~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Saturday 1 November 2014

Bab 54 Tidak ku tahu kasih bermula



14 hari setelah pemergian cikgu Nasir mengadap Ilahi, Emil berpindah kerumah ayahnya Haji Mohd Noh. Biar pun anak-anak tirinya menyuruhnya agar dia tetap tinggal dirumah peninggalan arwah ayah mereka.

“Ma duduklah sini ma..rumah ni kosong juga kalau mama tak duduk”.

“Tak apalah mama nak duduk dengan atuk, senang mama nak pergi sekolah. Lagi pun kat rumah ni mama akan duduk sorang, nanti mama asyik teringatkan ayah sahaja”.

“Habis rumah ni”.

“Siapa  yang paling dekat dialah yang bertanggung jawab menjenguk rumah ni, atau alang sahaja tukar kerja kat sini. Walau apa pun angah sebagai anak lelaki tua, uruskan apa-apa berkitan dengan arwah ayah. Bincang dengan adik beradik elok-elok siapa yang nak duduk rumah ni. Lagi satu tanyakan pada kawan-kawan arwah ayah,  ada tak arwah ayah berhutang dengan mereka, kalau ada jelas kan segera. Ini duit sedekah yang diorang bagi kita, bayarkan dengan duit ni. Yang selebihnya kalau ada bahagian harta yang nak dibahagi-bahagi, angah bahagilah dengan adik-beradik dengan adil ye ngah. Buku bank semuanya ada, mama letakkan dalam almari baju ayah. Mama tak payah nak kira”.

“Jangan macam tu ma, mamakan isteri ayah”.

“Tak apa, mamakan kerja, mama hanya nak tanggung diri sendiri..mama sorang berapa ringgitlah sangat mama nak guna duit. Kamu semua sekarang sedang membina keluarga, banyak nak pakai duit”.  Mereka adik-beradik sepakat, kereta yang masih berbaki setahun sahaja lagi pembayaranya diserahkan kepada Emil. Ini juga untuk kemudahan Emil kesekolah. Tetapi Emil juga tidak mahu.

“Ma janganlah macam ni ma..tak ada satu pun barang untuk dijadikan kenangan mama pada ayah”.

“Apa pula tak ada..ayah dah bagi mama empat orang anak untuk mama. Kamu semua mahram mama sampai akhirat  cukup bermakna untuk mama. Anak mama dah ada lima orang sejak mama nikah dengan ayah. Kereta tu kalau kamu semua nak bagi mama..mama ambil dan mama bagi pada alang..dalam kamu empat beradik alang yang belum ada kereta. Nanti senang dia nak pergi jenguk suaminya.”  Aisyah Humairah masih belum mendapat pertukaran tempat bekerja untuk mengikuti suaminya kerana mereka baru sahaja sah menjadi suami isteri.

“Habis mama nak pergi sekolah naik apa”.

“Pakai kereta abang..lagi pun kereta abang tu nak kena panaskan juga injinya”.

“Tak kan abang tak nak berjalan atau nak duduk rumah papa abang..”

“Kalau abang pergi rumah papa dia, mama pinjam kereta atuk atau pun kereta  MYVI pak long Muaz”. Setelah Emil memulangkan semula kereta PREVE ayahnya. Muaz yang mengambil kereta MYVI Haji Mohd Noh dengan menyambung bayaran ansuran kereta itu. Tamat perbincagan Emil mengemasi barangannya.  Sedang  Emil berkemas anak-anak tirinya seorang demi seorang masuk didalam bilik tidurnya. Menemani dan menolong apa yang patut, sambil itu  sempat juga mereka berbual-bual..’

“Ma! Ayah kata mama nak hantar surat pencen sama dengan ayah, mama dah hantar. Tapi mama kan masih boleh mengajar umur mama pun baru 50 tahun ada 10 tahun lagi mama mengajar sebelum bersara wajib, kenapa mama nak pencen juga.”.

“Ayah yang nak kami pencen sama-sama, dia kata kalau dia pencen sorang dia tak ada kawan kat rumah..tapi mama pun suka pencen, dah 25 tahun mama mengajar ngah..mama cadang nak menikmati waktu berpencen ni dengan berjalan-jalan. Mama cakap juga dengan ayah sebelum majlis adik dengan alang hari tu. Itu yang ayah bercadang nak pergi Umrah”.

“Mama dah hantar lah surat pencen tu”.

“Belum lagi, ingatkan balik cuti ni nak hantar sama dengan ayah. Kami buat surat tu pun masa sibuk-sibuk buat majlis adik dengan alang hari tu. Masih tak siap sepenuhnya lagi surat tu. Tapi sekarang ni rasanya mama tak jadi pencenlah ngah”..Sayu suara Emil menceritakan kegiatan terakhirnya bersama arwah suaminya.

“Kenapa ma..mama takut tak cukup duit belanje ke?”.

“Bukan tak cukup duit belanja.. mama pun dah tak ada tanggungan. Lagi pun Uwais pun bagi mama duit setiap bulan. Tapi kalau mama pencen… ayah  dah tak ada, nanti mama sorang-sorang duduk rumah..baik mama mengajar ada juga teman mama bercakap kat sekolah tu. Balik sekolah kan dah penat, mama taklah  teringatkan ayah sangat”. Tahun itu merupakan tahun terakhir bagi cikgu Nassir mengajar. Umurnya  akan mengijak ke usia 60 tahun. Dijangkakan dia berpencen wajib diakhir tahun itu. Walaupun Emil masih boleh mengajar 10 tahun lagi namun dia meminta isterinya berpencen sekali bersama nya.

“Sayang  meh  kita pencen sama-sama Yang. Nanti kalau abang pencen sorang abang tak ada kawan duduk kat rumah ni. Jemu pula rasanya tunggu sayang balik mengajar.” Emil mengikuti saranan suaminya untuk bersara awal. Biar pun umurnya baru mencecah 50 tahun. Mereka sama-sama menulis surat untuk bersara.

Sudah enam bulan pemergian Cikgu Nassir. Emil yang menetap bersama ayah dan emak tirinya meneruskan kerjayanya sebagai guru. Hubungan nya dengan empat orang anak tiri tetap akrab. Jika ada waktu cuti dia akan dikunjungi oleh mereka. Emil juga sudah mendaftarkan upah haji untuk arwah suami dan arwah isteri suaminya dengan pencen suami yang diterimanya. Ketika anak suaminya yang bergelar angah mengunjunginya setelah arwah ayahnya pergi..

“Asalamualaikum ma..minta maaf ma baru dapat jenguk mama”.

“Walaikumsalam, tak apa ngah mama tahu angah dan Ikin sibuk dengan kerja dengan sikecik ni lagi. Dah lima bulan cucu nenek. Montelnya..Fauzan  dah makan ke Ikin montel betul. Geram nenek”. Emil mendukung cucu anak lelaki tua arwah suaminya sambil mencium-cium pipi si kecil bertubi-tubi.

“Dah ma nurse kata baby lima bulan dah boleh bagi makan.”

Mereka berbual-bual diruang tamu disertai dengan haji Mohd Noh sekali. Lama juga Amad Salman dirumah Haji Mohd Noh. Sudah makan tengahari dan solat zohor berjemaah, dia memohon diri. Sebelum beransur Emil menyampaikan niatnya.

 “Ngah! Mama dah kumpulkan duit pencen arwah ayah ni, angah uruskan, kalau ada masa pergi daftarkan upah haji arwah ayah dan arwah ibu angah sekali ye”. Ketika itu tampa malu angah meluru kearah ibu tirinya dan memeluk sambil menangis.

“Mama!!..”

“Tak apa ngah, hanya ini yang mampu mama buat untuk arwah berdua. Lagi pun  mama hanya nak menyampaikan cita-cita ayah,  kami kan bercadang nak pergi Umrah lepas pencen nanti”.

“Sepatutnya duit tu duit mama..untuk arwah ayah dan ibu  nanti kami adik beradik urus kan ma”.

“Tak apa ngah, adik beradik banyak duit nak digunakan, mama ni dah tak ada siapa yang mama nak tanggung. Yang mama bagi ni duit pencen ayah, mama tak tokok pun dengan duit gaji mama.”. Tertunai haji untuk arwah cikgu Mohd Nassir dan arwah isterinya tahun itu.

Sudah menjadi hukum alam dan janji Allah kepada setiap makhluk ciptanNya. Setiap yang hidup pasti mati..pada Usia muda atau tua. Mati tetap akan kita tempuhi.  Bagaimana dan dimana kita  menempuh kematian itu semua urusan Allah. Begitu lah putaran alam ini. Baru enam bulan Emil merasai kehilangan orang yang paling hampir  denganya kini dia kehilangan lagi. Tampa tanda tampa ingatan Haji Mohd Noh menghembuskan nafasnya yang terakhir. Pagi itu selepas solat subuh…

“Nor! Uda nak baring sekejap ye..Uda rasa letih pula hari ni”. Sememangnya kedengaran lemah suara Haji Mohd Noh walau bagaimana pun tunai sudah solat subuh yang diimaminya. Bila melihat suaminya mula membaringkan diri  disejadahnya dia ditegur oleh isterinya.

“Ehh kenapa Uda baring kat situ baringlah dalam bilik De, selesa sikit...”.Lemah juga kedengaran suara isterinya, kerana dia demam sudah seminggu baru nak kebah.Tadinya solat subuhnya ditunaikan dalam keadaan duduk sahaja.

“Bang tolong atuk masuk bilik”.

“Tak apa bang, atuk memang nak baring kat sini sahaja senang nanti... Abang pergi tolong mama kat dapur.” Uwais mengikuti saranan datuknya, dia mengekori langkah mamanya kedapur. Hajjah NorIza kebiliknya  mengambilkan sebiji bantal untuk suaminya. Kedengaran dua beranak berbincang untuk makan pagi mereka.
“Mama nak masak apa pagi ni”.

“Mama nak masak bubur untuk  atuk dan nenek. Atuk tu pun sejak nenek demam, dia pun tak lalu nak makan. Untuk kita, kita  masak lain abang nak masak apa”.

“Masak cucur tepung  perencah ayam ma..abang nak cicah dengan asam pedas ayam yang mama buat semalam..ni asam pedas ni ada lagi ni”. Sedang mereka bercakap-cakap kedengaran suara Hajjh NorIza meminta pertolongan.

(Cucur tepung perencah ayam ni mak teh ubah suai..yang sebetulnya resepi cucur udang tapi mak teh tukar udang digantikan dengan dada ayang yang dipotong kecil-kecil).

“Emil! Abang!!..datang sini Mel tolong mak ngah Emil!!”. Yang sebenarnya..ketika Hajjah NorIza menghapiri suaminya kerana mahu memberi nya bantal kelihatannya dada suaminya berombak deras. Bila dihampiri desahan nafas suaminya agak kuat dan dia seperti tercungap-cungap.  Suara cemas Hajah NorIza membawa kaki Emil dan Uwais berlari dari dapur keruang solat mereka. Dilihat dada ayahnya berombak deras.

“Mel call Muaz cepat Mel. Bang bacakan Syahadah kat telihnga atuk bang. Uda ikut  De..” Uwais  memabcakan Syahadah ketelinga datuknya perlahan dan teratur suaya datuknya dapat mengikuti apa yang diucapkan. Kelihatannya  Haji Mohd Noh menggerakkan bibirnya mengikuti apa yang dibisikkan ditelinganya.

“Sebut Allah De..Allah..Allah”.Dada Haji Mohd Noh yang berombak deras makin lama makin perlahan pergerakanya. Dahi nya merenek peluh dan ketika itu Muaz sampai hanya berkain pelikat dan berbaju Melayu.

“Mak..kenapa dengan ayah mak”.

“Ajar ayah baca syahadah Muaz cepat”. Muaz mendekat dan membisikkan Syahadah ketelinga ayah saudara merangkap ayah tirinya juga. Bila sudah tiada pergerakkan didadanya Muaz mula memeriksa pernafasan ayah tirinya. Jari telunjuknya didekatkan kehidung ayahnya.

“Mak rasanya ayah dah tak ada mak”.Mendengar kata-kata Muaz, Emil dihujung kaki ayahnya mula teresak.

“Ma sabarlah ma..tak baik menangisi sesuatu milik Allah ma..Semuanya milik Allah, kita hanya peminjam, kalau Allah nak ambil redhakan sahaja”.  Uwais menyabarkan mamanya.

“Rasanya baru sangat ayah pergi ni atuk pula bang”.

“Sabar ma..tu dugaan mama, kalau mama sabar dan redha mama dapat pahala. Kerana mama tak menafikan hak  Allah.”

Muaz bingung, Emil bingung, Hajjah NorIza juga bingung…tidak tahu apa yang mahu dilakukan dulu.

“Bang apa kita nak buat ni bang”.Tanya Muaz pada anak buahnya yang juga termangu. Pemergian Haji Mohd Noh memang tidak dijangka itu yang mereka rasa sangat tidak percaya. Yang demam berhari-hari adalah isterinya tetapi yang pergi suaminya pula tetapi itulah percaturan Allah.

“Nanti abang cuba call Pian”. Uwais menekan nombor sahabat baiknya.

“Helo Assalamulaikum Pian!!..aku ni Uwais”.

“Kenapa Is, pagi lagi kau call..kau ingat aku tak bangun subuh ke?”. Sofian yang tidak tahu apa yang menimpa sahabatnya mula bergurau. Sememang itu kebiasaan mereka jika dapat berhubung atau pun bertembung.

“Pian! atuk aku meninggal.. apa nak buat”.

“Haa..Bila atuk kau meninggal tak dengar dia sakit pun”.

“Ni baru sekejap ni tak sampai pun 10 minit..tapi aku tak tahu nak buat apa”.

“Pertama sekali kau kena bagi tahu pihak hospital untuk mengesahkan kematiannya. Nanti diaorang datang buat pengesahan.
Kedua, kau kena buat repot kat balai polis, bawa sekali surat yang pihak hospital bagi. .
Ketiga, kau kena bagi tahu orang surau. Kau Tanya pak long kau, dia ada masuk mana-mana kairat kematian tak, nanti diorang akan sediakan semuaya untuk menguruskan jenazah. Dan yang last jangan lupa call papa kau. Diakan kecik hati masa ayah meninggal kita tak bagi tahu dia”. Uwais memberi tahu pak longnya apa yang diberi tahu oleh Sofian tadi. Hajjah NorIza pula bila dirinya sudah di alam nyata barulah meminta Emil menghubungi adik-adiknya..

“Mel call adik-adik Emil bagi tahu”.

“Baik mak ngah.” Kemudian Emil menghubungi semua orang yang bersangkutan dengan Haji Mohd Noh. Termasuklah anak-anak Hajjah NorIza. Hajjah NorIza pula mula menyusun segala perabut untuk memudahkahkan para penziarah untuk menzirahi jenazah suaminya. Melihat emak tirinya berkerja keras Emil melarang.

“Mak ngah dah lah tu nanti Uwais yang buat, demam  mak ngah  baru baik, nanti demam semula dah lah pergi dudu dekat ayah bacakan Yassin atau sekurang-kurang bacakan surah Al-Ikhlas untuk ayah. Tu ayah pun tak bertutup lagi. Mak ngah ada kain batik lepas ke?kat mana biar Emil ambilkan”.

“Ia tak ia pula Mel..hati bingugng sampai tak tahu apa yang kita buat. Nanti mak ngah ambil”.  Hajjah NorIza kebilik mengambil kain batik lepasnya. Lama dia didalam bilik sehingga Emil mencarinya. Rupanya dia sedang menahan menangis. Diurutnya dada berulang kali. Melihat keadaan emak tirinya Emil meluru dan memeluk lalu menyabarkan tetapi dia juga turut menangis.

“Tak sangka ye Mel ayah dah tak ada..agaknya teruk sangat ayah jaga mak nagh demam ye Mel”.

“Sabarlah mak ngah..janganlah menangisi yang telah pergi. Ayah pergi bukan teruk jaga mak ngah demam dia pergi sebab janjinya dah sampai mak ngah. Jangan menangis ye..kalau mak ngah menangis Emil ikut menangis.”.

“Mak ngah tak nak menangis tapi air mata ni tak nak berhenti keluar Mel. Mungkin dah lama sangat air mata mak ngah ni tak keluar itu yang banyak sangat, tak boleh nak berhenti Mel”. Bergoyang badan dua wanita yang menahan sebak kerana ditinggalkan. Mereka redha dan tidak meratap pada yang telah pergi namun sedih yang menderu tidak mampu membendung air mata dari keluar.

Tersebar sahaja pemergian Haji Mohd Noh ketelinga jiran tengga dan juga kenalannya menderu mereka datang berziarah.Tidak ketinggalan cikgu Latif bersama emaknya Puan Rabiah.Yang sebenarnya yang wajib bagi setiap umat Islam menziarahi orang sakit dan orang meninggal. Dari Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, Kewajipan orang Islam kepada orang Islam yang lain ada lima perkara:  menjawab salam, melawat orang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri jemputan dan mendoakan orang bersin.

Puan Rabiah mendatangi Emil dibilik ayahnya. Kelihatan Emil husyuk membaca Yassin. Perlahan Puan Rabiah menghapiri lalu duduk dihadapan Emil. Bila Emil mengangkat wajah kelihatan wajah sembab bekas menantu kerana menangis.

“Ehh emak..dah lama mak sampai?” Emil melepaskan buku Yassin kecil kepangkuanya lalu menghulur tangan bersalaman dan mencium tangan bekas ibu mertuanya. Tidak kira apa setatus kita pada yang lebih tua, mereka wajib dihoirmati. Biar pun yang menhulur salam itu adalah musuh kita, itu adalah adat orang Melayu. Yang tua perlu dihormati. Tetapi Emil tidak menganggap bekas ibu mertuanya adalah musuhnya.

“Baru saja..tunggu Latif habiskan waktu dia mengajar...itu yang lambat sikit. Sabar ye Mel”.

“Terima kasih mak”.

“Bila nak kebumi?”

“Mugkin lepas zohor..nak tunggu kejap kalau ada adik-adik saya sampai ..kalau lepas zohor tak sampai juga Muaz kata nak terus kebumi saja”.

“Eloklah tu tak elok tunggu lama sangat kesian arwahnya”.

“Sambunglah Ngaji..mak nak keluar cari emak tiri kamu”.Emil meneruskan bacaan Yassinnya.

Seperti yang dirancang selepas waktu Zohor jenazah Haji Mohd Noh diusung keperkuburan. Semua anak-anak dan anak-anak tiri almarhum pulang untuk menziarahinya buat kali terakhir. Hanya Syukri tidak dapat pulang kerana isterinya tidak dapat bercuti segera kerana kekurangan kakitagan ditempat kerjanya.

Dalam perjalanan pulang Hajjah Rabiah menyuarakan apa yang ada dihatinya.

“Tif yang mana satu suami Emil tak nampak pun, yang mak tenguk dia asyik berkepit sahaja dengan Uwais dan adiknya Gary sahaja.

“Suami Emilkan dah meninggal. Baru enam bulan lepas”.

“Ia ke..kamu tak pergi ke masa dia meinggal..mak tak dengar pun kamu pergi masa dia meninggal..kalau kamu bagi tahu mak, nakjuga mak pergi ziarah”.

“Abang terlupa nak bagi tahu, dah selesai kebumi baru dia call saya”.

“kesian Emil..kuat juga dia tu emak tenguk..”.

4 comments:

  1. Alhamdulillah perubahan Emil yg amat mwmbanggakn. Tabah Dan redha. Tak lagi mementingkn harta.
    Dulu pn rabiah slalu aja sakit2 hanya nk mengacau rumahtangga Emil dgn cikgu Latif anaknya.. tp panjang pylak umur dia.
    -dibah-

    ReplyDelete
  2. Makteh, teruskan penceritaan. Semoga Emil kembali kpd cikgu Latif. Yelah masing2 dah berubah dan melalui kehidupan yg berbeza. Harap2 kasih bertaut semula.

    ReplyDelete
  3. Betul dibah. Puan Rabiah buat2 sakit nk buktikan zila je yg blh jaga dia.
    Harap Emil tak begitu mudah trm Cikgu Latif. Biar pjg lg cerita. heheh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. La ni baru dia tahu perangai zila sebenar.
      Moga Emil sentiasa bahagia dgn hidupnya.
      -dibah-

      Delete