“Ehh along..ada apa long”. Syed Borhan
memusingkan semula badanya. Dia melihat NurHidayah masih bertelekung..
“Ni haa ibu bagi sarapan kat
Dayah..Dayah tengah solat ke tadi?”. Sambil menghulur pinggan meehoon sambil
mulutnya menceceh..hanya itu peluangnya hendak berkata-kata sebab ibunya sudah
berpesan, tidak boleh berlama-lama dihadapan pintu rumah arwah neneknya.
Almaklum didalam rumah arwah nenekanya ada anak dara yang tinggal bersaorangan.
Salah tingkah takut mendatangkan fitanah pula.
“Haah..itu yang tak dapat jawap salam
along..”.
“Solat subuh ke??...matahari dah dah
segalah ni, dah pukul Sembilan lebih, Dayah terlajak Subuh ke? Nampaknya ‘Subuh gajah’ lah ye”.Gurau
sinis Syed Borhan yang memerli sepupunya yang sudah menjadi gadis manis
sekarang ini. Walaupun manis tapi kalau dah terlajak bangun Subuh pun tak ada
gunanya. Bisik hatinya lagi.Tidak disangka guruan sinisnya termalukan dirinya
sendiri.
“Ehh apa pula solat subuh long..Dayah
buat solat Duha..minta rezeki pada yang Memberi rezeki. Tenguk belum habis lagi
solat Duha Dayah, rezeki Allah dah dihantar melalui along. Terima kasih ye. Alahmdullilah
Kau yang Maha Pengasih, Maha Penyanyang dan Maha Pemurah.” Sambil itu tangan
Hidayah ditadah matanya pula memandang kelangit, habis berkata-kata tangan
diraup kemukanya.
Ketika
itu kata-kata Nur Hidayah menjentik tangkai hatinya.Terasa dia disindir pula
kerana di tidak pernah melakukan solat sunat Duha, mentang-mentang rezekinya
melimpah ruah tidak pernah pula dirinya mahu bersyukur kepada yang ‘Memberi rezeki’. Solatnya hanya solat
yang diwajibkan sahaja. Sejak itulah rasa kasih nya mula tumbuh pada gadis itu.
Semalam
untuk kali keduanya kedua dia terserempak sepupunya itu melakukan solat sunat
Duha. Bila ibunya mengesa dirinya dihantar ke Bandar Seremban untuk membeli
barang keperluan dirinya. . Ibunya mahu
membeli sedikit barangan peribadinya
dengan segera. Kebetulan kereta Syed Borhan ada sedikit masaalah dan sedang
dibaiki di bengkel pembaikkan kereta.
“Bu kalau ibu nak pergi cepatlah
siap.. Dayah dah balik dari kubur tu. Kita pinjam kereta Dayah”. Kereta yang
digunakan oleh Nur Hidayah sebenarnya keretanya juga dulu. Bila sudah bergaji
besar niat hatinya juga mahu berkereta besar. Kereta KELISA yang ada dijual
kepada mak sunya ketika itu mak su nya membayar
tunai, kerana dia tidak mahu berhutang dan tidak mahu mendengar sindiran
kakak sulongnya. Kini Syed Borhan memiliki sebuah MASDA CX5 berwarna putih.
“Ialah pergilah along cakap dengan
Dayah dulu, sementara ibu nak siap ni”. Syed Borhan berdahuluan kerumah
NurHidayah. Lama salamnya tidak berjawab, untuk masuk kerumah rasa tidak manis
pula. Namun dia menunggu juga kerana hanya hari itu dia ada masa untuk ibunya.
Sedang dia berfikir-fikir kedengaran
bunyi kunci rumah berdetak.
“Ohh along…ada apa long. Sorry ye
lambat sangat Dayah buka pintu”.
“Tak apa.. Dayah tengah solat Duha ke.
Along nampak Dayah balik dari kubur tadi.” Ketika itu Syed Borhan melihat
NurHidayah masih bertelekung tentu dia baru selesai solat. Sebab itulah salamnya tadi
tidak berjawab. Mungkin sudah menjadi kebiasaan adik sepupunya itu mengerjakan
solat sunat itu.
“Haah Dayah baru rakaat pertama tadi
masa along bagi salam. Dayah kena cepat-cepat solat, sementara wuduk Dayah
masih ada, kalau dah terbatal biasanya Dayah terlalai nak buat. Kadang-kadang
dah nak dekat Zohor baru teringat kita belum solat Duha lagi. Kita ni manusia selalu
sangat terlalai mengingatiNya..tapi Allah tak pernah terlupa nak bagi kita
rezeki setiap hari...ada apa ye along panggil”. Tersindir lagi dirinya dengan
kata-kata adik sepupunya.
“Along nak pinjam kereta Dayah. Ibu
nak ke Seremban..kereta along pula masih kat bengkel”.
“Ohh..kejap Dayah ambilkan kuncinya”.
Tidak lama dia mengambil kunci kereta lalu dihulurkan ketangan Syed Borhan.
“Dayah nak kirim apa-apa tak”.
“Rasanya tak ada apa-apalah long”.
Dia
juga kagum dengan ketabahan dan sikap berdikari sepupunya itu.Yang sebenarnya
makin lama dia mengenali Nur Hidayah
makin kagum Syed Borhan dengan peribadi sepupunya itu. Tekad hatinya
ingin menyunting sepupu yang disebelah rumah menjadi suri hatinya. Lagi pun
rasa nya tiada halangan kalau mereka hendak hidup bersama. Dia sudah mempunyai
kerja yang mantap. Kewanganya juga sudah kukuh. Di pihak Nur Hidayah pula dia
sudah habis pengajianya, hanya menunggu hari grudiationnya sahaja. Dia akan
menyuarakan hasrat hatinya kepada ibunya. Tetapi alangkah sedehnya bila suara
hatinya diluahkan dia mendapat tentangan hebat dari ibunya sendiri..
“Walaupun dia tu cantik dan
berpendidikan tapi ibu tak suka. Ibu tak
mahu dia akan terlanjur macam emak dia. Along
kena ingat, along kerja sebulan tak ada
kat rumah. Sedangkan sehari pun orang boleh buat inikan pula sebulan...along FAHAM tak
long”.
“Tapi Dayah kan sekolah agama, tak kan dia tak tahu halal haram baik buruknya bu. Ibu bukan tak nampak
peribadi dia. Dia bukan gadis yang suka tergedik-gedik. Solat wajib tak
tinggal. Dan yang along tahu dia buat solat sunat Duha. Beberapa kali along
ternampak dia solat Duha lepas balik kubur mama dia bu..”.
“Macamlah along dah serumah dengan dia,
yang along tahu dia solat tak pernah
tinggal..kamu asyik mengintai dia sahaja ke”.
“Taklah mengintai. Tapi kalau dia dah
pandai buat solat sunat Duha tentulah solat wajibnya tak tinggal. Ibu pun nampak
pakaianya pun macam mana. Pakai tudung labuh tak pernah buka tudung kalau kat luar
rumah. Along yang sebelah rumah ni tak
pernah Nampak rambut dia bu. Baju pun tak pernah kita nampak dia pakai baju
yang ketat. Kita menilai orang kan dari pamakaian harianya dan menengok apa
yang selalu dikerjakan kan bu.”
“Ibu tak kira berapa banyak solat yang
dia buat dan berapa labuh tudung yang dipakainya. Kalau dah anak luar nikah
tetap dia tak akan melahirkan zuriat yang baik. Ibu yang sebenarnya tak mahu
ada keturunan ibu berperangai macam emak dia..tak mustahil perangai emak dia
kan turun pada keturunan yang bakal dia lahirkan nanti.”
“Kenapa itu yang ibu fikirkan, bila
dia lahirkan anak-anak along..pandailah along
didik anak-anak along dengan ilmu
ugama banyak-banyak. Lagi pun emak dia kan adik bung su ibu keturunan ibu
juga. Dia baik macam ibu juga.Mak su hanya tersilap. Manusia ni kan bukannya sempurna
kadang-kadang bila kita terlalai kita akan tersilap. Janganlah dengan
kesilapanya kita hukum dia sampai keketurunan dia. Dayah tak salah dalam
perkara ni, kalau dia ada pilihan dia juga tak mahu lahir jadi anak luar nikah
bu..”
“Itu ibu tahu, memang emak dia adik
beradik ibu tapi dia memang tak boleh nak diberi tunjuk ajar dari kecil dan
inilah jadinya. Kalau dah manja sangat, asyik nak dengar cakap dia sahaja...ibu
tak mahu perangai emak dia turun pada keturuanan ibu.”
“Ibuu! along sayangkan Hidayah bu”.
“Banyak lagi perempuan yang baik yang
boleh along sayang. Memang ibu tak akan restu kalau along teruskan juga niat
along tu..sampai bila bila pun ibu tak akan merestuinya, sampai ibu mati pun
long. Ingat keturunan kita long, bila dah jadi nanti susah nak mendidik. Kalau
dah terjadi nanti hina kita sepanjang kita hidup. Ibu tak mampu nak bayangkan
sedehnya hati atuk dan nenek along bila ada anak yang melahirkan anak luar
nikah. Sampai mati arwah atuk dan nenek menahan
rasa malu pada orang keliling. Bukan malu sahaja long.. apa yang kita cakap
semua orang tak pandang long..malah dicebek-cebek orang lagi.”
Terbayang
kembali dimata Syarifah Aminah sebab kematian arwah ayahnya Syed Bakri. Bila
adik bungsu balik dengan membawa perut yang sudah mebusung. Sudahlah begitu dia
juga dibuang dari Univcersiti kerana perlakuan sumbang yang telah dilakukan. Sunggh
arwah ayahnya tidak dapat menanggung kejutan dengan perangai anak bungsunya
yang ditatang bagai minyak yang penuh,tetapi dibalas dengan contengan
arang kemukanya. Arwah ayahnya pengidap
sakit jantung dan darah tinggi. Akibat terkejut dengan perbuatan anak bunsunya
dia koma beberapa minggu dan akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya pada usia
65 tahun.
Mungkin
Allah mahu dia mendengar sendiri dengan pasti apa yang ada dihati abang
sepupunya dan apa yang ada dihati ibu saudaranya. Dia tergerak hati mahu
meminta pertolongan abang sepupunya mengisi borong SPA. Seperti yang diberi
tahu oleh kawan-kawan mereka dikehendaki mengisi borang yang disediakan dalam
Internet, walaupun mereka belum lagi menempuh hari graduation lagi. Dia juga
mahu meminta bantuan pada abang sepupunya mencarikan kerja sambilan, sementara
dia menunggu keputusan peperiksaan akhir pengajianya. Suara mak long yang
tinggi kedengaran hingga keluar rumah menarik perhatianya.
Kemudian
Nur Hidayah sengaja menelinga ditepi rumah bila mendengar namanya disebut. Mana
tak Nur Hidayah mahu menyibuk bila suara mak longnya dah bunyi suara orang
bergaduh. Sibuk Hidayah menyiasat rupanya terkena pada dirinya sendiri dan
itulah yang didengarinya. Alangkah pedihnya hatinya, bila yang dikecohkan ada
kaitan dengan dirinya. Kecohnya kerana dirinya anak tak sah taraf. Dia pulang
semula kerumah. Benar kata mamanya dia akan mengharungi hidup ini sendirian dan
jangan mengharap simpati orang lain, biar pun orang itu darah daging sendiri.
Dia sedar.
Seminggu
kemudian Syed Borhan meminta pertolonganya untuk menghantarnya ke KLIA. Cuti
sebulanya sudah tamat dia akan kembali kekapalnya semula untuk menjalankan
tugas. Dari KLIA nanti Syed Borhan akan menaiki pewasat menuju ke Kota Kinabalu
dan seterusnya dia kan menaiki sebuah Helikopter untuk sampai ke kapal tempat dia bertugas. Kira-kira pukul
9 pagi Syed Borhan berdiri memberi salam dihadapan pintu rumah arwah neneknya…
“Asalamualaikum!!..” lama salam nya
tidak berjawab. Dia sudah tahu kalau salamnya lama tidak berjawab NurHidayah
sedang solat Duha detik hati Syed Borhan. Dengan sabar dia menunggu dihadapan
rumah. Menanti sepupunya membuka pintu.
Memang benar detik hatinya,
sepupunya keluar dengan telekung yang masih tersarung di tubuhnya. Ibunya
dirumah mengintai dan memerhati tingkah laku anak bujangnya. Malam tadi mereka bertengkar
lagi. Syarifah Aminah melarang dirinya meminta pertolongan Nur Hidayah.
“Tak payahlah along minta tolong
Hidayah yang hantar pergi KLIA tu. Panggil saja teksi kan senang..kalau along
tak nak bayar sewa teksi ibu bayarkan”.
“Bu! hanya sekali ni sahaja..tolong
lah bu. Along nak pandang wajah Dayah sebelum along mulakan kerja. Kalau
apa-apa yang terjadi pada along kat atas kapal tu along puas hati, long tak
terkilan.Bolehlah along mati dengan mata tertutup.” lirih suara Syed Borhan
memohon pengertian ibunya..Cubaan Syed Borhan memancing simpati ibunya supaya
ibunya meluluskan permintaanya.
“Along jangan nak ugut ibu. Tak adanya
along mati..kalau saja along bunuh diri along yang rugi…mati sia-sia, tak payah
nak dipersoalkan lagi memang neraka jahanam
tempat yang nyata untuk along.” Ingat ibunya kepada dirinya.
“Tak pernah terlintas pula along nak
bunuh diri bu..hanya nak menginatkan diri along ni, ajal maut ditangan tuhan”.
“Buat apa nak pandang muka dia long.
Along jangan nak bagi harapan kat dia.Apa yang ibu cakapkan akan ibu pegang sampai bila-bila pun,kalau
arwah ayah masih ada pun dia tak akan setuju dengan permintaan along. Ini semua
demi untuk keturunan kita juga long. Walau
apapun yang ada dalam hati along, ibu tak akan rela along teruskan niat along
tu. Kalau along cuba nikah kat Siam
ertinya hubungan kita anak-beranak hanya sampai kat sini sahaja. Ibu tak hadap
anak yang tak dengar cakap dan ibu tak hadap wanita yang boleh memutuskan
hubungan kita.Anak ibu bukan along sorang. Pada ibu biar mati anak jangan mati adat.Biar along
rasa susah sekarang jangan along susah
kemudian hari. Kalau dah dapat keturunan macam emak dia nanti baru
menyesal..tak guna”.
“Mananya Dayah nak memutuskan hubungan
kita bu”.
“Tapi kalau sampai along buang ibu
kerana nak ambil dia. Tak dia yang memutuskan hubungan ibu dengan along,
walaupun bukan dia yang memutuskan secara langsung.”Syed Borhan dipersimpagan,
kata-kata ibu membuatkan dia tiada pilihan.Melihat anaknya tidak memberi tindak
balas dengan kata-kata Syarifah Aminah menambah lagi kata-katanya biar lagi
berkesan.
“Long! kalau along memilih dia dari
ibu ini ertinya along akan melebihkan dia dari
ibu.Esok-esok along lebih mengikut kata-kata dia dari apa yang ibu
cakapkan.”..
Syarifah
Aminah mempunyai empat orang anak dan kesemuanya lelaki Syed Borhan, Syed
Bukhari, Syed Badrul dan Syed Benyamin.Keras sungguh hati Syarifah Aminah untuk
mempertahankan pendirianya. Memang Syed Borhan tidak akan dapat melembutkan
hati ibunya tentang permintaanya untuk menyunting sepupunya. Apa yang mereka
bincangkan malam tadi terhenti diminda Syed Borhan, bila terdengar bunyi selak pintu berdetak
menandakan Nur Hidayah sedang membuka pintu. Bila terlihat sahaja wajah Nur
Hidayah dicelah daun pintu, cepat sahaja
Syed Borhan menyampaikan hasrat hatinya.Dia tahu ibunya sedang memerhati
tingkahlakunya dari dalam rumah mereka..
“Tengahhari nanti Dayah nak pergi
mana-mana tak?”.
“Tak ada kemana rasanya long..kenapa??..”
“Abang rasa nak minta tolong Dayah hantarkan
abang pergi KLIA lepas Zohor nanti boleh.”. Hai kenapa pula along ni menukar
ganti nama dirinya sebagai abang pula. Itulah cara Syed Borhan membayangkan isi
hatinya.Isi hati yang dia suka pada Nur Hidayah.
“In Syaa Allah boleh…nanti lepas Zohor
ye”. Nur Hidayah mengulangi kata-kata
abang sepupu yang berdiri luar rumah arwah neneknya. Bila tiada apa-apa lagi
yang keluar dari bibir Syed Borhan, Hidayah ingin berlalu masuk kerumah. Itulah Nur Hidayah,
dia tidak suka berlama-lama berdiri dihadapan pemuda yang bukan mahramnya. Ketika dia memusingkan badan untuk masuk
kedalam rumah sekali lagi namanya diseru dengan lembut sekali..adakah itu hanya
pendengaran telinganya. Mungkin kerana kebaikkan yang selalu dihulur menjadikan
hatinya menaruh ‘rasa’ kepada abang sepupunya. Dan ‘rasa’itu menyebabkan suara abang
sepupunya meresap masuk kehatinya dengan sahdu sekali.
“Dayah….”.NurHidayah memusingkan badan
memandang wajah abang sepupunya dengan pandangan hairan. Dipandagan mata Nur
Hidayah kelihatan mata abang sepupunya berkaca-kaca..wajahnya sayu seperti mahu
meluahkan sesuatu. Lama mereka bertatapan.Tercantas bicara hati teruna dan dara
dihadapan pintu bila mendengar laungan suara Syarifah Aminah dari tingkap
rumahnya.
“Alooong !!!!kenapa lama sangat..”
“Ok Dayah..nanti siap-siaplah lepas
Zohor ye”.
“In Syaa Allah”. Cepat-cepat Nur Hidayah
menutup pintu. Syed Borhan hanya terkebil-kebil melihat daun pintu rumah yang
sudah tertutup rapat.
“Flight along pukul berapa”.
“Malam bu pukul 10 malam”.
“Janji
dengan Dayah pukul berapa, ibu nak ikut pergi KLIA hantar along nanti, kesian pula Dayah balik sorang tak ada siapa
teman kan dia. Ibu pun tak ada apa nak buat baik ibu temankan dia.”
Mungkin
kerana takutkan anaknya meluahkan rasa kepada gadis pujaannya SyarifahAminah menemani anak bujangnya hingga ke KLIA. Syed Borhan yang memandu kereta
KELISA Nur Hidayah, ibunya ditempat duduk penumpang sementara Nur Hidayah
menjadi MEM duduk dikerusi belakang. Bersungguh Syarifah Aminah menghalang
hubungan anak terunanya dengan anak saudaranya.
Sampai di KLIA setelah dia
menurunkan bagasinya, Syed Borhan menyuruh ibu dan adik sepupunya pulang.
“Dayah,
ibu baliklah, tak payah tunggu along.Flight along pukul 10 malam, nanti sampai
rumah pukul berapa pula.”Mereka memerhati sekejap along menolak troli masuk
kebangunan lapangan terbang kemudian Nur Hidayah memulakan pemanduanya.
p/s: Rasanya esok tak ada ye..harap maaf.
Kesiannya Dayah dan Syed Borhan....
ReplyDeleteAdui mak cik..nak menghina sgt, takut kena kat batang idung sendiri..dah terang lagikan bersuluh su dayah sebaik2 wanita..memilih sgt, mmg dapat keturunan yang baik tapi menantu hantu..camana tu..
ReplyDeleteHai.. takkan anak makcik Jamilah yang lain macam malaikat juga tak usik anak dara orang. Semoga Hidayah bertabah. Pasti ada jodoh yang terbaik untuk dia.
ReplyDelete