Anak Semabuk pergi ke Kelang,
Berniaga buah serba rasa,
Makin mabuk makin meradang,
Salah runding jadi kecewa.
Petang itu Diana
nekad untuk kerumah bekas suaminya Tengku Farid untuk memecahkah kebuntunan
masaalahnya. Dia mengharapkan bekas suaminya dapat menerimanya semula bila
melihat perubahan pada penampilan pada dirinya nanti. Dia mesti mencuba manalah
tahu kali ini bekas suaminya akan menerina dirinya bak kata ‘orang untung sabut timbul, untung batu
tenggelam’. Jika dikira sudah hampir lima tahun lebih mereka tidak
berjumpa.. tentulah rindu bekas suaminya kepada dirinya sudah setinggi gunung
Everest..kalau tidak pun setinggi gunung Kinabalu pun jadilah. Diana tersenyum
membayangkan sambutan hangat yang akan ditunjukan oleh bekas suaminya kepadanya
nanti. Sebelum dia menuju ketempat yang dituju dia singgah disebuah farmasi
untuk membeli alat menguji kehamilan. Jika perjumpaan dengan bekas suaminya
berjalan lancar dan dia diterima, dia kan membuat ujian kehamilan...jika sah
dia mengandung dia akan kesebuah hospital membuat penguguran dan membayar
sebanyank mana sekali pun yang diminta.. lepas itu dia akan meminta diceraikan
dari suaminya yang sekarang ini..Johan. Itulah perancangan Diana.
Diana berfikir sepanjang jalan pulang ..setelah
mendengar nasihat dari bekas suaminya
tadi. Dia merasa menyesal menyusahkan Nur Jannah dan bekas suaminya dengan
sikap ego dan sikap ‘tak sedar dirinya’
dulu. Apa yang diperkatakan oleh bekas suaminya tentang diri semuanya ada
kebenarannya. Kini dia ingin memperbetulkan
kesalahan dirinya dan tidak akan hanya mementingkan diri lagi. Itu azamnya. Sampai dirumah nanti dia akan meminta bantuan Johan suaminya,
menunjukkan bagai mana hendak menggunakan alat menguji kehamilan yang dibelinya
tadi.
Sesampainya di rumah ketika dia membuka pintu
dilihat suaminya tidur disofa ruang tamu rumah mereka. Diana menghampiri lalu
memberi sebuah ciuman dipipi suaminya. Johan pura-pura lena dan tak sedar, lalu
Diana memeluk dan melintukkan kepalanya di dada Johan pula, perlahan-lahan
Johan mengelus-ngelus rambut Diana dan bersuara dengan lembut. Bila Diana buat
manja habis terbang marah Johan yang berkobar-kobar tadi.
“You ke mana
Didi...I tunggu you dari tadi..sampai terlena.” Diana masih tidak menjawab,
tapi dia mengangkat kepalanya dan memandang suaminya dengan pandangan sayu.
Setiap hari Diana akan mengambil pil perancang keluarga untuk menghalang benih
suaminya melekat didalam rahimnya selama hampir lima tahun dia berjaya. Dia
tidak pernah hamil setelah melahir anaknya Arief dulu. Tetapi segala
perancangan Allah yang menentukan. Untuk bulan itu dia terlupa. Bukannya lama
hanya dua hari dia tidak mengambilnya, tetapi mungkin disebabkan dua hari itu
haidnya kini sudah terlewat hampir dua
minggu.
“Didi minta maaf selama
ni Didi bersalah dengan Jo dan tak nak dengar cakap Jo.” Johan bangun dari pembaringannya. Dia terkejut
kenapa perangai Diana berlainan tidak seperti biasa. Apakah yang mengubah sikap kerasnya. Sedang
hatinya tertanya-tanya Diana melintukkan kepala keribannya pula. Betambah
hairan Johan di buatnya dengan sikap manja Diana.
“You ni kenapa
Didi, I tak marah pun pada you, I sayang you ..dah lah… dah lah bangun duduk
sini cakap dengan I kenapa you hari ini.” Diana bangun dan duduk di sisi suaminya..
tangannya pula merangkul leher suaminya. Sedang suaminya terpinga-pinga dengan
perubahan 180 darjah watak Diana..satu lagi kejutan menerpa cuping telinganya.
“Didi rasa Didi
pregnant lah Jo.” mata Johan membuntang mendengar apa yang diperkatakan oleh isterinya.
Johan meleraikan pautan tangan dilehernya..Dia mencari anak mata Diana untuk
mencari kepastian dengan kata-kata yang terluah tadi..namun tidak sepatah katapun
keluar dari bibirnya. Tidak lama kemudian ada segaris senyum tersungging dibibirnya
tetapi makin lama makin lebar, bila dirasakan dia sudah faham apa yang diterima
oleh otaknya dengan keterangan tadi.
“Really??”
senyumnya makin berbunga dengan rekahan bibir yang menampakkan barisan gigi
putihnya..tampak hatinya yang gembira. Didakapnya isterinya ketat-ketat. Sebuah
ciuman singgah diumbun-umbun isterinya.
“Tapi tak conform lagi.. tapi
rasanya Didi dah lewat hampir dua minggu, pagi tadi baru Didi perasan Didi dah
terlewat bila melihat kelender yang Didi selalu tandakan tu”. Kenyataan
isterinya tidak melunturkan sedikit pun wajah ceria suaminya.
“Jom kita pergi klinik check.”
“Tak payahlah Didi ada beli ni kat farmasi tadi..Jo boleh tolong tengukkan
kan?” Diana mengeluarkan alat untuk meguji kehamilan didalam handbagnya.
“Ohh lagi cepat dapat keputusan rasa tak sabar nak tahu ni”. Johan nampak
sungguh gembira petang itu.
Tadi hatinya membara
bila sampai dirumah isterinya tiada. Dia sudah berkira-kira ingin mencari
kebenaran.. Pagi tadi sewaktu dia bersiap untuk ketempat kerja dia menjumpai
satu strip pil perancang keluarga didalam laci meja solek isterinya. Selalunya
laci itu berkunci, tetapi hari itu mungkin isterinya terlupa untuk
menguncinya...hatinya membara rupanya selama ini isterinya menahan dirinya dari
hamil. Patutlah sudah mahu menjangkau lima tahun usia perkahwinan mereka namun
masih juga tidak terlihat bayangan mereka akan mendapat cahaya mata. Jadi hari
itu dia mengambil keputusan pulang awal untuk bersemuka dengan isterinya
mencari kebenaran. Bila sampai dirumah pintu rumahnya masih berkunci dia sudah
menjangkan isterinya tidak ada dirumah. Untuk meredakan kemarahanya dia duduk
disofa ruang tamu..dari duduk pada awalnya kemudian dia merebahkan diri sambil
beragan-angan akhirnya dia terlena....
Petang itu juga Johan menunjukkan bagai mana hendak mengunakan alat yang
dibeli oleh isterinya tadi. Jawapanya positive. Gembira betul hati Johan,
dikucup dahi isterinya penuh kasih dengan senyuman yang tak putus-putus
menghiasi bibirnya. Tak sabar-sabar dia ingin memberitahu ibunya yang sememang
telah lama menanti kehadiran cucu untuk menyambung zuriat keturunan mereka.
“Didi..besok kita
balik Melaka nak, jumpa mommy Didi dan mommy
Jo, kita celebrate sama-sama”.
“Habis kita tak
kerja ke?”
“Kita ambil emergency leavelah..balik Melaka.” Begitu
mudah Johan melepaskan kerja...kalau tidak cuti raya pun sanggup tidak
diambilnya kerana rasa sayang meninggalkan tugasnya.
Diana termangu melihat kegembiraan suaminya bila dia mengetahui
kehamilanya. Diana berjanji kepada dirinya tidak akan menganggu keluarga bekas
suaminya lagi dan akan menjaga kandungan itu dengan sebaik mungkin sehingga dia
melahirkanya kelak.
Lamunan Tengku Farid terhenti bila
mendengar pintu bilik tidurnya dibuka dari luar. Tadinya dia mengelamun mengingati
peristiwa petang tadi. Kedatangan bekas isteri yang tidak pernah dijangkakan. NurJannah
mengerling kearah suaminya yang
terkebil-kebil memandang dia masuk tadi.
“Abang tak tidur
lagi..termenung ingatkan siapa ni”. Tersenyum-senyum NurJannah mahu mengusik
suaminya. Walau dihatinya syaitan berbisik..menyatakan suaminya sedang
mengingati bekas isterinya yang datang petang tadi..bekas isteri suaminya masih
kelihatan masih cantik dan menarik lagi dimata NurJannah. Bila terdetik sesuatu
yang ingin mengkucar kacirkan perasaannya NurJannah cepat-cepat beristifar
mengingati Allah dan memohon dijauhkan dari hasutan syaitan yang direjam.
“Ingatkan Jannah
lah nak ingatkan siapa lagi Jannahkan isteri abang …abang tunggu Jannah ni lama betul... Said dah
tidur?” Lembut sahaja Tengku Farid menyambut guraun isterinya. Tempat tidurnya
sudah disediakan ..dibahunya. Dia suka jika isterinya menjadikan bahunya
sebagai bantal tidurnya. Bila melihat
tempat tidurnya dan mendengar kenyataan suaminya hatinya sudah terpujuk.
Menangislah syaitan hingga keluar air mata darah kerana hasutan untuk memporak
perandakan keharmonian mereka tidak berjaya.
“Dah bang, susah
betul dia nak tidur, sekarang ni asyik meragam saja. Nak kata demam badannya ok
saja tak panas pun. Mungkin betullah kata nenek agaknya dia meragam nak dapat
adik. Macam Zaid dulu, dia pun meragam masa Jannah dah nak cukup bulan. Kalau
macam nikan bang, nak saja berdoa yang kat dalam ni cepat keluar, kesian
kat abang dia”.
“Sabar sajalah
dengan kerenah Said itu, mana tahu kalau adik dia keluar nanti dia akan lebih
menyayangi adiknya.” Nur Jannah sudah
baring dibahu suamiya mereka terdiam seketika.Tengku Farid bangun sedikit
menarik selimut dihujung kakinya dan menyelimuti isterinya hingga kedada.
Tiba-tiba isterinya bersuara..
“Bang apa yang Diana cakapkan kat abang. Dia macam marah kat
Jannah saja tadi..kenapa?” Tengku Farid sudah menarik isterinya kedalam
pelukkanya. Pada NurJannah dia tidak suka menyembunyikan apa yang dirasa. Dia
lebih suka jika suaminya berterus terang..seperti dirinya tiada rahsia yang
tersembunyi didalam diri.
“Yang dia marah tadi, mulanya dia marah kat abang
bila abang kata ‘abang nak Jannah dapatkan seorang lagi anak perempuan untuk abang,
selepas Jannah bersalinkan yang ini.’ tiba-tiba dia marah abang pulak, itu yang dia
kata ‘abang tak kesian kat Jannah paksa
Jannah bersalin tiap-tiap tahun’, kemudian bila dia terpandangkan Jannah,
dia kata pulak ‘Jannah nak ikat abang dengan anak yang ramai’,ada ke patut dia
cakap macam tu?….abang tanya Jannah ni.. jawab dengan jujur tau, Jannah rasa
terpaksa ke melahirkan anak-anak abang.”
“Haa ..abang dah
termakan cakap Diana ke?...mana ada terpaksa..kan Jannah dah cakap dulu, Jannah suka anak ramai. Abang
pula rasa terikat ke dengan Jannah, Jannah beranak ramai ni”.
“Dah..dah..Jannah
pun dah termakan cakap Diana tu ye, itu
pun abang dah cakap dulu, abang memang nak anak ramai.” mereka sama-sama ketawa
menterawakan kata-kata Diana petang tadi.
“Bang betul ke
abang teringin nak anak perempuan lagi..entahlah Jannah ni asyik lahirkan abang
anak lelaki saja.”
“Abang tak kisah
Jannah.. anak lelaki ke.. anak perempuan ke, bagi abang semuanya sama saja,
abang sebenarnya bersyukur sangat Jannah nak lahirkan anak-anak untuk
abang..bukan seorang dah nak masuk lima orang..bagi abang dah ada seorang anak
perempuan pun dah cukup..kalau kita pandai didik anak lelaki pun boleh tolong
kita kat dapur dan buat kerja rumah kan Jannah.”
“Betul tu bang..
tapi yang abang kata kat Diana nak satu lagi anak perempuan?.”
“Jannah
ni...abang saja-saja aja..nak takut-takutkan Diana”.
“Bang Jannah nak
cakap terus terang dengan abang ni, mana tahu... Jannah terikut kata hati, kemudian
Jannah marah-marah abang, nanti abang kecil hati pulak”.
“Cakaplah.. abang
dengar ni... kenapa Jannah nak marah abang dan kenapa pula abang nak kecil
hati”
“Bila Jannah
nampak Diana tadi, Jannah rasa cemburu pulak,
Jannah rasa macam Diana nak rujuk pada abang, betul ke bang, tadi masa
dia nak balik dia kata ’Dia akan cuba perbaiki hubungan dia dengan
suaminya’ apa… dia dengan suaminya ada masaalah ke?”.
“Abang memang tak
nak rahsiakan apa-apa dengan Jannah.. takut dia jumpa Jannah pula suruh pujuk
abang terima dia balik... dia tu bukan boleh percaya pun, apa saja sanggup dia
buat asalkan tercapai cita-cita dia. Dia cakap tadi dia dah berubah, kalau
abang suruh dia pakai tudung, dia akan pakai.. bila abang terima dia balik. Dia
ingat abang tak tahu, minggu lepas Halim pergi ke Bukit Bintang cari barang
computer isterinya kat Low Yat dia ternampak Diana dengan kawan-kawan dia,
pakaian masih macam dulu juga, lagi teruk kata Halim...Itu yang dia kata kat
abang dia dah berubah….nak tunjuk dengan abanglah dia dah pakai baju kurung.
Dia kata tadi, dia pergi kerja pun dia pakai baju kurung... entah ia entah
tidak, ingat dengan senang-senang ke abang nak percaya. Pada abangkan Jannah..
Diana ni kalau sepuluh yang dia cakap satu pun belum tentu betul.”
“Hisyy..abang
ni..jangan selalu buruk sangka kat orang..tak baik. Apa masaalah Diana dengan
suaminya bang.” Nur Jannah bertanya suaminya ingin tahu.
“Masaalahnya,
suami dia nakkan anak tapi dia tak mahu, mungkin pasal perkara itu dia minta
diceraikan. Kalau dia rujuk dengan abang tak payah dia nak mengadung lagi sebab
dia dah ada Arief, itu yang abang takut-takutkan dia tadi ..yang abang ni nak
anak perempuan seorang lagi.” terkedu Nur Jannah mendengar bicara suaminya
tampa berselindung. Memang betul detik hatinya, Diana ingin kembali semula
kepada suaminya.
“Kalau betul dia
dah berubah dan sanggup lahirkan anak perempuan untuk abang, abang nak rujuk
balik ke dengan dia? Kalau dia nak ambil
Arief macam mana?” sayu terdengar suara Nur Jannah.
“Kalau dia dah
betul-betul berubah..Alhamdullillah, tapi untuk hidup bersama dia lagi abang
tak mampu”.
“Kenapa pula.”
“Abang dah ada
Jannah sorang pun dah cukup, Jannah dah bagi abang cukup kebahagiaan tak ada
apa lagi yang abang nak. Lagi pun abang tengah sibuk..grandpa nak mulakan satu
lagi projek tahun ni juga.. Jannah tak apa kan kalau jaga anak-sorang-sorang
masa abang sibuk nanti.”
“Projek apa
bang..?”
“Projek ni
grandpa dan abang bincang dah dua tahun lepas lagi..tapi asyik tertunda-tunda..grandpa kata dia
kesihan kat Jannah jaga anak sorang-sorang kalau abang sibuk sangat. Tapi kali ni untuk memenuhi kehendak pelanggan
kita kena bekerja keras sikit jadi grandpa cadangkan lepas Jannah selamat
bersalin kena dimulakan juga”.
“kenapa nak
tunggu selepas Jannah bersalin baru nak mula.”
“Grandpa nak buka
satu lagi cawangan kat Johor .. dekat dengan pantai Danga Bay tapi grandpa
lebih pentingkan Jannah....takut Jannah bersalin tak cukup bulan lagi kalau
abang tak ada susah nanti. Jika semuanya dah selamat barulah abang nak tenguk
tapak projek yang kat Johor tu. ”
“Wah hebat
grandpa.. tahun lepas dah buka kat Penang ni kat Johor pula.”
“Mungkin rezeki
anak-anak kita Jannah, perniagaan grandpa makin maju..tapi abang yang kena uruskan
semuanya. Mula saja projek tu abang mula sibuk Jannah ..abang kena tinggalkan
Jannah dan anak-anak selalu.. abang kesian Jannah uruska anak-anak
sorang-sorang.”
“Tak apalah bang
..atuk dan nenek kan ada..janganlah abang risaukan Jannah.. abang buat pun
untuk kita sekeluarga juga..tapi abang penatlah Jannah bukan boleh
membantu..Jannah ni tak tahu bab berniaga.”
“Jannah bantu
abang apa.. Jannah bagi semangat kat abang ..Jannah bagi kebahagiaan kat abang.
Abang bersyukur sangat Jannah sudi jadi isteri abang..bersyukur abang pada
Allah dikurniakan Jannah sebagai isteri dan ibu pada anak-anak abang.” makin
erat Tengku Farid memeluk isterinya.
‘Bang Arief macam
mana pula.. kalau Diana nak ambil dia, abang bagi ke?” rupa persoalan dikepala
Jannah belum habis lagi, terdengar nada bimbang Nur Jannah bertanya. Dia
melonggarkan sedikit pelukkan suaminya kerana dihatinya masih ada resah.
“Pasal Arief
Jannah jangan bimbang.. masa abang lafazkan cerai di pejabat kadi dulu, Diana dah sain dan setuju satu perjanjian
dengan abang, ’Diana hanya dapat bawa Arief balik ke rumah dia bila
umur Arief lima belas tahun’. Abang rasa pada umur itu, Arief dah pandai
berfikir dan memilih mana baik mana
buruk… masuk sekolah nanti abang nak masukkan semua anak-anak abang sekolah
agama, kalau tak boleh sekolah agama sepenuh masa, apa kata kita sekolahkan
sekolah kebangsaan waktu pagi dan petangnya kita carikanlah sekolah agama, ok
tak Jannah...Abang berdoa pada Allah agar anak-anak kita nanti tidak sesat jalan macam
abang dulu.” Tengku Farid menarik kembali isterinya dalam pelukkanya.
Sebenarnya dia merasa gerun memikirkan jika dirinya tidak berubah hingga
akhirnya hanyatnya.
“Ok juga macam
tu, terima kasih bang kerana sayangkan Jannah, Jannah pun sayang abang.” Nur
Jannah juga memeluk suaminya erat, tapi Tengku Farid melonggarkan pelukkannya.
“Kenapa.. selama
ni Jannah tak rasa abang sayangkan Jannah..abang sayang Jannah dari dulu lagi..
abang tak akan pergi dari sisi Jannah sampai kehujung nyawa abang ni. Masa kita
baru baru nikah dulu pun abang dah
sayang Jannah juga, tapi masa tu abang keliru, kerana rasa ‘dipaksa’, lagi pun abang tak di beri
cukup masa untuk mengenali diri Jannah. Sekarang abang betul-betul rasa
bahagia bersama Jannah dan keluarga
Jannah. Dalam hati abang ni dah tak boleh masuk orang lain, kerana penuh dengan
Jannah dan anak-anak abang saja. Jannah…. abang
nak Jannah tahu abang memang sayang sangat-sangat kat Jannah kalau
boleh, abang nak bersama Jannah sampai keakhir hayat abang, dan kalau boleh, abang
nak bersama Jannah sampai ke syurga”.
“ Amin…Amin… Ya
Rabulalamin..” Nur Jannah mengaminkan kata-kata suaminya umpama doa sambil meraup kedua
tanganya kemuka lepas itu dia merapatkan dirinya dan memeluk suaminya dengan
lebih erat lagi. Semoga bahagia itu milik mereka sekeluarga. Semoga dirahmati Allah pasangan itu hingga
keSyurgaMu ya Allah. Tamat.
Terima kasih
kerana sudi membacanya cerita ini ..selamat membaca semoga ada sedikit pengajaran
yang boleh diambil dari kisah ini.
Semua pantun dipetik dari Pantun maksud dalam, peribahasa pantun dan pantun klasik...
Semua pantun dipetik dari Pantun maksud dalam, peribahasa pantun dan pantun klasik...
Selalunya saya tak tegur pasal ejaan dan dan bahasa sebab pada saya novel anda akan ada editor yang akan membetulkan kesalahan tersebut. Tapi kali saya dapati ejaan ' emergency leave ' dan ejaan ' Low Yat ' tu salah.Maaf yer. Ceriter anda tetap ternaik pada saya.
ReplyDeletealiahmohdsalleh..Mak teh amat menghargai dan megucapkan bbanyak terima ksih kerana teguran anda..terima kasih sekali lagi.
ReplyDeleteDah malam baru mak teh berkesempatan membaca semua komen alih. Terima kasih bbebanyak... dengan komen anda menaikkan lagi semangat mak teh untuk menulis cerita lagi.
ReplyDeletedah tamat ke .
ReplyDeleteRasanya dah..kalau crita melalut2 jemu pulak nak baca.Pd mak teh sikap Tngku Farid tak berubah..klu ada gaduh sikit2 saja..biasalah rumah tangga sedngkn lidah lagi tergigit. Trimakasih krna sudi membaca.
ReplyDeleteTerima kasih banyak2 buat Mak Teh atas cerita yg best ni... :-)
ReplyDelete