Mereka berdua kesupermarket untuk membeli
setin susu untuk Wafi. Mereka membelek dari satu jenama kesatu jenama, Syukri
mahu memilih susu yang terbaik untuk anaknya dan yang pasti jenama susu yang
kandungannya seakan menyamai susu ibu.
Malam
itu Wafi kenyang dengan susu botol pemberian babah dan mama tirinya. Syukri
melihat betapa gembira Sarah melayani
anaknya. Sememangnya Sarah sukakan kanak-kanak. Hampir jauh malam mereka berdua
melayani Wafi bermain. Akibatnya selepas solat subuh mereka menyambung tidur lagi hingga pukul
sembilan setengah pagi. Mereka dikejutkan bila loceng rumahnya berbunyi…
Syukri membuka
pintu, dia masih berbaju singlet dan berkain pelikat, masih nampak wajah baru
bangun tidurnya.
“Assalamualaikum.”
Nuri memberi salam dari luar grill. Wajahnya
nampak tenang sahaja. Melihat wajah isteri tua dipintu grill Syuikri jadi
terkejut, terus segar mata yang masih kelat.
“Walaikumsalam..ehh
Nuri abang terlelap lepas Subuh tadi, ingatkan nak hantar Wafi sebelum Nuri
balik kerja..masuklah..masuklah”. Syukri membuka kunci pintu grill. Terbuka
sahaja pintu pagar terus sahaja Nuri meluru kedalam rumah bila dilihat Sarah
sedang mahu menyuapi susu botol kemulut Wafi. Sememang Wafi sedang kelaparan
kerana sudah waktunya dia menyusu ketika itu.
Dicapainya botol ditangan Sarah dengan kasar.
Mata tajam merenung, Sarah yang terkejut dan terpinga-pinga, Sarah gerun
melihat renungan mata Nuri yang tajam bak helang yang hendak menyambar
mangsanya.
Dari rumah kak Ton lagi hati Nuri sudah panas,
bila didapati Wafi tiada dalam penjagaan kak Ton. Tetapi dia harus berwajah dan
bermulut manis dihadapan kak Ton. Sungguh kak Ton seorang pengasuh yang baik,
dia menjaga Wafi seperti anaknya sendiri. Nuri juga tidak menyalahkan kak Ton.
Bila Nuri mendengar penerangan kak Ton tambah mengelegak darah Nuri.
“Semalam Syukri ambil Wafi katanya dia rindu
Wafi setelah lima hari di tinggal kan balik kampong..akak suruh bawa susu Nuri
ni dia kata nak bagi Wafi susu botol saja”Kak Ton menjelaskan dia tidak mahu
dirinya dipersalahkan. Tetapi Nuri juga tidak menyalahkan kak Ton dengan raut
manis dia berkata ..
“Tak apalah kak, Nuri pergi ambil dia sekarang
dah tak tahan sakit susu Nuri ni.” Nuri menunjuk kepayu daranya. Darah yang
mengelegak disorok agar kak Ton tak terhidu. Dia tidak mahu kak Ton kecil hati.
Susah mahu mencari pengasuh sebaik kakTon.
‘Sudahlah anaknya diambil, susu yang
dibekalkan pula tidak diambil oleh Syukri.’ Itulah bebel hatinya. Tampa
berlengah dia masuk semula kekeretanya tujunya tidak lain rumah madunya.
“Kenapa bagi Wafi
susu tin??? Siapa yang bagi arahan Wafi tukar susul? ”. Soal Nuri dengan suara
rendah. Namun matanya merenung tajam kearah Sarah yang bersila memangku Wafi. Dari
renungan matanya yang berapi boleh dilihat dia sedang tersangat marah, walaupun
nada suaranya rendah.
“Wafi dah menangis tadi tu pasal
saya buatkan susu”. Jawab Sarah untuk
membela dirinya.
“Saya tak pernah
mengharapkan Sarah menjadi pengasuh Wafi”.
Nuri mengambil Wafi dipangkuan Sarah.
“Tak saya pun tak
bercadang macam tu, Sarah hanya nak
menumpang kasih Wafi sikit saja Nuri, janganlah salah faham”. Sarah bersuara
sayu mencari belas kasih.
“Saya tak pernah
nak salah faham, kalau awak nak menumpang kasih dengan suami saya, saya tak
kisah, nak ambil terus pun ambillah.
Tapi untuk berkongsi kasih anak saya, langkah mayat saya dulu. Ni pandai-pandai
bagi Wafi susu botol kenapa? saya masih mampu nak bagi susu saya. Saya umi dia
apa-apa keputusan ditangan saya.” Terkedu Syukri mendengar perkataan Nuri.
Begitu tidak bermaknakah dirinya kepada Nuri. Dimanakah letak dirinya dihati
Nuri sekarang ini.
“Nuri!! abang yang belikan susu tu. Jangan salahkan
Sarah”. Syukri cuba membela Sarah.
“Memang saya tahu
abang yang beli. Tapi jangan ganggug hak saya nak tentukan susu untuk Wafi.
Jangan pandang saya macam ni, abang nak
buli saya pulak, hak saya yang nak tentukan Wafi minum susu apa. Saya dah buat
keputusan, saya tak perlukan abang lagi dan jangan datang pada saya lagi. Hanya
esok saya minta sedikit masa abang, kita kepejabat khadi. Saya minta dengan
abang, lepaskan saya dengan cara baik. Ingat esok hari Isnin siang.” Botol susu
yang ditanganya di baling kedinding.
Hatinya sudah tidak dapat disabarkan lagi.
Terbakar hangus..
Walaupun suaranya rendah sahaja, namun
tingkahlakunya mengambarkan apa yang ada dihatinya. Nuri melangkah kepintu, dia
mahu cepat anaknya sudah menangis kelaparan. Sampai dimuka pintu dia berpaling
sekali lagi kearah Syukri yang masih
berdiri, masih termangu melihat perbuatannya tadi.
“Jangan lupa hari
Isnin siang luangkan masa untuk saya, kita selesaikan. Memang dah lama sangat
perkara ini tertangguh. Cepat kita selesaikan hal kita. Cepat juga kita dapat
melapangkan dada.” Syukri sebenarnya
tidak pernah melihat wajah garang Nuri selama mereka menjadi suamiisteri.
Inilah pertama kali dia nampak Nuri benar-benar marah.
Sepeninggalan Nuri, Syukri dan Sarah termagu
disofa. Memikirkan kata-kata Nuri tadi. Syukri jadi takut dengan permintaan
Nuri. Sudah dua kali Nuri mahu dirinya dilepaskan. Tapi yang paling tidak dapat
diterima oleh akalnya yang mengatakan dia sudah tidak mahu dirinya lagi. Ini
terbukti bila dia mengatakan ’kalau awak
nak menumpang kasih dengan suami saya, saya tak kisah, nak ambil terus pun ambillah’. Terasa
dirinya sudah tidak bermakna pada Nuri. Pada buntu memikirkan kata-kata Nuri.
Baik di memikirkan bagai mana mahu memujuk Nuri. Akhirnya Syukri memecah kebisuan.
“Sarah nak makan
apa, tengahari ni?”.
“Apa-apa saja lah
bang, nasi lemak pun tak apa. Dah nak masuk tengahhari ni. Beli nasi lemak
lebih sikit kemudian belikan juga Sarah air milo ye, kita makan pagi campur
makan tengahari sekalilah.” Begitulah senangnya Sarah, senang dan mudah cara
hidupnya.
Syukri keRestoran
berhampiran untuk membelikan nasi lemak dan air minum sekali untuk isteri
mudanya.Ketika nasi lemak diletakkan diatas meja Syukri berpusing semula kearah
pintu.
“Abang nak pergi
mana, tak nak makan sekali ke?”.
“abang tak selera
nak makan, abang nak pergi jenguk Nuri. Risau pula dia bawa kereta dalam
keadaan marah tadi”.
“Bukan jauh
sangat ruamah dia dengan rumah kita”. Itulah sikap Sarah, jika boleh suaminya
memerap dengan dirinya sahaja. Dia tidak pernah mengingatkan suaminya untuk
pergi kerumah Nuri sebenarnya.
“Kalau dah nak
jadi tak kira jauh ataupun dekat Sarah, Sarah makanlah. Kalau nak makan lain,
tengahari nanti Sarah beli lah sendiri ye”.
“Abang tak balik
lagi ke?”. Sarah sudah rasa kesunyian bila ditinggalkan oleh suaminya. Hatinya
sakit bila mengenangkan suaminya kerumah isterinya yang lain.
“Sarah tak ingat
ke hari nikan giliran Nuri. Hari tu raya kan Sarah dah lima hari dengan abang
ni giliran Nuri pulak”. Walau perginya
kerumah Nuri tidak dihalang namun ada sahaja perkataan yang membolehkan Syukri
rasa berat hati untuk kerumah Nuri.
“Emm” keluh Sarah
berat.
Sebelum kerumah Nuri, Syukri singgah kesebuah
pasaraya membeli barang basah untuk masaknya tengahhari itu. Hampir tengahhari
ketika Syukri sampai kerumah Nuri. Dengan kunci rumah yang ada ditanganya dia
masuk kerumah Nuri, dilihat Nuri sedang menyusui anaknya. Matanya kelihatan
sembab mungkin baru lepas menangis. Nuri
terpinga-pinga melihat kemunculan suaminya. Apa bila tersedar siapa
diahapannya…
“Kan saya dah
cakap tadi, jangan datang pada saya lagi. Saya minta abang datang esok siang
sahaja,esok Isnin, datang hari ni nak buat apa?, pejabat khadi tak buka”. ‘Esok Isnin’ ditekan sedikit agar
suaminya sedar apa yang dimahunya. Hari itu hari minggu tentulah pejabat ugama
tutup kerana cuti am kan.
“Abang datang
bukan nak kepejabat khadi. Kan minggu ni memang giliran abang kat sini. Nuri
masak apa hari ni?. Abang lapar betul belum sarapan lagi ni.” Dengan muka kering
Syukri berkata-kata kaki melangkah kedapur sambil menjinjit beberapa buah beg
plastic.
“Nuri sarapan apa pagi ni?. Tak ada apa pun
atas meja ni. Kalau dapat makan kira two in one lah makan pagi campur makan
tenghaari sekali”. Sambil mengangkat tudung saji diatas meja sekali lagi dia
melontarkan soalan, soalan tadi tidak berjawap. Hati Nuri sebal sebenarnya dengan tingkah suaminya.
Tidak tahukah hatinya sedang marah mengapa mengadu perutnya lapar pula. Itu
rungutan didalam hati Nuri.
Bagi Syukri dia sudah tahu perangai Nuri, dia
tidak akan sampai hati membiarkan dirinya kelaparan. Itulah kelemahan Nuri
sebenarnya. Padanya perut suami adalah tanggung jawabnya. Dulu sebelum rumah
tangganya masih dia dan Nuri, Nuri akan rasa bersalah jika dia kelaparan, itulah
sebabnya sebelum ketempat kerja Nuri akan memastikan ada makanan untuknya
diatas meja. Sudah empat tahun mereka hidup sebumbung dia sudah tahu kelemahan
Nuri. Syukri mengambil kesempatan diatas kelemahan itu.
Selamba betul Syukri, bagai tiada apa-apa yang
berlaku pagi tadi. Nuri hanya memandag
tingkah suaminya denagn mata terkebil-kebil. Dalam hatinya bertanya..’dia ni tak faham bahasa ke, orang tengah
marah dia tanya pasal makan pulak..asyik perut dia sahaja yang kita nak ingat.’
“Nuri tolong
masakkan abang ikan patin masak tempoyak, abang dari semalam teringin nak
makan. Cari kat kedai makan, tak ada pulak orang jual, ialah raya-raya ni mana
orang jual masak tempoyak, abang dah beli ikan patin ni dua ekor daun kesum dan
bunga kantan ni, memang mintak tolong sangat-sangat Nuri tolong
masakkan..tolong ye”.Rayu Syukri lagi. Sambil mengangkat plastic beg ditanganya
yang mengadungi barangan yang dibelinya tadi.
Hanya
Syukri yang rancak berkata itu dan ini. Sambil menayang wajah yang penuh
mengharap. Nuri tidak berkata sepatah pun yang kedengaran hanya keluhan kasar
dari rongga mulutnya. Syukri tahu Nuri
sedang marah namun dia tidak peduli. Dia tahu takat mana marah Nuri, jika dia
meminta makan. Dia juga tahu Nuri tidak akan menghampakan permintaanya. Nuri
membatu wajahnya tetap masam.
“Dalam rumah ni
mana ada tempoyak”. Akhirnya keluar juga suara Nuri walaupun kedengaran kasar. Ada nada marah yang tertahan disitu.
“Masa balik raya
hari tu emak ada bawakan tempoyak sebotol kecil ni ha, nak bawa semalam tu lupa
pulak, tolong ye.” Dengan jawapan suaminya Nuri tiada alasan untuk menolak
permintaan suaminya.
“abang masak nasi
dulu, nanti kalau Wafi dah sudah menyusu masakkan abang ye”. Sememangnya Syukri
pandai bermulut manis jika dia menyuruh lembut gigi dari lidahnya.
Hanya
keluahan yang keluar dari mulut Nuri untuk menahan marahnya.. Akhirnya dia
beristifar beberapa kali bila teringat kata-kata ustaz semasa dia mendengar
satu ceramah ugama ditempat kerjanya. Jika melakukan kerja untuk suami diiringi
dengan keluhan atau tidak ikhlas, maka
kerja itu menjadi sia-sia. Dia tidak
akan dapat apa-apa ganjaran atau pahala diakhirat nanti. Yang mereka dapat hanya
penat dan lelah saja. Dia harus bersabar selagi Syukri masih lagi suaminya dia
wajib patuh, jika dia tidak mahu mengumpul dosa.
Ketika
Nuri menjengah kedapur, dilihat suaminya sedang melumur ikan patin dengan
tepung gandum. Untuk menghilangkan hanyir ikan patin setelah ikan itu di potong
lumur dan perap ikan tadi dengan tepung gandum selama 5 minit, kemudian cucilah seperti biasa.
“Dahlah biar saya
sambung. Abang pergilah duduk depan, dah masak nanti saya panggil”. Dirinya
tidak selesa berkampung berdua dengan suaminya didapur ketika itu. Sambil
mendukung anaknya dibelakang dengan pendukung Nuri kedapur. Dia mahu memenuhi permintaan suaminya masak
tempoyak ikan patin.
Sudah menjadi kebiasaan Nuri akan mendukung
anaknya dengan pendukung yang dikirim dengan seorang kawan. Dia juga akan
mendukung Wafi ketika dia melakukan kerja-kerja dirumah. Seperti menyapu sampah
dan membasuh atau menyidai kain. Cara Nuri mendukung anaknya sama seperti orang
korea mendukung pasangan mereka. Pada Nuri hendak meninggalkan anaknya bersaorangan
dirunag tamu hatinya tidak sampai hati. Melihat keadaan isterinya mendukung
anak sambil memasak Syukri menghulur bantuan memberi bantuan.
“Meh abang jagakan Wafi”. Tanganya dihulur untuk menggapai anaknya
dibelakang isterinya.
“Tak payahlah
bang, saya dah biasa macam ni”. Jawapan isterinya menghiris hati Syukri.
Dirinya rasa tersindir.
“Nuri! biarlah
abang jaga Wafi, abang nikan baba Wafi”. Nuri memandang suaminya dengan
keluhan. Dadanya terasa sebak namun ditahan agar jangan ada air mata yang
terbit dimatanya. Sebenarnya sejak suaminya beristeri dua dia tidak pernah lagi
membantunya melakukan kerja rumah. Dulu mereka akan melakukan bersama-sama
sambil berbual-bual disitulah kemesraan mereka dan masa itulah mereka membina
cinta dan kasih sayang . Akhirnya dia membiarkan sahaja suaminya mengambil anak
dari dukunganya.
“meh sini anak
baba, umi nak masak tempoyak ikan patin untuk baba. Kita berdua main kat
depanya ye .” Syukri berkata-kata dengan anaknya yang masih kecil.
Sebuah ciuman singah kedua belah pipi anaknya.
Dan untuk kali ketiga bibir itu singgah kepipi isterinya.Itulah cara Syukri
memujuk dan itulah caranya Syukri mengucapkan terima kasih. Tidak dengan
perkataan tapi dengan perbuatan. Nuri tidak sempat mengelak, dia hanya
memandang suaminya dengan renungan tajam dan wajah yang masam. Syukri berjalan
kearah ruang tamu sambil menghayun langkah tepacul satu lagi permintaan dari
bibir Syukri yang tak reti bahasa.
“Nuri hari ni
masakkan abang sayur sampur ye, abang dah beli sayur-sayurnya dan udang nak
tumis ada dalam plastic tu”.
“Emm.” Walau pun
mukanya masam mencuka, namun dia tidak membantah dan menuruti segala permintaan
suaminya.
Tengah hari itu mereka makan sungguh berselera,
walaupun keadaan bisu antara mereka tapi nikmat makan sungguh dirasai. Dua ekor
ikan patin habis diratah oleh mereka berdua.
“Untuk makan
malam ada lagi tak?”. Bila menyedari perlakuan mereka Syukri teringat makan
malamnya pula.
“Saya tak
asingkan tadi, tenguklah dalam periuk ni ikannya dah habis tinggal kuah
sahaja”.
Yang
sebetulnya ketika dia menumis sayur, Syukri datang menjengah dapur. Dia sudah kelaparan apatah lagi menghidu aroma
masak tempoyak yang diingininya memcucuk hidung seleranya makin berkobar.
Kerana tidak sabar dia mengangkat periuk
itu dan meletakkan diatas meja. Bila melihat Nuri mahu menceduk kuah itu
kedalam manggkuk dia melarang.
“Biarlah dalam
periuk tu saja, bukan ada siapa pun yang makan dengan kita hanya kita berdua
sahaja.”
“Kalau macam tu
petang nanti, gorengkan abang ayam. Abang nak ayam digoreng dengan tepung
Kentucky, buatkan sosnya sekali ye”. Itu pula permintaan suaminya bila
menjenguk isi periuk hanya tinggal kuah sahaja.
Sos yang menjadi
kegemaran suaminya diajar oleh kakak senior di tempat kerjanya…Amirah Abdul
Rahim namanya.
‘apa kena dia ni, tangan pun belum dibasuh lagi
dah ingat nak makan malam ni pulak’ pertanyaan itu hanya bergema diahati Nuri
sahaja. Sebenarnya dia pelik dengan selera besar suaminya. Makin dia marah
makin banyak permintaan suaminya.
Sedang Nuri
mencuci pinggan dan berkemas kedengaran azan zohor berkumandang dari masjid
berhampiran. Dia keruang tamu.
“saya nak mandi, lepas
tu nak solat”.
“Pergilah abang
tunggukan anak, nanti kita solat berjemaah ye”.
“Ok..”
Seperti yang diminta mereka solat berjemaah, anaknya
dibiarlan bermain sendiri. Selesai solat Nuri melipat sejadah dan telekongnya. Kemudian dia menyertai suaminya diruang tamu
yang sedang bermain dengan anak mereka. Dia duduk disofa bertentangan dengan suaminya. Lama dia
memandang suaminya. Bila Syukri mengangkat wajah pandangan mereka bertembung.
Yang sebenarnya sudah padu tekadnya dan inilah masa yang sesuai untuk dia
mengingatkan suaminya tentang perkara pagi tadi yang diucapkannya. Dia tidak
mahu bertangguh-tangguh lagi.
“Kenapa Nuri? Ada
apa-apa yang Nuri nak cakap dengan abang?”.
“Nuri nak
ingatkan abang tentang esok, jangan lupa,
kalau boleh kita pergi pagi, cepat kita
pergi, cepat kita selesai urusan kita”.
“abang malas nak
cakap pasal tu”.
“Abang kalau
pasal Nuri memang tak mahu ambil berat”.
“Bukan tak mahu
ambil berat tapi esok abang sibuk”.
“Nak sibuk
apanya, orang baru habis raya takkan dah hantar kereta nak service pulak”.
Sibuk kepala Syukri mahu mencari alasan agar mereka tidak kepejabat ugama esok.
Hatinya tidak rela. Pada Nuri hatinya sayang dan pada Sarah juga hatinya sayang. Dia tidak mahu kehilangan Nuri. Dia juga
tidak mahu kehilangan Sarah.
“Bukan sibuk nak
service kereta, abang nak tambah dan gantikan alat ganti kereta yang banyak dah
habis, jadi esok abang keluar nak beli barang”.
“Beli barangkan
boleh tangguh hari lain, esok hanya
sehari saja abang luangkan masa untuk saya, hanya untuk saya sehari pun abang
berkira.Lepas tu abang dah tak payah nak fikirkan saya lagi. ”.
“Nuri ni kitakan
berniaga, kalau orang datang barang tak ada nanti orang dah tak datang lagi
faham tak”.
“Habis bila kita
boleh…..”
“dah..dah jangan
cakap hal ni lagi..” Cepat Syukri memangkas kata-kata Nuri dia benci mendengar
perkataan pejabat khadi.
“Sampai bila?
sampai bila abang nak siksa hati saya, sampai bila???” suara Nuri sudah mulai
tinggi nampaknya dia sudah naik angin.Dia sudah bangun dari duduknya.
“Ok, ok nanti
kalau dah tak sibuk abang akan tunaikan permintaan Nuri, buat masa ni kita
tangguh dulu, abang memang tak sempat sebab abang dah janji datang esok pada
kedai aksesori hari Jumaat hari tu.” Akhirnya Nuri diam, dia duduk semula untuk
menyejukkan hatinya yang hangat. Dipandang suaminya. Entah apa yang difikirkan
tetapi pandangan itu nampak kosong. Mereka berdua membisu yang kedengaran hanya
ocehan Wafi yang sedang bermain denagan alat permainanya. Tiba-tiba Nuri
bersuara..
“Abang pun dah
makan, pergilah abang balik rumah Sarah, nak makan malam nanti, baru datang”.
“Kenapa Nuri? kan
memang giliran minggu ni abang kat sini”.
“Saya dah tak
perlukan giliran itu, saya nak membiasakan diri hidup dengan Wafi sahaja, dah pergilah abang balik.
Abang datang untuk makan malam saja”.
“Selagi abang
masih suami Nuri, abang akan menunaikan tanggungjawab abang pada Nuri” .
“Saya tak..” Ketika itu
anaknya pula merengek mungkin sudah mengantuk. ‘Alhamdullilah..anak baba tolong baba’. Itulah yang ada dihati
Syukri. Syukri mengangkat anaknya dan
menghulurkan kepada Nuri..
“Dahlah, anak dah
nak tidur, pergi tidur kan anak”.
Tajam renungan Nuri tampa berkelip, dia sudah
kegeraman. Mukanya masam mencuka. Nuri mengambil anaknya dibawa kebilik untuk
disusui. Sambil baring dia menyusui anaknya akhirnya Nuri terlena. Semamangnya
dia sangat mengantuk. Maklumlah dia baru pulang dari kerja giliran malam, tentulah dia mengantuk.
Dia
disedarkan oleh laungan azan Asar. Bila
dia tersedar ada kehangatan dibelakang badannya dan ada tangan melingkar yang memeluk pinggangnya dari belakang. Rupanya
suaminya juga turut lena dibelakangnya. Dengan perlahan Nuri melepaskan
pelukkan suaminya. Sambil melepaskan pelukkan suaminya ada keluhan yang
terlepas dari bibirnya.
mmg tak reti bahasa si syukri ni... kata sayangkan nuri tp melebih2kan sarah.. eii nuri kena tegasla...
ReplyDeleteKuatkan hati Nuri, jangan mengalah dengan Syukri. Lebih baik berpisah dari makan hati berulam jantung....
ReplyDeleteKlu anda dpat suami yg begini bgaimana nak menagani? cuba lihat sjs asraf muslim,gmbarnya dri smlm tak habis2. mak teh baca dlu pngakuanya, sngat betuah mnjdi suami dyana. tpi dimna rasa brtuah tu diletakkan klu dia tyang gmbarnya yg sbgitu.mak teh hnya mnyelami prasaan anda pd sikap syukri yg tk adil prasaannya pd nuri.tpi emo sikit bila lihat gambar asraf.
ReplyDeleteYiipppiii, padan muka si Syukri tu. n Sarah sekali2 dapat marah memang harus. DAh lah sebab kenak marah dgn emak mertua dia yg kena tempias nya. ini suka2 hati ambil anak orang tukar susunya lagi. melampau. itu pun siSyukri boleh kata sayang n kesian. memang cinta itu buta kena dgn mereka ber2 ini. Bagus juga si Nuri tegas. Keep it up Nuri. Trimakasih untuk hari ini. suka sangat!!¨
ReplyDeletePuan Sufi boleh tumpang tanya. Maaflah saya peminat anda dari Zurich Switzerland asal orang S`pura. KEaNAPA anda bahasa kan diri anda Mak Teh?
ReplyDeletebaru trbaca komen anda. Mak teh suka gelaran ni, kebetulan pula suami makteh digelar ateh dlm klurga dia. Jadi secara tak langsung mak teh dapat gelaran ateh juga.
Deletemak teh..pesal gambar si serap tu... ramai yg x suka..marah2 ..saya ingatkan kaum wanita je yg emosi tp ader je lelaki yg x suka.. saya asal ipoh mak teh.. ada la kawan sekerja bising2 kat mak nya kenapa pi jemputantu hehhehe..kelakar rasanya marah tahap gaban tu .dia marahkan depa berpoligami x adil..bukan apa caranya x betul..lihat zarina zainuddin tau status bini no.2 x pernah upload gambar sama suaminya..x pernah org nak korek2 rahsia siapa suaminya.. dan yg terbaru dlm fb. ada org tulis ..meluat tgk si sakinah ..dok usap2 perut masa kat r&r tapah..ptg semalam.. perut pun x nampak berisi sebok nak usap2 katanya..huhuhuh betapa ramainya yg x suka.. risau plak saya mampukah bertahan rumahtangga mcmni..
ReplyDeleteMak teh pun mcam tu, kta wnita tak marah klu dia brpoligami, tpi thulah sikit adap orng brpligami. Utaz Azhar Idus danSleh Yaakob pun brpoligami jga, tpi mereka klur knyataan skli sja. tk prnah nk ckp dia bgi hdiah atau cakap istri muda dah mngandung.mcam zarina zainuddin anak dah besar dah berderet baru klur kenyataan dia isteri no2.macam tulah adat brpoligami, istri prtama tak sakit hati. kita yg marah bukan apa, kita cuba meletakkan diri kita ditempat dayana. cubalah sakinah meletakan dirinya ditempat dayana.
ReplyDeletenak tampar Syukri ni boleh tak? Mak Teh tolong bagi pengajaran yg amat dahsyat pada Syukri sampai dia terduduk. kalau ikut saya, biat Nuri bawak anak dia gi Australia, tinggal dgn abang2 dia kat sana.
ReplyDeleteSaya setuju. Syukri memang melengahkan sebab bukan sayang tapi kepentingan diri. Sedangkan Nuri tak ubah tempat dia melepaskan marah. Sepatutnya dia tegur perangai Sarah bukan menyebelahi Sarah.
Deleteawal mak teh post dah berderet komen. macam nak mintak lagi 1bab je mlm ni. heheh...
ReplyDeleteYess!!! Nuri dah mengamuk, jgn bg muka pada syukri. Dtg rumah Nuri ingat nak isi perut je. Dia ingat Nuri tukang masak ke. Bini no2 khas utk menggeleser jer. Memang dasar laki tamak. Cerai jer. Klu syukri bertangguh guna khidmat lawyer.
jngan tak tahu itu satu cara suami nak pesongkan niat istri. dia buat2 tak reti, buat2 tak ada msaalah dan buat2 cool, kbnyakkan istri memang lemah bab mcam ni. trutama istri melayu yg beragama. betul tak?. Mak teh mmang nak cpat habis crita ni sbab skit hti.mak teh buat crita ni sbab nak mluahkan rsa hti sja. ank mak teh rmai lelaki bila kta luah hal poligami memang mreka tak skong, tak ada cra lin mak teh buat crita ni. lega skit. klu sempt nanti mak teh post bab strusnya.
ReplyDeleteLagi satu, syukri ni tak pernah sedar kesalahan dia. Sebab tu dia tak pernah minta maaf. Yang dia tau cuma rasa kesal, sekejap jer, lepas tu ulang balik perkara sama. Tapi dia elergik bila sebut pej kadi. Kalau Nuri selalu ingatkan baru dia tau nak luangkan lebih masa dengan Nuri. Tau takut. Syukri bertangguh, Nuri kena la main tarik tali.
ReplyDeletesi syukri ni mmg pentingkn diri sendiri...klu betul dia syg nuri masa nuri balik dgn wafi dia dh kejar nuri...ini sempat gi belikn sisarah gedik tu mkn lagi...lpas tu ke supermarket cari lauk nk suruh nuri msk...srh le sisarah gedik tu masak smpikn nk minum air milo pun berbeli..pemalas..meleser je tau.
ReplyDeleteharap2 nuri bertegas le...biar si syukri terduduk...rasanya syukri hanya syg nuri sb perniagaannya disponsor oleh nuri...takut kehilangan rumah kedai yg dibeli oleh nuri.
akak pun setuju klu abang nuri dtg dn bw nuri dn wafi dok australia...abg nuri pun blum jumpa lagi si syukri kan?
nuri jgn le tewas dgn muka kesian si syukri....menyampah.
-dibah-
Mmg ketidak adilan tu nampak sgt. Syukri berat sebelah. Dibiarnya istri ke 2 boros. Asyikmkn luar. Istri 1 dipaksa masak ikut selera dia. Eiii. .geram. Dia dah menganiaya nuri. -kalo saya yg kena mcm ni.saya xkan tangguh dah. Lainla betul2 berlaku adil. #joijoi#
ReplyDelete