~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Sunday 24 February 2013

Bab 4 Bimbang



Membeli papan di tengah pekan,
kayu cendana dibuat tangkal,
Mengapa umpan ikan tak makan,
Adakah kail panjang sejengkal.


             Pagi Isnin seperti yang diaharap, Farhan berjumpa gadis di pakir motosikal yang bernama Fatin Najihah.Tampa membuang masa Farhan menghampiri gadis yang ditunggu dengan mempamirkan senyuman lawanya.Senyuman yang dapat mencairkan hati-hati gadis yang memandangnya.Sungguh bertuah Fatin Najihah kerana senyumn itu khas untuknya. Bukan senang Farhan mahu menyedekahkan senyumannya kepada seseorang , apatah lagi untuk seorang gadis.


“Assalamualaikum..awak Fatin Najihah anak Haji Rasid rupanya ..itulah hari tu rasa kenal tapi tak ingat pulak pernah jumpa  kat mana..rupanya kita berjiran.” Fatin hanya tersenyum sahaja mempamirkan lesung pipitnya  dipipi sebelah kanan.    Walaupun nampak ada kecacatan wajah kerana ada lekukkan dalam dipipinya, tetapi nampak cantik pula...suka Farhan melihat kelebihan orang yang berlesung pipit kalau tersenyum akan terlihat lebih manis. 

           Seperti biasa Fatin tidak kecukupan masa..masanya hanya ada kira-kira lima atau sepuluh minit untuk dia memulakan tugas. Kerana takut terlambat Fatin hanya tersenyum sahaja. Mereka beriringan keluar dari pakir motosikal menuju masuk kebangunan hospital dan kemudianya mereka berpisah. Tidak banyak perkataan yang keluar dari mulut mereka.

“Maaf  Encik Farhan saya yang sebetulnya dah nak lambat ni…maaf ya.” Kemudian Fatin menujukkan jam tangan SEIKO, seakan jam lelaki  dipergelangan tanganya..yang telah menunjukkan hamper pukul 7.25 minit pagi.

‘Makai..besarnya jam, macam jam lelaki saja, rugged juga budak  ni’. Detik hati Farhan bila terpandang jam dipergelangan tangan Fatin Najihah. Yang sebenarnya jamnya sering bertukar ganti dengan jam abang dan adik lelakinya.Kebetulan pula dia sememangnya suka memakai jam lelaki yang lebih tahan lasak katanya. Bagi anak-anak Haji Rasid berkongsi barang atau pakaian sudah menjadi kebiasaan mereka.

“Oklah..assalamualaikum….” Sambil menganggukkan kepalanya  seperti orang Jepun memberi hormat, Farhan memberi laluan kepada Fatin yang takut terlambat untuk merekod kedatangan kerjanya hari itu.

“Esok jumpa lagi. “Farhan menuturkan dengan perlahan seperti untuk dirinya sendiri, tetapi masih boleh didengari oleh telinga Fatin,’Hsyy buat apa nak jumpa lagi dah tahu jiran dahlah..bukan ada cerita nak cerita pun.’ kata-kata itu hanya sungutan untuk dirinya sendiri dia terus laju meneruskan misinya…merekod kad kedatangan kerjanya hari itu.

         Hari itu, hari Farhan bermula dengan ceria.Wajahnya nampak bahagia.senyumanya sentiasa tersunging dibibirnya.Sahabatnya  AriefEdlan menghampiri untuk merisik khabar, mencari perkembangan cerita terbaru sahabatnya.

“ Assalamualaikum happy nampak..terserempak pujaan hati ke?.”Arief Edalan menghampiri. Dia  berbisik di telinga sahabatnya, sambil-sambil memberi salam, sambil-sambil mencungkil rahsia.Tersengeh-sengeh dia  senyum mengusik sahabatnyanya yang sendan bahagia.

“ Waalaikusalam Emm…bukan terserempak lagi,aku dah tahu siapa dia Lan.”Dengan jujur Farhan berkata perlahan memberitahu sahabatnya tentang perkembangan terbaru dirinya. Makin teruja Edlan ingin mendengar cerita seterusnya. Apa-apa tentang  Farhan menarik untuk di ketahui oleh Edlan..satu keluarbiasaan  Farhan jika dia membincangkan dan mengambil tahu tetang seorang gadis.

“Wah hebat tu…Siapa dia??..memang kau kenal budak tu ke?.”Soal Edlan teruja bila mendegar jawapan sahabatnya, tidak sabar rasanya dia hendak mengetahui, cerita selanjutnya.

“Aku dah kenal dari dia kecik-kecik lagi, rupanya rumah keluarga dia  satu lorong dengan rumah keluarga aku.”

“Ehh tak kan kau tak pernah terserempak masa kau cuti-cuti kat rumah..setahu aku kau tak pernah duduk jauh dari keluarga engkau. Paling jauh pun Shah Alam tapi pantang ada cuti sahaja kau balik takkan tak pernah terserempak kut… teruk lah kau ni, jiran sendiri pun kau tak kenal…. kau tak keluar rumah langsung ke Han?”.Hairan Edlan memikirkan perangai Farhan.

“Macam mana nak keluar rumah.... macam ni haa balik kerja dah pukul berapa? Tok teek tok teek tau- tau dah nak Magrib. Jiran sebelah menyebelah rumah pun aku jarang jumpa... ni kan pula yang  nun jauh sepuluh buah pintu dari rumah aku mana boleh aku nampak dia.”

“Aku heranlah dengan kau ni Han. Aku ni duduk lagi jauh dari kau..lagi terkejar nak ambil anak, nak ambil Su..tapi masih sempat lagi bawak anak aku jalan-jalan bila balik kerja, cerita-cerita dengan jiran yang hamper dengan rumah aku..kau kata tak sempat nak keluar rumah...”.  Su adalah isteri Arief  Edlan yang bernama Suhaila yang bekerja diPutra Jaya.

“Tak kan aku nak keluar magrib-magrib buta Lan..tak kerja dek  aku”.

“Siapa suruh kau keluar rumah magrib-magrib buta..ayah aku pun tak kasi kami kelaur rumah waktu tu,kata atuk aku..waktu magrib nilah mahluk-mahluk Allah yang kita tak nampak mula keluar mencari rezeki mereka. Maksud aku kau keluar kalau kau tak sempat keluar masa hari bekerja keluarlah masa hari cuti..petang-petang jalan-jalan sambil mengambil angin luar..ni agaknya kau terperuk saja dalam bilik masa hari-hari cuti berkubang denagan bantal dan selimut busuk kau. Han keluarlah tonjolkan diri kiri kanan sekurang-kurangnya nampakkan diri kau tu pada keadaan sekeliling tak pada orang pada pokok disekeliling kau atau pergi jogging..untung-untung terserempak anak dara yang kau minat”.Edlan mengajar sahabatnya bagai mana  mahu menjadi manusia yang mesra alam dan sambil-sambil tu mencari pasangan. Bak kata orang sambil menyelam minum air.

“Emm mungkin juga dia yang dah tak pernah lalu depan rumah aku lagi, itu yang aku tak pernah nampak sejak dia habis sekolah.” Perlahan sahaja Farhan menuturkan. Dia bagai tidak mengendahkan nasihat sahabatnya..tapi masih lagi didengari oleh telinga sahabatnya.

“Kalau dia memanglah patut tak keluar rumah atau saja-saja berjalan depan rumah engakau..diakan anak dara..kalau dia buat juga nanti apa pulak  orang keliling kata..tu anak dara tu nak mengurat anak bujang Haji Bakarlah tu..bukan ke adik beradik kau semua lelaki. Kalau aku perempuan pun.. aku tak akan lalu depan rumah orang yang ada anak bujang,  takut dikata dek orang..anak dara gatal hendak megurat anak bujang malu beb. Tapi aku dengar dulu kau cerita  ayah kau yang sekat kau keluar rumah, peraturan ayah kau tu masih berkuat kuasa ke Han?”.

“Dia tak lah nak sekat kebebasan aku..dulu lagi kalau aku nak keluar dia bagi..tapi bersyarat..kalau keluar tak lah boleh pergi tempat yang tak senonoh..kalau keluar malam tu jangan balik lewat sangat..pukul sebelas malam mesti dah ada kat rumah itu aja..aku dah tua ni pun dia bagi syarat macam tu juga selagi aku masih duduk sebumbung dengan dia..Lan kau rasa ayah aku  kongkong aku ke Lan kalau dia bagi syarat macam tu pada semua anak-anak dia?”

“Aku rasa dia taklah mengongkong ,dia buat macam tu untuk kebaikkan kita juga jangan bebas sangat..kadang-kadang kita ni tak sedar, bila dah seronok tak rasa bersalah pulak melakukan perkara-perkara yang salah kan..bagi aku cara ayah kau tu betul. Lagilah kita ni anak lelaki. Walau pun orang kata menjaga anak perempuan lagi susah tapi zaman sekarang ni lelaki atau perempuan sama saja, perlu diawasi kalau tidak rosak kita .Sekarang ni banyak perkara yang boleh merosakkan diri kita berada disekeliling kita.”

“Kalau dulu ayah aku tegas dengan syarat-syarat dia tu, tapi sekarang ni dia tak lagi..tapi hanya aku macam dah terbiasa dengan peraturan dia tu..jadi aku rasa macam tak selesa nak keluar malam  atau keluar  tampa tujuan..lagi pun mana aku ada kawan nak ajak merambu atau melepak.. kawan aku hanya engkau saja Lan, kita pun dah tak boleh sewenang-wenangnya keluar hu ha hu ha macam dulu.” 

“Ialah Han..aku dah ada tanggung jawab pada rumah tangga, aku kena jaga juga perasaaan Su..kena tengok juga anak aku..dah seharian kita kerja  tinggalkan anak dengan pengasuh,  bila balik tu kita kena juga jaga dia, nanti dia tak biasa dengan kita. Aku takut kalau anak aku tak mesra dengan aku Han.”

“jadi aku rasa ada betul  juga tindakkan ayah aku menyekat anak-anaknya dari terlalu bebaskan, walau pun kita ni lelaki masih tetap ada batasnya kan Lan.” Farhan masih mengingati kebiasaan sahabatnya Edlan suatu ketika dahulu dia akan bergesa pulang jika mereka berjalan di Bandar Seremban.

“Memang ada baiknya kita tak bebas sangat Han. Ialah macam aku nihaa dah terbiasa… bila dah kawin tak lah rasa tertekan kalau tak dapat keluar jumpa kawan-kawan.  Cerita pasal kawin ni..aku nak dengarlah cerita kau dengan budak tu.. Han cepat lah cerita aku nak dengar.”

“Budak mana pulak ni Lan…lelaki ke perempuan?.”

“Kau ni..mula lah..nak buat-buat lupa dengan aku kan..”

“Ialah budak yang mana satu..kau ni Lan kita kan tengah cerita pasal ayah kita, tiba-tiba kau  nak aku cerita pasal budak ..budak mana??”. Berkerut-kerut dahi Farhan menunjukkan dia tidak faham..tetapi sebenarnya dia malu untuk memulakan ceritanya sememangnya Farhan buat-buat lupa .

“Banyak  mana sangat budak yang kau kenal Han? Kau tu semua yang kau kenal aku tahu Han jangan nak buat-buat lari dari tajuk ye…budak  MA tu yang kau cakap kenal sejak dia kecil tu..ceritalah sikit, macam menarik saja cerita kau dan dia tu. Aku nak tahu.. dia tu cinta monyet kau ke, cinta gorila kau ke atau cinta cipanzi kau. Ce cereta..ce cerita.” Mula lah Edlan mengajukkan kata-kata Yusuf  Wheelchair..dalam lakonanya Hantu Mak Limah balik rumah.

”Lan..mana aku ada main cinta-cinta ni, cinta syber yang tak nampak muka  pun  tak ada, ni nak pula cinta yang akan tercongok mengadap muka yang dicinta. Tak pernah ada dalam skrip hidup aku bermain cinta sejak aku bayi sampailah sekarang  yang kau kata aku dah tua ni Lan..aku nak jumpa perempuan pun dah menggigil.. ini pulak nak cakap ayat-ayat cinta mau kejang mati tegak aku.”

“Itulah sebabnya  aku  excited sangat nak dengar cerita kau dan dia tu.. Aku tenguk muka kau ceria betul kalau sebut pasal sidia..macam best  saja  kisah kau ni”…

“Nantilah waktu rehat nanti aku cerita..cerita aku ni panjang, nanti kalau tersekat-sekat tak best  pulak.” sambil tersenyum Farhan menoktahkan perbualan mereka. Edlan pula memasamkan mukanya kerana tidak dapat apa yang dihajatinya. Dengan satu ugutan sambil mengoyangkan jari telunjuknya.  Dia berbisik…

“Ingat janji kau rehat nanti !!!kalau tak naas kau”.Ditekan sedikir suaranya dengan perkataan JANJI agar sahabatnya tidak berdalih lagi untuk menceritakan kisahnya.

“He..he takutnya.” Balas Farhan dengan gaya ketakutan kemudian  tersenyum geli hati melihat tingkah sahabatnya. Edlan pula menunjukkan penumbuknya sebagai amaran. Begitulah gurau senda mereka tetapi tidak sampai kehati.Mereka memulakan tugas yang sudah menanti.



====================================


         Seperti yang dijanjikan waktu rehat Farhan menceritakan kisahnya kepada sahabatnya Arief Edlan.

“Cepatlah Han aku tak sabar nak dengar cerita kau tu.”Edlan menuntut janji.. sungguh dia teruja dengan perkembangan sahabatnya yang pemalu  sudah mahu membicarakan tentang seorang gadis dan juga sudah tidak malu bercerita secara terang-terangan denganya. Dahulu semasa dia meminati Nur Saleha didesak berkali-kali  hingga bertegang urat..seminggu mereka  tidak bertegur sapa barulah Farhan mahu mengakui, yang dirinya menyukai Nur Saleha, gadis ayu dan sopan dikelasnya. Tetapi mungkin juga sahabatnya kini sedah cukup dewasa maka dia juga berkeinginan untuk mencari pasangan.


Farhan memulakan ceritanya dengan wajah malu-malunya…

“Budak tu dulu masa sekolah rendah naik satu kereta dengan aku..masa tu kami menumpang kereta jiran  untuk pergi kesekolah. Rasa-rasanya dia darjah satu kot.  Masa tu dia tak pakai tudung,  rambut dia  panjang sedikit ditocang dua comel betul dia. Masa tulah aku dapat tenguk muka dia dengan jelas. Aku suka tenguk muka dia tapi masa tu hanya suka sahaja mungkin aku tak ada adik perempuan itu sebabnya aku suka pandang dia.” Agak kekok Farhan bercerita tentang sigadis.. perkataanya asyik menyebut masatu..masa tu.. berulangkali mengambarkan perasan malunya ketika itu. Dia juga tidak memandang wajah sahabatnya bila dia berbicara. Jari jemarinya bersilang-silang dan matanya hanya memandang jari-jarinya  yang bermain sesama sendiri.


“Kau tak tegur dia atau tolong bawakan beg dia ke?.”


“Mana boleh nak tolong bawa bag..nak tergur pun tak terkeluar suara aku Lan. Rasa malu aku ni bukan masa aku dah dewasa ni saja tau, masa aku kecik-kecik rasa malu ni dah bertapak dalam diri aku ni..walaupun dengan budak kecil masa tu aku rasa malu juga.  Lagipun dia ada dua orang abang yang sentiasa mengawasi dia, walaupun dua abang dia lebih muda sikit dari aku, tapi aku kena hormat mereka. Kalau dia kat  sekolah, abang dia jaga dia. Masa rehat mereka makan bersama-sama.  Abang-abang dia baguslah  mereka akan sentiasa jaga adik dia. Masa dia sekolah menegah pun sama. Tapi masa tu aku dengan dia lain sekolah… Aku masuk sekolah menengah Agama. Dia dari tinkatan satu hingga tingkatan tiga  masuk sekolah menengah biasa.Tapi seorang abang dia yang nombur satu tu satu sekolah menengah Agama dengan aku. Tapi masa pergi sekolah mereka jalan kaki sama-sama, mereka  lalu depan rumah aku. Aku  selalu pandang dia dari jauh saja waktu tu… aku cakap kat ibu aku, susah nak usik-usik anak dara Pak Rasid sebab dikawal oleh dua orang  ‘bodygurd’.”


“Tak kan kau tak ingat muka dia… baru berapa tahun saja kau tak nampak dia”.


“Lan aku dapat pandang dekat dengan jelas masa kami naik satu kereta tu saja, masa  dia darjah satu, dua tahun lepas tu  aku dah sekolah menengah, aku dah tak naik kereta tu lagi aku pergi naik basikal pulak. Masa tu kau kiralah dah berapa tahun tu…masa sekolah menengah aku pandang dia dari jauh saja..masa pagi dia pergi sekolah mana nak nampak sangat muka dia.”

“Kalau aku..aku ikut mereka  jalan kaki  sama-sama dengan dia orang”.


“Kalau aku jalan kaki pergi sekolah, nanti aku balik sekolah tengahhari kena jalan kaki sorang-sorang.. dia orang masa balik sekolah emak dia ambil naik motor..aku dengar mak dia kerja ikut giliran itu yang boleh ambil anak-anak dia ”.


“Ohh..emak dia kerja dan ada motor..kenapa pagi emak dia tak hantar?”


“Mungkin pagi cuaca redup lagi, jadi mereka jalan kaki perlahan-lahan.  Tapi kan Lan.. kalau aku ada adik perempuan..aku pun mungkin sama macam abang dia kut .. Aku sebetulnya teringin sangat nak ada  kakak atau adik perempuan..senang kita nak tanya hal-hal perempuan ni. Aku jadi malu dengan perempuan pun mungkin sebab aku tak ada adik-adik perempuan kat rumah.”

“Habis ibu kau bukan perempuan”.

“Ibu ni lain ..jauh beza umur dia dengan kita..kalau kita adik beradik kan umur lebih kurang saja jadi fikirannya juga tak banyak beza dengan kita. Lepas tu masa aku dah  kat Uni sesekali  cuti aku nampak dia lagi…masa tu mungkin dia dah tingkatan empat atau pun tingkatan lima, dia pergi sekolah masih lagi di iringin oleh dua orang bordygurd..aku tanya  ibu aku siapa pulak bordygurd dia kali ini. Ibu aku kata adik-adik dia pulak..tapi masa tu dia dah tukar sekolah… dia dah masuk sekolah aku, sekolah menengah Agama..sebab masa peperiksaan PMR dia dapat agriget yang membolehkan masuk sekolah aku tu”.


“Berselisih saja kau dengan dia, kalau kau satu sekolah dari awal tentu kau ada peluang kenal dengan dia kan…tapi tak apalah Han walau pun kau tak dapat usik-usik  masa sekolah..kau cubalah usik-usik  dia kat tempat kerja ni pulak, dia dah tak ada bodyguard lagi, kau cubalah.”Edlan memberi perangsang kepada sahabatnya.


“Ingat senang ke..walau pun dia dah tak ada bodyguard mungkin dia dah ada ilmu mempertahakan diri. Dia bagi aku sebiji mau lebam mata aku ni..kalau tak sebelah dua belah, Lan.  Aku  ni bukan nak usik-usik dia..saja nak ambil tahu hal jiran aku.”


“Ialah itu… ambil tahu jiran konon atau kau nak gantikan tempat abang dia… kau nak jadi bodyguard dia pulak. Tapi kalau kau jadi bodyguard dia bodyguard lain tau Han, kau kena jaga dia  luar dalam”.


“Hisyy kau ni ada saja yang kau fikir tak elok dengan aku kan..Itulah aku tak nak cakap dengan kau suka nak perli aku nikan”.

“Alah Han aku cakap sikit pun kau dah merajuk. Tapikan Han  aku tenguk kau lain macam saja, kalau pagi kau jumpa dia, satu hari muka kau nampak berseri  dan bercahaya...aku nampak kau gembira  dan bersemagat. Bukan aku saja yang perasan..kawan kita yang lain pun perasan dengan perubahan baru kau ni.”


“Ia ke Lan..tapi aku tak rasa apa pun.”


“Kau tu mana tahu diri kau..tapi Han elok juga, mana tahu itu jodoh kau, senang nanti..kau dah kenal keluarga dia, tahu latar belakang dia..kau cubalah manalah tahu kalau memang itu jodoh kau, tak susah ibu ayah kau nak pergi jauh-jauh meminang. Lagi pun Han tentu ibu kau setuju sebab dia pun dah kenal bakal besan dan bakal menantu dia. Tapi..emak kau tak kisah ke dapat menantu orang dekat dengan rumah, kata orang tu tak glamor..jiran-jiran keliling semua dah kenal bakal menantu dia.”


“Ibu aku ni jenis tak kisah..janji gadis tu baik,keluarga dia pun baik.. ibu aku dah boleh terima.. Tapi Lan…aku tak tahu macamana nak tunjuk aku suka kat dia.” Memang sudah didalam jangkaan Edlan Farhan sudah jatuh hati. Tetapi itu pula persoalan yang keluar dari mulut Farhan..Edlan termangu..bagai mana dia mahu membantu sahabatnya untuk memikat sigadis.Apa skill yang paling sesuai.


“Emm..macam mana ye, aku pun tak tahu macam mana nak buat..kalau Su dulu lain, dia tu peramah..budak ni macam mana..peramah ke tidak? tapi kalau peramah pun..kau juga yang kena mula dulu Han..takkan dia kot, nanti dia rasa..perigi mencari timba pula atau pun dia rasa hidung  dahlah   tak mancung pipi pula tersorong-sorong”.


“Eh.. Lan hidung dia mancunglah Lan..tapi taklah semancung hidung Julia Robert”.


“Ha..ha…Kau ni Han aku cakap kata bidalan  kau teringat Julia Robert pulak..ada hati juga kau kat Julia tu ye!! tak sangka aku..tinggi juga cita rasa kau.” Gelak besar Edlan mendengar kata-kata  Farhan pandai pula  berleluncon sekarang ni..


“Aku ada mata Lan macam kau juga.”


“Ialah..ialah aku faham tu tapi aku cakap betul ni..dia jenis yang macam mana peramah ke pemalu macam kau juga”.


“Entahlah Lan aku tenguk dia ni berat mulut, dah dua kali lima macam aku juga, kalau terserempak dengan dia, hanya dua tiga patah saja dia  cakap, yang lain hanya senyum. Itu yang aku jadi kelu  nak tanya dia. Kau ajar aku macam mana nak cakap Lan..aku ni tak ada pengalaman nak teckle anak dara orang .“ keluh Farhan mempamirkan wajah sayunya…tetapi itulah kebenaran tentang dirinya. Dia seorang  pemuda yang pemalu bila berhadapan dengan perempuan, dia cepat  gugup. Arief  Edlan juga mengerti tentang itu. Dengan perlahan dia menepuk belakang sahabatnya.


“ Kalau kau betul-betul  suka kat budak tu, kau cubalah minta tolong ibu kau pinang terus.”

“Tak kan macam tu pulak..tiba-tiba tidak ada angin tak ada ribut,  datang menerjah rumah terus meminang dia. Kita kena tahu juga  dia dah ada pilihan hati ke belum. Ialah gadis cantik macam dia tu takkan tak ada orang yang suka.”

“Dia cantik ke Han?.”

“taklah cantik sangat..kalau dibandingkan dengan Nur  Saleha.. cantik lagilah Nur Saleha. Dia ni hanya putihlah sikit, tapi aku tak pilih yang cantik sekarang ..kalau cantik, banyak pulak saingan aku nanti..tapi dia ni comel.. muka dia tak banyak berubah dari dia sekolah rendah dulu tapi sekarang ni dia dah pakai cermin mata itu yang nampak dia lebih matang.“ Ceria wajah Farhan bila menceritakan perihal gadis pujaanya.


“kiranya kau memang dah tersuka sangatlah kat dia ni Han. Kalau macam tu..kau cuba-cubalah tanya pada dia kalau dia dah ada sijantung hati ke belum, kalau masih kosong ‘not avaleble’ boleh kau masuk jarum.Masuk terus jangan tunggu.”

“Nak masuk jarum apanya..Kau ni senangnya cakap..baru berapa patah perkataan aku tanya dia..dah kau suruh aku tanya bab hati dan perasaan..langsung terbantut nanti.. dari  dia boleh senyum kat aku ..jadi dia lari pulak bila nampak aku”.

“Tapi ada sesetengah perempun, suka yang   macam tu..dia akan nampak kesungguhan kita yang betul-betul nakkan dia.”

 “Entahlah Lan..Aku nampak dia ni pemalu juga ..dahlah aku malu dia pun malu..tak tahulah ada ke jodoh aku Lan.” dengan wajah muram Farhan mencurahkan masaalahnya kepada sahabatnya. Dia seperti tidak yakin dengan dirinya sendiri bila mengenangkan kekurangan dirinya.

“Han …cubalah kau iklankan dirikau tu lepas tu tampal iklan tu kat pagar rumah dia..kalau tak pun nyanyilah macam penyanyi  Indonesia tu kumpulan apa.. kumpulan WALI ke yang dia nyanyi..


Ibu bapak punya anak
Bilang-bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

Edlan menyanyi perlahan dihadapan Farhan dengan gayanya…
“Kau ni Lan dalam baik kau kenakan aku ye…mentang-mentang aku macam ni.” dengan pandangan dan wajah sedehnya dia memandang wajah sahabatnya bila terasa dirinya bagai dipersendakan.

“Aku bukan apa, aku kesian tenguk kau ni ..Aku nak bagi semangat dan nak ceriakan kau sikit.”

“Macam tu bukan nak ceriakan aku.. tu peril aku namanya”.

“Ok..ok jaganlah ambil serius gurauan aku Han, hanya aku nak ingat kau..umur bukan bertambah muda, kalau dah dapat yang rasa sesuai dengan kau cepat sikitlah, kalau tak nanti disambar orang.. kau juga yang gigit jari..aku takut kau tak laku sampai ketua Han..”.

“Lan janganlah kau doakan sampai macam tu..dah tua esok kat mana pulak aku nak menumpang..takkan nak duduk kat rumah orang tua-tua.. sedehnya  Lan”. hu..hu..hu sedeh.


No comments:

Post a Comment