“Tidak! mak long ..Dayah tak akan pergi
dari sini..” Melihat Tengku Faizal disisinya Nur Hidayah jadi bersemangat. Terasa
dia ada darah daging yang akan melindunginya, entah mengapa tiba-tiba perasaan itu hadir dalam dirinya dan dia jadi kuat untuk
membantah.
“Puan apa yang puan cakapkan ni”.
Rendah suara Tengku Faizal yang mahu meredakan rasa marah dua wanita
dihadapanya. Terus sahaja dia berjalan mendekati Nur Hidayah.
“Kalau tuan nak tahu Hidayah ni adalah anak luar
nikah”. Dek kerana geram melihat Hidayah yang sudah menjadi budak yang keras kepala..terus
meluncur perkara yang disimpan sebagai ugutan.
“Kalau dia anak luar nikah kenapa??”.
“Tak sepatutnyadia kerja kat sini tuan,
kalau orang tahu dia tu siapa, tentu dia akan memalukan hotel tuan”.
“I tak kisah pun..dia adalah pekerja I yang
pandai buat kerja. Kerja kemas dan cekap..dia pekerja I yang tak pernah curi
tulang”.
“Saya tak kisah dia pandai buat kerja ke apa..tapi kalau tuan tak berhentikan dia,
saya akan hebahkan pada pelanggan tuan.. siapa dia, biar lari semua …
“Ibu!!!
Kalau ibu buat macam tu ertinya ini adalah pertemuan kita yang
terakhir..” Cepat kepala Syarifah Aminah memandang kearah pintu bila mendengar jeritan
suara yang amat dikenali. Rupa Syed Borhan sudah lama mendengar perbualan
orang-orang yang didalam bilik. Sejak Tengku Faizal membuka pintu bilik Nur
Hidayah lagi. Bila memandang wajah anaknya yang terpacak di ambang pintu, terus
tersekat kata-kata Syarifah Aminah.Tadi dia bercakap macam tak ingat orang keliling.
“A.along..kenapa along ada kat
sini..along nak jumpa Dayah ke”. Syed Borhan tidak menjawab pertanyaan ibunya, namun
lama dia memandang kearah ibunya dengan pandangan yang sayu. Yang sebenarnya dia
sedang berfikir adakah didua kehilangan Hidayah ada kaitan dengan perlakuan
ibunya. Itu adalah kemungkinan yang tidak
dapat diterima oleh Syed Borhan. Bila dia tersedar terus sahaja dia berpaling keluar
dari bilik Nur Hidayah.
Menyedari
akan kemarahan anaknya pada dirinya, cepat Syarifah Aminnah mengikuti langkah
anaknya. Sampai ditempat pakir dilihat anaknya
sudah menutup pintu keretanya. Tampa berlengah cepat sahaja tanganya membuka
pintu penumpang dan memasuki kereta
MAZDA CX5 kepunyaan Syed Borhan. Sementara Syed Borhan mengundurkan kereta dia
menghantar SMS kepada anak lelaki yang ketiga bahawa dia pulang ke Jelebu, dan
anak ketiganya pulang semula ke Putra Jaya.
Sudah
setengah perjalan anatara Kuala Lumpur dan Jelebu namun Syed Borhan tidak
membuka mulut. Dia memandu kereta seolah-olah hanya dia seorang didalam kereta,
yang sebenarnya hatinya pijar dengan tindakkan ibunya. Dia tidak menyangka
sampai begitu sekali ibunya mencari jalan supaya dirinya tidak dapat memiliki
Nur Hidayah. Duit yang diberi kepada ibunya setiap bulan rupanya digunakan oleh
ibunya untuk membeli cinta Nur Hidayah. Sakitnya hatinya dengan tingkah ibunya.
“Loong ibu minta maaf..ibu minta maaf
sangat-sangat. Bukan saja-saja ibu ibu berusha untuk menjaga kebaikkan
keturunan kita long.. Lagi pun dulu ibu yang beria nakkan Nisa jadi menantu
ibu. Kalau ibu batalkan perjanjian, ibu malu pada mak lang dan pak alang.
Lebih-lebih lagi Nisa memang tunggu along..umi dia kata selama dia jadi anak
dara dia tak pernah nak berkawan dengan lelaki, setelah uminya bagi tahu along
dengan dia dah bertunag dari kecil lagi.”. Namun tiada jawapan yang keluar dari
bibir anaknya. Syarifah Aminah jadi penasaran. Itulah sikap along atau Syed Borhan
jika dia sangat marah dia akan mendiamkan diri biar pun wajahnya kelihatan tidak
beriak.
“Long cakaplah dengan ibu..tolonglah
maafkan ibu..long”.
“Along tak sangka perbuatan ibu macam
tu..berapa ribu ibu bayar Hidayah untuk dia pergi dari rumah arwah nenek tu
dulu”.
“Ibu terpaksa long..lagi pun rumah tu bukan
milik emak dia sorang..milik kami adik-beradik. Malah nenek talk pernah pun
cakap rumah itu dia bagi pada mak su. Ibu hanya nak ambil hak ibu sahaja.”.
“Sampainya hati ibu merebut harta yang
tak seberapa dari maruah seorang gadis.
Begitu tak berharga maruah Hidayah dimata ibu rupanya, sedangkan dia adalah anak
saudara ibu sendiri. Ibu lagi suka melihat lagi ramai anak yang macam Hidyah tu
lahir agaknya. Entahlah bu.. setelah
along tahu apa yang ibu buat pada Hidayah, along malu dengan dia.”.
“Ibu buat macam tu sebab ibu nampak
along macam dah tak boleh dengar cakap ibu, kalau along bersama dia kemungkinan
besar along tak akan dengar cakap ibu lagi.”
“Kenapa pula ibu fikir macam tu, along
tak nampak dia jenis orang yang macam tu, gadis yang bersikap angkuh yang hanya
mahu kita mengikut telunjuk dia sahaja. Along nak ambil dia sebagai isteri sebab
along kesian dengan dia..dari kecil dia hidup terbiar. Rasa nya dari dia
tingkatan empat lagi dia hidup sendiri. Kita yang kat sebelah rumah pun tak
boleh nak kasi tumpang dia duduk dengan kita, alasan ibu sebab dia bukan mahram
kita dan adik-adik along semuanya lelaki takut terjadi perkara yang tak elok. Jadi
along ambil keputusan ambil dia jadi isteri supaya dengan ikatan itu, ibu boleh bela dia sebagai ahli keluarga
kita”.
“Ibu nak jaga keturunan kita long..ibu
tak mahu dia akan melahirkan keturuan kita. Ibu takut anak-anak yang dia
lahirkan akan susah nak di jaga dan nak diberi tunjuk ajar”.
“Memang betul dia anak luar nikah tapi
tak boleh ke kita pandang Dayah dengan pandangan yang baik. Kenapa ibu
tak boleh percaya Dayah juga boleh melahirkan anak-anak yang baik. Sebab apa along cakap macam ni sebab along
sendiri nampak selama dia didepan mata kita, rasanya tak pernah dia buat
perkara sumbang.. tak pernah dia buat perkara jahat. Malah dia lebih baik
perangainya dari anak-anak yang dijaga
oleh ibu dan ayah didepan mata. Along mengaku sendiri.. along ni tak
pernah nak menunaikan solat sunat..dia..tak pernah disuruh solat..ditambah lagi
dengan solat sunat, bukan kah menampakkan dia seorang yang baik..kenapa ibu
tutup mata tentang kebaikkan dia yang
ibu pun tahu.”.
“Long. Kalau dah anak luar nikah, tetap
akan jadi anak luar nikah selama nya long…” Syarifah Aminah sudah menjadi
dirinya semula..dia sudah menjadi orang yang tak boleh berfikir secara waras dek rasa tidak
suka pada anak saudara yang tidak sah taraf kelahiranya.
“Memang lah bu..mana boleh seorang yang
dah lahir masuk balik dalam rahim ibunya untuk menukar status dirinya. Ibu
terus lah dengan pendirian ibu tu. Dan along tetap dengan pendirian along..
lepas ni anggaplah along dah mati bu. mungkin
inilah pertemuan kita yang tekahir. Lepas ni anggap lah along dah mati bu..lagi
pun memang itu cakap –cakap ibu dari dulu lagi.. ibu lebih rela mati anak kan. Ibu! kalau ini pertemuan kita yang terakhir
along minta maaf dan along minta halalkan air susu ibu yang along tenguk untuk
menjadikan along jadi besar macam ni. Ibu pun tak akan terasa kalau along tak
jenguk ibu..masih ada tiga lagi anak ibu untuk menjaga ibu”.
“Long!!! Kenpa cakap macam ni..along
kecewa sangat ke bila tak dapat kahwin dengan Hidayah”.
“Entahlah bu..tapi memang itukan yang
ibu doakan. Ibu tak pernah nak fikir perasaan along..tapi lepas ni tak payah lagi ibu fikirkan along..anggap
sahaja along dah tak ada”.
“Long jangan cakap macam ni long..”
Dalam pada memandun dengan kelajuan
yang boleh dikatakan laju, 140/km/j perjalanan mereka sampai juga keJelebu
dengan selamat. Ketika sampai diperkarangan rumah Syarifah Aminah. Syed Borhan
mula mendiamkan diri. Dari lagaknya
tiada tanda- tanda dia mahu turun singgah kerumah ibunya. Injin kereta masih
lagi berdengung itu menandakan dia mahu menyuruh ibunya keluar dari kereta dan
dia akan meneruskan perjalannya.
“Masuklah rumah ibu dulu..tolonglah
long”. Syed Borhan tidak menoleh kepada
ibunya.
“Long! Nisa ada kat rumah uminya
tu..turunlah dulu”. Rayu Syarifah Aminah. Dia tahu anaknya sedang marah kepadanya..itu
sebabnya dia tidak mahu singgah kerumahnya.
“Along ibu mint a maaf long..ibu
mengaku selama ini memang ibu yang suruh Dayah pergi dari rumah nenek dan ibu juga yang suruh Dayah pergi dari Seremban
tu dulu..tolong maaf kan ibu”.
“Tak benda yang nak dimaafkan oleh seorang anak
pada ibunya..tiada kesalahan pun seorang ibu pada anaknya kerana semua itu
untuk kebaikkan keturunan ibu”.
“Aloong maafkan ibu along, tolong jangan
buat ibu macam ni..” Syed Borhan mematungkan diri. Matanya memandang ke depan biar pun ibunya
sudah melekapkan mukanya ke lenganya
sambil menangis. Syed Borhan tidak beriaksi.. akhirnya Syarifah Aminah membuat
kenyataan mungkin kenyaatan itu yang ditunggu oleh Syed Borhan..
“Kalau dengan cara ini along boleh
maafkan ibu..ibu izinkan along nikah dengan Dayah. Sekarang juga ibu call Dayah datang sini nikah dengan along”. Sebagai
bukti dia memberi keizinan bernikah, terus sahaja Syarifah Aminah menekan
nombor Nur Hidayah.
“Hello Dayah tolong mak long..tolong
balik kampung kita Dayah..” Nur Hidayah mendengar esakkan mak longnya di hujung
talian hatinya bertanya-tanya mengapakah mak longnya menangis.
“Kenapa mak long..kenapa mak long
menangis ..mak long kat mana ni”.
“Mak long baru sampai rumah ni. Mak
long minta tolong dengan Dayah ni. Tolong datang sini bincang dengan along. Datang sekarang ye
Dayah..mak long takut jadi apa-apa kat long… tolong ye Dayah”. Yang menjadikan
Syarifah Aminah tidak senang hati bila Syed Borhan berkata ‘kalau ini adalah pertemuan terakhir mereka dia meminta maaf’…terasa
anaknya mahu meninggalkan dirinya selamanya, itu yang dia takut.
Sebenarnya Syarifah Aminah sungguh bersyukur kerana mendapat
anak sulong yang sangat bertanggung jawab, tak banyak kerenah dan pemurah.Sejak suaminya meninggal Syed Borhanlah yang menanggung mereka sekeluarga. Dari makan
pakai, perbelanjaan dapur dan perbelajaan adik-adik nya belajar kesemuaya
ditanggung oleh Syed Borhan. Biar pun setelah anak-anaknya yang lain sudah
bekerja, meraka tidak juga menghulur secara tetap kepada dirinya.
Takut
anaknya pergi meninggalkan dirinya, Syarifah Aminah menemani anaknya duduk dilalam kereta
yang masih hidup injinnya. Tiga jam kemudian sebuah BMW hitam menjalar di hadapan
rumah Syarifah Aminah. Tidak lama kereta berhenti keluar Hidayah dari tempat
penumpang dihadapan dan tidak lama kemudian keluar pula seorang lekai dari
pintu pemandu. Oh Nur Hihayah datang ditemani oleh abangnya Tengku Farid. Terkocoh-kocoh
Syarifah Aminah keluar dari kereta anaknya untuk menyambut kedatangan Hidayah.
“Terima kasih Dayah datang..mak long
harap Dayah boleh pujukkan along jangan tinggalkan mak long ye. Mak long restu
Dayah dan along nikah. Dayah bincang elok-elok, mak long izinkan Dayah nikah
dengan along, bila pun tak kisah. Kalau
Dayah kata setuju.. esok pun boleh Dayah nikah dengan along”. Bila melihat Nur
Hidayah hanya tercegat tidak bergerak dari tempat dia berdiri, mungkin kerana
terkejut dengan peneragan mak long, sekali lagi Syarifah Aminah mengesanya.
Yang sebenarnya Nur Hidayah terkedu dan terkaku mendengar kata-kata mak
longnya.
“Ehh cepatlah jumpa along dalam kereta
dia tu..dia tak keluar dari sampai tadi. Cepat bincang, cepat dapat kata putus, cepatlah kita buat majlis nya”. Wahh mak longnya
bagai sudah tidak sabar-sabar lagi nak dia jadi menantu. Betul ke apa yang
didengar oleh telinganya, macam tak
percaya pun ada. Kemudian Syarifah Aminah menoleh kepada lelaki yang masih tertegak di
pintu kereta yang masih terbuka pintunya. Tadi lelaki itu keluar dari pintu
tempat duduk pemandu. Takkan pula pemandu Nur Hidayah atau pekerja
hotel..kerana kelihatan pemuda itu sungguh segak dan bergaya biar pun lengan
bajunya sudah berlipat sampai ke siku dan tidak bertali leher namum kesegakkanya
masih jelas terlihat.
“Ini siapa ye pada Dayah”.
“Oh saya Tengku Farid abang Hidayah”.
“Abang kandung ke atau abang yang boleh
dibuat suami”. Waah bahasa mak long Hidayah pedas berapi tak bertapis lansung
detik hati Tengku Farid..
“Abang satu bapanya merangkap anak tiri
Nur Hidayah”.Ahhaa tu dia jawapan mantap dari Tengku Farid. Sepanjang jalan tadi Nur Hidayah sudah menceritakan
permasaalahan dirinya dengan keluarga mak longnya di Jelebu Negeri Sembilan.
Dia juga menceritakan kisah antara dirinya dengan Syed Borhan. dan pendirian Nur Hidyaha tentang keiginan abang sepupunya terhadap dirinya. Tetapi lain pula yang didengar sebentar tadi..ibu saudara adiknya sudah memberi restu adiknya bernikah dengan anaknya..apakan pendirian Hidayah akan berubah. Itu yang menjadi tanda tanya dikepala Tengku Farid. Itu yang menyebabkan dia tak bergerak kerana kepalanya sibuk memikir pendirian adiknya.
“Abang Farid Dayah rasa Dayah mesti
bersemuka dengan sepupu Dayah ni, supaya dia tidak memaksa ibunya menerima
Dayah..Dayah tak mahu dia mengharap Dayah datang kepadanya.”
“Kenapa Dayah tak suka dia..”.
“Bukan tak suka.. dulu memang Dayah
suka dia. Dia baik, dulu masa Dayah masih di U dialah yang beri perangsang Dayah belajar
bersungguh-sungguh selain dari mama Dayah, ingatkan Dayah jaga maruah diri..tapi
ibunya tak suka Dayah, sebab status. Pernah sekali Dayah dengar mak
long kata dia lebih rela mati anak dari bermenatukan Dayah anak luar nikah ni..sebab
anak luar nikah akan melahirkan zuriat
yang susah untuk di bentuk..itu kata mak long.” Ingatan Tengku Farid dengan
kata-kata adiknya sepanjang jalan tadi terhenti, bila mendengar gesaan mak long
adiknya menyuruhnya masuk kerumah.
“Kalau macam tu marilah masuk, biarkan
mereka berdua berbincang dalam kereta. Ketika itu Nur Hidayah sudah pun
memasukki kereta SUV MASDA CX5 Syed Borhan. Tengku Farid mengikuti langkah
Syarifah Aminah masuk kedalam rumah. Sebelum berlalu Tengku Farid membuka pintu
kereta disebelah Nur Hidayah..
“Bincang elok-elok..abang tunggu kat
dalam.” Tadi dia mendengar maklong adiknya berkata hal nikah kahwin yang bakal
mereka bincangkan.
“Dia tu siapa pada Dayah…sepupu atau
abang yang boleh diangkut”.
“Dia tu abang Dayah merangkap anak tiri
Dayah..senang cerita anak arwah Tengku Faris bapa biologi merangkap suami
Dayah. Long apa cerita nya.”
“Cerita apa yang Dayah nak tahu, cerita
yang ibu along memberi restu kita bernikah ke? Kalau ibu dah restu dan kak Nisa
pun beri izin kita nikah Dayah nak ke kita NIKAH.”.
Usah ditempah penyakit hidayah, jangan ikut permintaan syarifah aminah yang terdesak.. kekalkan pendirian untuk aman damai dihari muka... masih ramai lelaki bujang atau duda yang tak perlu dikongsi boleh hidayah pilih untuk jadi peneman.
ReplyDeletek.mid
Setuju sgt2, usah ditempa derita dayah
DeleteLebih rela Hidayah kahwin dengan polis kawan Syed Borhan tu dari dia. Nisa tu mmh x mahu bermadu tambahan pula anak emak... masalah rumahtangga semua diadukan pada emaknya... susah2lah Hidayah jangan takde beban batu digalas.
ReplyDelete