14 hari setelah pemergian cikgu Nasir
mengadap Ilahi, Emil berpindah kerumah ayahnya Haji Mohd Noh. Biar pun
anak-anak tirinya menyuruhnya agar dia tetap tinggal dirumah peninggalan arwah
ayah mereka.
“Ma
duduklah sini ma..rumah ni kosong juga kalau mama tak duduk”.
“Tak
apalah mama nak duduk dengan atuk, senang mama nak pergi sekolah. Lagi pun kat
rumah ni mama akan duduk sorang, nanti mama asyik teringatkan ayah sahaja”.
“Habis
rumah ni”.
“Siapa yang paling dekat dialah yang bertanggung
jawab menjenguk rumah ni, atau alang sahaja tukar kerja kat sini. Walau apa pun
angah sebagai anak lelaki tua, uruskan apa-apa berkitan dengan arwah ayah.
Bincang dengan adik beradik elok-elok siapa yang nak duduk rumah ni. Lagi satu
tanyakan pada kawan-kawan arwah ayah, ada tak arwah ayah berhutang dengan mereka,
kalau ada jelas kan segera. Ini duit sedekah yang diorang bagi kita, bayarkan
dengan duit ni. Yang selebihnya kalau ada bahagian harta yang nak
dibahagi-bahagi, angah bahagilah dengan adik-beradik dengan adil ye ngah. Buku
bank semuanya ada, mama letakkan dalam almari baju ayah. Mama tak payah nak
kira”.
“Jangan
macam tu ma, mamakan isteri ayah”.
“Tak
apa, mamakan kerja, mama hanya nak tanggung diri sendiri..mama sorang berapa
ringgitlah sangat mama nak guna duit. Kamu semua sekarang sedang membina
keluarga, banyak nak pakai duit”. Mereka adik-beradik sepakat, kereta yang masih
berbaki setahun sahaja lagi pembayaranya diserahkan kepada Emil. Ini juga untuk
kemudahan Emil kesekolah. Tetapi Emil juga tidak mahu.
“Ma
janganlah macam ni ma..tak ada satu pun barang untuk dijadikan kenangan mama
pada ayah”.
“Apa pula tak ada..ayah dah bagi mama empat orang
anak untuk mama. Kamu semua mahram mama sampai akhirat cukup bermakna untuk mama. Anak mama dah ada
lima orang sejak mama nikah dengan ayah. Kereta tu kalau kamu semua nak bagi
mama..mama ambil dan mama bagi pada alang..dalam kamu empat beradik alang yang belum
ada kereta. Nanti senang dia nak pergi jenguk suaminya.” Aisyah Humairah masih belum mendapat
pertukaran tempat bekerja untuk mengikuti suaminya kerana mereka baru sahaja
sah menjadi suami isteri.
“Habis
mama nak pergi sekolah naik apa”.
“Pakai
kereta abang..lagi pun kereta abang tu nak kena panaskan juga injinya”.
“Tak kan
abang tak nak berjalan atau nak duduk rumah papa abang..”
“Kalau
abang pergi rumah papa dia, mama pinjam kereta atuk atau pun kereta MYVI pak long Muaz”. Setelah Emil memulangkan
semula kereta PREVE ayahnya. Muaz yang mengambil kereta MYVI Haji Mohd Noh
dengan menyambung bayaran ansuran kereta itu. Tamat perbincagan Emil mengemasi
barangannya. Sedang Emil berkemas anak-anak tirinya seorang demi
seorang masuk didalam bilik tidurnya. Menemani dan menolong apa yang patut, sambil
itu sempat juga mereka berbual-bual..’
“Ma! Ayah
kata mama nak hantar surat pencen sama dengan ayah, mama dah hantar. Tapi mama
kan masih boleh mengajar umur mama pun baru 50 tahun ada 10 tahun lagi mama
mengajar sebelum bersara wajib, kenapa mama nak pencen juga.”.
“Ayah
yang nak kami pencen sama-sama, dia kata kalau dia pencen sorang dia tak ada
kawan kat rumah..tapi mama pun suka pencen, dah 25 tahun mama mengajar ngah..mama
cadang nak menikmati waktu berpencen ni dengan berjalan-jalan. Mama cakap juga
dengan ayah sebelum majlis adik dengan alang hari tu. Itu yang ayah bercadang
nak pergi Umrah”.
“Mama
dah hantar lah surat pencen tu”.
“Belum
lagi, ingatkan balik cuti ni nak hantar sama dengan ayah. Kami buat surat tu
pun masa sibuk-sibuk buat majlis adik dengan alang hari tu. Masih tak siap
sepenuhnya lagi surat tu. Tapi sekarang ni rasanya mama tak jadi pencenlah ngah”..Sayu
suara Emil menceritakan kegiatan terakhirnya bersama arwah suaminya.
“Kenapa
ma..mama takut tak cukup duit belanje ke?”.
“Bukan
tak cukup duit belanja.. mama pun dah tak ada tanggungan. Lagi pun Uwais pun
bagi mama duit setiap bulan. Tapi kalau mama pencen… ayah dah tak ada, nanti mama sorang-sorang duduk
rumah..baik mama mengajar ada juga teman mama bercakap kat sekolah tu. Balik
sekolah kan dah penat, mama taklah teringatkan ayah sangat”. Tahun itu merupakan
tahun terakhir bagi cikgu Nassir mengajar. Umurnya akan mengijak ke usia 60 tahun. Dijangkakan
dia berpencen wajib diakhir tahun itu. Walaupun Emil masih boleh mengajar 10
tahun lagi namun dia meminta isterinya berpencen sekali bersama nya.
“Sayang
meh kita pencen sama-sama Yang. Nanti kalau abang
pencen sorang abang tak ada kawan duduk kat rumah ni. Jemu pula rasanya tunggu sayang
balik mengajar.” Emil mengikuti saranan suaminya untuk bersara awal. Biar pun
umurnya baru mencecah 50 tahun. Mereka sama-sama menulis surat untuk bersara.
Sudah enam bulan pemergian Cikgu Nassir. Emil
yang menetap bersama ayah dan emak tirinya meneruskan kerjayanya sebagai guru. Hubungan
nya dengan empat orang anak tiri tetap akrab. Jika ada waktu cuti dia akan
dikunjungi oleh mereka. Emil juga sudah mendaftarkan upah haji untuk arwah
suami dan arwah isteri suaminya dengan pencen suami yang diterimanya. Ketika
anak suaminya yang bergelar angah mengunjunginya setelah arwah ayahnya pergi..
“Asalamualaikum ma..minta maaf ma baru dapat
jenguk mama”.
“Walaikumsalam,
tak apa ngah mama tahu angah dan Ikin sibuk dengan kerja dengan sikecik ni lagi.
Dah lima bulan cucu nenek. Montelnya..Fauzan dah makan ke Ikin montel betul. Geram nenek”.
Emil mendukung cucu anak lelaki tua arwah suaminya sambil mencium-cium pipi si
kecil bertubi-tubi.
“Dah
ma nurse kata baby lima bulan dah boleh bagi makan.”
Mereka berbual-bual diruang tamu disertai
dengan haji Mohd Noh sekali. Lama juga Amad Salman dirumah Haji Mohd Noh. Sudah
makan tengahari dan solat zohor berjemaah, dia memohon diri. Sebelum beransur
Emil menyampaikan niatnya.
“Ngah! Mama dah kumpulkan duit pencen arwah ayah
ni, angah uruskan, kalau ada masa pergi daftarkan upah haji arwah ayah dan
arwah ibu angah sekali ye”. Ketika itu tampa malu angah meluru kearah ibu
tirinya dan memeluk sambil menangis.
“Mama!!..”
“Tak
apa ngah, hanya ini yang mampu mama buat untuk arwah berdua. Lagi pun mama hanya nak menyampaikan cita-cita ayah, kami kan bercadang nak pergi Umrah lepas
pencen nanti”.
“Sepatutnya
duit tu duit mama..untuk arwah ayah dan ibu nanti kami adik beradik urus kan ma”.
“Tak
apa ngah, adik beradik banyak duit nak digunakan, mama ni dah tak ada siapa
yang mama nak tanggung. Yang mama bagi ni duit pencen ayah, mama tak tokok pun
dengan duit gaji mama.”. Tertunai haji untuk arwah cikgu Mohd Nassir dan arwah
isterinya tahun itu.
Sudah menjadi hukum alam dan janji Allah
kepada setiap makhluk ciptanNya. Setiap yang hidup pasti mati..pada Usia muda
atau tua. Mati tetap akan kita tempuhi. Bagaimana dan dimana kita menempuh kematian itu semua urusan Allah.
Begitu lah putaran alam ini. Baru enam bulan Emil merasai kehilangan orang yang
paling hampir denganya kini dia
kehilangan lagi. Tampa tanda tampa ingatan Haji Mohd Noh menghembuskan nafasnya
yang terakhir. Pagi itu selepas solat subuh…
“Nor!
Uda nak baring sekejap ye..Uda rasa letih pula hari ni”. Sememangnya kedengaran
lemah suara Haji Mohd Noh walau bagaimana pun tunai sudah solat subuh yang
diimaminya. Bila melihat suaminya mula membaringkan diri disejadahnya dia ditegur oleh isterinya.
“Ehh
kenapa Uda baring kat situ baringlah dalam bilik De, selesa sikit...”.Lemah
juga kedengaran suara isterinya, kerana dia demam sudah seminggu baru nak kebah.Tadinya solat subuhnya ditunaikan dalam keadaan duduk sahaja.
“Bang
tolong atuk masuk bilik”.
“Tak apa
bang, atuk memang nak baring kat sini sahaja senang nanti... Abang pergi tolong
mama kat dapur.” Uwais mengikuti saranan datuknya, dia mengekori langkah mamanya
kedapur. Hajjah NorIza kebiliknya mengambilkan
sebiji bantal untuk suaminya. Kedengaran dua beranak berbincang untuk makan
pagi mereka.
“Mama
nak masak apa pagi ni”.
“Mama
nak masak bubur untuk atuk dan nenek.
Atuk tu pun sejak nenek demam, dia pun tak lalu nak makan. Untuk kita, kita masak lain abang nak masak apa”.
“Masak
cucur tepung perencah ayam ma..abang nak
cicah dengan asam pedas ayam yang mama buat semalam..ni asam pedas ni ada lagi
ni”. Sedang mereka bercakap-cakap kedengaran suara Hajjh NorIza meminta
pertolongan.
(Cucur
tepung perencah ayam ni mak teh ubah suai..yang sebetulnya resepi cucur udang
tapi mak teh tukar udang digantikan dengan dada ayang yang dipotong kecil-kecil).
“Emil!
Abang!!..datang sini Mel tolong mak ngah Emil!!”. Yang sebenarnya..ketika
Hajjah NorIza menghapiri suaminya kerana mahu memberi nya bantal kelihatannya
dada suaminya berombak deras. Bila dihampiri desahan nafas suaminya agak kuat
dan dia seperti tercungap-cungap. Suara
cemas Hajah NorIza membawa kaki Emil dan Uwais berlari dari dapur keruang solat
mereka. Dilihat dada ayahnya berombak deras.
“Mel
call Muaz cepat Mel. Bang bacakan Syahadah kat telihnga atuk bang. Uda
ikut De..” Uwais memabcakan Syahadah ketelinga datuknya
perlahan dan teratur suaya datuknya dapat mengikuti apa yang diucapkan.
Kelihatannya Haji Mohd Noh menggerakkan
bibirnya mengikuti apa yang dibisikkan ditelinganya.
“Sebut
Allah De..Allah..Allah”.Dada Haji Mohd Noh yang berombak deras makin lama makin
perlahan pergerakanya. Dahi nya merenek peluh dan ketika itu Muaz sampai hanya
berkain pelikat dan berbaju Melayu.
“Mak..kenapa
dengan ayah mak”.
“Ajar
ayah baca syahadah Muaz cepat”. Muaz mendekat dan membisikkan Syahadah ketelinga
ayah saudara merangkap ayah tirinya juga. Bila sudah tiada pergerakkan didadanya
Muaz mula memeriksa pernafasan ayah tirinya. Jari telunjuknya didekatkan
kehidung ayahnya.
“Mak
rasanya ayah dah tak ada mak”.Mendengar kata-kata Muaz, Emil dihujung kaki ayahnya
mula teresak.
“Ma
sabarlah ma..tak baik menangisi sesuatu milik Allah ma..Semuanya milik Allah,
kita hanya peminjam, kalau Allah nak ambil redhakan sahaja”. Uwais menyabarkan mamanya.
“Rasanya
baru sangat ayah pergi ni atuk pula bang”.
“Sabar
ma..tu dugaan mama, kalau mama sabar dan redha mama dapat pahala. Kerana mama
tak menafikan hak Allah.”
Muaz
bingung, Emil bingung, Hajjah NorIza juga bingung…tidak tahu apa yang mahu
dilakukan dulu.
“Bang
apa kita nak buat ni bang”.Tanya Muaz pada anak buahnya yang juga termangu. Pemergian
Haji Mohd Noh memang tidak dijangka itu yang mereka rasa sangat tidak percaya. Yang
demam berhari-hari adalah isterinya tetapi yang pergi suaminya pula tetapi
itulah percaturan Allah.
“Nanti
abang cuba call Pian”. Uwais menekan nombor sahabat baiknya.
“Helo
Assalamulaikum Pian!!..aku ni Uwais”.
“Kenapa
Is, pagi lagi kau call..kau ingat aku tak bangun subuh ke?”. Sofian yang tidak
tahu apa yang menimpa sahabatnya mula bergurau. Sememang itu kebiasaan mereka
jika dapat berhubung atau pun bertembung.
“Pian!
atuk aku meninggal.. apa nak buat”.
“Haa..Bila
atuk kau meninggal tak dengar dia sakit pun”.
“Ni
baru sekejap ni tak sampai pun 10 minit..tapi aku tak tahu nak buat apa”.
“Pertama
sekali kau kena bagi tahu pihak hospital untuk mengesahkan kematiannya. Nanti diaorang
datang buat pengesahan.
Kedua,
kau kena buat repot kat balai polis, bawa sekali surat yang pihak hospital
bagi. .
Ketiga,
kau kena bagi tahu orang surau. Kau Tanya pak long kau, dia ada masuk mana-mana
kairat kematian tak, nanti diorang akan sediakan semuaya untuk menguruskan
jenazah. Dan yang last jangan lupa call papa kau. Diakan kecik hati masa ayah
meninggal kita tak bagi tahu dia”. Uwais memberi tahu pak longnya apa yang
diberi tahu oleh Sofian tadi. Hajjah NorIza pula bila dirinya sudah di alam
nyata barulah meminta Emil menghubungi adik-adiknya..
“Mel
call adik-adik Emil bagi tahu”.
“Baik
mak ngah.” Kemudian Emil menghubungi semua orang yang bersangkutan dengan Haji
Mohd Noh. Termasuklah anak-anak Hajjah NorIza. Hajjah NorIza pula mula menyusun
segala perabut untuk memudahkahkan para penziarah untuk menzirahi jenazah
suaminya. Melihat emak tirinya berkerja keras Emil melarang.
“Mak
ngah dah lah tu nanti Uwais yang buat, demam mak ngah baru baik, nanti demam semula dah lah
pergi dudu dekat ayah bacakan Yassin atau sekurang-kurang bacakan surah
Al-Ikhlas untuk ayah. Tu ayah pun tak bertutup lagi. Mak ngah ada kain batik
lepas ke?kat mana biar Emil ambilkan”.
“Ia
tak ia pula Mel..hati bingugng sampai tak tahu apa yang kita buat. Nanti mak ngah ambil”. Hajjah NorIza kebilik mengambil kain batik
lepasnya. Lama dia didalam bilik sehingga Emil mencarinya. Rupanya dia sedang
menahan menangis. Diurutnya dada berulang kali. Melihat keadaan emak tirinya
Emil meluru dan memeluk lalu menyabarkan tetapi dia juga turut menangis.
“Tak
sangka ye Mel ayah dah tak ada..agaknya teruk sangat ayah jaga mak nagh demam
ye Mel”.
“Sabarlah
mak ngah..janganlah menangisi yang telah pergi. Ayah pergi bukan teruk jaga mak
ngah demam dia pergi sebab janjinya dah sampai mak ngah. Jangan menangis
ye..kalau mak ngah menangis Emil ikut menangis.”.
“Mak
ngah tak nak menangis tapi air mata ni tak nak berhenti keluar Mel. Mungkin dah
lama sangat air mata mak ngah ni tak keluar itu yang banyak sangat, tak boleh
nak berhenti Mel”. Bergoyang badan dua wanita yang menahan sebak kerana
ditinggalkan. Mereka redha dan tidak meratap pada yang telah pergi namun sedih
yang menderu tidak mampu membendung air mata dari keluar.
Tersebar sahaja pemergian Haji Mohd Noh
ketelinga jiran tengga dan juga kenalannya menderu mereka datang
berziarah.Tidak ketinggalan cikgu Latif bersama emaknya Puan Rabiah.Yang
sebenarnya yang wajib bagi setiap umat Islam menziarahi orang sakit dan orang meninggal.
Dari Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, Kewajipan orang Islam
kepada orang Islam yang lain ada lima perkara: menjawab salam, melawat orang sakit,
mengiringi jenazah, menghadiri jemputan dan mendoakan orang bersin.
Puan Rabiah mendatangi Emil dibilik ayahnya. Kelihatan
Emil husyuk membaca Yassin. Perlahan Puan Rabiah menghapiri lalu duduk dihadapan
Emil. Bila Emil mengangkat wajah kelihatan wajah sembab bekas menantu kerana
menangis.
“Ehh
emak..dah lama mak sampai?” Emil melepaskan buku Yassin kecil kepangkuanya lalu
menghulur tangan bersalaman dan mencium tangan bekas ibu mertuanya. Tidak kira apa
setatus kita pada yang lebih tua, mereka wajib dihoirmati. Biar pun yang
menhulur salam itu adalah musuh kita, itu adalah adat orang Melayu. Yang tua
perlu dihormati. Tetapi Emil tidak menganggap bekas ibu mertuanya adalah musuhnya.
“Baru
saja..tunggu Latif habiskan waktu dia mengajar...itu yang lambat sikit. Sabar
ye Mel”.
“Terima
kasih mak”.
“Bila
nak kebumi?”
“Mugkin
lepas zohor..nak tunggu kejap kalau ada adik-adik saya sampai ..kalau lepas
zohor tak sampai juga Muaz kata nak terus kebumi saja”.
“Eloklah
tu tak elok tunggu lama sangat kesian arwahnya”.
“Sambunglah
Ngaji..mak nak keluar cari emak tiri kamu”.Emil meneruskan bacaan Yassinnya.
Seperti
yang dirancang selepas waktu Zohor jenazah Haji Mohd Noh diusung keperkuburan. Semua
anak-anak dan anak-anak tiri almarhum pulang untuk menziarahinya buat kali
terakhir. Hanya Syukri tidak dapat pulang kerana isterinya tidak dapat bercuti
segera kerana kekurangan kakitagan ditempat kerjanya.
Dalam
perjalanan pulang Hajjah Rabiah menyuarakan apa yang ada dihatinya.
“Tif
yang mana satu suami Emil tak nampak pun, yang mak tenguk dia asyik berkepit
sahaja dengan Uwais dan adiknya Gary sahaja.
“Suami
Emilkan dah meninggal. Baru enam bulan lepas”.
“Ia
ke..kamu tak pergi ke masa dia meinggal..mak tak dengar pun kamu pergi masa
dia meninggal..kalau kamu bagi tahu mak, nakjuga mak pergi ziarah”.
“Abang
terlupa nak bagi tahu, dah selesai kebumi baru dia call saya”.
“kesian
Emil..kuat juga dia tu emak tenguk..”.
Alhamdulillah perubahan Emil yg amat mwmbanggakn. Tabah Dan redha. Tak lagi mementingkn harta.
ReplyDeleteDulu pn rabiah slalu aja sakit2 hanya nk mengacau rumahtangga Emil dgn cikgu Latif anaknya.. tp panjang pylak umur dia.
-dibah-
Makteh, teruskan penceritaan. Semoga Emil kembali kpd cikgu Latif. Yelah masing2 dah berubah dan melalui kehidupan yg berbeza. Harap2 kasih bertaut semula.
ReplyDeleteBetul dibah. Puan Rabiah buat2 sakit nk buktikan zila je yg blh jaga dia.
ReplyDeleteHarap Emil tak begitu mudah trm Cikgu Latif. Biar pjg lg cerita. heheh....
La ni baru dia tahu perangai zila sebenar.
DeleteMoga Emil sentiasa bahagia dgn hidupnya.
-dibah-