalah. Saya setuju juga Sarah dipasangkan dengan abg Maryam yg duda tu spy terbukti selama ni siapa Sarah sebenarnya.
ReplyDeletehehehehe..abg maryam pun terlibat....maka makin panjangla kisah siapa aku dihatimu.... makin parahla jiwa saya yg membacanya.... makteh... kalau panjang lg kisah...mesti best..kalah sinetron ...yg ni tentu x jemu membaca..
DeleteNuri dah tak perlukan pujuk rayu dan kata2 sayang lagi. Perbuatan syukri selama sarah ada dlm hdp mereka dah ckup membuktikan apa yang dirasa. Syukri ni tak payah la nak menangis bagai. Dgn sarah menangis, dgn Nuri menangis, mana satu sayang, mana satu kasihan dia sendiri pun tak tau agaknya.
ReplyDeleteBaca komen rasa makin panas juga rupanya. Ingatkan semakin reda. Antara mereka bertiga hanya Nuri yang tak hipokrit. Sarah n syukri tak tau mana satu kata2 yang betul.
ReplyDeleteMulai skrg syukri kena cari jalan utk buktikan dia btul syg pd Nuri+anak2. Kalau menangis, lepas tu bila Nuri diam dia buat tak tau...hai2 bai2 la jawabnya.
Pjg lagi ke cerita ni mak Teh. Saya baca novel lain pun asyik teringat cerita ni jer. Kuat sungguh penangan yang ni.
syukri lidah bercabang...kunun cinta dengan gedik dah lama mati semenjak pinangan di tolak tapi hakikatnya tak menunjuk begitu..bosan bila dok ulang2 cakap kahwin sebab KASIHAN padahal yang nak di KASIHAN kan tu umur dah tua bangka..tapi takde pulak rasa kasihan pada nuri yang sarat menganding dan anak2 yang masih kecil lagi memerlukan perhatian seorang bapa...sibuk nak jaga si tua bangka sampai perut kenyang, baru nak balik giliran nuri dan anak2 dah tidur..semuga nuri buat keputusan yang bijak kerana syukri memang bukan seorang yang boleh dipercayai..contoh siap mengoffer gedik lagi kalau gedik masih tak kahwin...dah tu boleh cakap kalau dia setia dgn gedik mungkin mereka takde masalah..lagi sakit hati bila dia cakap dengan puan noriza yang nuri tolong dia tak ikhlas sebab mengharapkan balasan..tak tahu la di mana baiknya syukri ni..semuga nuri beroleh kebahagian yang abadi walaupun tanpa syukri disisi..
ReplyDeleteSi Syukri ni sebenarnya yg tak betul dn tak tetap pendirian...mcm lalang. Mmg tak layak menjadi nakhoda dlm keluarga. dia fikir mudah dia sahaja.
ReplyDeleteMmg nk sgt nuri bahagia dgn anak-anak dn Syukri menyesal tak sudah. Biar si syukri sedar dan sesedar sedarnya akan diri dia yg tidak adil dn tidak tetap pendirian.
-dibah-
Betul tu. Nak sangat syukri ni kesal dan betul² sedar. Setakat ni nampak macam dia sekadar nak mengambil hati. Mudah menangis, mohon simpati. Kalau dia jenis yang tak mudah menangis, sekali menangis kita tau dia betul² insaf. Dah selalu sgt menangis airmata takde harga. Masih mempertahankan tak pernah tak datang pada giliran. Macam hampeh...
Deletesampai sekarang saya tak nampak di mana cintanya syukri pada nuri..yang saya nampak cuma sibuk nak mengisi perut dia kalau bersama nuri dan tidak mahu di katakan kacang lupakan kulit sebabkan nuri yang banyak berkorban untuk kejayaan perniagaan dia walaupun dia cakap nuri tidak ikhlas membantu kerana mahukan balasan ketika perbualan dia dengan puan noriza..ini menunjukkan dia betul2 belum memahami isi hati nuri yang tersangatlah mulia ataupun mata dan hati dia telah buta penangan rengekan dan kunun2 kasihan berlebih terhadap sarah..dan sekira kisah ini kisah benar, saya percaya yang dia pasti kembali pada sarah kerana selama 2 tahun bermadu memang ketara sangat sayang dan cintanya pada sarah..bukannya pada nuri dan anak2...
ReplyDeletesaya pun rasa begitu jugak....dia akan pergi kpd si sarah yg nanti akan mencari dia bila terasa susah.
Deletekisah pembohongan dia ke langkawi pun tak terbongkar lagi..klu terbongkar dh pasti hati nuri bertambah-tambah remuk dn jauh
-dibah-
Sedihnya bila Nuri bercerita dia pakai t-shirt buruk syukri kerana terlalu rindukan baunya, sedangkan dalam masa sama syukri begitu bahagia berulit dengan sigedik. Bila hati dah hancur, rindu dah takde lagi, cintanya dah mati baru syukri datang merayu. Itu pun sebab isterinya yang ditatang selama ni dah tinggalkan dia. Begitu mudah ke Nuri akan menerima semula. Demi anak² mungkin la kan. Tak sabar nak baca bab seterusnya mak Teh...
ReplyDeletejodoh yang baik untuk orang yang baik...
ReplyDeletenuri tak sesuai berjodoh dengan syukri..
bukan sebab syukri tak baik tapi nuri terlalu baik untuk syuri..
dia berhak mendapat jodoh yang lagi baik dari syukri..
'CINTA" syukri pada nuri bagai menanam tebu di tepi bibir..boleh dimarah kalau gedik tak disukai keluarga, boleh ditinggalkan kalau gedik dalam kerinduan, boleh dikata macam2 kalau gedik di caci oleh keluarga semata2 mau memenangkan gedik..boleh dibohongi semata2 hendak mengikut rengetan si gedik..
ReplyDelete"KASIHAN" syukri pada sarah bagai permata yang berkilauan..terlalu sayang untuk dilepaskan hingga sanggup dikutip balik jika tiada siapa yang mengutipnya, dilayan bagai puteri raja hingga nuri dan anak2 terbiar dan pandai2 lah nak hidup, diberi kemewahan dan kesenangan di atas pengorbanan besar nuri yang sanggup mengikat perut semata2 susah senang bersama2..
itulah pandangan "CINTA" dan "KASIHAN" seorang lelaki bernama syukri...
Salam semua n selamat pagi n selamat menyambut hari Asyura everyone. mata pedih dan sakit bila baca bab nie. dah nak masuk berkali2 juga baca n also all the abovementioned comments. nampaknya rata2 tak mahu Nuri n Syukri kembali, mahu nya menyesal n si Sarah sungguh pun tertulis nak menunjukkan dia baik tapi tetap tak ambil kisah. walaubagaimana pun tahniah Mak Teh, sayang u tau.
ReplyDeletePeminat setia anda dari Zurich
W'salam. Saya nak juga Nuri bersama Syukri dan anak². Tapi sebelum tu nak bagi syukri sekolah cukup². Biar dia betul² sedar. menyesal sebab abaikan Nuri dulu. Bukan setakat abaikan, malah selalu berbohong disebabkan menurut kemahuan sarah yang tak masuk akal tu. Biar dia tau dan rasa betapa menderitanya jiwa Nuri dulu. Ape pun terpulang pada mak teh. Hehehe...
DeleteSetuju tu. Sekolahkan syukri cukup2 biar tak diulangi kekilafan lalu. Biar dia benar2 sedar diri dan hargai nuri dan anak2 sepenuh hati.
ReplyDeleteTak sabar nak tau cerita seanjutnya. Karya mak teh memng sentiasa menyentuh jiwa. Terasa sentiasa di alam realiti sekeliling kita. Tak terlalu over dan luar alam. Tahniah mak teh. Mak teh tetap dihati. Syabas. Moga terus dengan karya2 yang terbaik.
ReplyDeletebetul tu..mmg cerita mak teh sangat menyentuh jiwa kita semua hingga membuatkan saya dok mengadap blog mak teh sbb tak sabar nak tunggu apa akan berlaku seterusnya..lagi satu pertama kali saya membaca blog e-novel yang begitu efficient dan sangat memahami perasaan semua peminat2 mak teh..tahniah mak teh..mak teh memang terbaik.
ReplyDelete