~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Monday 9 November 2015

74 Nur Hidayah





Memng benar Johan Hamdi merasa lega bila mommy sudah dijaga oleh papanya.  Dalam  waktu terdekat azamnya hanya satu mahu mengumpul seberapa banyak wang, untuk bekalan masa hadapan nya bersama  Nur Hidayah. Tikadnya hanya satu, mahu serumah kembali dengan isteri yang bernama Nur Hidayah binti Abdullah. Petang itu sehabis waktu kerjanya dia bergesa kehotel kepunyaan Tengku Faizal. Tujuan hanya satu mahu memandang bekas isteri pulang dari kerja. Sedang dia terhendap-hendap di celahan kereta yang dipakir di tempat pakir bahunya ditepuk orang dari belakang. Dia menoleh..

“Ehh you,  ingatkan siapa tadi..Kenapa you pakai helmet?.” Beberapa saat  orang yang menepuk bahunya memandang kearahnya bila tersedar, soalan dia syaki yang keluar berbaur curiga ...

“Apa tujuan you sebenarnya. You ada niat tak baik ke pada atuk atau adik I?. sampai you berhelmet bagai ni?”. .’Ahh dah sudah kalau direpot kebalai tentu dia ditahan dan disoal siasaat' itu yang terdetik dihati Johan Hamdi.

Hairan Tengku Farid melihat Johan Hamdi yang terhendap-henbdap dan memakai helmet. Dia tahu dari pandangan matanya tadi Dr Johan memandang kearah datuk  dan adiknya yang masuk kedalam kereta. Pada mulanya dia tidak menyangka orang yang sedang memerhati datuk dan adiknya adalah Dr Johan, itu sebabnya dia mendekati untuk mengenalpasti.

“Apa tujuan you terhendp-hendap kat sini, you nak apa-apakan Hidayah ke?”. Sekali lagi soalan berbaur curiganya menerjah gegendang telinga Johan Hamdi, namun kepalanya juga sedang  sebuk mencari alasan untuk diberi, itulah biar pun berderet-deret soalan yang ditujukan kepadanya dia hanya membisu dan menundukan kepalanya.

“Cuba terangkan pada I apa tujuan you sebenarnya…kenapa dengan you...you nak apa-apakan Hidayah atau atuk I”. Makin banyak pula prsangka yang timbul dikepala Tengku Farid bila Dr. Johan tidak menjawab soalanya.

“Saya tak ada tuajuan apa pun, hanya nak pandang sahaja..oklah saya balik dulu”. Rasa pijar wajahnya bila tingkahnya sudah kedapatan oleh Tengku Farid.  Rasanya mahu dia menyembunyikan wajahnya didalam baju. Sungguh malang nasib nya hari itu bila terserempak dengan orang yang mengenali dirinya. Bukan sekali itu dia mengintip Nur Hidayah tapi entah mengapa hari itu intipanya terkantoi dengan bekas abang iparnya pula.

“Kiranya you rindu lah ni. I sebetulnya kesian dengan adik I tu. Dia rindukan suaminya tapi orang yang dia rindu macam tak pedulikan dia, jenguk tidak, call pun tidak…janganlah buat adik I macam tu. I geram sangat dengan you, masa tak ada sesiapa disamping you,  you pujuk dia jadi isteri, bila dia dah sayang you, you tinggalkan dia sendirian. I tahu cinta pertama tak akan sama dengan cinta yang selepas itu...tapi cuba you cuba bayangkan jika you ditempat dia..apa yang you rasa agaknya. ”. Johan Hamdi hanya menunduk mendengar kata-kata Tengku Farid..hatinya juga terhiris mendengar kisah kasihsayang dari bibir Tengku Farid. Walaupun tidak benar apa yang diperkatakan oleh bekas iparnyanya tentang ‘cinta pertamanya’  namun untuk membalas, dia tidak mahu jadi berlama disitu.. Bila Johan Hamdi mula melangkah tanganya dicapai oleh Tengku Farid.

“Jomlah jumpa Dayah kejap. Dia memang rindukan you”. Dr Johan memandang keanak mata Tengku Farid.

“I tak nak paksa you, tapi bertimbangrasalah sikit..kesiankanlah kat adik I tu. Dia masih sayangkan you Johan..atau you takut kalau isteri you tahu perjumpaan  ini”.

“Untuk pengetahuan Tengku..saya dah tak ada kaitan dengan bekas isteri pertama saya tu sekarang. Hanya.. pada saya rasa tak wajar saya berjumpa dengan Hidayah sekarang.. ”.

“Apa yang tak wajarnya. Apa pun alasan you..you tak nak jumpa dia lagi atau you nak suruh dia lupakan you.. you cakaplah  dengan dia terus terang, jadi dia taklah mengharap you lagi…jom”. Bila ditoleh kearah kereta Tengku Faizal jelas kereta nya sudah berlalu pergi.

“Atuk dengan Dayah dah pergi Jo..Jomlah pergi rumah atuk... jumpa Dayah sekejap pun jadilah”.  Rayu Tengku Farid bagi pihak adiknya,  namun kelihatan Johan seperti keberatan.

“Kenapa??..ada masaalah pada you ke”.

“Saya rasa malu pula nak jompa dengan atuk”.

“Apa pula nak malu..atuk faham..dia pun manusia macam kita.” Tengku Farid menarik tangan Dr Johan menuju kekeretanya lalu dibukakan pintu disebelah penumpang. Tidak  keras mana penolakkan Johan dia mengikuti langkah Tengku Farid.

“Masuklah.. Helmet ni bukalah. Macam tak kena pula naik kereta pakai helmet..kereta I bukan kereta lumba”. Tengku Farid cuba berleluncun untuk mengendurkan ketegangan diwajah Johan yang kantoi megendap bekas isterinnya. Didalam kereta Joan hanya mendiamkan diri. Satu ditanya saru juga dijawab..yang sebebarnya dalam hatinya berkira-kira apakan yang mahu dijawab bila keluarga Nur Hidayah bertanya nanti. Tidak lama perjalanan yang dirasa oleh Dr Johan dek hatinya yang berdebar sakan.

Mendengar ada kereta berhenti di hadapan rumah cepat sahaja Tengku Faizal menjenguk..detik hati macam kereta Farid mengapa pula cucunya itu singgah kerumahnya pula. Ya memang benar apa yang terdetik dihati. Dia memandang dari ambang pintu cucunya kelaur dari kereta yang menjadikan dirinya lagi terpegun bila melihat orang yang keluar dari pintu penumpang kereta cucunya.

“Asalamualaikum tuk”.

“Walaikumsalam masuk Farid..masuk Johan. Ada hal apa you singgah rumah atuk ni. You dah bagi tahu Jannah  you singgah sini..nanti tertunggu pula anak-anak you kat rumah mana ayah dia lambat balik pula..”. Sambil berjalan masuk mengiringi cucu dan cucu menantunya riuh mulut Tengku Faizal bertanya itu ini… Tengku Faizal tahu kepulangan Tengku Farid biasanya akan ditunggu oleh semua warga rumahnya terutama anak-anaknya yang sudah ada empat orang. ‘ Ayah balik.. ayah balik’ itulah nyanyian ceria  anak-anak nya bila mendengar deruan kereta ayahnya memasuki pintu pagar. Bahagia itulah gambaran kehidupan cucunya sekarang.

“Farid mendulukan orang yang tengah rindu-rinduan ni tuk...Dayah kat mana atuk”. Makin tunduk Dr Johan untuk menyembunyikan wajahnya bila mendengar komentar dari Tengku Farid..semestinya ia ditujukan kepadanya. Malu itulah yang dirasa..

“Ada kat dapur tu..tengah isi perut..dia kata dia tengah lapar sangat. Hari ni dia makan tauhu..tapi tauhu mentah Farid. Bibik nak goreng dia tak mahu dia hanya rendam dengan air panas nak matikan kuman katanya”. Ha..ha ha Tengku Faizal mentertawakan kerenah cucu permpuannya..

“Macam..macam Dayah ni..masuklah Jo bukan ada siapa pun.. haa tu Dayah”. Sudah lama Nur Hidayah menghentikan kunyahanya bila mendengar nama Johan disebut oleh Tengku Faizal tadi. Dia memandang kearah pintu untuk memastikan pendengaran telinganya benar. Bila mata bertentang mata makin luas ngangaan mulutnya..Rindu yang berkampung dihatinya telerai satu demi satu. Tidak berkelip Nur Hidayah memandang Johan yang terberhenti dan berdiri di ambang pintu dapur. Rasa mahu Nur Hidayah bangun dan berlari mendakap orang yang sangat dirindui. Namun hasrat hatinya tertahan bila melihat Johan hanya pegun memandang kearah dirinya. Breberapa saat keadaan menjadi sunyi…bila suara Tengku Faizal memecah kebisuan suasana mereka.

“Kata Johan rindu pergilah cakap-cakap dengan Dayah tu.. Dayah pun sama, tak nampak kata rindu.. tapi bila dah ada kat depan mata kenapa diam sahaja”. Mendengar suara datuknya mengembalikan Nur Hidayah kealam nyata. Air matanya berkejaran mahu keluar dari tubir matanya.Cepat dia bangun…

“Oklah Dayah dah kenyang.. Dayah nak naik dulu”. Dia mahu segera berlalu mahu menyembunyikan air matanya yang sudah mahu gugur. Dek kerana laju dia bangun mahu menuju keanak tangga kakinya tersadung dengan  jubbahnya sendiri  yang agak merelet sedikit kainya. Cepat sahaja Tengku Faizal dan Tengku Farid menerpa kearahnya.

“Baik-baiklah Dayaah… kalau berjalan tenguk bawah nanti jatuh susah”. Dua suara lelaki yang sangat mengambil berat dirinya bersuara. Nur Hidayah tidak membalas kata, terus sahaja kakinya mendaki anak tangga. Hilang sahaja bayangan Nur Hidayah di balik tangga terus sahaja Tengku Faizal bertanya.

“Johan You tak nak rujuk pada Hidayah semula ke?”.

“Bukan tak nak rujuk tapi untuk masa terdekat ni rasanya saya tak nak mempu menjaga Hidayah sebaik datuk dan Tengku Farid menjaga dia. Saya takut Hidayah akan kesusahan dalam jagaan saya”. Dengan suara lirih Johan menjawab kerana itulah yang ada difikiranya.. bukan dia tidak mahu tetapi dia takut menyusahkan kehidupan Nur Hidayah kelak.

“Apa pula Johan cakap macam ni..memang kami akan jaga Dayah sebaik mungkin sebab dia ahli keluarga kami..tapi kami jaga Dayah ada hadnya..had kami  menjaganya hanya sampai di hadapan pintu bilik sahaja. Johan atuk dah lama hidup dan tahu sangat apa yang diperlukan oleh seorang isteri.. jagaan seorang suami ni lain dari  jagaan ahli keluarga. Bagi seorang isteri jagaan seorang suamilah yang sangat diharapkan biar pun kami jaga dia  seperti menatang minyak yang penuh. Fikir cakap atuk ni.”

“Masih sudi kah agaknya Hidayah menerima saya menjadi suami bila dia tahu  keadaan saya yang macam ni..tuk”.

“Keadaan you kenapa?? I tenguk you ok sahaja, tak cacat tak cedera apa pun atau you dah kena penyakit yang tak boleh I nampak..lagi pun sudi tak sudi you masih suami dia, nak buat macam mana..dia terpaksa juga terima baik buruk you..”.

“Saya masih suami dia ke tuk? rasanya waktu eddah kami dah dua minggu berlalu.. untuk menjadi kan saya suaminya kembali kami kena nikah semula kan?”.

“You masih suami dia Johan..waktu edahnya tamat sampai kering darah nifasnya nanti”. Johan jadi terpinga-pinga, dia tidak dapat memastikan apa maksud yang diperkatakan oleh Tengku Faizal. Bila melihat Johan hanya terkebil-kebil tidak faham Tengku Faizal menyambung ceritanya.

“Dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka itu ialah sampai mereka melahirkan kandungannya.” (QS. Ath Tholaq: 4). http://rumaysho.com/3084-risalah-talak-15-masa-iddah-bagi-wanita-yang-ditalak.html

“You tahu tak kenapa kami jaga Hidayah jangan sampai jatuh ..” Juga tidak berjawap soalan yang ditujukan kepadanya.. sebab sememangnya Johan tidak faham.

“Johan! Buat masa ni Hidayah tengah tak lalu nak makan sebab alahan mengandung  dia…jadi badannya lemah kalau tak berjaga dia boleh jatuh terjelepuk sebab lututnya selalu mengigil lapar katanya..” Bila sampai keayat itu Johan terus memintas kata-kata Tengku Faizal

“Jadi saya masih suami dia ye tuk..Allahamdullliah. Boleh saya naik tuk..”. Wajahnya yang muram tadi jadi ceria..

“Faham pun dia(dengan suara perlahan)… Tentulah boleh youkan masih suami dia”. Tampa berlengah Johan mendaki dua anak tangga untuk cepat sampai kebilik pengantin mereka setahun yang lalu. Sampai sahaja dimuka pintu terus sahaja dia meghetuk pintu..biar pun tiada jawapan yang kendengaran dari dalam bilik namun Johan terus sahaja membuka pintu bilik yang tidak berkunci. Dilihat Nur Hidayah baring diatas katil dengan menekup muka nya dengan bantal.

Bagi mengelakkan suara tangisan kedengaran oleh orang diluar bilik Nur Hidayah menekup mukanya dengan bantal. Bila mendengar pintu bilik dibuka dan ada seseorang duduk dibirai katilnya sangkanya nenek Tengku  Faridahnya datang mahu memujuk. Terus sahaja dia meluahkan rasa yang berbuku didalam hatinya.

“Sampai hati abang Johan buat Dayah macam ni nek..Dia rindu boleh dia intai Dayah pandanag dari jauh . Dayah yang rindu ni tak pernah pula difikirkan. Dia pandai nak intai kalau dia rindu. Dayah ni nak intai dia tapi tak tahu kat mana Dayah nak intai dia.. .. Dia ingat dia sahaja yang ada perasaan rindu.. Dayah ni tunggul yang tak ada perasaan. Dahlah tu lama dia tak call Dayah nek ..Dayah nak call takut pula isterinya marah dia. Sepatutnya dialah yang call Dayah..”.Makin menjadi tangisan Hidayah bila dia meluahkan rasa hati..Sedeh juga mendengar luahan hati isteri yang kerinduan padanya..sememang dia tidak terfikir yang Hidayah juga rindu padanya.


“Dayaah abang minta maaf sebab hanya fikirkan perasaan abang sahaja. Abang tak terfikir rindu Dayah pada abang abang minta maaf ye”. Mendengar bukan suara neneknya bingkas bangun Hidayah dari baringnya. Rambutnya yang berserabai dirangkum lalu didisiputnya..Dia mengengsut duduk menyandar dikepala katil.

“Abang datang sini isteri abang tahu tak?..jangan sampai abang bergaduh  dengan dia sebab Dayah..Dayah tak mahu bertanggung jawab”. Keras sahaja suara Nur Hidayah memberi peringatan hati tengah marahlah katakan.

“Yang sebenarnya lafaz cerai abang untuk dia  dulu tu memang sah dari sejak abang lafaz.. walaupun bukan dipejabat ugama abang lafazkan dan abang tak kirim surat cerai untuk dia dulu tapi lafaz tu memang sah..kami memang dah bercerai. Sekarang ni masaalah kami dah selesai dah. Dia  pun dah dua bulan balik Melaka rumah mommy  dia”.

“Kalau macam tu memang abang dah tak mahu Dayah duduk dengan abang ye”.

“Dari sejak kita nikah abang tak pernah terfikir kita duduk berpisah-pisah macam ni. Tapi sejak dia datang menyebabkan abang tak mampu nak mengelak dari menjauhkan diri dari Dayah. Yang sebenarnya sejak kita berpisah abang selalu tenguk Dayah dari jauh..abang tenguk Dayah gembira duduk dalam jagaan atuk.. jadi abang takut untuk menarik semula Dayah dalam kehidupan abang yang serba kurang Dayah. Dayah nak tahu abang sekarang dah tak ada apa. Kereta abang pun dah tak ada. Dia tuntut kereta tu sebagai harta sepencarian. Duit simpanan abang pun dah habis jadi abang tak ada apa-apa lagi Dayah.. abang hanya nak harapkan duit gaji sahaja…”.

“Kalau dengan adanya Dayah disisi abang, akan menyusahkan abang . Dayah redha  hidup bersama atuk dan nenek kat sini.. Dayah tak mengharap lagi abang datang pada Dayah”.

“Betul ke Dayah..Dayah tak mampu nak tempuh  hidup susah dengan abang”.

“Dayah tak cakap, tapi abang yang cakap..Yang Dayah faham dari cakap abang tadi Dayah akan menyusahkan hidup abang..abang terpaksa tanggung makan minum Dayah dengan gaji abang”.

“Abang tak memaksudkan Dayah menyusahkan hidup abang..tapi abang ni dah tak ada apa-apa..duit simpanan tak ada kereta tak ada..yang ada hanya rumah sewa. Sekarang hidup abang hanya bergantung pada duit gaji bulanan abang sahaja”.

“selama Dayah menjadi isteri abang dulu..ada kah abang tanggung Dayah dengan duit lain selain duit gaji abang..dan dulu kita duduk rumah sendiri ke..dulu Dayah tak tahu pun  abang ada banyak duit simpanan..”.

“Taklah macam tu..hanya abang nak sampaikan kalau Dayah duduk dengan abang Dayah akan susah..sanggup ke Dayah bersusah dengan abang”.

“Ialah Dayah faham apa yang abang maksudkan ..kalau abang takut Dayah ni menyusahkan kehidupan abang ..Dayah rela macam ni..hanya Dayah minta, izinkan Dayah intai abang kalau Dayah rindu pada abang”.

“Kenapa pula Dayah nak intai-intai abang..Dayah dah tak sudi ke duduk sebumbung dengan abang lagi”.

“Bukan tak sudi..tapi abang yang takut Dayah akan menyusahkan abangkan”.

“Bukan macam tu maksud abang..Dayaaah abang bukan budak sastera yang pandai bermanis kata..Abang nak sampaikan lain Dayah terima maksud lain pula”..

“Kenapa nak cakap yang manis-manis bang.. cakap sahaja terus terang..jadi taklah orang yang mendengarnya tak salah tafsir..dahlah kita ni pun bukan budak sastera yang boleh mentafsir kata-kata yang berbelit-belit..Dayah ni budak akaun..yang tahu kira duit sahaja..mata pun dah nampak RM sahaja,  mata duitanlah katakan”. 

“Jangan sindir abanglah sayang..Kalau abang nak kita duduk serumah macam dulu Dayah masih sudi tak”.

“Boleh ke kalau Dayah kata tak nak..abang redha ke..Dayah rasa nak cari sugar daddy yang boleh bagi kemewahan pada Dayah..Dayah nak sebijik rumah banglo, nak sebijik kereta besaar dan nak bibik tiga empat orang.”

“Pandai dah Dayah menyindir abang, siapa yang ajar ni. Ni tentu anak abang yang ajar ibunya bermewah-mewah..cakap pun tak serupa orang..”. Dr. Johan duduk menghampiri isterinya lalu tanganya mengusap perut yang sudah kelihatan membukit sedikit.

“Siapa yang cakap dalam ni ada anak abang”. Nur Hidayah menagalihkan tangan Johan Hamdi diperutnya.

“Atuklah cakap..kalau ikut kiraan abang dah empat bulan lebih kandungan Dayah kan”.

“Ia bang tak sangka juga Dayah boleh mengandung..kembar pula tu”.

“Kembar??? Alhamdullilah..mungkin hormone kesuburan yang Dayah makan tu kita dapat anak kembar..tapi keluarga Dayah ada keturunan kembar ke”.

“Rasanya tak ada..Dayah tak pernah dengar mama cerita pasal anak kembar dalam keluarga kami”.

“Kadang-kadang disebabkan hormone yang kita makan menyebabkan ovary kita melepaskan banyak  biji telur dalam satu masa itu yang kita boleh dapat anak kembar..tapi biasanya kembar yang macam ni jadi kembar tak seiras.
1. Kembar seiras berasal dari satu telur yang bersenyawa dengan satu sperma. Mereka akan mempunyai jantina yang sama dan wajah yang serupa.
2. Kembar tidak seiras berasal daripada telur-telur yang disenyawakan oleh sperma yang berbeza. Ia mungkin mempunyai jantina yang berbeza atau sama.”

“Abang suka anak lelaki ke anak perempuan”.

“Dua-dua abang suka..Dayah sudi mengandungkan anak-anak abang pun abang dah bersyukur sangat. Hanya Dayah teruk sikit kalau mengadung anak kembar ni..abang berdoa moga alahan mengandung Dayah berpindah pada abang”.

“Tak apa bang, Dayah sanggup sahaja tanggung  alahan ni, kalau abang selalu ada dengan Dayah”.

“In Syaa Allah Dayah abang akan sentiasa ada dengan Dayah kalau abang tak kerja. Nanti kalau abang off pun, abang akan teman kan Dayah kat hotel atuk tu..Jomlah kita turun mereka tunggu kita kat bawah tu agaknya”. Memang benar apa yang diperkatakan oleh Tengku Faizal jagaan seorang suami yang sangat diharapkan oleh seorang isteri terutama ketika dia sedang berbadan dua. Mudah sahaja mereka berbaik semula. Tiada tudingan jari, tiada pertengkaran dan tiada rajuk-rajukkan yang minta dipujuk. Keduanya dapat menyelami masaalah yang terjadi.