~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Sunday 1 July 2012

Bab 14. Jangan ada rahsia






Terlajak perahu boleh diundur,
Terlajak perbuatan tanggunglah sendiri.

                    Sejak pertemuan seminggu yang lalu Diana sengaja tidak menghubungi Tengku Farid lagi. Dia ingin menduga sejauh mana rindu Tengku Farid kepadanya boleh bertahan. Tetapi rupanya Tengku Farid sememangnya tidak merinduinya lagi, ini terbukti Tengku Farid tidak pernah menghubungi  selama seminggu itu. Tetapi dia ada peluang untuk memerangkap Tengku Farid kali ini dan peluang ini akan digunakan sebaik mungkin. Sejak dia pulang dari Melaka, dia merasakan badan letih tidak bermaya, dan selera makannya juga tidak begitu baik. Dia merasa mual dan loya terutama di waktu pagi. Hari  itu dia ke kelinik untuk memastikan apakah jenis penyakit yang di hidapi atau vitamin apa yang dia kekurangan. Setelah menjalani pemeriksaan akhirnya doktor mengesahkan dia mengandung, hatinya berbunga riang. Ini lah masanya dia akan memerangkap Tengku Farid dari terus melupakan dirinya. Walau sebetulnya dia belum bersedia memiliki apa yang telah dianugerahkan, tapi hanya ini jalannya dia dapat mengembalikan Tengku Farid kepadanya dan peluang ini tidak akan dilepaskan begitu sahaja.
Tengahari itu Diana menghubungi talian pejabat Tengku Farid.

“Hallo… I Diana, sambungkan kepada Tengku Farid please.”

Setiausha Farid menyambungkan taliannya.

“Tengku cik Diana di talian.” gema suara setiaushanya di interkom.

“Ok sambungkan, terima kasih.”

“Assalamualaikum, hai apa khabar” Tengku Farid menghentikan kerjanya melayan panggilan Diana.

“Hai I ok.. Mentang-mentang you dah ada orang disisi you..you macam dah tak rindukan I lagikan Farid..seminggu I tunggu pangilan you… you buat tak tahu saja kenapa?... apa salah I pada you Farid?”

“You tak salah apa pun Diana tapi I yang sibuk sekarang ni..siang dengan kerja ni haaa.. tak habis-habis, malam pulak I belajar untuk menjadi seorang Islam yang sebenar.” Tengku Farid menyatakan perkara yang benar tentang dirinya tampa berselindung.

“Habis selama ini you bukan Islam ke?” soal Diana hairan. Dia keliru sebenarnya dengan jawapan Tengku Farid. Yang dia tahu selama dia berkasih dengan Tengku Farid, dia seorang yang berugama Islam kerana dia orang Melayu. Walaupun mata agak sepet sedikit seperti mata Cina tetapi raut wajah dan pertuturannya mengambarkan dia orang Melayu. Bukankah pada kebiasanya orang Melayu mestilah berugama Islam.

“I memang Islam sejak lahir lagi …tapi hukum hakam Islam dah lama I tak buat..sejak I mula menjejakkan kaki kat UK dulu, I terus terlalai yang I ni berugama Islam...dan sekarang sudah tiba masanya untuk I belajar semula dan megingati apa yang dah I lupakan. Kita ni makin lama makin tua, harus bertanggungjawab kepada diri sendiri dan kemudian pada orang lain juga. I nak memperbetulkan diri I yang dah lari jauh dari landasan Islam selama ni.”

“Kalau macam tu baguslah...sekarang you mesti bertanggung jawab pada I.” inilah masanya aku hendak memerangkap Tengku Farid sebelum peluang ini terlepas detik hati Diana.

“Bertanggungjawab bagai mana Diana?” berdebar hati Tengku Farid mendengar nada suara Diana yang tinggi bagai ada sesuatu yang tiudak kena pada diri Diana.

“Kahwin dengan I… sudah bertahun kita bercinta  semuanya kita dah buat tapi nikahnya tak lagi”.

“Itu bukan salah I Diana, you tu yang tak nak, you yang nak kita enjoy dulu… kalau kita nikah dulu tentu grandpa I tak paksa I nikah dengan pilihan dia.”

 Dahulu sudah dua tiga kali  Tengku Farid menyuarakan hasrat hatinya untuk bernikah dengan Diana. Diana menolak atas alasan dia belum bersedia...dia masih mahukan kebebasan sebelum terikat dengan seorang lelaki. Maklumlah Diana ramai pemujanya. Sebenarnya dia ingin memilih yang terbaik antara mereka. Buat masa ini bukan tidak ada orang hendakkan dia, tapi dia lebih kepada rasa tercabar bila dengan mudah dia dilupakan oleh Tengku Farid. Maka dia meneruskan rancanganya. Bagi Diana bukan dia tidak pernah termengandung, dahulu waktu dia belajar diUK sebelum Tengku Farid menjadi kekasihnya, dia mengandungkan anak seorang Mat Salleh. Ketika itu dia tidak berapa yakin akan kekasihnya. Dirasakan pula usianya masih terlalu muda untuk dia terikat dengan anak dan seorang lelaki. Umurnya ketika itu baru menjangkau 22 tahun. Dia melakukan pengguguran.

“Tapi sekarang I dah bersedia..”

“You jangan lupa I dah dah kawin Diana..I dah ada isteri”.

“Apa salahnya you kahwin lagi..I rela jadi isteri you walaupun yang kedua”. Diana berkata begitu, sebab dia yakin setelah menjadi isteri Tengku Farid tentu Tengku Farid akan melebihkan dirinya..atau melupakan terus isteri pilihan keluarganya. Dia juga tahu tiada rasa cinta perkahwinan yang berlangsung antara Tengku Farid dengan wanita pilihan datuk nya.

“I rasa I tak mampu berpoligami dengan kesibukkan I sekarang, nanti I tak dapat berlaku adil”. Bila Tengku Farid seakan berat untuk menerima dirinya, Diana makin rasa tercabar..hatinya nekat untuk mengikat Tengku Farid dengan alasan yang dia ada...

“Walau bagaimana sekali pun you terpaksa juga bertanggung jawab pada diri I.. sebab sekarang I dah pregnant, ini anak you Farid, dah nak masuk dua bulan. Kalau you tak pecaya jom kita check sekali lagi dan kalau you nak pasti lagi yang ini anak you kita boleh buat ujian DNA sekali”.
Kemudian talian diputuskan…

Bagai bom meletup di telinganya mendengar berita itu. Tengku Farid termagu dan tak tentu arah. Selepas panggilan Diana diputuskan dia menjadi bingung. Semua kerja yang di lakukan petang itu jadi tak menjadi. Tengku Farid juga yakin anak yang ada didalam rahim Diana adalah anaknya...ini terjadi kerana perlakuan mereka ketika pakej hanymoon Tengku Farid diVenice dahulu. Ketika itu dia tidak dapat menahan godaan Diana.

“Farid I takutlah tidur sorang..I datang bilik you ye”.

“Kenapa pula...kalau takut pasanglah lampu”.

“Takutlah..I tak pernah tidur sorang...selalu pun I tidur dengan Bella”. Sememangnya Bella teman sebilik dan sekatil dirumah sewa mereka”.

”Tapi macam mana.. bilik I hanya ada satu katil saja”.

“Tak apa I tidur bawah..you tidurlah atas katil.” ujar Diana memberi buah fikiranya...dalam pada mikir akhirnya Tengku Farid membenarkan Diana masuk dan tidur dibiliknya. Malam itu Diana datang kebilik Tengku Farid dengan baju tidur yang nipis..dia membawa selimut dan bantal sekali.

Pada mulanya memanglah Diana tidur dibawah berbungkus dengan comforter yang dibawa dari biliknya..tapi selang beberapa minit dia mula merengek pula...

“Farid I tak boleh tidur sejuklah kat bawah ni”. Tengku Farid bangun dan memerhatikan Diana..hatinya juga tidak sampai hati. Tetapi jika dibiarkan dia tidur bersama diatas katil tentu lain jadinya. Memandang Tengku Farid yang serba salah Diana bersuara lagi.

“Tak apa Farid I tidur tepi ni saja..tengah-tengah kita bubuh bantal buat sempadan..boleh ye..” Dengan wajah yang seakan meraih simpati dipamirkan dihadapan Tengku Farid. Akhirnya Diana sudah duduk diatas katil...mereka baring semula untuk melelapkan mata..

Tetapi bukankah wanita dan lelaki yang bukan muhrim umpama magnet yang berlainan kutup..akhirnya terjadilah perlakuan yang tidak sepatutnya. Bukan sekali tetapi sepanjag percutian itu. Malah Diana sudah pindah kebilik Tengku Farid. Untuk menjimatkan bayaran duit sewa bilik hotel. Itu kata Diana.

                          Petang itu sewaktu mengambil isterinya.. dalam kereta Tengku Farid hanya mendiamkan diri sahaja. Walaupun dia diam namun kepalanya sibuk memikirkan masaalahnya. Dia membayangkan apakah tindakkan isterinya jika dia memberi tahu apa yang terjadi antara dirinya dan Diana. Terasa malu pun ada diatas dosa yang dilakukan. Petang itu dia tidak banyak berbual tumpuanya banyak di jalan raya. Nur Jannah hanya membiarkan sahaja perubahan suaminya mungkin dia kepenatan setelah seharian bekerja di pejabat.

“Abang makan apa lunch tadi…” Nur Jannah membuka bicara untuk mengisi kebisuan antara mereka.

“Abang tak makan pun… abang dah ikut macam Jannah tak mahu makan di luar lagi…ni balik baru nak makan”.

“Ohhh ni yang diam saja, lapar lah ni….”gurau Nur Jannah mencari ceria antara mereka.
Tengku Farid hanya tergelak kecil lalu memicit hidung isterinya.

“Kalau lapar pun janganlah tunjuk geram hidung orang di picit, kuat pulak tu”

“Alah picit sikit sakit ke?…”Nur Jannah hanya mengeleng dan tersenyum saja.

 Masuk sahaja di rumah Nur Jannah terus kedapur membancuhkan seteko air teh o dan besama sedikit biskut kering lalu diletakan di atas meja kopi diruang tamu dimana suaminya masih tersandar di sofa. Dia termenung lagi.

“Ehhh… kenapa Jannah buat air nanti dah nak makan kenyang pulak.”

“Kalau takut kenyang makanlah sikit saja buat alas perut sementara Jannah masak, hmm..hari ni abang nak makan lauk apa.”

“Apa-apa sajalah yang senang hmm.. masak sardine tin pun tak apa”.

“Oklah kita masak kari sardine, ayam masak kicap dan goring sayur bayam, Jannah nak tumbukkan cili api kat sayur bayam kita, jadi bayam goreng belacan ok tak?” bayam adalah sayur kegemaran isterinya..katanya sayur bayam ni banyak kahsiatnya boleh menambah ‘hemoglobin’ dalam darah.

“ok  sedap juga tu.” bagi Tengku Farid apa yang di masak oleh isterinya semuanya sedap.

 Ketika di dapur seperti biasa Tengku Farid menolong isterinya memasak, tetapi hari ini Tengku Farid tidak banyak berbual, fikirannya  melayang teringat kata-kata Diana tengahhari tadi. Nur Jannah menyedari akan perubahan suaminya yang tidak banyak bercakap dan tidak ceria seperti selalu.

“Abang tak sihat ke…kalau tak sihat pergilah rehat biar Jannah masak sorang….pergilah rehat kat sofa tu dah siap nanti Jannah panggil..”

“Tak apa …abang bukan tak sihat… Cuma…..”Farid tidak meneruskan kata-katanya

“Cuma abang dah lapar ni, cepatlah.. bau kari ni makin terasa lapar perut abang.” Tengku Farid mengubah tujuk perbualan, sedangkan dia memikirkan masaalah yang sedang dihadapi dan bagaimana ingin dia berterus-terang dengan isterinya. Apakah reaksi isterinya nanti jika dia tahu masaalahnya. Adakah dia minta dirinya dilepaskan..ohh..berat fikiranya membeban dalam kepalanya. Sebenarnya kini Tengku Farid takut kehilangan NurJannah dalam hidupnya. Bahagia yang baru dikecapi akan menjauh dari dirinya. Dia takut untuk menghadapai jika isterinya meminta cerai..walaupun dia bakal memiliki Diana..namun bahagiakah rumah tangganya bersama Diana..mengapa Tengku Farid menjadi tidak yakin akan bahagia bersama Diana, sedang wanita itulah diharap suatu masa dahulu.

“Ok…ok… kari dah siap kemudian kita goreng ayam ni dulu..abang tolong ambil kan kuali tu…abang tolong goreng ayam ni ye…Jannah siang bayam kejap. Kalau abang nak ayam ni  cepat masak, masa kita goreng tutuplah dengan tudung periok nasi ni.“ Nur Jannah mencapai tudung periok diunjukkan kepada suaminya, dia mula menyiang bayam pula. Tengku Farid memasukkan perlahan ayam kedalam kuali bila dirasakan minyak yang didalam kuali sudah panas..lalau ditutup gorengan tadi dengan tudung periuk...tidak lama kemudian terdengar suara isterinya memberi arahan...

“Kejap lagi abang balikkan ayam tu ye.”. Tengku farid melihat perlakuan isterinya yang seperti lipas kudung. Pada Nur Jannah dia kasihan bila mendengar suaminya sudah lapar.

 “Jannah ni..boleh menggantikan ‘Iron Cheff’lah pulak...tak payahlah cepat-cepat sangat abang ok lagi ni...takut terpotong jari tu nanti, dah abang jadi raja bersiunglah pulak.” Tengku Farid kasihan pula melihat kekalutan isterinya.

“Kalau abang jadi raja bersiong tentu Jannah yang jadi mangsa pertama..tapi Jannah rela mati ditangan abang tau.”

“Apalah Jannah ni, jangan cakap macam tu kalau Jannah tak ada..siapa nak jaga abang nanti Jannah tak sayang abang ke?.”

Ketika di meja makan Nur Jannah bersuara untuk menceriakan keadaan. Dia menyedari sedari pulang tadi suaminya tidak begitu ceria seperti waktu-waktu kebiasaanya.

“Abang tenguk jam kita mula masak tadi 5.30, sekarang ni pukul 6.45 minit tidak sampai dua jam kita dah boleh makan”.

“Ohhh mintak pujilah tu”.

“Bukan kita mintak puji, tapi orang nak puji assistant kita yang cekap tu. Kalau assistant tak cekap cheffnya tentu terkial-kial tak siap lagi.”  balas Nur Jannah memperbetulkan fakta.

“ ialah tu” balas suaminya sambil tersebgeh-sengeh kena puji.

“Esok nak makan apa?” Tengku Farid bertanyakan menu untuk sarapan esok pagi. Sebenarnya Tengku Farid cuba untuk melupakan persoalan yang bermain dikepalanya..dia menjadi begitu risau akan sebarang kemungkinan.

“Roti canai nak…. ni ada kari sardine …kalau ada lebih kari ni kita buat roti canai atau paling tidak pun ‘lempeng’ ok tak”.

“Ok juga.” Tengku Farid sekang sudah tahu apa yang dimaksudkan ‘lempeng’ oleh isterinya. Sejenis kueh yanag di buat dari tepung gandum. Cara mebuatnya: ambil tiga senduk tepung gandum dibancuh dengan dua cawan air, sedikit garam dan sebiji telur, bancuhan tepung itu tadi dengan air biar cair sedikit dari bancuhan membuat cucur bilis. Kemudian bancuhan tepung tadi di goreng dengan minyak yang sedikit di dalam kuali, goringlah dengan api yang perlahan hingga kekuningan. Jika dipandang kueh ini tidak menarik tetapi jika dicicah dengan kari  atau masak lemak cili api rasa hmm..sedapnya hingga menjilat jari.

                         Tengku Farid tidak ceria  seperti selalu. Selepas sembahyang Isyak mereka duduk-duduk di ruang tamu. Ketika itu Nur Jannah  bersuara….

”Abang ada masaalah ke… Jannah tenguk dari balik kerja tadi abang tak ceria  dan masa makan tadi macam tak berselera, Jannah masak tak sedap ke hari ini.”

“Taak semua ok…Jannah masak pun sedap.”

“Tapi Jannah nampak macam ada yang tak kena saja dengan abang ni…kita nikan suami isteri bang.. kalau abang ada masaalah kita kongsilah….jangan ada rahsia antara kita…rahsia ni memakan diri bang, kalau kita pendamkan lagi pun kalau abang tanggung sorang-sorang akan lebih berat rasanya..kalau boleh kita kongsi kita kosi...Jannah akan tolong kalau boleh Jannah tolong, tapi kalau Jannah tak dapat nak tolong sekurang-kurangnya abang dah luahkan mungkin rasa ringan sikit beban yang abang tanggung.” Ketika itu Tengku Farid baring disofa ruang tamu rumah mereka dan kepalanya dia atas peha isteinya. Dia mendengar lembut tutur kata isterinya meresap kekalbunya, tetapi hatinya bagai tersiat-siat dengan keikhlasan isterinya.

Tengku Farid bangun dari baringnya, duduk dan memandang isterinya sayu.’Kalau Jannah tahu masaalah ni, adakah Jannah akan lari dari abang atau Jannah  akan membenci diri abang ni. Abang tak sanggup …abang tak sanggup  hidup tampa Janna disisi’ suara hati Tengku Farid menjerit-jerit untuk menghadapi segala kemungkinan, tetapi kini dia tersepit. Tersepit dengan perbuatananya sendiri.

Kehadiran NurJannah yang terpaksa diterimanya benar-benar memberi cahaya dalam hidupnya. Kegembiraan dirinya bukan pura-pura. Ketenangan dan kedamaian yang dirasai sangat bererti, walau pun baru dua bulan mereka hidup menjadi suami-isteri dalam erti kata sebenar.

Perilaku, sikap tolak ansur, keprihatinan dan kasih sayang yang di tunjukkan oleh isterinya membuatkan Tengku Farid merasa sungguh bahagia. Dia merasakan kasih sayang yang tulus ikhlas dari isterinya meresap keseluruh sanubarinya. Tengku Farid tidak dapat membayangkan jika dia akan kehilangan atau dibenci oleh isterinya. Tetapi perkara ini makin menghimpit, tidak ada ruang untuk dia melarikan diri. Dia harus bertanggungjawab  ke atas Diana. Dia tahu anak yang di kandungkan oleh Diana adalah anaknya. Ini berlaku ketika pakaj honeymoon di Venice duahari selepas dia bernikah dengan NurJannah. Walaupun selama ini dia tidak pernah melakukan perkara keji itu.Tetapi akhirnya dia kalah juga dengan godaan Diana yang hebat ketika percutian itu. Apatah lagi jauh dari orang-orang yang mengenalinya dan dicampur lagi dengan perasaan ingin memprotes apa yang di lakukan oleh datuknya kepadanya, yaitu memaksanya bernikah dengan Nur Jannah. Kini dia sungguh menyesali melakukan perkara yang tidak sepatutnya, dilakukan oleh pasangan yang bukan suami isteri. Setelah melakukan sekali dia mengulaginya lagi sepanjang percutian itu, kini dia benar dipalu dengan rasa bersalah dan berdosa. Lama dia merenung Nur Jannah. Akhirnya….

“Abang sebenarnya malu dan tak tahu dari mana harus abang mulakan.”

“Tak apalah..mulakanlah dari mana-mana yang abang boleh mulakan, Jannah akan cuba memahami abang.”

“Jannah abang memang ada masaalah, abang rasa bersalah pada Jannah dan pada diri abang sendiri. Kalau abang cakap ni Jannah jangan tinggalkan abang ya…abang sayang Jannah, sayang sangat-sangat.” pinta Tengku Farid bersungguh-sungguh. Tangannya mencapai tangan isterinya diramas lalu dikucupnya penuh kasih. Matanya sudah berkaca-kaca..sebebarnya amat payah unuk meluahkan apa yang menjadi bebananya sejak tadi. Perlahan dia menuturkan satu persatu..

”Jannah..sebelum kita nikah sebenarnya abang dah ada kekasih. Kami bercinta sejak kami belajar di UK  lagi…sampailah kita nikah dia masih lagi kekasih abang. Sekarang dia meminta abang bertanggungjawab ke atas dirinya.” tutur Tengku Farid lirih tak sanggup dia berterus terang yang Diana sudah mengandungkan anaknya. Rasa malu pada kejahilan diri, rasanya malu dia hendak memandang wajah isterinya. Dia tahu juga mungkin isterinya mengerti apa yang tersirat didalam kata-katanya tadi. Walaupun dia tahu betapa terhiris hati Nur Jannah, tapi dia tidak ada pilihan, dia mesti memperkatakanya. Dia juga tidak mahu merahsiakan apa-apa dari pengetahuan isterinya.

“Jannah tahu abang terpaksa nikah dengan Jannah tapi. Tapi Jannah pun tak tahu macam mana nak tolak rancanga nenda Jannah..maafkan Jannah bang kerana buat abang serba salah dan jadi bebanan pada abang.” Nur Jannah cuba memancing apa yang hendak di perkatakan oleh suaminya.

“Jangan cakap macam tu..sebenarnya sekarang ini abang sayang Jannah sangat-sangat. Inilah kesilapan abang …kesilapan yang tak sepatutnya berlaku, kesilapan ini tak akan berlaku kalau abang redza dengan ketentuan takdir dari Allah. Kini abang  terpaksa menanggung nya, abang berdosa Jannah.. abang berdosa sangat, abang berdosa dengan diri abang ni.” tumpah juga air matanya yang dibendung sedari tadi, dia mengaku dosanya. Sambil meraup wajahnya dengan kedua belah tapak tangannya. Bila mendengar suara isterinya yang perlahan dia mamndang kewajah isterin yang tenang.  

“Kalau abang masih cintakan dia nikahlah…..Jannah tak akan halang abang.”

Terkejut Farid mendengar jawapan dari Nur Jannah, tidak disangka jawapanya semudah itu.
“Jannah tak sedih ke kalau abang nikah lagi…Jannah tak sayang abang ke?”

“Jannah sayang abang dan sebab sayanglah… Jannah tak halang abang nikah. Jannah mahu abang menjadi orang yang bertanggungjawab….lagi pun Jannah tahu di mana Jannah di hati abang”.

“Jangan cakap macam tu Jannah, sejak abang kenal Jannah.. abang dah sayang Jannah sepenuh hati abang ni…Jika masa boleh diundur dan abang ada pilihan abang tak mahu semua ini berlaku..percayalah abang sayang   Jannah. Jannah dah teguh duduk dalam hati abang ni.” sambil menepuk-nepuk dadanya. Kemudian dia menyambung lagi dengan nada perlahan

“abang terima Diana kerana terpaksa….Jannah mesti ingat ya, abang sayang Jannah…. sayang sangat-sangat….”itulah kata-kata yang diulang oleh Tengku Farid berkali-kali untuk menyakinkan isterinya. Dia memegang bahu isterinya, dan mengakat sedikit dagu isterinya lalu mendongakkan supaya isterinya dapat  memandang wajahnya. Dia ingin isterinya tahu bahawa dia menyayangi isterinya itu sepenuh hati.. tidak pura-pura. Walaupun dia nampak ada kesedehan diwajah isterinya tapi apakan dayanya. Ini adalah keterlanjuranya yang tidak boleh diundur lagi. Hatinya sungguh kesal...kesal yang teramat sangat tapi apa hendak dikata bak kata perpatah ‘terlajak perahu boleh diundur terlajak perbuatan tanggunglah sendiri’.
Memang sesungguhnya setelah megenali Nur Jannah binti Ahmad Amin, Tengku Farid menyayanginya dengan sepenuh hati. Hatinya jadi rindu dengan cerita-ceritanya, senyum tawanya dan gurau sendanya. Jika berpisah di pagi hari tak sabar hati menunggu petang hendak berjumpa, waktu senggangnya akan menalifonnya untuk mendengar suaranya pun jadilah. Malam itu Tengku Farid tidur dengan memeluk isterinya hingga ke subuh bagai tidak mahu melepaskan, andai dengan cara ini dapat meredakan kepedihan hati isterinya dan andai ini dapat menunjukkkan kasihnya yang menggunung.



1 comment:

  1. Badai dah mula melanda pasangan bahgia ni ,sedihnya.Ceriter ni tetap best.

    ReplyDelete