Bunga
Melati terapung-apung,
Bunga
rampai di dalam puan,
Rindu
hati tidak tertanggung,
Bilakah
dapat berjumpa puan.
Tengku Farid meneruskan tekadnya,
membawa Nur Jannah pindah ke banglo yang di hadiahkan oleh datuknya Tengku
Faizal. Walaupun kedudukannya jauh dari kondo yang di duduki oleh Diana. Dia
ingin membuktikan kepada Tengku Khalidah, bahawa Nur Jannah tidak di perlekehkan
olehnya. Pada mulanya Nur Jannah tidak setuju dengan cadangan suaminya. Dia
sudah maklum akan kesusahan suaminya nanti...yang akan menghantar dan
menjemputnya pergi ke tempat kerja. Tapi Tengku Farid bersungguh-sungguh
mahukan mereka berpindah.
Dengan bantuan kedua belah keluarga mereka
pindah kerumah baru. Sehari sebelum mereka berpindah Datuk Ibrahim meminta Tengku
Farid membawa dirinya kerumah baru yang mahu mereka duduki.
“Farid kalau tak menjadi
keberatan sebelum kamu pindah ni, bawa atuk tenguk rumah kamu tu dulu”. Rupanya
dia ingin melaungkan seruan azan didalam rumah itu.
Kemudian setelah dua minggu mereka berpindah datuk Ibrahim mencadangkan
mereka membaca surah Yassin beramai-ramai. Mereka menjemput jiran-jiran dan
khariah surau berdekatan banglo mereka. Ini bertujuan untuk memperkenalkan diri
dan keluarga mereka pada jemaah yang ada disitu. Selesai bacaan Yassin dan
bacaan doa selamat mereka dijamu dengan makan tengahhari. Keluarga sebelah NurJannah yang memasakkanya juadah untuk mereka makan
beramai-ramai. Kini bergema bacaan Yassin
beramai-ramai diseluruh banglo
mereka. Katanya sebelum apa-apa kehidupan ada dalam rumah itu eloklah
dilaungkan kalimah Allah dan seruan memuji Kebesaran Allah. Kini sedikit-sedikit Tengku Farid mula
berkenalan dengan keluarga yang baru muncul dalam hidup Nur Jannah, yaitu
papa,mama dan adik adik Nur Jannah. Bahagia Nur Jannah suami isteri dikelilingi
oleh keluarga yang ramai. Lebih-lebih lagi Tengku Farid setelah mengenali datuk
Ibrahim yang nampak garang tapi rupanya seorang yang penyayang dan penuh
nasihat. Setelah semua keluarga Nur Jannah serta datuk dan nenek Tengku Farid
pulang kerumah masing-masing, Tengku Farid dan datuk Ibrahim duduk di runag
tamu. Dia meluahkan apa yang ada di dalam hatinya.
“Tok..boleh tak Farid mintak
tolong.”
“Nak tolong apa cakaplah.”
“Jannah kata di kampong pun..
atuk tak ada siapa-siapa lagi ..datuk tinggallah di sini bersama kami.. Farid
sebenarnya takut nak tinggalkan Jannah seorang di rumah ni, semasa Farid di rumah
Diana nanti. Lagi pun rumah ni besar, tentu Jannah pun takut tinggal seorang.”
Tengku Farid meluahkan hasrat hatinya.
“Nantilah atuk bincang dengan
nenek dulu.” sebenarnya datuk nenek atau pun Nur Jannah memang gembira mereka
dapat berkumpul semula.
Sejak Nur Jannah pindah ke banglo
hadiah dari Tengku Faizal, Tengku Farid
begitu sibuk sekali. Di tambah pula mengendalikan dua orang isteri yang
sedang sarat mengandung membuatkan dia kelihatan letih dan penat. Wajah
kepenatanya terlukis diwajahnya yang tidak bermaya. Kini kandungan Diana sudah
memasuki bulan kesembilan. Demi kasih suami dia tidak membenarkan Diana memandu
keretanya sendiri. Tengku Farid sendiri yang akan menghantar Diana pergi dan
pulang dari kerja. Begitu juga NurJannah dia juga yang akan menjemput dan
menghantarnya, ditambah dengan kesibukan kerjanya di pejabat. Nur Jannah isteri
yang prihatin kasihan melihat kesibukkan suaminya.
“Bang… Jannah rasa tak payahlah
abang jemput Jannah lagi bila tiba giliran Diana. Sementara Helmi tunggu
keputusan SPMnya, adik Jannah tu kerja dengan nenda sekarang. Jannah mintak
tolong Helmi ambil dan hantar Jannah boleh tak. Malam masa abang di rumah
Diana, Helmi akan tidur sini, jadi ramailah juga orang dalam rumah ni”.
“Tak menyusahkan dia ke?”
“Taklah ..Jannah dah tanya dia,
dia setuju mama dan nenda pun setuju, kata nenda Helmi akan guna kereta mama, lagipun
selama ini mama dan nenda guna satu kereta saja, kereta nenda.”
Memadangkan
keadaan Nur Jannah yang kian sarat Tengku Khalidah meminta pertolongan cucunya
Helmi membantu Nur Jannah di pejabat. Nur Jannah gembira dapat rapat dengan adiknya, terasa
dia tidak kesaorangan lagi di dunia ini. Setelah mengenali Helmi barulah Nur
Jannah tahu rupanya adiknya itu seorang yang periang, lucu dan suka berjenaka. Jika
di pandang dengan pada mata kasar Tengku Khalidah pun tidak terlayan dengan
sikap manja-manja nakal cucunya yang seorang ini. Selain membantu kerja-kerja
Nur Jannah Helmi juga sering menemani nendanya berjumpa rakan niaganya,
sementara itu Tengku Raihana pula menguruskan hal-hal pejabat. Kini mereka
gembira bekerja satu keluarga.
===========================================
Keadaan dirinya yang
gemuk dan perut yang besar membuatkan Diana rasa dirinya tidak lagi cantik. Apatah
lagi dia memang belum bersedia untuk itu semua. Ini membuatkan emosi Diana
tidak setabil dan cepat marah. Pantang ada salah sedikit dia akan melenting tak
tentu pasal. Bila dia marah dia akan menyalah suaminya Tengku Farid yang
membuat keadaan dirinya berkeadaan begitu. Sifat manja dan cemburu Diana
menjadi-jadi, kadangkala Tengku Farid rimas dengan sikap Diana. Diana mahu
perhatian yang lebih dari suaminya. Walaupun waktu itu giliran Nur Jannah dia
akan memanggil suaminya supaya datang kepadanya. Hari itu giliran Tengku Farid
di rumah Nur Jannah. Sedang mereka berihat di sofa ruang tamu datuk dan nenek
Nur Jannah sudah dibilik mereka, telefon bimbit Tengku Farid berdering, bila
terpandangkan nama Diana, Tengku Farid membiarkan sahaja telefon itu hinggalah
deringan itu berhenti dengan sendirinya.
“Bang.. kenapa tak jawab call tu.”
“Diana yang call..malas abang nak
jawab ada-ada saja lah dia tu”.
“Abang ni ada ke macam tu..kalau
Diana lagilah abang kena jawab cepat-cepat takut kalau ada apa-apa nanti.”
“Abang yakin tak ada apa-apa..dia tu saja aje nak kacau kita”.
“Kalau tak ada apa-apa tentu dia
tak call.”
“Alah dia tu mengada-ngada,
kadang sakit perut nak buang air besar pun cakap dengan abang, malas abang nak
layan.” Mengekek-ngekek Nur Jannah
ketawa.. terasa lucu pula bila mendengar kata-kata suaminya tentang madunya. Dihujung
sisa ketawanya...
“Abang ni.. janganlah mengata dia
teruk sangat macam tu”.
“Iaa betul..abang tak tipu..itu
yang malas abang nak layan, lagi pun abangkan baru dari rumah dia ni..tadi masa
abang tinggalkan, dia elok.. sihat saja, lagi pun emak dia kan ada”
.
“Dia begitu mungkin pembawa
budak, dia perlu perhatian abang diakan dah sarat.”
“Habis Jannah tak pulak?”
“Kalau Jannah macam tu juga, ‘tidur
tegak’ abang nanti, lagi pun kandungan Jannah kecik lagi, tunggulah
Jannah sembilan bulan nanti..lagi pening kepala abang.” Sedang mereka
bercakap-cakap...Sekali lagi telefon bimbit Tengku Farid berbunyi.
“Jawablah.” rayu Nur Jannah
supaya suaminya menjawab panggilan telefonnya. Dengan malas suaminya menjawab.
“Assalamualaikum..kenapa Diana?”
Lembut sahaja suara Tengku Fari menjawap dihujung talian. Tapi
lain pula suara isterinya yang dihujung talian. Tinggi suaranya kerana hatinya
berbahang..bila suaminya tidak menjawab panggilannya tadi.
“Kenapa you lambat jawab call I, perempuan
tu tak kasi jawab ke?”
“Diana, kenapa you call.” suaminya tidak
menjawab pertanyaan Diana.
”I pening kepala ni...
baliklah..I nak you temankan I.”
“Diana malam nikan turn Jannah...lagipun
mommy youkan ada mintaklah dia picitkan.” Mommy Diana datang dan tinggal
dikondo mereka atas permintaan Diana. Ini adalah helah Diana supaya dia tidak
duduk di rumah datuk dan nenek suaminya.
“Farid.. I ni kan tanggung jawab
you …you ni nak lepas tangan kat mommy I pulak, I nak you balik jugak.”. Diana membentak
bila kata-katanya tidak dituruti oleh suaminya...macam budak kecil.
“Untuk malam ni tidak, esok malam
saja ok ..tidurlah cepat, InsyaAllah baiklah nanti. You tak cukup tidur tu...
pergi tidur...dah pukul sepuluh pun elok
you tidur. Esok pagi I datang.” Kedengaran tegas sedikit suara suaminya seakan
memberi arahan. Tengku Farid memutuskan talian sebelum sempat Diana membalas
kata-katanya. Dihujung talian Diana membentak kegeraman.
Sebenarnya Tengku
Farid dari rumah Diana tadi menemankan ibu mertuanya dan Diana makan malam di sebuah
restoran. Kata Diana mommynya teringin hendak makan disebuah restoran yang selalu dikunjunginya dulu semasa
arwah suaminya masih hidup lagi. Kesempatan yang ada tidak dilepaskan sementara
dia berada diKuala Lumpur. Bukanya dekat nun diKampung Baru..meliliau mereka mencari
tadi. Tengku Farid hairan anaknya yang mengandung mommynya pula yang menyidam.
Sudah dua minggu
ibu mertuanya tinggal di kondo Tengku Farid..tetapi tidak pernah dia memasak
dirumah. Setiap hari ada saja tempat makan yang ingin mereka kunjungi. Tertanya juga di benak Tengku Farid apakah yang di
lakukan seharian di rumah, sewaktu anak pergi bekerja. Mengapakah mommy Diana
tidak memasak dirumah seperti yang di lakukan
oleh Nur Jannah. Walaupun sekarang ini neneknya tinggal bersama mereka, tetapi
Nur Jannah tidak sewenang-wenang melepaskan tanggunjawabnya kepada neneknya
sahaja, jika ada kesempatan dia akan
melakukan sendiri.. Pernah juga Tengku Farid terfikir, dirinya bagai di dera
oleh mereka dua beranak. Ini baru sejam dia
sampai di rumah Nur Jannah, Diana sudah menghubunginya, kadang-kadang bagai
sengaja Diana mahu melambat-lambat dia pergi ke rumah Nur Jannah bila tiba giliran Nur Jannah.
===================================================================
Masa berjalan begitu pantas, sampai harinya Diana sakit untuk
bersalin, Tengku Farid menghantarnya ke hospital. Tidak lama menunggu...Diana
sudah melahirkan. Kini Diana dan Tengku Farid sudah menjadi papa dan
mama..mereka mendapat seorang anak lelaki yang comel dan cukup sifatnya. Wajahnya
mirip wajah Tengku Farid, gembira dan terharu Tengku Farid kini ia sudah menjadi seorang
papa. Di kucup di ciumnya dahi dan pipi anaknya penuh kasih. Diperdengarkan azan
ke telinga kanan dan bisikkan iqamat ditelinga kiri anaknya. Itu pesanan datuk Ibrahim
sewaktu dia menghubungi Nur Jannah memberitahu Diana telah selamat melahirkan
anak lelaki. Bayi lelaki mereka diberi nama Muhamad Arif Daneal. Kerana Diana
dan anaknya tidak mengalami apa-apa masaalah kesihatan, masuk hari kedua Diana sudah
di benarkan pulang ke rumah.
Tengku Faizal suami-isteri
begitu teruja datang berulang kali menziarah cicit sulung mereka semasa di hospital.
Setelah pulang ke rumah mereka datang lagi bersama hadiah-hadiah pula, maklumlah
cicit pertama.
Semasa Tengku
Faizal masuk kerumahnya untuk berziarah, Tengku Farid membisikkan sesuatu ke telinga
datuknya, rupanya dia ingin pulang sebentar ke rumah Nur Jannah. Sudah hampir tiga
minggu dia tidak berjumpa Nur Jannah, hanya telefon sahaja yang menghubungkan
mereka. Semenjak Diana hampir pada duenya Tengku Farid tidak di benarkan oleh
Diana pulang kerumah Nur Jannah,’takut-takut
kalau dia hendak bersalin nanti suaminya tidak ada di sisinya’ itulah
alasan Diana. Dengan sabar suaminya menuruti kehendak Diana. Rindu benar
hatinya ingin memandang wajah Nur Jannah isteri yang tidak banyak kerenah.
Selama menunggu Diana hampir due dia hanya mendengar suaranya sahaja untuk
mengubat rindunya. Tengku Faizal mengangguk-ngagguk tanda setuju. Sporting betul datuk Tengku Farid, dia
tahu isi hati cucunya tunggalnya itu.
Tampa
melengahkan masa Tegku Farid memecut kerumah NurJannah...marah sungguh Diana
setelah mendapat tahu suaminya pulang kerumah madunya. Padanya tidak sepatutnya Tengku
Farid kerumah Nur Jannah meninggalkan dirinya sementelah dirinya sedang sakit
selepas melahirkan anaknya. Sepatutnya suaminya sentiasa disisi menemani
dirinya dan memberinya semangat. Dia menyelinap kebilik tidurnya untuk menghubungi
suaminya.
“Hallo Farid….you kan pantang ada
peluang you nak lari dari I you lari, mentang-mentang I tengah sakit you tak
pedulikan I ya, I nak you balik sekarang jugak.”
“Diana kenapa you ni.. dah
berminggu giliran Jannah I tak datang. Dia juga isteri I, dia ada hak atas diri
I ni..dulu masa you dekat nak due dia tak kisah pun I dengan you. Sampai
selamat you bersalin, dia tak telefon pun kacau. You ni dari dulu lagi, kalau I
kat sini you kacau asyik suruh I balik dengan you saja, kenapa ni Diana.” geram
Tengku Farid kalau dulu Diana meragam mungkin ‘pembawa budak itu kata NurJannah’. tapi dia kini sudah bersalin ‘pembawa apalah pulak’..pening kepala Tengku
Farid tidak faham dengan ulah isteri mudanya..
“You mesti sedar Farid..You
adalah hak I..dia yang rampas you dari I. I nak you balik sekarang jugak..
siapa nak jaga anak you yang tengah menangis ni. Kalau you tak balik, ceraikan
I.” Jerit Diana dihujung talian, geram hatinya sudah tidak dapat dibendung
dilepaskan melalui jeritan. Tengku Farid terkedu mendengar permintaan Diana.
Kini Diana sudah pandai mengugut suaminya dengan perkataan CERAI pula.
Entah dimana
silapnya masuk hari kedua di rumah,
anaknya Tengku Muhamad Arif Daneal asyik menangis sahaja. Diamnya hanya ketika
dia tidur mungkin keletihan kerana mengangis. Tidurnya pula hanya sekejap
sahaja. Tengku Farid terpaksa pulang juga mengenangkan nasib anaknya dan
mengenangkan ugutan Diana.
“Jannah.. abang minta maaf, abang
terpaksa juga balik, Arif asyik menangis kata Diana.”
“Tak apa lah bang, pergilah tenguk
anak abang dia masih kecil lagi. Jannah tak apa atuk, nenek dan Helmi pun ada
jaga Jannah.” Pengertian dan sifat tolakansur Nur Jannah menambahkan lagi rasa kasih dan sayang suaminya
kepada Nur Jannah. Cintanya makin teguh dihatinya. Sebelum dia keluar dari
bilik mereka, Tengku Farid memeluk isterinya dengan erat. Belum sempat rindunya
beransur pergi dia terpaksa berpisah lagi. Satu keluhan berat telepas juga
dimulut Tengku Farid, tapi apakan daya....semoga kesabaranya dapat bertahan
untuk keharmonian mereka.
“Kesian isteri abang ni..asyik
kena tinggal saja.” Sayu Tengku Farid memandang wajah isterinya NurJannah.
“Tak apa..abang jangan risaukan
Jannah..pergilah abang balik”.
Sampai sahaja di kondonya
setelah membuka pintu dia memberi salam. Datuk dan neneknya tadi sudah pulang.
Terdengar suara tagisan anaknya di bilik ibu mertuanya. Dia masuk ke biliknya
di lihatnya Diana sedang baring dengan bantal menutup telinganya. Apabila dia terpandang suaminya bingkas bangun
dia mengadap suaminya dengan mata terbuntang.
“Haa tahu pun you balik, you
dengar tu.. I dah tak larat dengar anak you menangis. You sedap seronok-seronok
dengan bini you, I dengan mommy I tunggang langgang jaga anak you yang tak berhenti menangis, sekarang pergi jaga anak you.”
tiba-tiba pintu biliknya terkuak dan terjengul ibu mertuanya mendukung anaknya sambil
menepuk belakang cucunya, terus dihulurkan kepada menantunya.
“Kau jaga pulak mommy dah tak
larat.” Tengku Farid terkedu tetapi
tetap mengambil anaknya yang sedang menangis, dia ingin meletakkan anaknya di atas
katilnya bersama mamanya, tetapi Diana melarang.
“Jangan..jangan sini, bising..
bising..pergi bilik sebelah.” Ibu mertuanya sudah pun keluar dan masuk ke biliknya
semula. Terpaksalah Tengku Farid menjaga anaknya seorang diri di bilik yang
satu lagi berdekatan dapur, di tepuk-tepuk belakang anaknya dengan perlahan
yang di panggung di atas bahunya.
“Anak papa nak susu ya.” Tengku Farid
tercari-cari botol susu di dapur, sambil mendukung anak yang sedang menangis Tengku
Farid mengetuk pintu bilik ibu mertuanya.
“Mommy.. mana botol susu Arif mommy.”
ibu mertuanya menghulurkan botol yang masih mengandungi susu yang masih suam
lagi. Tengku Farid masuk ke bilik dan membaringkan anaknya di atas tilam, sedang
anaknya menghisap susu, tanganya menekan nombor telefon bimbit Nur Jannah.
“Assalamualaikum sayang...Jannah
abang ni, kalau baby menangis nak buat macam mana…ni dia tengah menyusu, lepas
habis susu biasanya dia akan menangis lagi.” terang suaminya bersiap sedia
sebelum anaknya menangis, sahlah malam
ini tentu dia yang akan menjaga anaknya.
“Waalaikumsalam...abang..nanti ya
Jannah turun tanya nenek, nanti Jannah call balik.” Rumah mereka rumah banglo dua tingkat, di atas ada tiga bilik
tidur dua bilik air sementara di bawah ada dua bilik tidur dan satu bilik air. Datuk
dan neneknya tidak mahu bilik atas katanya penat turun naik tangga, mereka
lebih selesa bilik bawah dekat dengan bilik air dan dapur.
“Ok..baik-baik turun tu ye sayang.”
nasihat Tengku Farid kepada isterinya, sememangnya dia sayang sangat pada Nur Jannah
sekarang ini. Tidak lama Tengku Farid menunggu telefon bimbitnya sudah berdering
Nur Jannah memberi salam lalu di jawabnya.
“Kata nenek lepas menyusu angkat
anak abang letakkan mukanya diatas bahu kita, lepas tu tepuk-tepuk belakangnya
perlahan-lahan sampai dia sendawa, baru baringkan. Kalau boleh tiarapkan dia, tapi
pastikan hidungnya tidak tersembam ke tilam palingkan mukanya kesisi tapi
jangan kuat sangat nanti sakit pulak leher dia. Kata nenek lagi kalau ada vicksvaporub
sapukan dulu keperutnya dan juga tapak kakinya, mungkin perutnya tak selesa, itu
sebeb dia menangis. Yang kedua kalau dia menangis lagi cuba tenguk pampesnya
mungkin basah, ok bang.”
“Ok. Terima kasih sayang, abang sayang
Jannah assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.. Jannah pun
sayang abang.” tapi perlahan Nur Jannah menyatakan sayangnya sambil keluar dari
bilik neneknya.
“Hallo.. Jannah kenapa? nenek ada
kat situ ke?” Jannah ni bab sayang menyayang malu sedikit hendak menuturkan
jika ada orang berhampiran denganya. Jika mereka berduaan kurang sedikit
walaupun merah juga mukanya menahan malu..jika dia menuturkan bab perasaanya.
“Ialah Jannah masuk bilik nenek...
atuk pun ada.”
“Jannah cakap sajalah apa yang abang
cakap kat Jannah, kalau nenek nak orang cakap sayang kat dia.. atuk kan ada
bolehlah atuk bagi sayang kat dia, tentu atuk suka.”
“Hsyy abang ni masa kritikal
macam ni pun masih nak bergurau lagi.” bahagia sungguh hati Tengku Farid
mendengar gurauan spontan Nur Jannah tadi. Talian sudah diputuskan tapi
senyumanya masih tersungging dibibirnya. Dia mengikut segala tunjuk ajar yang
di sebutkan oleh isterinya tadi. Alhamdulillah anaknya tidak berapa meragam
malam itu. Hanya dua kali Tengku Farid
terjaga kerana anaknya menangis, pertama sebab lampinya basah dan yang kedua
hendak menyusu, tetapi tidur Tengku Farid tidak juga lena kerana asyik menjaga
hidung anaknya kalau terbenam ketilam takut nanti lemas pula, seperti yang di beritahu
oleh isterinya tadi.
Pagi itu selepas solat subuh Tengku Farid
terlena lagi diatas sejadah, dia merasa mengantuk kerana tidak cukup tidur
menjaga anaknya semalaman. Dia tersedar hampir pukul lapan setengah pagi.
Tengku Farid bergegas bangun bersiap-siap untuk pergi ke tempat kerja. Sudah
hampir dua minggu Tengku Farid tidak bekerja, datuknya Tengku Faizal maklum
masaalah cucunya dan dia membenarkan dia bercuti sehingga masaalahnya selesai. Tetapi
pagi itu dia terpaksa juga bekerja kerana banyak kerja yang tertangguh
sepanjang dia bercuti. Sambil mendukung anaknya dia masuk kebilik Diana yang
masih lena.
“Diana...Diana bangunlah I nak
pergi kerja. ambil Arif ni, ini susunya.”
sambil mengerakkan bahu Diana.
“Diana ..dengar tak!! I nak pergi
kerja, tenguk anak ni.”
“Emmm..” hanya itu yang keluar
dari mulut isterinya walaupun bahunya sudah digoyang berulang kali. Tengku
Farid mengoyang lagi bahu isterinya, bila di lihat isterinya masih memejamkan
matanya, walaupun sudah mendengar suaranya tetapi Tengku Farid masih tidak yakin Diana sudah sedar
sepenuhnya.
“Diana tenguk anak ni..I dah
lambat ni, bangulah”.
“Oklah..oklah I dengar!! kenapa you tak cuti hari ni” Diana membentak
geram tidurnya terganggu.
“Dah dekat dua minggu I cuti
Diana. Kalau Arif nak susu ini susunya.. Lepas menyusu you tepuk-tepuk belakang
dia sampai sendawa tau.” Diana bangun tapi mata masih terpejam, geram sungguh hati
Tengku Farid.
“Diana bangunlah tenguk anak ni.”
“Ok letaklah situ..Kan I dah
bangun ni.”
“Bangun apanya macam tu ..kalau
mata you masih pejam lagi...bukalah mata you tu nanti tak nampak anak ni.”
Tengku Farid mengeleng-gelengkan kepalanya melihat tingkah isterinya yang
didepan mata.
“Oklah..oklah..hisss you ni
bisinglah..dah letaklah budak tu.” Diana
membuka matanya yang masih kelat. Suaminya meletakkan anaknya di hadapan Diana.
Dia bertawakkal kepada Allah akan keselamatan anaknya.
Sampai di pejabatnya...Baru
sahaja tangan Tengku Farid memulas
tombol pintu bilik pejabatnya tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar di dalam poket
seluarnya. Bila di lihatnya “new number” yang tertera discreen telefon
bimbitnya... dia terpinga sekejap tapi tetap menjawab panggilan itu.
“Assalamualaikum” terdengar salam
seorang lelaki dari talian di sebelah sana, Tengku Farid tambah terpinga kerana
dia tidak mengenali suara itu. Dari mana pula orang itu mendapat nombor telefon
bimbitnya, hatinya tertanya-tanya, tapi salam tetap di jawab.
“Waalaikumsalam..boleh tahu siapa
ni?.”
“Ohh terlupa…atuk ni Farid”
diiringi gelak kecil dihujung talian...
“..Farid boleh balik tak, Jannah
sakit ni, dia kata dari malam tadi. Nak minta tolong Helmi..Helmi tak datang
malam tadi... rupanya dia ikut nenek dia, kata Jannah ke London ada kerja sikit kat sana,
lepas tu jenguk abang dia yang belajar di sana.” panjang lebar datuk
menjelaskan... santai sahaja bunyinya. Tujuan Encik
Ibrahim berlakon begitu supaya Tengku Farid tidak cemas dan tergesa-gesa.
“Ok..boleh..boleh nanti Farid
sampai...Assalamualaikum.”
“Pandu kereta baik-baik ya jangan
tegesa-gesa Jannah tak lah sakit sangat.” datuk berpesan takut Tengku Farid
memandu laju.. merbahaya pula di jalan raya.
“Baik tuk Assalamualaikum.” tampa
berlengah dia pulang dengan hati yang berdebar. Dia terlupa hendak memberitahu
setiaushanya. Walaupu kedengaran suara Encik Ibrahim biasa sahaja, hati Tengku Farid tetap risau kerana tidak pernah NurJannah atau pun datuknya menghubunginya ketika dia dirumah Diana ataupun ditempat kerja.
Bilalah masaalah Farid ni nak habis.ceriter tetap menarik minat pembaca.
ReplyDelete