Tuai
padi antara masak,
Esok
jangan layu-layuan,
Intai
kami antara nampak,
Esok
jangan rindu-rinduan.
Kebahgiaan kini milik mereka berdua. Telah hampir tiga
bulan Loqman bersara dan tinggal dirumah. Dia bersara ketika umurnya mencapai
56 tahun. Semua anak-anaknya sudah memapunyai kerjaya masing-masing. AinNur
Syifa sudah menjadi seorang doktor dan bertugas di Hospital Tengku Jaafar
Seremban bersama suaminya. Mereka telah pun mempunyai dua orang cahaya mata.
Halim juga sudah berkahwin dengan seorang guru rakannya ketika dia belajar
diIPG Miri dulu juga sudah dikurniakan
seorang cahaya mata.
Setelah mendapat keputusan SPMnya Halim memohon untuk
menjadi guru. Dia mengambil kursus
Pendidikan Islam. Kebetulan pula dia hanya mendapat 5A dalam peperiksaan
SPMnya. Walaupun dia sudah sebulan diterima masuk di Kolej Metrikulasi Negeri Sembilan di Kuala
Pilah, tetapi dia lebih lebih berminat untuk memasuki bidang pendidikkan. Bila
sahaja dia menerima panggilan dari di IPG Miri dia bergegas pulang untuk
menyatakan hasrat hatinya. Tetapi hasrat hati ditentang pula oleh ayah dan
ibunya. Terpaksalah dia mencari jawapan bagi menyakinkan mereka berdua.
“Ayah , ibu angah lebih
suka masuk IPG dari belajar kat Matrikulasi Kuala Pilah tu. Lagi pun angah
hanya dapat 5A saja. Dah sebulan belajar kat Metrik tu angah rasa susah sangat.
Angah takut tak terbawa nanti.” Jujur diterangkan kepada ayah dan ibunya
tentang kemampuanya belajar.
“Anagh cubalah dulu,
jangan cepat mengalah, baru sebulan angah duduk Matrik, mungkin angah belum
boleh menyesuaikan diri lagi dengan cara belajar kat situ. Lagipun keputusan
angah buka teruk sangat walaupun hanya 5A sahaja tapi tak ada mata pelajaran
yang gagal. Lagi pun kalau angah masuk Matrik angah boleh masuk Universiti
nanti. Angah ada ijazah.”
“Belajar kat Matrik ni
kena cepat tangkap apa yang diajar ayah. Tak boleh nak cuba-cuba nanti angah
juga yang ketinggalan. Lagipun kalau masuk IPG angah dapat Ijazah juga, cuba
ayah dan ibu tenguk tawaran ni ‘Ijazah Sarjana Muda...’ kalau angah masuk IPG,
tak payah lagi kita nak fikir Universiti mana kita nak masuk nanti, tentu-tentu
lima tahun setengah angah belajar satu tempat. Kalau masuk Metrik dah habis
esok angah akan tertunggu-tunggu Universiti mana diaorang nak bagi. Lagi pun
angah memang berhajat sangat nak jadi cikgu. Angah nak membuka mata anak-anak
murid yang angah ajar nanti. Setiap insan ni kalau belajar bersungguh-sungguh
akan pandai juga. Angah nak cerita pada anak murid angah nanti, siapa diri
angah dulu. Supaya mereka belajar sungguh-sungguh.”
“Tapi Miri tu jauh
ngah, susah ayah dan ibu nak jenguk angah nanti” ujar ibunya. Halim melihat
pandagan sayu kedua ayah dan ibunya. Mungkin mereka sudah rasa kerinduan atas
pemergianya nanti.
“Kak long lagi jauh
ayah ibu, nuuun kat Mesir sana tu, nanti
angah buatlah macam kak long, angah call ayah dan ibu selalu. Kalau ada apa-apa hal angah akan call, ayah dan ibu
jangan bimbang.”.
“angah tak rasa rugi ke
lepaskan Matrik tu, nanti menyesal pulak.” Cuba ibunya lagi.
“Angah tak akan rasa
menyesal bu, lagi pun angah belajar ni dalam bidang ugama,sekurang-kurangnya
angah dapat juga ilmu Ugama nanti. Lagi pun kalau diIPG tentu-tentu angah
keluar nanti jadi cikgu macam nenek, kalau masuk Universiti angah akan
tercari-cari bidang kerja pula, mahu setahun dua tahun baru dapat kerja tetap.”
Halim bersungguh menyakinkan kedua ayah dan ibunya.
Akhirnya Loqman dan Amirah akur dengan kemahuan Halim.
Biarlah dia belajar didalam bidang yang diminatinya. Dia terbang keMiri Sarawak
untuk mencari ilmu. Sekarang dia sudah menjadi ustaz di sebuah sekolah rendah
di Melaka. Loqman sangat bangga anaknya bergelar ustaz sekarang. Dia juga sudah
dua tahun mendirikan rumahtangga dan bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama
lagi. Isterinya orang Melaka, juga seorang guru, rakan ketika dia belajar diIPG
Miri. Tetapi isterinya mengajar Bahasa Inggeris.
Ahmad
Firdaus pula setelah mendapat ijazah kejuruteraan dia memohon menjadi inspektor
polis seperti ayahnya. Abdullah Hakim masih menyambung pengajiannya diperingkat
Master di sebuah Universiti diAustralia selama setahun tahun. Dia bercita-cita
menjadi seorang pensyarah. Ahmad Hazril
sedang mengikuti kursus selama lapan bulan, dia bekerja seperti ibunya,
buat masa ini dia berkursus di Petaling Jaya. Anaknya yang bungsu Ahmad Fudhail
belajar di Univedrsiti Sain Islam Malaysia diNilai.Dia mengambil kursus
Farmasi.
Setelah berpencen lebih banyak masa Loqman untuk berduaan
dengan isteri kesayaanganya dirumah. Segala kegiatan mereka lakukan bersama.
Rutin harianya jika mereka tidak kemasjid atau kesurau mereka akan solat
berjemaah, berzikir dan mengaji dirumah. Kini sudah menjadi amalan setiap hari,
diwaktu dinihari pula mereka akan bangun mengerjakan sembahyag sunat tahajjud
atau sesekali sembahyang sunat tasbih bersama-sama. Mereka sama-sama
mendekatkan diri kepada Allah yang Maha Pencipta memohon keredhaan dan memohon
keampunNya. Mereka juga sedang menunggu giliran untuk dipanggil menjadi salah
seorang tetamu Allah, mengerjakan haji ke Mekkah. Mereka berdoa agar dalam
waktu-waktu terdekat mereka akan terpilih. Semalam mereka menerima surat dari
tabung Haji mengatakan mereka telah tersenarai sebagai calon menunggu. Ini
bemakna jika ada kekosongan mereka akan dipanggil oleh pihak Tabung Haji untuk
menjadi tetamu Allah.
“Mirah.... hendaknya
dapatlah kita keMekah tahun iniye Mirah.”
“Ialah bang... kalau
dikira sudah lebih lima tahun kita mendaftar dengan Tabung Haji kan bang, duit pun dah cukup, itu yang diaorang hantar
surat mengatakan kita jadi calon menunggu, kalau ada kekosongan InsyaAllah kita
pergilah bang.”
“Emm semoga ada rezeki
kita tahun ini Mirah. Abang tak nak tua sangat kita pergi, nanti dah mula
sakit-sakit susah nanti kita kat sana nak beribadat.”
“Kita berdoalah supaya
kita sentiasa sihat bang. Kan arwah papa pernah pesan kita buat solat taubat
dan solat hajat banyak-banyak supaya mudah segala pekerjaan kita kat sana
nanti.”
Loqman teingat cerita
arwah papa dan mamanya ketika mereka baru pulang dari mengerjakan haji dahulu.
“Man kalau Man ada
rezeki dapat naik haji esok, jangan lupa sebelum kita pergi lagi buatlah solat
sunat taubat dan solat sunat hajat banyak-banyak. Dah sampai sana nanti buat
juga tiap-tiap hari. InsyaAllah mudah segala urusan kita Man.” Pesan papanya.
“Ia Man mama ni kan sakit lutut, mama risau
sangat kat sana mama akan susah papa pula, tapi Alhamdullilah sampai kat sana
mama tak sakit lutut pun Man. Sebelum hari Artafah tu, lima kali kami buat
umrah. Saie dan tawaf mama jalan sendiri tak payah naik kereta sorong. Ni
tenguklah badan mama ni kan dah susut Man, mama rasa ringan sangat.. senang nak
bergerak. Papa Man ni rajin betul buat Umrah, lepas tu kalau tak buat Umrah
setiap kali selepas sembahyang fardu papa buat tawaf sunat pula. Lagi satu kan Man
kalau hati kita terdetik perkara-perkara yang tak baik cepat-cepatlah
beristifar banyak-banyak, yang elok kalau sempat solat, buatlah solat taubat.
Pesanan kedua papa dan mamanya menjadi ingatanya kini. Dua tahun setelah Encik Abdul Majid dan Puan
Sharifah menunaikan Haji, ayah dan ibu Amirah pula memenuhi giliran mereka.
Sikap romantis Loqman juga semakin menjadi-jadi. Jika dia
bersama isterinya dia akan memeluk dan mecium isterinya sesuka hatinya. Tidak
kiralah ketika itu mereka berada diruang tamu atau pun didapur. Kadangkala
ketika didalam kereta juga ciuman hangatnya akan singgah kepipi isteri
kesayagannya. Selalu juga Amirah menegurnya kerana malu bila terlihat oleh
orang lain akan perbuatan mereka.
“Bang malulah nampak
dek orang, nanti orang kata abang tua keladi tua tak sedar diri.”
“Biarlah, abang tak
kisah, abang sayang isteri abang bukan siapa pun, biar orang cakap ‘tengok
Loqman tu dah tua pun masih sayang kat isteri dia’”. Selamba sahaja dia
menjawab apa yang diperkatakan oleh isterinya disebelah. Ketika itu dia baru
sahaja turun dari masjid hendak pulang kerumah setelah menunaikan sembahyang Isyak
berjemaah. Terasa lama dia tidak
memandang wajah isterinya bila selesai solat Magrib bersambung pula dengan
kuliah agama dan seterusnya solat isyak pula.
Jika
mereka didalam rumah lagilah, mengalahkan pasangan pengantin baru, sikap
romantik Loqman kepada isterinya. Kalau boleh isterinya didalam pelukkanya
sahaja.
“Hssy abang ni, Alhamdullilah tinggal kita berdua saja kat
rumah ni, kalau tak malu kita bila cucu kita nampak.” Ketika itu mereka
didapur, Loqman turun kedapur untuk menolong isterinya menyediakan makan
tengahhari mereka.
Seperti
kebiasaan Loqman akan menolong atau sekadar menjadi pemerhati isterinya
didapur. Sebenarnya Loqman mahukan isterinya selalu di depan matanya. Entah
mengapa hatinya selalu rindu untuk menatap wajah isterinya, walaupun kini
mereka sudah diperingkat warga emas, namun kerinduanya tidak mengira usia.
“Abang tahulah sebab
mereka tak adalah abang buat ni, dulu kita tak bolih buat macam ni, hanya boleh
kat dalam bilik saja. Sekarang kita
bebas Mirah, dah macam pengantin baru pula kan sayang. Inilah honeymoon kita,
dulu tak sempat kita nak pergi honeymoon. Honeymoon kat rumah pun sekejap
sangat dua tiga bualan saja Mirah dah teruek..ueek mengandung.”
“Tapi kalau macam nikan
bang, sah tahun depan terkuek seorang
lagi.”
“Ehh Mirah masih boleh mengandung lagi ke?
Mirah masih subur?” mereka sama ketawa bila suaminya mengusiknya begitu.
“Mana tahu abang aktif sangat mengoda Mirah ni. Bang Mirah ada terbaca satu artikal, setiap
wanita jika masih ada darah haid, dia masih subur lagi tau, tak mustahil kalau
terjadi, sebab Mirah masih datang bulan lagi. Abang kena jaga-jaga.” Sengaja
Amirah mahu mengusik dan menakut-nakutkan suaminya. Dia tahu sekarang ini dia
dalam fasa mahu putus darah (Meanepous) kerana kedatangan haidnya tidak
menentu.
“Ialah tu, Mirah ni
suka dia usik abang kan. Mirah abang tak sangka ingatkan dulu, hidup kalau dah
tua dah tak bermakna lagi, rupanya makin tua makin banyak masa kita berduaan
macam ni kan.”
“Emm.” hanya itu
jawapan Amirah tentang persoalan yang diutarakan oleh suaminya. Suaminya yang
masih lagi memeluknya dari belakang dagunya pula tersangkut dibahunya.
Sekejap-sekejap ciuman hangat akan hinggap dipipinya..sekejap lagi dibahunya lama.
“Emm wanginya..Mirah
pakai bedak apa ni?”
“Abang ni.. Mirah pakai
bedak sejuklah bang”.
“Ye ke!! Tapi abang
cium wangi sangat”. Makin lama hidung suaminya melekat dipipinya.
“Abang ni, kalau abang ada
sama kat dapur ni, alamat lambatlah Mirah siap memasak. Ni haa lambat Mirah nak
bergerak.” Pergerakkannya terbatas bila suaminya tidak mahu melepaskan dirinya
dari memelukkanya.
“Jangan bimbang sayang
abang nak tolong lah ni. Ni yang cari semangat ni.”
“Cari semangat apanya,
dari tadi peluk takkan tak datang-datang lagi semangat abang tu.” suaminya
sudah ketawa besar mendengar bebelan isterinya, mungkin dia kerimasan. Tetapi
dia tidak peduli.
Loqman melonggarkan
pelukkannya dan memandang rapat kewajah isterinya, kemudian sebuah kucupan
singgah dibibir isterinya. Ohh Loqman didapur pun jadi juga.
“Mirah tak suka ke
abang buat macam ni?.”
“Suka tu sukalah tapi
lama-lamakan bang, dari Mirah tak ada lesung pipit jadi ada pulak lesung pipit
kat pipi Mirah ni, dik ciuman abang tu, tapi yang paling Mirah takutkan, bibir
Mirah ni sumbing pulak nanti dengan kucupan maut abang tu.” Loqman ketawa
lepas... terbahak-bahak dia ketawa lucu benar hati bila di usik oleh isterinya
begitu.
“Alah, ada ke macam tu.” Loqman menarik hidung
isterinya.
“Ni satu lagi, kalau
abang selalu tarik hidung Mirah yang dah mancung ni, lama-lama hidung Mirah
akan jadi hidung Pinacchio masa tu abang jangan lari sebab Mirah dah tak cantik
lagi.”
“Ada ke kesitu, sakit
ke meh abang tiupkan.”
“Tak mahu lah, ni
kacaukan ni.” Amirah memberi tugas kepada suaminya. Sebenarnya dia sedang
mengacau masak lemak cili api daging salai diatas dapur.
Amirah memasakkan masakkan kegemaran suaminya, kerana
sudah lama dia tidak memasakkanya. Demi untuk menjaga kesihatan mereka berdua,
masak lemak cili api hanya akan dimasak sebulan sekali sahaja. Jika musim
khenduri kahwin atau apa-apa khenduri Amirah memasaknya pula dua atau tiga
bulan sekali sahaja. Kini rutin makan
mereka hanya yang tidak mengandungi lemak yang tinggi. Seperti masak asam atau
masak kari tampa santan. Loqman akur dengan diet makanan yang diatur oleh
isterinya untuk menjaga kesihatan mereka berdua. Bukan ramai orang berkata
mencegah lebih baik dari mengubati. Sebelum berbagai penyakit singgah kebadan
eloklah beringat-ingat. Itu juga pesan mamanya sebelum dia meninggal dunia
dulu.
Pada Loqman walau sudah memasuki usia emas namun
dilihatnya isterinya masih menarik lagi, masih dapat menggoncangkan naluri
lelakinya. Kalau dilihat dari segi fizikal isterinya itu tidak banyak berubah,
mungkin lebih berisi sedikit. Pandai isterinya menjaga dirinya agar kelihatan
kemas dan rapi, walau pun tidak bersolek. Setelah berusia Amirah sangat
mengambil berat diet pemakananya. Dia hanya makan sesenduk nasi tetapi memakan
lebih sayur-sayuran, ikan atau pun ayam setiap kali makan..
“Mirah!!, yang Mirah
makan ni sebetulnya lauk bersama nasi. Yang abang ni betul nasi bersama lauk.”
Apa bila Loqman melihat pinggan isterinya diisi sayuran dan lauk lebih banyak
dari nasinya.
“Mirah ni kena
jaga-jaga sikit, nanti Mirah gemuk abang susah nak angkat.” Loqman hanya
tersenyum sahaja mendengar jawapan isterinya.
Selepas
makan pula Amirah akan minum secawan air yang telah dimasukkan dengan sebiji
limau kasturi kedalamnya. Caranya. Sebiji limau kasturi yang telah dibelah dua
tetapi jangan sampai putus, ketika membelah tadi bacalah Bismillah berserta
selawat keatas nabi sebanyak tiga kali. Kemudian masukkan kedalam secawan air
panas yang baru mendidih, setelah kelihatan limau tadi bertukar warna kepada
warna coklat dan air tadi menjadi suam bolehlah di minum, tampa memerah limau
tadi. Seelok-eloknya minum selepas mengambil makanan berat. Petua ini diambil
dari seorang kawan yang sedang berusha menurunkan berat badannya.
Amirah juga kini sudah tidak lagi
sepemalu dulu. Dia juga sudah pandai mengoda dan bersikap romantis. Bila
dilihat suaminya termenung dihadapan komputer membaca berita dari internet, dia
akan memeluknya dari belakang dan sebuah ciuman hangat singgah di leher dan
bahu suaminya. Kata orang cara itu dapat merapatkan hubungan suami isteri, dan
perlakuan itu juga akan menerbitkan rasa kasih dan mesra walau usia kita telah
meningkat.
“Emm, sayang ingatkan
siapa tadi.” Loqaman menarik tangan isterinya supaya isterinya terus memeluknya dari belakang. Dia suka
diperlakukan seperti itu.
“Abang ingat siapa?
Bidadari ke, kita kan tinggal berdua saja kat rumah ni.”
“Ialah abang ingatkan
puteri bunian nak goda abang, abang nikan hansem lagi.”
“Habis, Mirah ni abang
nak buang mana, kalau dah puteri bunian goda abang.”
“Itulah yang abang
takut, abang tak nak yang lain, hanya Mirah saja yang abang hendak tau. Dua
tiga kucing berlari, mana nak sama sikucing belang, dua tiga boleh kucari, mana
nak sama Mirah seorang.” Mereka akan
sama-sama ketawa bila usik-mengusik begitu. Bahagia rasanya.
“Apa yang abang
fikirkan sampai Mirah berdiri kat belakang abang pun abang tak perasan?”.
“Ni ha cuba Mirah baca,
buang bayi sana sini, tak sayang ke. Cubalah pelihara dulu mungkin besar mereka
akan berjasa pada kita, dapat membela nasib kita. Cuba tenguk anak kita Halim,
yang bodoh suatu ketika dulu, dah ada ijazah dan dah jadi ustaz pun sekarang,
tak ke rugi, kalau kita ambil tahu dulu.”
“Kita selalu lupa
kenapa anak-anak degil dan tak dengar cakap susah menerima kebaikkan yang
ditunjukkan..kita lupa duit apa yang kita beri anak dan isteri kita makan”.
“Kadang-kadang orang
tak sedar Mirah.. ingatkan duit judi duit samun saja duit haram, sedang kan
kalau mereka tak tahu tak jujur dengan
kerja dan curi tulang pun menjadikan duit gaji kita tak halal juga…
sedangkan
dengan duit itulah mereka menyara anak isteri. Bila anak degil tak dengar kata
nak salahkan didikkan pula.”
“Ialah bang, agaknya
itulah punca mengapa anak muda sekarang ramai yang tak ada pengangan. Iman
nipis senipis kulit bawang.. sedeh tenguk anak-anak Melayu.. Cuba kita tenguk
mat-mat rempit siapa?, kaki dadah siapa?, kes buang anak siapa?, semuanya anak
bangsa kita kan bang orang Islam... kadang-kadang tu budak
IPTA yang buat,ertinya bukan budak bodoh yang buat tu. Dulu Firdaus ada cerita
pada Mirah rakan satu rumahnya ‘gay’.Dah belajar pandai masuk universiti, macam
tu pulak corak hidup dia. Jadi macam mana keturunan dan generasi Melayu yang
berkualiti akan berkembang. Sedangkan merekalah yang diharap akan membela nasib
bangsa dimasa akan datang, jika dah anak anak lelaki berperanagai macam tu?. Lelaki
kan tanggungjawabnya lebih besar. Pada merekalah yang kita harapkan, agar dapat
mengajar dan mendidik isteri dan anak- anak mereka kejalan yang diredhai Allah..dimana
agaknya pegangan agama Islan yang cantik tu agaknya.”.
“Mirah, abang bersyukur
sangat, Mirah dapat mendidik anak-anak abang menjadi orang yang berkuliti. Tenguklah
rasanya anak-anak kita dah menjadi manusia yang berjaya. Berjaya dalam
pelajaran dan berjaya mendapatkan kerjaya. Rasanya anak-anak kita juga taat
pada suruhan agamakan Mirah. Dari segi tingkah laku pula rasanya tak ada yang
lain dari orang normalkan Mirah.”
“Bukan Mirah saja yang
mendidik anak-anak kita bang, abang juga.
Abang sanggup menjaga masa Mirah kerja malam, lepas Magrib abang dah tak
pergi mana, ajar anak mengaji, ambil ambil berat pelajaran mereka. Abang tak
pernah jumpa kawan-kawan lepas abang balik kerja. Mirah bukan apa bang, ada
kawan-kawan Mirah cerita, suami mereka selalu keluar bila kawan ajak minum atau
main kononnya nak keluarkan peluh nak jaga badan, mereka makin sihat.. badan
pun makin cantik tapi anak-anak terbiar
tampa perhatian.”Loqman menarik
isterinya duduk dipangkuanya. Dia merapatkan muka kedada isterinya. Matanya
sudah berkaca-kaca.
“Abang ni, romantis
abang dari muda sampai ketua tak pernah kurang. Lagi bertambah adalah.” Komen
Amirah kepada suaminya yang sentiasa bersikap romantik kepadanya.
“Sayang abang bahagia
sangat, sejak Mirah masuk saja dalam hidup abang, hidup abang jadi sangat
bahagia Mirah. Dah separuh perjalan hidup kita, abang masih ditemani
oleh isteri yang sangat setia, isteri yang sanggup berkorban apa saja dan
isteri yang sanggup mendidik anak-anak abang menjadi insan yang berguna dan
berilmu. Dan yang paling abang terhutang kepada sayang kerana sanggup mendidik
anak abang yang tak berdaya mencari hidupnya sendiri jika tidak dibimbing, menjadi insan yang
berjaya kini. Dah lama abang nak ucapkan terima kasih tapi abang tak pernah
diberi peluang, sebab sayang tak pernah nak bagi peluang untuk abang nak
ucapkannya.”
“Kenapa abang cakap
macam tu, kan semua itu adalah tanggung jawap yang wajib dilaksanakan.”
“Betul tu sayang, rasa
tanggunjawab sayang itulah kasih sayang Mirah pada abang sebetulnya, itulah tanda cinta Mirah pada abang. Walaupun
Mirah tak pernah lafazkan cinta Mirah pada abang, abang tahu itulah tandanya
cinta Mirah. Terima kasih sayang kerana memberi abang cinta, kasih dan sayang
yang tidak ternilai pada abang.” Loqman makin kemas memeluk isterinya bagai
tidak mahu melepaskan. Dia teresak-esak didada isterinya. Amirah
hanya membiarkan perlakuan suaminya walau pun bajunya basah kerana air mata
suaminya. Didalam hatinya berbisik biarlah suaminya melepaskan apa yang ada
didalam dadanya. Dia merasakan semakin meningkat usia, suaminya semakin
sensitive dan mudah mengalirkan air mata. Walaupun dia seorang Inspector polis
yang garang dan tegas suatu waktu dulu.
Setiap hari selepas bersolat Loqman dan Amirah tidak lupa
berdoa kesejahteraan dan kemurahan rezeki semua anaknya-anaknya. Nasihat dan
juga teguran juga tidak pernah kering dari bibir mereka walaupun mereka telah
dewasa dan sudah mempunyai kehidupan sendiri. Pada Loqman dia tidak pernah
tersalah pilih memilih Amirah sebagai isterinya. Hanya yang di kesalkan
kesilapan yang dilakukan suatu ketika dahulu, hingga kini kesal itu tidak
pernah terkikis dari hatinya. Setiap kali peristiwa itu melintas di fikirannya,
sayangnya pada Amirah makin bertambah. Dia juga tidak pernah terlupa mendoakan
akan kesihatan isterinya hingga keakhir hayatnya. Dia juga tidak pernah lupa
berdoa agar jodohnya bersama Amirah kekal hingga keSyurgaMu ya ALLAH. AMIN.
Tamat.
p/s: Tamat sudah kisah Loqman dan Amirah..mak teh minta maaf jika ada tersalah kata dan menyinggung
perasaan anda semua. di kesempatan ini mak teh mengucapkan selamat hari raya walau pun raya dah lama berlalu. Selamat maju jaya kepada yang sedang berusha. Mak teh juga mengucapkan terimakasih banyak2 kerana sudi membaca kisah2 mak teh.
p/s: Tamat sudah kisah Loqman dan Amirah..mak teh minta maaf jika ada tersalah kata dan menyinggung
perasaan anda semua. di kesempatan ini mak teh mengucapkan selamat hari raya walau pun raya dah lama berlalu. Selamat maju jaya kepada yang sedang berusha. Mak teh juga mengucapkan terimakasih banyak2 kerana sudi membaca kisah2 mak teh.
Assalamualaikum. Terima kasih dan tahniah kepada penulis kerana menulis kisah masyarakat kita. Kalau buat drama memang best ni. Cuma saya tertanya-tanya mengenai kisah bekas isteri Lokman dan keluarganya adakah tiada kesal dihati maklumlah masing-masing dah masuk usia warga emas adakah tidak langsung teringat anak dan cucu sendiri. Apa pun cerita ni sangat terkesan dihati saya.
ReplyDeleteTerima kasih, Mak Teh atas usaha abiskan novel ni... saya mengikuti dlm senyap..:-)banyak nasihat, petua dan pengajaran yang boleh diambil buat kami yg membaca dan mengikuti cerita-cerita yang Mak Teh tulis.
ReplyDeleteSemoga terus sukses dlm menulis cerita-cerita sebegini. Sekali lagi, terima kasih Mak Teh & selamat hari raya!
saya setuju dengan pendapat Seri Ayu tu Mak Teh. Kalau ada perkhabaran yang melibatkan kisah bekas isteri Lokman atas penerimaannya terhadap Halim dewasa ini lagi baik rasanya, dan memberi lebih berkesan dihati pembaca. Saya sentiasa ikuti cerita ini. Nice amat.
ReplyDeleteNak juga..nak gambarkan Liza ni walau dah tua tapi tak ngaku tua rambut berkarat nak sorok uban. kmudian serang Loqman dan Amirah masa mjlis khawin Halim kata mereka tak adil sbab anak-anak mereka yg lain ada ijazah halim pula hnya ustaz sekolah rendah. tpi mak teh bab ganas malas sikit nak buat hati sakit...jadi mak teh rasa cukuplah sampai disini. Buat masa ni makteh tengah cari ilham orang dimadu, terlebih filing smpai tak tahu nak tulis..tpi kalau baring nak tidur mata tak boleh nak lelap selagi tak diluahkan..entak bila boleh masuk dlm blog.
ReplyDeleteMaknanya cerita ni dah habis terus la yer.
ReplyDeleteHabis kiranya..lepas ni mak teh tak boleh aktiv lagi mngadap blog..sibuk sikit anak yg tua nak kahwin rumah tak kemas lagi.. langsir juga baru siap potong masa dah tinggal tiga bulan hai..hai tapi kepala sibuk pulak nak cerita orng bermadu
ReplyDeletemak teh sy menunggu karya mak teh yg strusnya..best smua citer mak teh tulis...
ReplyDelete