“Macam
ni, ayah ambil iktibar pemergian abang ipar kamu cik gu Nassir. Tak sangka
ajalnya sampai dulu dari ayah yang dah nak mencapai umur 80 tahun. Jadi sebelum ayah menutup mata ayah
nak bersedia apa-apa yang ayah akantinggalkan. Tak banyak mana pun tapi,
biasanya apa-apa tinggalan orang tua kadang- kadang akan mejadi rebutan. Ayah
tak mahu kerana sedikit harta, anak-anak ayah bergaduh sesama sendiri, bermasam
muka dan tak betegur sapa.Ayah nak kamu adik beradik dan sepupu-sepupu
berganding bahu dan selalu bermusyuwarah untuk keluarga kita. Sebab apa yang
ayah akan tinggalkan, arwah pak ngah pun ada haknya, tak secara lansung
anak-anak dia pun ada hak juga..mungkin kurang sediki dari kamu anak-anak ayah.
Ayah cakap ni bukan kerana mak ngah kamu sudah jadi isteri ayah tidak..ayah
cakap ni sebab hak arwah pak nagah dan hak anak-anak dia. Ayah tak mahu sebab
tamak kita, akan membawah susahnya kita kat akhirat kelak. Ingat ye ayah tak
mahu seplepas ayah tak ada kamu bergaduh sesame sendiri kerana tak puas
hati.”Apa yang diperkatakan oleh Haji Mohd Noh ada benarnya. Yang sebetulnya
rumah pusaka Imam Hassan diwaris kan kepada dua orang anak lelaki beliau. Mana
kala adik-beradik perempuan nya sudah diberi bahagianyang lain.
“Kenapa
ayah tak bahagi-bahagikan sorang sikit tanah tu, ikut faraid kan senang”
“Untuk
dibahagi-bahagi tanah yang tak seberapa rasanya tak berbaloi..sedikit sangat seorang dapat..nanti
tanah tu akan terbiar. Ayah rasa lebih
baik dijual pada yang berkehendak, biar diushakan tanah sekangkang kera tu..kalau
dah jadi hak dia tentu dia sayang kalau tanah tu terbiar sahaja. Jadi sementara ayah
masih ada ni ayah nak jual pada sesiapa yang nak. Ayah dah tetapkan harganya.
Sesiapa yang nak nanti ayah terus tukar nama keatas namanya. Hak itu tak boleh
lagi dipertikaikan dikemuadan hari.”.
Melihat
anak-anak dan menantunya tidak berbunyi Haji Mohd Noh menyambung kata-katanya.
“Kamu
semua setuju tak kalau rumah dan tanah ni ayah jual”.
“Kalau
rumah ni ayah jual… ayah dan mak ngah nanti nak duduk mana?”
“Ayah
minta ihsan siapa yang beli rumah ni benarkan kami duduk sini sampai akhir
hayat kami”.
“Kalau
yang beli kami adik beradik boleh lah yah, tapi kalau yang beli orang
luar..macam mana? Mereka beli tentunak duduk..kalau ayah bayar sewa mungkin
boleh..tapi ada ke pembeli yang sanggup buat macam tu..beli rumah kemudian disewakan,
dia sendiri duduk juga rumah sewa..”.
“Ayah
tak akan jual pada orang luar..ayah memang nak kamu adik beradik yang beli..dan
sampai bila-bila pun ayah harap tanah dan tapak rumah ni jangan dijual pada
orang luar.Ini sahaja lah tanah warisan Imam Hassah datuk kamu semua jadi
biarlah kita warisi sampai bila-bila.”
“Ohh
jadi kamilah yang akan membelinya”.
“Ya..kamu
anak-anak ayah dan anak-anak arwah pak ngah sahaja..tapi ayah tanyakan dulu
pada anak ayah..anak-anak mak ngah biar Muaz
yang tanyakan guna telefon boleh Muaz. Tapi kalau boleh cepat sikit sebab
ayah nak cepat selesai dan nak cepat dapat duitnya”.
““In
Syaa Allah boleh tapi kenapa ayah nak cepat, ayah nak pergi mana-mana ke? Nak
pergi Umrah ke dengan duit tu.”.
“Tidak
juga tapi bila tenguk arwah Nassir..ayah
rasa ayah perlu bersiap sedia juga. Dia yang berpuluh tahu lebih muda dari ayah
boleh pergi dulu apatah ayah yang dah melebihi umur Rasullalh.Tapi ayah redha
kalau ayah pun Allah nak cukupkan umur ayah. Sebelum ayah sakit dan meyusahkan
orang nak menjaga ayah, lebih baik ayah sihat-sihat ni Allah ambil. Ayah tak
mahu menyusahkan anak-anak dan isteri ayah.”
“Kenapa
ayah cakap macam tu yah.Walaupun kami dah ada keluarga sendiri tapi kami masih
perlukan ayah membimbing kami yah”.
“Ayah
dah tua sangat..umur Rasullah pun hanya sampai 63tahu sahaja, ni ayah dah 77
tahun berapa tahun dah Allah bagi bonus kata ayah..Ok pasal rumah ni agaknya
siapa yang nak beli. Sofia ke Fadzil ke”.
“Gary
rasa Gary tak nak, sebab Gary dah ada rumah kat Penang, tak kan nak bayar sampai dua rumah, kereta
lagi nak makan apa kami nanti”.
“Sofea?”.
“Bang!Abang
nak ke” Sofea bertanya kepada suaminya disebelahnya.
“Yah
kami rasa pun tak nak, susah nak uruskan bisnes kami kalau kami duduk sini.
Lagi pun tentu Umi dan Abi tak kasi..saya ni anak yang tua kena tenguk hal Umi dan
Abi.”.
“Berapa
ribu ayah nak jual rumah dan tanah pusaka tu”.
“Ayah
dah Tanya harga pasaran…RM 200.00 ribu.”.
“Nak
bayar terus ke yah”.
“Kalau
boleh macam tulah..senang ayah nak bahagi-bahagikan duit tu, tapi kalau tak
boleh tiga kali bayar pun boleh, tapi ayah akan dulukan pada sesiapa yang boleh
bayar penuh”.
Dalam mesyuarat itu semua anak-anak Haji Mohd
Noh tidak mahu kerana sudah mempunyai rumah sendiri termasuklah adik beradik
Muaz.Untuk memudahkan datuknya Uwais menyanggupi untuk membeli rumah berserta
tanah pusaka datuknya.Lima bulan selepas itu selesai urusan jual belinya biar
pun dia terpaksa membuat pinjaman peribadi dari bank dan juga meminjam sedikit
wang simpanan mamanya Emil.
“Uwais
walaupun Uwais dah beli rumah dan tanah ni akut harap benarkanlah kami duduk
sampai Allah mengambil nyawa kami”.
“Tuk
jangan cakap macam tu tuk..sampai bila-bila pun abang benarkan atuk dengan
nenek duduk rumah ni. Abang pun bukan selalu ada kat sini.Abang hanya nak
senangkan atuk sahaja”.
“Terima
kasih bang..” mendengar ucapan terima kasih datuknya Uwais bangun dam memeluk
datuknya dia sedeh dengan ucapan yang tidak sepatutnya diucapkan oleh datuk.
“Tuk
jangan cakap terima kasih pada abang tuk..abang yang patut ucapkan terima kasih
pada atuk”.Itulah cara Haji Mohd Noh mengelakkan perebutan harta pusaka di
kemudian hari. Bila mana dia sudah tidak ada didunia lagi.
Duit jualan rumah dan tanah pusaka itu
dibahagi mengikut Faraid oleh Haji Mohd Noh kepada semua anak-anaknya dan anak
tirinya merangkap anak abangnya juga. Namun
untuk bahagian abangnya Haji mohd Noh memberi satu pertiga bahagian sahaja
kerana dikira dari kos pembaikkanrumah yang ditanggung olehnya seratus peratus. Kini setelah
diberi penama sahlah rumah dan tanah pusaka itu adalah hak mutlak Uwais.
Panggilan Uwais kali ini terasa sangat serius
suaranya pada pendengaran Sofiah dihujung talian.
“Is kau ok ke Is..”
“Pian
aku tengah serabutlah Pian kalau aku cerita dengan kau boleh tak Pian”.
“Ehh
kau ni Is sejak bila pulak kau tak boleh nak cerita dengan aku. Kau jangan
anggap aku lain. Aku tetap aku walau pun aku dah kahwin, walau apa keadaan aku
dankau kita tetap sahabat dan adik beradik dari didunia sampai akhirt. Kalau
kau ada masaalah cakap sahaja dengan aku, kalau boleh aku tolong In Syaa Allah
aku tolong. Aku pun macam tu juga, kalau aku ada masaalah jangan kau tak nak
tolong pula sekurang-kurang kau tolong
dengar masaalah aku pun jadilah.. janji tau Is.”.
“Ialah
aku cerita lah ni..Ok macam ni. Aku nak cerita pasal mama”.
“Kenapa
dengan mama kita, dia ada masaalah ke”.
“Entahlah
masaalah pada dia kut..Macam ni…Tiga hari lepas nenek aku datang tanyakan mama, dia
nak mama nikah balik dengan papa aku..kau rasa macam mana Pian”.
“Kalau
mama setuju apa salahnya”.
“Tapi
ayah meninggal tak sampai pun setahun..kau tak rasa mama keji ke kalau dia
nikah balik”.
“Apa
pula nak fikir macam tu. Kan mama dah lepas waktu Iddah dia dah hamper 8 bulan
ayah pergi..pada aku tak salah”.
“Memang
waktu Iddah dia dah habis tapi orang tak mengata ke mama cepat sangat nikah
lepas kematian arwah ayah.”.
“Nafsu
manusia ni tak kira tua kemuda dan tak kira lelaki atau pun perempuan. Pada aku
yang dah pergi biarkan dia pergi, kita yang hidup ni teruskalah kehidupan kita.
Setiap yang hidup ni ada fitrahnya. Fitrah nak hidup berpasangan makan dan
minum, jadi kita teruskalah fitrah tu.
Kalau mama kata nak nikah tak ada salahnyakan”.
“Aku
rasa kalau pasal nafsu..orang perempuan ni akan boleh menahan nafsunya, dan
mama aku rasa dia boleh menahan nafsunya. Tapi yang aku kesiankan nenek aku. Dia
kata dia rasa bersalah sangat pada papa aku kerana pisahkan papa dan mama aku. Sedangkan
papa memang sayangkan mama. Dia kata sebelum dia meninggal dia nak tenguk mama
nikah balik pada papa. Dia tak nak mati dengan rasa bersalah pada papa aku”.
“Oh
jadi papa kau nak tak lagi dengan mama..ialah kadang orang ni tak suka bekas
orang..ahh pandai lah aku kan”.
“Aku
rasa papa tak kisah..tapi yang aku takut orang akan mengata mama gatal, dahlah
dia dah tua, baru kehilangan ayah dan aku pula sekejap lagi dah naik kapal.
Kalau dia dengar orang mengata dia tentu dia sedeh, aku kesian dia sendirian,
nanti dia sedeh sorang-sorang. Aku nak Tanya pendapat kau ni sebab kau orang
adik beradik boleh lah bagi sokongan kalau mama sedeh nanti.”.
“Allah Is..
kalau nak fikir apa orang kata memang tak kan habis biar pun sampai kiamat.
Yang sebenarnya apa cerita dengan mama ni. Dia dah setuju ke nak nikah?jadinya
bila?”.
“Yang
sebetulnya mama macam berat nak terima papa aku balik, dia tak boleh nak
menerima apa yang papa aku dah buat pada dia dulu.Tapi yang aku nampak papa aku
memang masih sayangkan mama. Hari tu nenek aku cerita sebab apa papa bercerai
denan emak tiri aku..sebab papa tak boleh nak lupakan mama”.
“Oh
ye ke..tapikalau dah mama tak mahu,
macam mana. Kita tak boleh nak buat apa kalau dah tuan badan sendiri tak
mahu”.
“Itu
yang aku call kau..kalau boleh kau bagi jalan macam mana nak pujuk mama. Aku
kan Pian teringin mama dan papa aku duduk serumah balik. Aku teringin nak
kahwin diraikan dengan papa dan mama dalam ikatan sah. Aku tak mahu diraikan
oleh papa dan mama yang tiada ikatan,
nanti mereka kekok mengadap para jemputan.”
“Oh
itu sebabnya kau tak nak nikah lagi”.
“Tapi
taklah sebab itu sahaja..memang aku belum ada calon.. belum jumpa lagilah Pian”
“mana
nak jumpa kalau kau tak cari”.
“Kalau
mama dan papa aku bersatu kembali aku akan cari Pian.Lagi satu yang aku
bimbangkan”.
“Apa
yang kau bimbangkan lagi Is”.
“Bila
atuk dah meninggal ni aku tenguk nenek ngah aku tu macam tak bersemangat
sahaja.Kau tahu hari-hari dia pergi kubur, aku takut apa-apa terjadi pada dia,
nanti mama nak duduk mana kalau aku tak ada kat rumah.Takkan nak duduk dengan
pak long aku. Walaupun mereka sepupu dan adik beradik tiri tapi mereka bukan
mahram, nanti mereka kekok duduk serumah.”.
“Aku
nak saja mama duduk dengan aku, tapi dia
masih mengajar..macam mana Is kami nak tolong. Hari tu kak lang dan abang Yusof
kata dia dah minta tukar kampong kita, tapi tak lulus-lulus lagi”. Kak lang
merupakan anak nombor tiga arwah cikgu
Nassir bekerja sebagai kerani disebuah sekolah kerajaan mana kala suaminya pula
bertugas sebangai pegawai bomba. Mereka sudah memohon perpindahan kerana mahu
duduk di Pengklalan Hulu untuk menjaga rumah pusaka tinggalan arwah cikgu
Nassir.
“Entahlah
Pian. Aku rasa macam aku nak berhenti
kerja, cari kerja apa-apalah kat
kampong kita. Tapi ialah duit simpanan aku dah kosong..aku korek semua bayar
duit rumah hari tu. Aku nak bayar duit mama lagi. Yang paling penting nak bayar
pinjaman bank. Kalau bertangguh makin berganda hutang aku. Interest bank ni
tinggi betul kalau buat pinjaman peribadi. Aku harapkan aku dapat langsaikan
hutang bank dala masa tiga bulan ni..tapi kalau mama nak nikah dengan papa selesai masalah aku.”.
“Kau
jangan pertaruhkan bahagia mama dengan masaalah kita. Aku takut kalau memang
mama dah tak boleh nak maafkan papa kau,
kemudian kita paksa juga merana dia nanti, kesian mama”.
“Tulah
pasal kadang-kadang aku mementingkan perasaan aku dari perasaan mamakan, tapi
yang sebenarnya aku nak keluarga aku bersatu semula. Aku mengharapkan ada
kebahagian papa aku bahagia dihari tuanya... Cuba kau pujukkan mama mana tahu
dengan kau dia lembut hati ”.
“Sekarang
aku Nampak kau memeng lebih sayangkan papa kau. Kenapa kau sendiri tak nak
pujuk mama.”
“Aku
tak nak nanti mama kata aku lebih sayangkan papa dari dia. Langsung terbantu
semuanya. Pian! aku memang teringin sangat duduk sebumbung dengan mama dan papa
macam keluarga orang lain”.
“Kau
memanglah sah dah tak ada, tapi aku keduanya masih ada tercongok depan mata,
tapi tak boleh nak sama-sama sebab mereka dah jadi ornag lain. Aku selalu
bayangkan Pian kalau aku ada jodoh..macam mana dia orang nak menyambut tetamu
kalau keadaan mereka macam tu. Bila aku fikir rasa macam malas aku nak ‘mencari’ Pian”.Kedengaran seperi orang
kecewa pula Uwais dihujung talinan.Keadaan sunyi seketika bila Sofian mendengar
lagi suara lemah Uwais.
“Aku
kadang rasa macam tak bersemagat bila mengenangkan keadaan mama dan papa aku
Pian”.
“Sabarlah
Is, ini namanya dugaan..Is! Tapi yang
sebnarnya aku rasa bersyukur sangat dapat jadi anak mama..mama seorang yang
sangat memahami anak-anak, aku pun tanya pada semua abang dan kakak aku, mereka
pun kata tak menyesal bemamakan Emil Atilia walaupun pada mula nya mereka takut
juga bila kau kata dulu mama kau garang.”
“Kau
tak pernah kenal rapat dengan papa aku, papa aku pun baik, tak banyak cakap tak
pernah nak marah orang, tapi kenapa didugha macam ni. Betul kata kau inilah
dugaan Allah. Sepatutnya kita redha dengan apa yang ditentukan untuk kita.
Entahl lah Pian aku nak cuba satukan papa dan mama kalau masih ada keserasian antara
mereka lagi..aku rasa tak senang nak naik kapal lusa ni”.
“Kau
jagan bimbang Is, kau pergilah kerja. Tapi berhati-hati lah, kerja kau bahaya kalau kat tak berhati-hati, hal
mama biar aku yang uruskan pandailah aku. Aku janji balik kau bulan depan papa
kau dah siap sedia dengan borang nikah sekali lagi dengan mama kita”.
“Kau
tak kisah ke kalau mama nikah lagi sedangkan ayah meninggal belum lagi setahun”.
Ada juga Bab 56. Tertunggu2 dari malam tadi. Tq mak teh.
ReplyDeleteYeay... ada sambungan. Terjenguk2 blog ni drp tadi... Tkasih.
ReplyDeleteBertuah emil dapat anak macam uwais dan anak tiri macam pian. Sentiasa ambil berat akan kebajikan mama mereka. Kesian uwais terkurung rasa akibat kepincangan rumah tangga kedua ibu bapanya.
ReplyDeletek.mid
Emil mmg beruntung ada anak mcm uwais dn disayangi anak anak Tirinya.
ReplyDeleteAnak cikgu Latif x tau le pulak camne penerimaan merekà trhdp Emil.
-dibah-