~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Saturday 25 August 2012

Bab 8. Jangan ada rahsia




Anyam sarung ketupat pulut,     
 Ketupat hendak direbus juga,
Tidak sudahnya seluang melaut,  
Akhirnya kembali ke pantai juga. Maksud: Orang yang merantau jauh sampai masa pulang ke tempat asalnya
(Tetapi pada cerita ini saya mentafsirkan bahawa duduk suami adalah disisi isterinya atau duduk isteri disisi suaminya)


Sudah seminggu NurJannah duduk bersendirian di pangsapuri yang disediakan oleh suaminya. Seperti biasa Tengku Farid akan hanya menjemputnya di waktu pagi untuk ke tempat kerja dan menghantarnya pulang di waktu petang. Kini mereka sudah mula mengenali antara satu sama lain, walaupun hanya melalui perbualan-perbualan antara mereka berdua di dalam kereta sahaja. Itu sudah memadai sebagai permulaan.

Hubungan mereka berdua juga semakin mesra kadang-kadang mereka ketawa bersama, bila ada yang mencuit hati ketika mereka berbual. Bagi Nur Jannah pula rasa segan dengan suaminya sudah berkurangan. Dia sudah pandai bertanya itu dan ini, untuk memecah kebiasuan jika mereka didalam kereta. Bertanya tentang kerja dipejabat dan tentang diri mereka sendiri. Apabila selalu mendengar suara isterinya yang lembut, tingkahnya yang sopan, sifat yang menghormati timbul keinginan di hati Tengku Farid untuk mengenali Nur Jannah dengan lebih dekat lagi. Bagi Tengku Farid, walaupun Nur Jannah pemalu namun dia mudah mesra dan senang di ajak berbicara. Dia pandai juga mencari cerita untuk menceriakan keadaan. Mesra diantara mereka sudah mula menjengah hati.

Masa berjalan tidak berhenti matahari yang terbit ditimur dan tenggelam dibarat menjanjikan hari berganti tidak terasa. Kini sudah menjangkau sebulan Nur Jannah tingal bersedirian di pangsapurinya. Pagi itu dia dikejutkan dengan kedatangan suaminya lebih awal dari pagi-pagi biasa. Ketika itu, Nur Jannah sedang menikmati nasi goreng yang menjadi sarapannya pagi itu, tiba-tiba dia mendengar orang membuka pintu pangsapurinya dari luar dan terpancul wajah suaminya di muka pintu.

“Assalamualaikum..Cepatnya abang sampai. Ada mesyuarat ke pagi ni?, Jannah tak siap lagi ni.” tanya Nur Jannah kehairanan. Walaupun dia sudah memakai baju kerja tapi belum siap bertudung lagi.

NurJannah memberi salam..walaupun sepatutnya suaminya yang memberi salam ketika didepan pintu tadi. Ini terbalik pula. Bagi NurJannah tidak mengapa dia yang mendahului.. secara tidak langsung ingin memeberitahu suaminya agar mendahului salam kalau berjumpa walau dimana kita berada. Sebab setiap kali berjumpa atau masuk kerumah Tengku Farid tidak diiringi dengan apa yang diucapkanya tadi.
“Tak ada mesyuarat pun, saja je nak minum dengan Jannah… boleh?” balas suaminya dengan senyuman lawanya. Sudah sebulan mereka berdua menaiki kereta bersama untuk pergi ke tempat kerja, sudah ada rasa biasa di hati masing-masing.

“Boleh je, tapi Jannah hanya masak nasi goreng dengan telur dadar saja ni. Hmm.. abang nak air apa? Milo ke Nescafe?” pelawa Nur Jannah ‘ajak-ajak ayam’. Tadi tu mungkin gurauan suaminya sahaja hendak bersarapan bersamanya. Pada Nur Jannah mana mungkin suaminya mahu minum bersamanya di rumah..lagipun tiada apa-apa yang istimewa di rumahnya. Bukankah suaminya selalu minum di restoran yang lebih eksklusif layanan dan hidangannya.

“Apa-apa pun boleh…Jannah minum apa pagi ni?”

“Pagi ni Jannah minum neslo”

“Ehh air apa tu? Buatkanlah abang secawan nak rasa macam air dari angkasa saja bunyinya.” (merujuk kepada ufo).

Tanpa di sangka Tengku Farid menerima pelawaan tersebut lalu duduk di kerusi dihadapanya. Terpaksalah Nur Jannah bangun untuk membuatkannya secawan milo dicampur dengan sedikit necafe kerana pagi itu dia minum, minumanya seperti itu…MILO dicampur sedikit NESCAFE jadilah air NESLO.
Sejak akhir-akhir ini pun, bicara Tengku Farid dengan isterinya semakin mesra dan ada unsur jenaka sedikit. Tengku Farid sudah tidak menggunakan ganti nama “kau dan aku” lagi, dia sudah memanggil nama isterinya ‘Jannah’ dan ‘abang’ untuk ganti namanya. Ini semua atas nasihat sahabat baik Tengku Farid, Halim. Semalam Halim menasihatinya lagi, dan pagi ini dia memulakan langkahnya yang pertama.

“Farid cubalah kau beri peluang pada Nur Jannah itu. Diakan isteri kau. Cuba kau fahami cara hidup sehariannya, cara pemikiran dan perwatakanya. Walaupun nampak jauh berbeza dengan kita, mana tahu sesuai pulak dengan kau nanti. Lagipun, dia tu dah ada ikatan yang sah dengan kau. Buat apalah kau kejar Diana tu? Dia bukannya tunang kau. Tiada apa-apa ikatan kau dengan dia untuk dijadikan sandaran.. setakat kekasih, bila-bila masa boleh terlerai gelaran tu… nanti kalau kena tangkap, siapa susah?. Lagi pun dia bukan nak nikah dengan kau..dia jadikan kau hanya sebangai teman untuk berhibur saja”

“Mana kau tahu dia tak nak kahwin dengan aku..Lim?”

“Kau yang cakap dulu bila kau ajak dia jumpa grandpa kau, dia kata dia tak bersedia lagi..kau yang cakap kau tak ingat.”

Itulah kebenaranya..ketika datuknya sibuk-sibuk mahu menjodohkan dirinya dengan NurJannah dahulu Tengku Farid cuba untuk membawa Diana untuk di tunjukkan kepada datuk bahawa dia sudah ada calon isteri pilihanya sendiri..tetapi Diana tidak mahu..dan megatakan dia belum bersedia untuk terikat dengan ikatan perkahwinan lagi. Dirasakan usianya masih muda dan mahu megecapi kebebasan sepuasnya dahulu. Jadi terpaksalah Tengku Farid mengikuti apa yang telah dirancangkan oleh datuknya.

“Farid.. kau tu asyik berkepit ke hulu ke hilir dengan Diana, kalau ada orang yang mengadu, kau kena tangkap dek pencegah maksiat kan susah. Sekarang ni mungkin nasib kau baik…tak tertangkap lagi, tapi manalah tahu dilain masa, nasib tak menyebelai kau dan kau terangkap pulak tak ke nayaaa… nanti kau dan keluarga kau juga yang malu, aku ni hanya dapat bagi nasihat saja supaya kau sedar. Kata orang tu ingat mengingat. Lagi pun Farid aku tenguk Diana ni lain lah..dia dengan Bella Sharon dan Anita ni macam pasangan kekasih pula entah-entah meraka ni lesbian tak.” panjang lebar nasihat Halim kepada sahabat baiknya.

“Hissyy kau ni Lim mulut tak jaga langsung.. kau kan tahu mereka tukan serumah.” Dalam hati Farid juga mengakui..keakrapan persahabatan antara keempat orang wanita itu amat mencurigakan, dia berkata begitu hanya mahu menyedapkan hatinya sahaja.

“Ialah serumah..memanglah serumah tapi sampai berkucupan tu….macam dah lain macam saja.”

“Alah mungkin dia orang taksedar masa tu” Halim hanya mendiamkan dirinya sahaja, bila kata-katanya disanggah oleh sahabatnya. Tapi pada pandagan matanya. Keakrapan mereka berempat amat luar biasa bukan sebagai kawan lagi tetapi seperti pasangan kekasih pula. Itu pun salah satu sebab mengapa Diana tidak terdesak untuk bernikah dengan Tengku Farid, sebenarnya dia leka diuliti kasih Bella selama ini.


              Sebenarnya Bella sudah serik bercinta dengan lelaki. Sudah tiga kali kasihnya putus ditengah jalan. Kini dia mencari kasih dari kaum sejenisnya untuk mengisi kesunyian hatinya. Kalau dikira dirinya juga cantik, menarik dan bekerjaya. Tetapi bila sampai kepada soal hati selalu sahaja dia kecundang. Yang pertama dahulu cintanya dikhianati bila kekasihnya bermain kayu tiga. Cinta kekasihnya yang bersegi-segi. Yang kedua suami orang yang kesunyian katanya. Setelah hatinya benar-benar menyintai tiba-tiba terbongkar dia adalah suami orang dan telah pun mempunyai beberapa orang cahaya mata. Bila di tanya mengapa dia menduakan isterinya..dia berkata dirinya tidak dihiraukan oleh isterinya yang sibuk dengan anak-anak dan kerjayanya sahaja. Bella sendiri memutuskan hubungan itu dia tidak mahu menganggu atau meruntuhkan rumah tangga wanita lain. Kemudian dia bercinta lagi. Entah apa malang nasibnya dengan cinta kali ini, kekasih lama kekasihnya merayu ingin pulang semula kepangkuan kekasihnya. Delima itu dibincangkan bersama Bella.. mengatakan dia berbelah-bagi antara dirinya dan kekasih lamanya. Akhirnya Bella sendiri yang beralah dan megundur diri. Dia sungguh kecewa. Akhirnya dia putus asa bercinta dengan kaum lelaki yang tidak menghargai cinta dan kasihnya. Dia mula memanjakan Diana dengan wang ringgit dan kasih sayang, untuk megisi kekosongan hari-harinya.

            Diana sungguh leka diuliti kasih dan kemanjaan Bella, tetapi dia sedar kemewahan Bella tidak sampai kemana..walaupun Bella mempunyai kerjaya yang mantap. Tetapi pada Diana itu tidak mencukupi. Dia makan gaji dan kerjayanya tidak menjamin kemewahan hingga sepanjang hayat. Itulah sebabnya dia masih memerlukan Tengku Farid sebagai kekasih. Sharon pula pansagan Anita. Keempat wanita itu berperangai sama. Sementalah pula mereka tinggal serumah. Segala-galanya mereka kongsi bersama.

Pada Halim, setelah terpandangkan Nur Jannah yang litup bertudung, berbaju kurung dan tidak tercalit sebarang solekan di wajahnya, dia kelihatan suci dan menjaga kehormatan. Wajahnya yang bersih dan nampak sungguh tulus. Timbul rasa kasihan di hati Halim. Dia merasa bertanggung jawab memberi teguran dan memberi peringatan kepada sahabatnya Tengku Farid. Halim juga merasa tidak sepatutnya Tengku Farid mempersia-siakannya ikatan yang telah di bina… dia harus menasihati sahabatnya agar tersedar dari kealpaanya. Lagipun susah untuk mencari wanita seperti NurJannah zaman sekarang ini. Dia berusha menasihati sahabat baiknya sebelum terlambat, moga-moga tidak menjadi ’Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna lagi’ semoga segala kata-katanya dapat difikirkan oleh sahabatnya, itu doa Halim didalam hati.

‘Sedap pula nasi goreng yang dia di masak ni, telur dadar ni lagi sedap macam dia bubuh daging saja dalam telur ni…’ puji Tengku Farid di dalam hatinya. Sempat juga Tengku Farid memasang angan-angan untuk mencuba masakan isterinya untuk makan malam, malam nanti.

Sepanjang perjalanan ke pejabatnya, Tengku Farid tersenyum lebar sambil membayang kan nasi goreng yang di makannya sebentar tadi. Dengan hirisan timun dan dua tiga ekor udang sederhana besar serta kepedasan yang boleh membuatkan telinga berasap. Namun, baginya lagi pedas lagi sedap …hmmm. Jika makan nasi goreng seperti itu berserta telur dadar dengan hirisan bawang besar dan sedikit daging cincang sudah semestinya harganya tidak kurang dari RM 10, terutamanya di hotel-hotel yang biasa di kunjunginya. Dia tersenyum lagi… Hari ini hati Tengku Farid berbunga riang dan dia tak sabar untuk menunggu pulang dari pejabat petang nanti.

Hari itu hari Tengku Farid berjalan dirasakan sangat perlahan. Sekejapan dia akan melihat jam dipergelangan tanganya. Dia merasa tidak sabar untuk menunggu petang menjelma.

‘Ahhh kenapalah lambat sangat waktu balik ni’hingga terkeluar juga apa yang berserabut didalam kepala. Halim yang disebelah menoleh bila mendengar rungutan sahabatnya.

“Kenapa Farid aku tenguk kau dari macam gelisah saja?”

“Ia ke..tak lah aku biasa saja” Halim mendiamkan dirinya sahaja bila sahabatnya menidakkan apa yang dikatakanya.

Sebaik sahaja tamat waktu bekerja, Tengku Farid rasa mahu bersorak dan terloncat-loncat kegembiraan. ‘Akhirnya petang tiba juga’ itulah kata-kata di dalam hatinya. Mana tidaknya, dia merasakan waktu berjalan dengan perlahan hari itu. ‘Tak sabar pula nak rasa masakan makan malam Jannah malam ini…’, harap Tengku Farid dalam hatinya. Dia cepat-cepat berkemas dan menghubungi isterinyanya mengatakan dia dalam perjalanan untuk mengambilnya. Dia takut lambat sedikit nanti datuknya pula mengarahkan dia melakukan itu dan ini. Jadi sebelum datuknya muncul dibiliknya dia akan melarikkan diri terlebih dahulu.

Seperti biasa sesampai sahaja di pangsapuri isterinya, sebelum turun dari kereta Nur Jannah akan menghulur tangan untuk bersalaman dan mencium tangan suaminya. Tetapi suaminya tidak pula menyambut tangannya..

“Abang nak naik dulu ke?”

“Emmm” hanya itu jawapannya. Lalu NurJannah naik ke rumahnya di tingkat tiga di ikuti oleh Tengku Farid di belakangnya. Bagi Nur Jannah ia tidak menjadi sesuatu perkara yang pelik, kerana sesekali ada juga suaminya akan menemaninya hingga ke pintu pangsapurinya.

Sesekali suaminya akan mandi dahulu sebelum keluar semula. Selepas membuka pintu rumah dengan kunci yang ada padanya.. NurJannah memberi salam sebelum masuk kedalam rumahnya. Diekori oleh suaminya sehingga kedalam rumah, kemudian suaminya duduk disofa ruang tamu lalu menyandarkan dirinya. NurJannah masuk kedalam bilik untuk menyimpan beg sandangnya..tetapi setelah keluar dari bilik di lihat suaminya masih duduk disofa dengan mata terpejam. Timbul juga hairan di hatinya apabila dia dilihatnya Tengku Farid duduk bersandar keletihan denagan mata terpejam di sofa ruang tamu rumahnya. Selalunya selepas dia membuka pintu pangsapurinya, suaminya akan turun semula. Kadang-kadang pula suaminya akan segera mandi dan menukar pakaiannya, lantas dia keluar semula. Dia hanya akan datang pada keesokan harinya untuk menghantarnya ke pejabat. Nur Jannah menghampirinya lalu bertanya…

“Abang nak minum ke?”.

“Boleh juga…” kata suaminya terdengar suaranya kelesuan.

“Air kosong pun jadilah…” sambung suaminya dengan mata yang masih terpejam. Nur Jannah ke dapur mengambilkan segelas air kosong dan meletakkannya di atas meja kopi. ’Ahh biarlah mungkin dia penat hari ini..kejap lagi keluarlah dia tu’ bisik hati Nur Jannah.

Setelah itu, Nur Jannah berlalu ke bilik semula untuk menyalin pakaianya pula. Dia memakai sehelai t-shirt dan berkain batik sahaja. Rambutnya yang melepasi bahu pula diikat ekor kuda kelihatannya seperti budak sekolah lagaknya. Dia sudah tidak memakai tudung lagi ketika di rumah walaupun di hadapan suaminya, kerana mereka adalah suami isteri yang sah Nur Jannah sudah tahu hukumnya. Kemudian dia masuk ke bilik air untuk bewuduk. Selepas itu, barulah dia ke dapur untuk menyediakan makan malam. Sudah menjadi kebiasaannya sebelum pulang ke rumah Nur Jannah sudah menunaikan solat Asar di pejabat. Pada pandangan Nur Jannah, jika ada apa-apa yang berlaku dalam perjalanan pulang, dia tidak perlu gusar lagi kerana telah menunaikan kewajipan sebagai seorang hamba-Nya. Itulah ingatan datuk dan neneknya agar dia tidak melewat-lewatkan waktu solat.

No comments:

Post a Comment