“Apa ceritanya kalau abang berhenti kerja dan kemundian
kerja kata darat abang kata abang tak nak kahwin tu pula. Abang jangan nak ugut
mama macam tu.. mama tak suka”.
“Ma abang tak ugut mama itu kenyataanya. Kalau abang
kerja kat darat berapa ringgit yang abang boleh dapat ma. Sekarang simpanan
abang dah kosong, abang kena bayar pinjaman bank dan kereta. Kalau setakat gaji
tiga ribu sebulan. susah sikit abang nak kahwin. Ma bayaran kereta abang ada lagi lima tahun lagi Kemudian bayaran bank pula kalau nak dikira dengan gaji tiga ribu sebulan hanya habis kesitu sahaja.Kalau dah habis semuanya barulah abang mula kumpul duit untuk buat hantaran pula ma. Mama jangan bimbanglah, hanya dalam
waktu terdekat ni sahaja. Kalau abang dapat langsaikan hutang-hutang bank
abang.. kemudian hutang dengan mama kemudian projek abang sudah mengeluarkan
hasil, masa tu.. In Syaa Allah abang akan cari calon dan kahwin. Bukan abang tak
nak kahwin selamanya. Tapi lama sikit sebab dengan gaji tiga ribu nak langsai
kan hutang bank dan bayar duit kereta, lepas tu baru dapat kumpul duit nak
nikah. Kalau tak macam tu nanti abang lagi susah, lepas
kahwin nak bagi anak orang makan pakai lagi. ...tapi tak apalah kan ma, janji abang kahwin”.
“Berapa banyak KEMUDIAN tu bang. Kalau macam tu abang
kahwin saja guna duit mama”.
“Maa.. mama nak tanggung abang sekeluarga selamanya ke
ma..kalau abang kahwin dengan hutang bank masih bertimbun tak ke abang menambah
bayaran ma. Orang yang hidup ni makan dan pakai ma.. kemudian tiap-tiap tahu
kalau murah rezeki abang, sorang-sorang akan keluar, kurang-kurangnya pun tiga
empat orang yang akan keluar ma. Abang tak nak hanya seorang sahaja anak abang,
sunyi macam abang ni.. itu pun nak makan pakai kemudian sekolah. Bukan setakat
kemudian.. kemudian lagi ma. Berpuluh kemudian akan bertindan kat bahu abang ni
ma, sampai bila mama boleh bantu abang. Jadi abang rancang nak langsaikan
hutang dulu..tak lama rasanya lima enam tahun langsailah hutang abang tu. Haa
lepas tu baru abang fikir nak kumpul duit hantaran pula”. Jauh rupanya fikiran
anaknya.. hidup yang penuh dengan rancangan.
“Tadi abang ada sebut tentang projek..Projek apa yang
abang nak buat bang..cuba cerita sikit dengan mama”.
“Kalau abang duduk kat darat…abang nak ushakan tanah atuk
tu.. tanam pokok durian pun ok kan ma..kalau masa musim buah, abang juallah
buah-buah tu, jadi abang adalah duit tambahan. Dapat untuk bayar duit buku
sekolah anak pun cukuplah ok kan ma”. Bibir Uwais terkoyak dengan sengehan.
Terasa dia sangat bijak memancing simpati mamanya. Dah sampai ke anak dia
berfikir. Biar mamanya membayangkan anak-anaknya nanti tentu mamanya sudah
tidak sabar menanti kehadiran anak-anaknya.
“Susah rupanya anak mama. Tanah atuk tu berapa batang
sangat yang boleh ditanam dengan pokok durian. Yang dah ada tu lima pokok pun
dah padat rasanya bang. Tak kan nak tambah lagi, kat mana pula dahan durian tu
nak mencelah mencari cahaya matahari. Nanti pokok tu tak berbuah..abang jual
daun durian sahajalah nampaknya..ada ke orang nak makan daun durian bang.”
Penat rasa pipi Uwais menahan senyum mendengar suara sedeh mamanya..agaknya
lakonannya menjadi.
“Kalau tak boleh tanam lagi, abang jaga sahajalah pokok-pokok
tu.. bubuh baja banyak-banyak tentu dia berbuahkan ma. Setiap kita ni perlu merancang.
Itulah rancangan abang kalau abang berhenti kerja kat atas kapal ni kemudian cari kerja kat darat. Tapi
kalau abang dapat kerja dua tahun lagi kerja kat atas kapal ni In Syaa Allah abang
boleh langsaikan hutang-hutang bank dan hutang dengan mama tu”.
“Dengan mama jangan dikira hutang bang..itu mama bagi
pada abang. Mama Ikhlas”.
“Tak boleh ma. Bukan sikit duit mama tu, RM 50,000.00 tu.
Lagi pun mama belum pergi Mekkah lagi. Abang rasa bersalah kalau sampai abang
tak terbayar duit mama tu dan mama tak dapat ke Mekkah” Sedang mereka berbual pintu
bilik Emil di buka dari luar. Hajjah NorIza memanggil Emil mungkin perbincangan
mereka sudah selesai..
“Mel!! kita siap makan Mel..mak ngah nak ajak Latif
dengan emaknya makan sekali sebelum mereka pulang”.
“Ialah mak ngah..Bang! mama nak siapkan makan
malam..malam nanti mama call abang”.
“Siapa yang datang ma. Abang dengar nenek ngah sebut nama
papa...papa datang dengan nenek ke ma”.
“Hmm….” Uwais sudah menjangkakan nenek dan papanya datang
menentukan tarikh…
“Ma! setuju ye ma..abang mengharap sangat ni..setuju ye
ma!”.
“Ialah..jangan lupa baca doa dan baca ayat Kursyi dan
ayat seribu dinnar ye bang.Kalau angin kuat sangat azan ye bang.. Assalamulaikum!”.
“Walaikumsalam!”
Entah dimana Emil belajar jika angin kuat atau
hujan terlalu lebat dia melaungkan azan memanggil Pencipta Seluruh Alam seakan
meminta pertolongan.
Emil ke dapur menghidang
makanan yang sudah sedia dimasak oleh Hajjah NorIza. Tidaklah seistimewa mana
masakan Hajjah NorIza petang itu hanya lebih banyak sedikit dari biasa. Masak
lemak nenas bersama ikan kering talang, goreng berlada ikan sembilang dan
kerabu taugeh dan kacang botor. Tetapi bagi perut Emil yang sememangnya sudah
lapar sudah terliur melihat masakkan mak ngahnya. Terlupa lagi marahnya pada mak
ngahnya tadi sambil menyenduk sambil tercubit-cubit masakkan masuk kemulutnya
untuk merasa kononnya. Siap berhidang Emil menjemput tetamu kemeja makan..
Sememangnya dengan masakkan mak ngahnya dia tidak dapat mengawal selera
makannya. Di meja makan Hajjah Rabiah yang teruja mahu melanjutkan lagi
perbincangan mereka.
“Mel bila boleh kita adakan majlisnya Mel”. Tanya Hajjah
Rabiah tidak sabar mahu mendengar jawapan dari bekas menantu. Emil yang mula
menyuap nasi kemulut terhenti suapannya.
“Mak nantilah lah lepas makan kita cakap lagi ye mak.
Kita makan dulu. Saya tak boleh nak tenguk masakkan mak ngah ni..tak boleh nak
fikir lain dah..Makan Mel”. Mereka meneruskan suapan. Nampak sungguh berselera
cikgu Latif makan.
“Tif kamu tak makan ke kat sekolah tadi”. Hajjah Rabih
menegur anaknya bila melihat anaknya makan begitu berselera.
“Makan juga mak..tapi lauk mak ngah ni sedap betul. Masak
lemak nenas dengan ikan masin ni yang membuka selera”.
Selesai makan mereka menetapkan tarikh dihadapan Emil sendiri.
“Mak tunggulah Uwais balik baru bincang tarikh..”
“Mak rasa macam lambat sangat. Itu pasal emak cepat
datang..Uwais balik seminggu lebih lagi,
kita bersiap dari sekaranglah, Latif pun kena pergi pejabat kadi juga nak tempah
khadi... Uwais balik sahaja nanti terus nikah. Lepas tu boleh kita bincang
tentang jodoh Uwais pula. setuju ye Mel. Mak bimbangkan Uwais, dah masuk 27
tahun umurnya tak pernah dengar dia sebuat pasal perempuan, itu yang emak
risaukan.” Melihat emaknya begitu mengesa Emil dan melihat Emil tunduk membisul
cikgu Latif mula bersuara. Tapi baru diseru nama bekas isterinya dia kelihatan
sedikit terperanjat, tapi keluar juga jawaannya yang diluar jangkaan...
“Emil…”
“Ye..ye.. ye Emil setuju tapi lepas Uwis balik”. Spontan
terpacul jawapan setuju. Tadi dikepalanya sedang menimbang kira bahagia si
anaknya nan seorang. Yang kedua sebenarnya
dia tersentak mendengar panggilan dari bekas suaminya lalu terlatah itu pula
yang keluar dari bibirnya. Kerana malu dia masuk kedapur membasuh pinggan dan
berkemas.
Diruang tamu hanya Hajjah NorIza dan Hajjah
Rabiah anak beranak yang berbincang itu dan ini untuk menjayakan majlis itu
nanti. Setelah kata persetujuan dia perolehi, Puan Rabiah dan Abdul Latif
beransur pulang. Tidak sabar Abdul Latif menunggggu seminggu lebih untuk dia
mengikat kembali ikatan halal bersama Emil Atilia.
Hajjah NorIza memasuki ruang
dapur ketika Emil sedang mengelap meja makan.
“Mel! Latif kata tadi dia nak bagi hantaran 5 ribu cukup
ke?”.
“Ada hantaran juga ke mak ngah..Emil ni dah janda dua
kali, umur pun dah simanis 50 tahun mak ngah.”.
“Dah dia nak bagi ambil saja lah”.
“Tak menyusahkan dia ke. Dia kerja sorang anak semuanya
masih belajar lagi, tulah dah tua-tua pun masih nak nikah lagi kan susah.” Mengekek
Hajjah NorIza mendengar penyataan Emil.
“Kenapa mak ngah ketawa..tak betul ke?”.
“Dah Emil tak makan tua, umur 50 puluh pun masih manis menawan
lagi, mana cikgu Latif tak terindu bayangan”.Mengek-ngekek dua wanita diruang
dapur dengan lawak mereka. Melihat tawa mak ngah yang ikhlas selepas
ditinggalkan pergi oleh ayahnya, Emil tahu makngahnya benar-benar gembira
diatas penerimaan dirinya kepada bekas suami. Emil makin redha dengan ketentuan
Allah. Reda tawa mereka…
“Entahlah mak ngah”.
Tetapi malam itu sebelum Emil melelapkan mata, dia cuba mengubungi bekas
suiaminya bertanyakan tentang duit hantaran.
“Asalamualaikum”.
“Walaukumsalam..Emil ada apa Mel”. Hati Latif jadi
berdebar dengan panggilan dari bekas isteri. Dihatinya melintas kata-kata
mungkin bekas isteri mahu membatalkan persetujuanya tadi.Doa dibaca memohon
kasha dari yang Maha Mengasihai agak GEMBIRA berpihak kepadanya.
“Saya nak tanya kenapa nak bagi hantaran bagai..abang
peril saya ke”.
“Apa pula peril Mel..abang ikhlas nak bagi sebab abang
berterima kasih sangat Emil sudi terima abang. Lagi pun abang hanya bagi Emil
duit sahaja, barangan hantaran lain abang tak bagi ok ke”.
“Kalau sampai abang bagi saya hantaran berdulang-dulang
lagilah macam abang peril saya. Saya sedar saya dah tua..dah dua kali..sekali
janda dan sekali lagi balu.”
“Mel janganlah buruk sangka pada abang, abang ikhls nak
bagi, tak terlintas abang nak peril Emil..Abang bagi sebab abang tak mahu
membebankan Emil. Nanti lepas kita nikah hendak juga buat jamuan sekurang-kurangnya
kenduri kesyukuran, abang tak mahu Emil guna duit Emil. Sebab abang yang beria
kita nikah. Lagi pun Uwais bagi tahu abang, dia pinjam duit Emil masa beli
rumah arwah ayah. Betul ke?..”
“Betul.. diakan anak saya dia perlukan bantuan saya
bantulah, tapi saya masih ada sedikit lagi duit simpanan.. yang sebenarnya saya
tak nak menyusahkan abang, abang kerja sorang, anak-anak abang belum ada yang
kerja lagi, semua masih ditanggung makan pakai dan persekolahan mereka.” Oh Emil
sungguh bertimbang rasa, usia menjadikan dia lebih bertimbang rasa dan usia
mematangkan dirinya detik hati cikgu Latif.
“Tak ada bebanya Mel. Abang bersyukur Emil bagi peluang
abang menebus salah abang. Terima kasih ye”.
“Terlanjur kita dah bercakap ni Emil minta..Walau apa pun
nikah masa Uwais ada dirumah, jangan tiba-tiba datang nak nikah. Nikah di
pejabat Ugama dan tak ada jamuan sampai mendirikan khemah, tak kiralah kat
rumah mak ngah atau kat rumah abang”.
“Ok abang ikut apa yang Emil mahukan”. Janji Abdul Latif.
Bila mendengar janji bekas suami terus Emil memberi salam menutup kata.
“Asalamualaikum”. Belum sempat Cikgu Latif menjawab salam
talian sudah diputuskan. Namun sudah cukup untuk membuat Cikgu Latif menloncat
gembira, sah Emil memang sudah bersetuju menerimanya. Terbayang wajah manis
masam bekas isterinya tadi.
Harinya sampai juga Uwais
pulang dari bertugas dengan menaiki taksi dari lapangan terbang Alor Star. Bermula
cuti kerjanya selama sebulan. Sehari dia duduk dirumah nya kemudian dia meminta
izin mamanya untuk kerumah papanya pula. Kepulanganya disambut ceria oleh papa
dan neneknya yang sememang menunggu kepulanganya. Mereka mula berbincang tarikh
untuk papa dan mamanya bernikah semula. Rupanya cikgu Latif sudah bersiap
menghantar borang dan syrat-syarat lain untuk dia bernikah untuk kali ketiga.
Sudah ditetapkan hari Jumaat itu mereka
akan bernikah. Uwais menghubungi semua saudara tirinya untuk memberitahu hari
pernikahan mama mereka. Dihari pernikahan.. pukul 8.15 pagi lagi dua orang anak
tiri perempuan Emil sampai dihadapan pintu rumahnya.
“Asalamulaikum..mama kami dah sampai” jerit along diluar
rumah. Sekali lagi Emil terkejut dengan kedatangn mereka. Siapa agaknya yang
memberitahu mereka tertanya dihatinya. Kelihatan rumah nenek ngah sunyi sahaja
seperti tiada apa-apa keramaian yang mahu diadakan.
“Ma apa kami nak buat ni, cakaplah boleh along tolong. Mama
nak berinai ke, meh alaong tolong inaikan. Masih sempat lagi ni inai Mekkah ni
cepat merahnya, along ada bawa inai Mekkah ni”. Riuh suara along bertanya itu
dan ini tak padan dengan mengelek anak kecil, alang pula memimpin anak sulong kakaknya.
Tetapi semuanya Emil tidak
mahu. Malah biar pun hari sudah menunjukkan hamper pukul 8.30 pagi, Emil masih belum
bersiap lagi, sibuk dia menyediakan sarapan pagi untuk anak-anak dan cucu arwah
suaminya pula. Sedangkan dari perancangan yang diberi tahu oleh Uwais mamanya
akan bernikah pada pukul sembilan setengah pagi di pejabat ugama.
“Mak tak payahlah sibuk kan
kami ma..kami ni boleh sahaja ambil sendiri..ni kan rumah kami juga”.
“Tak..ni mama nak kasi rasa
nenek ngah cuba resepi baru…PAU GORENG. Dia belajar dengan menantunya yang
duduk KL tu buat..ni resepi jarak jauh ni…rasa ni.. tengah panas lagi sedap
along alang kulitnya rasa rangup.. Arif punya inti kacang hitam, kata nenek
ngah cucu-cucunya yang kat sana namakan kueh ni kueh DORAYAKI..kueh Jepun
tu..rasa-rasa”. Yang sebenarnya Emil sedang mengoreng pau goring untuk minum
pagi mereka sebelum bertolak kepejabat ugama.
Mendengar riuh didapur
Hajjah NorIza menjenguk kedapur dia juga terjerit.
“Ya Allah Mel dah pukul
berapa ni Mel kenapa tak siap lagi. Kan kata nak pergi pejabat Ugama sekejap
lagi. Pau tu biar mak ngah yang goring Mel kamu oergi mandi”.
“Emil dah mandi sebelum
subuih tadi mak ngah”.
“Kalau pun dah mandi..siap-siaplah..dah..dah
biar mak ngah sambung”.
“Alang pun boleh sambung
mama..mama pergilah siap..Uweek”. Alang sedang mabuk mengadung tidak boleh
bercakap banyak sedikit dia menjadi loya.
Pada pandangan mata along mama
tirinya seperti tidak teruja untuk menamatkan zaman balunya. Terdetik juga rasa
kasihan bila pernikahannya seperti dipaksa oleh orang disekelilingnya. Bagi
mereka pernikhan semula mamanya untuk kebahagian dia juga…supaya ada yang
menjaga setelah ayah mereka pergi. Dia berdoa didalam hati agar mama tirinya
dapat menerima apa yang mereka semua rancangkan. Dan akhirnya dia akan merasa
bahagia.
Bila waktu sudah melebihi
pukul 830 pagi along memaksa Emil menukar pakaian. Dia ditolak masuk kedalam
biliknya.
“Ma!! Baju mana mama nak
pakai..cepat!! kalau tak along yang bukakan baju mama”. Melihat mama tirinya
terkebil-kebil, tampa segan silu along membuka pintu almari mama tirinya, dia
yang memilih baju untuk Emil. Sepasang baju kurung bercorak seakan songket
berwarna biru cair dan sehelai tudung berwarna krim.
“Nah pakai ni..along bagi
masa lima minit sahaja..lepas tu along nak solekkan mama pula”.
“Iala-ialah..” Along keluar
bilik untuk memberi peluang Emil menukar bajunya.
Tepat pukul 9 pagi Uwais
tiba bersama papa, nenek dan tiga orang adiknya. Kerana kesuntukkan masa Uwais
hanya menurunkan dua orang adik perempuanya dirumah nenek ngahnya. Dia, papa, adik lelaki dan neneknya terus sahaja
kepejabat khadi. Manakala Emil sudah menaiki kereta Muaz telah pergi berdahuluan,
itu pun atas gesaan Muaz tadi. Emil ditemani oleh Muaz dan tiga orang anak
tirinya dan seorang menantu perempuannya, Asma Hadija, Aisyah Humaira dan Ahmad
Sofian bersama isterinya Nurul Huda.
Hanya dengan sekali lafaz
Emil sah menjadi isteri kepada Abdul Latif sekali lagi. Selesai dipejabat khadi
mereka semuanya kerumah Hajjah NorIza merangkap rumah Muaz untuk khenduri doa
selamat dan meraikan pasangan yang baru sah menjadi suami isteri. Mereka
diraikan oleh jiran tetangga yang berhampiran. Tiada terdiri walau sebuah
khemah pun untuk memeriahkan sambutan pasangan pengantin, sekadar jiran taulan
yang berhampiran makan berhidang didalam rumah sahaja. Muaz yang memimpinnya bacaan
doa selamat. Ini semua diatas permintaan Emil atas alasan dia baru sahaja
kehilangan ayah tersayang dan dia tidak tergamak untuk bergembira
berlebih-lebihan.
Alhamdulillah,selamat bernikah Emil dn cikgu Latif. Pandai pandaile cikgu Latif mengambil hari Emil semula.
ReplyDeleteBgmana pula penerimaan anak cikgu Latif
-dibah-
Termakbul impian uwais ingin melihat ibu bapanya bersatu semula. Betul kata dibah macamana ya penerimaan anak2 cg latif? Emil sekarang bukan emil yang dulu. Emil sekarang penuh kelembutan dan bertimbang rasa. Bolehlah Uwais pikir pasal diri sendiri pula ya. Tak sabar nak baca sambungan.
ReplyDeletek.mid