Ada yang kata sikit sangat malam tadi, jadi tak sampai malam mak teh postkan bab 18. Kalau ada yang kurang dan ayat tak tentu arah sorry ye. Tak sempat nak berfikir dah ada orang yang menjeling-jeling pepagi buta dah mengadap cerita dia. Nak jawab komen anda pun tak sempat sorry ye. Yang sebetulnya keluarga mat teh tengah sibuk berkemas ruamah almaklum cuti Sabtu dan Ahand hanya waktu itulah masa yang ada untuk berkemas.
Kini
kehidupan rumah tangga Syukri tenang kembali kedua isterinya dijaga sebaik
mungkin. Dia menunaikan segala tanggung jawab yang dirasakan sangat adil,
kerana dia kan memastikan tidak culas pada gilirang mereka berdua.
Kebiasaanya mereka menutup bengkel
tempat kerjanya pada pukul 6 petang. Seperti kebiasaan selepas makan malam
barulah Syukri kerumah isteri tuanya. Baginya
alang-alang bersama Sarah mereka akan makan malam bersama dahulu sebelum
dia pulang kerumah Nuri. Inilah kesalahan Syukri yang melebihkan masa bersama
Sarah. Padanya mungkin sedikit tetapi pada Nuri yang tertunggu-tunggu sesaat
rasa bertahun lamanya.
Pada
sangkaan Nuri setelah dia memaafkan Syukri dari kesalahanya melanggar janji
tempuhhari sikap Sukri akan berubah, tentulah Syukri akan mengubah kebiasaanya dan selalu
bersamanya seperti dulu atau pun sekurang-kurangnya akan pulang lebih awal jika
tiba giliranya, tetapi sangkaannya meleset. Kini apapun yang dilakukan oleh
suaminya Nuri menerima dengan sabar. Segalanya ditelan dengan rasa yang pedih.
Dia tidak pernah menyatakan rasa tidak puas hatinya, jika suaminya datang
lambat bila giliranya. Tetapi tingkahnya itu menyebabkan Syukri tidak tahu apa
perkara yang tidak adil yang telah dilakukan.
Yang
sebenarnya hati Syukri sering bertanya mengapa Nuri tidak pernah lagi menimbulkan
masaalah tentang perpisahan yang dimintanya dulu. Walau apa pun dia
mengharapkan Nuri sudah mampu menerima kehadiran Sarah sebagai madunya. Tetapi
yang jelas, dia masih tidak tahu Nuri sedang mengandungkan anaknya.
Dengan
ketinggian Nuri 160cm, berat badanya hanya dalam lingkungan 39 ke 42 kilo
sahaja, menjadikan dia nampak sungguh kurus. Untuk mengelakkan dari dirinya
dipandang sangat kurus Nuri suka berbaju besar ini menyebabkan kehamilanya
tidak diketahui oleh orang yang memandangnya dengan sekali pandang sahaja. Termasuklah Syukri suaminya sendiri.
Bagai mana
dia mahu menyedari isterinya mengadung. Kebiasaanya hari minggunya sering
dihabiskan bersama Sarah kerana Nuri bekerja. Giliran malam dirumah Nuri pula,
dia sampai ketika Nuri sudah bersiap sedia hendak tidur. Sekarang pula Nuri
sudah tidak memakai baju tidur yang istimewa untuk Syukri lagi. Biasa dia hanya memakai t-shart buruk suaminya ketika hendak tidur. Begitulah
Syukri yang tidak dapat memberi lebih perhatian kepada isteri yang satu lagi
bila dia menambah cawangan.
Kini
kehamilan Nuri sudah memasuki usia 6 bulan namun perut hanya kelihatan besar
sedikit dari biasa. Kerana hatinya sentiasa mahu mencari dimana dirinya dalam
hati suaminya, Nuri sengaja tidak memberi tahu kehamilanya kepada suaminya.
Padanya jika suaminya prihatin dan jika dirinya masih bermakna dalam hisup
suaminya tentu dia akan menyedari perubahan pada dirinya. Dia ingin mengetahui
sejauh mana Syukri memandang dirinya. Bermakna lagikah dirinya pada kehidupan
Syukri atau suaminya datang kepadanya hanya sekadar mahu menunaikan tanggung
jawab sahaja.
Malam itu
giliran dia dirumah Nuri. Entah bagaimana dia terlalai bila Sarah bercerita itu
dan ini ketika dia sudah bersiap sedia hendak kerumah Nuri. Habis jalan cerita,
dia terlambat datang kerumah Nuri. Ketika dia sampai lampu dirumah Nuri sudah
malap. Hanya keluahan yang hadir bersama kesal dihatinya kerana terlambat
kerumah Nuri. Nuri pula mungkin dia sudah terbiasa tidur awal. Seawal pukul
sepuluh malam lagi dia sudah siap baring diatas katil. Walaupun hati Nuri
mendungkul tidak puas hati namun tidak terucap dibibirnya. Perasaan tidak puas
hati jika disimpan akan menjadi parah dialam senyap. Betul ke?.
Bila
dijenguk kedalam bilik Nuri sudah pun merebahkan badannya. Syukri menghampiri
isterinya, lalu dikucup dahi isterinya dengan ucapa maafnya sekali.
“Sorry ye
abang ada hal tadi.” Sekarang sudah menjadi kebiasaan pada Syukri bercakap
bohong kepada Nuri. Untuk menutup rasa bersalahnya dan untuk tidak menyakiti
hati Nuri konon.
“Emm.”. Hanya itu yang keluar dari bibir isterinya
diiringi senyuman tawar. ‘Hal dengan
Sarah jawap hatinya’.
“abang nak mandi dulu badan melekit ni”. Juga emm
yang keluar dari bibir isterinya. Sikap Nuri pula bila hati sudah sakit,
bercakap pun dia malas.
Walaupun
sejak peristiwa dia melanggar janji, Nuri dilihat menerima dirinya dan dia
tidak pernah meminta dirinya dilepaskan lagi. Namun sikap membisu Nuri timbul kembali
seperti diawal pernikahanya dengan Sarah. Nuri jarang membuka mulut. Dia sudah
tidak petah bercerita dengannya lagi. Jika mereka dirumah hanya dia yang
bertanya itu dan ini. Biar pun begitu Nuri tidak pernah tidur mengasingkan diri
darinya, permintaanya juga tidak pernah ditolak, walaupun terasa kaku dan
terpaksa. Sungguh Nuri tahu kedudukanya sebagai seorang isteri pada seorang
suami. Dia tidak mahu menjadi isteri yang nusyuz (isteri yang ingkar perintah)
dia tidak mahu mengumpul dosa.
Selesai mandi
Syukri menyertai isterinya diatas katil. Dia menyempurnakan tanggungjawabnya
sebagai seorang suami. Ketika mereka bersiap sedia untuk tidur Syukri memusingkan badan isterinya supaya dia dapat
memeluk kemas isterinya dari belakang. Secara tidak sengaja tanganya memegang
lama diperut isterinya. Tiba-tiba dia merasa ada gerakkan dari dalam perut
isterinya. Matanya yang layu segar semula. Dia melekapkan semula tangannya
keperut isterinya. Sah sememangnya ada gerakkan dari dalam. Dia bangun
mengangkat kepala mahu memastikan isterinya sudah terlena atau pun belum.
Ternyata sudah terlena. Syukri menyimpan pertayaanya dahulu dia tidak mahu
mengganggu lena isterinya. Dia tahu isterinya sudah terlewat kerana gangguanya
tadi.Yang
sebenarnya Nuri juga belum lena lagi tetapi dia tidak mahu bersoal jawab dengan
suaminya tentang kehamilanya. Biarlah esok pagi sahaja dia menerangkan.
Pagi itu
selepas solat subuh Nuri bergegas kedapur. Dia bekerja pagi itu. Kerja mengikut giliran
tidak mengira hari, sama ada hari itu hari Sabtu atau hari Ahad ataupun hari
cuti kelepasan am jika dijadualnya mereka berkeja, dia wajib ketempat kerja.
Sedang di mengacau meehoon untuk sarapan pagi mereka, suaminya memeluknya dari
belakang. Nuri sedar sudah lama suaminya tidak melakukan aktiviti itu setelah
dia beristeri dua. Dia tahu waktunya suaminya bersama denganya sudah terhad. Melintas
bayangan dua bulan sudah. Bayangan madunya yang hanya berkain setakat dada. Hatinya
terhiris pilu.
Oh bilakah
dia mampu menerima apa yang telah ditakdirkan kepadanya. Dia memejamkan mata
membuang bayangan yang menjerut tangkai hati demi anak yang sedang membesar didalam
rahimnya. Kata orang wanita mengandung
harus menjaga emosinya agar perkembangan tumbesaran bayinya tidak terjejas. Dia
kena bersabar. Lalu dia beristifar berulang kali didalam hati untuk melegakan
hatinya.
Tangan
suaminya sudah diperutnya dan ketika itu bayinya bergerak lagi. Syukri
memusingkan badan isterinya supaya mengadap dirinya. Dia ingin mencari
kepastian. Mehoon sudah masak Nuri mematikan api dapur. Suaminya masih tidak
melepaskan dirinya.
“Nuri! bang
rasa ada pergerakkan dalam perut Nuri, adakah itu menunjukkan Nuri mengandung?”.Berhati-hati
Syukri menuturkan agar Nuri tidak melenting. Nuri berdiri mendongak sedikit memandang
kearah suaminya yang lebih tinggi darinya.
Matanya terkebil-kebil. Dia tidak bersuara. Yang sebenarnya dia tidak tahu apa yang mahu diperkatakan.
“Betulkan
Nuri mengandung? kenapa Nuri nak sorok dari abang, bukan ke yang Nuri kandungkan tu anak abang juga”.
“Sebenarnya
saya tak mahu mengikat abang dengan anak ni.” Sambil tanganya mengusap
keperutnya
“..kalau
Nuri bagi tahu, abang akan serba salah
nak lepaskan Nuri. Nuri minta pada abang carilah waktu suapaya kita dapat
meyelesaikan masaalah kita”.
“Siapa
kata yang abang nak lepas kan Nuri, tak pernah terniat di hati abang ni nak
lepas Nuri. Sampai bila pun Nuri tetap akan jadi isteri abang.” Nuri memandang
suaminya dengan padangan sayu. Dihatinya menyelinap pertanyan yang selalu
bergema ‘Kalau begitu pendirian
suaminya, mampukah dia bersabar seperti sabarnya nenek busu,
mungkinkah dia perlu berkorban rasa demi
untuk anaknya. Demi ingin melihat anaknya lahir berayah disisi uminya’. Tapi MAMPUKAH DIA.
“Sejak
bila Nuri tahu Nuri mengadung?”. Rupanya tidak habis lagi pertanyaan suaminya.
“Dua bulan
lepas”. Dengan jawapan itu mengesahkan isterinya mengandung, gembira hati
Syukri. Lalu ditarik isterinya dalam pelukkan. Bersama ucapan ALHAMDULILLAH berulang kali yang bergema didalam hati.
Lama mereka
berpelukkan. Nuri juga gembira. Dia
bahagia kegembiraanya dikongsi dengan suaminya. Setelah agak lama mereka hanyut
dengan rasa gembira dan bahagia, Syukri melonggarkan pelukkanya. Dia mencari
wajah isterinya, dengan rasa sayang yang melimpah dihadihkan isterinya dengan
ciuman hangat yang bertubi-tubi dipipi, didahi dan akhir sekali kucupan hangat
dibibirnya. Perlakuan mereka tadi telah mengambil banyak masa Nuri yang hendak
ketempat kerja.
“Abang
minumlah saya dah lambat ni, saya tak sempat nak minum, rasanya saya nak bawa bekal sajalah, saya makan kat tempat
kerja nanti.”
“Nuri
kerja pagi ke hari ni? Bukan ke semalam Nuri baru balik pagi...”
“Haah, sebetulnya
saya tak kerja hari ni, tapi malam tadi kawan yang kerja hari minta tolong
gantikan tempat dia, anaknya demam katanya, jadi saya gantilah. Kesian pula
anak demam nak hantar pergi rumah pengasuh.”
“Oklah
kalau macam tu, Nuri bungkuskan abang meehoon Nuri tu, biar abang makan kat
bengkel saja. Abang pun nak pergi benkel cepat ni nak pergi ambil alat ganti
kereta hari ni.”.
Hari itu
seyuman Syukri mahu sampai ketelinga. Gembira betul setelah menunggu sekian
lama akhirnya berhasil juga apa yang dinanti selama ini. Bangga dirinya tidak
lama lagi dia akan menjadi seorang ayah. Sudah tiga tahun lebih dia menanti
kehadiran zuriat, akhirnya dapat juga dia mengecapi nikmat menjadi ayah.
Ketika dia
sampai kebengkel Sarah belum tiba lagi. Pekerjanya juga baru seorang yang
turun. Sedang dia membuka pintu Sara isterinya sampai bersama kereta MIVYnya. Mereka
beriringan masuk kepejabat disebelah atas bagunan bengkel. Syukri sudah
menetapkan sebelah atas bangunan bengkel dijadikan pejabatnya, manakala bahagia
atas bangunan yang menempatkan alat ganti kereta dikhaskan untuk tempat tinggal
pekerja yang sermai tiga orang. Sampai dipejabatnya…
“Sarah
tolong buatkan abang air teh. Abang belum minum lagi ni, Sarah dah minum?”.
“Belum
lagi bang, sampai cepat ni nak ajak abang pergi minumlah”.
“Abang
minta Nuri bekalkan meehoon yang dia masak tadi, ni haa, dia bungkuskan untuk
kita mehoon dengan sambal tumis ikan bilis. Tak payahlah Sarah keluar, meh kita
makan sama-sama. Sarah tolong buatkan
air saja ye”. Yang dia tahu jika suaminya dirumah Nuri mereka jarang makan
diluar. Dia juga tahu Nuri pandai memasak. Buktinya ibu mertuanya begitu
mengemari biskut dan kek buatan Nuri.
“tak apa
ke??..”
“Apa pula
yang tak apa, memang dia bekalkan untuk dua orang ni, dah pergilah buat air, tapi
kalau malas nak buat air pergilah beli sekejap belikan abang air necseffe ye”..
“ok..Sarah
pergi beli air sekejap”..warung Mak Temah diseberang jalan tidak jauh dari
bengkel itulah tempat yang dituju oleh Sarah.
Dalam bab
kedapur memang Sarah agak liat sedikit. Jika hendak dibandingkan dari segi keluaraga, Nuri dan Sarah mereka sama sahaja. Mereka
anak yatim piatu. Berasal dari kampong dan mereka anak bungsu. Tapi Nuri tahu
bab dapur, masak memasak walaupun tidak ditahap professional tetapi pandai,
kata orang memasak untuk mengisi perut. Tetapi Sarah hanya tahu masak air sahaja,
itupun jika didesak. Yang sebetulnya nak buka api dapur pun Sarah takut-takut, malah
menggoreng telur mata kerbau dan menanak nasi
pun Syukri yang mengajarnya.
Pada
Syukri dia tidak menyalahkan Sarah mungkin kebiasaan keluarganya yang hanya
bergantung pada orang gaji, anak-anak
tidak digalakkan kedapur. Keluarga Sarah agak berada, emaknya mengupah orang
memasak untuk mereka sekeluarga. Nuri
pula sebelum dia berkahwin denganya dia menumpang dirumah nenek saudaranya yang
jika di lihat dari keadaan rumah mereka mereka juga orang berada. Tapi ialah
menumpang dirumah orang kena tahu jaga diri. Lagipun rumah yang dimana dia
menumpang asalnya orang susah.
Ketika
sedang menjamu selera Sarah menyedari wajah suaminya yang ceria dan bahagia, hendak
bertanya ditakuti jawapanya nanti menyakitkan hatinya. Sarah menelah kebahagian
suaminya kerana dia baru pulang dari rumah isteri tuanya. Namun jawapan yang
melintas tadi menghiris hatinya. Mehoon yang sedang disuap walaupun sedap
terasa hambar pula. Begitukah rasa orang bermadu, bila melihat kebahagiaan
suaminya datangnya dari isteri yang satu lagi hati terasa pedih. Riak bahagia
suaminya bagai satu kekurangan pada dirinya.
Syukri tetap laki yang tak layak beristeri dua. Sebab akal dia pendek, tak mampu memahami perasaan isteri pertama. Membahagi masa pun tak reti. Kalau Nuri terus berdiam diri, dia akan jadi seperti nenek busunya. Seperti kata mak Syukri lebih baik hidup sendiri dari bermadu. Wake up Nuri.
ReplyDeleteNuri patut tegas. Srh syukri pilih antara due? Sama ada die or sarah? Ape la gune ade suami xp hati x bahagia. Lgpn nuri bkl ada anak. Biar bw diri ke australia je. Biar syukri tu nyesal.. kesian nuri
ReplyDeletebebetul syukri tak layak kahwin dua dn paling tak layak jadi suami kpd nuri..pengorbanan nuri bila susah bru dia nampak..bila keadaan lega dia lupa diri.
ReplyDeletenuri tegasle dn tinggalkn syikri tu..susah snang dn wang ringgit nuri berkorban tp si sarah dok menghabidkn je. buat air pun pemalas...meleser je...itu yg syukri leka sgt..klu x de nuri blh ke dia hidup senang.
masa pun tak adil. dh le seharianvdi bengkel dgn sarah bila giliran nuri balik le cepat..bila masa nk mkn mlm berdua.
tinggalkn syukri fn bertegas nuri jgn diamkn shj nanti lemak dia bertambah tebal.
-dibah-
Nak bercerai bukanya senang, klu suami tetap adil dan memberi nafkah zahir dan batin, tdak melakukan penderaan ditmbah suami memang tidak mahu ceraikan. Prmohonan crai tidak akan diterima. Tak memberi nafkah pun tempuhnya 3bln berturut-turut.
ReplyDeleteNak bercerai bukanya senang, klu suami tetap adil dan memberi nafkah zahir dan batin, tdak melakukan penderaan ditmbah suami memang tidak mahu ceraikan. Prmohonan crai tidak akan diterima. Tak memberi nafkah pun tempuhnya 3bln berturut-turut.
ReplyDeletenuri kenale bertegas..jgn diamkn diri.. tegas bila giliran nuri mestile bermula dr minum petang hingga mkn tgh esoknya bukan waktu mlm di katil shj. syukri tu seharian di bengkel dgn si sarah.
ReplyDeletesyukei ni mmg tak layak utk nuri yg sentiasa sabar dn sanggup bersusah senang dgn dia. bila dh senang dia tabur pulak kpd si sarah parasit...masa utk nuri pun pergi kpd sarah parasit.
-dibah-
Syukri ni hanya fikir adil tanggungjawab atas katil jer. Langsung tak memahami hati isteri, masa bersama isteri. Memang sedih bila ditempat Nuri. Sarah pulak jenis yang pantang ada peluang. Mak teh semua pembaca dah bengang dengan Syukri&Sarah. cpt2 sambung. hehehe....
ReplyDeletememang meluap luap marah kpd dyukri dn sarah...klu kata sarah tu baik dia tahu tanggungjawab dia dn kedudukan diaxsbg isteri kedua..jgn asyik meleser dgn syukri dn buat syukri tu lalai tanggungjwb...
ReplyDelete-dibah-
memang x sabar rasanya....mak teh kena bangkitkn semangat nuri jadi tegas. biar syukri tersungkur dn terngadah dn sedar selama ini dia kahwin dgn parasit pemalas.
ReplyDelete-dibah-
memang best cerita ni mak teh. menyentap perasaan. Kesian Nuri. Berdarah rasa hati dengan sikap syukri. Tapi benar kata mak teh nak bercerai bukannya mudah. Harap Nuri mendapat ketenangan jua oleh Allah. Orang yang sabar pasti mendapat rahmat dariNya biarpun agak lambat. Harap Syukri akan nampak kesilapan diri dengan kelebihan Nuri.
ReplyDeleteYg sbnarnya makteh crita wtak istri biasa pd Nuri, cba kta lihat sorang yg kna dera, kena madu kmudian tak dipedulikan, terkial2 keja nak bagi mkan anak dia pun diam. Bnyak istri kt m'sia ni malas nak trun naik mahkamah, malu nak megadu kat pejabat ugama. Jdi bnyak suami yg ambil kesempatan dng sikap isteri yg macam ni. klu nak ikut rasa skit hati cba kta lihat pasangan popular asraf dan drdayana, dahlah dia nikah curi2 kat siam, tnjuk aksi romantic kat khalayak, madunya tunjuk suami bagi hadiah cincin, dalam perancangan nak buat majlis, yg mak teh faham majlis bersanding. Mak teh yg tak ada kena mngena sakit hati tnguk syuman asraf masa dia sarung cincin masa dia nikah kat siam, inikan pula dayana, tpi knapa dia tak minta dilepaskan, itulah ciri2 isteri Melayu.hngga suami tak pandai menilai perasaan sorang isteri.hsyy melalut. Mak teh akn buat Syukri sakit hati juga tapi lama lagi. Jangan jemu baca crita mak teh ye.
ReplyDelete