Tiba-tiba Maisarah teringatkan Syukri di
Kuala Lumpur. Sarah sangat mengharapkan Syukri dapat membantunya. Lagipun jika
diKuala Lumpur peluang pekerjaan lebih mudah didapati. Dia mengambil bas
keKuala Lumpu tengahahri itu. Syukri dan Maisarah merupakan kenalan lama. Malah
mereka pernah berkasihan sewaktu mereka sama-sama menuntut di sebuah kolej di
utara tanah air dulu. Tetapi kasih mereka tidak kesampaian kerana halangan dari
emak Maisarah sendiri. Tapi Maisarah memang tiada pilihan hanya Syukri tempat
dia bergantung harap sekarang ini.
Selepas Syukri tamat pengajian dan mendapat diploma pengurusan
perniagaan dia pulang kekampung halamanya diPengkalan Hulu Grid Perak. Untuk
tidak membuang masa, sebelum dia mendapat pekerjaan ditempat lain dengan
kelulusanya, Syukri bekerja dibengkel abangnya.Pendapatan agak banyak juga
kerana bengkel abangnya memang menjadi tumpuan kerana perhidmatan yang beri
sangat memuaskan hati pelanggan. Tidak disangka bila sudah ada pekerjaan dan
ada duit sendiri, perasaan ingin memiliki Maisarah begitu membuak-buak. Dia amat yakin rezekinya akan datang mencurah
bila Maisarah ada sebagai penguat semangat. Dengan adanya Maisarah nanti tentu dia kan mencari
rezeki bersungguh-sungguh. Maka hasrat itu disampaikan kepada emaknya.
“Mak! Syukri
rasa Syukri nak kahwinlah mak”.
“Ehh kamu ni
Syukri kerja pun belum dapat lagi dah nak kahwin, macam mana kamu nak bagi
makan anak orang nanti”.
“Alah mak,
Syukri yakin tak lama lagi Syukri dapatlah kerja, Syukri dah banya isi borong
permohonan. Dalam Internet pun dah memohon. Mak jangan bimbang tentang kerja
Syukri”.
“Orang mana
yang kamu nak ni”.
“Gemencih
Negeri Sembilan”
“Ehh jauhnya
macam mana kamu kenal dia?”.
“Dulukan
ayah bertugas kat sana..masa tingkatan lima dia ditingkatan empat masa tulah
kami berkenalan. Lepas tu dia belajar sama dengan Syukri kat kolej..Syukri
memang betul-betul suka kat dial ah mak..kalau lambat nanti dia kena sambar kat
orang. Syukri kalau dengan orang lain..rasa tak ada hatilah lah mak”.
“Kamu dah
ada duit ke Syukri..mak memang tak ada duit. Ada duit sikit nak simpan kalau
adik kamu yang dua ornag lagi tu nak pakai nanti untuk sekolah diaorang. Duit
pencen arwah ayah kamu untuk kita makan pun cukup-cukup saja. Lagi pun Syukri kalau kita nak kahwin jangan
pakai duit yang kita hutang atau pinjam bank. Perkahwianan kita tak berkat
nanti.” Panjag lebar puan Noriza
berceramah untuk anaknya uang sudah mahu mencari teman hidup.
“Syukri ada
duit simpan, duit biasiswa Syukri dulu Syukri jimat-jimat campur duit gaji yang
abang bagi adalah Lima ribu. Rasanya cukuplah untuk Syukri nak bertunang dulu, Syukri
hanya nak ada ikatan saja dengan Sarah supaya dia yakin Syukri betul-betul nak
dia mak. Nak kahwin nanti Syukri kumpul lain lah.”
Hendak tak hendak Puan Noriza terpaksa juga menuruti kemahuan
anaknya yang bersungguh. Dihatinya takut juga kalau sigadis yang diingini oleh
Syukri disambar orang, menyebabkan
Syukri tawar hati untuk mencari pasangan
sepanjang hidupnya kerana kecewa. Walaupun ketika itu pegangan hidup anaknya
hanya mampu untuk menampung dirinya sendiri. Kerana kasih ibu Puan Noriza
mengikuti kehendak anak keduanya. Dari Pengkalan Hulu Grid Perak dia keGemecih
merisik Maisarah itulah nama gadis yang diigini oelh Syukri.
Mengharapkan mereka akan sampai awal, selepas subuh mereka
bertolak dengan menaiki pacuan empat roda anak sulongnya. Perjalanan dijangka
memakan masa selama tujuh hingga lapan jam dengan kelajuan sederhana. Syukri
dan abang berganti memandu. Mereka membawa bersama pakcik dan isteri pakcinya
sebelah arwah ayahnya.
“Sahak Nab elok kita rehat kat sini sekejap, akak rasa nak
terus kerumah siSarah tu. Cepat kita selesai urusan Syukri cepatlah kita
balik”.
“Ialah kak saya setuju kalau lama nanti kita nak tidur kat mana
pula. Kalau nak sewa hotel Syukri nak keluar
duit lagi. Baik duit digunakan untuk mereka nak bertunang. Ingat Syukri
bertunang pun banyak nak guna duit. Tak kan kita-kita saja yang nak hantar kamu
tu sekurang-kurang tiga kereta nanti. Cari duit nak beli barang hantaran dan
duit minyak kereta yang nak hantar kamu nanti.” Puan Noriza sangat bersyukur
dengan adik ipar yang sangat memahami keadaan dirinya.
“Baiklah Pak De,Syukri akan ushakan bersungguh-sungguh”.
Penuh semagat Syukri menyatan kesungguhanya. Pak De membawa maksud Pak Uda.
Ketika mereka sampai disebuah kawasan rehat yang berhampiran Negeri Sembilan jam
pukul dua petang, mereka berpakat untuk berhenti merehatkan badan dan bersolat.
Setelah bersolat Jammak Zohor dan Asar mereka berihat hamper sejam. Sempat
juga merebahkan diri dan melelapkan mata sepicing untuk
menghilangkan penat. Kemudian mereka menyambung perjalan hingga keGemencih.
Mereka sepakat untuk terus sahaja kerumah yang dituju demi untuk menjimatkan
kos, memandangkan Syukri tidak mempunyai peruntukkan yang cukup.
Petang mereka sampai dihalaman rumah
yang dituju. Keadaan sunyi sahaja, walaupun kedatangan mereka telah diberitahu
seminggu sebelum mereka datang.
“Syukri
betul ke ini rumahnya, macam tak ada apa-apa pun. Tak ada orang kah?”.
“Betul mak
Syukri pernah datang rumah Sarah dulu sebelum kita pindah kekampung kita”.
Syukri melaung memberi salam. Salamnya disambut oleh suara
seorang perempuan, terjengul wajah Sarah dimuka pintu. Mereka dipersilakan
masuk namun kedatangan mereka disambut dengan suasan yang sungguh dingin.
Nampak benar kedatangan mereka tidak dialu-alukan. Hanya Puan Salmiah ibu
kepada Sarah yang ada. Dari raut muka Puan Salmiah dan hidangan yang
dihidangkan yaitu air kopi dan biskut kering untuk tetamu dari Pengkalan Hulu,
mereka sudah boleh tahu jawapanya. Tetapi untuk memastikan dan memuaskan hati, mereka
cuba juga menyampaikan hasrat hati Syukri.
“Kami datang
dari jauh ni membawa hajat yang besar anak teruna kedua kami, boleh kita
bincangkabn sekarang”. Pakcik Syukri memulakan
bicara apa yang mereka hajatkan. Ketika
itu Syukri sudah disuruh keluar dan duduk dikereta sepanjang perbincangan itu
berjalan.
“Rasanya
saya dah tahu apa yang awak semua hajatkan. Sarah dah bagitahu minggu lepas
lagi. Ingatkan tak jadi datang. Sarah tak bagi tahu Syukri ke tentang jawapan
saya?”.
“Tak pula..”
“Kalau macam
tu untuk tidak membuag masa, saya jelaskan. Saya memang tak setuju Sarah
kahwin. Sebab pertama dia baru nak masuk 23 tahun muda sangat lagi, dia nak
sambug belajar kalau boleh sampai peringkat master. Lagipun Sarah bagitahu
Syukri belum ada lagi kerja tetap, jadi macam mana Syukri nak tanggung Sarah nanti. Saya tak mahu anak
saya hidup susah kalau bersuamikan Syukri”. Ketika itu Sarah meluru kearah
ibunya.
“Mak
janganlah cakap macam tu, Sarah memang sanggup hidup dengan Syukri dalam apa
keadaan sekali pun”. Sarah memegang bahu ibunya dengan pandangan sayu.
Dia malu
ibunya berbahasa kasar dihadapan emak Syukri yang datang dari jauh. Tapi memang
itu sikap emak Sarah Puan Salmiah. Dia merupakan anak tunggal. Kata-katanya
kasar dan tidak pernah memperdulikan perasaan orang lain. Itulah sebabnya dia
tidak disukai oleh keluarga sebelah arwah suaminya. Dia terpaksa berpindah dari
Mantin keGemencih setelah enam bulan suaminya
meninggal dunia kerana ipar duai dan emak mertuanya tidak menyukai dirinya.
“Sarah kamu
tu tak tahu apa-apa lagi tentang hidup ni. Kalau sekadar rasa cinta saja tak
kemana nanti. Takut-takut kalau Syukri susah nanti dia suruh kamu jual badan pulak untuk
makan kamu berdua..kamu nak ke jadi
macam tu, dikudakan oleh suami, dia pula akan senang lenang makan hasil kamu.
Hee mak tak sanggup nak fikir.”
“Puan
Salmiah kami tak akan menganiaya menantu sendiri, kami tak akan membiar perkara
terkutuk itu terjadi. Anak kami dah diajar macam mana nak bertanggung jawap”.
“Masa belum
terjadi saya kena beringat. Terus terang
saya katakan sampai bila-bila pun saya tak izinkan anak saya kahwin dengan
Syukri dan sampai bila-bila pun saya tak rela anak saya mengndungkan cucu awak.
Takut nanti keturunan awak akan menghabiskan harta saya yang tak seberapa ni”.
“Kalau macam
ni gayanya sampai disini sajalah perbincangan kita. Kita pun dah nampak jawapan
yang puan bagi jadi kami minta diri dululah ye” Cepat sahaja pakcik Syukri
menutup perbincangan yang sangat menyakitkan hati. Puan Noriza sudah terketar
bibirnya kerana terlalu geram mendengar jawapan emak Sarah sebentar tadi. Sarah
diambang pintu bilik hanya memandang sedeh tetamu dari Pengkalan Hulu beransur
pergi.
Sebenarnya mereka tidak menyangka Syukri akan ditolak mentah-mentah
dengan kata-kata yang sangat menyakitkan hati . Walaupun alasan Syukri belum
ada pekerjaan tetap tapi jangalah sampai mengatakan dia menyuruh isterinya
menjual diri untuk mereka makan berdua. Entahlah mungkin melihat orang yang datang
begitu tidak berkemampuan dimata puan Salmiah maka bahasa yang keluar tidak
dapat ditrerima oleh orang mempunyai maruah seperti puan Noriza. Hatinya
terhiris pilu. Dia kembali dengan perasaan hampa dan sangat terluka. Masuk
sahaja Puan Noriz kedalam kereta dia menghamburkan air matanya tampa dapat ditahan
lagi.
“Syukri!!
Sarah tak cakap dengan kamu ke yang emaknya memang tak nak terima kamu. Kalau
macam ni jadinya baik kita tak payah dating, dahlah duit kamu habis kat jalan
dia menghina kita lagi. Buat penat badan dan buang duit saja datang tak berfaedah
macam ni. Lain kali bincang betul-betul kalau dah memang jawapan emak setuju, baru suruh emak kamu datang. Jadi
kita tak lah hampa dan terhina macam ni.” Soal pakciknya didalam kereta. Syukri
hanya tercengang-cengang dia tidak tahu hujung dan pangkal perbicaraan mereka
tadi. Tapi Nampak gaya emaknya dia sudah dapat menjangkakan.
“Syukri kalau kamu dah hidup senang dan dah
ada pendapatan berjuta-juta sekali pun, emak
tidak akan sekali-kali pergi meminag Maisarah sekali lagi Syukri. Jadi lupakanlah Maisarah, cari lah
gadis lain yang lebih sesuai untuk kamu Syukri, yang setaraf dengan kita. Emak Sarah
tak suka dan tak merelakan kamu kahwin dengan anaknya sampai bila-bila pun”.
Syukri hanya memandang emaknya yang sudah berjejeran air matanya ketika dia
menuturkan ayat itu. Dia tahu hati emaknya sangat terluka dengan kata-kata emak
Maisarah.
Bila melihat keadaan dan mendengar
kata-kata emaknya, Syukri akur dia akan melupakan Maisarah. Dia akan mencari
gadis lain untuk mengisi kekosongan hatinya. Sejak itu dia sudah cuba melupakan
Maisarah. Pada Syukri dia lebih pentingkan emaknya dari kekasih. Biarlah
kekasih hilang satu boleh dicari ganti, kalau emak ..bagaimankah dia mahu
mencari ganti emak.
Saya kembali baca bab ni nak ingat balik penghinaan mak sarah dulu. Sarah ni memang bengong la, menyusahkan orang. Memang patut kalau mak Syukri tak boleh terima dia.
ReplyDelete