Air
penawar didalam kendi,
Mari
minum didalam gelas,
Bagai
mencurah air didaun keladi,
Air
lalu tidak berbekas.
Sebenarnya Liza sudah tidak tahan dengan perangai anaknya
yang nakal dan degil. Sudahlah begitu dalam pelajaran juga Halim sudah jauh
ketinggalan. Sudah masuk darjah tiga tapi masih tidak lancar membaca. Kalau
mata pelajaran matamatik dan bahasa Innggeris lagi lah teruk, tidak pernah
lulus jika diadakan ujian atau pun peperiksaan.
Dalam buku rekod kemajuan
tahunnya hanya merah sahaja keputusan yang tercatit. Lama kelamaan Liza mengaku
kalah dan menyerahkan semula kepada ibunya untuk menjaga anaknya itu. Tapi kini
setelah ayahnya tidak berdaya, ibunya juga tidak dapat mengawal perangai
cucunya yang nakal dan liar.
Walaupun masih kecil, Halim sudah pandai bergaul dengan
kawan yang lebih besar. Dia merayau sekeliling kampong. Tingkah lakunya seperti
orang dewasa kalau dia keluar pagi hampir senja barulah dia menampakkan muka. Halim seorang yang pendiam.
Apabila dimarahi atau ditanyai oleh neneknya kemana dia pergi dia akan
mendiamkan diri. Dia tidak akan melawan
ataupun menjawab walau sepatah pun, tapi perangainya hanya orang yang
betul-betul sabar yang sanggup menanganinya. Pada keluarga Liza.. Halim seorang
budak nakal dan bodoh yang tidak ada masa depan. Untuk membentuknya menjadi
baik atau pandai adalah satu perkara yang mustahil. Liza dan keluarganya
mencari jalan mudah lalu meyerahkan kepada bekas suaminya, lagi pun Liza sudah
ada anak lain selain Halim.
Sudah seminggu Amirah tinggal dirumah ibu mertuanya.
Halim sudah mula mesra bersama kakak dan adik-adik yang baru dikenali. Dia juga
sudah terbiasa dengan panggilan barunya yaitu abang ngah. Dia sudah merasa
seronok dikelilingi kak long, alang, ateh,uda dan busu yang baru mahu
menjangkau usia satu bulan. Dia juga sudah tidak kekok memanggil Amirah dengan
panggilan ibu. Minggu itu Loqman datang lagi, kali ini dia datang untuk membawa
mereka semua pulang kekuarters kediaman mereka di Nilai.
“Mama ..rasanya kami
kena balik lah mama…Mirah pun dah sihat ni.” Luah Loqman hari itu ketika makan
tengahhari dirumah mamanya.
“Kenapa cepat sangat
Man nak balik Man..kan masih ada seminggu lagi cuti sekolah…minggu depan baru
balik tak boleh ke?” tahan Puan Shraifah, kerana dia belum puas bercampur
dengan cucu-cucunya.
“Ialah Man..rumah ni
jarang bising macam ni..sesekali macam ni meriah pulak rasanya..kami ni nak
tunggu hari raya baru ramai rumah ni.”sokong papanya pula.
“Tak bolehlah
papa..Syifa ni dah nak sekolah, buku sekolah pun belum beli lagi..kak long pun
satu, hari tu kenapa tak bagi ayah senarai buku tulis yang nak beli..ayah tak
beli lagi tau …semalam ayah Haziq kata dia dah beli buku.”
“Allah..kak long lupa,
seronok sangat nak balik kampung hari tu…jadi esok kita kena baliklah ye..kita
tak balik Pilah lagi ke?”
“Tak apalah cuti lain
kali kita boleh balik..ibu tak suka juga terkejar-kejar..adik-adik kak long ni
kecil lagi kalau kehulu kehilir nanti penat..ayah pun penat tu.” Amirah
menerangkan kepada anaknya supaya faham dan tidak memaksa ayahnya.
Disebelah malamnya Loqman memanggil isteri dan kedua
orang tuanya untuk membincangkan hal anaknya Halim. Mereka akan memutuskan
dimana Halim akan tinggal. Kalau boleh dia ingin serumah dengan semua anak-anaknya tapi dia
harus berbincang dahulu dengan isterinya dan meminta pendapat kedua orang
tuanya.
“Papa,mama, Mirah kita
bincang pasal Halim..” usul Loqman, ketika itu semua anak-anak mereka sudah
tidur di depan tv, tempat biasa mereka berehat dan tidur jika mereka berkumpul
dirumah datuk dan nenek PDnya. Halim juga tidur disitu bersama adik beradiknya
yang lain walaupun datuk dan neneknya sudah meyediakan bilik khas untuknya
sejak dia sampai tempuh hari.
“Papa dan mama sanggup
ke jaga Halim …kalau tak sanggup macam mana Mirah, dia duduk saja dengan kita.”
Loqman bertanyakan hal anaknya yang seorang itu.
“Mirah tak kisah..kalau
abang kata duduk dengan kita.”
“Mama pun tak kisah
kalau dia nak duduk sini dengan mama...tapi mama tenguk dia seronok sangat bila
dikelilingi oleh adik-adik dan kakaknya…tak apalah nanti mama tanya dia mana
dia nak duduk.”
“Eloklah tu baik kita
bagi dia pilih sendiri, mana dia nak duduk..papa setuju cadangan mama tu”
sokong Encik Abdul Majid pada cadangan isterinya.
Selepas makan tengahari, Puan Sharifah menghampiri
cucunya Halim yang duduk sendirian di pintu luar memandang jalan. Kak long dan
ibunya berkemas kain baju yang akan dibawa pulang esok pagi, sementara ayahnya
sedang menjaga adik-adiknya yang masih kecil, di halaman rumah bersama
datuknya.
“Angah pandang apa tu?”
“Tak pandang apa.. saja
duduk sini tenguk ayah dan adik-adik.”
“Nenek nak tanya angah
ni…seminggu lagi sekolah nak buka…esok ayah, ibu, kak long dan semua adik-adik
angah nak balik, angah nak ikut mereka ke? atau nak duduk sini dengan atuk dan
nenek?”
“Boleh ke angah ikut
mereka?”
“Apa pasal pulak tak
boleh, mereka kan keluarga angah….ayah tukan ayah angah”.
“Tapi.. ibukan bukan
ibu angah yang betul.”
“Ia… tapi ibu tak kisah
kalau angah nak ikut..sebab angah anak ayah..angah fikir dulu..nanti malam baru
cakap..sebab kalau angah dah buat keputusan dah tak boleh ubah lagi..nanti
susah ayah nak tukar-tukar sekolah angah..orang yang buat kerja nak tukarkan
sekolah pun pening kepala..angah fikir elok-elok ye”.
Sebenarnya Halim merasa seronok bersama kak long dan
adik-adiknya. Dulu sewaktu dia tinggal bersama mamanya diKuala Lumpur, dia juga
mempunyai dua orang adik perempuan, tetapi mamanya tidak membenarkan dia
bermain bersama adik-adiknya. Kata mamanya, dia budak nakal nanti dia akan
mencederakan adiknya pula. Papa Roslinya pun jarang hendak duduk bertanya
dengannya. Mamanya apatah lagi hanya
herdikkan sahaja yang kedengaran bila dia bertanya atau bercakap dengannya.
Tapi bersama keluarga ayahnya lain pula. Ibu.. walau baru pertama kali ini dia
berjumpa dan baru duduk dengannya seminggu sudah nampak kemesraanya, walaupun
ibu tidak banyak bertanya tapi dia sering disuruh itu dan ini oleh ibunya.
“Angah tolong ibu
ambilkan lampin adik dalam bilik boleh tak.” Walau pun ibunya menyuruhnya tapi
suaranya lembut. Tiada nada paksaan atau herdekkan. Dia bangun berlari kedalam
bilik mengambil lampin adiknya.
Kemudian ibunya menyuruh dia menolong menjaga
adik-adiknya diluar rumah bersama kak longnya. Halim mula merasakan dirinya
diperlukan dan dihargai dalam keluarga ayahnya. Hanya ayahnya, yang belum
pernah bertanya atau menyuruh dia membuat sesuatu..mungkin belum lama dia berkumpul dengan ayahnya. Semenjak keluarga
ayahnya datang kerumah neneknya di PD baru dua kali dia berjumpa ayahnya, itu
pun sekejap-sekejap. Selepas makan malam, malam itu Halim menghampiri Amirah
yang sedang membedung adik kecilnya yang sudah terlena.
“Adik dah tidur bu?”
“Dah.. ni baru
lena..angah tak tidur lagi? pergilah tidur dengan adik-adik kat depan tv tu,
ayah dah pasangkan ubat nyamuk agaknya.” jawab Amirah dengan senyum manisnya.
Kak long dan adik-adik yang lain sudah baring di ruang tempat mereka menonton
tv..ayahnya juga kadang-kadang tidur disitu juga, lebih sejuk katanya.
“Ibu…kalau angah ikut
ibu balik esok boleh tak?” Halim menyuarakan hasrat hatinya kepada Amirah.
“Boleh apa
salahnya..angah nak sekolah sana…sekolah dengan kak long?”
“Ia..angah nak sekolah
dengan kak long.”
“Boleh… cakaplah dengan ayah… lepas tu kemas baju yang nak
bawa esok pagi..esok pagi kita balik tau.” tampa ragu Amirah memberi
persetujuan. Halim gembira dia diterima
tampa ragu.
Kini sudah sebulan, AinNur Syifa dan Nazrul Halim
bersekolah disekolah yang sama. Loqman dan Amirah mula sibuk memastikan
pelajaran anak-anaknya. Setelah sebulan mengenali anaknya Halim, barulah Loqman
tahu anaknya itu sudah cukup jauh tertinggal dalam pelajarannya. Baik pelajaran
sekolah kebangsaan mahu pun pelajaran mengajinya. Halim masih belum lancar
membaca rumi walau pun sudah darjah empat tahun itu. Mengaji pula alif bat ta
nya juga belum dikenal dengan pasti. Dengan sabar Loqman dan Amirah
mengajarnya.
Makin hari makin terselah sikap Halim. Kenakalan,
kedegilanya dan yang paling mencabar adalah sikap liarnya. Setelah mengenali
ramai kawan dia suka berjalan. Dia suka mengikuti kawan-kawan merayau
sekeliling kuarters tempat tinggal mereka.
Sikapnya juga sukar dikawal dan tidak mendengar kata. Halim seorang yang
pendiam jarang menjawab jika dia dimarahi..tapi dengan sikapnya itulah semakin
pening kepala Loqman mahu memberi tunjuk ajar. Apabila dinasihati dia hanya
mendiamkan dirinya sahaja, tetapi esoknya dia akan mengulangi perkara yang
sama..bak kata orang ‘bagai mencurah air didaun keladi’ tak berbekas apa pun semua nasihat dan tunjuk
ajar dari ayahnya.
Pada satu pagi minggu, kebetulan Amirah off day hari itu,
mereka minum pagi sekeluarga dengan meriah. Sedang mereka menikmati sarapan
pagi, kawan Halim memanggilnya. Setelah bercakap-cakap sebentar Halim masuk
semula menyambung sarapan paginya yang belum habis.Tampa berkata sepatah pun
dia keluar, dengan kawanya. Mereka menaiki
sebuah motosikal. Pagi itu dia keluar, lewat petang baru dia pulang
kerumah. Dengan perasan yang membara Loqman memarahi anaknya.
“Angah.. satu hari
angah pergi berjalan dah petang macam ni baru balik angah pergi mana?”
“Angah main dengan
kawan.” itu jawapanya dengan muka tidak bersalahnya.
“Sembahyang zohor kat mana?” bila ditanya berkenaan
sembahyang dia mendiamkan diri.
“Ayah tak suka anak
ayah tinggal-tinggalkan sembahyang. Ni waktu Asar dah nak habis..dah sembahyang
ke belum?” Tinggi suara ayahnya menunjukkan dia sedang marah.
“Belum…” dia hanya
menundukkan wajah dan menjawab sepatah.
“Ayah tak suka
anak-anak ayah melewatkan solat. Sekarang pergi mandi dan solat Asar cepat.”
arah ayahnya tegas. Selesai solat Amirah menghampiri.
“Angah dah makan ke
belum?” lembut Amirah bertanya.
“Belum.” dia menjawab
namun wajahnya tetap tertunduk memandang lantai.
Selepas solat Magrib berjemaah, Loqman menasihati semua
anak-anaknya, terutama Halim, dengan suara yang lembut. Dia sedar dia tidak
perlu terlalu berkeras dan tegas memandangkan waktu mengenali hati budi anaknya
yang satu itu baru beberapa bulan sahaja. Loqman perlu bersabar itu nasihat
Amirah tadi. Bila dilihat anaknya seperti mendengar nasihatnya, dia besyukur.
Sementara menunggu waktu Isyak Loqman dan Amirah mengajar anak-anaknya mengaji
pula. Halim masih lagi merangkak-rangkak membaca IQRAK bersama adiknya Ahmad
Firdaus yang berumur enam tahun malah
adiknya itu lebih lancar lagi bacaanya dari dirinya. Loqman terbayang, ketika
umur itu AinNur Syifa anaknya yang sulung sudah hamper 2 kali khatam bacaan
Al-Qurannya. Sabar..Loqman sabar.. inilah cabaran,bisik hatinya. Cabaran
mendidik anak.
Minggu berikutnya Halim membuat perkara yang sama lagi.
Kali ini Loqman sebagai seoang ayah dengan tegas memberi amaran. Jika sekali
lagi anaknya itu melakukan kesalah yang sama, dia tidak teragak-agak akan
memberinya hukuman. Pada Loqamn jika dengan cara lembut dan nasihat anaknya
tidak mendengar, dia harus mengajarnya dengan cara kekerasan pula.
“Angah!! ingat sekali
lagi angah buat apa yang ayah tak suka, ayah rotan..ingat!.” garang suara
Loqman memberi peringatan supaya anaknya takut melakukan kesalahan lagi.
Hari Rabu dalam minggu
itu juga. Loqman dikejutkan oleh satu panggilan telefon dari sekolah anaknya.
“ Assalamualaikum..Ini
Encik Loqman bapa kepada Nazrul Halim ke?”
“Ya..ada apa hal encik
menghubungi saya?” Hati Loqman cemas jika ada apa-apa yang buruk berlaku kepada
anank-anaknya disekolah.
“Saya guru disiplin sekolah… Boleh encik datang
kesekolah untuk membincangkan masaalah anak encik.”
“Boleh...boleh
cikgu…sekejap lagi saya datang.” Loqman memberitahu rakan setugasnya untuk dia
kesekolah anak-anaknya tengahhari itu.
Dia yang masih memakai seragam polis ketika tiba
disekolah anaknya. Apabila dia sampai disekolah dia terus sahaja kepejabat guru
besar. Hatinya berdebar. Apabila dia masuk dilihat anaknya dan beberapa orang
lagi murid lain ada didalam bilik itu sedang berdiri dengan pandagan tunduk
memandang lantai. Guru yang bertanggung jawab memberi penerangan apakah
kesalahan murid-murid yang ada dibilik guru besar terasebut. Memeras ugut
meminta duit dari murid-murid lain, ponteng kelas dan melawan cakap guru,
itulah kesalahan mereka termasuklah anaknya Nazrul Halim...
Sampai dirumah Loqman
mengarahkan Halim dan Syifa menyimpan bag sekolahnya didalam bilik. Ketika itu
Amirah didapur sedang menghidang untuk makan tengahari mereka.
“Kak long, angah pergi
simpan beg sekolah dalam bilik, kemudian angah keluar kedepan..ayah nak tanya.”
Arah Loqman kepada dua orang anaknya dengan suara tegas.
Loqman
hairan dengan wajah Halim yang tidak mempamirkan rasa takut, kerana sudah
bersalah disekolah tadi. Makin terbakar hati Loqamn dengan sikap ego anaknya
yang seorang itu. Bila Halim dihadapannya, Loqman sudah bersedia memegang rotan
bulu ayam yang digunakkan untuk membersihkan habuk dimeja tulisnya. Tampa
membuang masa Loqman mula menyoal anaknya Halim. AinNur Syifa hanya memerhati di
ambang pintu biliknya. Dia sudah tahu kesalahan adiknya kerana kawannya yang
bertugas tadi telah memberitahunya. Dia merasa sungguh takut dengan perilaku
ayahnya yang nampak sungguh garang. Tidak pernah selama dia duduk sebumbung
dengan ayahnya..ayahnya bersikap garang seperti sekarang ini. Dilihat wajah
ayahnya seperti singa lapar yang hendak membaham magsanya sahaja.
“Kenapa angah minta
duit dari orang?”
“Sebab ibu tak bagi
angah duit.” Halim menjawab selamba untuk melindungi dirinya.
“Kak long!!”..jerit
Loqman. Terkejut Syifa dengan jerkahan ayahnya seperti komandor askar dipadang
kawat sahaja suaranya.
“ ibu ada bagi duit
pada kak long ke?” Loqman mengarahkan pandanganya kepada anak perempuanya pula.
“Tak …”. Hanya itu yang
mampu terkeluar dari bibir anak perempuan tunggalnya. Syifat sudah mengigil
ketakutan.
“Kenapa ibu tak bagi
duit pada kak along?”
“Sebab ibu dah bawakan bekal dan nak ajar kak long
berjimat dan makan apa yang ada.” jawab AinNur Syifa terketar suaranya bila
dijerkah ayahnya. Sebenarnya Loqman dan Amirah sudah sepakat memberikan bekalan
sahaja untuk anak mereka, supaya mereka belajar berjimat dan makan apa yang
dibekalkan oleh mereka. Perkara itu sudah daberitahu sejak awal persekolahan
bermula lagi. Bagi Nur Syifa perkara ini
sudah menjadi kebiasaan sejak dia bersekolah didarjah satu lagi. Dia akan
dibekalkan dengan apa sarapan pagi itu dan sebotol air masak.
“Kenapa angah ponteng
kelas ??..tahu ke angah duduk kelas yang keberapa ??..kelas nombor dua corot
tahu, sebab apa angah duduk kelas tu..sebab angah dah darjah empat tapi tak
lancar lagi membaca, tak pandai lagi nak mengira!!!.” jerit Loqman bersama satu rembatan rotan singgah kepunggung
Halim. Bukan sedikit Loqman menghayun rotannya, sekuat hatinya.. pada nya biar
pukulnya itu akan menjadi kenangan kepada anaknya Halim dan merupakan pukulan yang pertama dan
terakhir. Biar anaknya tahu dia bukan main-main dalam hal yang sebegitu.
Kemudian dia menyambung lagi kata-katanya, anak
sudah meraung kesakitan.
“Kenapa angah belajar
nak jadi samseng.. nak jadi penjenayah..angah nampak tak ayah pakai baju apa ni??..ayah seorang anggota
polis, ayah seorang Inspektor polis yang mencegah perbuatan jenayah, kenapa
anak ayah sendiri belajar nak menjadi penjenayah. Kenapa!!!” jerit Loqman lagi
dan satu lagi pukulan singgah kepunggung anaknya. Amirah yang terdengar
kekecohan diruang tamu meluru keluar. Apabila Halim melihat kelibat Amirah, dia
meluru meminta bantuan dan perlindungan. Namun satu lagi rembatan singgah di
punggungya. Amirah sampai lalu memeluk anak suaminya.
“Bang dah lah bang..
anak kita belum makan lagi.” Lirih suara Amirah memohon simpati.
“Abang malu Mirah
..abang malu.. angah ni, jadi gangster sekolah, peras ugut orang minta duit,
lawan cakap cikgu..dah lah bodoh duduk kelas corot.” Loqman menghayun rotan
yang ada ditangannya, punggung anaknya akan menjadi sasaranya lagi. Tangan
Amirah dengan cepat menutupi punggung anak suaminya. Loqman sudah tidak
berkira, kesabaranya sudah hilang dengan perangai anaknya yang seorang itu, lalu
tangan isterinya yang menerima pukulan itu.
“Bang dah lah bang anak
kita belum makan lagi..sabarlah bang.” suara Amirah kuat sedikit kerana
kesakitan dengan pukulan suaminya tadi. Bagi Halim bila dia mendengar kata-kata
Amirah yang mengatakan ‘Anak Kita” begitu menyetuh jiwa anak yang dahagakan
kasih ibu.
“Ayah dah tak tahan
dengan perangai angah..ayah tak tahan..
ayah malu, anak ayah jahat ..anak ayah bodoh.” tangan Loqman menghayun rotan
mencari sasaran. Bila melihat keadaan ini AinNur Syifa pula meluru memeluk
belakang adiknya, dia tidak sanggup melihat ibu dan adik nya menjadi habuan
rotan ayahnya yang sedang mengila marahnya. Rotan tadi singgah pula di belakang
badan AinNur Syifa. Dia terjerit menahan sakit. Dalam masa itu juga kedengaran
suara anaknya Halim meminta ampun.
“Ayah ampunkan
angah..angah tak buat lagi..ayah ampunkan angah..ayah.” barulah Loqman
tersedar..dia berdiri dan mengundur
sedikit kebelakang. Dengan suara yang garang..dia berkata.
“Ingat sekali lagi
angah buat.. mati ayah kerjakan..ayah akan pukul angah dalam bilik supaya tiada
sipa yang dapat tolong.. ingat…kak long jaga adik tu, kalau angah buat jahat
lagi, kak long pun ayah rotan juga..jaga adik kak long tu kak long pengawas
sekolah tapi adik jadi samseng sekolah”.
Kemudian Loqman mengambil kunci keretanya. Dia melangkah
keluar dan menghidupkan injin keretanya, mungkin ketempat kerjanya semula,
tampa menjamah makan tengah harinya hari itu.
Macam mana la mak bapak liza didik Halim. Harap dengan kasih sayang ibu & kak long Halim dapat betul2 berubah.
ReplyDeleteLagi 2 bab nak tamat ke m teh?
halim ni kurang kasih sayang dan perhatian.......kesiannn budaknya. nasib baik amirah jenis yg boleh menerima anak loqman tanpa syarat dan dia dan kak long penyayang. loqman pulak yg garang.
ReplyDeletedibah.
Begitulah kiranya ada 2 bab lagi..mat teh slalu paparkan crita anak yg ditinggalkan..tpi sbnarnyaq mak teh nak tanmkan dlm hati stiap wnita klau kita diduga menrima ank suami dri istri lain..trimalah mereka dan berilah peluang mereka membina hidup..setiap insan ada peluang berjaya jika diberi peluang..nanti jika ada masa mak teh nak crita tentang anak tiri ni...
ReplyDeleteBanyak pengajaran yg mak teh selitkan pd setiap cerita yg dipaparkan.thanks mak teh kerana menyedarkan kami yg alpa ini
ReplyDeletebila bab anak tiri ni teringat kisah seorang pegawai di opis saya. di usia muda 26 thn dan punya anak seorang telah punya madu. dapatla dia anak tiri ramai juga. oleh kerana dia bekerjaya dan hanya ada dua anak sahaja..bila time berusia ni anak2 tiri dah besar .ada yg pergi ipt. dlm rasa geram kat madu tapi tetap kesian kat anak2 tiri. kalau anak2 tiri dtg rumah dilayan dgn baik malahan selalu menghulur duit belanja utk anak2 tiri..
ReplyDelete