~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Showing posts with label Jangan ada rahsia. Show all posts
Showing posts with label Jangan ada rahsia. Show all posts

Wednesday, 19 September 2012

Bab 40. Jangan ada rahsia



Anak Semabuk pergi ke Kelang,
Berniaga buah serba rasa,
Makin mabuk makin meradang,
Salah runding jadi kecewa.


Petang itu Diana nekad untuk kerumah bekas suaminya Tengku Farid untuk memecahkah kebuntunan masaalahnya. Dia mengharapkan bekas suaminya dapat menerimanya semula bila melihat perubahan pada penampilan pada dirinya nanti. Dia mesti mencuba manalah tahu kali ini bekas suaminya akan menerina dirinya bak kata ‘orang untung sabut timbul, untung batu tenggelam’. Jika dikira sudah hampir lima tahun lebih mereka tidak berjumpa.. tentulah rindu bekas suaminya kepada dirinya sudah setinggi gunung Everest..kalau tidak pun setinggi gunung Kinabalu pun jadilah. Diana tersenyum membayangkan sambutan hangat yang akan ditunjukan oleh bekas suaminya kepadanya nanti. Sebelum dia menuju ketempat yang dituju dia singgah disebuah farmasi untuk membeli alat menguji kehamilan. Jika perjumpaan dengan bekas suaminya berjalan lancar dan dia diterima, dia kan membuat ujian kehamilan...jika sah dia mengandung dia akan kesebuah hospital membuat penguguran dan membayar sebanyank mana sekali pun yang diminta.. lepas itu dia akan meminta diceraikan dari suaminya yang sekarang ini..Johan. Itulah perancangan Diana.

Diana berfikir sepanjang jalan pulang ..setelah mendengar  nasihat dari bekas suaminya tadi. Dia merasa menyesal menyusahkan Nur Jannah dan bekas suaminya dengan sikap ego dan sikap ‘tak sedar dirinya’ dulu. Apa yang diperkatakan oleh bekas suaminya tentang diri semuanya ada kebenarannya. Kini dia ingin memperbetulkan  kesalahan dirinya dan tidak akan hanya mementingkan diri lagi.  Itu azamnya. Sampai dirumah nanti  dia akan meminta bantuan Johan suaminya, menunjukkan bagai mana hendak menggunakan alat menguji kehamilan yang dibelinya tadi.  

Sesampainya di rumah ketika dia membuka pintu dilihat suaminya tidur disofa ruang tamu rumah mereka. Diana menghampiri lalu memberi sebuah ciuman dipipi suaminya. Johan pura-pura lena dan tak sedar, lalu Diana memeluk dan melintukkan kepalanya di dada Johan pula, perlahan-lahan Johan mengelus-ngelus rambut Diana dan bersuara dengan lembut. Bila Diana buat manja habis terbang marah Johan yang berkobar-kobar tadi.

“You ke mana Didi...I tunggu you dari tadi..sampai terlena.” Diana masih tidak menjawab, tapi dia mengangkat kepalanya dan memandang suaminya dengan pandangan sayu. Setiap hari Diana akan mengambil pil perancang keluarga untuk menghalang benih suaminya melekat didalam rahimnya selama hampir lima tahun dia berjaya. Dia tidak pernah hamil setelah melahir anaknya Arief dulu. Tetapi segala perancangan Allah yang menentukan. Untuk bulan itu dia terlupa. Bukannya lama hanya dua hari dia tidak mengambilnya, tetapi mungkin disebabkan dua hari itu haidnya kini sudah terlewat  hampir dua minggu.

“Didi minta maaf selama ni Didi bersalah dengan Jo dan tak nak dengar cakap Jo.”  Johan bangun dari pembaringannya. Dia terkejut kenapa perangai Diana berlainan tidak seperti biasa.  Apakah yang mengubah sikap kerasnya. Sedang hatinya tertanya-tanya Diana melintukkan kepala keribannya pula. Betambah hairan Johan di buatnya dengan sikap manja Diana.

“You ni kenapa Didi, I tak marah pun pada you, I sayang you ..dah lah… dah lah bangun duduk sini cakap dengan I kenapa you hari ini.”  Diana bangun dan duduk di sisi suaminya.. tangannya pula merangkul leher suaminya. Sedang suaminya terpinga-pinga dengan perubahan 180 darjah watak Diana..satu lagi kejutan menerpa cuping telinganya.

“Didi rasa Didi pregnant lah Jo.” mata Johan membuntang mendengar apa yang diperkatakan oleh isterinya. Johan meleraikan pautan tangan dilehernya..Dia mencari anak mata Diana untuk mencari kepastian dengan kata-kata yang terluah tadi..namun tidak sepatah katapun keluar dari bibirnya. Tidak lama kemudian ada segaris senyum tersungging dibibirnya tetapi makin lama makin lebar, bila dirasakan dia sudah faham apa yang diterima oleh otaknya dengan keterangan tadi.

“Really??” senyumnya makin berbunga dengan rekahan bibir yang menampakkan barisan gigi putihnya..tampak hatinya yang gembira. Didakapnya isterinya ketat-ketat. Sebuah ciuman singgah diumbun-umbun isterinya.

 “Tapi tak conform lagi.. tapi rasanya Didi dah lewat hampir dua minggu, pagi tadi baru Didi perasan Didi dah terlewat bila melihat kelender yang Didi selalu tandakan tu”. Kenyataan isterinya tidak melunturkan sedikit pun wajah ceria suaminya.

“Jom kita pergi klinik check.”

“Tak payahlah Didi ada beli ni kat farmasi tadi..Jo boleh tolong tengukkan kan?” Diana mengeluarkan alat untuk meguji kehamilan didalam handbagnya.

“Ohh lagi cepat dapat keputusan rasa tak sabar nak tahu ni”. Johan nampak sungguh gembira petang itu.

                Tadi hatinya membara bila sampai dirumah isterinya tiada. Dia sudah berkira-kira ingin mencari kebenaran.. Pagi tadi sewaktu dia bersiap untuk ketempat kerja dia menjumpai satu strip pil perancang keluarga didalam laci meja solek isterinya. Selalunya laci itu berkunci, tetapi hari itu mungkin isterinya terlupa untuk menguncinya...hatinya membara rupanya selama ini isterinya menahan dirinya dari hamil. Patutlah sudah mahu menjangkau lima tahun usia perkahwinan mereka namun masih juga tidak terlihat bayangan mereka akan mendapat cahaya mata. Jadi hari itu dia mengambil keputusan pulang awal untuk bersemuka dengan isterinya mencari kebenaran. Bila sampai dirumah pintu rumahnya masih berkunci dia sudah menjangkan isterinya tidak ada dirumah. Untuk meredakan kemarahanya dia duduk disofa ruang tamu..dari duduk pada awalnya kemudian dia merebahkan diri sambil beragan-angan akhirnya dia terlena....

Petang itu juga Johan menunjukkan bagai mana hendak mengunakan alat yang dibeli oleh isterinya tadi. Jawapanya positive. Gembira betul hati Johan, dikucup dahi isterinya penuh kasih dengan senyuman yang tak putus-putus menghiasi bibirnya. Tak sabar-sabar dia ingin memberitahu ibunya yang sememang telah lama menanti kehadiran cucu untuk menyambung zuriat keturunan mereka.

“Didi..besok kita balik Melaka nak, jumpa mommy  Didi dan mommy Jo,  kita celebrate sama-sama”.

“Habis kita tak kerja ke?”

“Kita ambil emergency leavelah..balik Melaka.” Begitu  mudah Johan melepaskan kerja...kalau tidak cuti raya pun sanggup tidak diambilnya kerana rasa sayang meninggalkan tugasnya.

Diana termangu melihat kegembiraan suaminya bila dia mengetahui kehamilanya. Diana berjanji kepada dirinya tidak akan menganggu keluarga bekas suaminya lagi dan akan menjaga kandungan itu dengan sebaik mungkin sehingga dia melahirkanya kelak.





                  Lamunan Tengku Farid terhenti bila mendengar pintu bilik tidurnya dibuka dari luar. Tadinya dia mengelamun mengingati peristiwa petang tadi. Kedatangan bekas isteri yang tidak pernah dijangkakan. NurJannah mengerling kearah suaminya  yang terkebil-kebil memandang dia masuk tadi.

“Abang tak tidur lagi..termenung ingatkan siapa ni”. Tersenyum-senyum NurJannah mahu mengusik suaminya. Walau dihatinya syaitan berbisik..menyatakan suaminya sedang mengingati bekas isterinya yang datang petang tadi..bekas isteri suaminya masih kelihatan masih cantik dan menarik lagi dimata NurJannah. Bila terdetik sesuatu yang ingin mengkucar kacirkan perasaannya NurJannah cepat-cepat beristifar mengingati Allah dan memohon dijauhkan dari hasutan syaitan yang direjam.

“Ingatkan Jannah lah nak ingatkan siapa lagi Jannahkan isteri abang …abang  tunggu Jannah ni lama betul... Said dah tidur?” Lembut sahaja Tengku Farid menyambut guraun isterinya. Tempat tidurnya sudah disediakan ..dibahunya. Dia suka jika isterinya menjadikan bahunya sebagai bantal  tidurnya. Bila melihat tempat tidurnya dan mendengar kenyataan suaminya hatinya sudah terpujuk. Menangislah syaitan hingga keluar air mata darah kerana hasutan untuk memporak perandakan keharmonian mereka tidak berjaya.

“Dah bang, susah betul dia nak tidur, sekarang ni asyik meragam saja. Nak kata demam badannya ok saja tak panas pun. Mungkin betullah kata nenek agaknya dia meragam nak dapat adik. Macam Zaid dulu, dia pun meragam masa Jannah dah nak cukup bulan. Kalau macam nikan bang, nak saja berdoa yang kat dalam ni cepat keluar, kesian kat  abang dia”.

“Sabar sajalah dengan kerenah Said itu, mana tahu kalau adik dia keluar nanti dia akan lebih menyayangi adiknya.”  Nur Jannah sudah baring dibahu suamiya mereka terdiam seketika.Tengku Farid bangun sedikit menarik selimut dihujung kakinya dan menyelimuti isterinya hingga kedada. Tiba-tiba isterinya bersuara..

“Bang apa yang  Diana cakapkan kat abang. Dia macam marah kat Jannah saja tadi..kenapa?” Tengku Farid sudah menarik isterinya kedalam pelukkanya. Pada NurJannah dia tidak suka menyembunyikan apa yang dirasa. Dia lebih suka jika suaminya berterus terang..seperti dirinya tiada rahsia yang tersembunyi didalam diri.

 “Yang dia marah tadi, mulanya dia marah kat abang  bila abang kata ‘abang nak Jannah dapatkan seorang lagi anak perempuan untuk abang, selepas Jannah bersalinkan yang ini.’  tiba-tiba dia marah abang pulak, itu yang dia kata ‘abang tak kesian kat Jannah paksa Jannah bersalin tiap-tiap tahun’, kemudian bila dia terpandangkan Jannah, dia kata  pulak ‘Jannah nak ikat abang dengan anak yang ramai’,ada ke patut dia cakap macam tu?….abang tanya Jannah ni.. jawab dengan jujur tau, Jannah rasa terpaksa ke melahirkan anak-anak abang.”

“Haa ..abang dah termakan cakap Diana ke?...mana ada terpaksa..kan Jannah  dah cakap dulu, Jannah suka anak ramai. Abang pula rasa terikat ke dengan Jannah, Jannah beranak ramai ni”.

“Dah..dah..Jannah pun dah termakan  cakap Diana tu ye, itu pun abang dah cakap dulu, abang memang nak anak ramai.” mereka sama-sama ketawa menterawakan kata-kata Diana petang tadi.

“Bang betul ke abang teringin nak anak perempuan lagi..entahlah Jannah ni asyik lahirkan abang anak lelaki saja.”

“Abang tak kisah Jannah.. anak lelaki ke.. anak perempuan ke, bagi abang semuanya sama saja, abang sebenarnya bersyukur sangat Jannah nak lahirkan anak-anak untuk abang..bukan seorang dah nak masuk lima orang..bagi abang dah ada seorang anak perempuan pun dah cukup..kalau kita pandai didik anak lelaki pun boleh tolong kita kat dapur dan buat kerja rumah kan Jannah.”

“Betul tu bang.. tapi yang abang kata kat Diana nak satu lagi anak perempuan?.”

“Jannah ni...abang saja-saja aja..nak takut-takutkan Diana”.

“Bang Jannah nak cakap terus terang dengan abang ni, mana tahu... Jannah terikut kata hati, kemudian Jannah marah-marah abang, nanti abang kecil hati pulak”.

“Cakaplah.. abang dengar ni... kenapa Jannah nak marah abang dan kenapa pula abang nak kecil hati”

“Bila Jannah nampak Diana tadi, Jannah rasa cemburu pulak,  Jannah rasa macam Diana nak rujuk pada abang, betul ke bang, tadi masa dia nak balik dia kata  ’Dia akan cuba perbaiki hubungan dia dengan suaminya’ apa… dia dengan suaminya ada masaalah ke?”.

“Abang memang tak nak rahsiakan apa-apa dengan Jannah.. takut dia jumpa Jannah pula suruh pujuk abang terima dia balik... dia tu bukan boleh percaya pun, apa saja sanggup dia buat asalkan tercapai cita-cita dia. Dia cakap tadi dia dah berubah, kalau abang suruh dia pakai tudung, dia akan pakai.. bila abang terima dia balik. Dia ingat abang tak tahu, minggu lepas Halim pergi ke Bukit Bintang cari barang computer isterinya kat Low Yat  dia ternampak Diana dengan kawan-kawan dia, pakaian masih macam dulu juga, lagi teruk kata Halim...Itu yang dia kata kat abang dia dah berubah….nak tunjuk dengan abanglah dia dah pakai baju kurung. Dia kata tadi, dia pergi kerja pun dia pakai baju kurung... entah ia entah tidak, ingat dengan senang-senang ke abang nak percaya. Pada abangkan Jannah.. Diana ni kalau sepuluh yang dia cakap satu pun belum tentu betul.”

“Hisyy..abang ni..jangan selalu buruk sangka kat orang..tak baik. Apa masaalah Diana dengan suaminya bang.” Nur Jannah bertanya suaminya ingin tahu.

“Masaalahnya, suami dia nakkan anak tapi dia tak mahu, mungkin pasal perkara itu dia minta diceraikan. Kalau dia rujuk dengan abang tak payah dia nak mengadung lagi sebab dia dah ada Arief, itu yang abang takut-takutkan dia tadi ..yang abang ni nak anak perempuan seorang lagi.” terkedu Nur Jannah mendengar bicara suaminya tampa berselindung. Memang betul detik hatinya, Diana ingin kembali semula kepada suaminya.

“Kalau betul dia dah berubah dan sanggup lahirkan anak perempuan untuk abang, abang nak rujuk balik ke dengan dia?  Kalau dia nak ambil Arief macam mana?” sayu terdengar suara Nur Jannah.

“Kalau dia dah betul-betul berubah..Alhamdullillah, tapi untuk hidup bersama dia lagi abang tak mampu”.

“Kenapa pula.”

“Abang dah ada Jannah sorang pun dah cukup, Jannah dah bagi abang cukup kebahagiaan tak ada apa lagi yang abang nak. Lagi pun abang tengah sibuk..grandpa nak mulakan satu lagi projek tahun ni juga.. Jannah tak apa kan kalau jaga anak-sorang-sorang masa abang sibuk nanti.”

“Projek apa bang..?”

“Projek ni grandpa dan abang bincang dah dua tahun lepas lagi..tapi  asyik tertunda-tunda..grandpa kata dia kesihan kat Jannah jaga anak sorang-sorang kalau abang sibuk sangat. Tapi  kali ni untuk memenuhi kehendak pelanggan kita kena bekerja keras sikit jadi grandpa cadangkan lepas Jannah selamat bersalin kena  dimulakan juga”.

“kenapa nak tunggu selepas Jannah bersalin baru nak mula.”

“Grandpa nak buka satu lagi cawangan kat Johor .. dekat dengan pantai Danga Bay tapi grandpa lebih pentingkan Jannah....takut Jannah bersalin tak cukup bulan lagi kalau abang tak ada susah nanti. Jika semuanya dah selamat barulah abang nak tenguk tapak projek yang  kat Johor tu.  ”

“Wah hebat grandpa.. tahun lepas dah buka kat Penang ni kat Johor pula.”

“Mungkin rezeki anak-anak kita Jannah, perniagaan grandpa makin maju..tapi abang yang kena uruskan semuanya. Mula saja projek tu abang mula sibuk Jannah ..abang kena tinggalkan Jannah dan anak-anak selalu.. abang kesian Jannah uruska anak-anak sorang-sorang.”

“Tak apalah bang ..atuk dan nenek kan ada..janganlah abang risaukan Jannah.. abang buat pun untuk kita sekeluarga juga..tapi abang penatlah Jannah bukan boleh membantu..Jannah ni tak tahu bab berniaga.”

“Jannah bantu abang apa.. Jannah bagi semangat kat abang ..Jannah bagi kebahagiaan kat abang. Abang bersyukur sangat Jannah sudi jadi isteri abang..bersyukur abang pada Allah dikurniakan Jannah sebagai isteri dan ibu pada anak-anak abang.” makin erat Tengku Farid memeluk isterinya.

‘Bang Arief macam mana pula.. kalau Diana nak ambil dia, abang bagi ke?” rupa persoalan dikepala Jannah belum habis lagi, terdengar nada bimbang Nur Jannah bertanya. Dia melonggarkan sedikit pelukkan suaminya kerana dihatinya masih ada resah.

“Pasal Arief Jannah jangan bimbang.. masa abang lafazkan cerai di pejabat kadi dulu, Diana  dah sain dan setuju satu perjanjian dengan  abang, ’Diana hanya dapat bawa Arief balik ke rumah dia bila umur Arief lima belas tahun’. Abang rasa pada umur itu, Arief dah pandai berfikir  dan memilih mana baik mana buruk… masuk sekolah nanti abang nak masukkan semua anak-anak abang sekolah agama, kalau tak boleh sekolah agama sepenuh masa, apa kata kita sekolahkan sekolah kebangsaan waktu pagi dan petangnya kita carikanlah sekolah agama, ok tak Jannah...Abang berdoa pada Allah agar  anak-anak kita nanti tidak sesat jalan macam abang dulu.” Tengku Farid menarik kembali isterinya dalam pelukkanya. Sebenarnya dia merasa gerun memikirkan jika dirinya tidak berubah hingga akhirnya hanyatnya.

“Ok juga macam tu, terima kasih bang kerana sayangkan Jannah, Jannah pun sayang abang.” Nur Jannah juga memeluk suaminya erat, tapi Tengku Farid melonggarkan pelukkannya.

“Kenapa.. selama ni Jannah tak rasa abang sayangkan Jannah..abang sayang Jannah dari dulu lagi.. abang tak akan pergi dari sisi Jannah sampai kehujung nyawa abang ni. Masa kita baru baru nikah dulu pun abang  dah sayang Jannah juga, tapi masa tu abang keliru, kerana rasa ‘dipaksa’, lagi pun abang tak di beri cukup masa untuk mengenali diri Jannah. Sekarang abang betul-betul rasa bahagia  bersama Jannah dan keluarga Jannah. Dalam hati abang ni dah tak boleh masuk orang lain, kerana penuh dengan Jannah dan anak-anak abang saja. Jannah…. abang  nak Jannah tahu abang memang sayang sangat-sangat kat Jannah kalau boleh, abang nak bersama Jannah sampai keakhir hayat abang, dan kalau boleh, abang nak bersama Jannah sampai ke syurga”.
“ Amin…Amin… Ya Rabulalamin..” Nur Jannah mengaminkan kata-kata  suaminya umpama doa sambil meraup kedua tanganya kemuka lepas itu dia merapatkan dirinya dan memeluk suaminya dengan lebih erat lagi. Semoga bahagia itu milik mereka sekeluarga.  Semoga dirahmati Allah pasangan itu hingga keSyurgaMu ya  Allah.  Tamat.

Terima kasih kerana sudi membacanya cerita ini ..selamat membaca semoga ada sedikit pengajaran yang boleh diambil dari kisah ini.

Semua pantun dipetik dari Pantun maksud dalam, peribahasa pantun dan pantun klasik...


Sunday, 16 September 2012

Bab 39. Jangan ada rahsia




Apa guna meragi kain,
Kalaulah tidak ada bunganya;
Apa guna cari yang lain,
Kalaulah tidak lebih darinya.



Tengku Farid memandang Diana, dengan sebuah senyuman sinis... Dia tidak  terkejut dengan luahan hati Diana. Tidak langsung. Sudah lama dia mengenali Diana sememangnya Diana begitu. Jika dirasakan perkara itu  menguntungkan dirinya akan diushakan hingga tercapai. Dalam hatinya berkata ‘sememangnya Diana ni seorang yang tak  berperasaan dan tak berhati perut..tak nampak ke Jannah yang sedang sarat mengandung sampai hati nya dia merayu nakkan suaminya.. dia ingat aku ni apa tunggul kayu..atau aku ini buta dan tak ada otak ke..walau apapun..Ya Allah aku memohon pada Mu ya Allah yang maha berkuasa jauhkanlah hati ku ini dari tertarik kepadanya...’ itu lah doa Tengku Farid.

“Tentang perasan you pada I, I tak boleh nak halang, itu masaalah you. Sebenarnya I suka berterus terang dengan you, supaya you jangan cuba datang jumpa I pasal ni lagi ...pasal cinta dan sayang. Sebenarnya Diana… perasaan cinta I pada you memang sudah lama tak ada, you yang membunuh perasaan cinta I itu. Rasa cinta I pada you, I dah lama I kuburkan selepas I ucapkan kata cerai pada you tu dulu. Lagi pun I tak perlukan orang yang tak ‘berhati perut’ macam you. You memang tak sesuai untuk di jadikan ibu kepada anak-anak I  ... I takut nanti anak-anak I pun berhati kejam juga macam you juga”. Walau pun Tengku Farid mengucapkan dengan tenang dan lembut..tetapi bahasanya seakan pukulan yang cukup untuk megejutkan  Diana yang sedang lena dengan angananya...

“Kenapa you cakap I macam tu pada I Farid…you sedar tak  apa yang you cakap, sampai hati you cakap I ‘tak berhati perut’, apa kekejaman yang dah I buat.” tersetap Diana mendengar kata-kata bekas suaminya, dengan badan tertegak dan mata yang membulat Diana memandang bekas suaminya. Dia tidak menduga itu yang keluar dari mulut orang yang pernah mencintainya dahulu. Rupanya Tengku Farid sekaramng sudah lain. Dulu sering kali memanggilnya dengan kata-kata lembut  walaupun nada suaranya sama tetapi yang ini erti bahasanya menjerut tangkai hatinya. Hai sweetest..hai loves kan berbeza 180 darjah dengan ‘ you  tak berhati perut’…

“Diawal pernikahan kita lagi I dah tahu you bukan cinta pada I. You hanya nak tumpang senang saja dengan I... Ialah masa I senang saja you kata you sayang dan cinta, tapi bila I sakit  ada you kesah?.. you buat tak tahu sajakan. Diana ingat tak lagi masa I demam dulu, siapa yang jaga I ... you suruh Halim yang jaga I. You sedap tidur dan tak perdulikan I pun. Ada you fikir keadaan I masa tu, ada you tolong carikan ubat, tak ada kan.. you tak tenguk pun I masa tu, panas ke.. dapat tidur ke masa tu. Lepas tu masa Arief ada masaalah dulu… sanggup you minta cerai malam tu, dan biarkan I terkontang kanteng sendiri.  Dengan nak drive lagi dengan anak menangis lagi, you tahu tak kalau I tak cekal malam itu, entah-entah  I dan Arief  dah jadi arwah, ada tak you ambil peduli ...ada you ambil tahu. You tahu marah you saja... you hanya tahu senang you saja. Bila you rasa you yang untung you katalah you cinta..bila you rasa you akan rugi you kata ‘boleh blah’... Ni..haa bukan you tak nampak Jannah tengah sarat, ada ke patut you cakap you masih cintakan I. Dari apa yang I faham dari kata-kata you tadi ..you minta I ceraikan dia sebab you tak mahu berkongsi I dengan dia..betul tak?.

“Mana ada..I tak tefikir  macam tu pun.”

“Habis apa maksud you..yang you tak mahu kongsi I dengan siap-siapa.” Diana terperangkap dengan kata-katanya  sendiri dia menundukkan wajahnya.

“Kalau you ditempat dia apa perasaan you jika orang lain cakap macam tu.. bekas kekasih suaminya you pulak tu, dan kalau pun you di tempat I sanggup ke you terima orang yang menghulurkan cinta dan meninggalkan isteri yang sedang mengandungkan anak you.Tapi I percaya kalau you ..you memamang sanggup, asalkan you dapat apa yang you hajatkan… sebab you ni memang dalam ketegori orang yang ‘tak bertimbang rasa... tak berhati perut dan hati kering.’ Lagi satu Diana, patut ke I lepaskan tanggungjawab I yang berderet-deret demi mengejar cinta you  yang I tak tahu di mana kebenarannya. Kalau pun benar kata-kata you, I tak akan pergi pada you lagi Diana.. cukup sekali pengalaman I dengan you, I tak akan mengulaginya sekali lagi. Pengalaman dulu membuatkan I belajar sesuatu.” seperti keretapi express Tengku Farid meluahkan isi hatinya. Diana hannya memandang dan terkedu mendengar kata-kata yang keluar dari mulut bekas suaminya.  Dia tidak sempat untuk menyampuk atau membalas kata-kata bekas suaminya kerana yang keluar dari mulutnya  meletup-letup seperti peluru machine gun. Setelah Tengku Farid berhenti barulah dapat Diana mencelah dengan suara lirih…

“Nampaknya you masih berdendam dengan I pasal perkara-perkara yang lepas Farid, you macam tak percaya yang I ni dah berubah.” Diana tertunduk memandang lantai bila mendengar luahan hati bekas suaminya, dia mula sedar kesilapan dirinya.

“Beruntunglah Johan kalau  betul you dah berubah ...tapi I tidak akan mengubah pendirian I InsayaAllah.”  Tegas kedengaran  suara Tengku Farid menyatakan pendirianya.  Pada  Tengku Farid  dengan Diana  tidak perlu kata  berlapik-lapaik atau lembut-lembut..Diana jenis yang tak makan saman dan tak tahu bahasa..harusnya kata berterus terang. Tapi yang hairanya kenapa dulu dia tidak menyedari perangai Diana..

....Diana I tak pernah dendam dengan you, malah I berterima kasih dengan you.. kerana melahirkan anak untuk I. Kita ni makin lama..makin tua, I harap you ubahlah prinsip hidup you Diana. Johan tu baik orangnya, kalau you masih belum ada anak dengan dia tentu dia seorang yang sabar, sabar menuggu you malahirkan zuriat untuknya. You masih boleh memperbaiki hubungan you dengan dia.  Baliklah pada dia. Cari di mana silapnya hubungan antara you dengan dia.. perbaikilah. Dalam hal ni I percaya bukan dia yang nak bercerai tapi you yang minta cerai dari dia. Kalau betul apa yang I kata ni, you kikislah perkataan cerai dalam hati you tu. Ingatlah kita kahwin ni bukannya percubaan dan bukan untuk seronok saja, dengan mudah nak bernikah mudah pula nak bercerai, kemudian senang-senang nak rujuk balik. Bercerai ni memang di bolehkan.. tapi Allah tak suka”.

Keadaan sunyi seketika, Tengku Farid mahupun Diana membisu. Bagi Diana dia sedang memikirkan kebenaran kata-kata bekas suaminya. Dia terpana apa yang terkeluar dari bibir bekas suaminya itu. Dia tahu kini.. dia sudah tidak ada walau sedikitpun didalam hati Tengku Farid. Tujuh tahun dahulu juga dia ditolak.. kini walau pun dia berpura-pura  sudah berubah dari segi penampilan, tetapi bekas suaminya tidak juga tertarik kepadanya  akhirnya dia Diana bersuara.

“Betul Farid..memang  I yang merancang minta diceraikan...dan sememangnya dia nak anak tapi I takut nak beranak, susah nak jaga, susah nak kembali bentuk asal, banyak susah dari senangnya.” Akhirnya Diana berterus terang kepada bekas suaminya mengapa dia ingin kembali kepadanya.

“Diana semua orang didunia ni kahwin sebab nakkan anak untuk menyambung zuriat keturunan dan juga untuk bekalan hari tua. Kahwin ni bukan untuk seronok sahaja. Kalau you betul nak dia sayangkan you, berkorbanlah lahirkanlah anak untuk  dia..tapi sebenarnya bukan untuk dia saja malah untuk you sendiri. Anak  waktu kecil macam ni memang susah nak jaga, tapi bila kita dah tua nanti dengan merekalah kita bergantung harap. You pandanglah keliling you yang hampir..you kata emak mentua you, dah tinggal seorang bila suaminya meninggal. Dia bersyukur kerana masih ada anak walau pun seorang. Dia masih ada harapan masa tuanya tidaklah ditinggalkan merempat dirumah orang tua-tua. Jauh macam manapun balik juga Johan mengenangkan emaknya tinggal seorang. Ataupun you yang nak duduk di ruamah kebajikan bila dah tua nanti. Tentu seronokkan duduk ramai-ramai.” Tengku Farid berhenti dari berkata-kata..Diana hanya membisu memikirkan kata-kata bekas suaminya..kemudian Tengku Farid menyambung lagi..inilah masanya dia menasihati bekas isterinya supaya sedar akan kesilapannya. Walaupun mereka telah bercerai  dia merasakan Diana sebagai seorang kawan tidak salah dia menasihati seorng kawan.


“Diana... kita bukan sentiasa muda macam ni. Dua puluh tahun akan datang kita akan mula sakit-sakit, masa tu you dah tak mampu nak beranak lagi.. Diana. Cuba you fikir takkan demam sikit you nak masuk wad. Macam I demam dulu tu.. I rasa macam dah nak mati rasanya, tapi doktor tak pula syorkan I duduk wad. Kalau I mintak pun, doktor pasti tak bagi, dia akan kata ‘demam sikit nak masuk wad... gila ke’. Apa yang you gaduhkan sangat tentang bentuk badan you, kalau dah tua nanti muka you berkedut juga. Ataupun you kata you nak suntik botok dan vitamin pada kulit you..tapi kalau dah tua Diana tenaga kita akan berkurangan..itu janji Allah diberinya kita sedikit alamat supaya kita sedar... mati menghampiri kita..Allah kan tarik sedikit-sedikit nikmat yang Dia bagi kita selama ni..mula-mula tenaga kita kemudian kecantikan kita..mulalah kita ditumbuhi uban..kemudian penglihatan kita..mulalah kita  rabun Diana dan kemudian pendengaran kita, kalau kita dah tua nanti kita mulalah pekak sikit Diana. You jangan fikir you akan macam ni sampai bila-bila. Walau apa pun you makan atau you pakai  atau you suntik, kita akan merasa juga..Cuba you tenguk pelakon Elizabeth Taylor  wajahnya punyalah cantik dan muda tapi pakai juga kerusi roda..itu menandakan tenganya sudah diambil...sebelum you terlambat eloklah you fikirkan Diana.” panjang lebar Tengku Farid menasihatkan bekas isterinya. Diana termangu mendengar kata-kata Tengku Farid yang memang ada kebenaranya.

Dia membayangkan wajah pelakon jelita  Elizabeth Taylor..cantik hingga keakhir hayatnya namun  dihujung hayatnya dia berkerusi rodah betul kata bekas suaminya tidak semuanya dapat kita kekalkan dalam dunia ni, walaupun kita ada teknologi canggih sekali pun….

Nur Jannah keluar ke ruang tamu sambil memimpin tangan anak yang masih merengek, minta di dukung.

“Adik dukung dengan ayah ye…Diana maaflah.. I tak dapat nak layan you, anak I ni asyik merengek saja, kalau boleh dia nak I peluk dia saja, dengan ayahnya tak berapa mahu”.

“Tak apalah Jannah I pun dah nak balik ni.”

“Eh..tak makan sini ke Diana.. kejap lagi pun kami dah nak makan malam…adik dengan ayah ye..ibu nak goreng ayam, abang Arief nak makan ayam goreng katanya tadi.”  Nur Jannah memang sabar melayan permintaan dan cuba memenuhi setiap permintaan anak-anaknya. Bila Nur Jannah menyebut nama Arief barulah Diana teringat anaknya, kalau tidak dia asyik mengejar dan memujuk bekas suaminya, agar dirinya dapat diterima semula.

“Farid... boleh tak sebelum I balik ni.. I jumpa Arief sekejap.” Diana memandang sayu kearah bekas suaminya yang tunduk untuk mendukung anaknya yang merengek.

“Boleh apa salahnya dia kan anak you..tunggulah kejap I panggilkan dia….” sambil  mendukung anaknya yang kecil Tengku Farid  kebelakang memanggil anaknya Arief supaya dia berjumpa dengan mamanya, sebelum mamanya pulang. Diana dan Nur Jannah di tinggalkan di ruang tamu.

“Jannah dah berapa bulan ni nampak macam dah sarat saja.”

“Dah nak masuk lapan bulan, dulu masa Aisyah Jannah dah bersalin waktu ni. Ini pun Jannah dah bersiap sedia kalau-kalau terbersalin awal lagi.” ketika itu anaknya Arief datang menghulur tangan, untuk bersalaman dengan mamanya. Diana menarik tangan anaknya, memeluk dan mencium pipi anaknya. Inilah pertama kali Tengku Farid melihat Diana mencium anaknya. Dari semenjak dia di lahirkan Tengku Farid tidak pernah melihat Diana mencium anaknya, kedengaran macam mustahil tetapi itulah kebenaranya.

Diana bangun lalu menghampiri Nur Jannah untuk bersalaman.

“I mintak maaf banyak-banyak, I banyak bersalah dengan you Jannah. I minta maaf banyak-banyak juga dengan you Farid, memang I banyak menyusahkan you sekeluarga. Terima kasih di atas nasihat you tadi. I akan berusha sedaya untuk meyelamatkan rumahtangga I kali ini.” sebenarnya Diana sudah terlewat di datangi  haidnya bulan itu, itulah sebab dia datang mencuba nasib, kalau bekas suaminya masih mahu menerimanya kembali. Jika sekiranya bekas suaminya mahu menerimanya kembali, dia nekad tidak mahu mengadung lagi kerana padanya mereka sudah mempunyai anak, yaitu Muahmad Arief Daneal.

Tetapi setelah mendengar nasihat bekas suaminya tadi, dia mulai sedar akan kesilapan pendirianya. Kini dia berusha untuk melahirkan anak bukan untuk suaminya sahaja bahkan untuk dirinya juga sebelum terlambat, nasihat dari Tengku Farid tadi berbekas di hatinya.




Saturday, 15 September 2012

Bab 38. Jangan ada rahsia




Potong ara potong kelapa,
Potong mari belakang mati,
Mabuk arak tidak mengapa,
Mabukkan janda merosak diri.


Perkhawinan Tengku Farid dan Nur Jannah telah mencapai usia tujuh tahun lebih. Kini kehidupan Tengku Farid sudah jauh berbeza dengan kehidupanya suatu ketika dulu. Dia tidak pernah lagi keluar malam bersuka ria bersama kawan-kawan. Tetapi jadual hidupnya seharian penuh terisi. Dia tidak pernah rasa bosan malah rasa lebih bermakna. Kenalannya bertambah ramai sejak dia dan datuk Ibrahimnya menjadi ahli jawatankuasa surau  yang berhampiran dengan taman perumahan mereka. Tidak hanya dengan orang-orang muda sahaja dia bergaul malah dengan orang-orang yang telah berusia, ini menjadikan dirinya semakin matang. Jika ada kelapangan mereka sekeluarga akan sembahyag berjemaah disurau. Terasa seronok solat jemaah beramai-ramai, biasanya selesai solat  akan diadakan pula ceramah ugama untuk menambah pengetahuan agama. Datuk Ibrahim juga menggalakkan Tengku Farid membawa anak-anaknya yang sudah besar sedikit sembahyang berjemaah disurau. Kata datuk Ibrahim, mengajar anak-anak biar dari kecil jika sudah terbiasa, besar nanti taklah malas atau malu untuk kesurau atau ke Masjid.

Kini rutin hidupnya di penuhi dengan anak-anak yang telah bertambah tiga orang dan tidak lama lagi InsyaAllah seorang lagi. Dia dan isterinya Nur Jannah bersetuju setelah mereka mempunyai enam orang anak Nur Jannah tidak perlu lagi mengandung lagi.

“Jannah abang rasakan cukuplah anak kita enam orang, lepas Jannah bersalin yang ni kita tumpukan masa nak besarkan anak-anak kita pulak. Kita bagi pelajaran secukupnya, terutama pelajaran ugama.”

“Kenapa bang.. abang tak suka nampak Jannah gemuk  ke?.”

“Bukan macam tu sayang..yang sebenarnya abang suka nampak Jannah macam ni, nampak seksi tau, tapi abang kesian tenguk Jannah tiap-tiap tahun mengandung..ni ha baru tujuh tahun lebih kita kahwin dah nak masuk lima orang Jannah lahirkan anak untuk abang.. lagi pun abang kesian nampak Jannah letih melayan anak dengan perut besar macam ni.. tahun depan Arief dan Aisyah kan dah sekolah darjah satu, tentu nak tengukan pelajaran dia orang... takkan nak harap cikgu kat sekolah saja.. jadi abang fikir Jannahlah yang kena tengukkan..abang ni dapat tenguk sikit-sikit saja masa malam, itupun kalau abang tak letih. Sekarang ni abang dah mula sibuk syarikat perlukan hidmat abang. Lagi pun abang teringin nak pergi keMekkah”.

“Kalau macam tu abang pergilah..pergi buat Umrah dulu esok-esok barulah pergi Haji..Jannah tunggu anak-anak dulu..nak tinggalkan mereka.. rasanya masih kecil sangat..lagi pun kalau dalam setahun dua ni tentu yang dalam perut ni masih menyusu lagi”.

“Kalau boleh abang nak pergi dengan Jannah..itulah sebabnya dah bersalin yang ini kita tutup kedai..kita daftar dulu..lima tahun kemudian kita pergi buat Haji sama-sama ok tak? Lagi pun sebelum kita keMekah  abang nak belajar betul-betul  dengan atuk...abang nak mempersiapkan diri, ..semoga kita dapat haji yang MABRUR”. Itulah impian Tengku Farid sekarang...impian untuk melancong dan berseronok  sudah lama dilupakan.

“Kalau dah abang kata begitu Jannah ok saja.”  itulah perancangan Tengku Farid untuk anak-anaknya dan masa yang mendatang untuk  mereka sekeluarga.

Di pagi hari cuti atau Sabtu dan Ahand pula, selalunya dia akan membantu datuk Ibrahim dan nenek Zubaidahnya di luar rumah bercucuk tanam. Walau pun tidak banyak tanaman yang di tanam, kerana hanya tanah di sekeliling rumah sahaja tetapi boleh juga dia mengeluarkan peluh dengan kerja-kerja mencangkul dan memotong rumput. Di tepi tepi pagar banglonya nenek  menanam pegaga dan ulam raja, datuk pula menanam pokok ubi kayu dan pokok pisang di belakang rumah. Dengan adanya tanaman seperti itu sesekali dapat juga mereka makan sayur-sayur kampung kata nenek ‘lepas juga rindunya pada sayur-sayur kampung yang telah biasa dimakannya dulu’.  Dan sesekali dapat juga mereka sekeluarga makan lepat ubi atau lepat pisang. Kueh kegemaran NurJannah dan mamanya Tengku Raihana.

Kini Tengku Farid sudah mula mengemari masakkan kampung terutama masak lemak cili api daun pegaga bersama udang dan masak lemak pucuk ubi atau pucuk ubi rebus dimakan bersama sambal tumis ikan bilis. Di hadapan rumah ada juga mereka menanam pokok-pokok bunga dan pokok-pokok cili  berselang seli untuk menambah seri rumahnya. Sambil menemani anak-anak bermain dihadapan rumah Nur Jannah bersama suaminya akan megembur-gembur tanah didalam pasu atau menabur baja sebulan sekali. Jika rumput sudah panjang sebulan sekali pulaTengku Farid membantu datuk Ibrahimnya memotong rumput menggunakan mesen rumput. Tengku Farid tidak pernah pula megupah orang membersihkan sekeliling rumahnya. Ini atas permintaan datuk Ibrahimnya, dia ingin mengerjakan semua itu untuk megeluarkan peluh katanya. Tapi kata-kata datuk  ada kebenaranya, sesekali jika Tengku Farid membantu membuat kerja-kerja itu terasa segar pula badannya. Jadi kini sudah menjadi kebiasaan Tengku Farid juga melakukan kerja-kerja tersebut di waktu-waktu dia ada kelapangan. Itulah cara mereka beriadah setiap hujung minggu, sambil mengeluarkan peluh dapat juga meluangkan masa bersama satu keluarga.

Setiap malam pula selepas solat Magrib Tengku Farid belajar mengaji  atau berzikir dengan datuk Ibrahim. Jika malam itu hari Khamis  malam Jumaat pula mereka sekeluarga akan membaca surah Yassin dan lepas itu bertahlil pula.  Kadang-kadang Tengku Khalidah dan keluarga anaknya Tengku Raihana  atau Tengku Faizal suamiisteri  datang menyertai mereka   membaca surah Yassin dan bertahlil. Semakin meriah kehiduapan Tengku Farid.  Hari Jumaat malamnya pula datuk menggalakkan mereka sembahyang sunat Taubat.  Kata datuk solat sunat taubat afdal dilakukan di antara waktu Magrib dan Isyak.

Empat orangnya anaknya yaitu Tengku Arief Danial,Tengku Nur Aisyah, Tengku Ahmad Zaid dan Tengku Ahmad Zikri sudah besar. Sudah boleh di ajar mengenal Alif,ba,ta, Tengku Farid mengajarnya sedikit demi sedikit, dia memasukkan ilmu itu ke dada anak-anaknya. Didalam hati Tengku Farid berazam menanamkan ilmu agama sebanyak yang mungkin kedalam diri anak-anaknya, supaya kehidupan mereka kelak di atas landasan Islam. Dia takut membayangkan kehidupan lampaunya akan di lalui oleh anak-anaknya pula...nauzubillah minzalik minta dijauhkan dari segala kejahilan dan kesesatan dari semua anak-anaknya..  itulah doanya setiap kali lepas sembahyang.

Anaknya Arief dan Aisyah akan ke darjah satu tahun hadapan.  Sekarang ini mereka masih disekolah tadika berhampiran dengan taman perumahan mereka. Pergi dan balik mereka di hantar dan di jemput oleh moyang mereka datuk Ibrahimnya, yang telah pun bergelar haji, kerana tahun lepas mereka menunaikan fardhu haji bersama isterinya Puan Zubaidah. Sebenarnya Tengku Farid sudah memiliki lima orang anak  akan menjadi enam orang tidak lama lagi termasuk Arief. Muhamad Arief Danial dan Nur Aisyah berusia enam tahun, Ahmad Zaid empat tahun, Ahmad Zikri tiga tahun dan Ahmad Said setahun lebih. Kini Nur Jannah mengandung lagi, kandungan yang sudah memasuki usia tujuh bulan. Jika mengikut imbasan altrasound  anak yang dalam kadungan Nur Jannah menunjukkan anak lelaki juga. Dirancangkan akan di beri nama dengan nama Ahmad Sukri pula, ini kerana dia suami isteri amat bersukur mudah dikurniakan anak dan anak-anaknya juga sihat dan sempurna.  Ada pasangan yang bertahun-tahun menanti kehadiran zuriat mereka. Perniagaan datuknya juga telah di serahkan segala pengurusannya kepada Tengku Farid, datuknya Tengku Faizal hanya datang sesekali dan jika perlu sahaja.

Bukan sahaja Tengku Farid yang bahagia tetapi sahabatnya Halim juga sudah bahangia dengan pasangannya. Sejak datuk Ibrahim menunjukkan petua untuk mendapatkan isteri yang diingini, Halim megamalkan petua itu. Sejak itu juga dia tidak lagi keluar malam atau melepak-lepak dengan kawan-kawan di kelab malam atau di pub seperti selalu, ‘ungkapan datuk Ibrahim dipengannya kuat... orang yang baik akan mendapat jodoh yang baik juga’ jadi dia berusha menjadi ornag yang baik untuk mendapat jodoh yang baik. Halim mengamalkan juga solat sunat taubat setiap malam Jumaat jika ada kesempatan.Di malam harinya pula dia menunaikan solat hajat dan istihkarah setahun kemudian dia berjumpa seorang gadis di sebuah pasaraya ketika membeli belah menemani sahabatnya Tengku Farid.

    Hatinya terpikat pandang pertama. Bila di selidiki gadis itu sama negeri dengannya ’orang Kedah’. Orangnya hitam manis pemakainnya sederhana, memakai tudung walaupun tidak bertudung labuh seperti Nur Jannah, tetapi menutup aurat. Dari keluarga yang sederhana,’orang bendang’ seperti kedua ibubapanya juga. Mereka bertunang hanya setahun. Kini Halim sudah pun berumah tangga tiga tahun lepas dengan gadis itu. Isterinya bekerja sebagai seorang kakitangan kerajaan yang beroperasi di Petaling Jaya, sudah pun mempunyai seorang anak perempuan dan kini isterinya sedang mengandung lagi anak kedua InsyaAllah. Dari pandangan mata kasar Halim bahagia dengan kehidupannya sekarang dan hubungannya dengan Tengku Farid bertambah akrab. Halim sering bertandang kerumah sahabatnya itu untuk belajar sedikit tentang ugama dari datuk Ibrahim, kadang-kadang dia datang seorang, kadang-kadang dia bersama isteri dan anaknya.

================================

Kemunculan Diana dihadapan pagar rumahnya amat mengenjutkan Tengku Farid. Dia tidak pernah lagi mengharapkan kehadiran Diana..apatah  lagi setelah  hampir lima tahun dia tidak pernah menjenguk anaknya..........

 Bagi NurJannah agar  anak-anaknya mendapat tidur yang cukup selepas solat Isyak mereka digalakkan  masuk ke bilik tidur mereka. Kecuali hari-hari Sabtu dan Ahad mereka dibenarkan menonton tv hingga kepukul sepuluh malam. Nur Jannah  masih menepuk-nepuk punggung yang kecil sekali  yang masih belum mahu tidur. Dia merengek-rengek minta ditemani oleh ibunya di bilik kakak dan abang-abangnya. Sejak kandungan Nur Jannah kian membesar anaknya yang kecil sekali ini asyik meragam sahaja, mungkin minta di ambil perhatian. Nur Jannah menangani dengan sabar kerenah anaknya itu. Kata nenek mungkin meragam nak beradik, kalau adik dia dah lahir nanti InsyaAllah akan oklah tu.Tengku Farid yang baring telentang sendirian di biliknya sambil menanti isterinya yang menidurkan anak-anak mereka dibilik lain fikirannya merewang pada kejadian petang tadi..... Matanya merenung siling bilik, fikiranya melayang mengenangkan kata-kata Diana petang tadi. ’Ahh..Diana masih tidak berubah peranginya’ detik hati Tengku Farid.

Petang tadi sedang dia mememani  anak-anaknya Arief dan Aisyah menyelesaikan kerja sekolah di  ruang tamu, dia terdengar suara orang perempuan memberi salam diluar rumah mereka diiringi dentingan locing pagarnya.  Tengku Farid bangun untuk membuka pintu pagar. Terkejut Tengku Farid melihat Diana tercegat di pintu pagar rumahnya. Dia memakai baju kurung berwarna merah jambu, rambutnya yang sudah hitam di biarkan lepas memcecah bahu. Diana masih nampak cantik, badannya juga masih langsing macam dulu. Dipandangan mata Tengku Farid Diana bertambah ayu dan sopan bila  berbaju kurung. Kalau dulu nak tenguk dia berbaju longgar pun susah, fesyen bajunya semestinya seksi,ketat dan terdedah, walaupun untuk kepejabat.

“Masuklah Diana..apa mimpi you datang ni.” sambil membuka pintu pagar Tengku Farid mempersilakan bekas isterinya masuk kerumahnya. Bila sampai di ruang tamu, dua orang anaknya memandang kearah mereka.

“Ini Arief ke?” Diana mendekati anak lelakinya yang ada di ruang tamu. Sudah hampir lima tahun di  tidak berjumpa anaknya. Sebelum dia berkhawin dengan Johan ada sekali dia bertemu, (Johan anak auntie Maria yang diceritakan oleh mommynya dulu) ketika itu anaknya sudah pandai berdiri. Umur anaknya ketika itu hampir satu tahun. Diana terkenang, dan kini baru dia datang lagi menjenguk anaknya.

“Ya ini Arief...Arief salam mama…ini mama Arief, mama yang melahirkan Arief” terang Tengku Farid kepada anaknya Arief, sambil tangannya menolak supaya Arief menghampiri Diana.

“Dah besar anak kita Farid wajahnya tak berubah ye..tapi banyak mewarisi wajah you Farid..dulu last sekali I datang dia baru pandai berdiri dan jalan sikit-sikit.”

“Emm..Aisyah ..salam auntie..lepas tu masuk bilik moyang ya. Dengar moyang tengah cerita dengan Zaid dan Zikri tu.” anak nya menggaguk-aggnguk mematuhi perintah ayahnya. Ketika kakak dan abangnya hendak menghabiskan kerja-kerja sekolah tadikanya tadi, monyangnya datuk Ibrahim memanggil cicit-cicitnya yang masih kecil kebiliknya untuk mendengar dia bercerita katanya, tujuannya supaya tidak menggangu abang dan kakak mereka menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh cikgu mereka.

“Baik ayah.” selepas bersalaman dan mencium tangan Diana, Aisyah berlari menuju bilik moyangnya, ingin diikuti oleh Arief tetapi di halang oleh ayahnya.

“Arief tunggu sini dulu mama nak berbual dengan Arief.” dengan muka memuncung Arief tidak jadi mengikuti adiknya Aisyah.  Aisyah dan Arief memang seperti kembar.. sudahlah wajah mereka seiras, ke mana sahaja mereka akan bersama mereka tidak pernah berenggang. Diana menarik anaknya duduk di sisinya.

“You kat mana sekarang ni Diana.” Tengku Farid bertanya bekas isterinya setelah lama mereka membisu.

“Setahun.. lepas kita bercerai I dapat tawaran jadi model di Los Angeles, kebetulan Johan pun kerja kat sana, kami kahwin dan I pun pindah ke sana, dekat lima tahun jugalah I duduk sana. Tapi sekarang kami  dah  balik Malaysia, dah kerja kat sini pun. Sebabnya emak dia tinggal seorang setelah ayah dia meninggal dua tahun lalu. Diakan anak tunggal jadi kenalah dia jaga emaknya. Emaknya pula tak mahu duduk LA tak tahan sejuk katanya. Ah.. alasan dia saja,  jadi kenalah I berhenti kerja kat sana. Tapi I dah kerja balik kat syarikat lama yang I kerja dulu... dah tiga bulan I kerja semula disitu”.

“Dah berapa anak you?” Diana memandang Tengku Farid dengan wajah sedehnya... dia tidak mejawab apa yang di soal oleh bekas suaminya, tapi dia pula yang menyoal bekas suaminya. Diana ni kalau bab berlakon nombor satu..lagi-lagi bab memancing simpati....

“Farid you memang dah tak rindu I kan, you tak pernah nak telefon tanya khabar I ni.”

“Diana untuk apa I nak rindukan you, kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi, you pun dah kahwin, tentu suami you tak suka kalau I asyik kacau you, lagi pun you bukan ada kat sini selama ni”.

“I dah setahun pindah sini Farid, you tahu I tak pernah tukar nombor tetefon I ni, I tak pernah lupakan you, cinta I pada you masih ada.” Tengku Farid sudah tidak sedap hati mendengar kata-kata Diana.

“Arief pergi masuk bilik monyang, ayah nak cerita sikit dengan mama Arief ni.” Ariff bangun memandang Diana, lalu pergi meninggalkan mereka.

“Kenapa you suruh anak kita pergi.. biarlah dia dengar apa yang kita cakapkan.”

“Tak elok diakan masih kecil lagi, tak elok mendengar cerita orang tua-tua”.

“You terasa tua ke Farid, tapi I tak pernah terasa tua”.

“Itu you.. tapi tidak I, I memang terasa dah tua dan  dah tak patut bermain cinta lagi, yang patut I lasanakan sekarang ni adalah tangungjawab”. Bila mendengar kata-kata Tengku Farid  terus sahaja Diana menyampaikan apa yang telah dirancang didalam minda...

“Farid I sekarang dalam proses hendak bercerai dengan Johan. I harap lepas I bercerai nanti bolehlah kita nikah, lagi pun I dah berubah sekarang you tengoklah ni, sekarang ni pun I pergi kerja dah pakai baju kurung, kalau you suruh I pakai tudung pun I akan cuba memakainya”.

“Diana ..kenapa you tunggu I suruh you pakai tudung, baru you nak pakai, pakailah kerana kewajipan kita. You perempuan wajib memakainya untuk menutup aurat you, sebab setiap wanita wajib menutup auratnya untuk megelakkan perkara-perkara tak elok terjadi pada dirinya, jangan kerana I you pakai tudung itu tak ikhlas namanya”.

“Ialah.. bukanlah pasal you suruh I pakai baru I nak pakai tapi kalau you suruh adalah galakkan dari you, jadi bersemangatlah sikit I nak pakai.” Diana menjelaskan pendiriannya. Diana ni bab memutar belit kata-kata memang pandai.

“Lagi satu I dah cakap dengan you dulu lagi…. I tak mampu nak beristeri dua dari segi mental mahu pun fizikal.... Diana kenapa you nak berbalik dengan I, kalau I terima you semula, sanggup ke you terima anak-anak I dengan Jannah seperti Jannah terima anak you. Kerana I mahu di mana I duduk di situlah anak-anak I duduk, I tak mahu berpisah-pisah dengan anak-anak I”.

“Kalau setakat Aisyah seorang I tak kisah, dia pun dah besar dah pandai uruskan hal dia sendiri, dan kalau pasal isteri dua, I pun tak mahu kongsi suami dengan siapa-siapa pun, pada I dah lama I berkorban untuk Jannah… sekarang berilah peluang I memiliki you seorang.” dengan ceria dan penuh yakin Diana menjawab soalan bekas suaminya apabila mendengar perkataan dari bekas suaminya ‘kalau I terima you  semula‘ seakan bekas suaminya mahu menerima dirinya.

“Nanti dulu.. apa maksud you, yang you tak nak kongsi I dengan Jannah, you nak I... Tengku Farid tidak meneruskan kata-katanya..sebenarnya dia takut untuk mengucapkanya perkataan ‘puaka’  itu apatah lagi untuk ditujukan kepada isterinya NurJannah. Kemudian dia menyambung lagi..

“...dan apa pengorbanan you pada Jannah, you  yang minta ‘bebas’  dari I dulu, kemudian kahwin lain. Itu ke yang dinamakan pengorbanan untuk Jannah, dan sekarang ni you nak korbankan Johan pula sebagai ‘cina buta’ dan lepas tu kahwin dengan I..Diana..Diana... I tak sangka ada juga orang macam you ni ye.” kemudian Tengku Farid tersenyum sinis..benci hatinya dengan perangai Diana. Diana seolah-olah memperbodohkan dirinya.

“Ialah..kalau tak macam tu macam mana dapat kita rujuk semula.” dengan ceria dia menjawab kerana bekas suaminya tahu apa yang dihajatinya.

Dia tidak tahu dengan jawapanya tadi, Tengku Farid  sudah menolaknya  bulat-bulat. Tiba-tiba Zaid berlari dari bilik moyangnya sambil terjerit-jerit.

“Ayah..ayah”…tetapi terhenti bila melihat ayahnya sedang berbual dengan tetamu yang tidak dikenali olehnya.

“Zaid..sini sayang dekat ayah.” Tengku Farid melambai kepada anaknya Tengku Ahmad Zaid anaknya yang nombor tiga,  Zaid menghampiri ayahnya dengan takut-takut, matanya memandang Diana.

“Ini anak I juga umurnya empat tahun salam auntie sayang. ”

“Comel anak you ni  Farid tapi wajahnya tak macam you...mungkin macam Jannah ye.”

“Emm...” hanya itu jawapan Tengku Farid... tidak lama lepas itu terkedek- kedek seorang lagi anak Tengku Farid yang berumur dua tahun lebih, dia berlari mengikuti abangnya yang keluar dari bilik moyangnya kerana ingin menyampaikan sesuatu cerita kepada ayahnya. Dia terhenti dimuka pintu dapur bila melihat ayah mereka bersama tetamu yang tidak dikenali, lalu Tengku Farid bersuara.

“Zikri..sini sayang salam auntie.. ini anak I juga umurnya nak masuk tiga tahun, dia berdua ni rapat sikit abang dia baru masuk setahun tiga bulan dia ni dah keluar, jadi dia berdua ni memang rapat kemana sahaja mereka akan berdua.  Haa..yang ni  masih kena tenguk-tengukan lagi bila dia buang air besar, takut dia basuh tak bersih kalau basuh sendiri.” sengaja Tengku Farid berkata begitu. Dia terbayang peristriwa enam tahun dulu bila Arief buang air besar, Diana terus pulang bila di suruh dia menukarkan lampin untuk anaknya.

“Dah salam auntie kemudian masuk bilik moyang lagi ye..ayah nak cakap sikit dengan auntie ni.” Tengku Farid mengarahkan anaknya masuk lagi...supaya tidak menggangu tetamu diruang tamu.

 Ketika itu Tengku Farid mendengar suara Jannah berbicara dengan anaknya yang kecil sekali..

“ Adik nak apa niii...kita turun bawah ye....jom tenguk abang dengan kakak tengah buat apa...”

“Nanak..nanak ..nak okong..” kedenganran suara kanak-kanak yang pelat  berselang seli dengan suara NurJannah..

“Ayah dukung ye..ayah kuat adik dukung.. dengan ayah ye.” Mendengar suara isteri dan anaknya cepat-cepat Tengku Farid mendapatkan mereka.

“Ehh.. kenapa Jannah dukung Said ni, dia nikan montel, perut Jannah dah besar”.

“Entah apalah yang dia nak bang, itu tak kena ini tak kena, apa yang dia nakpun Jannah tak tahu, Jannah rasa letih pulak hari ni…adik ikut ayah ye… ayah dukung….ayah kuat ..ayah dudung adik ye..” Nur Jannah memujuk anaknya yang tidak mahu lepas dari dukunganya semakin kemas pula dia memeluk leher ibunya...

“Mari..sini ayah dukung pulak..” Tengku Faid mengambil juga anaknya yang didukung oleh isterinya walaupun anaknya merangkul kuat leher ibunya...

“Sayaaang ayah meh ayah dukung..kesian ibu..meh ayah dukung adik ye. “Akhirnya terlepas juga rangkulan tangan  anaknya dari leher ibunya.

“Jannah  jom turun... tapi turun tu  elok-elok tenguk bawah ..meh kedepan kejap.” Tengku Farid mengambil anaknya dari dukungan isterinya sambil sambil turun menyaingi isterinya sampai dibawah dicapai tangan isterinya supaya mengikutinya keruang tamu.

“Ehh.. Diana bila sampai.” Nur Jannah menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Diana. Diana memandang perut Nur Jannah yang sudah besar dan memandang bekas suaminya yang sedang mendukung seorang lagi anak kecil.

“Tak lama sangat, baru saja sampai.” Diana menjawab tapi matanya tidak lepas memandang perut Nur Jannah yang sudah nampak memboyot.

“Duduklah dulu, I buat kan air, teh o boleh.” sebetulnya air lebih suaminya minum tadi masih ada di dalam thermos di atas meja.  Nur Jannah menuju ke dapur sebelum sempat Diana menjawab.

“Ini anak I juga baru berumur setahun lebih kalau adiknya lahir kelak umurnya baru masuk satu tahun enam bulan. Yang ini memang masih minta di basuhkan bila dia buang air besar.” kata Tengku Farid sambil mencium pipi anaknya untuk menyembunyikan senyuman yang penuh makna.

“Berapa orang anak you Farid.” bernada marah pula Diana menyoal bekas suaminya dengan suara yang agak tinggi dengan  pandangan tajam menikam  wajah bekas suaminya.

“InsyaAllah nak masuk enam oranglah campur Arief.  Yang sebetulnya I nak cari seorang lagi anak perempuan, biar Aisyah tu ada kawan. Tapi bila ‘scan’ yang dalam kandungan Jannah tu lelaki juga. Nampaknya Jannah kena mengadung lagilah  tahun depan selepas bersalinkan yang ini nanti.” selamba Tengku Farid menuturkan. Tujuan hatinya hanya  untuk menakut-nakutkan Diana.

“Haa…you tak kesian isteri you ke.. tiap-tiap tahun you paksa dia beranak.” ketika itu Nur Jannah sampai ke ruang tamu untuk mengajak Diana minum. Dia terpinga-pinga dia mendegar suara tinggi  Diana.

“Atau pun you Jannah… memang you nak ikat Farid supaya dia tak dapat lari dari you, you beranaklah ramai-ramai, you kan memang tahu Farid ni sayang anak-anak dia, jadi you beranak ramai-ramai.” Makin terpinga Nur Jannah yang tidak tahu hujung pangkal memandang Diana yang bersuara tinggi seperti memarahi dirinya. Berkerut-kerut dahinya kehairanan.Tengku Farid hanya tersenyum memandang Diana.

“I yang nak anak ramai Diana... I rasa seronok setiap kali balik kerja di sambut dengan gelak ketawa anak-anak I.  Air dah siap Jannah, jomlah kita minum Diana.”  tenang sahaja wajah Tengku Farid..dia bertanya isterinya untuk mematikan kata-kata Diana bila dilihat Diana sudah mahu membuka mulut untuk berbicara lagi. Kesihan  Tengku Farid melihat  isterinya yang  masih terpinga-pinga dengan suara tinggi Diana tadi.

“Adik ..mari dengan ibu pergi tempat oyang (datuk dan nenek Nur Jannah), ayah nak temankan auntie minum dulu.” Nur Jannah menghulurkan tanganya untuk mengambil anak dari dukungan suaminya.

“Tak apa..tak apa.. biar ayah hantarkan adik tempat oyang ya.  Diana minumlah I nak hantar anak I ni dulu...” mereka menuju ke bilik datuk dan nenek Nur Jannah. Meninggalkan Diana minum  seorang dimeja makan. Dia atas meja sudah tersedia secawan air teh o panas dan sepiring popia basah. Nampak sungguh menyelerakan. Tampa membuang masa Diana menyisip teh o panas dan makan popia yang terhidang.  

“Emm..sedap pulak popia basah dia ni.” tak perasan Diana sudah menghabiskan tiga biji popia, bila Tengku Farid muncul di hadapanya.

“Sedaplah popia basah ni, you beli kat mana Farid”. Dengan mulut yang penuh Diana memuji kesedapan popia yang dimakannya..

“Bukanya beli, Jannah buat tadi masa I balik kerja. I ni sejak dia mengandung macam-macam rasa nak makan. Masa kat offis tadi I teringin sangat nak makan popia basah, I minta dia buatkan,..habiskanlah… I dah makan tadi, kalau tinggal pun tiada siapa nak makan, pukul tujuh nanti kami  dah nak makan malam pula”.

“Iya ke.. I habiskan ni, kebetulan I tak sempat lunch tadi.”  Bohong Diana sebenarnya dia makan tenghari bersama kawan-kawan lamanya. Tampa ragu Diana menghabiskan lima ketul popia basah.  Nampak sungguh dia seperti orang kelaparan. Entah mengapa sejak dua tiga hari ini Diana terasa mudah lapar.   Tengku Farid hanya tersenyum sahaja mendengar alasan Diana. ’Patut lah marah macam nak makan orang tadi rupanya dia lapar...sampai lima ketul dia bedal..tak takut lari diet dia pulak.’ kata-kata Tengku Farid itu hanya di dalam hatinya saja. Selepas makan mereka ke ruang tamu lagi, Nur Jannah masih memujuk anaknya di bilik datuk dan neneknya, dia tidak mahu di tinggalkan. Di ruang tamu Diana merayu lagi kepada bekas suaminya.

“Farid cinta I pada you masih ada dan I tak dapat nak lupakan you”.



Tuesday, 11 September 2012

Bab 37. Jangan ada rahsia




Asal kapas menjadi benang,
Dari benang menjadi kain,
Barang yang lepas jangan dikenang,
 Sudah menjadi siorang lain.


  Sudah enam bulan Tengku Farid dan Diana bercerai. Kini kehidupan Tengku Farid sudah berubah jauh dari kehidupanya yang dulu. Kini dia sudah menjadi seorang lelaki yang penuh  bertanggungjawap. Jelas terpancar  diwajahnya kehidupanya yang bahagia. Kini dia tidak perlu lagi terkejar-kejar menguruskan dua orang isterinya. Tapi pengalaman itu begitu berharga untuk dirinya. Pengalaman lalu menjadikan dia lebih sabar,  bertimbang rasa dan bertanggungjawab kepada keluarganya. Ronda-ronda waktu malamnya juga sudah lama ditinggalkan. Walau pun ada sesekali kawan-kawan rondanya mempelawa ‘lepak-lepak untuk melegakannya tekanan setelah sepanjang hari bekerja’ namun ditolak dengan berhemah. Padanya selepas waktu bekerja adalah waktu untuknya mempelajari ilmu akhirat sebanyak mungkin.  Dia ingin mempersiapkan dirinya dengan bekalan dialam kubur dan hari akhirat kelak.


Tengku Farid sungguh bersyukur dengan apa yang telah di kurniakan kepadanya. Tengku Farid begitu bangga dengan dua orang anaknya yang kian membesar,  anaknya Arief Daneal sudah tidak meragam lagi. Dia hanya menangis jika laparkan susu atau lampinya basah. Nur Aisyah pula sudah mula gebu berisi, pipinya gebu dan badannya sudah montel. Fizikalnya lebih kurang abangnya Arief, walau pun dia agak kecil sedikit mungkin juga sebab dia perempuan. Dari segi wajah mereka seiras, memiliki wajah Tengku Farid, berkulit yang putih dan rambut lebat dan hitam. Keduanya seperti sepasang adik-beradik kembar seiras. Tengku Farid berazam dia tidak akan menoleh  kebelakang dari kehidupanya sekarang ini. Kehidupan dulu dijadikan pengajaran supaya tidak ditempuhi oleh anak-anaknya.

Begitu juga Halim dia juga sudah melupakan kehidupan malamnya dulu. Selalu juga Halim berkunjung kerumah Tengku Farid bertanyakan tentang kemuskilan ugama kepada datuk Ibrahim. Bagi Halim  semua hidayah dari Allah  yang didapatinya mungkin tempias dari sahabatnya Tengku Farid. Dia sungguh bersyukur mendapat cahaya perubahan yang membuatkan hidupnya lebih bermakna dan tenang sekarang. Kini dia sering solat berjemaah dimasjid-masjid yang banyak terdapat diKulau Lumpur. Rupanya masjid bukan sahaja tempat untuk bersolat tetapi unuk belajar juga. Selepas solat fardhu biasanya akan diadakan ceramah ugama. Kita diajar sirah Rasul, diajar adab bergaul dengan kawan dan diajar juga ilmu berumahtangga. Kini dia sedar betapa dia sudah ketinggalan banyak perkara dalam hidup ini.

                         Buat sementara waktu ketika anak-anaknya masih kecil Nur Jannah tidak bekerja itu atas permintaan Tengku Farid dan juga persetujuan nendanya. Bagi Tengku Khalidah dia bersetuju kerana sekarang ini dia tidak kesaorangan lagi menguruskan perniagaan. Anaknya Tengku Raihana mama Nur Jannah sudah sepenuh masa membantunya. Kemungkinan besar cucunya Ahmad ZulHelme akan membantunya juga.. jika dia sudah tamat pengajianya diUniversiti kelak. Diatas nasihat nendanya kini ZulHelme mengambil kursus Pengurusan Perniagaan disebuah Universiti tempatan selama tiga tahun. Bagi Tengku Khalidah dan Tengku Raihana apabila semua anak-anak Nur Jannah sudah besar dan pandai berdikari, Nur Jannah akan juga dipanggil untuk sama-sama menguruskan perniagaan keluarga mereka. Perkara itu sudah diberitahu kepada Tengku Farid dan Tengku Farid tidak keberatan membenarkan Nur Jannah bekerja ketika itu.

                Datuk Ibrahim dan nenek Zubaidah  sudah menetap bersama mereka, dirumah banglo dua tingkat hadiah datuk Tengku Farid. Tengku Farid tidak lagi bimbang kerana Nur Jannah tidak keseorangan di rumah menjaga anak-anaknya ketika dia keluar bekerja. Sementalah datuk dan nenek pula sudah tiada siapa-siapa lagi di kampung. Tengku Farid meminta jasa baik datuk Ibrahim suami isteri tinggal terus bersama mereka.

Tanah dan tapak rumah datuk Ibrahim dikampung juga sudah dijual kepada saudara terdekat datuk Ibrahim. Duit jualanya tanah tersebut sudah dimasukkan keTabung Haji menambah simpanan datuk yang sedia ada. Datuk dan nenek merancang untuk menunaikan haji jika sampai pada pangilan giliran mereka yang di jangka dua atau tiga tahun lagi. Walau pun Tengku Farid bersungguh-sungguh ingin membiayai mereka berdua namun datuk tidak bersetuju, katanya biar dia mengunakan duit mereka sendiri  untuk ibadah itu. Bagi Nur Jannah hidupnya kini sangat bahagia atuk dan neneknya sentiasa ada disampingnya. Dia juga kini marasai akan kehadiran dan kasih sayang mama, papa dan adik-adik yang tidak pernah terfikir akan dimiliki suatu masa dulu. Dia juga sudah tidak takut lagi dengan nendanya kerana nendanya kini sudah boleh diajak bergurau dan bermanja, ditambah lagi dengan suami yang penyayang. Baginya hidupnya kini serba lengkap dan penuh dengan kasih sayang.

                         Tetapi lain pula Diana, dia begitu kecewa apabila Tengku Farid tidak menghubunginya lagi, selepas mereka bercerai. Keadaan tidak seperti yang di jangkakan. Pada mulanya Diana berfikir selepas seminggu  bercerai tentu bekas suaminya itu akan datang kepadanya, merayu untuk rujuk kembali. walau pun dia tahu talak tiga tidak boleh rujuk kembali, tapi sekurang-kurangnya dia akan datang dan berusha mencari jalan untuk mereka dapat bersama semula. Ini tidak, jangankan datang, telefon pun tidak, Tengku Farid seolah-olah sudah melupakan langsung dirinya. Dia begitu tercabar dengan Nur Jannah, apakah kelebihan Nur Jannah yang seperti perempuan kampung itu begitu menarik sehingga bekas suaminya terus terlupa kepada dirinya.

Diana bertekad selepas fizilaknya kembali kebentuk asal dia akan bersemuka dengan Tengku Farid kalau boleh dihadapan Nur Jannah lagi bagus. Kalau Tengku Farid tergoda nanti, terbuktilah dia memang lebih cantik dan menarik dari Nur Jannah. Dia masih boleh menggegar iman bekas suaminya dan dia masih mampu mengoda. Itulah angannya. Mengapa harus Diana berfikiran begitu, mengapa dia takut pada bayang-bayangnya sendiri. Mungkin dia tidak sedar kecantikan seseorang bukan diukur pada zahirnya sahaja, tapi harus diukur dari segi zahir dan batinya juga.

                       Setelah betul-betul yakin akan fizikal dirinya, dia kepangsapuri yang pernah di sewa oleh Nur Jannah... tetapi hampa. Kata tuan rumah yang menduduki pangsapuri itu, penyewa yang menyewa dulu telah lama berpindah. Dia mencari ikhtiar lain untuk mengetahui dimanakah Tengku Farid sekeluarga tinggal.  Dia nekad mengekori kereta bekas suaminya sewaktu pulang dari kerja. Tengku Farid tidak menyedari Diana mengekorinya kerana Diana meminjam kereta kawanya Bella.. NISSAN LATIO sport berwarna kuning. Setelah pasti dimana mereka tinggal, Diana pulang  kekondonya dan bercadang  pada hari Sabtu akan datang dia ingin bersemuka dengan bekas suaminya di rumah mereka.

                Kini tibalah pagi Sabtu yang penuh debaran dihati Diana. Dia merasakan dirinya seorang wanita anggun cantik lagi bergaya. Tetapi itulah kebenaranya..Diana sudah menjadi Diana yang dulu mempunyai wajah dan betuk tubuh yang cantik.  Dengan rasa tidak sabar-sabar, boleh dicatat dalam “Hari ini dalam sejarah” Diana sudah bangun pada pukul 9 pagi dan sudah pun berada di hadapan  rumah banglo Tengku Farid di waktu cuti pula tu. Ini disebabkan dia begitu teruja ingin membuat kejutan kepada bekas suaminya. Tujuan utamanya untuk mempamirkan bentuk badannya yang sudah langsing. Kalau boleh dia ingin menyanyi lagu ‘tiru macam saya nanyian allahyarhamah Saloma’. Dia ingin menunjukkan kepada bekas suaminya, siapakah dirinya yang telah ditinggalkan agar suaminya merasa sungguh kesal dan rugi melepaskan dirinya.

 Kebetulan pagi itu pintu pagar rumah Tengku Farid terbuka sedikit kerana datuk dan nenek Nur Jannah berada diluar pagar. Nenek Zubaidah dan suaminya memetik buah terung rembang. Ada dua tiga pokok terung rembang itu tumbuh di bahagian luar pagar rumah mereka. Untuk menu makan tengahari nanti, nenek Zubaidah merancang akan memasak sambal tumis ikan bilis bersama terung rembang. Terung rembang sejenis terung yang kecil-kecil sebesar jari kelingking, bentuknya bulat dan berwarna hijau muda. Terung ini sedap  dibuat ulam atau dicampur dalan sambal tuimis ikan bilis. Ada sesetengah orang terung rembang ini panggil terung pipit, mungkin kerana burung pipit suka memakannya ketika buahnya sudah masak dipokok. Ketika dikampung, terung ini dijadikan peluru pistul yang perbuat  dari kayu untuk main tembak-tembak. Ketika arwah ayah Nur Jannah masih disekolah rendah datuk Ibrahim pun ada membuatkan anaknya yang seorang itu pistol mainan untuk dia bermain dengan kawan-kawanya dan peluru yang digunakan adalah terung pipi.

Dengan pintu pagar yang terbuka sedikit memudahkan Diana masuk, dia sudah berada di depan pintu rumah lalu memberi salam. Ketika itu Tengku Farid dan Nur Jannah sedang berbual-bual di meja makan.

“Assaalamualaikum” terkejut juga Tengku Farid dan Nur Jannah  yang belum habis bersarapan pagi, mendengar suara orang perempuan memberi salam di hadapan pintu rumah mereka.

“Siapa agaknya ye Jannah.. tak kan salegirl pagi-pagi buta ni, suara nenek pun bukan.. cuba Jannah tenguk.” Berkerut dahi Tengku Farid mendengar suara itu. ..seakan suara itu pernah didengarnya dulu.

“Ialah nanti biar Jannah tengok.” Nur Jannah keluar menjenguk. Pagi itu,  Nur Jannah memakai seluar jean yang ketat sedikit dibahagian perutnya.  Katanya dia selesa perutnya bagai diikat dengan bengkung, berbaju t-shit yang di beli oleh Tengku Farid ketika dia ke Venice, semasa pakaj honeymoon bersama Diana dulu. Rambuatnya yang melepasi bahu pula ditocang dua lalu di lilit di kepalanya menjadikan dia  nampak comel seperti “budak Cina sekolah menengah”. Dia berdandan begitu supaya senang dia mengurus anak-anaknya tidaklah rambutnya terjurai-jurai menutupi mata nanti. Tadi  setelah dia siap berdandan dia kedapur untuk melayani suaminya bersarapan pagi dia sudah ditegur oleh suaminya...
“Comelnya Jannah pagi ni macam anak Cina sekolah menengah.” kata Tengku Farid mengenai isterinya pagi itu.

“Anak Cina cantik ke bang?” soal Nur Jannah

“Anak Cina cantik apa… abang suka, abang memang suka rupa macam Cina sikit apa orang kata ‘Chinese look’” kata suaminya mengulas pula.

“Itu yang abang terkahwin dengan anak Cina Baba tu.” tampa sedar dia terbuka kisah lama suaminya.

“Hiss Jannah ni kesitu pulak, tapi abang tenguk Jannah ni lagi nampak macam Cina kalau nak di bandingkan dengan Diana. Dia tu dulu abang tak sangka keturunan Cina, kalau tak jumpa mommynya yang cakap terdengar loghat Cina abang tak percaya dia tu Cina tau Jannah. Kalau tenguk biasa.. matanya tidaklah sepet macam mata Cina, hanya kulitnya saja yang putih, tapi Jannah pun putih dan abang pun putih juga. Di Malaysia ni kita dah tak boleh nak tentukan apa keturunan seseorang tu kalau tengok dari segi fizikal saja kan Jannah”. Memang betul rupa Nur Jannah sedikit rupa Cina..rupanya ada iras-irans rupa pelakon Shira Iskandar anak pelakun Aznah Hamid.

“Jannah ni macam Cina mungkin ikut atuk, mata atuk tukan macam sepet sikit, alah yang mengata pun macam Cina juga, Cina yang kacak hidung mancung...abang ada keturunan Cina ke bang”.

“Entahlah Jannah, grandpa kata dulu emaknya keturunan Minang, orang Gombak KL. Kata grandma pula orang Minang ni biasanya mata agak sepet sikit, tu yang terlekat pada abang  ni, muka abang nikan macam grandpa sikit”.

“Ialah bang, wajah abang memang seiras wajah grandpa, tentu grandpa kacak masa dia muda, sampai sekarang walaupun dah tua tapi nampak masih kacak lagi”.

“Amboi Jannah puji grandpa saja ke… tak puji abang pun.”

“Kalau Jannah puji abang ..abang kena belanja Jannah nanti.”  kemudian perbualan mereka terhenti bila mendengar orang memberi salam di muka pintu rumah mereka. Nur Jannah bangun untuk melihat siapa yang datang pagi-pagi begini, alangkah terkejutnya dia apabila terpandang wajah Diana dimuka pintu rumah mereka.

                        Pagi itu Diana memakai baju baby-t-shirt dengan leher berbenuk V yang agak luas sedikit hingga menampakan sedikit lurah didadanya, midi A-shape di bahagian perut agak ketat bagi menampakkan perutnya yang sudah kempis dan kembang di bahagian bawahnya. Memang terserlahlah bentuk tubuh Diana yang seperti ‘ikan duyung’ itu. Dengan ramah tampa prasangka Nur Jannah mempersilakan Diana masuk dan minum sekali bersama mereka.

Diana pula bila terpandang Nur Jannah yang memakai t-shirt yang agak menampakkan susuk badanya, berderau juga darahnya.’Cantik juga dia ni, macam budak sekolah saja...pergi gyum mana agaknya, nampak dah kurus pulak, lebih kurang aku saja, muka dia ni lain kalau tak pakai tudung’ gerutu hatinya yang cemburu. Terasa Nur Jannah nampak lebih cantik walaupun tidak tercalit sebarang make-up diwajahnya dan wajahnya kelihatan lebih muda dari diriny. Jika diikutkan sememangnya Nur Jannah lebih muda dari dirinya kerana Diana sebaya dengan Tengku Farid. Diana tersedar dari lamunanya bila Nur Jannah bersuara lagi menyuruhnya masuk.

“Masuk..masuklah Diana, murah rezeki you, kami tengah minum ni, marilah kita minum sekali.” Nur Jannah menghampiri untuk bersalaman dan mengajak tetamunya ke meja makan di mana Tengku Farid sedang bersarapan. Nur Jannah berlalu ke dapur mengambilkan pinggan dan cawan untuk Diana. Nur Jannah juga menyendukkan nasi lemak ke pinggan Diana.

“You boleh minum nescaffe?, kami minum nescaffe pagi ni.” Tanya NurJannah kepada bekas madunya. Pagi itu nenek masak nasi lemak sambal sotong kering untuk mereka sekeluarga.

“Boleh ..I tak memilih terima kasih”. Diana memerhati NurJannah menyendukkan nasi untuknya.. hatinya sudah berbelah bagi mahu makan atau pun tidak. Diana sedang mengawal pemakanannya untuk mengekalkan bentuk badan agar sentiasa lansing. Tetapi untuk menolak tidak makan dia sudah terliur dengan bau nasik lemak yang berbau harum. Nenek Zubaidah meletakkan sehelai daun pandag kedalam nasi lemaknya.

“I sebetulnya tak makan nasi lemak, I tengah diet ni, tapi you dah senduk I makanlah sikit.” baru sesenduk Nur Jannah menyenduk nasi dan ingin menyendukkan lagi tetapi terhenti tangannya bila Diana kata begitu.

“Kalau tak cukup nanti tambahlah ya, jangan malu.” Nur Jannah duduk di kerusinya tadi untuk menghabiskan nasi lemaknya yang masih berbaki.

“Ada apa hal  you datang pagi-pagi ni Diana.” Tengku Farid meluahkan kemuskilan dalam hatinya, sedari tadi dia memandang bekas isteri dihadapanya dengan rasa tidak percaya.. di atas ke datangan Diana yang tidak di sangka-sangka pagi itu.

“I datang nak jenguk you dan anak kita tak boleh ke?”.

“Ialah pagi lagi ni, hari cuti pulak tu.” Tengku Farid masih ingat lagi kebiasaan Diana bila hari-hari cuti begini, tidurnya hingga meninggi hari. Dalam masa mereka berbual nasi di pinggan Diana sudah pun habis.’sedap pulak sambal sotong dia ni’ bisik di hati Diana, melihat nasi di pinggan Diana sudah habis Nur Jannah menghulurkan mangkuk nasi tambah kepada Diana.

“Tambah Diana, alah sesekali langgar diet tak apa nanti cover lah, tak payah makan tengah hari ni.”  Syor Nur Jannah.

“Ok jugak tu ya..tengahhari ni I tak nak ambil lunchlah.” Diana menambah dua senduk lagi nasi lemak ke pinggannya dan menyenduk sambal sotong kering kepinggannya lebih  banyak dari tadi, di ambilnya juga sepotong telur dadar yang di dalamnya di campur dengan hirisan bawang besar cili api dan daging cincag kegemaran Tengku Farid.

Itulah belum rasa lagi dah tak nak makan, diet konon’ Tengku Farid berkata-kata dalam hatinya sambil tersenyum. Ketika itu kedengaran anak mereka merengek di dalam bilik yang berdekatan dengan dapur.

“Abang temankanlah Diana makan, Jannah nak tenguk anak mungkin dah nak susu tu.” Nur Jannah membiarkan suaminya menemani bekas isterinya merangkap bekas madunya makan dimeja makan. Dia juga ingin memberi peluang suami dan bekas madunya berbicara. Dia tidak mahu Diana atau suaminya akan merasa kekok untuk membicarakan sesuatu jika dia ada sama bersama mereka. Semasa ketiadaan Nur Jannh, Diana menambah lagi nasi lemaknya, memang sedap sungguh sambal sotong, dan telur dadar itu, di hadapan bekas suaminya dia tidak malu untuk menambah nasi, tapi jika di depan Nur Jannah tadi dia malu juga.

‘Dah rasa…lupa langsung deit dia’ kata-kata itu hanya didalam hati Tengku Farid sahaja sambil memandang dengan senyuman penuh makna.

Selesai makan Tengku Farid mengiringi bekas isterinya keruang tamu.

“Farid sampai hati you, tak pernah call I selepas kita bercerai, tak ada ke rasa rindu you pada I lagi.” Diana memulakan bicaranya memancing rahsia hati bekas suaminya.

“Untuk apa I nak rindukan you, kitakan dah bercerai, kita bukan muhrim lagi berdosa kita berhubungan.”

“You tiada ke rasa nak kita rujuk semula. Cari lah jalan untuk kita bersama semula.”

“Ingat Diana kita ni bercerai talak tiga, dah tak boleh nak rujuk.”

 “Tapi kalau I kahwin dengan orang lain, kemudian bercerai, kita dah boleh rujukkan.”

“Diana apa ni!! you dah gila ke, cuba you elakkan dari menyebut perkataan cerai…cerai ni walaupun di bolehkan tapi paling di benci oleh Allah, you jangan kahwin lepas tu ingat nak bercerai saja. Jangan mempermainkan nikah kahwin ni... berdosa Diana.” tegas Tengku Farid kepada bekas isterinya.
“Tapi kalau dah itu saja jalannya untuk kita bersama semula, rasanya tak salahkan.” Ini dah terbalik pula ingatkan bekas suaminya yang merayu nak rujuk balik, rupanya Diana pula yang merayu. Ingatlah cakap jangan sombong dan takbur bila-bila masa sahaja Allah akan terbalikkan cakap  dan niat kita.

“Diana kenapa dengan you ni.....dulu masa you nak berpisah dengan I, you tak pernah nak fikir, tak sabar-sabar you minta dilepaskan. I nak cakap terus terang dengan you, I sebenarnya hanya mampu seorang isteri sahaja, dari segi mental dan fizikal  I hanya mampu seorang isteri sahaja. Kalaupun ada peluang kita bersama lagi, I tak boleh dan tak mampu nak laksanakan. You cari lah lelaki lain yang boleh memberikan you kebahagian. I akan sentiasa mendoakan kebahagian you Diana.” kata Tengku Farid tegas.  Dia rimas dengan permintaan Diana. Dalam hatinya kini hanya ada Nur Jannah seorang, dia tidak akan berpaling lagi pada mana-mana wanita lain InsyaAllah. Setiap kali selepas solat itulah doanya bermohon agar ditetapkan hatinya. Sekarang Tengku Farid sudah ada prinsip baginya perkahwinan bukan untuk keseronokan sahaja. Tapi rasa cinta dalam perkhawinan  ada amanah dan tanggungjawab yang wajib dilaksanakan.  Itulah prinsip cintanya.

“Farid tiada lagi kah rasa cinta you pada I. Bertahun kita menjalin rasa cinta ni dari zaman kita belajar lagi kita bercinta, rapuh sungguh cinta you pada I, I tak sangka begitu mudah cinta you bertukar arah”.

“Diana ….pada I sekarang cinta tu dah jatuh entah nombor yang ke berapa, tapi yang paling utama pada I sekarang adalah ‘tanggung jawab’. Sekarang tanggungjawab I dah banyak, yang nyata ada tiga orang untuk I bertanggung jawab sepenuhnya kepada dirinya, esok lusa mungkin bertambah lagi. Kisah kita ni dah jadi sejarah, jadi jangan you ungkit lagi. Macam yang I cakap tadi, cari lah lelaki yang sesuai dengan you...you akan bahagia.  Carilah kebahagian you bersama orang lain Diana”.

“Begitu mudah you buang I Farid, bercinta bertahun-tahun kahwin tak sampai satu tahun, you dah buang I.” Tengku Farid tersenyum sinis memandang Diana yang tidak mahu mengalah mencari kesalahanya. Ini adalah salah satu sikap Diana yang paling dibenci oleh Tengku Farid. Diana memamg pandai memutar belit dan akan berusha sedaya yang boleh untuk mencapai apa yang dihajatinya, pada pandangan mata Tengku Farid, Diana memang tidak pernah berubah. Dia harus berhati-hati.

“Diana…kenapa you cepat sangat lupa..baru enam bulan peristiwa tu, walaupun I tak pernah terkilan ataupun berdendam dengan you, tapi peristiwa itu masih segar lagi dalam ingatan I ni... I tak boleh nak lupa. Seingat I, I tak pernah buang you, you sendiri yang memintanya Diana...tak sabar-sabar you minta dari I, bukan satu malah tiga sekali, jelas sekali you memang tak mahu hidup bersama dengan I lagi. You juga yang kata you dah bosan hidup dengan I”.

“Ohh..jadi you dendamlah dengan I ni”.

“Kan I dah cakap tadi, I tak pernah dendam dengan you. I dah anggap you seperti kawan I saja sekarang. Lagi pun banyak lagi yang minat dengan you, you tak akan susah untuk mencari pengganti I. Macam kata mommy you.. Johan teman sepermainan you tu masih menunggu, kahwin saja dengan dia.  Kalau sampai sekarang ni dia sanggup tunggu you, tentu hebat cinta dia pada you. I doakan you bahagia dengan dia.” terkedu Diana bila bekas suaminya menyebut nama Johan sebagai pengganti dirinya, Diana hanya tertunduk memandang hujung kakinya. Ketika itu Nur Jannah muncul di ruang tamu sambil mendukung Arief dan membawa bersamanya tilam kecil.

“Bang tolong letakkan tilam ni, kemudian tepuk belakang Arief ni ya..dia dah menyusu, Jannah nak susukan Aisyah pula lepas tu baru nak mandikan Arief.” sambil Jannah menghulurkan tilam kecil dan kemudian Arief ke tangan suaminya.

Bila Arief di tangan Tengku Farid, Tengku Farid menghulurkan pula kepada Diana.

“Nah you cuba tepuk pula anak you ni.”

“Tak apalah Farid, you sajalah yang tepuk, lepas ni I nak pergi satu lagi tempat.. nanti dia kencingkan I pula”.

“You ni kan Diana tak pernah berubah rupanya, tak kan dengan kencing anak you pun you takut, Arief ni anak you apa salahnya you pegang.” Tengku Farid mendukung anaknya sambil menepuk-nepuk belakang anaknya perlahan-lahan, sehingga sendawa sambil memandang wajah Diana, terdetik juga dihatinya tidak adakah rasa kasih ibu dibenak Diana terhadap anaknya sendiri. Kemudian dia meletakkan anaknya di tilam yang telah disediakan tadi.

Diana menghampiri sambil menunduk memandang anaknya, dia sudah duduk bertimpuh di lantai. Bahagian dadanya terbuka luas apabila dia menunduk mempamirkan setengah payu daranya yang putih gebu.  Itu juga adalah sebahagian dari lakonan Diana untuk menggoda bekas suaminya. Terdetik didalam hati Tengku Farid..’Diana memang tidak ada rasa malu dan suka mempamirkan rahsia wanitanya kepada orang lain’. Walau dia adalah bekas suaminya tetapi mereka sudah tidak ada ikatan lagi ..tidak sepatutnya dia menunjukkan rahsia itu kepadanya..Bagi Tengku Farid naluri lelakinya tidak tergoda langsung dengan tayangan percuma itu.

“Anak kita ni macam muka youlah Farid.” Diana mendongak memandag wajah suaminya. Yang duduk di sofa bertentangan dari tempat dia bertimpuh, bekas suaminya hanya tersenyum tampa menjawab kata-kata Diana.Tiba-tiba Arief merengek-rengek.

“You tengukkanlah mungkin lampin dia basah atau pun dia buang air besar, nah ni pempes dan tissu basah dia tukarkanlah.” sengaja Tengku Farid berkata begitu untuk melihat riaksi Diana, sambil menghulurkan sekeping lampin pakai buang  dan sebekas tisu basah untuk membersihkan punggung anaknya kepada Diana.

“Ehh..you nikan saja nak kenakan I pulak”.

“Youkan mama dia, apa salahnya kalau you tolong bersihkan sekali, sebagai tanda kasih sayang you untuk anak yang you lahirkan. You tahu tak.. Arief dulu tu manangis kerana perutnya tak tahan dengan susu berfomula yang kita bagi, kalau you susukan dia dulu tentu masaalah macam tu tak timbul, dia menangis siang malam, kerana perutnya sakit tapi kita tak tahu. Sekarang ni Jannah susukan dia dengan susu badan, dia tak pernah lagi meragam.” Tengku Farid berkata dengan nada kesal, kesal sakit anaknya mungkin dapat diatasi, jika Diana ibu yang pengasih dan prihatin.

“You tak tahu Farid kalau anak menyusu badan nanti badan kita jadi tak cantik lagi..I Tak mahu tanggung risiko macam tu.” Ketika itu anaknya rengekkan anaknya semakin menjadi tangis pula.

“Cepatlah Diana tukarkan lampinnya..I rasa dia buang air besar tu...Arief ni pembersih tau kalau dia buang air besar dia nak cepat kita tukarkan lampinnya kalau tidak dia akan menjerit”.

“Dahlah Farid, malas I nak dengar, I nak balik ni dah lambat nanti dia orang tunggu.” bingkas bangun Diana dari tempat duduknya, tampa mahu dia mencium anaknya atau mendukung anaknya. Tiada langsung rasa kasih ibu di hati Diana. Tengku Farid hanya mampu mengelengkan kepalanya melihat Diana sudah menuju pintu utama untuk balik.. tidak lagi menoleh ke belakang walaupun dia mendengar anaknya sudah mula menangis. Sebenarnya Diana belum bersedia lagi untuk menjadi ibu..tetapi kerana niatnya hanya untuk memerangkap Tengku Farid dia meneruskan kehamilanya, itulah niat Diana sebenarnya.

Cepat-cepat Nur Jannah keluar dari bilik setelah menyusukan anaknya Aisyah  bila mendengar Arief menangis.

“Kenapa anak ibu ni.. buang air agaknya itu yang menangis tu..kejap ye... Arief terus mandi ye..nanti mama Arief nak sayang malu aja anak ibu busuk...” NurJannah menghulur Aisyah supaya suaminya menepuk belakang Aisyah pula.

“Mana Diana bang, Aisyah  baru habis menyusu, abang tolong tengukkan Aisyah, Jannah nak mandikan Arief dulu...” Soalan Nur Jannah tidak dijawab oleh Tengku Farid dia hanya tersenyum sambil menyambut huluran tangan isterinya, untuk menepuk belakang Aisyah hingga sendawa.

“Ohh. Arief dah eekek..ya (untuk bahasa Jannah dan Farid termasuk nenek dan atuknya Eek.ek bermaksud  buang air besar) kata Jannah sambil membersihkan punggung anaknya tampa rasa jijik. Tengku Farid hanya memandang. Dalam hatinya berkata-kata, kelebihan Nur Jannah terlalu banyak. Dia tidak akan mencari pesaing untuk menyaingi kasih sayangnya kepada Nur Jannah. Dia terus memerhatikan sahaja perlakuan isterinya tampa berniat  menjawab pertayaannya berkenaan Diana tadi.