“Emil
sesekali kita kena juga dengar keluhan anak..apatah lagi anak Emil hanya abang
seorang. Terima ye lamaran emak Latif tu”.Sebagai jawapan Emil hanya mengangguk
setuju.
“Alhamdullilah..semoga
Emil mendapat keberkatan didunia dan akhirat. Mak ngah doakan dengan jodoh Emil
kali kedua dengan Latif, Emil dapat kebahagiaan hingga kehujung nyawa”.Emil
menekupkan tangan kewajahnya dia menangais menahan sebak. Hajjah NorIza datang
kepada Emil dan memeluknya sambil memberi sedikit nasihat lagi.
“Dah
lah yang lepas jangan dikenang jadikan ia satu pengajaran.Yang lepas tu mungkin
Allah nak ingatkan kita tentang kesalahan kita yang kita tak sedar”.
Malam
itu secara sembunyi Hajjah NorIza menghubungi Uwais untuk menyampaikan
persetujuan mamanya.
“Assalamualaikum!!
Bang ni nenek ngah ni”.
“Walauikumsalam
kenal abang kenal sangat suara nenek.Suara nenek dalam telefon macam suara anak
dara nek merdu menusuk kehati. Ada apa nek..berdebar-debar abang ni”.
Berdebar
kenapa..berdebar dengar suara nenek yang lembut ke..nenek rasa abang ni dah ada
buah hati kot itu yang tersilap dengar suara nenek macam suara anak dara”.
“Entahlah..nek
biar abang call nenek” Belum sempat Hajjah NorIzah menjawab talian diputuskan. Tetapi
tidak beberapa minit kemudian telefon Hajjah NorIza berdering
“Kenapa
bang.tak sempat nenek nak cakap abang dah putuskan line..kata suara nenek macam
suara anak dara. Ni baru cakap sikit abang dah jemu nak dengar.”.
“Bukan
jemu nek tapi line abang line antarabangsa nanti lajuduit nenek kena telan. Abang ni berdebar
debar bila nenek call abang ni..ada apa-apa yang tak kena kata rumah ke nek”.
“Taklah..debar
abang tu mungkin debar gembira”.
“Gembira
kenapa nek..abang yang nak gembira.. ke nenek yang nak gembira.”
“Abang
lah tak kan nenek, hissy mengarut sahaja abang ni..Abang tentu gembira sebab mama
abang dah pinangkan sorang anak dara untuk abang, abang setuju ke?”.
“Tak
mahu nek.. tak mahu..abang nak mama tu nikah dulu dengan papa..abang tak suka
papa atau mama kekok bila menyambut tangan tetamu bersalaman dengan mereka masa
majlis abang nanti”.
“Tak
lah nenek gurau sahaja..tapi ni memang berita gembira untuk abang. Mama abang
dah setuju nak nikah balik dengan papa abang..”
“Betul
ke nek..abang dah melompat dah ni tapi baru sekali lompat. Nanti bila abang
terlompat-lompat macam kera kena
belacan..nenek kata gurau pula tak berbaloi sungguh.”
“Perkara
macam ni nenek tak gurau. Beri tahu papa cepatlah suruh nenek papa abang datang
untuk tentu kan tarikhnya. Nenek suruh cepat sebab takut mama abang ubah
fikiranya pula”.
Putus sahaja talian dari nenek ngahnya, Uwais
menghubungi neneknya yang seorang lagi.Tujuan utama hanya untuk menyampaikan
persetujuan mamanya. Sememangnya tidak berlengah Hajjah Rabiah terus sahaja
mengajak anak lelaki tunggalnya kerumah bekas bapa mertuanya untuk menetapkan
tarikh nikah.Terpinga-pinga Abdul latif mendengar penerangan emaknya rasa tidak
percaya pun ada. Bertahun dulu puas dia merayu bekas isteri untuk dia kembali
kepangkuanya, tetapi tidak Berjaya.
Mungkin untuk mengelak diri dari dirayu akhirnya Emil bernikah bersama lelaki
lain. Sejak itu dia tidak mengharap lagi.
Tetapi sekarang ini rebut tidak hujan pun
tidak tiba-tiba emaknya mengatakan Emil bersetuju bernikah dengannya. Dalam hatinya tertanya
bila agaknya emak pergi berbincang dengan Emil atau Emil yang menghubungi emak
mahu kembali kepada nya, setelah kematian suaminya cikgu Nassir. Tapi jika kenyataan kedua itu rasa sangat
mustahil..Takut sungguh itu hanya ilusi. Berkali-kali dia mencubit pehanya
untuk menyatakan dia dalam sedar. Puas dicubit sebelah kiri terasa sakitnya
dicubitnya pula sebelah kanan.Namun sememangnya dia di alam sedar.
“Tif apa yang termangu-mangu ni Tif, emak
cakap kamu dengar tak?”
“Dengar
mak tapi betul ke? apa yang emak cakap ni”.
“Betul
Tif. Mak baru cakap dengan Uwais dia telefon emak baru sekejap ni tadi..Uwais
yang cakap dengan emak, mamanya setuju nikah balik dengan kamu..kalau tak
percaya cuba telefon balik abang tu. Kok manalah tahu emak salah dengar tadi”.
Hajjah Rabih menuturkan sepatah-sepatah semoga anaknya memahami apa yang cuba disampaikan.
Tadi usai solat Isyak cikgu Latif cepat masuk
kebilik tidur. Niat hatinya hendak tidur awal sementalah dia sudah tiada aktivi
mengajari anak-anak. Entah mengapa dia mudah keletihan sejak akhir-akhir ini
mungkin faktur usia yang sudah meningkat. Ketika matanya sudah layu-layu hendah
tidur.Tiba-tiba bergoncang pintu biliknya diketuk. Dia tahu siapa yang mengetuk
pintu.. emaknya, kerana sememangnya
mereka hanya tinggal berdua sahaja dirumah itu.Tiga orang anaknya duduk berasingan dengan mereka. Anaknya yang tua duduk
diKuala Lumpur mencari kehidupanya sendiri sementara menunggu hari
gaduationnya, manakala yang kedua dikolej kejururawatan di Alor Star Kedah dan
anaknya yang kecil di asrama. Bingkas dia bangun dan terjun dari katil untuk
mengetahui mengapa emaknya begitu kalut mengetuk pintu biliknya. Cikgu Latif
mengatakannya begitu dari cara emaknya mengetuk pintu.
“Tak
adalah.. bukannya macam tu saya hanya terkejut sahaja dengan persetujuan Emil”.
“Kamu
tak suka ke dia setuju nikah dengan kamu”.
“Suka
mak.. suka sangat..ni berkat doa emak terbuka juga hati dia untuk saya balik. Terima
kasih mak.” Hilang malu cikgu Latif dengan semanyum lebar nya lalu memeluk
emaknya kejap. Lama pelukkan tidak dilepaskan rupanya dia sebak dan menahan
esak kerana gembira.
“Eiss
kamu ni Tif kenapa pula menangais..emak tak paksa kamu nikah balik dengan Emil,
kalau kamu tak suka tak payahlah kita pergi. Jangan kamu menangis pula nak
tunjuk kamu tak suka”.
“Suka
mak saya suka”. Cepat jawapan yang kelaur dari mulut cikgu Latif. Takut pula
nanti emaknya membatalkan apa yang telah diperkatakan
“Habis
yang kamu menangis kenapa?.”
“Saya
gembira mak, saya yang sebetulnya dah putus asa dengan penerimaan Emil tak
sangka saya masih ada harapan hidup dengan dia balik...bila kita nak pergi
rumah Emil ni mak.”
“Kata
Uwais tadi cepat pergi tetapkan tarikh.. takut mamanya ubah fikiran pula”.
“Ialah
mak esok lepas balik mengajar kita pergi ye mak”. Lemah rasa lutut Latif
mengingatkan persetujuan Emil, namun
hatinya sudah berdendang bahagia.
Keesokkan harinya usai solat Asar mereka
sudah bertolak. Ketika mereka sampai dia disambut dengan rasa terkejut Emil.
Emil juga baru pulang dari sekolah, baru duduk diruang tamu untuk menghilangkan penat. Bila
kedengaran orang perempuan memberi salam seakan kenal pula suara itu. Emil
menjengah keluar rumah. Kelihatan sebuah kereta WAJA terpakir dihadapan rumah berdiri
disisi kereta bekas emak mertuanya. Sambil menyambut salam sambil Emil membuka
pintu grill rumah..
“Ehh
emak..masuk mak..kenapa….” Tidak sempat
habis pertanyaanya mendengar pula laungan emak tirinya didalam rumah.
“Siapa
Mel..Seha ke..kenapa dia datang..”
“Bukan
Seha mak..emak….” Tidak habis juga perkataan Emil bila melihat bekas suaminya keluar
dari bahagian pemandu.. cepat dia hendak menghindarkan diri, namun cepat juga
Hajjah Rabiah menangkapnya lalu didakap erat.
“Terima
kasih Mel..terima kasih kerana masih sudi terima Latif semula..” Terkedu Emil tiga kali terkedu pula
tu. Terkedu melihat bekas suami datang, terkedu juga menerima dakapan bekas
emak mertua dan terkedu menerima ucapan terima kasih dari bekas emak mertuanya.
Tapi yang kelaur dari bibir Emil..
“Mak..Emil
baru balik sekolah belum mandi lagi ni mak”.
“Tak apa
Mel emak cium wangi sahaja lagi ni”. Terus sahaja hidung emak mertuanya hinggap
kepipinya. Terkejut sungguh Emil dengan
tingkah bekas emak mertuanya. Kata orang tu terkejut beruk tapi ini memang Emil yang
terkejut bukan beruk yang terkejut. Mahu sakit jantung secara tiba-tiba bila
Emil diserang dengan gangguan emosi hari itu. Tetapi mulut nya terus sahaja
menyuruh tetamunya masuk kedalam rumah.
“Masuklah..masuklah”.
Tidak kira siapa pun yang datang jika datang secara baik ..dia dikira sebagai tetamu
dan mereka wajib dihormati. Bila soalannya tidak berjawap Hajjah NorIza mencari jawapan
sendiri. Dia keluar keruang tamu mencari
kepastian.
“Oh
kak Yah..oh! Latif pun ada mehlah duduk. Udah solat saya baring tadi sambil
tunggu Emil balik..nak ajak makan sama tapi lambat pula Emil balik hari ni”.
Hajjah NorIza berbasa basi meramah kan diri.
Emil menuju kedapaur untuk membuat sedikit
minuman. Di lihat diatas dapur mak ngah nya sudah bersiap dengan makan malam
yang agak istimewa juga. Terdetik dihati Emil mak ngah tahu kah yng mereka
hendak datang. Adakah mereka berpakat. Rasa menggigil badannya kerana marah.
Agak lama Emil didapur Hajjah NorIza mencarinya didapur.
“Mel
meh lah keluar emak Latif dengan Latif tu nak bincang dengan kamu tu..dah
tinggalkan dulu meh kita keluar”.
“Mak
ngah tahu ke mereka nak datang”.
“Tahu..ingatkan
dia orang datang tengahhari, itu yang mak ngah masak tu”.
“Kenapa
mak ngah tak cakap dengan Emil”.
“Emil
kan pergi sekolah..emak Latif telefon tadi pukul sepuluh. Lagi pun ingatkan dia
beri tahu kamu”.
“Diaorang
datang nak apa mak ngah”.
“Entahlah
mak ngah pun tak tahu..hanya emak Latif
kata dia nak datang sahaja pagi tadi”. Tadi rasanya dia hendak marahkan
emak tirinya tapi bila soalanya dijawab dengan jujur oleh Hajjah NorIza, Emil
tidak jadi marah. Dia melihat riak wajah mak ngahnya seperti dia juga tidak
tahu tujuan bekas-bekas nya datang. Emil keluar menatang dulang dan seteko air.
Manakala Hajjah NorIza membawa sebekas keropok Kelantan yang digoreng oleh
Emil.
“Mel
kenapa susah-susah Mel, emak datang ni nak tetap kan tarikh meh lah duduk
sini.” Rasa bagai mahu terlepas dulang yang ditatang bila mendengar apa yang apa
tag keluar dari mulut bekas emak
mertuanya. Begitu cepatkan persetujuannya sampai ketelinga mereka. Rasa nya
baru semalam dia mengaku bersetuju untuk menerima cikgu Latif dihadapah Hajjah
NorIza. Kini persetujuan sudah diketahuinya
pula oleh bekas emak mertuanya siapakah yang menyampaikan persetujuannya. Bila
melihat wajah bekas menantu yang berkerut dan memandang kearah emak tirinya
terus sahaja Hajjah Rabiah menerangkan.
“Uwais
yang bagi tahu emak malam tadi, dia kata Emil setuju nak terima Latif
semula..tu yang emak datang cepat-cepat nak tentukan tarikh..Emak gembira Mel..terima
kasih ye kerana maafkan emak”. Mendengar suara penuh harap bekas emak mertunya
hati Emil tidak jadi mahu memberontak..jika dia membentak mungkin mendatangkan
malu pula nanti. Memang benar Emil sekarang sudah lain, Emil sekarang sudah
pandai untuk menjaga perasaan orang lain dan Emil sekarang adalah seorang yang
lembut hati.
“Kalau
macam tu emak bincanglah dengan mak ngah apa-apa keputusan Emil terima”.
“Betul
ke ni Mel..kalau macam tu meh lah kita berbincang Zah..perkara yang baik ni tak payah nak
tangguh-tangguh”. Mereka meneruskan perbincangan manakala Emil masuk kebiliknya. Di bilik dia
menghubungi anak bujangnya. Dia membiarkan emak tiri berbincang bagi pihak
dirinya.
“Abang
abang tengah buat apa tu”. Tampa salam Emil terus bertanya anaknya dihujung
talin. Bagi Uwais dia tahu mamanya sedang dilanda angin tak baiknya bila tampa
salam menyergah dirinya.
“Abang
tengah tak buat apa ma..abang dalam bilik abang ni. Semua operasi diberhentikan
sebab angin tengah kuat ni”.
“Bahaya
tak bang”. Lembut sedikit suara Emil bila membayangkan anaknya dalam sitiuasi
tidak elok.
“Tak
ada lah ma..hanya kita tak boleh nak buat kerja sahaja”.
“Habis
kapal tu tak bergoyang-goyang ke”.
“Ma..kapal
ni tak bergerak ma..di ada tiang sampai
dasar laut..mama jangan bimbang. Ma mama call kenapa ada apa tak kena kat rumah
ke ma”.
“Ohh”.
Emil baru tersedar tujuan asal mengapa dia menguhubungi anak bujangnya.
“Bang..siapa
yang bagi tahu abang, tentang mama setuju nikah balik dengan papa”.
“Nenek
Ngah..” Belum habis anaknya berkata-kata Emil memintas…
“Ohh
abang berpakat dengan nenek ngah ye…Abang suka ugut mamakan..nak berhenti
kerjalah tak nak kahwin lah..ingat mama boleh terima ke rancangan abang tu..lepas
tu suruh papa datang dengan nenek nak tentu kan tarikh konon. Nenek ngah ni pun
nak kena dengan mama”. Marah Emil dihujung talian dia sememng tidak dapat
menerima apa yang dilakukan oleh Uwais dan Hajjah NorIza.
“Mama
janganlah marah nenek ngah. Dia cakap dengan abang jangan hantar surat berhenti
kerja sebab mama dah setuju nikah balik dengan papa. Dia sebenarnya terkejut
bila along kata abang nak berhenti kerja. Jadi sebelum abang hantar surat
berhenti, dia call abang bagi tahu persetujuan mama. Yang suruh nenek dan papa datang..
abang. Sebab abang rasa teruja sangat mengingatkan kita dapat berkumpul semula
dalam satu rumah. Ma selama mama bercerai dengan papa. Mama kahwin dengan ayah
bila abang balik rumah ayah abang nampak mama dan ayah bahagia sangat, bergelak
ketawa bergurau senda dimeja makan, makan pun berselera. Tapi bila balik rumah
papa, muka mak cik Zila masam, papa pun selamba menyuap makanan yang macam tak ada
rasa. Abang tahu papa tak gembira. Ni sekarang ni ayah dah taka da..balik rumah
papa makcik Zila pun dah tak duduk dengan ayah, abang rasa macam suram sahaja
dunia abang. Jadi abang nak suasana gembira dalam keluarga kita. Abang yakin
kalau kita bersatu dibawah satu bumbung kita akan bahagia macam keluarga orang
lain.”
“Dulu
papa yang tak setia dengan mama”.
“Papa
terpaksa ma..dia anak yang baik dan sedar syurganya dibawah tapak kaki
ibunya..nenek ada cerita dengan abang hari tu hari dia datang rumah kita
sebelum abang naik kapal dia kata dia yang paksa papa nikah dengan makcik Zila,
kalau papa tak turutkan kata dia papa jadi anak derhaka. Tapi sekarang nenek
dah menyesal bila nampak papa tak bahagia bila dipaksa kahwin dengan mak cik
Zila.
…Diapun
sedar sebab apa mama tak mahu jaga dia…sebab dia pun tak nak jaga ibu mertuanya
dulu. Allah dah balas bila menantunya pun tak nak duduk dengan dia. Tapi
sekarang dia tak mahu papa menderita kerana kesalahan dia. Maafkanlah nenek
ma..maafkan lah papa. Dan bagi lah abang rasa hidup sebumbung dengan papa dan
mama. Rasanya dulu sekejap sangat abang dapat merasai kasih sayang papa dan
mama. Rasanya sekejap sangat kita berkumpul dibawah satu bumbung”. Bila Uwais
mendiamkan diri….
“Habis
yang abang tak nak kahwin”.
“In
Syaa Allah lepas mama nikah dengan papa, abang akan cari calon. Abang nak
diraikan oleh mama dan papa yang dah ada ikatan sah..nanti mama dengan papa tak
kekok melayan tetamu masa majlis abang”. Anaknya memang licik memaksanya dalam
kelembutanya. Tapi diakui Uwais mempunayi sifat papanya dan dia juga memiliki
sifat keras hati dirinya.
“Kalau
mama tak nak balik pada papa..Abang serius ke nak berhenti kerja ..kenapa?”.
“Bila
ayah dah tak ada atuk pun tak ada..mama adalah tanggug jawab abang sepenuhnya.
Mama tak ada mahram lain selain abang ma. Abang lebih pentingkan keselamatan mama.
Abang tak boleh nak harapkan pak long, dia bukan mahram mama. Abang tak nak
susahkan dia..kalau mama terpaksa tumpang rumah dia. Tapi mama jangan susah
hati abang memang rela hati, jaga mama, melindungi mama sebab itu memang
tanggung jawab abang. Abang tak rasa terbeban dengan tanggung jawab abang ni.
Syurga abang dibawah tapak kaki mama. Tentulah abang jaga dengan sepenuh hati
abang”.
Jika sampai disini tak apa ke, kiranya
jadilah Emil nikah dengan Abdul Latif..takut mak teh tak sempat nak sambung.
Terima kasih ye kerana sudi membaca
kemudian memberi semangat dengan komen-komen anda. Hanya mak the nak
menyampaikan kalau kita berbuat baik kita akan dibalas baik. Biar pun selalu
digambarkan emak tiri tidak disukai oleh anak-anak tirinya. Tetapi In Syaa
Allah kalau kita baik dengan anak-anak tiri, mereka juga akan baik kepada kita
dan boleh menjadi seperti anak sendiri juga. Tetapi hakikatnya emak/bapa tiri
dan anak tiri adalah mahram sampai akhirat. Tidak seperti ipar mereka mahram
sementara, berpisah kita dengan saudaranya kita halal pada mereka .
salam mak teh tq atas cerita ini tapi mcm tdk puas jika tdk selesai sehingga mama uwais menikah semula dgn papanya. Mohon sangat mak teh dpt sambung satu atau dua bab lagi ya mohon sekali. TQVM
ReplyDeleteJgnle stop disini Cik teh. Akak nk reaksi Emil dn reaksi cikgu Latif nk nikah serta penerimaan 3 org anak cikgu Latif.
ReplyDeleteJodoh uwais dgn sale pulak?
Gembira Sgt cikgu Latif kan ni nikah semula dgn emil.
-dibah-
Ye la mak teh. Sambung la lagi. Tak kisah kalau mak teh nak ambik masa pun. Pembaca setia menanti.
ReplyDeleteSaya setuju dgn cadangan pembaca yg lain supaya makteh sambung lagi. Terima kasih makteh.
ReplyDeleteSaya sokong semua pendapat di atas. Tak seronoklah berhenti di sini sahaja. Rasa ternanti-nanti nak tahu selanjutnya. Sambunglah lagi mak teh sampai uwai kahwin.
ReplyDeleteK.Mid