Petang
itu mereka solat Asar berjemaah. Selesai solat Nuri terus kedapur. Dia mahu
memasak permintaan suaminya tadi, ayam digoreng dengan tepung Kentucky bersama sos nya sekali. ‘Cepat dia makan cepatlah dia balik’ itu
yang ada difikiran Nuri.
Selesai
makan malam pada pukul 7 malam Nuri mengharapkan suaminya pulang kerumah
madunya tetapi tidak juga. Mereka sekali lagi solat Magrib berjemaah. Selesai
solat Nuri mengambil anaknya dibawa kebilik. Dia mengaji dibilik sambil
menantikan solat Isyak. Dia mengharapkan suaminya kebosanan tinggal diruang
tamu sendirian dan akan meninggalkan dirinya. Selesai mengaji dia menjengah
keruang tamu, dilihat suaminya leka menonton berita Buletin Utama TV3 di
televisyen. Nuri masuk semula kedalam bilik untuk menyusui anaknya. Dari ekor
matanya Syukri tahu Nuri menjenguknya. Dia juga tahu Nuri mengharapkan dirinya
ditinggalkan sebab itulah dia membiarkan diri kesaorangan diruang tamu. ‘Nanti kau’ dia ada misi dalam hatinya. Dia
menarik senyum.
Bila azan Isyak berkumandang
kedengaran langkah suaminya menuju kebiliknya. Nuri memalingkan muka memandang
pintu bilik terjengul wajah suaminya…
“Jom solat”. Dengan wajah masamnya Syukri
mengajaknya bersolat. Nuri menarik putting susunya dari nyonyotan anaknya. Dia
kebilik air mengambil wuduk. Selesai memakai telekong dia mengangkat anak
keruamg tamu, sejadahnya sudah siap terbentang, suaminya pula sudah menanti
disejadahnya. Nuri mengharapkan selesai solat suaminya akan pulang kerumah
madunya. Selesai solat Nuri menyalami suaminya dengan berlapik. Suaminya
meneruskan zikirnya disejadah. Dia terus sahaja melipat sejadah dan
telekungnya, kemudian dia mengambil anaknya untuk ditidurkan sememangnya waktu
itu adalah waktu tidur anaknya.
Sedang dia membelai rambut anaknya, suaminya memanjat katil, dia
merapatkan muka kewajah anak yang sedang menyusu.
“Anak baba dah nak tidur ye”. Kemudian
dia mencium kepala anaknya. Dia memangkat wajah memandang kearah isterinya
pula.
“Umi pun dah nak tidur ke?”. Tidak
disangka itu yang keluar dari bibir suaminya dengan nada lembut.
“Emm” Hanya itu yang keluar dari bibir
Nuri sebagai jawapan.
“Baba pun nak tidur jugalah”. ‘Ehh dia ni tak balik ke??’ getus hati
Nuri yang kerimasan dengan kehadiran suaminya. Nuri sebetulnya buntu dengan
sikap ‘tak tahu bahasa’ suaminya.tak
tahu bahasa yang dia sedang marah dan tahu bahasa dia tak memerlukan suaminya
lagi. Sebenarnya marahnya masih belum hilang.
Marah yang bertimpa-timpa tentulah lama sejuknya.
Suaminya
baring rapat dibelakangnya, terasa pergerakkan suaminya yang mengangkat kepala,
kemudian bibirnya hinggap dibahu dan kemudian dilehernya pula. Nuri sudah tahu
apa yang dikehendaki oleh suaminya dengan perlakuanya. Patutkah dia menolak
kemahuan suaminya?. Tetapi bila teringat kata-kata seorang ustazah yang memberi
ceramah ditempat kerjanya dua tiga hari lepas, dia jadi redha. Selagi dia masih
dalam ikatan perkahwinan bersama Syukri, dia akan menunaikan tanggung jawapnya
bila diminta oleh suaminya.
Seorang isteri akan dikutuk oleh malaikat
apabila ia menolak kemahuan suaminya sehinggalah suaminya reda kepadanya.
Dia tidak mahu dikutuk oleh malaikat
dan dia tidak mahu menaggung dosa kerana menjadi isteri yang nusyuz(derhaka).
Syukri
kebengkelnya dari rumah Nuri. Setelah selesai
bersarapan dengan sepinggan nasi goreng, sepiring telur dadar bersama
bawang besar dan sepiring timun dia kebengkelnya. Sebelum dia melangkah kepintu
sempat lagi Nuri mengingatkan..
“Kalau
sempat abang balik cepat, baliklah saya tak suka hal kita tertangguh-tangguh”.
“Emm”
itu jawapan Syukri. Tetapi dalam hatinya berkata ‘selepas adanya hubungan suami isteri mana boleh nak bercerai Nuri
oiii’ tu adalah salah satu syarat
jika kita hendak bercerai sebenarnya. Setelah bersih dari haid atau nifas dan
belum lagi mengadakan hubungan suami isteri barulah boleh seorang isteri itu
diceraikan. Sebenarnya mahu melepaskan diri ikatan perkhawinan bukanya mudah.
Banyak syrat-syarat yang dikenakan.
Yang
sebenarnya Syukri hanya memberi alasan sahaja semalam. Hari Isnin itu dia tidak pergi kemana-mana. Dia duduk
dibengkelnya, menyemak senarai barang yang perlu diganti dan juga menyemak
perbelanjaan keluar masuk perniagaanya. Apabila
Sarah menghubunginya, dia mengatakan dia di bengkelnya. Sarah datang
menemaninya.
“Kenapa abang buat kerja, kan bengkel
kita masih cuti lagi”.
“Tak apalah esok senang semuanya abang
dah kemas kini ni haa. Lagi pun kalau dah buka bengkel senang abang nak tolong
diaorang betulkan kereta pula”.
“Dah tengahhari ni abang nak makan
tengahhari kat mana ni?.”
“Abang kenyang lagi ni, pagi tadi
abang makan nasi goreng banyak, kenyang sampai sekarang ni. Kalau Sarah nak
makan pergilah, abang nak siapkan kerja abang. Lepas makan kalau Sarah nak
balik baliklah, tak payah teman abang kat sini. Sekarangkan waktu cuti duduklah
kat rumah rehat betul-betul. Lusa kita dah buka bengkel”.
“Tenguklah nanti. Kalau Sarah boring
duduk kat rumah sorang, Sarah datang teman abang ye. Betul ke abang tak nak
makan ni?”.
“Betul, kalau abang lapar pandailah
abang cari sendiri, dah pergilah makan nanti masuk angin perut, Sarah dah lah
tak makan, pagi tadi”. Sebetulnya Syukri tidak berselera untuk makan, bila
mendengar makanan restoran atau pun gerai tekaknya merasa kembang. Walaupun
perutnya terasa lapar namun ditahan. Waktu itu Syukri takut
untuk pulang makan tengahari dirumah Nuri walaupun ketika itu Nuri tidak
bekerja. Dia takut Nuri menagih janji.
Syukri
tekun menyemak segala fail, tak terasa masa berjalan. Bila dikerling jam
dipergelangan tanganya sudah menunjukkan pukul 415 petang. Hatinya lega. Berlalu
sudah waktu office hour yang ditakuti untuk hari itu. Dia ingin kerumah Nuri.
Janjinya kepada dirinya. Dia berjanji menguntukkan lima hari untuk Nuri.
Seperti dia menguntukkan lima hari untuk Sarah tempuh hari.
Sedang dia menuruni anak tangga
telefon bimbitnya berdering. Bila dilihat nama Sarah yang tertera.
“Assalamualaikum, bila abang nak
balik? dah pukul empat lebih ni?”
“Ehh abang balik rumah Nuri. Sarah
jangan tunggu abang”.
“Bukan ke malam tadi abang dirumah Nuri?”.
“Kenapa Sarah lupa ni, kan hari raya
hari tu abang dah sama Sarah lima hari. Masa ni giliran Nurilah pula. Ok ye
Assalamualaikum nanti malam kunci pintu elok-elok ye”. Kecewa Sarah mendengar
jawapan suaminya. Sunyinya bersambung rupanya. Oh lagi empat hari, LAMANYA.
Jerit hatinya.
Petang
itu Nuri terkejut lagi dengan kemunculan suaminya di muka pintu. Dia yang
sedang bermain dengan anaknya diruang tamu merasa hairan. Tetapi tidak
terkelaur pertanyaan dimulutnya. Nuri sudah menjadi bisu semula dihadapan
suaminya. Dia menghampiri suaminya untuk disalami dan diciumi tanganya kemudian dia bergesa kedapur menyediakan makan malam mereka sekeluarga.
Ringkas sahaja makan malam mereka. Masak lemak putih taugeh bersama tauhu perencahnya
udang halus dan goreng berlada ikan
parang. Bubur Wafi akan berkuah kuah lemak itu juga, tetapi untuk ikannya Nuri
akan menabur sedikit ikan bilis yang digoreng tampa minyak yang telah dimesen
halus.
Petang
itu sekali lagi dia melihat suaminya makan dengan begitu bersungguh-sungguh. Hairan
dia melihat tingkah suaminya. Akhirnya terkelaur juga soalan dari bibirnya,
dengan dahi berkerut.
“Abang tadi tak makan tengahari ke?”. Tiba melintas dikepalanya sesuatu yang tidak
diingini. Adakah dia mengandung? makin kusut kepalanya.
“Tak”. Hanya itu yang kelaur dari
bibir Syukri, seakan dia sangat sayang melepaskan nikmat makannya. Keadaan menjadi
sunyi kembali, Nuri menyuap nasi kemulutnya. Syukri juga begitu.
Ditempat
Nuri bekerja, Nuri merungkai segala pertayaannya semalam kepada seorang rakan
setugasnya. Ketika itu tinggal dia dan kakak senior sahaja, staf lain sudah
keluar makan tengahari.
“Kak Mirah. Nuri nak Tanya hal
peribadi boleh ke?”.
“Ehh apa lah Nuri ni tanya akak macam
tu pulak, nak tanya tanya lah tak kira soal kerja atau soal peribadi”.
“Kak boleh ke kita mengadung kalau
lepas pantang baru sekali kita datang bulan?”.
“Memanglah boleh, itu pengalaman akak.
Anak kedua akak dengan anak ketiga akak beza hanya 1tahun 2 bulan sahaja. Sebab
akak mula mengadung lagi masa anak akak yang nombor dua tu baru masuk umur lima
bulan”.
“Oh..macam mana tu?”
“Masa tu akak tak tahu lepas kering
nifas, akak ada datang bulan, lepas tu datang bulan sekali lagi, bulan
berikutnya terus tak datang bila check sah akak dah menagndung sebulan
rasanya”.
“Akak bagi susu badan kat anak?”
“Semua anak akak menyusu badan Nuri.
Susu badan kan susu terbaik yang Allah bagi kat kita, kita menefaatkanlah, untuk
keturunan kita juga. Kenapa Nuri dah sangkut lagi ke?”.
“Tak tahu lagi sangkut ke tak. Tapi
masa anak Nuri lima bulan hari tu Nuri ada datang bulan. Ni rasanya belum lagi.
Nuri perasan Nuri puasa sebulan penuh tahun ni”.
“Baik Nuri pergi check. Tapi Nuri
kalau lepas pantang kita ada datang
bulan walaupun sekali ertinya kita dah
subur, dah ada telur yang dilepaskan oleh ovari kita. Ini bererti rahim kita
dah mampu untuk menerima satu lagi persenyawaan.. Kalau kita dah mengandung
bolehlah kita berjaga-jaga ye tak”.
“Ialah, Nuri pergi kliniklah, tunggu
dia orang balik dulu.” merujuk pada kawan-kawan mereka yang keluar makan. Nuri
nekad keklinik hari itu untuk mengetahui keadaan dirinya. Dia akan pergi
sendirian tidak perlu Syukri menemaninya.
“Kalau Nuri nak pergi sekarang pun tak
apa, akak ada.Pergilah.”
“Akak tak keluar makan ke?”.
“InsyaAllah akak puasa qadha Ramadan hari ni,
dapat juga akak pahala sunat enam kalau akak tak sempat buat nanti. ”
Dengan
nasihat kak Mirahnya, terus sahaja Nuri keklinik yang berhampiran tempat
kerjanya. Penuh debaran Nuri menanti hasil ujian air kencingnya. Doktor itu
menunjukkan alat menguji kehamilan kepada Nuri. Doctor mengesahkan Nuri
mengandung dua minggu. Ada kesedihan terselit dihatinya. Telah dua kali dia
meminta dilepaskan dan dua kali ini juga anaknya mengikat dirinya lagi dengan
babanya. Mengapakah ini yang terjadi. Dalam kekalutan rumah tangganya rahimnya
begitu subur menerima benih suaminya dan bernyawa dalam rahimnya. Mampukah dia
bertahan lagi kali ini.
“Positiv ni, Puan mengandung, nampak ni dua garisan dah
timbul.” hampir pitam Nuri mendengar apa yang diucapkan oleh doctor wanita
India dihadapanya yang begitu fasih berbahasa Melayu.
“Bila kali akhir puan datang haid”.
“Entahlah hari bulannya saya tak
ingat, tapi rasanya awal bulan puasa”.
“Ok tak apa kita pergi scan sekejap”.
Setelah menjalani ujian imbasan. kandungan Nuri dijangkakan sudah dalam usia
dua minggu.
“Kalau puan nak tahu tarikh due puan,
ada buat catatan bila puan datang bulan”.
“Ada tapi kelender yang kat rumahlah
doctor”.
“Ok saya ajar, hari pertama darah keluar dicampur dengan 7,
bulannya ditolak dengan 3, tahun pula campur 1 kalau tak tepat pun
sipi-sipilah” Doktor itu tergelak pula dengan lawaknya sendiri.. Nuri juga
turut ketawa lucu juga doctor dihadapanya. Contoh hari pertama datang haid
23.6.2013
23+7=30
6-3=3
2013 +1=2014
Jadi tarikh dijangka bersalin
30.3.2014
Sebenarnya
setiap hari yang bermula Syukri merasa
takut. Dia takut dengan permintaan Nuri. Minggu lepas setiap kali Nuri bercuti,
dia akan menghubunginya bertanyakan kelapangan dirinya namun tidak diindahkan.
Dalam minggu itu waktu tengahharinya dia kelaparan. Hendak makan dikedai
tekaknya dapat menerima, hendak pulang kerumah Nuri dia takut. Tetapi kini permintaan itu sudah dua tiga hari
tidak dimintanya lagi. Syukri merasakan
ada kelainan pada tingkah Nuri sekarang ini.
Dalam
perkiraan Syukri hari itu, Nuri balik dari kerja giliran malamnya. Dia menanti
deringan talifon bimbitnya berbunyi, namun tiada. ‘Pelik
Nuri terlupa nak call ke atau dia dipanggil balik bertugas agaknya’.
Tengahari itu pulang kerumah Nuri. Dia mahu mengintip Nuri. Bila dilihat kereta
Nuri ada didalam pagar dia tahu isterinya ada dirumah. Dia memberhentikan
keretanya didepan pintu pagar. Dimatanya
sudah terbayang hidangan yang akan dihidangkan oleh Nuri. Biar pun nasi dengan
telur mata kerbau,seleranya sudah terbuka. Kerana perutnya yang lapar dia
mengheret kaki masuk kerumah, dengan rasa takut-takut berani. Dibacanya surah
TOHA ayat 1-8 berkali-kali agar hati
isterinya lembut.
“Assalamualaikum…” Dalam takut yang
berani Syukri memberi salam.
“Waalaikumsalam” kedengaran suara Nuri
menjawab salamnya didapur. Bila dijengah dia melihat isterinya sedang sibuk
memasak dengan anak didukungan.
“Meh sayang baba, kesian anak baba ni,
tolong umi masak ye”. Syukri mengambil anak dari dukungan isterinya. Nuri tidak
membantah.
“Nuri masak apa hari ni? ”
“Asam pedas ayam dengan tumis bayam
saja”. Jawabnya tampa memandang wajah
suaminya. Tangan masih sibuk membalik-balikkan tumisan bayamnya.
“Dah siap masak ke?. Abang lapar betul
entahlah dalam seminggu dua ni abang tak lalu nak makan kat kedai, bau kedai makan
sekarang ni busuk betul.”
‘Macam mana tak meragam perut awak tu, ni
sorang lagi nak keluar, tunggulah sembilan bulan lagi’. Bisik hati Nuri entahlah hatinya geram marah
atau pun geram gembira dia tidak tahu.
“Dah tinggal yang ni saja..” merujuk kepada sayur bayam yang sedang dibalik-balikanya didalam kuali.
Sambil mendukung anaknya Syukri
memerhatikan isterinya. Nuri mengambil
pengisar makanan (blander) dan memasukan
setengah senduk nasi sayur dan menuang air tumisan bayam..kemudian berapa
cubitan ayam goring diatas meja.
“Nak buat apa tu?”
“Nak bagi Wafi makan nasi mesen”.
“Selalunya Wafi makan bubur”.
“Saya malas nak buat bubur, lagi pun
nak ajar Wafi makan sayur”.
“Oh.”
Setelah
siap nasi mesennya Nuri menghidang nasi pula diatas meja. Ralit Syukri memerhati isterinya menghidang makan diatas
meja. Pemandangan itu biasa jika dirumah Nuri. Dia tidak pelik. Dia sebenarnya
sengaja mahu memandang Nuri. Entah mengapa sejak seminggu dua ini hati Syukri
sering teringat Nuri, kadang-kadang rindunya pada Nuri bagai tidak boleh
dibendung. Entah mengapa perasaan ini sering meyelinap dalam kesibukkan
harinya.
“Nasi abang pun dah siap dihidang ni, abang makanlah dulu, saya nak suapkan Wafi. Meh
sayang kita makan..”. Nuri mengambil anaknya dari dukungan babanya.
“Abang nak tunggu Nuri, kita makan
sama-sama ye”.
“Kata tadi dah lapar, tak payah tunggu
saya, tunggu saya lama, abang makanlah dulu, nanti abang nak pergi kerja balik kan?”
‘Oh dia
tak ajak pergi pejbat khadi hari ini’..dalam hati Syukri sungguh bersyukur,
mungkin isterinya sudah terlupa tentang perpisahan yang diminta. Tapi timbul
juga rasa pelik dihati Syukri. Nuri bukan jenis yang mudah melupakan. Dia bukan
Melayu yang mudah lupa. Timbul satu rancangan dihati Syukri. Rancangan mahu
memasang camera tersembunyi diruang tamu rumahnya atau CCTV untuk mengetahui apakah
yang menyebabkan Nuri berubah. Syukri mahu mengintip pergerakkan isterinya
didalam rumah.
“Tak apa , masuk lambat sikit tak apa,
tadi abang pun dah habiskan sebiji kereta petang ni biar diaorang yang buat
pulak”.
Nuri menyuapi anaknya. Syukri hanya memerhati
anaknya makan. Sungguh sabar seorang ibu yang mahu membesarkan anak. Insaf Syukri
disitu.
“Suka dia makan nasi hijau macam tu
ye, rasa sikit sedap agaknya itu yang Wafi suka”. Syukri mencuit sedikit nasi
didalam mangkuk kecil ditangan isterinya.
“emm sedap lemak-lemak.. patutlah Wafi
suka”. Tiada komen yang keluar dari mulut isterinya. Itulah Nuri, sifat bisunya
datang kembali sejak dia membawa anaknya bermalam kerumahnya tempuh hari. Ia..
dia tahu Nuri marah kepadanya. Tiada senyuman sejak dia sampai tadi, Walaupun begitu
tanganya tetap diciumi tanda hormatnya, nasinya siap terhidang dan segala
soalan tetap dijawab. Nuri seorang isteri yang baik biar pun dia marah namun
kebajikkan dirinya tetap dilaksanakan dengan baik.
Selesai
menyuapi anaknya makan mereka pula menjamu selera. Tengahari itu, Nuri
menyaksikan lagi bagai mana berselera suaminya makan. Dia juga pun
begitu sejak seminggu dua ini selera nya begitu besar. Jika selalu dia hanya
dapat makan sesenduk nasi, tetapi
sekarang ini walaupun dirasakan perutnya sudah kenyang namun seleranya masih
mahu lagi dilayani. Nuri buntu dengan kehendak seleranya. Yang sebenarnya dia
tidak mahu suaminya tahu keadaan dirinya. Nuri termenung jauh tidak sedar suami
hadapanya melihat pelik kearahnya.
Syukri
pelik melihat tingkah isterinya yang termenung panjang ketika sedang makan.
Walaupun tangannya menyuap nasi namun lagaknya dia tidak dimeja makan
fikirannya melayang jauh. Itu lah yang ditelah oleh Syukri melihat tingkah
isterinya didepan mata. Makin kuat tekadnya mahu memasang CCTV dirumahnya
semasa ketiadaan Nuri nanti.
“kenapa Nuri..ada yang tak kena ke?”.
Nuri
tersedar dari dari lamunannya bagai orang mencari tapak untuk berdiri.
“Haa..haa” itulah yang keluar dari
bibirnya.
“Kenapa ni, tengah makan makan pun
boleh berkhayal, nanti tergigit jari tu kang, makanlah cepat sebelum anak
menangis tu”.
“Ialah”.
Sewaktu
ketiadaan Nuri, Syukri mengambil
kesempatan memasang CCTV di bahagian yang tersosok diruang tamu rumah mereka. Untuk
pengitipanya tidak disedari oelh Nuri Syukri telah membeli sebuah CCTV yang
canggih, kecil dan tidak menggunakan wayar. Seperti alat pengitipan James Boond
gitu. Sekarang ini Syukri menjadi pengintip kepada isterinya sendiri. Hari itu
hari pertama dia mengintip isteri tuanya. Pulang sahaja dari kerja bergegas
mandi dan menunaikan solat Asar yang sudah dipenghujung. Hari itu dia membuat kerja-kerja bengkel,
kerana bajunya kotor dia mengambil keputusan untuk bersolat dirumah sahaja.
Seperti
kebiasaan mereka akan sampai dirumah dalam pukul enam petang. Selepas Magrib
nanti barulah mereka keluar semula untuk makan malam. Alang-alang makan malam
bersama Sarah Syukri akan melajakkan sedikit lagi waktunya untuk solat Isyak berjemaah
bersama Sarah pula. Itulah rutin harian Syukri. Itulah sebabnya dia kan kerumah
Nuri selepas Isyak jika malam itu giliranya dirumah Nuri. Tetapi jika dia
terleka mendengar bualan Sarah Isyaknya berlarutan hinggak kepukul sepuluh
malam. Syukri tidak sedar caranya melebihkan masanya dirumah Sarah. Dan Sarah
juga tidak sedar caranya melengahkan masa suaminya kerumah madunya. Tetapi yang
sebetulnya dia mahu suaminya selalu didepan matanya.
sisarah mmg tamak....sedar sedarle diri tu...si syukri ni pun bila nuri dh diam dia leka semula...lalai dgn tanggungjwb dan ketidakadilannya. sepatutnya nuri proceed je dgn tuntutannya...jadi bila dia brsalin trus jatuh talak.
ReplyDeletegeram betul le dgn si syukri dn sisarah ni.
mak teh dada akak ni berdegap degup tak henti bila bc cite ni...geram bebenor dgn si syukri yg tak layak jadi imam dn nakhoda dlm kluarganya.
cepat le beri ketenangan dn kebahagiaan kpd nuri dn wafi....dn beri kesedaran dn pengajaran kpd si syukri dn sisarah.
sebaknya...
-dibah-
Bukan bercerai tak kisah bila2 ke. Tempuh edah je berbeza. Kalau suami dah lafaz talak tetap jatuh. Kalau awal mengandung tu yang tempuh edah panjang. Sebab lepas bersalin habis edah. Kalau dlm keadaan biasa 3X suci kan. Kalau bercerai mati & dah monopos 3bln 10hari. Ingat nora danish dlu bercerai masa mengandung.
ReplyDeleteNampaknya Sarah kena sumpahan mak dia kot. Nuri dah nak masuk 2, dia yang berulit dgn laki terlebih tak lekat jugak. Menang menggoda je la....
tq mal teh, post bab 30.
ReplyDeleteJgn esok syukri tonton Nuri kat cctv dgn bini muda dia sudah. terbako nnt....
Sakitnya hati. Mkn hati berulam.jantung rasanya
ReplyDeleteNURI MESTI TEGAS!!! JANGAN tunggu2 lagi. sisuami nampaknya tak berubah. Dia mesti tahu kalau si isteri diam mestilah dia mengandung macan 1st x tu. bodoh betul atau saja2 buat2 tak tahu asyik terlebihkan si sarah yg tak sedar diri. Benci betul. dahlah tu siap si suami tadi siap pasang niat mana boleh bercerai kalau dah bersetubuh. is so obvious he is taking advantage of her kindness/obedience. jahatlah lelaki ni. definitely not the hero i imagine. Nuri lagi sakit hati kalau dia tahu yg si suami geli bila dengar pasal susu badan nuri. jahat2 lah dia, tak suka.
ReplyDeleteTuhan itu maha mengetahui dan maha bijaksana. Mesti ada hikmahnya memberikan rezeki lagi kepada nuri mengandungkan anak kedua. kita manusia biasa tak terjangkau di fikiran apa yang akan jadi di hari hadapan. Nuri isteri solehah pasti ada ganjaran tak ternilai dalam janjian Allah. Mana kita tahukan. Allah tidak akan menurunkan dugaan yang hebat kepada yang tidak mampu menanggungnya. Mungkin Nuri insan yang terpilih itu. Sabor je lah.
ReplyDeleteMulia suci murni hati Nuri tu walaupun dugaan menimpa maseh sabar sebagai isteri mithali, susah nak jumpa perempuan yang berpekej berkerjaya, ada parasrupa, baikhati, pandai masak, menghormati, berharta saya sebagai perempuan pun tak pakej macam Nuri. Jangan pakej cam cara harap manja, cantek je tapi hati tak mulia, tak fikir perasaan orang lain yang paling rugi masak pun tak reti ishhyyy..rugi tau kalau perempuan ni tak pandai memasak. Semoga Sarah mencontohi mentauladani seperti Nuri selepas ini menjadi kehidupan dia lebih bermakna/berharga andai suatu masa nanti tiada lagi Shukri bersamanya.
ReplyDeletedlu sorang pgawai mak teh, dtng krja muka monyok. bla ditnya knpa dia kta bibiknya blik indon, yg dia susah hti tak ada siapa nak tlong blikan makan anak dia.bla ditnya ank dia ramai prmpuan dan anak yang pling tua tngkatan 5. kmudian kami dngar dia ajar anak dia cara nak masak nasi. Dri beras dimsukan dlm periuk basuh dan msukn air dalam beras yg dah dibasuh. jdi kesimpulannya anak dia tak prnah masak. dri crita tu mak teh maskan dlm crita ni. nak main msuk sja tk bleh mcam tk lojik sbab kta disruh masak sjak umur 10thn lgi.
ReplyDeleteWalaupun dah 30 tahun kalau mahu belajar masak, rasanya boleh jer. Nak dengan tak nak jer. Sarah ni pakej cantik+pemalas. Dah la dididik maknya utk layan laki je, pastu Syukri pulak manjakan, asyik beli makan kedai. Sampai nak pasang api dapur pun takut, ni mengada² sebenarnya. Menyampah...
ReplyDeleteConfirmed minah nie mengada2. Manja tak kena tempat. sedar2 lah si Syukri, rasanya dia nie mempergunakan Nuri. Cuba pakai reverse psyokology. Kalau si Syukri tu is a nobody, sehelai sepinggan tak de apa2. nak ke dia lagi. hhhmmmmmm benci2
ReplyDeletemak teh, bila nak sampai part Nuri pulak yg menang & Syukri pulak yg makan hati? kesian kat Nuri tau.....
ReplyDeletebetullah mak teh... 2,3 harini sakit rasa hatini bila baca... heheheh... -joijoi-
ReplyDeleteJengok2, kot ada bab baru. blm lg. heheh....
ReplyDelete