“Ehhh..Hidayah..Asalamualaikum..ambil
gaji ke”.Terkejut Inspektor Azam bila bertembung dengan Nur Hidayah dipintu
bank.Tapi terkejutnya membawa seribu rasa gembira. Gembiranya kerana berjumpa
dengan balu pujaan.
Dalam dua tiga hari itu nama Hidayah memang dalam
sebutan dia, ibu dan ayahnya. Dia
memperkenalkan Nur Hidayah kepada kedua ibu dan ayahnya sebagai sepupu kepada
Syed Borhan yang sememang dikenali oleh kedua orang tuanya. Dia juga
menceritakan kebaikan Nur Hidayah dan diakhir cerita dia menyatakan isi hatinya
yang mahu Nur Hidayah menjadi suri hati kepada ibu dan ayahnya. Dia sungguh
gembira kerana ibu dan ayahnya juga bersetuju dengan apa yang dihatinya. Dia
sudah berkira-kira hari minggu yang akan datang akan dijadikan hari bersejarahnya.
Kerana hari itu dia mahu meluahkan rasa pada sibalu muda yang sememangnya
cantik bukan sahaja dimatanya malah dimata kedua ibu dan ayahnya juga. Namun
perkataan balu, anak luar nikah dan bekas orang yang pernah disyaki dengan
kegiatan jenayah hanya dirinya sahaja yang tahu
“Ayah
ibu.. apa pandangan ibu dan ayah kalau Zam nak Hidayah tu jadi isteri Zam.”
itulah pembuka kata selepas mereka sampai kerumah. Hingga kemalam mereka
bertiga beranak rancak berbual mengenai Nur Hidayah.
“Dah
lama ke Zam kenal dengan Hidayah tu”.
“Kenal
tak lah lama..tapi dia ni sepupu pada abang Syed Borhan.. abang yang satu bilik
masa Zam belajar kat UIA dulu tu..ayah ingat tak abang senior yang Zam kata
tolong Zam tu dulu”.
“Ohh
abang Syed yang bagi buku kejuruteraan dia pada Zam tulah”.
“Yang
mana satu Zam”. Tanya ayah ingin kepastian.
“Ayah
ada jumpa dia sekali masa hantar Zam dulu. Budak yang ayah kata hensom macam orang
Pakistan tu..”
“Ohh
yang tu. Itu dia abang Syed.”.
“Haah
yang tulah yah, namanya Syed Borhan Zam panggil dia abang Syed. Kata abang Syed
ni adik sepupunya baik orangnya. Dia bersekolah disekolah menengah agama, solat
tak tinggal dia buat solat sunat lagi”.
“Ohh
bagusnya budak Hidayah tu ye. Kalau diteguk pun kita dah tahu dia tu baikkan
ayahnya. Nampak bersopan santun dan
lemah lembut bila dia berbual dengan kita”..
“Bukan
itu sahaja.. abang sepupunya cakap Yassin
pun dia lancar bu..” Tetapi yang sebenarnya Inspektor Azam melihat sendiri Nur
Hidayah membaca surah Yassin tampa buku ketika dia dilokap dulu.
“Ohh
elok sangat lah tu. Esok kalau kamu dah
ada anak nanti senang lah..dia sahaja yang ajar anak-anak kamu mengaji. Pada
kami kalau Zam dah suka… kami pun ikut suka jugalah.”
“Abang
Syed kata Hidayah ni dah tak ada emak ayah..tak apa ke ibu”.
“Tak
apa.. lagi senang macam tu, nanti nak balik raya tak lah berebut nak bailk rumah
mana..boleh tiap-tiap tahun Zam raya dengan ibu diTemerloh kan ayahnya. Lagi
pun kalau kita berbuat baik pada anak
yatim piatu kita dapat pahala.”. Bila terpandang Nur Hidayah teringat
cerita-cerita dia, ibu dan ayahnya mengenai Nur Hidayah selepas pertemuan dan
makan tenghhari bersama Nur Hidayah hari Sabtu yang sudah. Ingatanya terhenti
bila salam nya disambut oleh wanita di hadapannya.
“Walaikumsalam..Inspektor
nak kemana ni, tak kerja ke hari ini”. Soalan Azam tidak dijawab namun dia menanya
kembali bila dilihat Instektor Azam berpakai santai t-shirt dan berseluar jean hari
itu.
“Saya
tak kerja hari ni. Makan jom”.Terus sahaja ajakkan makan meniti dibibirnya.
“Ohh
taklah terima kasih”.
“Alah
jomlah teman kan saya makan..Saya sebenarnya nak bincang dengan awak sikit. Jomlah”.Tidak
berbunyi ayat ajakkan namun arahan yang kelaur dari bibir Inspektor Azam.Mungkin
sudah terbiasa dia hanya pandai mengarah sahaja, jadi dengan kenalan diluar
pejabat ayat arahan juga yang keluar. Mereka kesebuah restoran yang berhampiran
bank tempat Nur Hidayah memasukkan duit. Inspektor Azam mencari tempat yang
agak jauh sedikit dari keriuhan orang makan tenghahari.
“Dayah
nak makan apa”. Kedengaran mesra Inspektor Azam memanggil nama Hidayah dengan
panggilan Syed Borhan memanggilnya.
“Saya
tak nak makan sebetulnya..kenyang lagi ni”.
“Ehh
makan lah sikit, teman kan saya makan ni..makan ye..saya oderkan macam yang
saya makan”.
“Boleh
tak saya nak minum sahaja”. Nur Hidayah rasa kekok untuk menyuap nasi dihadapan
orang yang baru sahaja dikenali.
“Ok,
boleh lah tapi jangan nak minum air yang tak ada apa perasa ye”.
“Hssy
tak adalah..dah ada orang nak belanja tentu saya nak air yang specil
sikit..tambah-tambah orang baru dapat gaji”.
“Ialah tu, nak air apa cakap lah”.
“Nak air panas tak nak
campur milo tak nak campur susu…”Nur Hidayah teringat sepotong ayat dalam
novel Baju pengantin mak andam.
“Haa
tak nak lah yang macam tu..saya tahu itu air suam”.
“Ehh
air suam baik untuk kesihatan apa.”
“Janganlah
macam tu..air orange ok tak atau pun air mangga”.
“Tak
mahu lah, saya nak carrot susu ada tak”.
Bila dirasakan dirinya berlebih-lebih atau mengada-ngada dia terus
kepermintaanya.
“Mesti
ada..”Setelah makanan dan minuman sampai mereka menikmati sambil berbual. Nur
Hidayah terpaksa menyedut minumanya sedikit-sedikit kerana mahu menyaingi Inspelktor Azam yang makan penuh berhemah..kunyah
44 kali baru ditelan.. bilalah nak habis makan. Detik Nur Hidayah.
Sambil makan mereka berbual..dari bualan biasa
akhirnya Inspektor Azam bertanya pada soalan yang sudah terkarang dalam kepalanya
sejak pertemuan dihari Sabtu tiga hari sudah. Yang sepatutnya perbincagan itu dibincangkan pada hari Sabtu yang akan datang,
tetapi dek keana sudah berjumpa dia mengambil peluang yang sudah terbuka pada
nya.
“Hidayah..kalau
saya kata saya suka awak.boleh ke”.
“Saya
tak ada hak nak melarang Encik Azam suka
pada siapa pun.”
“Jadi
awak pun suka saya?”
“Tak
semestinya suka dibalas suka..kerana saya ada syarat sendiri untuk membenarkan
hati saya suka berkawan dengan
seseorang”.
“Wahh
hebatnya awak boleh control hati awak..orang yang macam mana yang boleh
memenuhi syarat hati awak dibenarkan suka pada seseorang.”
“Untuk
membenarkan hati saya suka berkawan dengan seseorang syaratnya mesti sama
gander..ertinya saya perempuan dan orang tu juga mesti perempuan.”
“Habis
saya tak boleh jadi kawan ke”.
“Pada
saya tak ada istilah kawan antara lelaki dengan perempuan”.
“Jadi
macam mana kita nak melahirkan keserasian bersama, kalau kita tak berkawan
dulu”.
“Saya
yang sebetulanya tak suka cakap pusing-pusing..pada fahaman saya..maksud
kata-kata Encik Azam adalah kalau kita mahu menjadi pasangan suami isteri betul
ke macam tu”.
“Betullah
macam tu. Saya nak mencari keserasian sebelum kita melangkah ke fasa yang lebih
jauh”.
“Ok,
kalau macam tu saya jawab satu-satu…pertama saya tak akan mencari keserasian
sebelum halal.. saya tak akan berkawan dengan yang berlainan gander dengan
saya..dan yang ketiga saya rasa saya tidak sesuai dengan Encik Azam.”.
“Jawapan
satu dan dua memang dah saya jangka..bila Syed Borhan menceritakan sifat-sifat
awak pada saya dulu. Keterangan itu saya
ambil masa awak didalam lokap. Tapi
jawapan ketiga tu saya nak tahu.. kenapa kita tak sesuai?”.
“Pertama
kerana pernah disyaki membunuh, kedua saya dah jadi balu..ertinya saya dah
pernah nikah sedang kan encik masih anak teruna..”
“Kalau
saya kata saya tak kisah semua itu, masih boleh kah kita menjadi pasangan”.
“Encik
Azam ada tak Syed Borhan cerita siapa saya sebenarnya”.
“Ada..tapi
saya tak suka nak ulang perkara yang Dayah sendiri tak suka sebut. Saya tahu
perkara tu merimaskan hidup Dayah”.
“Kalau
awak dah tahu siapa saya, saya minta tolong encik ceritakan status saya pada
keluarga encik. Jangan disorok sedikit pun kebenaran tentang diri saya.Saya tak
mahu perkara ni diketahui setelah saya menjadi sebahagian dari keluarga Encik
Azam”.
“Perlu
ke perkara tu diwar-warkan kepada keluarga saya”.
“Ini
bukan diwar-warkan..hanya untuk pengetahuan ibu ayah Encik Azam sahaja. Mereka
perlu tahu untuk kesejahteraan kita bersama. Saya harap kejujuran Encik
Azam..tenguk reaksi kedua ayah dan ibu encik Azam..Tapi ingat! jangan dipaksa
mereka menerima saya..Saya tak suka paksaan kerana paksaan akan menyusahnya saya
dibelakang hari. Saya tak mahu diungkit-ungkit status saya kemudian hari, bila keluarga encik merasa diri nya tertipu.”
“Hidayah
kenapa awak cakap macam ni, awak nampak ibu ayah tu pemilih ke orangnya..pada
pandangan awak cerewet sangat ke mereka tu”.
“Ini
bukan pasal cerewet atau pemilih..biasanya kalau rasa tak puas hati atau rasa
terkilan ni akan terungkit bila ada walau dengan sedikit pergeseran…dah banyak
terjadi. Umpamanya saya dan bekas emak mertua saya. Bukan kah encik juga tahu
saya disyaki kerana kata-katanya..encik Azam tahu tak selain emak mertua dia
juga adalah nenek saya. Kalau encik nak tahu saya bernikah dengan bapa biologi
saya. Tengku Faris adalah bapa biologi saya. Itu adalah pengalaman, tapi dengan
pengalaman itu menjadikan saya rasa JERA (serik) dengan kisah silam saya..Saya dah tak mampu nak
dengar perkataan anak luar nikah diulang-ulang, tambahan lagi bila dihadapan
anak saya. Saya mengharapkan kefahaman dari Encik Azam”. Azrul Azam tidak
terkejut dengan cerita Nur Hidayah kerana dia sudah mendengar perkara itu
ketika Syed Borhan menemui Nur Hidayah dilokap hamper empat bulan sudah.
“Tapi
kalau saya tak buka mulut mereka tak akan tahu siapa awak Hidayah”.
“Itu
lagi teruk, perkara akan bertambah parah jika mereka tahu dari mulut orang
lain. Kalau Encik tak bagi tahu hal diri saya pada keluarga Encik, ini bererti hanya setakat ini sahaja
perbincagan kita”.
“Ok
balik ni saya akan cerita semuanya pasal Dayah pada ibu ayah saya”.
“Itu
yang sebaiknya. Terima kasih kerana memahami..Tapi saya mengharapkan kejujuran
Encik Azam. Jika betul-betul Encik Azam hendak saya gembira, ceria dan bahagia
sepanjang huidup saya…Encik Azam jujur dengan keputusan perbincangan keluarga
Encik Azam. Dan saya mohon jangan dipaksa dan dirayu mereka menerima saya. Kenapa
saya cakap macam ni nak tahu ke?” Begitu bersungguh-sungguh Nur Hidayah memohon
kejujuranya.
“Kalau
Hidayah nak cerita saya sudi sahaja mendengarnya”.
“Kalau
bekas emak mertua merangkap nenek saya sendiri pun tak dapat untuk menerima saya seadanya dengan ikhlas..Encik
fikir boleh ke orang lain menerima saya seadanya..Yang saya takutkan rasa
terkilan yang ada dalam hati akan timbul bila ada sedikit pergeseran..jika masa
tu terluah dan perpisahan mengekori, masa tu mungkin saya bukan seorang lagi.. masa
tu rasa sedeh dan rasa kehilangan yang saya rasa dan bukan saya sahaja yang
merasa tapi pecahan dari diri saya dan diri encik juga akan turut merasa sama.
Harap encik Azam faham dengan apa yang saya cuba sampaikan ni..Saya memohon
belas kasihan encik.”.
“Saya
memang kasihan dengan Dayah..itu sebabnya saya nak jaga Dayah sampai kehujung
nyawa saya”.
“Kalau
Encik Azam kasihan saya..terima dengan hati terbuka apa pun keputusan keluarga
encik. Biar pun keputusan mereka tidak seperti yang encik harapkan, kerana itu adalah jaminan kebahagian saya.
Akhir sekali, jika dalam masa seminggu encik tidak menghubungi saya, akan saya
anggap keluaraga encik tidak dapat menerima saya.”
Malam
itu selesai makan malam bersama ayah dan ibunya dikuartesnya, Azrul Azam
memenuhi permintaan Nur Hidayah siang tadi. Hati berdebak debuk mahu menerima
reaksi kedua orang tuanya bila dia menyatakan kebenaran tentang Nur Hidayah. Untuk
menenangkan hatinya.. berkali-kali di berselawat keatas Nabi.
“Ayah,
ibu tengahari tertadi Zam jumpa Hidayah..Zam ajak dia makan tengahhari
sekali tadi. Tapi hanya Zam yang makan, dia minum sahaja”.
“Kenapa
tak ajak dia datang sini, boleh makan dengan ibu. Kan ibu masak sedap hari ni.
Yang sebenarnya ibu suka tenguk muka
comel dia tu Zam”
“Mana
ibu pernah masak tak sedap. Masak biasa-biasa pun Zam rasa sedap. Nak ajak juga
tadi tapi rasanya dia kerja bu.. agaknya dia pergi ke bank sebab nak ambil gaji
kot. Bila dah cerita-cerita dengan dia tadi, kuat hati Zam ni kata Zam suka
pada dia..tapi sebelum kita melangkah lebih jauh lagi, Zam nak cakap pasal dia
ni dengan Ibu dan ayah.”
“Hai
anak ibu ni macam dah tak sabar-sabar..kan kata Sabtu minggu ni baru nak jumpa
dia”.
“Dah
terjumpa tadi, apa yang nak Zam tanya pun dah ada dalam kepala..lagi pun Zam
rasa nak cepat kalau dicepatkan..boleh bu”.
“Boleh
saja..lagi pun umur Zam pun dah lama masuk 30 lebih dah kan. Macam mana ayahnya
bolehkan”.
“Ayah
ok sahaja janji Zam dah adakan duit untuk kenduri, duit hantaran dan duit
maskahwinya sekali.”
“Semuanya
Zam dah ada yah..tapi sebelum tu Zam nak cerita sikit pasal Hidayah ni”.
“Ada
lagi ke cerita yang Zam belum ceritakan kat kami”.
“Ada.
Ayah ibu Hidayah ni yang sebetulnya anak luar nikah”. Memang sungguh terkejut
ibu dan ayah Azrul Azam mendengar penyataan anaknya.
“Kamu
dengar dari siapa dia anak luar nikah Zam”.
“Dari
dia sendiri”. Ibu dan ayahnya terdiam lagi..terus sahaja Azrul melanjutkan
sedikit penyedap kata semoga Hidayah dapat diterima oleh kedua ibu dan ayahnya
dengan senang hati.
“Dia
sendiri yang cerita dengan Zam..supaya Zam dapat terima dia dengan senang
hati..Dia memang gadis yang baik ibu, dia tak mahu menyorok siapa dia pada
kita”.
“Jadi
kamu macam mana..masih nak kat dia ke?” Wajah ayahnya sudah mula berubah, angin
tegas sudah mahu bertiup.
“Pada
Zam kalau hanya anak luar nikah tak jadi masaalah kan ibu”.
“Tak
ayah tak mahu bermenantukan anak tak sah taraf..nanti dibelakang hari akan
menyusahkan kamu Zam”.
“Kenapa
susah pada Zam pula yah”.
“Takut
anak-anak kamu susah nak didik. Anak-anak yang lahir dari emak yang macam tu
susah nak jaga.”
“Dengarlah
cakap ayah Zam..Hanya kamu sorang anak lelaki kami..kamulah penyambung
keturunan kami..ikut cakap ayah ye.”. Azam merupakan anak ketiga dari lima
orang adik beradik. Dan dia merupakan anak lelaki tunggal mereka.
“Kenapa
tak cuba dulu ibu ayah”.
“Bab
keturunan tak boleh nak dicuba Zam kalau dah ada nanti jadi tak betul dah tak
boleh nak buat apa. Dari kita terus mengadapnya.. sebelum ada ni lah kita
rancang betul-betul.”
“Tapi
Zam suka sangat dengan Hidayah tu ibu”.
“Memanglah
sebelum ada masaalah Zam suka sangat, nanti kalau dah bertindan-tindan masaalah
masa tu Zam baru nak membetulkan segala kata-kata ayah dan ibu. Tapi masa tu
dah tak guna. Ibu harap alihkan lah rasa suka Zam tu pada gadis lain. Banyak
lagi gadis diMalaysia ni yang Zam boleh pilih”. Begitu bertegas kedua ibu dan
ayahnya menolak pilihanya. Itu baru sahaja diberi tahu Nur Hidayah anak luar
nikah, belum lagi dia menceritakan bagai mana dia mengenali Nur Hidayah dan apa
status yang Nur Hidayah pegang.
Jejaka manakah yang bertuah dapatkan hidayah.....yg tinggal hanyalah doktor johan :)
ReplyDeleteYe la. Dah 30 tahun umur Dayah ni. Belum jumpa lagi dengan lelaki mr right.
Delete