Raja di gua jalan ke teluk,
Cantik halus rupa mukanya;
Ibarat buah busuk di pokok,
Hilang manis pahit rasanya.
Dalam perjalan pulang Halim bertanya lagi cerita sebenar dari sahabatnya
itu, dia macam tidak percaya apa yang di dengarnya tadi.
“Sebenar apa cerita kau, sampai kau bercerai berai ni Farid, kau dan dia
kan cinta sama cinta, suka sama suka.”
“Entalah… puncanya mungkin aku tak balik dekat seminggu, sebab aku uruskan
Jannah bersalin, Jannah bersalin tak cukup bulan, itulah yang aku
terkejar-kejar sampai terlupa nak call dia. Datuk aku pun aku terlupa nak call,
datuk aku tahu pun selepas tiga hari Jannah bersalin..bila dia call aku tak dapat
dan aku pun tak datang kerja”.
“Ialah Farid hari tu datuk kau sibuk tanya aku kau hilang tampa khabar
berita..aku pun tak tahu nak cakap apa, sebab kau pun tak call aku..selalu
apa-apa hal kau cari aku.”
“Tau pun kau.. aku ni Lim bila Jannah
tiba-tiba bersalin rasa macam robot saja..macam tak ada perasaan..semua benda aku
tak boleh nak fikir... Aku jadi kalamkabut tak ingat keliling lagi dah..aku tak
ingat siapa-siapa lagi.”
“Habis macam mana..siapa yang bagi tahu datuk kau ‘Jannah kau’ bersalin?”
“Bila aku tak datang kerja.. lepas tu aku tak jawab call dia... dia datang
rumah kami”.
“Ohh..apa kes yang menyebabkan kau kalamkabut sangat??”
“Itulah Lim aku memang betul-betul lupa, kau tahu Lim aku tak bersedia lagi
tiba-tiba pagi tu atuk Ibrahim aku call kata Jannah sakit, aku balik dan hantar
dia pergi hospital bila doktor periksa, dia kata Jannah nak bersalin tak ke
panik aku”.
“Ehh..tunggu..tunggu..kau kata ‘Jannah kau’ bersalin?.bukan ke dia belum
sampai bulannya...bukan Diana lebih dulu mengandung dari dia?”. Halim bagai
tidak dapat mencerana apa yang diperkatakan oleh Tengku Farid..walhal dia sudah
meyebutnya tadi.
“Sebab itulah aku jadi kalamkabut.. dia bersalin tak cukup bulan doktor
kata kandunganya baru 32 minggu..ingatkan dia keguguran. Dengan
badan aku yang letih sangat, sebab malam sebelumnya aku jaga anak aku yang
dengan Diana, anak aku yang tu pula sejak balik dari hospital asyik menangis
saja, dia diam masa dia tidur saja itu pun dia tidur sekejap sangat ...
..Lim yang jadi aku terputus dengan semua orang sebab handphone aku tak ada dengan aku, handfon aku terjatuh bawah tempat memandu. Mungkin masa pagi Jannah sakit, aku sampai rumah saja aku keluar dari kereta dengan tergesa-gesa, ialah dah kata bini kita sakit aku nak cepat-cepat tenguk dia. Mungkin masa aku bangun..masa tulah telefon aku jatuh dan aku tak perasan. Bila tak ada panggilan aku terus lupa. Tiga hari lepas tu barulah aku call Diana bagi tahu. Tapi masaalahnya tak terima alasan aku.. dia kata aku saja nak cari alasan, dia minta cerai, kalau aku tak balik hari tu.
..Lim yang jadi aku terputus dengan semua orang sebab handphone aku tak ada dengan aku, handfon aku terjatuh bawah tempat memandu. Mungkin masa pagi Jannah sakit, aku sampai rumah saja aku keluar dari kereta dengan tergesa-gesa, ialah dah kata bini kita sakit aku nak cepat-cepat tenguk dia. Mungkin masa aku bangun..masa tulah telefon aku jatuh dan aku tak perasan. Bila tak ada panggilan aku terus lupa. Tiga hari lepas tu barulah aku call Diana bagi tahu. Tapi masaalahnya tak terima alasan aku.. dia kata aku saja nak cari alasan, dia minta cerai, kalau aku tak balik hari tu.
.... Tapi Lim, aku betul-betul tak sempat nak balik. Kalau aku balik pun ada
kemungkinan dia tak bagi aku pergi rumah Jannah lagi. Kau tahulah Diana tu.. cakap dia saja yang betul.. kehendak dia saja yang patut kita ikut.. sebab itu
lah aku nekad seleaikan dulu hal Jannah.. selamat dia dan balik kerumah, baru
aku balik rumah Diana. Pada aku kalau Jannah dah kat rumah, atuk dan nenek dia
akan jaga dia, baru lah aku senang hati. Aku bercadang masa tu barulah aku nak
balik kondo aku, kalau masa tu dia tak kasi aku keluar pun Jannah dah selamat
ada orang jaga. Jadi aku pun buat tak kisah saja segala ugutan Diana hari tu.
Tapi bila aku balik malam tadi tak sempat aku nak duduk dia dah terjerit-jerit minta diceraikan talak
tiga lagi. Aku pun apa lagi badan tengah penat, lapar lagi sebetulnya aku tak
sempat nak makan malam hari tu, sebab nak cepat tenguk dia.Tapi bila dia nampak
muka aku saja, dia menjerit minak cerai, apa lagi naiklah tangan aku..aku
hilang sabar sungguh dengan kerenah Diana yang tak memahami aku yang tengah
penat...tapi aku lempang dia pun bukan kuat, tujuan aku untuk meyedarkan dia
dengan apa yang dia cakap dan apa yang dia minta, tapi emak dia nampak dan
sokong dia minta cerai” Tengku Farid terdiam sekejap mengeluh dan menyambung
lagi ceritanya
“Aku heranlah Diana ni, dia tak pernah nak bertolak ansur langsung dengan
aku, dulu aku rasa dia sangat memahami aku. sekarang ni baru aku sedar..yang sebenarnya aku tak
mengenali peribadi dia Lim.”
“Maksud kau??” Halim jadi keliru pernyataan dari sahabatnya, setahunya
Tengku Farid bercinta dengan Diana sejak mereka belajar diluar negara dulu.
“Ialah Lim.. Kau pun tahu bukan sekejap kami bercinta, dari aku dan dia di
tahun dua lagikan, sepatutnya kasihnya mesti kukuh macam tembuk besar negeri
Cina tu dah berkurun tapi tak runtuh..tapi tenguklah baru seminggu aku tak
balik..itu pun bersebab.. dia dah memutuskan segala rasa sayangnya pada aku..kau
rasa betul ke dia cinta dan kasihkan aku Lim?? Kenapa dia tak nampak selama ni aku
lebihkan dia dari Jannah..aku tunggu dia...jaga dia. Aku beri tumpuan pada dia
seorang dari kandungan dia lapan bulan... aku tak pergi rumah Jannah Lim, itu
tak dikira waktu sebelum-sebelum ni..aku ketepikan dulu Jannah, untuk menjaga
kepentigan dia..dia tak nampak kat aku ni yang terkejar-kejar dari masa dia
bersalin lagi. Dia macam tak ada rasa belas kesian langsung kat aku Lim... hai
entahlah bercinta bertahun tahun tapi tak boleh nak faham. Aku dengan dia baru
kahwin tak sampai setahun dah bercerai Lim. Kau tenguklah Diana tadi macam dah
tak ada perasaan dengan aku kan, dia macam tak sedih pun, aku pulak yang rasa
sedih.” berkaca-kaca mata Tengku Farid meluahkan isi hatinya kepada Halim.
“Kau masih cintakan Diana ke Farid?.”
“Sekarang cinta bukan yang utama lagi bagi aku Lim, tanggungjawab yang akan aku dulukan. Lim dulu aku rasa
kalau dapat yang cantik hidup aku bahagia.. rupanya tidak Lim, biarlah dapat
yang sederhana tapi serasi, ini adalah satu pengajaran pada aku Lim”.
“Pada kau serasi tu macamana Farid”.
“Seseorang yang boleh bertolak ansur dan bertimbang rasa dan ada rasa kasih dihati.. itulah istilah serasi
pada aku. Jika seseorang ada rasa kasih, bertimabangrasa dan bertolak ansur
ertinya dia sayang dan cinta pada kita Lim, tak payah nak di ucapkan selalu,
kita dah rasa dia sayang kita..Lim” Tengku Farid diam seketika lalu menyambung
semula ceritanya.
“Kau tahu Lim, seingat aku...hanya beberapa kali saja Jannah cakap dia sayang pada aku, yang pertama kali dan yang paling aku ingat..bila kau tahu..
masa aku nak nikah dengan Diana dulu.” Tengku Farid menyoal dan menjawab
sendiri soalanya.
“Masa tu dia merayu kau jangan nikah dengan Diana sebab dia kata dia sayang
sangat-sangat dengan kau..betul tak.”
“Tidak.. masa dia suruh aku nikah dengan Diana, katanya sebab dia sayangkan
aku dia suruh aku nikah, supaya aku tidak terus membuat dosa dan supaya aku rasa bahagia nikah dengan orang yang aku cinta.” terang Tengku Farid mengakhiri
ceritanya dengan mata berkaca-kaca.
“Lain betul cara Jannah sayang pada engkau ye Farid.”
“Betul Lim...pada dia asalkan aku bahagia dia akan rasa bahagia juga..itu
yang selalu dicakap..tapi sekarang ni aku dah nekad aku nak dia betul-betul
bahagia. Aku tak nak dia bahagia diatas kebahagian aku. Aku tak mahu dia bahagia dengan air mata yang tersorok jauh didalam hatinya.".
"Apa maksud kau Farid??" Halim jadi terpinga dengan kata-kata sahabatnya.
"Cuba kau fikir Lim..siapa yang suka kasihnya dikongsi dengan orang lain..kau suka ke orang yang kau sayang kau kongsi dengan orang lain...aku sedar tu Lim jadi sekarang aku dah bebas aku nak dia bahagia kerana memiliki aku dengan tidak berkongsi dengan orang lain".
"Habis kau macam mana..kau bahagia ke??".
"Sekarang ni aku memang rasa bahagia bila bersama dengan dia, pandang dia pun aku dah rasa bahagia sangat...aku tak akan berpaling dari dia lagi...hanya dia dalam hati aku sekarang ini.”
"Apa maksud kau Farid??" Halim jadi terpinga dengan kata-kata sahabatnya.
"Cuba kau fikir Lim..siapa yang suka kasihnya dikongsi dengan orang lain..kau suka ke orang yang kau sayang kau kongsi dengan orang lain...aku sedar tu Lim jadi sekarang aku dah bebas aku nak dia bahagia kerana memiliki aku dengan tidak berkongsi dengan orang lain".
"Habis kau macam mana..kau bahagia ke??".
"Sekarang ni aku memang rasa bahagia bila bersama dengan dia, pandang dia pun aku dah rasa bahagia sangat...aku tak akan berpaling dari dia lagi...hanya dia dalam hati aku sekarang ini.”
Halim hanya mendiamkan diri memikirkan kata-kata sahabatnya tadi, manakala
Tengku Farid pula mengenang Nur Jannah dengan rasa kasih yang melimpah-limpah. Tiba-tiba
Halim bersuara lagi...
“Farid aku ingat satu cerita..ini cerita kawan aku...satu masa kawan aku ni
tengah hangat bercinta masa tu semunya sayang semuanya kasih..mereka selalu bertukar
hadiah untuk menampakkan lagi rasa kasih dan sayangnya. Nak dijadikan cerita
yang kekasih dia ni belikan lah dia sehelai seluar yang agak mahal sedikit
almaklumlah berjenama. Mahal sikit tak apalah untuk orang yang tersayang...ketika
keluar berjalan-jalan kawan aku ni pakailah seluar pemberian kekasihnya
tadi..entah macam mana dalam elok jalan berkepit-kepit..tiba-tiba mereka
berselisih pendapat, kawan aku ni pula tidak mahu mengalah dengan tegas mengatakan
dialah yang betul, yang kekasih dia pun sama katanya dia juga betul, mereka
tidak mahu beralah antara satu sama lain..kerana rasa marah.. ada ke patut masa
tu juga kekasihnya suruh kawan aku tadi memulangkan hadiah pemberianya yaitu
seluar yang sedang dipakainya, dia minta bersungguh-sungguh supaya kawan aku
tadi menanggalkan seluar masa itu juga....kau fikir macam mana Farid..kau
percaya tak cerita aku tadi?.
“Memang macam tulah Lim, aku yang dah terkena aku tahu lah..dulu masa
bercinta... Diana selalu ambil berat tentang aku..tanya itu ini tapi..bila dah
marah...sayang, kasih dan cinta yang paling aku heran rasa simpati dia entah
pergi mana..kau tahu Lim malam tadi tu, kalau aku tak cekal entah-entah aku dan
anak aku duduk dalam wad sekarang ni atau pun dah jadi arwah..kau fikirlah anak
tengah menangis dan fikiran aku bercelaru, masa tu juga aku kena drive
sendiri..mulanya aku drive dengan
sebelah tangan sahaja, aku dah nak terbabas. Alhamdulillah aku cepat tersedar,
aku berhenti sekejap di bahu jalan mencari kekuatan, baru aku teruskan
perjalannan.. agaknya terfikir tak oleh Diana keadaan aku dan keselamatan aku
masa tu...kau boleh gambarkan tak Lim.”
“Aku boleh bayangkan Farid...tapi aku macam tak pecaya dia boleh buat macam
tu kat kau.”
“Itulah Lim...kita tak boleh baca kelakuan seseorang tu walau pun dah
bertahun kita bersama dia..ini pengajaran pada aku Lim, pengajaran yang paling
berharga. Tak semestinya kita kenal lama dengan dia kita akan bahagia..bahagia
tu sebebarnya tak bergantung berapa lama kita kenal..Aku sebetulnya Lim tak
berapa mengenali Jannah..banyak lagi sifat-sifat dia yang aku tak tahu..Tapi
sikap dia yang seperti memahami aku menyebabkan aku rasa aku bahagia denganya.
....Walaupun pada mulanya bukan cita rasa aku isteri yang macam dia tu,
tapi kerana sikap timbang rasanya,tolak ansurnya dan rasa kasihnya pada aku, menjadikan
aku merasakan tulah jodoh yang terbaik untuk aku..Kau tahu Lim setakat ni tak
pernah dia mempertikaikan kesilapan-kesilapan aku. Dia menerima aku sebagai
seorang manusia yang akan membuat kesalahan dan kesilapan, seperti dirinya juga.
Dia tak bertanya pun kenapa aku datang lambat atau tidak jadi datang jika tiba giliran dia. Malam tadi, aku lupa bawa susu untuk anak aku yang
dengan Diana..tampa banyak kerenah dia susukan anak aku tu Lim..dia kata apa
Lim..kalau itu anak aku, akan jadi anak
dia juga..aku tengukkan dia belai anak Diana sama macam dia belai anak dia Lim.
Tapi yang aku sedar tentang dia... dia terima akau sebab aku suami dia bukan
pasal lain. Bukan sebab harta atau sebab aku kacak. Aku kacak ke Lim? ”panjang
lebar Tengku Farid menceritakan kisah dia kepada sahabatnya Halim.
“Kacaklah dari muka aku ni..dah lah gelap...”
“Ehh siapa kata kau tak kacak..aku dengar dulu orang cakap muka kau ada
iras pelakun Rosyam Noor..kau bukan gelap tapi sawo matang..kulit orang
Melayu”. Dalam rasa sedih terselit juga lucu diperbualan dua sahabat itu.
“Ialah tu...Aku ni Farid..dah lah jahil bab-bab ugama banyak dosa
pulak..agaknya dapat ke aku jodoh yang baik.”
“Kau mintalah pada Allah, minta dengan dengan keinsafan dan minta dengan
kesungguhan...InsyaAllah dia bagi kita yang baik...kata Jannah Allah suka kita
meminta-mina pada Dia...pada aku mungkin aku tak minta tapi grandpa aku yang
minta jodoh yang baik untuk aku menyambung keturunan dia. Kau tahukan dalam
keluarga grandpa aku, hanya aku keturunan dia... itu yang aku dapat Jannah”.
“Betul cakap kau Farid aku akan berusha menjadi insan yang baik untuk
mendapat jodoh yang baik dan keturunan yang baik juga, InsyaAllah..doakan lah
aku Farid.” kemudian mereka diam melayan fikiran masing-masing hinggalah sampai
ke banglo Tengku Farid.
“Lim..aku rasa barang-barang tu biar dulu dalam kereta aku ni, nanti aku
kemas sendiri. Kita bawa masuk barang-barabg anak aku saja. Kau tak payah
kerjalah hari ini Lim, nanti aku cakap dengan grandpa aku mintakan cuti tampa
rekod untuk engkau sebab kau uruskan hal aku”.
“Tak bolehlah Farid aku nak buat surat untuk engkau tu, lagi pun petang
ni ada orang nak jumpa aku, sepatutnya
pagi tadi..tapi aku tukar petang ni.” inilah satu sikap Halim yang disukai oleh
Tengku Farid..Halim tidak pernah mengambil kesempatan walaupun mereka
bersahabat baik..dia jujur dalam menjalankan tugas, padanya tugas adalah
amanah.
“Kalau macam tu lepas makan nanti baru kau pergi pejabat, kau cakap sekali dengan
grandpa aku MC ya.”
“Ok juga tu Farid, tapi aku nak tenguk anak kau yang dua orang tu, aku tak
pernah tenguk bayi tak cukup bulan, siapa nama anak kau tu.”.
“Yang dengan Diana namanya Muhamad Arif Daneal dan yang dengan Jannah
namanya Nur Aisyah.”
“Wah..kau dah dapat sepasang Farid untungnya.”
Ketika keluar dari kereta, Tengku Farid berkata pada Halim..
“Boleh tak kau tolong baca selawat kemudian basuh tangan dan basuh muka kau
dulu sebelum kau tenguk anak-anak aku.”
“Boleh..tapi kenapa Farid..kena basuh tangan dan basuh muka pulak.”
“Kata datuk dan nenek Jannah..kita ni tadi dari jalan-jalan yang kita tak tahu,
kita tak nampak ada mahluk halus yang ikut kita menempel kat muka kita. Anak-anak
kecil.. masih bersih lagi jadi dia akan nampak mahluk-mahluk halus ni..untuk
megelakkan dia menempel kat muka kita..dan menyebabkan anak kita menangis bila
melihat mereka.. jadi kita basuh lah muka dengan selawat sekali..InsyaAllah
mahluk-mahluk halus tadi akan pergi dari mengikuti kita..aku bukan apa Lim sebenarnya aku serik dengan anak menangis
yang kita tak tahu hujung pangkal..tak tentu arah kita dibuatnya”.
“Ohh.. macam tu..banyak betul petua atuk dan nenek Jannah ye Farid.” Halim
mengikuti segala arahan sahabatnya kerana sahabatnya juga melakulan perkara
yang sama yaitu membasuh tangan dan mukanya. Sampai didepan pintu mereka memberi
salam.
Tengku Farid mengangkat dua orang anaknya dibantu oleh Nur Jannah dan di letakkan
di atas tilam bayi di ruang tamu, untuk ditunjukan kepada sahabatnya Halim.
Halim sudah bersila mengadap anak-anak sahabatnya.
“Comelnya anak kau, dua-dua rupa macam kau Farid …ini mungkin yang tak
cukup bulan ye..agak kecil sedikit ye Farid.” Halim memandang muka Tengku Farid meneliti.
“Haa.. yang kecil molek ni anak dara aku tapi kata jururawat kalau kita
rajin bagi susu boleh cepat besar.” Tengku Farid mengangkat anaknya Nur Aisyah
lalu menciumnya.
“Aku nak cuba angkatlah ..ajarkan aku Farid.”
“Macam ni haaa kau angkat dan letakkan badan dia di lengan kau tu.” Tengku
Farid mengajar sahabatnya.
“Ohh macam ni..” Halim mengangkat Arif pula dan mencium kedua belah pipi
anak itu.
“Hmm.. wanginya..sedap betul bau dia, bau macam bersih…aku tak tahu lah
tapi macam sedap bau dia.” kemudian Halim mencium lagi anak sahabatnya. Lalu
dia berkata lagi
“Farid..aku rasa aku pun nak kahwin dan nak ada anak juga....Farid” Halim
meluahkan hasratnya bersungguh-sungguh.
Ketika itu datuk Nur Jannah keluar berkenalan dengan sahabat Tengku Farid, Halim
cepat-cepat hendak meletakkan Arif semula untuk bersalaman dengan datuk Ibrahim.
“Tak apa..tak apa… sapa nama kawan kamu ni.. Farid”
“Halim tuk..” Halim menjawab sendiri soalan yang di tujukan kepada Tengku
Farid tadi.
“Ohh..kalau Halim nak khawin jarilah jodoh yang baik..biasanya jodoh yang
baik akan meyenagkan hati kita.”
“Yang macam mana tu tuk adakah yang cantik atau pun yang kaya.”
“Kalau dapat yang macam tu elok juga ..tapi pada atuk kalau boleh jodoh
kita, biarlah yang ada pegangan ugama..esok dialah yang lebih banyak mendidik
anak-anak kita.. yang mendengar kata...ialah orang yang lembut hati..tak lah
kita nanti asyik nak bergaduh saja sebab dia tak nak dengar cakap kita...bila
kita suruh atau bila kita tegur. Dan yang cantik kat mata kita pun cukuplah..sebab
kalau yang cantik sangat.. biasanya banyak peminat..dia mulalah sombong dengan
kita, bila bergaduh sikit dia mula jual mahal dengan kita sebab selain kita
banyak lagi yang nak kan dia kononnya, itu pendapat atuk .”
“Macam mana nak dapat jodoh yang baik tuk?”
“Macam ni..balik nanti selepas solat Magrib sembahyanglah sunat taubat dua
rekaat..sungguh-sungguh minta ampun dengan Allah, lepas tu buat lah solat sunat
hajat dua rekaat juga lepas tu mohonlah dengan segala kerendahan hati. Kalau
tak sempat sebab waktu Isyak dah masuk, solatlah pagi nanti sebelum masuk waktu
subuh sebab selepas solat subuh tak boleh solat sunat, InsyaAllah.. Allah akan
tunaikan permintaan kita.. kalau kita minta dengan Dia, tapi jangan buat sekali
saja dah mengharap buatlah selalu. Satu lagi ..kata orang kalau orang itu baik
dia akan mendapat jodoh yang baik, jadi kita janganlah buat jahat atau pergi
ketempat yang boleh dikatakan untuk tempat orang-orang jahat, nanti kita dapat
orang yang macam tu juga”.
“Ohh.. macam tu tuk, tapi kalau kita dulu dah jahat, tapi rasanya dah nak
jadi baik boleh ke Allah jadikan kita ni orang yang baik lagi tuk.”
“InsyaAllah boleh...sembahyanglah sunat taubat banyak-banyak kali, minta
ampun sungguh-sungguh padaNya...kemudian jangan ulangi lagi perbuatan jahat
kita tu..InsyaAllah.. Allah akan terima taubat kita..Allah itu kan Maha
Pengasih, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Halim, Farid...atuk ada dengar
ceramah ugama dulu katanya sembahyang sunat Taubat ni afdal di lakukan diantara
solat Mangrib dan solat Isyak... sebab ada riwayat mengatakan setelah Nabi
Allah Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga kerana melanggar larangan
Allah yaitu kerana memakan buah Kholdi mereka minta ampun dari Allah masa
tulah. Yaitu waktu selepas solat Magrib
dan Isyak. Wallahualam.
Panjang lebar mereka berbual di ruang tamu. Rupanya
datuk Ibrahim ni mudah mesra orangnya, tampa segan Halim bertanyakan itu dan
ini kepada datuk Ibrahim yang peramah dan mudah mesra itu. Tengah hari itu
mereka makan pukul dua belas tengahhari, nenek masak dalca, goring belada ikan
kembung dan sayur kangkung goring belacan. (Masak dalca..masak kari kacang dal
dimasak kari bersama terung, kacang panjang, kentang dan tomoto).
“Makanlah Lim jangan malu.” datuk Ibarahim berbasa basi kepada Halim.
“Takkk…lauk sedap macam ni mana boleh malu tuk, rugi saya nanti, kau makan
bubur saja ke Farid.” Halim menegur bila dilihatnya sahabatnya itu hanya
memakan bubur nasi sahaja, kerana terasa tekaknya pedih.
“Cuba kau makan bubur dengan sayur kangkung ni, jangan kau mintak buatkan
lagi sudah, bukan ke ‘raja Cina’ dulu-dulu
makan bubur dengan sayur kangkung, ni makanan raja-raja tahu.” berderai ketawa
mereka bertiga bila Tengku Farid berkata begitu pada Halim, selesai makan Halim
ke pejabat untuk memulakan kerjanya. Tengah hari itu juga dia menyiapkan surat
yang sudah mereka bincang kan dalam kereta tadi.
Assalamualaikum..pembaca semua..Mak Teh teringin nak tahu apa komen anda tentang cerita yang dipaparkan..adakah keterlaulan atau pun bosan bila membacanya..silalah beri komen kalau boleh diperbaiki lagi InsyaAllah mat teh perbaiki
ReplyDeletePada pendapat saya ,kalau pembaca buku ceriter seperti novel ni berterusa sampai tak ingat makan dan minum ,tak peduli hal keliling,maknanya ceriter tu bestlah macam ceriter anda ni.Puas hati tak dengan penerangan saya.Okay!
ReplyDeleteBEST SANGAT-2.
ReplyDeleteSetuju, best sangat bagi saya juga, Mak Teh! (^_^) Terima kasih atas cerita ni...
ReplyDelete