~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Sunday 2 September 2012

Bab 34. Jangan ada rahsia




Raja di gua jalan ke teluk,
Cantik halus rupa mukanya;
Ibarat buah busuk di pokok,
Hilang manis pahit rasanya.


      Dalam perjalan pulang Halim bertanya lagi cerita sebenar dari sahabatnya itu, dia macam tidak percaya apa yang di dengarnya tadi.

“Sebenar apa cerita kau, sampai kau bercerai berai ni Farid, kau dan dia kan cinta sama cinta, suka sama suka.”

“Entalah… puncanya mungkin aku tak balik dekat seminggu, sebab aku uruskan Jannah bersalin, Jannah bersalin tak cukup bulan, itulah yang aku terkejar-kejar sampai terlupa nak call dia. Datuk aku pun aku terlupa nak call, datuk aku tahu pun selepas tiga hari Jannah bersalin..bila dia call aku tak dapat dan aku pun tak datang kerja”.

“Ialah Farid hari tu datuk kau sibuk tanya aku kau hilang tampa khabar berita..aku pun tak tahu nak cakap apa, sebab kau pun tak call aku..selalu apa-apa hal kau cari aku.”

“Tau pun kau.. aku ni  Lim  bila Jannah tiba-tiba bersalin rasa macam robot saja..macam tak ada perasaan..semua benda aku tak boleh nak fikir... Aku jadi kalamkabut tak ingat keliling lagi dah..aku tak ingat siapa-siapa lagi.”

“Habis macam mana..siapa yang bagi tahu datuk kau ‘Jannah kau’ bersalin?”

“Bila aku tak datang kerja.. lepas tu aku tak jawab call dia... dia datang rumah kami”.

“Ohh..apa kes yang menyebabkan kau kalamkabut sangat??”

“Itulah Lim aku memang betul-betul lupa, kau tahu Lim aku tak bersedia lagi tiba-tiba pagi tu atuk Ibrahim aku call kata Jannah sakit, aku balik dan hantar dia pergi hospital bila doktor periksa, dia kata Jannah nak bersalin tak ke panik aku”.

“Ehh..tunggu..tunggu..kau kata ‘Jannah kau’ bersalin?.bukan ke dia belum sampai bulannya...bukan Diana lebih dulu mengandung dari dia?”. Halim bagai tidak dapat mencerana apa yang diperkatakan oleh Tengku Farid..walhal dia sudah meyebutnya tadi.

“Sebab itulah aku jadi kalamkabut.. dia bersalin tak cukup bulan doktor kata kandunganya baru 32 minggu..ingatkan dia keguguran.   Dengan badan aku yang letih sangat, sebab malam sebelumnya aku jaga anak aku yang dengan Diana, anak aku yang tu pula sejak balik dari hospital asyik menangis saja, dia diam masa dia tidur saja itu pun dia tidur sekejap sangat ...

..Lim yang jadi aku terputus dengan semua orang sebab handphone aku tak ada dengan aku, handfon aku terjatuh bawah tempat memandu. Mungkin masa pagi Jannah sakit, aku sampai rumah saja aku keluar dari kereta dengan tergesa-gesa, ialah dah kata bini kita sakit aku nak cepat-cepat tenguk dia. Mungkin masa aku bangun..masa tulah telefon aku jatuh dan aku tak perasan. Bila tak ada panggilan aku terus lupa. Tiga hari lepas tu barulah aku call Diana bagi tahu. Tapi masaalahnya tak terima alasan aku.. dia kata aku saja nak cari alasan, dia minta cerai, kalau aku tak balik hari tu.

.... Tapi Lim, aku betul-betul tak sempat nak balik. Kalau aku balik pun ada kemungkinan dia tak bagi aku pergi rumah Jannah lagi. Kau tahulah Diana tu.. cakap dia saja yang betul.. kehendak dia saja yang patut kita ikut.. sebab itu lah aku nekad seleaikan dulu hal Jannah.. selamat dia dan balik kerumah, baru aku balik rumah Diana. Pada aku kalau Jannah dah kat rumah, atuk dan nenek dia akan jaga dia, baru lah aku senang hati. Aku bercadang masa tu barulah aku nak balik kondo aku, kalau masa tu dia tak kasi aku keluar pun Jannah dah selamat ada orang jaga. Jadi aku pun buat tak kisah saja segala ugutan Diana hari tu. Tapi bila aku balik malam tadi tak sempat aku nak duduk  dia dah terjerit-jerit minta diceraikan talak tiga lagi. Aku pun apa lagi badan tengah penat, lapar lagi sebetulnya aku tak sempat nak makan malam hari tu, sebab nak cepat tenguk dia.Tapi bila dia nampak muka aku saja, dia menjerit minak cerai, apa lagi naiklah tangan aku..aku hilang sabar sungguh dengan kerenah Diana yang tak memahami aku yang tengah penat...tapi aku lempang dia pun bukan kuat, tujuan aku untuk meyedarkan dia dengan apa yang dia cakap dan apa yang dia minta, tapi emak dia nampak dan sokong dia minta cerai” Tengku Farid terdiam sekejap mengeluh dan menyambung lagi ceritanya

“Aku heranlah Diana ni, dia tak pernah nak bertolak ansur langsung dengan aku, dulu aku rasa dia sangat memahami aku. sekarang ni baru aku sedar..yang sebenarnya aku tak mengenali peribadi dia Lim.”

“Maksud kau??” Halim jadi keliru pernyataan dari sahabatnya, setahunya Tengku Farid bercinta dengan Diana sejak mereka belajar diluar negara dulu.

“Ialah Lim.. Kau pun tahu bukan sekejap kami bercinta, dari aku dan dia di tahun dua lagikan, sepatutnya kasihnya mesti kukuh macam tembuk besar negeri Cina tu dah berkurun tapi tak runtuh..tapi tenguklah baru seminggu aku tak balik..itu pun bersebab.. dia dah memutuskan segala rasa sayangnya pada aku..kau rasa betul ke dia cinta dan kasihkan aku Lim?? Kenapa dia tak nampak selama ni aku lebihkan dia dari Jannah..aku tunggu dia...jaga dia. Aku beri tumpuan pada dia seorang dari kandungan dia lapan bulan... aku tak pergi rumah Jannah Lim, itu tak dikira  waktu sebelum-sebelum ni..aku ketepikan dulu Jannah, untuk menjaga kepentigan dia..dia tak nampak kat aku ni yang terkejar-kejar dari masa dia bersalin lagi. Dia macam tak ada rasa belas kesian langsung kat aku Lim... hai entahlah bercinta bertahun tahun tapi tak boleh nak faham. Aku dengan dia baru kahwin tak sampai setahun dah bercerai Lim. Kau tenguklah Diana tadi macam dah tak ada perasaan dengan aku kan, dia macam tak sedih pun, aku pulak yang rasa sedih.” berkaca-kaca mata Tengku Farid meluahkan isi hatinya kepada Halim.

“Kau masih cintakan Diana ke Farid?.”

“Sekarang cinta bukan yang utama lagi bagi aku Lim, tanggungjawab  yang akan aku dulukan. Lim dulu aku rasa kalau dapat yang cantik hidup aku bahagia.. rupanya tidak Lim, biarlah dapat yang sederhana tapi serasi, ini adalah satu pengajaran pada aku Lim”.

“Pada kau serasi tu macamana Farid”.

“Seseorang yang boleh bertolak ansur dan bertimbang rasa dan  ada rasa kasih dihati.. itulah istilah serasi pada aku. Jika seseorang ada rasa kasih, bertimabangrasa dan bertolak ansur ertinya dia sayang dan cinta pada kita Lim, tak payah nak di ucapkan selalu, kita dah rasa dia sayang kita..Lim”  Tengku Farid diam seketika lalu menyambung semula ceritanya.

“Kau tahu Lim, seingat aku...hanya beberapa kali saja Jannah  cakap dia sayang pada aku, yang pertama kali  dan yang paling aku ingat..bila kau tahu.. masa aku nak nikah dengan Diana dulu.” Tengku Farid menyoal dan menjawab sendiri soalanya.

“Masa tu dia merayu kau jangan nikah dengan Diana sebab dia kata dia sayang sangat-sangat dengan kau..betul tak.”

“Tidak.. masa dia suruh aku nikah dengan Diana, katanya sebab dia sayangkan aku dia suruh aku nikah, supaya aku tidak terus membuat dosa dan supaya aku rasa bahagia nikah dengan orang yang aku cinta.” terang Tengku Farid mengakhiri ceritanya dengan mata berkaca-kaca.

“Lain betul cara Jannah sayang pada engkau ye Farid.”

“Betul Lim...pada dia asalkan aku bahagia dia akan rasa bahagia juga..itu yang selalu dicakap..tapi sekarang ni aku dah nekad aku nak dia betul-betul bahagia. Aku tak nak dia bahagia diatas kebahagian aku. Aku tak mahu dia bahagia dengan air mata yang tersorok jauh didalam hatinya.".

"Apa maksud kau Farid??" Halim jadi terpinga dengan kata-kata sahabatnya.

"Cuba kau fikir Lim..siapa yang suka kasihnya dikongsi dengan orang lain..kau suka ke orang yang kau sayang kau kongsi dengan orang lain...aku sedar tu Lim jadi sekarang aku dah bebas aku nak dia bahagia kerana memiliki aku dengan tidak berkongsi dengan orang lain".

"Habis kau macam mana..kau bahagia ke??".

 "Sekarang ni aku memang rasa bahagia bila bersama dengan dia, pandang dia pun aku dah rasa bahagia sangat...aku tak akan berpaling dari dia lagi...hanya dia dalam hati aku sekarang ini.”

Halim hanya mendiamkan diri memikirkan kata-kata sahabatnya tadi, manakala Tengku Farid pula mengenang Nur Jannah dengan rasa kasih yang melimpah-limpah. Tiba-tiba Halim bersuara lagi...

“Farid aku ingat satu cerita..ini cerita kawan aku...satu masa kawan aku ni tengah hangat bercinta masa tu  semunya  sayang semuanya kasih..mereka selalu bertukar hadiah untuk menampakkan lagi rasa kasih dan sayangnya. Nak dijadikan cerita yang kekasih dia ni belikan lah dia  sehelai seluar yang agak mahal sedikit almaklumlah berjenama. Mahal sikit tak apalah untuk orang yang tersayang...ketika keluar berjalan-jalan kawan aku ni pakailah seluar pemberian kekasihnya tadi..entah macam mana dalam elok jalan berkepit-kepit..tiba-tiba mereka berselisih pendapat, kawan aku ni pula tidak mahu mengalah dengan tegas mengatakan dialah yang betul, yang kekasih dia pun sama katanya dia juga betul, mereka tidak mahu beralah antara satu sama lain..kerana rasa marah.. ada ke patut masa tu juga kekasihnya suruh kawan aku tadi memulangkan hadiah pemberianya yaitu seluar yang sedang dipakainya, dia minta bersungguh-sungguh supaya kawan aku tadi menanggalkan seluar masa itu juga....kau fikir macam mana Farid..kau percaya tak cerita aku tadi?.

“Memang macam tulah Lim, aku yang dah terkena aku tahu lah..dulu masa bercinta... Diana selalu ambil berat tentang aku..tanya itu ini tapi..bila dah marah...sayang, kasih dan cinta yang paling aku heran rasa simpati dia entah pergi mana..kau tahu Lim malam tadi tu, kalau aku tak cekal entah-entah aku dan anak aku duduk dalam wad sekarang ni atau pun dah jadi arwah..kau fikirlah anak tengah menangis dan fikiran aku bercelaru, masa tu juga aku kena drive sendiri..mulanya aku drive dengan  sebelah tangan sahaja, aku dah nak terbabas. Alhamdulillah aku cepat tersedar, aku berhenti sekejap di bahu jalan mencari kekuatan, baru aku teruskan perjalannan.. agaknya terfikir tak oleh Diana keadaan aku dan keselamatan aku masa tu...kau boleh gambarkan tak Lim.”

“Aku boleh bayangkan Farid...tapi aku macam tak pecaya dia boleh buat macam tu kat kau.”

“Itulah Lim...kita tak boleh baca kelakuan seseorang tu walau pun dah bertahun kita bersama dia..ini pengajaran pada aku Lim, pengajaran yang paling berharga. Tak semestinya kita kenal lama dengan dia kita akan bahagia..bahagia tu sebebarnya tak bergantung berapa lama kita kenal..Aku sebetulnya Lim tak berapa mengenali Jannah..banyak lagi sifat-sifat dia yang aku tak tahu..Tapi sikap dia yang seperti memahami aku menyebabkan aku rasa aku bahagia denganya.

....Walaupun pada mulanya bukan cita rasa aku isteri yang macam dia tu, tapi kerana sikap timbang rasanya,tolak ansurnya dan rasa kasihnya pada aku, menjadikan aku merasakan tulah jodoh yang terbaik untuk aku..Kau tahu Lim setakat ni tak pernah dia mempertikaikan kesilapan-kesilapan aku. Dia menerima aku sebagai seorang manusia yang akan membuat kesalahan dan kesilapan, seperti dirinya juga. Dia tak bertanya pun kenapa aku datang lambat atau tidak jadi datang  jika tiba giliran dia.  Malam tadi, aku lupa bawa susu untuk anak aku yang dengan Diana..tampa banyak kerenah dia susukan anak aku tu Lim..dia kata apa Lim..kalau itu anak aku, akan jadi  anak dia juga..aku tengukkan dia belai anak Diana sama macam dia belai anak dia Lim. Tapi yang aku sedar tentang dia... dia terima akau sebab aku suami dia bukan pasal lain. Bukan sebab harta atau sebab aku kacak. Aku kacak ke Lim? ”panjang lebar Tengku Farid menceritakan kisah dia kepada sahabatnya Halim.

“Kacaklah dari muka aku ni..dah lah gelap...”

“Ehh siapa kata kau tak kacak..aku dengar dulu orang cakap muka kau ada iras pelakun Rosyam Noor..kau bukan gelap tapi sawo matang..kulit orang Melayu”. Dalam rasa sedih terselit juga lucu diperbualan dua sahabat itu.

“Ialah tu...Aku ni Farid..dah lah jahil bab-bab ugama banyak dosa pulak..agaknya dapat ke aku jodoh yang baik.”

“Kau mintalah pada Allah, minta dengan dengan keinsafan dan minta dengan kesungguhan...InsyaAllah dia bagi kita yang baik...kata Jannah Allah suka kita meminta-mina pada Dia...pada aku mungkin aku tak minta tapi grandpa aku yang minta jodoh yang baik untuk aku menyambung keturunan dia. Kau tahukan dalam keluarga grandpa aku, hanya aku keturunan dia... itu yang aku dapat Jannah”.

“Betul cakap kau Farid aku akan berusha menjadi insan yang baik untuk mendapat jodoh yang baik dan keturunan yang baik juga, InsyaAllah..doakan lah aku Farid.” kemudian mereka diam melayan fikiran masing-masing hinggalah sampai ke banglo Tengku Farid.

“Lim..aku rasa barang-barang tu biar dulu dalam kereta aku ni, nanti aku kemas sendiri. Kita bawa masuk barang-barabg anak aku saja. Kau tak payah kerjalah hari ini Lim, nanti aku cakap dengan grandpa aku mintakan cuti tampa rekod untuk engkau sebab kau uruskan hal aku”.

“Tak bolehlah Farid aku nak buat surat untuk engkau tu, lagi pun petang ni  ada orang nak jumpa aku, sepatutnya pagi tadi..tapi aku tukar petang ni.” inilah satu sikap Halim yang disukai oleh Tengku Farid..Halim tidak pernah mengambil kesempatan walaupun mereka bersahabat baik..dia jujur dalam menjalankan tugas, padanya tugas adalah amanah.

“Kalau macam tu lepas makan nanti baru kau pergi pejabat, kau cakap sekali dengan grandpa aku MC ya.”

“Ok juga tu Farid, tapi aku nak tenguk anak kau yang dua orang tu, aku tak pernah tenguk bayi tak cukup bulan, siapa nama anak kau tu.”.

“Yang dengan Diana namanya Muhamad Arif Daneal dan yang dengan Jannah namanya Nur Aisyah.”

“Wah..kau dah dapat sepasang Farid untungnya.”

Ketika keluar dari kereta, Tengku Farid berkata pada Halim..

“Boleh tak kau tolong baca selawat kemudian basuh tangan dan basuh muka kau dulu sebelum kau tenguk anak-anak aku.”

“Boleh..tapi kenapa Farid..kena basuh tangan dan basuh muka pulak.”

“Kata datuk dan nenek Jannah..kita ni tadi dari jalan-jalan yang kita tak tahu, kita tak nampak ada mahluk halus yang ikut kita menempel kat muka kita. Anak-anak kecil.. masih bersih lagi jadi dia akan nampak mahluk-mahluk halus ni..untuk megelakkan dia menempel kat muka kita..dan menyebabkan anak kita menangis bila melihat mereka.. jadi kita basuh lah muka dengan selawat sekali..InsyaAllah mahluk-mahluk halus tadi akan pergi dari mengikuti kita..aku bukan apa Lim  sebenarnya aku serik dengan anak menangis yang kita tak tahu hujung pangkal..tak tentu arah kita dibuatnya”.

“Ohh.. macam tu..banyak betul petua atuk dan nenek Jannah ye Farid.” Halim mengikuti segala arahan sahabatnya kerana sahabatnya juga melakulan perkara yang sama yaitu membasuh tangan dan mukanya. Sampai didepan pintu mereka memberi salam.

Tengku Farid mengangkat dua orang anaknya dibantu oleh Nur Jannah dan di letakkan di atas tilam bayi di ruang tamu, untuk ditunjukan kepada sahabatnya Halim. Halim sudah bersila mengadap anak-anak sahabatnya.

“Comelnya anak kau, dua-dua rupa macam kau Farid …ini mungkin yang tak cukup bulan ye..agak kecil sedikit ye Farid.”  Halim memandang muka Tengku Farid meneliti.

“Haa.. yang kecil molek ni anak dara aku tapi kata jururawat kalau kita rajin bagi susu boleh cepat besar.” Tengku Farid mengangkat anaknya Nur Aisyah lalu menciumnya.

“Aku nak cuba angkatlah ..ajarkan aku Farid.”

“Macam ni haaa kau angkat dan letakkan badan dia di lengan kau tu.” Tengku Farid mengajar sahabatnya.

“Ohh macam ni..” Halim mengangkat Arif pula dan mencium kedua belah pipi anak itu.

“Hmm.. wanginya..sedap betul bau dia, bau macam bersih…aku tak tahu lah tapi macam sedap bau dia.” kemudian Halim mencium lagi anak sahabatnya. Lalu dia berkata lagi

“Farid..aku rasa aku pun nak kahwin dan nak ada anak juga....Farid” Halim meluahkan hasratnya bersungguh-sungguh.

Ketika itu datuk Nur Jannah keluar berkenalan dengan sahabat Tengku Farid, Halim cepat-cepat hendak meletakkan Arif semula untuk bersalaman dengan datuk Ibrahim.

“Tak apa..tak apa… sapa nama kawan kamu ni.. Farid”

“Halim tuk..” Halim menjawab sendiri soalan yang di tujukan kepada Tengku Farid tadi.

“Ohh..kalau Halim nak khawin jarilah jodoh yang baik..biasanya jodoh yang baik akan meyenagkan hati kita.”

“Yang macam mana tu tuk adakah yang cantik atau pun yang kaya.”

“Kalau dapat yang macam tu elok juga ..tapi pada atuk kalau boleh jodoh kita, biarlah yang ada pegangan ugama..esok dialah yang lebih banyak mendidik anak-anak kita.. yang mendengar kata...ialah orang yang lembut hati..tak lah kita nanti asyik nak bergaduh saja sebab dia tak nak dengar cakap kita...bila kita suruh atau bila kita tegur. Dan yang cantik kat mata kita pun cukuplah..sebab kalau yang cantik sangat.. biasanya banyak peminat..dia mulalah sombong dengan kita, bila bergaduh sikit dia mula jual mahal dengan kita sebab selain kita banyak lagi yang nak kan dia kononnya, itu pendapat atuk .”

“Macam mana nak dapat jodoh yang baik tuk?”

“Macam ni..balik nanti selepas solat Magrib sembahyanglah sunat taubat dua rekaat..sungguh-sungguh minta ampun dengan Allah, lepas tu buat lah solat sunat hajat dua rekaat juga lepas tu mohonlah dengan segala kerendahan hati. Kalau tak sempat sebab waktu Isyak dah masuk, solatlah pagi nanti sebelum masuk waktu subuh sebab selepas solat subuh tak boleh solat sunat, InsyaAllah.. Allah akan tunaikan permintaan kita.. kalau kita minta dengan Dia, tapi jangan buat sekali saja dah mengharap buatlah selalu. Satu lagi ..kata orang kalau orang itu baik dia akan mendapat jodoh yang baik, jadi kita janganlah buat jahat atau pergi ketempat yang boleh dikatakan untuk tempat orang-orang jahat, nanti kita dapat orang yang macam tu juga”.

“Ohh.. macam tu tuk, tapi kalau kita dulu dah jahat, tapi rasanya dah nak jadi baik boleh ke Allah jadikan kita ni orang yang baik lagi tuk.”

“InsyaAllah boleh...sembahyanglah sunat taubat banyak-banyak kali, minta ampun sungguh-sungguh padaNya...kemudian jangan ulangi lagi perbuatan jahat kita tu..InsyaAllah.. Allah akan terima taubat kita..Allah itu kan Maha Pengasih, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Halim, Farid...atuk ada dengar ceramah ugama dulu katanya sembahyang sunat Taubat ni afdal di lakukan diantara solat Mangrib dan solat Isyak... sebab ada riwayat mengatakan setelah Nabi Allah Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga kerana melanggar larangan Allah yaitu kerana memakan buah Kholdi mereka minta ampun dari Allah masa tulah.  Yaitu waktu selepas solat  Magrib  dan Isyak. Wallahualam.

Panjang lebar mereka berbual di ruang tamu. Rupanya datuk Ibrahim ni mudah mesra orangnya, tampa segan Halim bertanyakan itu dan ini kepada datuk Ibrahim yang peramah dan mudah mesra itu. Tengah hari itu mereka makan pukul dua belas tengahhari, nenek masak dalca, goring belada ikan kembung dan sayur kangkung goring belacan. (Masak dalca..masak kari kacang dal dimasak kari bersama terung, kacang panjang, kentang dan tomoto).

“Makanlah Lim jangan malu.” datuk Ibarahim berbasa basi kepada Halim.

“Takkk…lauk sedap macam ni mana boleh malu tuk, rugi saya nanti, kau makan bubur saja ke Farid.” Halim menegur bila dilihatnya sahabatnya itu hanya memakan bubur nasi sahaja, kerana terasa tekaknya pedih.

“Cuba kau makan bubur dengan sayur kangkung ni, jangan kau mintak buatkan lagi sudah, bukan ke ‘raja Cina’ dulu-dulu makan bubur dengan sayur kangkung, ni makanan raja-raja tahu.” berderai ketawa mereka bertiga bila Tengku Farid berkata begitu pada Halim, selesai makan Halim ke pejabat untuk memulakan kerjanya. Tengah hari itu juga dia menyiapkan surat yang sudah mereka bincang kan dalam kereta tadi.










4 comments:

  1. Assalamualaikum..pembaca semua..Mak Teh teringin nak tahu apa komen anda tentang cerita yang dipaparkan..adakah keterlaulan atau pun bosan bila membacanya..silalah beri komen kalau boleh diperbaiki lagi InsyaAllah mat teh perbaiki

    ReplyDelete
  2. Pada pendapat saya ,kalau pembaca buku ceriter seperti novel ni berterusa sampai tak ingat makan dan minum ,tak peduli hal keliling,maknanya ceriter tu bestlah macam ceriter anda ni.Puas hati tak dengan penerangan saya.Okay!

    ReplyDelete
  3. Setuju, best sangat bagi saya juga, Mak Teh! (^_^) Terima kasih atas cerita ni...

    ReplyDelete