Sudah hamper sebulan Emil menjadi isteri
cikgu Latif semula. Dia juga sudah berpindah duduk dirumah suaminya. Walaupun
tempat mengajarnya masih disekolah yang sama. Dia berulang alik dari rumah
suaminya kesekolah untuk mengajar walaupun agak jauh sedikit. Buat sementara
Uwias bercuti dia yang menjandi pemandu mama nya. Tetapi yang paling genbira
adalah Uwais.Terasa sempurna kehidupanya kerana mempunyai keluarga yang lengkap,
dia mempunyai seorang nenek , tiga orang adik, seorang lelaki dan dua orang
perempuan. Sesuatu yang paling nanti dalam hidupnya penyatuan papa dan mamanya
hidup didalam satu bumbung. Terasa begitu cepat masa berlalu, esok dia sudah
akan kembali meyambung tugasnya sebagai jurutera disebuah kapal di perairan Sabah.
Kehidupan Emil seperti isteri-isteri yang
lain juga dia menjalankan tanggung wab
seorang wanita sebagi isteri dan suri rumah tangga dengan baik dan sempurna.
Dia mengikuti segala nasihat mak ngah merangkap ibutirinya setelah dia diIjab Kabulkan
hamper sebulan yang lalu. Disematkan
nasihat seorang ibu dihatinya dengan teguh.
“Mel..sekaran
g Emil dah jadi Isteri Latif semula. Dalam Islam tiada istilah kahwin paksa.
Walaupun mak ngah tahu Emil menerima Latif dengan tak sepenuh rasa, mungkin Emil
menerima hanya kerana permintaan anak sahaja, tapi kalau dah kita menandatangai
borang setuju nikah.. ertinya kita setuju dinikah kan.Terucap sahaja lafaz Ijab
dan Qbul diri kita adalah milik suami dan tanggu jawab seorang isteri wajib
ditunaikan. Kita nikah ni pun mencari pahala kerana itu sunnah nabi yang
mewajibkan umatnya yang berkemampuan bernikah. Dan setiap kali kita mejalankan
tanggungjawab kita, kita diberi ganjaran
pahala oleh Allah dan setiap kali kita menolak tanggungjawab kita mendapat
dosa. Jadi tunaikan tanggung jawab kita dengan redha. Jika kita redha dan tak memikir perkara lalu
In Syaa Allah..Allah akan bagi kita rasa bahagia”.
“Terima
kasih mak ngah kerana mengingatkan Emil. Terima kasih sangat-sangat. Emil
bersyukur mak nagh jadi emak Emil, kalau takEmil tak dapat rasa bahagia menjadi
seorang ibu dan isteri.”
“Sama-sama..Mel.
Kita ni sering ingat mengingat, lebih-lebih lagi ayah dah tak ada..kita memang
memerlukan antara satu sama lain.”.
Sudah dua minggu pernikahan Emil kali keduanya bersama cikgu Latif, Emil berulang alik dari rumah suaminya
kesekolah dimana dia mengajar. Melihat keadaan anak menantu Hajjah Rabiah
merasa kesihan, dia cuba memberi buah fikiran untuk memudahkan menantu yang dahulunya dibenci. Hari itu hari
cuti hujung minggu melihat Emil tekun didapur menyediakan makan tengahari
mereka, Hajjah Rabiah duduk juga didapur duduk menemani sambil berbual-bual.
Dihati ingin mencari keserasian antara dirinya dengan menantu. Dia sedar mereka
dulu tidak serapat mana. Entah mengapa hati sentiasa mahu mencari kelemahan
Emil dulu, bila merasakan menantu kekok dengan keadaan rumah mereka, dia
semakin menjauhkan diri dari beramah mesra kepada wanita yang baru memasuki
kalangan keluarga mereka. Kerana sikapnyalah menjadi salah satu sebab mengapa
Emil tidak suka duduk dirumahnya dulu. Tetapi sekarang ini dia mahu mengubah
tingkah lakunya agar wanita pilihan anaknya merasa selesa duduk bersamanya.
“Mel
kesian mak tenguk kamu berulang alik pergi mengajar, kalau kamu penat berulang
alik.. duduklah rumah arwah ayah Emil tu, biar Latif pula yang berulang kesini,
dia lelaki tak apa.”.
“Tak apa
mak..Emil duduk sahaja, kadang-kadang Emil lelap kata bangku sebelah tu mak
(maksud tempat duduk sebelah pemandu)”.
“Sekarang
tak apalah Uwais boleh hantar kamu, se minggu lagi dia dah nak naik kapal, kamu
memandu sorang. Emak yang sesekali pergi pun terasa penat ni kan pula kamu yang
akan hari-hari”.
“Masa
Uwais naik kapal, Emil dah rasa biasa dengan perjalan itu mak tak apalah. Hanya
Emil kesian mak, hari-hari kena makan lauk semalam macam ni”. Rutin Emil
sekarang waktu memasak makan malam
mereka dia akan melebihkan sedikit untuk emaknya makan tengahari keesokkan
harinya, waktu itu dia disekolah menjalankan tugasnya mengajar anak-anak
muridnya.
“Tak apa
Mel, emak kalau dah sorang pun bukan lalu sangat nak makan, makan untuk alas
perut sahaja. Tapi mulai dari Isnin depan ni, mak rasa nak puasa sunat lah Mel.
Kamu tulah tak penat ke balik mengajar berkejar pula masak.”
“Dah
terbiasa mak..duduk dengan mak ngah hari-hari Emil masak, mak ngah tak suka makan lauk kedai. Dulu masa
mula-mula duduk dengan dia, Emil beli juga, tapi hanya Emil sorang yang makan
lauk yang Emil beli, sudahnya lauk terbuang sahaja bila tak habis, rasa
membazir sangat. Akhirnya Emil ikut apa yang mak ngah makan.Tapi mak ngah tu
senang tak berkira makan, gorengkan telur lepas tu makan dengan kicap yang
hiriskan cilia pi dan bawang merah pun jadi. Kadang-kadang ikan bilis mentah
dijodohkan dengan hirisan bawang dan cili api dan kicap pun boleh sahaja dia makan..janji
jangan lauk kedai mak. Tekak Emil nilah yang tak berapa nak jalan kalau lauk
macam tu”. Ada segaris senyum dibibirnya bila mengenangkan cerewet diri sendiri.
Ketika itu dia sedang mengacau kuah kari
diatas dapur. Dia tidak menyangka boleh berbual dengan emak mertuanya..dulu
keserasian mereka entah dimana, bila emak mertuanya menjauhkan diri darinya dia
juga tidak cuba untuk menghampiri atau mencari kemesraan mereka. Ketika mula menjadi menantunya dulu, rasanya
tidak pernah mereka duduk berbual-bual. Perkataan mereka ynga keluar jika perlu
sahaja.
“Kenapa
dia macam tu, mungkin dah terbiasa dia berjimat dari muda, kan dia tu balu
dulunya.”.
“Ia
mak, masa arwah pak ngah suaminya
meninggal anak-anaknya semuanya masih bersekolah lagi..belum ada yang
bekerja. Untuk menampung kehidupan
mereka, dia bekerja digerai makan kat pekan tu. Bila makan yang dijual tak
habis tuan kedai bagi dia bawa balik. Dik terlalu biasa dia kata dia jemu makan
lauk kedai”.
“Tapi
itu dah lama dulu.sekarang ni takkan dia jemu lagi”.
“Bila
anak-anak dah besar kadang-kadang anak ajak dia makan kat kedai tapi biasanya
lepas makan dia pening kepala pula..mungkin makanan tu terlalu banyak dibubuh
bahan perasa agaknya. Sekarang Emil pula, agaknya dah biasa kita makan kat
rumah, bila sesekali makan lauk kedai Emil jadi loya”..Emil sekarang sudah
terbiasa memasak untuk makan mereka sekeluarga. Dulu bila dia serumah dengan
Hajjah NorIza dia tidak suka makan makanan dikedai. Setelah lama mereka mendiamkan
diri tiba-tiba Hajjah Rabiah teringat rancangan mereka dulu..
“Mel..kita
kata hari tu, lepas majlis kamu dengan Latif, kita nak bincang hal Uwais pula.
Kamu dah tanya siapa calonnya, anak siapa.. kalau dah tahu bolehlah kita pergi merisik. Uwais pun dah
besar panjang, memang dah boleh sangat dia berumah tangga. Kalau lanjut sangat
usia ni, takut dia dah sedap duduk sorang
langsung dia tak terfikir nak kahwin. Ni lagi berapa hari dia duduk kat
darat ni, tak lama lagi dah nak naik kapal pula..cubalah kamu tanyakan.”.
“Ia
tak ia kan mak, nantilah Emil tanya dia.”.
Malam itu usai solat Isyak Uwais menyelinap
keluar rumah. Dia duduk dibawah pokok rambutan. Dia memandang kelangit
kelihatan bintang bertaburan seakan-akan
mengelilingi bulan yang suram cahayanya. Jika di atas kapal dia juga begitu,
suka memandang ke langit melihat bulan mengambang dan bintang bertaburan
sungguh indah menenangkan minda, apa tah lagi sekarang apa yang dihajati sudah
tercapai. Mama dan papanya sudah duduk sebumbung. Emil menjenguk keluar rumah
dia melihat anaknya seakan termenung. Ia
ke termenung kalau dah sorang diri tentu sahaja dia diam. Perlahan Emil menghampiri
anaknya.
“Abang
fikir apa duduk seorang-sorang kat luar rumah ni..siap pasang ubat nyamuk lagi
ni”. Memang benar sengaja Uwais membeli sekotak ubat nyamuk dan diletakkan di
tepi rumah, setiap kali dia pulang
kerumah papanya dia suka duduk diluar rumah diwaktu malam, untuk menikmati
angin yng menghembus segar.
“Saja
abang suka duduk sini segar rasanya angin malam kat kampong kan ma. Sekejap
sangat rasanya cuti bulan ni..lusa abang dah naik kapal semula emm”.
“Ehh
lusa ke abang balik..rasanya sekejap betul pula cuti abang kali ni”.
“Betul
lah ma..dah 28 hari abang cuti. Diaorang pun dah booking kan tiket untuk
abang”.
“Haah
betul kata abang memang rasa sekejap sangat cuti abang kali ni..bang!! abang
lupa ke janji abang dengan mama”.
“Janji
apa ma..ada ke abang berjanji dengan mama.”
“Abang
memang macam ni kan selalu nak main-main kan mama”.
“Betul
ma..abang tak ingat apa janji abang pada mama, cuba mama ingatkan abang
betul-betul lupa ni”.
“Janji
abang nak bagi calon isteri pada mama..cakaplah biar mama pergi risikkan..bulan
satu lagi abang balik terus bertunang..cakaplah
siapa dia”.
“Abang
memang tak ada calon lagi ma..macam mana abang nak kenalkan dengan mama..abang
ni mana sempat nak cari mak we ma”.
“Habis
macam mana mama nak pergi merisik dan kemudian pergi meminang.. abang suka
ugut-ugut mama, tipu mama macam ni..mama tak suka”.
“Tapi
mememang betul abang tak ada calon lagi ma..nantilah.. mama bagi abang masa
abang cari dulu”.
“Sampai
bila yang mama nak tunggu, kalau baru
nak mencari..masa kat Universiti dulu tak ada ke orang yang abang berkenan”.
“Entahlah
ma..rasanya tak ada seorang perempuan pun bila abang pandang jantung abang jadi
berdebar dan mata abang jadi tak berkelip pandang dia.. ha..ha..ha” Gelak jahat
Uwais mengenakan mamanya. Tapi tingkahnya mengakibatkan pahanya ditampar kuat oleh
mamanya.
“Abang!!
Jangan main-main dengan mama mama serius ni”. Emil jadi naik angin bila
dipermainkan oleh anak.
“Ok.ma
ok ma. Maaa janganlah marah, memang
abang tak ada calon lagi. Abang cakap hari tu kalau mama nikah dengan papa baru
abang cari calun tak betul ke, ni abang memang belum sempat lagi nak mencari.
Ma! apa kata kalau mama yang carikan untuk abang”.
“mana
mama tahu abang nak gadis yang macam mana, yang putih ke yang hitam manis
ke..nak yang tinggi ke nak rendah ke”.
“Tak
apa mama pilih sahaja..kalau mama berkenan abang pun berkenan”.
“Mana
boleh macam tu abang. Abang yang nak pandang seumur hidup nanti.. abang. Mana
tahu cantik kat mata mama tapi tak
cantik kat mata abang..bila dah kahwin susah..nak memaksa hati berkenan”.
“Tak
ma.. abang ni tak kisah kalau mama suka abang pun suka.. kalau gadis buta yang
mama pinangkan pun abang terima.. kalau gadis tu mama suka”.
“Jangan
cakamp macam tu bang..kadang-kadang kata-kata kita menjadi doa..apa pula mama
pinangkan gadis buta pula”.
“Bukan
abang berdoa nak gadis buta untuk dijadikan isteri abang, tapi abang nak
bayangkan yang abang tak kisah.. janji mama suka dia”.
“Dahlah
bang menyampah mama cakap dengan abang ni”. Geram Emil dengan anaknya, dia mula
mengangkat punggung masuk kerumah. Dia mahu mencari jalan bersama suaminya
bagai mana mahu memaksa anaknya
bernikah. Sebelum tiba di ambang pintu Uwais melontarkan suaranya.
“Betul
ma..siapa pun pilihan mama abang terima..carikanlah untuk abang ma” Kedengaran
bersungguh suara anaknya memberi kebenaran untuk dia memilih calon menantu.
Tiga
hari selepas Uwais pulang ketempat kerjanya Emil mula menghubungi sahabat baik
anaknya merangkakap anak tirinya juga.
“Assalamualikum..apa
khabar dik..teruk tak Huda mabuk”.
“Walaikumsalam
ma..baik ma..teruk juga tak boleh makan nasi..makan nasi sahaja mahu setengah
hari dia muntah. Dia kata masuk sahaja nasi dalam mulut dia tekak dia rasa
kembang mula lah dia termuntah-muntah.”
“Habis
apa yang boleh dia makan”.
“Semuanya
boleh ma kecuali nasi sahaja ma”. Isteri Ahmad Sofian baru disahkan mengandung
hamir tiga minggu . Tetapi alahan mengadungnya agak teruk..dia alah dengan
nasi.
“Ha
kalau macam tu suruh dia makan mee hoon atau pun kue tiau..mehoon dan kue tiau
ni kan dibuat dari beras..makan sikit-sikit. Kalau rasa lapar makan sikit tapi
kena kerap lah”.
“Oh ye
ma, adik tak terfikir pun macam tu..terima kasih ma. Adik sebetul kesian tenguk
dia tu..letih sahaja dia mengadu perutnya lapar tapi tak boleh nak makan. Dah
lah kat sekolah nak mengadap anak murid mencabar betul kata dia”.
“Biasalah
budak-budah tengah nak naik dik, memang macam tulah.. itulah cabaran kita
menjadi seorang guru.Dek untuk Huda kalau adik beli mehoon tu cuba belikan
mehoon sup.. sebab sup ni biasanya tak
banyak minyak sangat..kot sesuai dengan selera dia.” Setelah lama mereka
bercerita terus Emil ketajuk yang mahu ditanyakan kepada anak tirinya.
“Dik!
Ada tak Uwais cerita tentang girlfriend dia pada adik”.
“Tak ada
ma, dari zaman sekolah sampai Universiti dan sampailah kami kerja ni dia tak
pernah nama perempuan yang boleh diketegorikan dia suka, pernah juga adik tanya
dulu dia kata dia takut nak ada kawan perempuan”.
“Kenapa
pula takut.. dia tak jantan ke”.
“Hiss
mama ni..cakap tukan doa, kalau betul, nanti mama menangis tak berlagu, mama
tak ada cucu”.
“Apa
pula mama tak ada cucu, anak along dah dua, anak angah dah satu, alang tunggu dua
tiga bulan sahaja lagi dan adik pun dah tak lama lagi..banyak dah cucu mama”.
“Kami
ni lain, Uwais tu lain. Anak kandung mama hanya satu ma”.
“Ialah
dik itu yang mama risaukan.. Ni mama tanya ni kalau dia dah ada mama nak paksa
dia khawin. Mama yang sebetulnya risau, dia macam tak kisah nak kahwin saja. Dia
tenguk adik kahwin.. dia buat gitu-gitu saja, macam tak terniat pun nak cari
pasangan”.
“Entahlah
ma adik pun tak boleh nak teka apa yang ada dalam fikiran dia..yang adik ingat
memang dia tak pernah cerita tentang girlfriend dia padam adik”.
“Kenapa
abang macam tu dik..Abang pernah kecewa ke, manalah tahu masa zaman sekolah
menengah pernah cinta monyetnya ditolak
atau pun pernah tak adik nampak macam dia suka dengan lelaki”.
“Hissy
mama jangan sebut macam tu..”
“Taak
dik, mama risaukan dia ni dik..sebelum naik kapal hari tu mama tanya dia..dia
kata dia nak mama yang cari..mama mana tahu cita rasa dia dik”.
“Ohh
kalau macam tu memang betullah tu”.
“Betul
apa dik???”.
“Baru
adik ingat, dia kata dia tak akan mendidik hatinya suka pada sesiapa pun, dia
nak hatinya kosong..jadi bila mama jodohkan dia dengan sesiapa pun.. hati nya
dapat menerima dengan senang hati. Dia tak mahu jadi macam papa dia.. yang
terpaksa mengikuti susuhan emaknya walau hatinya sangat sayangkan mama. Dia nampak
macam mana kehidupan papa setelah mama tinggalkan dia kerana mama tak sanggup
dimadu. Itu sebabnya dia berusha nak mama nikah balik dengan papa.”
“Sampai
hati abang buat mama macam ni, sekarang baru mama tahu abang memang lebih
sayangkan papa dia dari mama. Mama yang sebetulya masih ingat arwah..”
“Maa..ayah
yang pergi biarlah pergi ma..yang sebetulnya
percaturan Allah tu Maha hebat. Pada adik mama bercerai dengan papa suatu masa
dulu sebab Allah nak mama jadi isteri ayah. Sebab mama wanita yang dapat
menerima ayah dan anak-anaknya sekali bukan setakat anak-anak ayah yang mama
terima arwah ibu kami pun mama dapat terima. Sepanjang kita duduk serumah kami
semua bahagia ma..bukan ayah sahaja yang bahagia…arwah ibu kami pun bahagia
juga sebab mama selalu ingat ayah menyedekahkan Yassin dan AlFatihah pada dia.
Jadi redhalah dengan apa yang Allah dah tentukan untuk kita.” Cepat sahaja
Ahmad Sofian memintas kata-kata mama tirinya sebelum mamanya lebih beremosi.
“In
Syaa Allah dik mama berusha..Haa ni kita sambung pasal abang ni..cuba dik bagi
mama klu siap-siapa yang mama boleh jodohkan dengn abang ni. Tak kiralah zaman
adik dan abang sekolah ke..zaman diUniversiti ke atau zaman sekarang ni.. ada
tak rasanya gadis yang boleh kita sesuaikan menjadi pasangan abang”. Kedengaran
suara kecewa Emil dihujung talian mengenangkan anak tunggalnya tiada wanita
yang mahu dijodohkan padanya.
“Entah lah ma..adik tak pasti (lama sofian mendiam kan diri seakan
berfikir). Ma!!”
“Haa
dah ingat cepat lah cakap”.
“Tapi
ni entah ia entahkan tidak.. adik hanya perasan perubahan pada wajah dia saja,
abang tak cakap pun dia suka gadis tu..itu pun masa adik cakap adik suka pada
Huda dulu.”
“Haa
takkan abang suka kat Huda juga??”. Terkejut Emil mendengar penyataan anak
tirinya..Uwais juga suka pada gadis yang sudah menjadi milik orang.. milik
sahabatnya merangkap adik beradik tirinya pula.
Ada pun bab baru. Tq mak teh.
ReplyDeleteSape nama anak Muaz, Siti Rahmah erk...
Ni mesti anak dara si Muaz tu yg melekat kat hati si Uwais.... hihihi.... teka jer....
ReplyDeleteMakteh, ceritalah mcm mana perasaan Cg Latif dpt menikah semula dgn Emil. Harap2 Emil dpt memutikkan cinta & kepercayaan kpd Cg Latif semula. Cukup2lah berdendam tu....
ReplyDeleteBetul tu Cik the....perasaan cikgu Latif dn Emil.....kan ke Emil masih terasa sakit dgn penipuan cikgu Latif.
ReplyDeletePenerimaan anak cikgu Latif mcm man's pulak?
Uwais tu sukakan anak pak long muaz dia kan.
-dibah-
Setuju dengan pendapat di atas. Ceritalah perasaan mereka lepas kembali bersama masih berkecil hati lagikah emil pada cg Haji Latif tuh. Anak2 cg Haji Latif boleh ke terima emil seperti mana anak2 cg nasir?
ReplyDeletek.mid
mak teh tk suka mncritakan kisah rumah tangga yg mempunyai dendam.. dah nikah tidur asing2. atau tidur sebilk namun tidak menunaikan tggung jawab baik suami atau isteri. mak teh tak nak mengajar prbuatan macam tu dibolehkan..tunggu brsedia baru boeh menjadi suami isteri yg sbnarnya. Pernikahan suatu yg dituntut. diberi pahala kita melksana dan dapat dosa jika kita ingkar..bacalah apa yg diperkatakan oleh Hajjah NorIza dlm bab ni sebelah atas..itu kata2 mak teh. Dlm Islam tiada erti kahwin paksa.Klu tak nak cakap tak nak..biar pun senapang gajah diacu dikepala.
DeleteBukan maksud tido asing asking me Cik teh...maksud akak bgmana cikgu Latif melafazkn syukur dn syg kpd Emil kerana menerima dia sekali lagi dn bgmana emil terharu dgn pengakuan cikgu Latif. Klu dh berusia ni kahwin tido asing masyaallah. X tau ni ckp. Emil kn dh lembut dn bertimbang rasa.
Delete-dibah-
Yg sebetulnya mak teh tengah pening..macam mana nak karang ayat2 cinta Uwais..dah memang tak pandai..kita dah tua ayat cinta pun dah gersang..tu yg melaut pn. Dibah ooi..lagilah rasa nak cpat habiskan crita ni..sbab abng kat sebelah dah jeling setiap kali kita ketuk keyborad..ialah kerja tngah bnyak dia mengadap kputer..sorry ye salah faham.Mak teh nak sambut menantu lagi awal buln dis 2014 nanti..
DeleteTahniah Cik teh nak terima menantu. Awal dismember lagi berapa hari saja lagi. Tentu serabut kepala dgn persiapan.
DeleteAPA pun utamakn kluarga Dan urusan majlis yg makin hampir. Cerita ni klu nk pause sementara pun x pe ..lepas majlis nanti sambung.
-dibah-
Pandangan drp perspektif berbeza:
ReplyDeleteSaya amat suka mengemas, bila saya stress, saya akan mengemas. Bila mengemas rasanya lupa sekejap stress itu.
Apa kaitannya dgn makteh (penulis) pulak ni? hahaha... Menulis adalah "passion" @ kegemaran @ hobi makteh. Bila makteh stress di dlm persiapan perkahwinan anak makteh, makteh boleh "release" @ kurangkan stress dgn menulis, ianya berada di luar lingkungan stress. Ia amat meredakan...
Pendapat & cara saya jer.... hihihi....