“Mama
ni..tak sabar sungguh adik tak habis cakap lagi..tak lah dia suka Huda yang dah
jadi buah hati adik ni ma”.
“Habis
siapa orangnya, cakaplah cepat dik ..adik cakap
slow sangat, mama tak sabar ni..siapa orang yang
adik cakap tu. Cepat mama tahu bolehlah mama buat persiapan pergi merisik
pula..macam adik dulu kan terkocoh-kocoh.”..
“Ialah..ialah mama ni jangan diingat-ingat ma malu adik.”
“Cepatlah
dik..siapa dia”..
“Adik
rasa Anak pak long Muaz..ma. Abang yang sebenarnya jarang sangat nak pandang atau
cakap dengan perempun, ma dengan anak pak long ni pun adik yang tanya dulu, itu
yang dia sebut..”.
“Habis
yang sampai tersebut nama nama anak pak long tu kenapa. Haa anak pak long yang
mana satu yang pernah abang sebut..anak pak long ada dua perempuan.. kakaknya
Siti Rahmah..yang uda namanya Siti Hajar”.
“Haa
ada dua? Yang Siti Hajar tu umur berapa?” selidik Ahmad Sofian.
“Rasanya
20 tahun masih belajar lagi..baru masuk Universiti Utara tahun lepas rasanya”.
“Pada
pandang mama mana yang abang suka. Ialah takkan mama tak perasan masa raya
kalau abang terserempak dengan mereka masa kat rumah atuk. Abang akan terpesona
pandang siapa kakak ke adiknya. ”.
“Entahlah
dik..yang mama selalu tenguk..si Hajar ni selalu juga cakap-cakap dengan
abang..kadang–kadang dia berbincang dengan abang tentang pelajaran tapi dengan
yang kakak mama tak pernah pula nampak dia bercakap-cakap. Hanya dulu masa dia
baru masuk tingkatan empat abang ada ajar dia. Tapi yang sebenarnya yanag
sikakak ni pemalu orangnya. Kalau ada orang datang memang dia memerap kat
dapur..tak tahulah dik, mama tak boleh nak teka. Adik rasa abang dengan
siapa..nama siapa yang pernah abang sebut atau selalu sebut”.
“Selalu
sebut tu tidaklah..tapi masa adik nak kahwin hari tu kami adalah bercerita.
Masa itu adik yang tanya khabar budak tu, dia tukan sama sekolah dengan
kitaorang. Masa tulah adik macam perasan muka abang lain bila tersebut nama
budak tu.Tapi bila adik desak dia kata dia tak berani nak suka orang. Dia nak
suri hatinya mama yang pilih”.
“’Budak tu’ yang adik cakap tu siapa Siti
Rahmah ke Siti Hajar..sebab semua anak-anak pak long Muaz bersekolah di sekolah
yang sama dengan adik dan abang tau”.
“Siti
Rahmah lah ma..rasanya masa tu yang Siti Hajar belum masuk lagi sekolah kita
orang lagi. Kalau tak salah masa tu anak-anak pak long yang adik nampak, Siti
Rahmah dan Abdul Aziz sahaja..entahlah ma tapi yang sebetulnya adik tak kenal
yang namanya Siti Hajar tu ma”.
“Dik!
abang ada cakap ke kenapa abang hanya nak mama pilihkan isteri untuk dia.
Kenapa dia tak pilih sendiri ikut cita rasa dia.”.
“Dia
kata dia tak mahu jadi macam papanya.Mana tahu pilihan hatinya tak menepati
citarasa mama, nanti mama suruh dia kahwin dengan gadis pilihan mama pula.Dia
tak sanggup nak luka hati seorang isteri bila dia terpaksa memadukan isterinya.
Macam papa..walaupun dia sayang sangat dengan mama tapi dia terpaksa juga ikut
kemahuan emaknya, sebab lelaki ni syurganya dibawah tapak kaki emaknya, tak
macam perempuan syurga nya dibawah tapak kaki suaminya. Jadi dia kata dia
tunggu sahaja mama yang pilihkan untuk dia”.
“Mama
mana tahu cita rasa dia nak yang kurus ke..nak yang gemuk ke yang tinggi ke
yang kemetot ke. nak yang putih melepak macam Huda tu ke”.
“Ma!
Adik tanya ni bukan adik suruh mama suka pada anak pak long tu nak tanya saja..mama
suka ke pada anak pak long tu..dia anak sudara mama tentu mama tahu peribadi
dia”.
“Mama
yang sebetulnya tak kisah siapapun pilihan abang..kalau abang suka dengan gadis
lain selain anak pak long pun mama ok. Mama memang tak terfikir mana-mana gadis
yang boleh dijodohkan dengan abang. Yang mama kenal rapat dan tahu peribadi dia
hanya anak pak long sahaja. Mama ni tak banyak pilihan. Lagi pun kedua-dua anak
perempuan pak long tu ok. Mereka dididik dengan baik. Mama tenguk mereka suami
isteri tidak melebihkan kasih sayang mereka pada seorang anak sahaja, kasih sayang
mereka sama rata.Jadi kedua-duanya memang pandai buat kerja rumah, jaga adik.
Tentang tingkah lakunya pula In Syaa Allah..sebab dia terjaga, ayah diakan
garang sikit..Pada mama mereka berdua kalau nak dijadikan calon isteri memang
ok..tak ada apa yang kurang, dik. Dari segi rupa ok juga..kami ni muka
seakan-akan sahaja kan dik..ialah ibu dia tu sepupu mama. Ayah dia pun sepupu
mama.”
“Kalau
mama dah cakap macam tu, makin pening adik nak pilih kan untuk abang. Semuanya
ok..habis macam mana nak pilih ni ma”.
“Hanya
pada mama yang paling sesuai dari segi keadaan kakaknyalah tapi..mama takut
abang tak serasi dengan dia, sebab yang Siti Rahmah ni pendiam dan pemalu.
Abang pun kalau kita tak kenal dia..dia pun pendiam juga kan dik, nanti sunyi
sahaja rumah tangga diorang. Abang ni ikut macam papa dia”.
“Haa
kalau papa dah pendiam..macam mana rumah tangga mama dulu”.
“Mama
ni lain..papa memang pendiam, mama nilah yang macam murai cabut ekor..jadi papa
terpaksalah juga bercakap bila dah tak tahan telinga dia mendengar mama
membebel. Kalau abang nanti dia dah lah pendiam bini pun pendiam..mama tak
boleh nak bayangkan kehidupan mereka bila dah satu rumah nanti.”.
“Yang
Siti Hajar ni macam mana pula..dia pendiam juga ke?”
“Haa
dia ni ikut macam mama... riuh kalau kami datang memang tak berhenti dia
bercakap, dan dia ni tak pemalu macam kakak dia..tapi nak dikira apa yang nak
dimalukan kamikan saudara… selalu berjumpa”.
“Ma! pemalu
ni bukan kerana selalu jumpa ke tidak, tapi memang dia malu nak jumpa orang,
mungkin dia ada rasa kurang pada dirinya itu sebabnya dia malu. Jadi mama suka
pada Siti Hajarlah”.
“Tak
lah kata mama suka pada si Hajar ni..kalau mama pinangkan Hajar, abang kena
tunggu sekurang-kurang tiga tahun lagi..baru boleh nikah. Kalau pun kita nikahkan
juga tentu nak tunggu dia habis belajar
juga, baru boleh membina keluarga. Mama rasa serba salah dik..mereka berdua ni
ada lebih ada kurangnya. Kalau sikakak pendiam dan pemalu..yang siadik pula
masih tak cukup umur.” ha..ha ha duaorang anak berana gelak jahat bila ada yang
lucu.
“Mama
ni..bukan tak cukup umur ma..tapi tak memenuhi syarat yang membolehkan dia
dijadikan isteri orang”.
“Jadi
apa padangan adik..Adik rasa abang sesuai dengan siapa…Siti Rahmah ke Siti Hajar”.
“Sesuai
tak sesuainya adik tak tahulah ma..tapi abang tak pernah pula sebut nama Siti
Hajar..lagi pun betulah kata mama tu Siti Hajar baru tahun satu.. abang kena
tunggu dia habis belajar kalau mama nak kan yang siHajar ni”. Susah juga Emil
mahu menentukan calon menantu.Lama juga mereka mendiamkan diri, memberi peluang
mereka berfikir untuk kebaikkan Uwais. Akhirnya Ahmad Sofian yang bersuara
terlebih dahulu.
“Ma!!Kalau
adik biarlah abang kawin dengan kakaknya..nanti tak lah susah abang nak nak
bayar bendul..kemudian yang sikakak dah tak ada halangan kalau dia nak membina
keluarga..sebab dia dah habis belajar..ehh dia dah mengajar kebelum ma, kata
abang hari tu dia tengah tunggu nak dipanggil mengajar kat mana”.
“Dah..dia
dah mengajar kat sekolah menengah abang dengan adik dulu tulah..Mama rasa macam
tu juga. Bab pendiam dan pemalu ..nanti pandailah abang nak buat macam mana kan.”
Sebelum
dia bertanyakan anak bujangnya dia bertanya dahulu pendapat suaminya.
“Bang!
Emil nak bincang tentang jodoh Uwais dengan
abang. Hari tu dia janji lepas kita duduk serumah..dia pula nak berumah tangga.”
“Dia
dah ada calonnya ke..ada dia cakap anak siapa..abang ok sahaja walau siapa pun
pilihan dia.”
“Entahlah
tak pasti..yang sebetulnya dia suruh Emil carikan. Emil ada tanya Pian, Pian kata dia ada sebut-sebut nama anak
Muaz yang tua tu. Apa pendapat abang
kalau betul lah dia suka kat anak Muaz tu.”
“ok
juga..budaknya pun baik, bersopan santun
pakai tudung. Emil emak sedaranya tentu Emil
lagi kenal dia.”.
“Memanglah
kenal anak saudara sendiri.Tapi manalah tahu abang tak suka kahwin sedara”.
“Kalau
Uwais suka, abang ok sahaja,..janji budaknya baik. Kalau macam tu kita tanya
dia, masa dia balik cuti bulan depan.”.
“Bang, kalau
kita pergi merisik dulu tak payah tanya Uwais ok tak”..
“Emil
yakin ke yang abang suka dengan kakak.. betulkan budak yang selalu emak ayahnya
panggil kakak tu.” Abdul Latif selalu mendengar anak Muaz yang tua digelar kakak oleh ahli keluarganya.
“Betullah..nama
dia Siti Rahmah”.
“Dah besar rupanya budak tu..abang tenguk dulu
dia masih kecil lagi rasanya baru
sekolah rendah. Mel! Ada Uwais cakap dia suka kakak, entah-entah Pian
tu salah faham..di buatnya Uwais dah ada pilihan sendiri nanti kita pula yang
bermasam muka dengan Muaz”.
“Emil
tanya Pian, dia kata Uwais ni memang tak ada kawan perempuan, dan jarang sangat
nak sebut nama perempuan. Tapi Pian perasan bila mereka tercerita kisah anak
Muaz ni Pian kata muka Uwais nampak lain. Itu yang Pian kata mungkin Uwais suka
pada kakakni..yang sebenarnya Emil takut Uwais tak kahwin sampai kesudah, itu
yang Emil cadangkan kakak ni bila Pian kata rasa abang suka kat kakak..”.
“Mel
lain yang macam mana?”.
“Entahlah..Pian
kata nampak macam muka abang senyum sahaja..mereka kan rapat tentu Pian boleh
agak reaksi muka dia suka ke tak suka”.
“Kalau
macam tu kita kena tanya dia dulu..kahwin ni tak boleh nak teka-teka..nanti dia
pun susah ..kita pun susah..”.
“Uwais
sendiri yang cakap dengan Emil minta Emil carikan..dia kata tak kira siapa..
kalau Emil berkenan dia pun akan berkenan”.
“Emil
berkenan lah dengan anak Muaz tu.”
“Emil
memang berkenan dengan kakak tu..rajin, pandai jaga adik, pandai buat kerja rumah..kalau buat kerja
dezup-dezup tau..tau siap sahaja kerjanya. Emil selalu tenguk dia kat rumah mak
ngah..tak payah suruh bang semuanya dia pandai sendiri.”
“
Tapi Mel, nikah kahwin ni elok kita berbicang dulu cari baik buruknya..apa kata
kita tanya pendapat emak macam mana..dia orang tua mungkin ada perkara yang
kita tak tahu, tapi emak tahu kita janganlah belakangkan orang tua.. Uwais kan
cucu emak juga. Lagi pun nak menikahkan anak dengan saudara dekat ni Mel, elok
ke”.
Malam
itu..mereka bertiga beranak berbincang tentag jodoh Uwais.
“Mak!
Emil rasa nak pinangkan anak sepupu Emil untuk Uwais ok tak mak.Tapi tulah mak,
Emil dengan ayahnya sepupu dengan emaknya juga sepupu tak rapat sangat ke
hubungan kekeluarga kami mak.”
“Rasa
tidak..kalau sepupu ia sebab anak adik beradik sendiri..ni dah kira dua
jenerasi kira dah jauh lah kan Tif”.
“Kalau
ikut jenerasi memanglah dua jenerasi, tapi Emil dengan emak ayahnya bersangkut
kiri dan kanan mak”.
“Tak
kiralah bersangkut kata mana Tif..kalau dah kata syarak boleh nikah.. bolehlah..hanya kita
kadang-kadang ikut sangat cakap orang. Cuba kita tenguk Siti Fatimah tu kahwin dengan Saidina Ali
masa Rasulluah masih hidup lagi. Malah memang Nabi yang nak sangat anaknya
kahwin dengan sepupunya tu, yang kita nak beratkan kenapa. Abang ok ke dengan budak
tu. Jangan kita sahaja yang ok dia dah
ada pilihan lain.”
“Ikut
kata sahabat baiknya abang memang tak ada kawan perempuan dan mungkin abang suka
dengan anak Muaz ni”.
“Mungkin..mungkin macam tak yakin Mel..kena tanya betul-betul”.
“Mak!kata
kawan abang ni mak, abang memang tak ada kawan perempuan dan tak pernah nak menyebut
nama kawan perempuan dia..yang pernah disebut hanya nama anak sepupu Emil ni
sahaja..jadi Emil yakin abang suka kat dua pupu abang ni”.
“Kalau dah
kata yakin abang suka dengan budak permpuan tu..jalan sahaja..emak tak kisah
siapa pun pilihan abang.. Mel Latif.”
“Kalau mak kata ok, apa kata minggu depan kita pergi meminang
terus ye mak ”.
“Ehh Emil
ni…kita tak perlu tergesa-gesa..takut Uwais tak cukup duit lagi untuk buat
persiapan. Dia kan dah keluarkan simpanan dia masa beli rumah arwah ayah. Mana
nak cari duit untuk buat hantaran. Perlahan-lahan lah Mel..jangan buat Uwais
susah hati kalau dia rasa kita gesa dia. Lagi pun kakak kan baru sahaja kerja..tentu
Uwais kena tolong Muaz juga sikit-sikit..anak Muaz yang kerja baru kakak sorang
Mel.”Bantah cikgu Latif dengan rancangan isterinya.
“Emak
kata hari tu, kena cepat..takut Uwis rasa seronok hidup bujang, dia dah tak
fikir nak kahwin pula”.Emil mencari sokongan untuk menegakkan pendapatnya.
“Ia
Tif..abang ni umurnya pun dah nak masuk tiga puluh..mak suka juga kalau
cepat-cepat. Oh rumah arwah ayah Emil dah jual pada abang, Mel..”
“Ia
mak..sebelum ayahmeninggal dia selesaikan semua pusaka yang dia ada, pada siapa yang nak..tapi hanya untuk anak
beranak ayah sahaja. Ayah tak mahu harta yang sedikit menjadi rebutan dan kami
bergaduh adik beradik. Kebetulan semua adik-adik Emil dan anak-anak mak ngah
tak mahu..jadi abang yang beli rumah dan tanah yang sedikit tu. Duit jualan
pusaka tu pun ayah dah bahagi-bahagi mengikut bahagian masing-masing, sebelum
dia meninggal lagi”.
“Berapa
ribu arwah jual pada abang”.
“Dalam
Rm150 ribu lebih mak”.
“Hiss
banyak tu..haa ada ke duit abang nak kahwin dengan anak orang ni Tif. Dah lah
hari tu duit Tabung Haji emak pun dia yang penuhkan”.
“Kalau
tak cukup Emil boleh bantu sikit mak. Emil rasa kalau setakat hantaran 10 ribu
dia ada kut”.
“Mel..walau
macam mana pun elok kita pergi merisik dulu..takut pula sebelah kakak dah ada
yang sangkut dalam hatinya. Nanti terpaksa pula dia terima Uwais”.Cadang cikgu
Latif, merasakan wajar mereka bertanya pendapat Uwais dahulu sebelum melangkah
lebih jauh.
“Ialah..kita
pergi merisik dulu, tanya Muaz anak dara dia yang tua dah ada pilihan hati ke
belum. Kalau sah tak ada..kita pinang terus, kita nak tunggu Uwais balik ke
bang.”
“Eloklah
kita tunggu dia balik..bukan lama pun tinggal dua minggu sahaja lagi dia balik
lah”. Akhirnya mengalah juga Emil dengan kata-kata suaminya.
No comments:
Post a Comment