“Mungkin juga. Sebab sampai mama melahirkan Dayah, dia tak
cari mama pun. Mama ditinggalkan dengan segala kerugian. Musnah masa
depan..dihina lagi. (Syarifah Jamilah menunduk, merasakan pedih
hatinya yang terhiris bila membuka sejarah lama tentang dirinya.Kemudian dia
menyambung hikayatnya agar anaknya tahu)
Mana tak rugi.. Kerana kesilapan mama, mama dicemuh rakan sekeliling,
kaum keluarga dan kemudian mama dibuang Universiti, mama dah ditahun tiga masa
tu. Arwah atuk pun meninggalk kerana mama...menangis air mata darah pun tak
guna. Betul kata pepatah terlajak perahu boleh diundur.. terlajak kata boleh
minta maaf, terlajak perbuatan tanggunglah sendiri.. mama sendirian yang menaggungnya
Dayah.Dia hilang tampa khabar berita.”
Nur
Hidayah mendengar cerita mama. Hatinya pedih kini tahulah dirinya mengapa ahli
keluarga dan neneknya tidak menyukai dirinya, rupanya dia anak tidak sah taraf
atau dengan kata lain dia luar nikah. Sungguh sampai hati lelaki yang menyebabkan
dirinya lahir tetapi tidak bertanggung
jawab selepas kelahiranya. Malah membiarkan diri dan mamanya terkontang kanteng
mencari hidup dengan dikelilingi oleh kebencian dan kehinaan kaum keluarga dan
masyarakat. Kini sekali lagi dia diduga, ada seorang lelaki yang baik mahu
menjadi imamanya.. mahu sama berganding bahu dalam susah dan senang, bantu
membantu hidup didunia namun dihalang oleh emaknya kerana status dirinya.
Hinanya menjadi anak tak sah taraf. Nak sebut pun malu. Sememangnya mak longnya
tidak pernah sudi untuk mengutip dirinya sebagai menantu. Dia akur akan
menghindar diri dari Syed Borhan.
“Melihat penerimaan nenek dan
adik-beradik mama masa itu..mama nekad, mama harus kuat mencari kehidupan
sendiri. Kalau mama tak berusha memajukan diri mama, sampai bila-bila mama dan
Dayah akan terus dihina. Mama memohon untuk masuk kekolej kejururawatan swasta..lepas
pantang sahaja mama kuatkan semangat tinggalkan Dayah dengan nenek, mama
belajar dikolej kejurawatan selama tiga tahu. Mama dapat tajaan hospital Pakar
Seremban. Alhamdullilah dengan rezeki Allah, tamat mama belajar, mama terus
kerja diHospital itu. Yang mama fikir masa tu..mama wajib membesarkan Dayah
dengan sempurna. Dengan duit gaji mama kita hidup sekarang Dayah.Sekarang mama
berharap dengan Dayah jangan ulangi kesilapan mama. Padahnya seluruh keluarga
menaggung malu..sengsaranya mama tanggung seumur hidup mama Dayah... sekarang
ni mama nak cari pasangan pun susah,”.
“Tak
ada yang nak kan mama..mamakan cantik”. Sememagnya Syarifah Jamilah
cantik ..secantik erti namanya Jamilah bererti cantik..Hidungnya mancung
matanya bulat, mulut comel, bulu matanya lentik dan berkening tebal.Orangnya
tinggilampai dan bertubuh rincing.Diamemang seorang wanita yang sempurna pada
fizikalnya, tingkahnya juga sopan dan
pertuturanya lemah lembut..tapi entah
dimana silapnya dia tersalah memilih
jalan. Akhirmnya segala kebaikkan pada dirinya
sirna dek perbuatanyanya sendiri.
“Bukan tak ada yang Tanya mama..tapi
bila mama kata mama ada seorang anak luar nikah..hasrat hati mereka jadi
terbantut. Kalau pun ada yang bersungguh-sungguh dan boleh menerima Dayah..tapi
bila sampai kepengetahun keluarga mereka sekali lagi mama ditolak. Tak ada
siapa yang nak terima mama yang dah ternoda ni Dayah.Ingat Dayah dalam hidup ni
kalau dah sekali tersilap dan tergadai maruah memang tak boleh nak undur
balik.Jadi ingat sentiasalah berwaspada junjung maruah di tangga paling
atas.Itu sebab nya Allah mewajibkan setiap wanita berhijab supaya kita dapat
melindungi maruah kita.”
Syarifah
Jamilah mencerita kisah dirinya supaya menjadi pengajaran kepada anak gadisnya
yang sedang meningkat remaja.Dia mengharapkan kesilapan tidak diulangi oleh
anaknya.Bukan sahaja dosa tetapi kehinaan didunia yang diterima. Mampukah
kehinaan itu dihapuskan tetapi seperti MUSTAHIL.Bukan dia sahaja yang dipandang
hina malah anaknya juga menerima kehinaan itu.Syarifah Jamilah sungguh menyesal
dengan kisah lampaunya.
Nur
Hidayah tersedar dari cerita mamanya suatu ketika dulu, bila laungan azan
magrib menerobos masuk ketelinganya. Dia bangun membersihkan diri dan mengambil
wuduk. Selesai solat Magrib dia berdoa panjang memohon pada yang Maha Esa supaya
dapat dia memecahkan kebuntuannya, mencari kerja dan mencari tempat tinggal jauh
dari Seremban. Usai doa pintu biliknya diketuk dari luar. Dia tahu tentu nenek
Enon mengajaknya makan malam bersama dengan lauk yang dibawanya dari rumah mak
cik Nora tadi. Ketika di meja makan ..sambil makan mereka berbual-bual.
“Tadi
ada orang cari Dayah..Nenek cakap Dayah tengah tolong orang masak kat rumah
makcik Nora..ada dia jumpa Dayah kat rumah Nora.”
“Ada
nek..itu mak long Dayah dari Jelebu”.
“Ohh..dia nak ajak Dayah balik ke Jelebu ke”.
“Taak..dia
suruh Dayah pergi jauh dari Seremban, sebab dia tak mahu anak dia jumpa Dayah
lagi. Dia tak mahu Dayah jadi isteri anak dia..kawin sepupu tak elok katanya.”.
“Apa
yang dia suruh Dayah yang pergi pula suruhlah anaknya jangan kacau Dayah. Anak
dia tu lelaki campak dalam hutan pun tak jadi apa.Dayah kan perempuan..dah ada
tempat elok macam ni suruh Dayah keluar pula. Siapa anak dia tu..ada ke pemuda
yang abang sepupu Dayah hari tu”.
“Haah
dialah nama dia Syed Borhan”.
“Ohh
keturunan Syed..jadi emak Dayah Syarifahlah ye..kawin orang biasa tu yang nama Dayah
tak ada Syarifah”.
“Kamu
tak suka ke dengan abang sepupu kamu tu”.
“Suka..
mana tak suka orang nya baik”.
“Ialah
Dayah yang nenek tenguk orangnya dahlah baik kata Dayah kemudian hensom pula
tu”.
“Kawin
sahajalah dengan dia..lepas tu jangan balik kampong..tak kan mak lopng Dayah nak serang
anak dia pula. Seorang ibu ni kalau dah lahir seorang cucu nanti hatinya akan sejuk Dayah. Lama-lama tentu Dayah diterima jadi menantu dia”
“Tak
mau lah nek, Dayah ni dah tak ada mak..kalau Dayah nak kahwin Dayah nak mak
mertua suka Dayah, nanti bersalin ada yang jaga kita dalam pantang. Lagi pun
Dayah nak sayang mak mertua. Kan emak mertua mak kita juga. Kalau balik raya
seronok berkumpul ramai-ramai. Dayah dah lah tak ada adik-beradik. Lagi pun
Dayah nak anak-anak Dayah merasa kasih sayang seorang nenek, nek. Kalau mak long dah tak suka nak terima
Dayah jadi menantu, Dayah tak akan terhegeh-hegeh minta dikasihi. Dayah kena
keluar dari Seremban ni. Sebab abang sepupu Dayah tu memang suka pada Dayah.
Dayah tak mahu kerana Dayah mereka anak-beranak bergaduh. Biarlah Dayah yang pergi.”
“Habis
dia tentu abang sepupu kamu kecewa bila kamu taka da lagi kat sini”.
“Biarlah
dia, dia kacak tentu ramai gadis yang nak dengan dia. Dayah tak nak dia serba
salah antara sayang Dayah dengan sayang ibu dia dan Dayah tak nak dia jadi anak
yang tak dengar kata ibu dia kerana Dayah. Hilang isteri boleh dicari ganti,
hilang emak mana nak cari betul kan nek atuk. Kita hanya ada seorang ibu dalam
dunia ni.”.
“Habis
kamu nak pergi mana?”
“Entahlah
tuk Dayah ni tak ada kawan rapat. Masa kat Universiti dulu Dayah kawan
gitu-gitu sahaja dengan diorang. Dulu kawan sebilik Dayah ambil kursus yang berlainan, jarang dapat dudu sama-sama jadi kami tak rapat sangat”.
"Cuba
kamu cari kerja kat Kuala Lumpur..kat sana tentu banyak keja. Kerja kat
supermarket pun boleh buat sementara, sebagai batu lancatan kata orang tu. Nanti kalau dah
kenal orang barulah Dayah tunjukkan sijil Ijazah akuntan Dayah tu, tentu ada
syarikat yang nak pakai akauntan. Kat sini susah juga nak jadi akauntan kalau
tak ada orang yang kenal”.
“Dayah
ingat macam tu juga, tapi kat Kuala Lumpur tu Dayah tak ada kawan..nak
menumpang sementara”.
“Kalau
Dayah tak kisah, ada sorang kawan surau
atuk katanya anaknya duduk kat Kuala Lumpur. Rasanya anaknya tu belum kahwin
lagi, tentu dia duduk rumah sewa beramai-ramai. Nanti Isyak atuk pergi surau
tanyakan. Dia selalu kesurau dengan
atuk”.Nur Hidayah mengharapkan janji atuk Hakimi. Mencarikannya peluang dirinya
bertapak diKuala Lumpur.
“Anak
siapa atuknya”.
“Anak
Haji Lias..yang pergi haji dengan kita dulu tu. Dia duduk Lorong Kencana 3”.
“Ohh
ialah kita mulanya tak kenal, bila kat Madinah cakap-cakap rupanya mereka satu
taman dengan kita, dia duduk lorong Kencana 3, jalan lurus kebawah bukit, kita
duduk lorong Kencana 5, jalan belok atas bukit. Ehh tahun lepas kita pergi anak
dia kahwin kan”.
“Haah
betullah tu..yang kawin tu anak nya yang sulong. Anak dia ada tiga sahaja, yang
kedua lelaki duduk Serawak pensyarah katanya dah kahwin pun dengan orang Sarawak.
Ini yang bungsu kerja kat KL, katanya anak bungsunya ni kerja kerani di
Jabatan kerajaan.”
“Elok
lah tu bang..nanti kalau murah rezeki Dayah dapat juga kerja dengan kerajaan
Dayah”.
“Amin…terima
kasih nek doakan Dayah murah rezeki”.Selesai makan Haji Hakimi dan Hajjah Enon
bersiap mahu kesurau, mengerjakan solat Isyak berjemaah bersama teman-teman
mereka.
Malam
itu Nur Hidayah duduk diruang tamu
menantikan atuk dan nenek pulang dari
surau taman mereka. Matanya tidak boleh terlelap mengenangkan berita yang bakal
dibawa oleh atuk Hakiminya.
Nur
Hidayah membuka pintu utama bila mendengar sebuah motorsikal berhenti dihadapan
rumah atuknya. Dia tahu pasangan datuk Hakimi dan Hajjah Enon sudah pulang dari
surau. Kemudian kedengaran suara atuk dan nenek berpadu mengucapkan salam.
“Tak
tidur lagi Dayah”.
“Belum
atuk, nenek..nak dengar cerita yang atuk bawa.Ada ke kawan atuk tu di surau
tadi”.
“Ada..dia
kata anaknya mungkin balik hari Sabtu ni..Karang nenek temankan Dayah jumpa
dengan anak Haji Lias tu ye neneknya”.
“Boleh..Dayah
punya pasal nenek mesti boleh punya”.Lapang dada Nur Hidayah mendengar jawapan
datuk dan neneknya.
Setelah
berjumpa dengan anak kawah atuk Hakimi, dia sudi menumpangkan Nur Hidayah
dirumah sewanya sementara dia mendapat kerja. Seminggu sebelum dia ke Kuala
Lumpur Nur Hidyah memberi tahu majikannya mak cik Nora tentang dirinya mahu
berhenti kerja.. Sedeh mak cik Nora melepaskan pekerja nya
yang rajin dan yang paling lama bekerja denganya. Nur Hidayah sudah bekerja
setahun lima bulan dengan nya.
Untuk
sementara waktu mencari kerja yang lebih sesuai, Nur Hidayah bekerja disebuah
stesyen minyak di jalan Maarof Bangsar.
Baru dua minggu dia bekerja disitu stesyen minyaknya pula dicerobah. Habis
pecah pintu kedai bila penceroboh menghentamnya dengan penukul besi. Yang dia
sangat bersyukur bukan dia yang bekerja malam itu. Kata kawan yang bertugas,
kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 4 pagi. Dua orang yang menaiki kereta
proton saga berhenti berpura-pura mahu membeli barangan didalam permis, namun
tidak diendahkan oleh pekerja yang bertugas. Kerana itu sudah menjadi peraturan,
barangan didalam permis hanya boleh dibeli sehingga pukul 11 malam sahaja dan akan dibuka semula pada
pukul 7 pagi. Bila pintu tidak dibuka mereka jadi berang dan mula menghentam
pintu kaca permis tersebut dengan penukul besi yang besar. Alhamdullilah ketika
kejadian sebuah kereta peronda polis melalui kawasan tersebut. Kedua-dua
pencerobah sempat melarikan diri sebelum sempat mengambil duit dan barangan
berharga yang lain. Namun pintu permis sudah hancur berderai dek hentaman
penukul besi.
Sudah
dua tiga kali Halim dilayani oleh seorang pekerja perempuan yang sama bila Halim
mengisi minyak. Halim rasa tertarik dengan penampilan pekerja perempuan itu. Rasanya
pekerja perempuan itu pekerja baru, sebab sudah lama dia mengisi minyak
distesyen itu hanya baru-baru ni sahaja wajah lain yang melayani dia dikaunter
pembayaran. Orangnya kelihatan lebut dan bersopan bila melayani pelanggan. Tidak bermekap dan
bertudung .. Melihat pintu cermin depan permis pecah Halim bertanya sengaja dia
meramahkan diri mahu bertanya kepada sigadis.
“Kenapa
pintu tu pecah dik”.
“Malam
semalam kami kena rompak”.
“Adik
ke yang kerja malam tu”.
“Alhamdulillah
bukan.. Malam tu Amir yang kerja”.
“Penceroboh
tu berapa orang..nampak orang apa yang merompak tu”.
“Entah
kata Amir dua orang tapi kepala mereka pakai sarung kaki jadi tak berapa cam
orang apa..kulitnya pun tak pasti sebab pagi sangat masa kejadian tu”.
“Emm
bahaya juga kerja kat pam minyak ni kan.. Adik nak kerja, saya ni kerja
disebuah hotel. Hotel tu nak pakai pekerja pemnemas bilik kalau adik nak esok
bagi saya resume adik atau sekurang-kurangnya salinan kad pengenalan. Nanti
boleh saya bagi pada bos saya tu, kalau dia nak ambil adik jadi pekerjanya”.
“Nak
kelulusan juga ke kerja kat hotel encik”.
“Yang
saya nak kan resume sebab ada dua jawatan kosong kat hotel kami tu. Tapi yang
banyak pengemas biliklah, hanya satu sahaja jawatan kosong untuk penolong
akautan.Saya nakkan salinan kad pengenalan sebab bos saya tu nakkan pekerjanya
orang temapatan sahaja.. Cubalah kerja kat hotel kami, In Syaa Allah tempat tu
dijamin selamat dari segi keganasan.”.
Seperti
yang dijanjikan keeokkan harinya Nur Hidayah menghulurkan satu set rezumenya
ketangan Halim yang mengisi minyak. Tidak sempat sampai kepejabat lagi Halim
sudah membuka dan melihat isi kandungan sampul surat besar yang dihulur oleh
Nur Hidayah. Setelah tanki minyaknya penuh Halim mencari ruang untuk memakirkan
keretanya sementara dia mahu berjumpa Nur Hidayh untuk meminta nombor talifon.
“Ehh
awak ada ijazah Akautan..kenapa kerja kat sini..ikut tahun ni awak dah dekat dua tahun awak grad. Awak tak minta
kerja ke”.
“Dah
minta encik, tapi tak ada rezeki lagi”.
Sopan sahaja Nur Hidayah menjawab.
“Ok..Saya
bawa resume awak ni, saya nak tanya bos
saya dulu, kalau dia kata ok, boleh awak datang hotel kami esok pagi. Boleh
saya tahu nombor telefon awak, nanti senang saya bagi tahu”.
“Saya
bagi nombor telefon stesen minyak ni boleh”.
“Ok,
boleh lah”. Pancingan hali yang pertama
gagal bila Nur Hidayah tidak memberi nombor telefon tanganya. Emm Nampak polos tapi sangat mempunyai sifat
berwaspada.
Murah
rezeki Nur Hidayah. Dia diterima bekerja
di Hotel Impian sebagai pembantu akauntan. Dan yang menjadi ketuanya adalah Halim
sendiri. Perancang mereka… Mereka mahu melatih Nur Hidayah untuk mengantikan
Haklim yang tidak lama lagi akan diahatar ke Penang kerana menguruskan sebuah
lagi Hotel Impian yang baru dibuka disana. Bermulalah Nur Hidayah bekerja di
hotel pula.
Masa
yang berganti tidak disedari tak disedari sudah dua tahun dia bekerja dihotel.
Gajinya tentulah mengikut tangga gaji siswazah malah dia sudah pun menerima dua
kali kenaikkan gajinya ditambah lagi
gaji menaggung kerja. Sekarang ini Nur Hidayah terpaksa melakukan dua tugas. Tugas
sebagai akuantan dan tugas sebagai Pembantu Peribadi kepada cucu pemilik Hotel
Tengku Faizal yang bernama Tengku Farid Izzudin.Dia juga sudah lama berpindah
rumah dari menumpang dirumah sewa anak kawan surau atuk Hakiminya. Dia kini
duduk dirumah sewanya sendiri bersama dua orang kawan
satu pejabat dengannya dikampung Pandan, sebuah apartmen yang mempunyai tiga bilik..
Rezekinya datang bergolek lagi, bila hamper dua tahun
dia menyewa, tuan rumah yang menyewakan apartmean mahu menjualnya. Kerana dia
mahukan tambahan duit untuk membeli sebuah rumah yang lebih baik dan lebih
besar lagi dari rumah yang sedia ada, tetapi yang paling penting dia mahu sebuah
rumah teres. Rumah yang membolehkan
anak-anak nya bermain dengan bebas dikawasan rumah. Nur Hidayah membeli dengan
duit simpanan mamanya.
Jika
dikira Nur Hidayah sudah mempunyai keperluan kehidupan yang lengkap. Dia sudah
mempunyai pendapatan tetap yang baik, sudah memiliki sebuah apartment untuk dia
berteduh dan berlindung dan sebuah kereta KELISA milik mamanya dulu untuk
memudahkan dia bergerak. Biar pun semuanya tidak lah sehebat mana, namun sudah
memadai untuk dirinya sebagai seorang
wanita bujang. Dia sudah tidak perlu bergantung pada sesiapa lagi.
Kehidupannya
tenang tiada lagi masaalah yang membelunggu dirinya. Tentang mak long nya juga
Nur Hidayah juga tidak terfikirkan lagi. Hanya sesekalai SMS atau pun panggilan
dari Syend Berohan yang menyapa dirinya, tetapi itu dia tidak ambil endah. Tidak pernah dia membalas atau mengambil apa-apa
panggilan dari pemuda kacak yang bernama Syed Borhan. Pada Hidayah dia mahu
menghindarkan diri apa-apa berkaitan dengan mak longnya. Untuk apa dia menyuburkan
rasa kasih jika dia tahu dirinya tidak pernah akan diterima oleh mak long. Dia
berdoa semoga abang sepupunya mendapat seorang wanita yang lebih baik dari
dirinya.
Di
tempat kerja juga dia tidak menghadapai apa-apa masaalah. Malah dia rasa gembira menjalankan tugas yang sangat diminati Akauntan, hari-hari bergelumang dengan nombor. Tetapi semalam pemilik tempatnya bekerja meminta bantuan darinya. Dia
mahu dirinya menjadi PA sementara untuk cucu
nya tunggalnya yang bernama Tengku Farid Izuddin..
“Nur
Hidayah I minta tolong sangat pada you.
Farid sekarang ni dah patah kaki.”.
“Haa
kenapa dato' dia terjatuh ke..atau kemalangan”.
“Nauzubillah..janganlah
didoakan dia macam tu..Dia bukan patah kaki yang sebetulnya hanya kata bidalan
sahaja..”.
“Ohh
kenapanya ye.. dato’ apa yang boleh saya
boleh tolong”.
“I
minta you jadi PA dia sementara sahaja. Norkiah berhenti tiba-tiba.. Semalam
dengan menangis-nangis dia minta maaf kerana berhenti mengejut. Ada hal keluarga
yang tak dapat dielakkan katanya. Farid pula sekarang tengah sibuk sangat
isterinya tengah sarat pula tu..ni masuk anak yang keempat..tinggal tunggu
hari. Dia bimbang sangat, sampai kerja
pun tak boleh nak focus. Banyak kerjanya yang terbengkalai”.
“Kenapa
dia jadi macam tu, ada penah terjadi perkara buruk masa isterinya mengandung ke
dato’”.
“Dulu
masa anak perempaun dia lahir tak cukup bulan. Masa tu dia tak ada kat rumah,
isterinya sakit sorang-sorang. Dia selalu memikirkan kalau apa-apa terjadi pada
isterinya tentu dia tak dapat memaafkan dirinya. Sekarang ni asal telefon
berbunyi dia terperanjat..asal telefonnya berbunyi dia terperanjat. Entah lah
Farisd ni tiap kali bini mengandung dia pula yang bimbang tak tentu pasal,
bukan baru sekali Jannah bersalan, dah nak masuk anak yang ketiga dah masih
fobia tak hilang-hilang. Dia betul-betul perlukan PA nak bantu kerja-kerja dia.
Pada I hanya you sahaja yang layak. Boleh ye Hidayah.”.
“Emmm…”
“Boleh
lah..pasal gaji nanti I bayar dua gaji..you jangan bimnbang”.
“Bukan
pasal gaji dato’ yang saya bimbangkan..saya tak pernah jadi PA ni, tak ada pengalaman
takut saya buat silap nanti. PA ni banyak berhubung dengan pelangan kan dato’..takut
kesilapan saya pelanggan lari pula.”.
“
You cuba sebulan dulu.. Tapi I percaya
you boleh buat, kalau ada apa-apa masaalah you tanya Asmah PA I tu. Dia tu PA I
yang paling I suka dan paling lama dia jadi PA I.I panggil dia sekarang, suruh
ajar you.” Terus sahaja tangan Tengku Faizal menekan butang intercom untuk memanggil
PA nya di luar bilik.
“tapi
boleh ke saya buat dua kerja dalam satu
masa dato’”
“In
Syaa Allah boleh..you hanya tolong kerja Farid sahaja. Jadual tugas Farid akan
dipantau oleh Nur Fatihah..pembantu PA dia tu.”
“Kenapa
dato’ tak jadikan Nur Fatihah PA Tengku, dato’”.
“I
dah tanya dia.. dia kata dia tak yakin..dia pun baru masukkan. Itulah tujuan I suruh
you duduk jadi PA Farid, nanti sikit-sikit you ajar Fatihah tu cara-cara
bercakap dengan pelanggan ajarkan dia bahasa Inggeris.” Nur Fatihah baru
setahun bekerja di holtel milik Tengku Faizal. Dia hanya bekelulusan SPM
sahaja. Dia bekerja sebagai pembantu kepada PA Tengku Farid yang berhenti
mengejut.
“Kalau
dah macam tu kata dato’..boleh lah. Bila saya nak mulakan tugas jadi PA Tengku
ni dato’”.
“Minggu
depan, you selesaikan dulu kerja you..kemudian bolehlah mulakan kerja dengan
Farid pula. Tapi kerja you jangan you serahkan pada orang lain. I nak you yang
uruskan hal-hal Akaun syarikat kita.”
Bermulalah
Nur Hidayah melakukan dua tugas dalam satu masa.
Lepas ni mungkin tersangkut-sangkut sikit..sebab tak siap lagi sorry.
Lepas ni mungkin tersangkut-sangkut sikit..sebab tak siap lagi sorry.
Kiranya dayah bekerja dgn keluarga bapanya la kan n tg. Farid tu adik beradik tiri dia...
ReplyDeleteAduhai Dayah harap Farid tu bukan buaya...
ReplyDelete