“Asalamulaikum..apa
khabar..lama Dayah tak call paman”.
“Walaikumsalam..baiik.
Dayah pun apa khabarnya..sibuk ya itu yang terlupa pada paman”.
“Memang
sibuk, tapi Dayah tak lupa pada paman. Kalau dah terlalu sibuk..bila ingat nak
call tapi disana hari dah jauh malam paman, itu yang tertangguh-tangguh. Ni
Dayah call tak ganggu paman nak pergi kerja ke ni”.
‘Terdapat perbezaan
matlak yang jauh diantara Malaysia dan Arab Saudi. Perbezaan waktu antara
kedua-dua negara ialah lima jam'.
“Hari
ni paman pergi kerja awal sedikit. Paman sudah sampai kekantor..tapi sedang
menunggu bapaknya bersiap katanya mahu ke lapangan terbang. Ada apa sih call
paman ni.”.
“Dayah
nak minta tolong dengan paman. Dayah kan cerita dengan paman hari tu..papa
Dayah dah meninggal..jadi nya nanti musim haji yang akan datang ni, Dayah nak
minta tolong paman buatkan haji dan umrah untuk arwah papa Dayah. Sekarang ni Dayah
ada pegang duit gaji terakhirnya, boleh ye paman upahkan haji untuk papa Dayah.”
“In
Syaa Allah.. Paman pun mahu keMekah tiga hari lagi, mahu mengantarin bapaknya
kesana.. sambil itu boleh buat umrah sekali”. Paman Dayah bekerja sebagai pemandu
disebuah Syarikat dari Malaysia di Jeddah. Jarak perjalanan antara Jeddah dan
Mekkah lebih kurang 75 km.(ambil dari google).
“Kalau
macam tu boleh tak paman buat kan dulu umrah untuk papa Dayah”.
“In
Syaa Allah. Boleh saja tidak ada ruginya buatkan umrah untuk orang lain, kalau
kita sudah menunaikan umrah wajib kita...sebab paman juga dijanjikan pahala
untuk umrah yang paman kerjakan.”
“Kalau macam tu Dayah
akan masukkan duitnya tenghari ini..boleh paman SMS kan nombor akuan bank paman”.
Pada perbualan Nur
Hidayah dan pamannya dibahagian ini Tengku Faridah tersaksikan dirumahnya..Hatinya
mula berteka-teka. Yang sebenarnya dia keluar rumah sekejap kerana mahu
menyedut udara bersih. Dia merasa sesak dada bila melihat perilaku dan perbualan
antara Tengku Farid dan Nur Hidayah sebentar tadi. Dia juga sebak melihat rasa
sedeh dan kerinduan Hidayah pada papanya baru dapat dilepaskan..
“Jangan tergesa-gesa esok
pun boleh”.
“Tak apalah paman
sekarang diMalaysia sudah nak masuk waktu makan tengahari. Lagi pun duit ditangan
ni panas, syaitan berbisik menyuruh yang tak masuk dik akal sahaja...”. ha ha ha
dua hamba Allah di dua benua yang berlainan ketawa gembira. Gembira dapat
berhubungan nan meluah rasa dihati masing-masing.
“Bagaus lah kalau begitu Dayah..
akan paman ushakan sebaik mungkin ya”.
“Terima kasih paman
Asalamualaikum..jaga diri baik-baik ye
paman”.
“Walaikusalam, Dayah pun
jaga diri baik-baik ye”.
Hatinya
jadi tertanya-tanya dengan siapakan Nur Hidayah bercerita dan bergelak ketawa. Wajah Nur Hidayah nampak sungguh ceria walaupun selepas perbualan ditamatkan. Dengan siapakah Nur Hidayah mahu memberi duit gaji terakhir anaknya Tengku Faris. Sehingga selesai solat
Zohor hati Tengku Faridah sudah tidak tahan lagi dengan pertanyaan yang menujal-nujal tangkai
hatinya. Peperangan ingin tahu dalam hatinya mahu dilepaskan dengan segera. Lalu dia
menghubungi cucu lelakinya untuk menyiasat.
“Assalamualaikum
Farid..nenek nak minta tolong Farid ni”.
“Tolong
apa nek..Farid kena datang rumah nenek ke..”.
“Tak..tak
payah.. Tadi nenek ada tertenguk Hidayah cakap dalam telefon dan nenek dengar
Hidayah minta nombor akuan seseorang, nenek rasa dia nak bagi duit papa Farid
tu pada orang tu lah Farid”.
“Tak apa lah nek, duit yang kita bagi tu dah jadi hak dia, kita tak boleh nak mempertikaikan
pada siapa dia nak bagi”.
“Ialah
memang betul Farid cakap tu, tapi kalau dengan duit papa tu dia buat kerja yang
tak elok nanti, papa yang dah kat dalam kubur dapat tempiasnya juga”
“Nenek
jangan buruk sangka dengan Hidayah nek..dia tak akan buat perkara tak baik”.
Inilah masaalahnya jika suka mengintip perbuatan orang, diri sendiri yang jadi
tertanya-tanya dan berburuk sangka. Sedang kan berburuk sangka itu satu berdosa
ia umpama fitnah juga...itu detik hati Tengku Farid bila mendengar cerita neneknya..tapi salah dia juga kerana
bersetuju dengan cadangn datuknya memasang cctv dibilik Nur Hidayah.
Allah Ta’ala berfirman.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا
“Hai orang-orang yang
beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, karena sesungguhnya sebagian
tindakan berprasangka adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan
orang lain” (Al-Hujurat : 12)
Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda.
إِيَّا كُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيْثِ وَلاَ تَحَسَّسُوا وَلاَ تَجَسَّسُوا وَلاَ تَحَاسَدُوا وَلاَتَدَابَرُوا وَلاَتَبَاغَضُوا وَكُوْنُواعِبَادَاللَّهِ إحْوَانًا
“Berhati-hatilah kalian
dari tindakan berprasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah sedusta-dusta
ucapan. Janganlah kalian saling mencari keburukan orang lain, saling
inti-mengintip, saling mendengki, saling membelakangi, dan saling membenci.
Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara” (Riwayat Al-Bukhari no. 6064 dan Muslim no. 2563 )
Dalam ayat ini terkandung
perintah untuk menjauhi kebanyakan berprasangka, karena sebagian tindakan
berprasangka ada yang merupakan perbuatan dosa. Dalam ayat ini juga terdapat
larangan berbuat tajassus. Tajassus ialah mencari-cari kesalahan-kesalahan atau
keburukan atau aib orang lain, yang biasanya merupakan kesan dari prasangka
yang buruk.
“Bukan
nenek buruk sangka, hanya nenek nak tahu pada siapa dia bagi duit papa Farid
tu..kalau dia bagi pada orang baik tak apalah, dapat papa Farid pahala..ni
kalau dibuatnya dia bagi pada orang jahat kesian papa Farid tak dapat apa dengan
duit gaji terakhirnya tu”.
“Nek
kalau duit tu kita dah bagi pada Hidayah, duit tu dah jadi hak Hidayah nek..kalau
pun dia bagi pada orang jahat sekali pun dah tak ada kena mengenanya dengan arwah papa lagi dah”.
“Ialah
tapi dengan duit tu dah mennyumbang pada perkara buruk.. perkara tak elok Farid..alah
bukan susah Farid tanya sahaja pada Hidayah..Farid pura-puralah nak pakai duit
tu secara tiba-tiba.. terdesak umpamanya..bukan nak ambil betul pun.” Kerana kasihankan
neneknya akhirnya Tengku Farid mengikuti lakunan yang diajarkan oleh neneknya.
Usai solat Zohor di kebilik adiknya. Seperti biasa bila pintu terkuak kelihatan
Nur Hidayah sedang tekun menjalankan tugasnya.
“Assalamulaikum
Hidayah..you makan kat mana tadi”.
“Tak
makan pun..”
“Hai..Tak
makan tapi keluar tadi pergi mana”. Kedengaran suara hairan Tengku Farid dengan tingkah adiknya.
“Abang
Farid nampak Dayah keluar ke”.
“Taak..tapi
waktu makan tadi abang tanya Fatihah you pergi mana.. kata Fatihah you dah
keluar”. Waktu makan tengahari di kebilik adiknmya tetapi biliknya kosong.
Detik hatinya mengatakan adiknya kesurau tetapi adiknya uzur. Dia kemeja PA nya
Nur Fatihah.
“Fatihah!
Hidayah pergi mana”.
“Dia
kata dia nak keluar sekejap”.
“Keluar
makan ke?..kenapa yopu tak ikut dia”.
“Entahlah
bos tapi dia tak ajak saya”.
“Ohh
oklah..” Itu ceritanya diwaktu makan tengahari tadi dia mengandaikan Nur
Hidayah keluar makan.
“Adalah..abang
cari Dayah ada apa”.
“Yang sebetulnya abang ada hajat ni”.
“Hajat
apa abang Farid…menakutkan sahaja abang ni berhajat bagai..” Mendengar
kata-kata abangnya Nur Hidayah menghentikan kerja nya, lalu memberi perhatian
pada abangnya yang masih tercegat memandang kearahnya. Seakan teragak-agak
sahaja tingkah lakunya.
“Duduklah
dulu..macam berat sahaja hajat abang tu, macam nak suruh Dayah kahwin sahaja
nampaknya..” Yang sebenarnya Nur Hidayah baru sahaja bercakap soal hati dengan seseorang semasa dia keluar tadi, itu sebabnya terkeluar penyataannya tentang nikah kahwin dengan abang yang masih tercegat dimuka pintu. Entahlah terasa berkeinginan juga dia mahu manamatkan zaman balunya yang sudah dijalani selama empat bulan. Terdetik juga sedikit harapan untuk dirinya
mencari pasangan.
“Ha
dah ada ke? Cakap dengan abang..tapi hajat abang ni tak ada kena mengena dengan nikahkahwin tapi memang berat… macam tak tercakap pula”. Yang sebenarnya memang
berat pada Tengku Farid, yang tidak pernah seumur hidupnya meminta duit dari
seseorang kecuali datuk dan neneknya. Dia menghulur duit pada orang adalah. Selama ini di tidak pernah
kesempitan malah rezekinya melimpah ruah. Sedari kecil huluran datok dan nenek
lebih dari cukup untuk kegunaannya seharian.
“Allah
dengan Dayah pun abang nak malu. Baru tadi cakap dengan Dayah kita hanya dua
beradik sahaja kat dunia ni dan abang adalah satu-satunya abang Dayah..Dayah
pula satu-satunya adik yang abang ada..dah apa dia hajat abang Farid tu”.
“Dayah! sebenarnya, abang nak pinjam duit papa
tu dulu..tiba-tiba abang nak guna duit pula, nak pergi bank malas pula..panas
sangat kat luar tu”. Terlopong mulut Nur Hidayah mendengar permintaan abangnya.
Tak disangka abangnya memerlukan duit yang sudah di hantar kepada ayah tirinya.
Duit dalam beg duitnya pula tak sampai seratus ringgit..
“Abang
Farid nak cepat pakai duit ke. Dalam beg Dayah ni ada tapi tak sampai pun seratus
ringgit..”
“Ehh
tadikan abang baru bagi duit gaji terakhir arwah papa..abang nak pinjam duit
tulah. Kenapa? Dayah takut abang tak pulangkan balik pada Dayah ke..abang janji
lusa abang bayar balik duit tu. abang nak pinjam sekejap
sahaja..sebab abang tak boleh nak pakai kad kedit abang.”
“Tak
ada nya Dayah nak takut pada abang Farid..Tapi yang sebenarnya macam ni, duit
tu dah tak ada pada Dayah..baru sekejap tadi Dayah masukkan bagi pada paman Dayah
yang kerja kat Mekkah. Dayah nak buatkan haji dan umrah untuk arwah papa bang”.
“Ehh
Dayah ada paman kat Mekkah..”.
“Paman
ni adalah suami arwah mama..masa mama kerja kat Mekah mama nikah dengan seorang
warga Indonesia yang kerja kat sana.. tapi sekarang ni paman Dayah tu kerja
kat Jeddah”.
“Ohh”…
“Tadi
bila abang Farid bagi duit gaji papa terlintas kat hati Dayah nak buatkan haji
untuk papa. Bila call paman dia kata dua tiga hari lagi dia nak ke Mekkah, jadi sebelum musim haji tiba, Dayah nak dia
buatkan umrah dulu untuk papa..semoga dapatlah papa pahala umrah dulu. Dayah ni
pun cepat sangat kalutnya, dengar sahaja paman Dayah nak ke Mekah cepat-cepat
Dayah masukkan duit itu.. lupa nak bincang dulu dengan abang Farid. Dayah minta maaf ye bang.. sebab tak bincang
dengan abang dulu, Dayah buat pandai-pandai Dayah sahaja..”. Tengku Faid terpempan
mendengar jawapan dari mulut adiknya. Dia sebagai abang dan anak lelaki tidak
pernah terfikir hingga kesitu, hatinya rasa terpukul.. dengan perlahan dia menyeru nama adiknya…
“Hidayaah..baiknya
adik abang ni”.
“Bukan
pasal baik bang, yang kita tahu menunaikan haji adalah rukun Islam yang kelima.
Wajib ditunaikan jika kita berkemampuan. Masa Dayah belajar kat sekolah ugama
dulu kata ustaz kalau dah rukun dia WAJIB bagi setiap hamba yang berkemampuan.
Kalau kita tak sempat nak tunaikan masa kita hidup..waris-warisnya boleh
mengupahkan haji untuk simati. Jadi Dayah sebagai anak merangkap isteri papa
wajib menunaikan, sebab Dayah rasa papa adalah orang yang berkermampuan. Kalau
tak ditunaikan akan menjadi dosa, dosa yang macam ni boleh ditebus kalau kita
menunaikanya .. Bang Dayah sayang papa
(Sampai pada perkataan ini Nur Hidayah sudah menekup kedua tanganya
kemukanya..dia menangis..dia melanjutkan bicaranya dengan suara
tertahan..kerana bersulam dengan esakkan) apa perkara yang boleh menghapuskan
dosa papa, sebolehnya akan Dayah ushakan..itu sebabnya Dayah buat untuk papa dengan duit
gaji terakhirnya. Biar papa buat Haji dan Umrah dengan duit gaji sendiri. Supaya
papa dapat memenefaat hasil titik peluhnya.” Tengku Farid juga sudah terduduk dikerusi
berhadapan dengan adiknya. Dia dan neneknya dirumah berbuat perlakuan yang
sama..menekup tangan dengan dua belah tanganya dan menangis seperti Nur Hidayah juga..Timbul rasa sungguh kesal dihati
Tengku Faridah dengan prasangka buruk yang bersarang dihatinya tadi terhadap
cucu perempuanya.
"Bahawa bapa saya
seorang yang telah tua, tidak berdaya menunaikan haji dan umrah, dan tidak
berkuasa mengikuti rombongan atau berjalan untuk mengerjakan haji atau
umrah." Rasulullah S.A.W. bersabda; "Tunaikanlan haji untuk bapamu
dan umrahnya sekali." ~ Riwayat Abu Daud & Tarmizi
Bagi orang yang telah
cukup syarat-syarat wajib haji tetapi tidak segera menunaikannya tiba-tiba dia
meninggal dunia, maka sangatlah besarlah dosanya, kerana boleh menyebabkan dia
mati sebagi seorang Nasrani danYahudi. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-
"Dari Ali r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Barang siapa yang ada
mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikannya ke Baitullah, tetapi
dia tidak menunaikan haji,maka tidak ada halangan ke atasnya jika dikehendaki
matinya sebagai yahudi atau Nasrani. Dan yang demikian itu, sesungguhnya Allah
berfirman dalam kitab-Nya (Al-Quran ) "Mengerjakan haji adalah kewajipan
manusia terhadap Allah, iaitu bagi orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke
Baitullah". (Riwayat - Turmizi)
“Kenapa Dayah menangis pula”.
"Kenapa abang juga menangis".
"Abang menangis sebab nampak Dayah menangis" Yang sebenarnya Tengku Farid menangis sebab rasa insaf melihat kesungguhan adiknya membantu papanya menghapus dosa.
"Kenapa abang juga menangis".
"Abang menangis sebab nampak Dayah menangis" Yang sebenarnya Tengku Farid menangis sebab rasa insaf melihat kesungguhan adiknya membantu papanya menghapus dosa.
“Sekarang
baru Dayah sedar papa dah tak ada kat dunia Dayah tak boleh nak tenguk muka
papa lagi. Entahlah abang Farid sekarang ni Dayah mudah rindu dengan
papa. Mungkin sebab dah lama tak nampak papa kot..Ehh dahlah bang.. dah dua kali abang tenguk Dayah menangis hari ni..”
Hidayah mengelap air matanya dengan belakang tanganya. Dia mula menceriakan
wajahnya..
“Bang!
tadi abang nampak Dayah makan ke bang”…
“Tidak
juga, bila dah waktu makan atuk ajak makan, dia suruh ajak you sekali..itu yang
abang cari. Tapi abang cari you kat bilik
tak ada..takkan you pergi surau pula, you kan tengah tak boleh solat.
Bila tanya Fatihah kata you dah keluar itu yang abang teka you pergi makan”.
“Ingatkan
abang nampak Dayah makan..Tadi memang Dayah keluar..pergi bank ..masukkan duit
papa tu. Masa Dayah keluar dari pintu bank, Dayah terserempak dengan Inspektor yang Dayah
jumpa masa hari Sabtu hari tu. Dia ajak Dayah makan..nak tolak rasa tak sedap
pula sebab dia tu kawan along masa kat Universiti dulu”.
“Emm
apa ceritanya, macam ada sesuatu sahaja..”.
“Ni
Dayah nak cerita dengan abang Farid ni”.
“Haa
ceritalah abang dengar”.
“Dia
kata, dia suka Dayah..dan emak ayahnya juga berkenan dengan Dayah”.
“Haa.. ni yang abang suka nak dengar ni. You nak tahu pandangan abang lah ni, kalau
abang terima sahaja..dia pun baikkan orang nya”.
“Macam
mana abang Farid tahu dia ni baik”.
“Ehh
dia kan kawan along tentu baik orang nya..tak kan dia berani buat tak tentu
dengan sepupu kawan dia, harus kena kerat lapan belas nanti."
"Ialah tu kena kerat..".
"Ialah tu kena kerat..".
“Apa
keputusan you nak terima ke..kalau terima cakap dengan abang awal-awal..senang
abang bincang dengan atuk dan nenek nak buat persiapan.”.
“Entah
lah bang..Dayah ada tanya dia, emak ayah dia tahu ke siapa Dayah ni. Dayah nak
dia ceritakan semua hal Dayah pada emak ayah dia, kalau emak ayahnya terima
dengan tak ada soal jawab baru Dayah terima. Kalau ada sedikit rasa ragu-ragu
Dayah tak naklah bang, nanti ‘belakang
hari’ kita juga yang susah”.
“Jangan
lah macam tu Dayah..jangan memilih sangat. Umur Dayah bukanya muda lagi. Dayah
dah 30 dah tahun ni”.
“Tak
apalah bang, Dayah tak suka berebut nak kahwin sebab umur, tapi akan
menyusahkan diri dan anak-anak yang bakal lahir. Biar Dayah macam ni, Dayah
susah hanya Dayah tanggung sorang sahaja”.
“Kalau
emak dan ayahnya terima you tampa ragu you terima ke?”.
“Itu
pun bergantung juga pada keadaan..”
“Ikut
youlah. Tapi pada abang kalau ada yang baik dan boleh dijadikan tempat
berlindung kahwinlah.. abang akan sokong
sahaja.. Tapi kalau you rasa akan menyusahkan you.. tak kahwin pun tak
apa. Duduk sahaja dengan abang. Abang sanggup saja tanggung dan jaga Dayah
sampai bila-bila pun.” Tengku Farid bangun mahu keluar dari bilik adiknya.
“Abang
Farid macam mana dengan duit yang abang nak tu..Kalau abang nak guna sangat
Dayah boleh sahaja lari sekejap pergi bank”.
“Tak
perlulah, abang saja nak test Dayah..ingat nak suruh Dayah buat pelaburan untuk
masa depan Dayah”.
“Tak
perlu pelaburan apa pun lagi bang, Dayah cukup saja dengan duit yang Dayah ada.
Dayah nak dulu kan papa, dia dah tak boleh nak cari pahala lagi, kalau tak kita
yang carikan..Dayah ni masih hidup boleh sahaja berusha mencari apa yang kita
perlukan. Lagi pun Dayah takut, kalau melimpah sangat kemewahan akan menjadi
ujian pada Dayah pula bang.”.
Tiga perkara yang memberi menefaat pada setiap hamba Allah
yang telah meninggal dunia…
Pertama: Doa orang yang masih hidup untuk si mati.
Kedua: Membayar hutang puasa si mati.(Bayarkan fidyah untuk
simati)
Ketiga: doa anak yang soleh/solehah,
Dari
Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang
anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu
yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa
untuknya." (Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
“Betullah
apa yang Dayah cakap tu”. Tengku Farid keluar dari bilik adiknya..dengan satu
azam dihatinya. Perbualan mereka juga diikuti oleh Tengku Faridah
dirumahnya..dia sangat menyesal mencurigai cucu perempuannya sekali lagi.
Hidayah sememangnya seorang anak dan isteri yang baik kepada arwah anaknya Tengku
Faris.
Keluar Tengku Farid memberi peluang Nur Hidayah
meyambung menungnya. Dia mengingatkan kejadian yang baru beberapa jam berlalu.
Pertemuannya dengan Inspektor Azrul Azam yang tidak disangka-sangka. Keluar dia
dari pintu bank dia bertembung pula dengan Inspektor Azam yang mahu melintasi
hadapan bank..
Tak habis2 gi curiga tengku faridah....apakah kesudahan inspektor polis dan dayah
ReplyDeleteItukah jodoh dayah yang Allah turunkan agaknya ya... moga dia bahagia... berharap sangat akan bersihlah hati tg faridah menerima dayah seadanya..
ReplyDeletek.mid