Periuk buruk
berpalit arang,
Letak
manggis diatas para,
Huduh buruk
dimata orang,
Cantik manis
dimata saya.
Dikondo Diana bersorak gembira kerana kemenangan. Dia tahu
antara mereka berdua, suaminya lebih
menyayangi dirinya, perasan lebih Diana ni. Sudah ada berbagai rancang yang
dirancang dalam kepalanya.Tidak puas-puas dia menguji antara dirinya dan Nur
Jannah yang mana lebih disayangi oleh suaminya. Sampai sahaja suaminya Diana
sudah menanti dimuka pintu.
“Jomlah I dah lapar sangat ni dari petang tadi I tak makan.”
Diana menarik tangan suaminya menuju ke lif untuk keluar makan malam itu.
Suaminya tidak membantah hanya menuruti kehendak Diana dengan sabar. Malam itu
Tengku Farid hanya menemani Diana makan dengan penuh selera, dia hanya minum
segelas air kosong sahaja.
Sepeninggalan suaminya Nur Jannah pula mengambil wuduk, dia
ingin membaca Surah Mariam malam ini. Dia ingin mengamalkan apa yang dipelajari
dari ustazahnya ketika dia di tingkatan lima dulu. Kata ustazahnya dulu untuk
memudahkan ketika kita bersalin waktu kita mengandung selalu-selalulah baca
Surah Mariam, jika hendakkan anak yang cantik bacalah Surah Yusuf dan kalau
hendak anak pandai bacalah Surah Loqman. Ketika itu uztazah memberi petua
sebelum kelas Fardu Ain bermula..dia menasihati pelajarnya tidak kira lelaki ke
perempuan ketika itu..jika lelaki esok kalau dah kahwin nasihatkanlah isteri
supaya baca surah tu itu pesan ustazah yang baik hati tu. NurJannah memulakkan
mengaji surah-surah istimewa itu.INSYAALLAH
jika Allah menerima amalanya dia dan anaknya akan mendapat keberkatan.
Padanya dari memikirkan hal suaminya ada baiknya dia mengingati Allah itu lebih
baik semoga dia dan anaknya diberkati.
Kini rutin kehidupan Tengku Farid terpaksa berubah.Diana
sudah tahu dimana kelemahan suaminya. Suaminya tidak suka dia keluar kekelab
malam atau melepak-lepak di pub bersama
kawan-kawanya atau akan tidur dirumah kawan-kawanya. Tetapi itulah permintaanya
jika setiap kali suaminya mahu bermalam dirumah isteri tuanya. Katanya untuk
menghilangkan rasa bosan jika ditinggal sendirian, dia mengugutnya begitu.
Sudah dua minggu Tengku Farid asyik menemani Diana sahaja.
“Farid kalau you tak balik malam ni I nak makan dengan
diaorang”. Diaorang merujuk kepada
kawan-kawan serumah Diana dahulu Bella, Sharon dan Anita.
“Jangan I balik malam ni..tunggu kat rumah kita pergi makan
sama-sama”.
“Tak mahu lah you balik lambat . Sekarang ni I cepat lapar
..lima setengah I dah rasa lapar sangat”.
“Tak apa ..I minta Jannah balik cepat sikit..empat setengah
nenek dia dah bagi dia balik”. Diana dihujung talian sudah melaonjak kegirangan
kerana dia menang,. Sengaja dia berkata begitu untuk memancing suaminya tidak
berlama-lama dengan isteri tuanya…Ahh Diana.. tingkahnya membuat suaminya tidak tentu tentu arah.
Tidak tentu arah bukan kerana sayang tapi mahu menyekat dari dia melakukan
perkara-perkara yang tidak terfikir oleh fikiran orang yang waras.
"Maafkan abang Jannah.. tak dapat abang nak teman
Jannah masak petang ni..abang nak kena balik cepa. Diana kata sekarang ni cepat
lapar..itulah kalau abang lambat sikit dia akan kelaur makan dengan kawan-kawan
dia. Jannah tahulah kalau dia dah keluar dengan kawan-kawan dia entah pukul
berapa pulak dia balik..kalau tak pukul satu atau pukul dua tak sah".
"Abang jangan rasa bersalah pada Jannah..Jannah redha
demi kebaikkan Diana dan anak abang..." Ketika NurJannah menghulur tangan
untuk bersalaman dan mencium tangan suaminya...Tengku Farid terus sahaja
membuka pintu keretanya...
"Abang hantar Jannah sampai depan pintu".
"Tak apa masih terang lagi ...InsyaAllah Jannah
selamat."
"Tak apa... abang nak peluk Jannah dan bagi kucupan
azimat supaya abang tak rindukan Jannah malam nanti." Seperti apa yang dikatakan setelah dia
memeluk isterinya beberapa saat dan mengucup dahi dan bibir isterinya Tengku
farid bergegas pulang kekondonya.
Itulah rutin hidup
Tengku Farid...Jika dia terlambat
sedikit pastinya Diana akan keluar makan bersama kawan-kawannya.. Diana pula
kini setiap petang akan pulang lebih
awal dari biasa, dengan cara itu tidak membolehkan Tengku Farid membantu
NurJannah menyediakan makan malam dan makan malam di rumah Nur Jannah. Sebenarnya
Diana takut jika suaminya berlama-lama dirumah isteri tuanya dirinya akan
dilupakan dan yang paling ditakuti suaminya akan jatuh cinta pada NurJannah
pula. Walaupun dia tahu isteri tua suaminya tidak secantik dan seanggun
dirinya. Pernah sekali dia bertanyakan suaminya..
“Farid apa yang you
pandang dengan Jannah tu.. sampai you macam nak pergi rumah dia saja..I tenguk dia tu bukanya cantik sangat
sampai you asyik teringat kat dia”.
“Ini bukan soal cantik Diana..dia tu isteri I, I kena
bertanggung jawap pada dia..dia ada hak keatas diri I ni”.
“Alaah bukan pasal tanggungjawab I rasa…tentu dia dah
guna-gunakan you.. itu yang tak boleh nak lupakan dia. Dari dulu lagi I dah
tahu cita rasa you Farid.... you akan pandang yang cantik dan bergaya saja..Ni
I tenguk dia tu langsung tak masuk dalam golongan wanita cantik.. bergaya
apatah lagi”. Ketika itu suaminya hanya mendiamkan diri sahaja., tetapi dia
tidak tahu bisik hati suaminya…
‘Hai Diana.. cantik bukan pada fizikal sahaja’ tetapi
kata-kata itu hanya didalam hati Tengku Farid sahaja ..sebenarnya dia malas
mahu melayan kata-kata Diana..jika dilayan lain pula jadinya..dia malas mahu
bertengkar sebetulnya. Pada Tengku Farid sekarangt ini NurJannah adalah
segalanya. Cantik lahir dan batin, lemah, lembut bersopan dan penyayang. Yang
selebihnya seorang yang sangat memahami dan bertimabang rasa. Jika dibandingkan
dengan Diana seratus kali banyak kelebihan NurJannah.
Tengku Farid redha
dalam terpaksa. Walaupun hatinya sering menjerit rindu pada kebiasaan mengaji,
berzikir dan solat berjemaah bersama NurJannah.Tetapi untuk kebaikan isteri dan
anaknya yang di kandungkan oleh Diana dia terpakasa bersabar. Rutin menghantar dan menjemput Nur Jannah
pergi dan balik dari kerja tetap berjalan seperti biasa.
Pagi itu ketika menghantar NurJannah kepejabatnya.....
“Jannah biasanya
kalau pukul sepuluh pagi abang call office mesti Jannah tak ada, call handfon
Jannah tak jawab…Jannah pergi mana?” kemuskilan hatinya selama ini disuarakan
dengan teragak-agak, takut-takut Nur Jannah berkecil hati, kerana pergerakkanya
diawasi. Sudahlah sejak akhir-akhir ni dia tidak dapat layanan dari dirinya,
pergerakkanya pula dia awasi, salah tanya nanti tentu isterinya yang ini akan
melenting. Itu yang ada di fikiran Tengku Farid.
“Masa tukan waktu minum jadi…InsyaAllah kalau tidak ada
keuzuran pukul sepuluh tu Jannah pergi sembayang sunat Duha...
Sunat Duha ni sembahyang memohon rezeki dari Allah, Semua
rezeki itukan datang dari Allah. Kata atuk Jannah… Allah suka kita
meminta-minta kepada Nya, jika kita memohon kepadaNya..Insyaallah Allah akan memberi dengan penuh keberkatan dan kita
juga dapat pahala.
Contohnyalah kita nampak buah di pokok orang, kita ambil dan
kita makan,ada ke tuan pokok itu akan membelah perut kita, sebab kita ambil dan
makan buah dari pokok dia tampa meminta izin dari tuannya terlebih
dulu…tentulah tidak.Mahu tak mahu dia akan membiarkan sahaja perbuatan kita,
walaupun didalam hatinya terkilan. Tapi lain kalau kita mintak dulu sebelum
kita ambil, tentu tuan pokok tu gembira kerana kita menghormati haknya.Begitu
juga semua rezeki yang ada didunia ini, semuanya Allah yang punya,kalau kita
tak minta, Allah bagi juga sebab kita sudah berusha mendapatkan rezeki itu.
Tapi apalah salahnya kita ni sebagai seorang hamba meminta dahulu sebelum kita
mengambilnya. Lagi pun bukan susah sangat sembahyang sunat Duha ni, hanya dua rakaat saja. Rakaat pertama bacalah Surah
Al-Fatihah dengan Surah Al-Kafirun dan rakaat kedua bacalah Surah Al-Fatihah
dengan Al-Iklas, semasa sujud sebelum
tahiyat akhir bacalah YA WAHHAB sebanyak
40 kali lepas tu… barulah duduk baca Tahiyat akhir dan salam, dah habis. Kalau
kita ada masa lagi bacalah zikir subhanallah walhamdullilah walailhaillah
wallahuakbar,sebanyak sepuluh kali,lepas tu barulah baca doa,memohon rezeki.
Yang atuk ajar pada Jannah doanya begini, tetapi sebelum
apa-apa doa dibaca kita mesti baca selawat keatas Nabi dulu. Kata datuk Jannahkan selawat Nabi ni macam
setemlah kalau nak doa kita dihantarkan oleh malaikat kepada Allah, kita mesti
baca ini dulu
Bismillahirahman nirrahim,Alhamdulillahirabbilalamin,
wassalatuwassalamuala asyrafi anbiyauwalmursalin, waalaalihiwasahbihiwasallim.
Sesungguhnya waktu duha,waktu duhamu,cahayanya
cahayamu,keindahanya keindahamu, kesuciannya kesucianmu, Ya Allah jika rezekiku
ada dilangit maka turunkannya untukku, jika ada dibumi maka keluarkanya
untukku, jika jauh maka dekatkan untuku, jika hamper maka mudahkanya untukku,
dengan kebenaranya duhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu berikanlah
kepadaku sebagaimana Engkau berikan kepada hamba-hambamu yang solih.
Wasallallahuala Saidina Muhammadin waala alihi wasahbihiwabarik wasallim.
Ada doa bahasa Arab tapi Jannah baca semuanya dalam bahasa
Melayu saja, bahasa Arab Jannah tak lancar”,kemudian Jannah menyambung lagi..
”Kita ni bang kalau boleh biarlah ada wuduk selalu, ni pagi
tadi kita dah berwuduk untuk solat subuh, sekejap lagi kita akan berwuduk lagi
untuk sembahyang sunat Duha, tentu sekurang-kurangnya sampai pukul 12
tengahhari nanti baru batalkan tak lama lepas tukan kita berwuduk lagi untuk
sembahyang Zohor pula, jadi bolehlah dikatakan kita sentiasa ada wuduk, kata
atukkan kalau kita sentiasa berwuduk
syaitan tak berani dekat.” terang NurJannah dengan iklas kepada suaminya.
Terpegun Farid mendengarnya dan terdetik dihatinya banyaknya
perkara yang dia tidak tahu untuk menjadikan dirinya seoarang hamba Allah yang
diredai.
“Jannah boleh tak Jannah tuliskan pada abang cara-cara
sembahyang sunat Duha tadi Insyaallah
kalau abang ada masa abang nak cuba buat.”
“Ini ada buku cara-cara solat sunat lain dan solat
Duha. Jannah ada tandakan,dulu Jannah
tak lancar sangat jadi Jannah sentiasa bawa buku ni.” NurJannah mengeluarkan
buku kecil dari bag bimbitnya lalu menghulurkan
kepada suaminya.
“Bang..”Tengku Farid mengangkat mukanya dan memandang
NurJannah dengan pandangan hairan.
“Abang tak jemu ke dengar Jannah cerita, bukan cerita
sendiri pulak tu,cerita atuk Jannah yang abang tak kenal.” gurau isterinya.
“Abang kalau boleh hari-hari nak dengar Jannah. Jannah nak
tahu..sebenarnya sekarang ni abang rasa sangat bersyukur dipaksa nikah dengan Jannah. Tapi Jannah..
masa untuk kita bersama-sama macam dulu sangat terbatas. Kalaulah Diana dapat
bertolak ansur dan memahami kehendak hati abang, alangkah bahagiannya…abang
sebenarnya rasa bersalah sangat kerana tak dapat berlaku adil dengan Jannah.”
terpancar kekesalan di wajah suaminya, dia benar-benar rasa terkilan dengan apa
yang tidak dapat dilakukan kepada isterinya Nur Jannah yang banyak mengalah.
“Tak mengapalah bang.. Diana lebih memerlukan abang, Jannah
reda semuanya demi Diana dan anak abang
yang dia kandungkan, abang jangan rasa bersalah pada Jannah.” Sudah berulang
kali dia menyatakan begitu pada suaminya. Nur Jannah menghulurkan tangan untuk
bersalaman dan mencium tangan suaminya. Kerana kereta suaminya telah lama
berhenti dipintu masuk kepejabatnya.
“Jannah sebenarnya abang rindu nak baring dipangkuan Jannah
sambil Jannah picit-picit dan membelai rambut abang.” Tengku Farid menyatakan
kerinduannya dalam masa yang sama tangan isterinya masih di genggamannya.
“Abang mintalah Diana buat untuk abang.”…lama mereka
bertatapan sebelum Tengku Farid melepaskan tangan isterinya Nur Jannah. Begitu
sedeh sekali hatinya melepaskan isterinya pergi.
=====================================================
Ceriter tatap best dan menarik minat pembaca
ReplyDelete