Tenang-tenang air dilaut,
Ikan sembilang dikuala,
Hati terkenang mulut menyebut,
Wajah terbayang didepan mata.
Diana bagaikan
lupa daratan bila bertemu kawan-kawan yang telah menunggunya. Sudah agak lama
Tengku Farid tidak menjejakkan kakinya kekelab malam, sejak dirinya sibuk
mempersiapkan diri mencari bekalan untuk akhiratnya. Kini dia memandang bosan
dengan keadaan kelab malam yang begitu bingit dengan muzik yang entah apa-apa,
dicampur dengan gelak ketawa hilai dan dekah-dekah antara lelaki dan perempuan. Dirinya menjadi rimas. Tengku Farid hanya
memerhati dari sudut mejanya di tepi dinding pemandangan yang disukainya dulu. Isterinya
sudah terkinja-kinja di ruang tari, macam tak cukup lantai ligat dia menari
bersama-kawan-kawannya. Diana terlupa dirinya yang sedang mengandung dan
terlupa pada suaminya…terlupa juga keadaan suaminya yang tidak sihat..
Pemandangan dan tingkah laku isterinya yang seorang ini dia sudah sedia
maklum sejak dari dahulu lagi, Itu
adalah dirinya. Dulu dia cukup kagum
dengan kebolehan Diana menari ligat dan melintik-lentikkan badannya. Sekejap
tak sekejap jugalah, jam telah menghampiri pukul dua belas tengah malam. Kalau
Cenderalela tentu sudah belari menuruni tangga takut terlewat dari pukul duabelas
tengah malam, jika terlewat akan buruklah padahnya. Ke betulan malam itu Halim
turun juga ke kelam malam itu. Apabila Tengku Farid terlihat kelibat sahabatnya,
dia menjerit dan melambai kearah Halim supaya datang kepadanya.
“Lim …kau baru sampai ke ?”
“Ehh kau pun ada ..lama betul kau
tak datang kesinikan..aku pun sebetulnya dah lama tak kesini tapi boringlah kat
rumah seorang, dia orang pun keluar juga tapi tak tahu pergi mana. Tu yang aku
datang sini.” Halim menyewa bersama dua orang lagi kawanya di sebuah kondo,
berdekatan dengan kondo Tengku Farid.
“Kau boleh tolong aku tak…tolong
panggilkan Diana tu..aku dah tak tahan ni… aku demam lah Lim.” Halim melekapkan
tangan ke dahi sahabatnya… membuntang matanya memandang Tengku Farid.
“Panasnya…..teruk kau
demam ni.. sejak bila kau demam….kau dah makan ubat ke?” bertubi-tubi soalan
yang keluar dari mulut Halim, menyiasat keadaan sahabatnya.
“Dah tapi lepas magrib tadilah masa kat rumah Nur
Jannah…..sepatutnya aku kena makan sekali lagi, ni tak balik lagi macam mana nak makan ubat...pergilah
panggilkan Diana…aku betul-betul dah tak tahan ni cepat lah..” gesa Tengku
Farid.
“Ok..Ok” Halim pergi menghampiri
Diana dan membisik sesuatu ke telinganya… Diana menoleh kearah suaminya.
Dengan muka memuncung ….masam. Kemudian
berjalan menghampiri suaminya mukanya yang sudah masam dimasamkan lagi tanda
protesnya.
“You ni kan baru I nak happy
sikit dah nak ajak balik…baru pukul dua belas
kejap lagi lah.” sambil menghentak-hentakkan kakinya, seperti seorang
kanak-kanak yang permintaannya tidak dipenuhi. Terasa rimas Halim melihat manja
Diana, dalam hatinya berdoa jangan lah dia mendapat isteri yang manja seperti
itu.
“Tapi Farid ni demam.. cuba you rasa badan dia panas sangat
niii…” Halim cuba membantu sahabatnya.. Tengku Farid kelihatan tidak bermaya dia
tidak bersuara.
“You pun sama saja.” Diana
menyalahkan Halim pula bila Halim menyebelahi suaminya.Dengan wajah yang makin
muncung dan masam.Mungkin kerana pandangan Halim yang tajam mencerun kearahnya akhirnya
Diana bersetuju pulang.Tapi dengan hati yang mendungkul marah dan geram.
“Oklah…oklah tapi you balik sekali,
tolong papah dia I tak larat” Diana memaksa Halim balik bersama mereka.‘Kalau aku balik kau pun mesti balik’
dendam Diana dalam hati tidak puas hati dengan Halim kerana membela suaminya
tadi.
Halim memapah Tengku Farid hingga
ke keretanya. Diana yang memandu pulang malam itu…Halim mengekori kereta mereka dari belakang.
Dengan bantuan
Halim, Tengku Farid naik kerumahnya dalam keadaan terhoyong-hayang kerana badannya
yang panas dan kepalanya terasa berpusing. Sampai sahaja di dalam rumah Tengku
Farid menuju ke bilik air lalu mandi dan
berwuduk kerana dia belum menunaikan solat Isyak lagi. Tengku Farid menunaikan
solat Isyak dengan duduk sahaja malam itu. Dia benar-benar tidak berdaya. Dirasakan
kepalanya begitu berat dan berpusing. Dia seolah-olah mahu tumbang jika dia
berdiri. Halim masih lagi menunggunya di ruang tamu sambil memandang Tengku
Farid kerana sahabatnya itu solat di ruang tamu. Dalam hatinya berkata ‘Farid memang telah banyak berubah, kalau
dulu Farid tidak pernah ingat pada tikar sembahyang …ini dalam keadaan demam dan
tidak berdaya pun dia masih ingat untuk menunaikan kewajiban kepada Tuhannya.SEMBAHYANG’,timbul
keinsafan di dalam diri Halim. Dia sebenarmnya juga belum lagi bersolat
Isyak…bagi Halim solatnya jika dia berkesempatan atau pun rajin sahaja barulah
dia menunaikan…lalu dia pun ke bilik air mengambil wuduk dan memunaikan solat
selepas Tengku Farid selesai bersolat.
Diana muncul dari pintu biliknya
sudah siap berpakaian tidur.
“You tidur sinilah Lim… takut
apa-apa jadi dengan Farid ni, I tak tahu
apa nak buat, lagi pun you tolong hantarkan dia ke klinik esok… I tak boleh
cuti esok, I ada temujanji dengan klien awal pagi pula tu.” Diana memberi
alasan.
“Ok..boleh juga dah malam ni I
pun rasa mengantuk sangat.”
“Farid you tidur bilik ni ya,
dengan Halim…. Kalau apa-apa jadi.. Halim boleh tolong tengokkan.” ‘Ada ke patut Diana ni, suruh suami dia
tidur dengan aku..nampaknya aku kena jaga orang demam malam ni’ kata-kata
itu tidak terkeluar dari mulut Halim.
Diana membuka pintu bilik tetamu
di sebelah biliknya…tampa membantah Tengku Farid masuk ke bilik yang di tunjuki
oleh isterinya Diana, diekori oleh Halim dibelakangnya, setelah mereka masuk
kebilik Diana masuk kebiliknya semula.
“Sebelum kau tidur kau makanlah
ubat dulu….kat mana kau letak ubat, Farid.“ tanya Halim ingin membantu.
”Kau tolong ambilkan seluar aku
tadi Lim, Jannah ada bekalkan panadol tadi dia masukkan dalam poket
seluar. Sepatutnya boleh makan masa di
kelab tadi, tapi aku lupa aku bawa ubat tu..jomlah kita ke dapur aku nak minum air
milo sikit.” ajak Tengku Farid, mereka berdua ke dapur. Setelah menyerahkan
tugas menjaga suaminya kepada Halim tadi, Diana sudah tidak nampak bayangnya
lagi.
“Lim tolong ambilkan aku air milo
kotak dalam peti sejuk aku tu Lim dan carikan aku apa-apa yang boleh di makan
kat dapur tu, biskut pun boleh.” pinta Tengku Farid yang sudah duduk di kerusi
sambil tangannya memegang kepalanya yang terasa berdenyut-denyut.
“Ehh tak kan kau nak minum
minuman sejuk ni Farid”.
“Dah itu saja yang ada..kat rumah
ni mana pernah masak air Lim..lainlah kalau kat rumah Jannah..air kotak ni pun
tak ada”. Dua keadaan yang sangat berbeza antara dua rumah isterinya.
Setelah minum sekotak milo sejuk
dan dua keping biskut Tengku Farid menelan dua biji panadol.
“Jannah kata kalau kita demam
mandi sekerap yang boleh. Kalau nak mandi simbah kaki dulu lepas tu baru simbah
badan kemudian barulah kepala, mandi selalu boleh cepat menurunkan suhu panas
dari badan kita.” terang Tengku Farid teringatkan pesanan isterinya Nur Jannah.
“Ohh..itu yang kau mandi tadi ye,
kalau mak aku dia tak kasi mandi pulak, tapi kau rasa macamana.” soal Halim
ingin tahu mana satu petua yang betul.
“Tapi tadi lepas mandi aku rasa
selesa sikit, haa..ni lagi kata Jannah kalau makan ubat isi perut dulu,
sekurang-kurangnya dengan secawan susu supaya tidak mual nanti.” Halim hanya
tersenyum sinis mendengar cerita sahabatnya tidak sudah-sudah menyebut nama
‘Jannah’ isterinya yang seorang lagi,
Halim hairan Diana isteri yang
sekarang ini serumah tidak pula tersebut namanya.
“Oklah… jom kita tidur, dah malam
ni.. esok pagi tolong hantar aku ke rumah
Jannah ye”.
“Jannah lagi … tak berhenti kau
menyebut nama “Jannah” kalau Diana
dengar tentu dia marah.” terlontar juga kata-kata Halim yang terbuku di dalam
hatinya tadi.
“Lim aku memang teringatkan dia.
Macamana aku tak ingat dia Lim cuba kau tenguk, aku ni demam Diana buat tak
tahu saja, ada ke patut dia suruh kau yang jaga aku. Aku dengan dia baru saja
nikah, baru berapa bulan saja kami sah jadi suami isteri. Tapi kau tenguklah,
aku rasa dia tak rasa bimbang apa-apa pada aku ni…nak mati ke nak hidup ke
suami dia dia tak kisah.” Tengku Farid rasa sungguh terkilan dengan sikap Diana
hingga terkeluar perkataan itu.
“Tak apalah Farid aku kan ada
jaga kau”.
“Entahlah Lim kalau pasangan kita tu mengasihi
atau menyanyanigi kita tentu masa sakit ni diaorang tunjuk sifat ambil berat
diaorang.. tentu selaut luas ditunjukkan
rasa sayangnya dan setinggi gunung Evrest rasa kasihnya, kalau tak.. tak ada
orang cakap ‘mahu hidup mati bersama, itu
maknanya susah sama susah, senang sama senang,’ ini aku macam ni..boleh dia
buat tak tahu saja. Boleh dia sedap tidur sorang dibiarkan aku terkontang
kanteng sendiri macam ni. Patutnya tolonglah carikan ubat ke, tanya keperluan
aku ni. Dia suruh engkau pulak yang jaga aku patut ke Lim. Alhamdullilah aku
jumpa kau tadi kalau tak tak tahulah apa nak jadi..apalah nasib aku. Kalau kat
rumah Jannah tentu Jannah jaga aku.” Keluh Tengku Farid dengan nada kesal dan
lemah sahaja dia mengeluarkan isi hatinya kepada sahabatnya Halim. Akhirnya
mereka menuju kekatil dan bersiap sedia untuk tidur..
Malam itu mereka tidur sekatil…sebelum
mereka memejamkan mata ..Halim bersuara di sebelah.
“Aku ingat waktu kita belajar
dulu, kitakan sebilikan Farid. Tapi aku yang pelik sekarang kita ni dah tua dah
kerja dan kau dah kahwin… dua lagi, tapi yang jaga kau demam..aku pulak… bukan
bini-bini kau Farid”.
“Kalau aku dirumah Jannah tentu Jannah yang jaga aku Lim.” ‘Hanya
Jannah dia sahaja yang dia ingat’ detik hati Halim..bak kata pantun Melayu
…
.
Tak pernah
tenang air dilaut,
Ikan
sembilang dikuala,
Hati
terkenang mulut menyebut,
Wajah terbayang
didepan mata.
Sebenarnya didalam hati Tengku
Farid merasa sangat terkilan dengan perilaku Diana terhadapnya, sudah serumah
barulah dia tahu perangai Diana. Waktu bercinta dulu lain, kini lain pula
tingkahnya. Seingatnya masa bercinta… Diana seorang yang penyayang dan prihatin, sifat itulah yang
selalu ditunjukkan oleh Diana terhadapnya. Ketika itu Tengku Farid membayangkan
alangkah bahagia rumah tangganya bersama isteri yang cantik perihatin dan penyayang.
Tentunya diri dan anak-anak nya yang bakal lahir akan dilimpahi dengan kasih
dan saying yang tidak terhingga.Keluhnya
dalam hati.
“Kau ni tak habis-habis dengan “Jannah kau” dahlah tidur..esok pagi kita
jumpa dia.” kata Halim sambil menarik selimutnya hingga kedada.
Walaupun tengah demam dan
terkilan dengan sikap Diana terkekeh juga ketawa Tengku Farid bila mendengar
nama Nur Jannahnya di sebut dan janji Halim akan menghantarnya esok pagi. Tidak
lama kepala Halim mencecah bantar dia sudah terlena kerana sememangnya malam
sudah menjelang pagi. Tengku Farid lena juga tapi lenanya dalam resah dek badannya
yang tidak selesa. Bila terdengar telefon bimbitnya berbunyi memandakan hampir
masuknya waktu subuh cepat sahaja dia
bangun, lalu mengejutkan Halim.
“Lim bangun Lim…”di gerakannya
badan Halim.’ dia ni tak berubah-ubah
kalau dah tidur apapun tak dengar,’ apabila Halim tidak juga bangun di
gerakkanya lagi badan Halim dengan lebih kuat, hatinya memang sudah tidak
sabar-sabar lagi ingin berjumpa Nur Jannah.
”Lim bangun Lim… hantar aku ke
rumah Jannah.”
Halim mengeliat.. dia masih rasa mengantuk, dia membuka
sedikit matanya melihat jam di telefon bimbitnya…
“Ehh awal lagi baru pukul 5.30 ni, Jannah kau tu tentu belum bangun ..sekejap
lagilah kita pergi.”
“Sudah dia dah bangun… waktu
ni biasanya dia dah bangun.” Penuh yakin Tengku Farid mengatakan yang Nur
Jannahnya sudah bangun dari tidurnya.
Itu
kebiasaanya Nur Jannah bangun 30 minit atau paling kurang 15 minit sebelum
masuk waktu solat subuh. Kebiasaannya dia akan bersolat sunat tahajud dua
rakaat dan jika ada masa lagi dia akan mengaji atau berzikir.Selepas solat
subuh nanti dia akan ke dapur menyediakan sarapan pagi, katanya semasa kita
masak-memasak elok masih ada wuduk biar makanan yang kita sediakan mendapat
keberkatan.
“Kau tak telefon dia dulu ke?”.
“Tak payah telefon dia … aku
tahu dia dah bangun…jomlah… kita sembahyang subuh kat sana saja..”
‘Oklah..oklah” Halim bangun
dengan malas…menuju ke pintu di mana Tengku Farid sudah menunggunya di pintu
utama,’tak menyempat pulak siFarid ni nak
kerumah “Jannah dia”’ gerutu Halim dalam hati.
“Ehh..kau tak kejutkan Diana
dulu ke sebelum kau pergi. ”
“Kalau kejutkan
dia….mahu satu bangunan ni bergegar nanti dengan jeritan dia…dia cukup marah kalau
tidurnya terganggu…dia dah set jam pukul
berapa dia nak bangun”.
“Kalau macam tu jomlah…”
mereka beriringan menuju lif untuk turun kebawah.
“Kau boleh drive ni ….”tanya
Halim bila melihat sahabatnya terketar-ketar dan tercungap seakan orang
kepenatan..
“Nanti dulu biar aku rehat
sekejap” setelah membuka pintu keretanya Tengku Farid duduk ditempat memandu
sambil menelangkupkan mukanya ke setering keretanya, Tengku Farid mencari
kekuatan dan semangat.
“Itulah ..kau rehatlah dulu
kat rumah kau ni dah sihat sikit barulah kau pergi rumah Jannah kau tu”.
“Tak..tak aku mesti pergi
rumah Jannah ..dia akan jaga aku Lim”.
“Ialah..ialah tapi boleh ke
kau drive sendiri ni..kalau tak boleh biar aje aku yang drive”.
“Rasanya boleh ….tapi tolong
ikut aku dari belakang boleh, aku terpaksa juga bawa kereta aku ni sebab Jannah
tak ada kereta.” Tengku Farid memandang
Halim meminta pengertian dan mengharap.
“Boleh..engkau punya pasal
apa-apa pun boleh.. bawa perlahan-lahanlah ya aku ikut dari belakang”.
“Ialah aku bawa perlahan kau
ikut dari belakang ya”. Bila membayangkan wajah NurJannah Tengku Farid jadi
bersemangat.
Penuh sabar Halim mengikuti
kereta Tengku Farid akhirnya sampai juga ketempat yang dituju.
Sesampai sahaja didepan pintu pangsapuri
isteri tuanya, Tengku Farid membuka pintu menggunakan kuncinya dan memberi
salam.
“Assalammualaikum..Jannah”
Tengku Farid memanggil isterinya.
“Waalaikumsalam… cepatnya
abang sampai, abang dah sihat ke?”Nur Jannah yang sudah bertelekung terjengul
di muka pintu bilik tidurnya. Dia agak terkejut melihat suaminya sampai terlalu
awal. Sedang dia berzikir dia terdengar suara suaminya memberi salam untuk
memastikan pendengaranya dia keluar dari biliknya. Soalannya tidak dijawab oleh
suaminya.
“Jannah abang balik bawa kawan
ni, Jannah dah solat.“
“Belum..baru nak solat”.Kemudian
NurJannah mendengar suaminya mempelawa kawanya masuk.
“ Masuklah Lim…”pelawa Tengku
Farid manakala Tengku Farid pula masuk ke biliknya.
“Abang dengan kawan abang tak
solat lagi ni..kita solat sama ye..Jannah tunggu kejap, abang mandi dulu.
Jannah ambilkan tuala, kain pelikat dan
t-shirt abang sehelai untuk kawan abang.” terdengar suara Tengku Farid
berbicara dengan isterinya, Tengku Farid keluar dari biliknya dan menghulur
sehelai tuala kain pelikat dan t-shirt kepada Halim.
“Kau tukarlah baju dan seluar kau
tu masuk bilik ni..kalau kau nak mandi ini tualanya, bilik air kat dapur ye.”
“Ok..”Halim berlalu ke dapur
untuk mandi dan berwuduk.
Selesai mandi
dan berwuduk Halim mendapati sehelai sejadah sudah terbentang di bilik yang di
tunjukkan oleh Tengku Farid tadi, mungkin Tengku Farid solat berjemaah bersama
isterinya di dalam bilik mereka. Selesai solat
Tengku Farid keluar dari biliknya. Dia sudah memakai baju melayu dan
berkain pelikat dengan membawa sebijik bantal lalu berbaring di sofa diruang
tamu.
“Aku mintak tolong kau lagi lah
Lim…selepas kita sarapan nanti tolong hantar aku ke klinik ye..tapi pergilah ‘golek-golek’
dalam bilik tu dulu…nak pergi klinik masih terawal lagi ni” tutur Tengku Farid
bila melihat Halim keluar dari bilik setelah selesai solat subuhnya.
Halim terkekeh-kekeh ketawa mendengar perkataan”golek-golek”
yang di tuturkan oleh sahabatnya sebentar tadi. Dia menuruti juga kata-kata
sahabatnya tadi sememangnya matanya masih mengantuk lagi. Dia ingin menyambung
tidurnya sekejap. Manakala Tengku Farid sudah berbaring di sofa. Halim
mengintai di celah pintu yang sengaja tidak di tutupnya rapat. Dia melihat Nur
Jannah siap bertudung menuju ke dapur. Tidak lama kemudian dia datang
lalu duduk di hadapan suaminya
dengan semangkuk air, rupanya dia mendemah dahi suaminya dengan tuala basah.
Terdetik dihati Halim bahagianya jika dia mendapat isteri yang seperti itu.
“Abang rehat kejap ye Jannah
siapkan minum pagi.“ tuturnya lembut sebelum menuju ke dapur.
Nur Jannah
meneruskan kerjanya tapi sekejap-sekejap dia ke ruang tamu untuk membasahkan
tuala kecil yang di gunakan untuk mendemah dahi suaminya. Halim mengakui
kata-kata sahabatnya malam tadi..dia akan dijaga dengan sempurna jika dirumah
isterinya yang bernama Nur Jannah.
Tengku Farid dan Halim di biarkan
lena sehingga pukul sembilan pagi.
“Bang…bangunlah sarapan..kata nak
pergi ke klinik…”Nur Jannah mengejutkan suaminya lembut sambil
menggoyang-goyang hujung jari kaki suaminya. Tengku Farid bangun dengan mata
yang merah menanda suhu badannya masih tinggi.Dia mengejutkan Halim pula.
Pagi itu mereka
bersarapan nasi lemak sambal udang seperti yang dimintanya oleh Tengku Farid semalam.
Ikan bilis goring, telur rebus,masak kicap daging dan hirisan timun. Berselera
sungguh Halim makan pagi itu. Melihat nasi dipinggan Halim hampir habis Tengku
Farid menghulur manggkuk nasi tambah kepada sahabatnya..
“Ehh..Lim tambahlah jangan malu..nanti pun tak ada
siapa nak makan..aku rasa tak selera pulak nampak nasi lemak ni terasa pahit
pulak tekak aku..semalam aku yang minta buatkan nasi lemak ni.”
“Aku memang nak tambahlah ni..mungkin tengahhari
aku tak makan Farid dah makan banyak sangat kat rumah kau ni...lepas juga hajat
aku nak makan nasi lemak sambal udang. Hari tu masa kau cakap, kau makan nasi
lemak sambal udang teringin sangat rasanya aku nak makan...dah jumpa ni aku tak
lepas peluanglah Farid.”
“Makanlah Lim jangan malu kat rumah aku ni...lagi
pun masa kau boleh makan, makan puas-puas..dah sakit macam aku ni sedap macam
mana pun dah tak selera.”
Manakala Tengku Farid pula hanya memakan bubur
nasi sahaja kerana dia tidak berselera untuk makan, setelah selesai bersarapan Halim
beredar ke ruang tamu. Manakala Tengku Farid mencari isterinya didapur, terdengar
perbualan diantara mereka.
“Jannah…siaplah kita pergi klinik, lepas tu abang hantar Jannah pergi kerja.”
“Ok….tapi Jannah dah telefon office ambil urgentlive hari ini, kalau abang
nak Jannah temankan abang pergi klinik bolehlah….
”
“Kalau macam tu rasanya tak payahlah Jannah temankan abang pergi klinik,
abang pergi dengan Halim saja, kemudian
Halim datang sini semula ambil kereta dia.” Tengku Farid menyusun
rancangan.
“Abang pergi dulu ya, dah pukul sepuluh ni tentu klinik dah buka…..jomlah
Lim.”
Jannah menghampiri suaminya, menghulur tangannya untuk bersalaman dan
mencium tangan suaminya. Halim membayangkan dirinya ditempat Tengku
Farid...tentu dia sungguh rasa sangat bahagia dengan perlakuan isteri yang begitu.
Rumit juga hidup Farid ni. Karya anda tetap best.
ReplyDelete