Dua
bulan setelah pemergian Haji Mohd Noh, Emil dikunjungi oleh bekas emak
mertuanya Hajah Rabiah sekali lagi, tetapi yang membawanya datang adalah Uwais.
Bila mendengar suara wanita memberi salam Hajjah NorIza menjenguk luar.
“Walaikumsalam..ehh
kak hajjah masuklah”.
“Akak
datang ni nak jumpa Emil..Emil ada”.
“Ada
kat dalam entah apa dibutnya kat dapur
tu”.Kemudian Hajjah NorIza mengadapkan wajahnya kearah dapur dan mmemanggil
anak tirinya.
“Mel
emak Latif datang ni”. Bila nama nya diseru Emil menjengukkan wajah keruang
tamu.
“Ehh
emak..dengan siapa mak datang”.
“Dengan
Uwais Mel”.
“Ehh
abang katanya dia nak diduduk kat rumah emak dua tiga
hari sebelum naik kapal”. Ketika itu Uwais masih diluar rumah membelek
keretanya.
“Emak
yang minta tolong dengan Uwais ni..memang dah lama mak berhajat nak datang sini,
tapi tak ada siapa nak bawa, sampai arwahnya pergi. Kebetulan Uwais ada ni mak
minta tolong bawakan emak nak jumpa kamu Mel.”.
“Ehh
kenapa emak nak jumpa Emil mak?”. Mendengar perkataan bekas emak mertua Emil
Hajjah NorIza meminta diri untuk memberi ruang Hajjah Rabiah memperkatakan apa
yang terkandung didalam hatinya. Mungkin juga Hajjah Rabiah mahu meminta maaf
diatas perkara yang dulu.
“Duduk
dululah kak Yah saya kedapur dulu”.
“Tak
payah susah-susah Iza..duduklah sini teman kan Emil ni”.
“Tak
apa nenek ngah..nenek ngah duduklah biar abang yang buat air”.Ketika itu Uwais
muncul diambang pintu masuk dia menawarkan diri untuk menyediakan minuman untuk
mereka minum bersama. Uwis menuju kedapur menyiapkan hidangan.
“Abang
tengukkan sekali cucur bawang mama tu dalam kuali ye..mama tengah buat cucur bawang
tu bang. ” Kemudian Emil mengadapkan mukanya memandang makngahnya
“Emil
tenguk ada baki sos mak ngah lebih tahlil hari tu, teringin pula nak makan
cucur bawang mak ngah”.
“Elok
lah tu, sos tu pun dah lama terletak sahaja atas meja. Kalau tak dicicah dengan
apa-apa nanti membazir sahaja. Biasanya Uwais yang suka sos tu.”.
“Iza
akak datang ni memang ada hajat, akak nak minta Emil untuk Latif. Harapnya Iza
tak keberatan melepaskan Emil ye”. Tampa membuang masa terus sahaja disampai
hajat hati Hajjah Rabiah. Tercengang-cengang Emil dan Hajjah NorIza mendengar
permintaan Hajjah Rabiah emak siLatif. Tampa basa basi terus sahaja keperkara yang bersarang dikepalanya, seperti tidak sabar-sabar ingin diluahkan. Bila melihat dua wanita dihadapanya terpinga-pinga mendengar apa yang diluahkan Hajjah Rabiah meneruskan lagi misinya.
“Mak
minta sungguh-sungguh dengan kamu Mel.. balik lah pada Latif. Mel emak ni dah
tua Mel..emak dengan arwah ayah kamu emak lagi tua dua tahun..dia dah pergi. Tak mustahil
tak lama lagi giliran emak pula. Jadi sebelum emak mati mak minta tolong sangat
pada kamu..kamu duduklah dengan Latif semula.. nikah dengan dia ye”. Dengan
wajah yang sedeh dan suara yang sayu Hajjah Rabiah meminta bekas menantunya bernikah
semula dengan anaknya.
“Tak
apa lah mak biar dia cari jodohnya yang lain mak. Kami memang dah tak ada jodoh..Emil
redha macam ni mak.”. Bila Emil sudah memahami apa yang mahu disampaikan oleh bekas emak mertuanya barulah Emil dapat menbjawab.
“Dia
memang tak nak dengan orang lain Mel..dia masih sayang kan kamu. Sebab yang
dulu tu emak yang salah..emak yang paksa dia, emak ugut dia jadi anak derhaka
kalau tak ikut suruhan emak. Emak ambil kesempatan diatas taatnya dia pada emak
Mel. Emak minta maaf kerana emak pentingkan diri sendiri pentingkan kebahagiaan
emak sendiri. Emak tak terfikir deritanya anak menantu, emak betul-betul minta
maaf Mel. Emak merayu pada Emil sebelum emak menutup mata terimalah Latif
semula..tolong ye Mel”. Merayu-rayu Hajjah Rabiah menagih kasih dari bekas
menantu untuk anak lelaki tunggalnya. Tetapi itulah hati seorang ibu yang samggup
merendahkan egonya demi untuk kebahagian anaknya.
(Tak
masuk dalam cerita, ada tak emak yang macam
Hajjah Rabiah ni, bila rasa dia yang bersalah)
“Mak Emil
tak boleh nak tunaikan permintaan emak. Arwah suami Emil pergi belum pun
setahun”.
“Tapi
kamu dah lepas masa Iddah kamu Mel rasanya tak salah kalau kamu nikah lagi. Kalau
sebab anak-anak Latif, kamu jadi berat nak terima Latif semula, emak rela jaga
anak-anak Latif yang tiga orang tu. Kamu ajaklah Latif duduk sini”. Ketiga-tiga
orang anak cikgu Latif masih lagi belajar yang tua
baru sahaja menghabiskan kursus nya di Universiti Kebangsaan Bagi Selangor
dalam bidang Akautan. Yang nombor dua sedang mengikuti latihan kejururawatan di
Alor Star Kedah manakala yang kecil sudah di tingkatan empat tetapi dia duduk
di asrama.
“Entah
lah mak..Emil berat hati bukan sebab anak-anak..tapi sebab hati mak. Biarlah kami macam ni.”
“Mel!
tolonglah emak Mel sekali ini sahaja emak minta tolong dengan kamu Mel. Mak
rasa berdosa dengan kamu dan Latif..mak minta maaf Mel”. Hajjah NorIza hanya
menjadi pemerhati dan pendengar perbinbcagan dua wanita yang pernah mempunyai
hubungan menantu dan mentua.
“Mak! Emil
tak pernah dendam dengan mak. Kalau mak nak minta maaf.. Emil maafkan, tapi rasanya emak tak pernah ada salah dengan Emil. Yang
sebetulnya Emil lah yang banyak bersalah dengan emak sebab sepanjang Emil
menjadi menantu emak dulu, Emil yang tak menjadi menantu yang baik, itu sebabnya
emak buat macam tu..maafkan Emil mak:”
Keadaan jadi sunyi mendengar jawapan dari Emil...boleh dia mengaku kesalahanya dihadapan bekas emak meruanya. Muncul pula Uwais
menatang dulang dengan seteko air teh o dan sepinggan cucur bawang dan tiga
biji cawan.
“Jemput
minum kak Hajjah. Ni tentu sedap anak bujang yang buat”. Basa basi Hajjah
NorIza yang mahu menceriakan hati tetamu dihadapannya, bila melihat wajah itu
keruh dengan jawapan tidak pasti bekas menantu, hanya sedikit sahaja Hajjah Rabiah menjamah hidangan
yang disediakan oleh cucu bujangnya. Lepas itu dia
meminta diri. Bila mendengar neneknya meminta diri Uwais mengamit mamanya masuk kedapur.
“Ma! abang
baru makan seketul ma..”.
“Ni kan
bayank ni, bawalah balik rumah nenek ..kalau abang tak bawa mama yang makan sorang, mahu
jadi buntal mama ni. Nenek ngah tu bukanya makan banyak.”
“Ialah
memang abang minta mama bungkuskan..abang tak puas makan lagi nenek dah ajak
balik..Ma! dengan sos nya sekali ye ma..”.
“Ialah..ialah”.
Emil menuruti kehendak anak bunjangnya.
Siap berbungkus Uwais keruang tamu, rupanya
neneknya sudah menunggunya diluar rumah ditemani oleh nenek ngahnya. Nampaknya
mereka masih berbual. Bila melihat
Uwais muncul diambang pintu cepat sahaja dia menyalami Hajjah NorIza dan minta
diri untuk pulang. Didalam kereta Hajjah Rabiah meluahkan apa yang terkandung
didalam hatinya.
“Bang,
abang boleh tolong nenek tak”.
“Nak
tolong apa nek, kalau abang boleh tolong abang akan cuba tolong”.
“Nenek
minta tolong abang pujukkan mama abang nikah balik dengan papa abang”.
“Kenapa
nek, mama tak nak rujuk balik dengan papa ke?” Tadi Uwais sibuk didapur
menyudahkan cucur bawang yang dimasak oleh mamanya. Dia tidak mendengar apa
yang dibincangkan diruang tamu.
“Entahlah
tapi nampak tadi macam mama berat nak terima permintaan nenek.”
“Dah
mama berat hati nak buat macam mana nek..kalau dipaksa juga susah juga nanti”.
“Tapi
nenek berharap sangat mama abang balik pada papa abang. Abang bukan tak tahu
papa masih sayangkan mama abang tu. Abang nak tahu sebab papa bercerai dengan
makcik Zila..sebab papa tak boleh nak lupakan mama abang. Ini satu pengajaran
pada nenek bang, jodoh yang nenek paksa tak menjadi bila dalam hati papa memang
sayangkan pilihan hatinya.”
“Dulu
kenapa papa nikah dengan makcik Zila”.
“Itu
semua nenek yang salah bang. Nenek yang paksa papa..nenek cakap kalau papa tak
ikut cakap nenek dia akan jadi anak derhaka..itu yang dia ikut cakap nenek
nikah dengan makcik Zila. Masa tu nenek marah sangat kat mama abang.. Lama
nenek pendam rasa marah nenek pada mama abang sejak mereka baru nikah lagi
nenek dah marah. Ilah dulu mama abang tak suka balik jenguk nenek. Nenek rindu
suara riuh anak cucu tapi mama abang walaupun dekat nak datang jenguk nenek
seminggu sekali pun susah. Tapi sekarang nenek sedar seorang isteri untuk suami
bukan untuk emak mertua. Tetapi jika seorang
isteri itu boleh menerima emak mertua itu adalah bonos yang diberi oleh Allah
kepada keluarga mertua. Tetapi semuanya bonos yang Allah beri diatas perbuatan
kita sendiri..abang kena ingat tu”. Bagi Uwais tidak berapa memahami apa yang
disampaikan oleh neneknya mungkin ada cerita lain disebalik kata-kata ‘semuanya
bonos yang Allah beri diatas perbuatan kita sendiri’..
“Abang
tak faham maksud ‘semuanya bonos yang Allah beri diatas perbuatan kita
sendiri’”.
“Bang
semua yang Allah beri pada kita adalah ganjaran ..kadang-kadang didunia lagi Allah
dah bagi kita ganjaran tak kiralah ganjaran baik atau ganjaran buruk. Setelah
lama nenek berfikir tentang diri nenek ni, nenek baru tersedar. Sebab apa mama
tak nak balik kampong duduk kampong sama nenek dalam erti kata lain tak mahu
jaga nenek..sebab nenek pun macam tu juga dulu. Dulu nenek tak mahu jaga emak
mertua nenek yang sakit nyanyuk. Puas juga atuk abang merayu minta jagakan emak
dia yang dah uszur. Bukan susah pun bang, atuk sanggup sediakan orang gaji untuk jaga moyang abang. Yang diperlukan
hanya dia duduk serumah dengan nenek sahaja, tapi masa tu nenek berkeras tak
mahu. Akhir nya moyang abang duduk dengan sepupu arwah atuk abang dikampungnya,
sehingga dia meninggal. Sekarang nenek insaf sangat perbuatan nenek Allah balas
didunia lagi. Nenek menyesal kerana mensia-siakan emak mertua nenek.. sedang
emak mertua sama tarafnya macam emak
sendiri. Bukan mama sahaja yang tak nak jaga nenek..mak cik Zila sebelum dia
bercerai dengan papa abang pun dah ada bunga-bunga tak menghormati nenek dan
melawan cakap nenek”.
“Terima
kasih nek kerana cerita dengan abang perkara macam ni. Ini pengalaman nenek
menjadi pengajaran pada abang”.
“Tapi
sekarang dengan dosa nenek ni melibatkan papa abang pula. Nenek kesian dengan
papa abang.. dia masih muda, kalau nenek meninggal nanti dia tak ada siapa yang
nak jaga makan minum dia, tak ada teman kat rumah. Tak sepatutnya dia terima balasan macam tu
kerana kesalahan nenek. Yang sebetulnya papa abang anak yang baik, anak yang
mendengar kata, anak yang patuh pada suruhan emaknya, tapi nenek dah ambil
kesempatan diatas kebaikan dan kepatuhanya pada nenek. Kalau boleh sebelum
nenek menutup mata, nenek nak pulangkan orang yang papa sayang kepangkuanya semula..Nenek
minta tolong abang pujukkan mama abang..tolong ye bang.”
Setelah mendengar cerita neneknya siang tadi kepala
Uwais mula bekerja keras mencari jalan
untuk memujuk mamanya pulang kepangkuan papanya. Sudah sering kali dia
mendengar pengakuan papanya yang masih sayangkan mamanya. Tapi apa yang boleh
dia buat kalau mama sendiri susah melupakan apa yang telah dilakukan oleh
papanya pada dirinya dulu. Hatinya sungguh tercalar dengan tidakkan papanya
yang bernikah senyap-senyap seakan dirinya ditipu. Sesungguh memang sangat
sakit bila suami mencuri kerelaan dalam bermadu. Uwais mengharapkan sebelum dia
naik kekapal semula, dia boleh menyelesaikan masaalahnya namun dia buntu.
Tiba-tiba dia teringatkan sahabatnya merangkap saudara tirinya Sofian.
“Hallooo
Asalamualaikum bro..apa khabar dah nak bertambah ahli keluarga ke?”.
“Waalaikumsalam..belum
ada rezeki lagi lah bro..kau apa khabar, cuti kau sampai bila ni”.
“Lusa
aku dah nak naik kapal Pian.”
“Kau
kat mana ni kat rumah mama ke kat rumah papa kau”.
“Kat
rumah akulah”.
“Oh
terlupa aku kau dah ada rumah”.
Tiga hari selepas pengkebumian Cikgu Nassir,
Hajji Mohd Noh mengambil keputusan untuk menjual rumah pusaka yang diduduki
kepada semua anak-anaknya.
“Anak-anak
ayah, sementara kamu semua ni berkumpul ayah rasa, ayah nak buat satu
pengumuman. Bagi pihak Emil ayah dah Tanya dia kata dia wakilkan Uwais bagi
pehak dia. Lagi pun dia siang-siang hari kata dia tak mampu.”.
“Pengumuman
apa yah”.
Maaf ye
malam ni hanya sampai disini sahaja. Siang tadi kehulu kehilir dengan anak
perempuan mak teh nan seorang tu. Dia nak beli barang ayahnya tak kasi pergi
sorang..jadi mak teh lah jadi bodyguard dia.
Tak sabar nak tau mcm mana agaknya uwais memujuk mamanya. Makteh teruskanlah lagi penceritaan ni.... best....
ReplyDeleteBaru pn Rabiah menyesal. Perbuatan dia Keats's IBU mertuanya dibalas tunai tp alhamdulillah dia sihat x nyanyuk mcm mertuanya.
ReplyDeleteAPA pula rancangan uwais dn sofian nanti.
-dibah-
Kesian plk kat Pn Rabiah, dtg merayu pd Emil.
ReplyDeleteIdea apa yang pakar rujuk Uwais nak bagi kali ni.:)
Nasib baik Pn Robiah tersedar akan kesilapannya selama ini dan sempat mohon maaf pada Emil sebelum beliau terlambat. Bertuah mereka ada Uwais yangmemahami keadaan. Ya lah. sayapun tak sabar nak tahu cara Uwais pujuk Mamanya untuk menerima Papanya kembali.
ReplyDeleteK.Mid