“Memang abang beruntung
jumpa dan ada jodoh dengan dia Sarah, tapi yang malunya ‘abang yang tak tahu dek untung’. Sekarang abang tak nak fikir
lain, abang akan berusha untuk bayar balik apa yang dia dah bagi kat abang
walaupun pemberian dia tu suka rela. Abang harapkan dengan duit tu nanti kalau
abang dah tak ada, dia boleh hidup dengan anak-anak dengan baik. Sarah! abang
harap Sarah dapat jodoh yang lebih baik dari abang. Sarah jangan harapkan abang
lagi. Walaupun Nuri tak ada dalam hidup abang, abang tak akan pergi pada Sarah
lagi. Abang dah anggap Sarah macam adik abang sendiri. Ada ramai lagi lelaki
baik kat luar sana untuk jadi jodoh Sarah”.
“Terima kasih bang dengan
jawapan abang tahulah Sarah. Memang Sarah tak ada harapan untuk hidup dengan
abang lagi”. Kedengaran pasrah suara Sarah dihujung talian tetapi kita tidak
tahu apa yang ada didalam hatinya. Yang sebenarnya walaupun jawapan itu yang
kelaur dari bibirnya namun hatinya masih mengharap hidup bersama Syukri sekali
lagi.
“Bang emak ada datang
jenguk abang? Dia tahu ke Nuri pergi Australia tinggalkan abang?” Sarah cuba
memesongkan cerita dia bertanyakan tentang emak mertuanya pula. Dia akan
mencuba menemui bekas emak mertuanya. Itu usha terakhirnya untuk hidup disisi
Syukri semula.
Pagi ahad itu ketika Sarah melintasi bengkel bekas
suaminya terlihat keretanya terpakir ditempat pakir yang selalu diletakkan
dulu. Tahulah dia, Syukri dibengkel ketika itu. Dia mengambil keputusan untuk
menemui bekas emak mertuanya untuk mencuba nasib. Setelah memberi 2 kali salam
barulah Puan Noriza menjeguk keluar pintu.
“Oh
Sarah. Mana tahu mak ada kat sini”.
“Haritu
call abang dia kata emak kat sini jaga dia yang tak berapa sihat”.
“Ialah
tu, mak tak sampai hati nak tinggalkan dia balik, takut jadi apa-apa kat dia
kalau ditinggalkan sorang. Masuklah tadi
mak kat belakang, itu yang tak dengar Sarah bagi salam. Mehlah kita minum
Sarah. Emak yang sebetulnya pun belum minum lagi ni. Tadi Syukri minum sorang
mak malas nak makan pagi-pagi. Ada kari semalam yang tak habis mak masak
lempeng untuk minum pagi kami. ”.
“terima
kasih mak buat susah emak saja”.
“Dah
ada marilah kita minum sama-sama”. Makin tinggi harapan Sarah melihat sambutan
ramah bekas emak mertuanya terhadap dirinya. Selepas makan mereka berbual.
Sehinggalah Sarah memberitahu hasrat hatinya yang telah dikarang sejak dua tiga
hari lalu.
“Mak!
Sarah sebenarnya masih sayang kat abang Syukri, lagi pun Sarah kesian tengok
abang derita sorang-sorang setelah Nuri tinggalkan dia. Kalau Sarah minta abang
rujuk balik kat Sarah apa pendapat emak. Kalau kami rujuk balik dapatlah Sarah
jaga abang Syukri yang tengah sedeh tu. Emak sudi ke kalau Sarah jadi menantu
emak balik?” Terkedu puan Noriza mendengar pertanyaan Sarah sungguh dia
berterus terang.
“Sarah
tentang jodoh anak-anak mak tak pernah nak masuk campur. Dari dulu lagi jodoh
diorang dia orang tentukan sendiri. Kalau dah ada yang berkenan dihati cakap
dengan emak dan emak pergi pinangkan itu memang tugas emak. Mak tak kisah
cantik ke hodoh ke pilihan mereka. Sebab mata dan hati kita ni lain-lain
walaupun kita anak beranak. Nanti cantik dimata emak tak cantik kat mata
mereka, sesuai kat mata emak tak serasi pula pada mereka…
…
Jadi pasal sudi ke tak sudi Sarah jadi menantu emak, itu tak penting. Kalau
Syukri kata setuju nak rujuk pada Sarah balik mak kenalah terima. Dulu pun
bukan mak tak terima Sarah. Mak marah Sarah supaya Sarah belajar. Jangan terima
saja belaan dari Syukri dan buat tak endah apa yang emak marahkan. Itukan untuk
kebaikan Sarah juga.”
“Ialah
mak sekarang Sarah dah sedar mak. Sarah dah belajar masak dengan
bersungguh-sungguh. Sejak dapat kerja baru duduk dengan kawan baik Sarah tu,
tiap-tiap hari Sarah masak. Minum pagi pun biasanya Sarah masak nasi goreng.
Sekarang Sarah dah pandailah masak yang senang senang. Terima kasih mak beri
peringatan pada Sarah”.
“Pasal
Sarah nak rujuk pada Syukri tu mak tak boleh nak campur tangan. Sebab kalau ada
apa-apa hal dalam rumah tangga nanti Sarah dan Syukri yang menghadapi”.
“Dua
tiga hari lepas Sarah ada call abang cakap hal nilah, tapi abang nampak
keberatan nak rujuk dengan Sarah balik. Ingatkan nak minta tolong emak pujuk
abang supaya rujuk Sarah balik”. Ohh itu tujuan Sarah datang berkunjung, detik
hati puan Noriza. Bagi puan Noriza dia menyukai Sarah bukan sebagai menantu.
Ramahnya hanya kerana dia kenal dan pernah ada hubungan keluarga. Dalam hatinya
berdoa agar Syukri memandang dengan mata hati yang terbuka.
“Ialah
nanti mak cakap kat Syukri. Mak nak kedapur ni dah nak tengahhari, biasanya
kalau hari minggu macam ni Syukri balik cepat sikit. Ilah dia sorang-sorang
buat kerja kat bengkel, jemu juga agaknya.”
“Jomlah
Sarah tolong, sementara Sarah ada ni biar Sarah tolong emak masak, boleh mak”.
“Ehh
apa pulak tak bolehnya lagi mak suka ada teman berbual, cepat sikit mak masak”.
Dalam hati puan Noriza terdetik..Ohh Sarah nak tunjuk bukti yang dia dah pandai
buat kerja-kerja dapur.
“Apa
Sarah nak buat ni mak?”.
“Kopekkan
mak bawang ni. Kemudian siangkan kacang panjang tu. Hari ni mak nak masak lemak
kacang panjang dengan udang, kemudian goreng berlada ikan kembung. Udangnya dah
mak siang semalam dah rendam pun tu. Syukri ni kalau mak ada macam-macam yang
nak dimakan. Dia yang nak makan masak lemak ni. Malam tadi juga dia cari kacang
panjang kat supermarket.”.
“Ohh
sedapnya menu mak hari ni. Sarah belum pernah lagi masak lemak kacang ni mak.
Sarah baru belajar masak kari dengan masak asam pedas. Kawan Sarah ni orang
Melaka dia memang suka masak asam pedas.”
“Haa
ni tenguk cara mak masak nanti boleh masak sendiri kat rumah sewa kamu”. Makin
kembang hati Sarah melihat layanan mesra bekas emak mertuanya.
Sedang mereka berhidang kedengaran sebuah kereta
berhenti dihadapan rumah. Puan Noriza sudah tahu Syukri sudah pulang untuk
makan tenghari bersamanya.Syukri memberi salam, laju langkahnya menjengah
dapur. Dari kereta yang terpakir didalam pagar dia tahu Sarah mengunjugi
emaknya. Terjengul sahaja wajahnya
dipintu dapur, dia melihat Sarah sedang membasuh sesuatu di sink dapurnya.
“Ehh
Sarah!! Bila sampai?”
“Tadi
lagi, ni tolong emak masak sambil belajar masak lemak dengan emak.”. Ketika
Sarah menoleh kerana ditegur oleh Syukri terkeluar rasa terkejut Sarah bila
melihat wajah dan fizikal Syukri.
“Ehh
abang!! Teruknya abang menderita, sampai kurus macam ni, dengan rambut panjang,
misai dan janggut abang tak terbela..Kesiannya abang”. Terlopong Sarah
memandang Syukri.
“Alah
tak ada apalah ni saja abang malas nak pergi kedai guntig rambut. Tak ada siapa
pun yang nak pandang abang lagi.”
“Ialah
walaupun tak ada yang nak pandang tapi kemaslah sikit. Rajin abang, hari minggu
pun kerja”.
“Pada
tak buat apa kat rumah, termenung sana termenung sini baik abang buat kerja
nanti hari Isnin boleh tolong diorang kat bengkel pula. Dah siap mak masak jomlah
kita makan mak, Syukri dah lapar ni mak”. Malas pula Syukri mahu berbalas
cerita dengan Sarah. Dia tidak suka pandangan tepat Sarah kearahnya. Dia rasa
kekok pula.
“Dah
Syukri, tinggal nak senduk nasi tolong
ambilkan pinggan Syukri”.
“Biar
Sarah yang ambil pinggan mak. Abang pergilah duduk.” Pertama kali Sarah
melayani dia makan tetapi setelah mereka tidak halal lagi. Syukri hanya
memandang kearah Sarah yang seperti wanita Melayu sejati.
Ketika dimeja makan Syukri bagai
tidak mahu melayani keletah Sarah yang bercerita itu dan ini. Dia lagi banyak
memandag nasi dipinggannya dari memandang wajah Sarah yang duduk bersetentang
dengannya. Sarah menyedari perlakuan bekas suaminya. Masih adakah harapannya
pulang semula kepangkuan Syukri bila melihat tingkah Syukri. Atau Syukri
berbuat begitu kerana takutkan dosa kerana memandang yang bukan muhrimnya lagi.
Itulah pertanyaan yang bergema didalam hatinya. Cepat sahaja Syukri
menghabiskan makannya hari itu kemudian dia meminta diri.
“Ehh
dah sudah Syukri. Tadi kata lapar, kenapa makan sikit sangat tak selera ke?
Pagi tadi kamu yang minta masakkan masak lemak kacang dengan undang ni”.
“Penat
lah mak hari ni jadi tak berselera pula, Syukri nak rehat dulu lah mak”..
“Haah
pergilah nanti Zohor mak kejut”. Syukri bangun dan mengangkat pinggan makannya
dibawa kesink didapur dan dibasuhnya. Itun ajaran puan Noriza sejak dia kecil
lagi ‘Lepas makan cuci pinggan.’ Tampa
berpamitan dengan Sarah yang didepan mata Syukri masuk kebiliknya.
Setelah habis berkemas dan mencuci pinggan mangkuk,
Sarah meminta diri. Dia menyedari bekas suaminya bagai mahu mengelak dari
dirinya. Lebih baik dia sedar diri dan balik dari tersua-sua. Itu kata hatinya
yang ingin merajuk. Untung-untug Syukri menghubungi kalau dia merasakan dia merajuk. Sarah hendak menguji ‘dimana aku dihatimu’ sekarang ini.
“Mak!
Sarah nak balik dululah mak. Terima kasih mak, kerana layan Sarah dengan baik”.
“Sarahkan
tetamu emak, tentulah emak layan dengan baik. Kita kan orang Islam tetamu wajib
dihormati, pandu kereta elok-elok ye”. Lembut suara puan Noriza berpesan kepada bekas menantu. Syukri di balik
dinding mendengar segala perbualan antara emak dan bekas isterinya. Dia hairan
dengan keramahan dan kebaikan budi emaknya dengan bekas isterinya. Dulu emaknya
bagai sukar benar hendak bertemu muka dengan Sarah.
Mendengar
kereta Sarah menderum meninggalkkan rumahnya, Syukri keluar dari biliknya. Dia
mencari emaknya diruang tamu tetapi tiada, dia menjengah keluar rumah juga
tiada akhirnya dia kedapur.
“Mak!!”
“Hssy
kamu ni Syukri, terkejut emak, cubalah perlahan-lahan kalau tegur emak ni
Syukri”. Ketika itu puan Noriza sedang terbongkok-bongkok mencari sesuatu
dibawah sink basuhan pinggan.
“Kata
kamu nak rehat. Ni belum mak kejut kamu dah bangun tak jadi nak rehat ke?”
“Bukan
Syukri nak rehat sangat, Syukri tak letih pun saja malas nak pandang muka Sarah
tu”.
“Pulak
dah, kenapa jadinya macam tu. Bukan ke dulu kamu kesian sangat kat dia tu.
Kalau mak tegur punyalah kamu membela dia”.
“itu
dulu masa dulu sekarang dah tak lagi. Lama dia kat sini tadi?”
“Lama
lah juga habislah air satu teko.” Jenaka
puan Noriza sambil tersenyum. Sengaja mahu melihat reaksi Syukri tentang
jandanya.
“apa
ceritanya dengan emak?.”
“Dia
cerita, dia ada telefon kamu dua tiga hari lepas, cerita dia nak rujuk, dia
tanya pendapat emak. Kemudian dia minta emak pujukkan kamu supaya rujuk dengan
dia. Kamu tak cakap dengan emak pun dia ada telefon kamu”.
“
Belum sempat nak cerita dengan emak, dia dah datang cari emak. Tapi tak sangka
dia datang kerumah ni dan cerita pasal rujuk ni dengan emak.” Sedang mereka berbual didapur kedengaran
seruan azan Zohor dari masjid
berhampiran taman perumahan mereka. Mereka menghentikan bualan mereka. (Ada hadith
yang menyatakan bahawa jika kita berkata-kata semasa azan, Allah akan kelukan
lidah kita semasa sakaratul maut). Usai azan memereka menunaikan solat
Zohor diawal waktu.
Usai
solat Zohor yang diimaminya dan selepas menyalami emaknya, Syukri meluahkan apa
yang menjadi tanda tanya dihatinya,
sejak kepulangan Sarah tadi.
“Mak!
mak boleh terima Sarah jadi menantu emak balik ke?. Jawablah dengan jujur mak,
Syukri nak tahu apa yang ada dalam hati emak tu”.
“Mak
yang sebetulnya tak boleh nak campur tangan dalam soal hati, walaupun kamu tu
anak emak. Sebab hal rumahtangga nanti, kamu yang akan menghadapainya sendiri.
Emak ni hanya boleh pandang sahaja. Macam ni ha masaalah kamu dengan Nuri, apa
yang mak boleh buat. Walaupun emak suka sangat Nuri dan Nuri dengan mak pun
rasanya tak ada masaalah, tapi masaalah dia dengan kamu emak tak boleh nak
campur. Emak pun tak boleh nak pujuk hati dia terima kamu semula. Kasih sayang
emak pun tak boleh nak redakan sakit hati dia pada kamu Syukri. Jadi pada emak
terserah pada kamu, fikir baik-baik, ini hidup mati kamu. Kamu yang akan
tanggung segala tindakkan yang kamu ambil sekarang ni. Apa yang kamu ambil
sekarang ni bukan untuk sehari dua dan bukan untuk setahun dua sahaja tapi
untuk sepanjang hidup kamu Syukri. Ingat
tu”.
“Yang sebenarnya,
Sarah memang dah tak ada dalam hati Syukri, tapi kalau pandang dia tu, Syukri
rasa kesian pula. Sanggup dia tebalkan muka datang sini menagih simpati dari
kita. Kalau Nuri agaknya sanggup ke dia buat macam tu”.
“Kalau emak kan Syukri
nak tebalkan muka mesti kena pada tempatnya, yang meletakan harga diri kita
adalah kita sendiri. Main terjah macam ni lain pula orang fikir pada kita.
Entahlah Syukri, pada emak untuk apa kita kesiankan orang, kita kesiankanlah
diri kita sendiri dulu. Kalau rasa dah tak ada rasa, untuk apa memaksa hati
kita menerima dia hanya kerana kesian. Cuba belajar dengan perkara lalu
Syukri”.
“jadi macam mana? apa Syukri nak buat, Syukri
nampak Sarah macam bersungguh nak Syukri rujuk pada dia balik. Kalau Syukri
tolak tak kesian ke pada dia mak.”.
“Kan emak dak
kata baru tadi ni ha. Kesiankan diri kamu tu dulu baru kita nak kesian pada
orang Syukri. Dia tu dah jadi orang lain dengan kamu. Kamu dah tak ada kena
mengena dengan dia lagi. Banyak lagi lelaki yang dia boleh pilih untuk jadi
suami dia, Atau kamu memang masih sayang kat dia?”.
“Taak mak Syukri
hanya kesian kat dia”.
“Yang kamu nak
kesian Sarah tu kenapa?? Dia dah ada kerja, ada kawan yang boleh dia bercerita
suka dan duka, dia dah ada tapak untuk mencari kehidupan dia. Mak heranlah kamu
ni Syukri, kamu lebih kesiankan orang dari anak-anak kamu yang tiga orang tu,
kamu tak ingat mereka ke? Kamu tak terfikir ke kenapa Nuri jadi macam tu. Ni
baru dia nak ubat luka hati dia, kamu nak bawa Sarah lagi dalam hidup kamu.”
“Ehh mana ada
Syukri nak bawa Sarah dalam hidup Syukri balik, Syukri hanya kesian kat dia
saja”.
“Kesian..Kesian dari dulu mak dengar kamu kata kamu kesian kat
Sarah. Sepatutnya dulu kamu boleh elak kahwin dengan Sarah kalau kamu ikhlas
hati tolong dia. Jangan bagi alasan kerana kesian dan nak tolong jaga maruah
dia kamu kena kahwin dengan dia. Pada emak kawin dua ni kalau betul-betul ada alasan
kukuh sahaja kita diwajibkan kawin dua. Kalau setakat kerana kesian dan nak
jaga maruah.. orang bodoh sahaja yang boleh terima alasan tu. Mak nak Tanya kamu,
kamu jawab dengan jujur kenapa kamu kahwin dengan Sarah tu dulu..
..Kalau kata pasal
anak, kamu kahwin dengan Nuri belum pun empat tahun, pada emak, itu masih baru
lagi. Dan kamu pun nampak dia pun bersungguh nak kan anak bukan kamu saja, dia
ikut segala nasihat dan petuakan. Atau nafsu kamu tinggi sangat sampai
hari-hari kamu nak dia layan kamu. Setahu emak dia kerja malam berselang dengan
kerja pagi ertinya sehari pagi sehari malam. Emak ni bukan bodoh sangat tak
tahu baca. Setahu emak selalu sangat minta layan pun bukan elok untuk kesihatan
seorang lelaki betul tak. Emak ada baca dulu kekerapan seorang lelaki melayan
nasfsunya dua atau tiga kali sahaja seminggu, kalau terlalu kerap mudharat pada kesihatan dia. Cakap dengan
emak kenapa kamu kawin dengan Sarah dulu takkan kerana KESIAN saja”.
“Kan Syukri dah
mengaku Syukri silap. Yang sebenarnya Syukri tolong tak ikhlas. Masa tu Syukri
fikir bila dah Syukri bayarkan sewa rumah, makan dia pun Syukri tanggung baik
Syukri kahwin dengan dia terus. Masa tu Syukri ikut kata hati”.
“itu bukan ikut
kata hati. Itu ikut nafsu. Kan dah ada kata-kata yang mengatakan dua orang
lelaki dan perempuan berkawan itu tidak baik, kerana akan ada pihak ketiga yang
akan menghasut melakukan maksiat. Orang ketiga tu siapa? Syaitan. Yang cakap
dengan kamu tu nafsu kamu yang dah ada bisikkan oleh syaitan. Masa tu kamu
terlupa nak kesian dengan isteri kamu Nuri. Kamu tak fikir perasaan dia. Kamu
ikut bisikkan nafsu. Jadi macam nilah jadinya. Kamu bakal hilang tiga anak kamu
dan seorang isteri yang sentiasa berbuat baik kepada kamu”.
“mak mana ada
syukri buat maksiat dengan Sarah”.
“Memang tak buat,
tapi kamu nikah dengan dia. Dengan
pernikahan tu merosakkan hati seorang isteri kamu yang baik. Kenapa mak kata rosakkan hati Nuri sebab kamu
paksa dia terima Sarah, kamu nikah dulu baru bagi tahu ertinya kamu paksa dia
terima Syukri. Baiklah sekarang ni kamu terima Sarah kerana kesian lagi. Emak rasa
kamu akan kehilangan Nuri. Bila kamu dah kawin dengan Sarah, dia berubat dan
dapat anak, dengan perangai dia yang manja dan yang sewaktu denganya (Sikap
malas) tu boleh ke dia jadi ibu yang baik, boleh ke dia didik anak-anak menjadi
insan yang berguna insan yang ‘menjadi’.
.. dari pandangan
mata kasar emak, Sarah ni hanya suka anak-anak sahaja tapi tak pandai mendidik.
Setakat bagi makan dan pakai anak, semua orang boleh Syukri. Tapi nak mendidik
untuk menjadi insan berguna emak rasa susah sikit. Seorang ibu sebetulnya
tanggung jawabnya besar sebab dia yang selalu berdampingan dengan anak dan
naluri dia lebih rapat dengan anak-anaknya. Kalau kamu dapat anak dengan Sarah,
anak-anak kamu tak jadi apa. Silap-sialap dapat nak yang tak mendengar kata.
Emak tenguk kamu pun setelah kahwin dengan dia susah sangat nak terima perkara
yang membawa kebaikan. Kamu jadi orang yang tak bertimbang rasa.”.
“Kenapa sampai
macam tu sekali emak menilai Sarah.Ada ke Syukri sampai tak bertimbang rasa???”
“Syukri kita ni
kalau selalu sangat makan makanan yang tak suci dari najis hati jadi bebal,
susah nak terima kebaikan. Lagi pun kalau kita makan makanan yang bernajis doa
kita tak diterima oleh Allah. Kalau dah doa kita tak diterima solat kita
diterima tak??”.
“Mana ada syukri
makan najis mak”.
“dulu kamu selalu
makan luar kan pernah tak kamu makan roti canai telur”.
“Itu pernah lah
mak. Sarah memang suka roti canai telur tu”.
“Ada kamu tenguk sebelum telur dipecahkan dibasuh
tak telur tu. Sedangkan telur tu baru keluar dari dubur ayam,cuba kamu tenguk
telur yang kat tray tu, kadang-kadang berselepat tahi ayam kering kat kulit telur tukan. Sipembuat
roti canai ambil tentu dengan tangan dia pecah kan kemudian dengan tangan yang
dah pegang telur berselepat tahi tu dia temek roti tadi, lepas tu kamu makan. Tahu
tak ke kamu makan makanan yang dah bernajis”.
“Ya Allah..Syukri
tak pernah terfikir samapi kesitu mak”.
“Ha itulah, jadi
jangan makan kat luar. Makan kat luar ni kalau boleh dielak elakkan. Biasanya
orang berniaga ni masak banyak, jadi soal kebersihan nombor dua. Sayur yang
diaorang basuh entah bersih entahkan tidak. Sedangkan kamu pun tahu macam mana
orang tanam sayaur. Sayur kalau Cina yang tanam dia siram dengan air kencing.
Tapi itu tak salah mereka, itu baja semula jadi yang sangat bagus, dengan itu
juga diaorang boleh jimat duit baja. Jadi kita yang makan cucilah bersih-bersih
sebelum dimasak. Yang boleh cuci bersih, kalau makanan kita, kita yang masak sendiri betul tak. Biasalah kita
yang nak makan takkan makan yang kotor kot. Itu sebabnya mak tak berapa suka
makan makan luar..
..Syukri !! mak
tak mahu mempengarui keputusan kamu, nak rujuk sarah balik. Tapi mak hanya kesiankan cucu emak yang ada ni dengan cucu
emak yang balak ada nanti. Mereka semua tu akan jadi keturunan emak dan ada kena
mengena dengan emak. Tak kiralah cucu yang Nuri lahirkan atau yang bakal Sarah
lahirkan, kalau itu dari benih kamu itu cucu
emak. Emak kesian mereka. Pada emak kalau kamu kesian kat Sarah, ikhlaskan hati
kamu, doa kan dia cepat dapat jodoh lain dan yang baik. Banyak lagi lelaki baik
kat luar sana, bukannya kamu soarang saja lelaki dalam Malaysia ni.”
“Memang tak ada niat
dihati Syukri nak rujuk Sarah balik. Selepas Syukri ceraikan dia mak.”
“Eloklah macam
tu, mak cerita banyak-banyak supaya kamu tu buka mata hati kamu. Mak takut
dengan rasa KESIAN kamu tu akan menjerat kamu dengan dia lagi. Kita kesian pada
orang yang sepatutnya kita kesian Syukri, SIAPA?? Isteri dan anak-anak kamu. Nuri masih isteri kamu”.
“Ia mak Syukri
tahu tu. Sekarang Syukri tak kesiankan Sarah lagi. Syukri doakan dia dapat
jodoh lain secepat mungkin, jadi tak lah dia nak harap Syukri sahaja jadi suami
dia. Ni belum lepas iddah lagi dia dah datang pada Syukri balik. Tak sempat
orang lain nak cuba rapat. Tapi sekarang apa yang patut Syukri buat mak?”.
Syukri oh Syukri keluh emaknya dalam hati. Tapi Syukri harus dibantu.
yeayyy..saya yang 1st..
ReplyDeleteterima kasih mak teh..
mak teh dan puan noriza memang terbaikkkk...
kasi basuh syukri kaw2 punya..
saya suka..
yeayyy..saya yang 1st..
ReplyDeleteterima kasih mak teh..
mak teh dan puan noriza memang terbaikkkk...
kasi basuh syukri kaw2 punya..
saya suka..
thanks mak teh. banyak pelajaran yang saya dapat hari ni. tak terfikir saya pasal roti canai telur atau masakan yang menggunakan telur.
ReplyDeleteemak syukri memang seorang ibu yang baik. saya membayangkan mak teh pun mesti macam emak syukri kan, baik dan penyayang. menegur pun walaupun direct tapi sangat berhemah. memang menjadi idola saya.
Mak teh dari awal novel mak teh yg saya baca bnyk memberi ilmu dan menyentuh aspek kekeluargaan.syabas mak teh.bnyk yg saya pelajari.memang betul apa yg mak teh bgtahu segala jenis telur yg keluar dr punggung binatang adalah najis jika tidak dibasuh.oleh itu setiap kali beli basuh semua dgn sabun keringkan baru guna.bnyk maklumat yg mak teh salurkan.sebenarnya mak teh keluarga amat penting dlm hidup kita.semoga syukri tetap dgn pendiriannya.iklas saya ckpkan lelaki mcm syukri memang lelaki yg tak bertanggungjawab dan ikut nafsu kot.sbb itu jd mcm ni.sakit sangat hati.tp bila difikirkan nuh kesian biarkan dia tanpa babanya.moga dugaan ini akan dpt dijadikan satu dugaan. Semoga perkahwinan mrk kekal.biar sarah dgn org lain.setiap apa yg kita lakukan allah akan balas sarah.jgn jadi seorg wanita yg sanggup menyakiti hati wanita lain.awak wanita sarah sepatutnya membela wanita tak ada makna jdkan sifat sarah baik kalau sifat mcm ular.sarah bukan baik hati tp pembelit yg talam dua muka.
ReplyDeleteSyukurlah Puan Noriza ada di samping Syukri bila Sarah yg dah gila talak tu nak rujuk balik. Betul kata Puan Noriza tu kalau hari2 bersama bila nak rehatnya. Mudarat adalah.saya bayangkan Sarah ni badan berisi dan cutting menarik berbanding Nuri yg kurus dan berdada leper. Tu yang Syukri tergila-gilakan Sarah. Tak sabar tunggu Nuri balik. Mungkin balik bukan ke rumah Syukri lagi.
ReplyDeleteakak pun membayangkan sarah begitu..harap2 bila nuri balik lepas bersalin hadi, badan dia dah mula berisi sbb lepas bersalin, biasa badan yg kurus akan naik pada certain part cam dada dan punggung..kena lak sekarang hati nuri dah senang x perlu memikirkan kecurangan suami, harap makin berseri2 muka dia biar sampai syukri tak senang hati dan cemburu..
DeleteSarah mmg jenis muka tebal...kalau dia kata nak, apa kan cara pun dia mesti dapat...mmg sifat anak2 yg manja, kalau tak dapat apa yg dikehendaki mahu berguling kat lantai kekdahnya...
ReplyDeleteSyukri pulak x paham saya...kalau dgn sarah kemain menunjuk yg dia tak nak tp kalau dgn puan noriza macam berbahagi hati..macam nak pun ada...
mekasih mak teh untuk entry ni. dasat sarah ni, tak dapat pujuk anak, pujuk lak emak..saya lak excited nak tunggu apa langkah dia seterusnya untuk menakel syukri balik. walaupun saya tak suka syukri tp saya tak mahu dia balik pada sarah. saya nak dia kahwin dengan abang siyam yang sehati dan sejiwa dengan dia tu. mesti hidup bahagia dapat adik ipar yang memahami.
ReplyDeleteHadoii la sarah. Apa jenis perempuan lah dia ni. Betul2 tak menjaga maruah. Dah la hipokrit.
ReplyDeletecuak betul tgk si syukri ni. walaupun katanya tak nak kembali pada sarah, tapi cara dia cakap kesian kat sarah tu dah macam hape ntah. agaknya kalau takde mak dia dan sarah start merengek, mau dia rujuk balik kat sarah ni.
ReplyDeletetu la pasal...
Deletedalam kata tak nak tak nak tu, kesian pulak kat sarah kalau di tolak..
adui...camno tu..
tak steady betul la mamat ni...
rasa cam nak sekeh je kepala dia bagi otak tu boleh pikir..
sarah salah pertimbangan..
ReplyDeletekunun2 dulu merajuk lah syukri dok lebihkan nuri masa nuri tgh sarat..
sampai minta cerai, biar orang nampak dia baik..
mmg jenis orang takde timbang rasa dan pentingkan diri sendiri..
yang syukri lak pantang minah ni merengek dan buat muka laju je memujuk..
la ni dah bercerai dah gila talak la pulak..
mesti dalam fikirannya tu syukri mesti datang balik kat dia..
trimakasih Mak Teh tapi untuk Bab Ini dab sebelumnya I`ll definitely skip in fact baca pun lompat2 sebab takde bab Nuri. Saya lebih ke Nuri n her kids. Bab S & S kurang le pula.
ReplyDeleteItu saja nak comment. Salam sayang dari Zurich
akak pun lebih kpd nuri dn anak-anak...bab si syukri dn si sarah gedik ni buat sakit hati dn menyampah je. si syukri yg mcm lalang dn sisarah yg mcm ular membelit.
ReplyDeleteTak sabar menunggu nuri balik dn keputusannya.
-dibah-
Tahniah mak teh kerana dapat menghidupkan watak syukri yang sebegitu. Realitinya begitulah sikap sebenar sesetengah lelaki ni... Mak teh mampu melingkari pemikiran dan hati kami untuk merasa benci dan meluat dengan perangai sengal si syukri, rasa menyampah dengan sikap kegedikan sisarah dan mengepong rasa sedih dan kasihan yang menggunung kepada kenaifan sinuri. serta rasa kagum dengan sikap sporting dan keterbukaan puan noriza.
ReplyDeleteMak teh memang hebat. Rasa tertunggu-tunggu untuk mengetahui kisah seterusnya penerimaan nuri dengan sikap sisyukri. Rasa mahu melihat kebahagiaan sentiasa berpihak kepada sinuri yang begitu tabah mengharungi kehidupan bermadu. Sampai ketahap meroyan kerana tekanan perasaan. apa-apapun nak sangat tahu kisah ini sampai wafi, nuha dan hadi dewasa, boleh ke mak teh? Cerita yang sangat menarik untuk dibaca dan dirasa.
Alahai syukri... Umur je dah tiga puluhan tapi aduhai pertimbangan untuk membuat sesuatu keputusan yang baik hampeh... macam lalang ditiup angin... Puaan noriza patut basuh syukri cukup2 baru dia sedar dan teguh sikit nak buat sesuatu keputusan.. Masih lagi ada hati nak rasa kesiah kat si sarah walau mulut kata sayang nuri sangat-sangat. Tak terfikirkah kejadian yang menimpa dirinya kini adalah kerana kesilapannya menikahi si sarah... apa ke bodoh si syukri ni... Kena pergi kaunseling sisyukri ni..
ReplyDeleteSisarah ni dah jadi macam apa entah. Merayu Syukri tak jalan. Pegi kat pn Noriza plk. Nanti Nuri balik mau dia jumpa dan merayu2 mintak laki.
ReplyDeleteMemang kesian la, tapi sebab perangai dia dlu, patut dia terima nasib mcm ni. Bagi la Nuri yg byk berkorban hdp bhagia.
akak tunggu watak nuri dn anak anak .......
ReplyDelete-dibah-
Saya pulak x kisah..lg banyak watak lagi meriah..papepun watak nuri kena lebihkan..
ReplyDeleteYe la. Kebaikan watak Nuri buat kita ternanti2kan dia. Padahal dari mula cerita watak sarah yang ditonjolkan.
ReplyDeleteBila Nuri nak balik ni. Syukri dah jadi mcm bdk2. Semua nak tanya mak, masa nak nikah dua dlu lgsung tak ingat nk bgtau mak. Apa la....