Bila buka, berderet komen semuanya berapi. Memang pun bab poligami memang kita sensitive. bukan kita benci tapi yang melaksanakan yang tak betul itu sebab kita benci kan..kan..baca saja tpi tak sempat nak balas sorry ye. Dek sebab teruja mak teh post bab ni. curi masa makan tengahhari.
==============
Muntah
susu kali terakhir membuatkan Nuri sangat lemah, akhirnya dia pengsan tidak
sedarkan diri. Ketika Syukri masuk kedalam rumah kelihatan kak Ton sedang cuba
mengangkat kepala Nuri untuk diletakkan bantal dikepalanya.
“Kenapa
kak Ton”.
“Alhamdullilah
Syukri balik, Nuri ni pengsan, dia kata dia kena gastric. Dia muntahkan susu
yang dia minum kemudian pengsan.” tampa
berfikir panjang Syukri kedalam bilik mencari baju, seluar dan tudung
isterinya. Diruang tamu itu juga dia menukar baju isterinya yang terkena muntah
dengan baju t-shirt lengan panjang dan memakaikan seluar track suit. Dalam
hatinya dia mahu membawa Nuri keklinik malam itu juga.
“Ok, kak
Ton saya nak bawa Nuri pergi klinik, kak Ton nak duduk sini ke nak balik rumah
kak Ton, kalau nak balik saya hantarkan”.
“Pasal kak Ton
dan anak-anak Syukri jangan risau
pandailah, apa kak Ton nak buat, bawalah Nuri pergi klinik dulu.”
“Ialah
tapi tolong bukakan pintu kereta saya”. Syukri mencempung isteri yang tidak sedarkan
diri kekeretanya untuk dibawa keklinik.
Sampai
diklinik doktor menyuruh Syukri membaringkan Nuri dibilik pemeriksaan. Setelah
ditanya itu dan ini. Doktor yang memeriksa memberi tahu apa yang telah
diperolehi dari pemeriksaanya...
“Encik
Syukri kalau ditenguk dari paparan screen ni, isteri Encik Syukri ni hamil dua minggu. Muntah tu
selain disebabkan gastik mungkin kerana alahan mengandung, tapi perut dia
memang kosong itulah sebabnya dia dapat gastrik kalau orang kita kata ‘masuk
angin’. Saya beri satu suntikkan untuk tahan muntah kerana dia sedang
mengandung saya beri ubat yang berdos rendah. Agaknya dia kerap
sangat muntah ni, dia dah kekurangan air dalan badan, kena masukkan air dalam
badan juga”.
“Ok, satu
permintaan saya doctor kalau dia sedar nanti jangan bagi tahu dia mengandung ye
dan saya nak gambar ni, untuk membuktikan apa yang saya katakan betul”. Syukri
menunjukkan gambar yang menunjukkan kandungan Nuri. Walaupun hanya nampak titik
putih di gambar hitam putih itu.
“Kenapa
pulak macam tu Encik Syukri?”.
“Alah saja
aje doctor, saya nak bagi dia suprise, selalu suami saja yang dia bagi suprise
kali saya pula.” Kha,kah, kah dua lelaki itu ketawa mengenangkan suprise kepada
seorang wanita yang bergelar isteri.
“Sebab
encik Syukri suaminya boleh saja”.
Sudah dua
jam titisan air masuk kebadan Nuri tinggal setengah botol sahaja lagi, Nuri
mula membuka mata. Dia sudah sedar dari pengsannya. Syukri yang sedari tadi
duduk disisi katilnya sambil memegang tanganya sedang memerhatikan dirinya.
Bila terpandangkan suaminya Nuri jadi terkejut. Dimanakah dia???.
“Jangan
banyak bergerak tengah nak masukkan air, sikit lagi tu”. Perlahan sahaja Sukri
memberi peringatan.
Nuri
menghentikan pergerakkanya. Kedua-duanya membisu. Didalam hatinya tertanya-tanya.
Apa yag terjadi pada dirinya, mengapakah suaminya ada disisinya dan adakah kak
Ton yang menghubungi Syukri. Tetapi tidak terbuka mulutnya mahu bertanya.
Hamper pukul 12 malam mereka sampai
kerumah semula. Sampai sahaja dirumah dilihat rumahnya kosong. Anak-anaknya
mungkin sudah dibawa oleh kak Ton kerumahnya. Rumahnya juga sudah dibersihkan
dari muntahnya tadi. Syukri mengikuti isterinya masuk kedalam rumah.
“dahlah
tak payahlah masuk lagi dah pukul berapa ni. Pergilah abang balik rumah Sarah,
malam ni malam dia.” Datar sahaja suara Nuri.
“abang nak
masuk, abang temankan Nuri malam ni”.
“Malam ni
bukan malam saya, saya tak mahu ambil hak orang bang, pergilah abang balik saya
dah ok ni”.
“Nuri cuba
dengar cakap abang ni”.
“Jangan
macam ni bang, pergilah abang balik, saya tak mahu kerana saya abang melanggar
peraturan abang, malam ni bukan hak saya, saya tak mahu, pergilah balik”.
Berkeras Nuri mempertahankan pendirianya.
“Nuri!!
siapa abang ni pada Nuri, sampai Nuri sakit pun Nuri tak call abang. Nuri pilih
call kak Ton dari abang . Kat mana abang kat hati Nuri sekarang ni.”
“Untuk
malam ni abang bukan siapa-siapa pada saya.”
“Sampai
hati Nuri cakap macam ni pada abang”.
“Sesampai
hati abang bagi madu pada saya dan sesampai hati abang bagi saya rasa yang
macam ni, rasa kosong bang. Sekarang ni hidup saya rasa kosong sangat, kalau
esok tak ada pun tak apa. Sebab adanya
anak-anak saja saya kuat bang. Biarlah saya uruskan hidup saya malam ni,
sebab turn abang bukan kat sini malam ni. Keadaan macam abang yang nak, masa
abang terhad untuk saya juga abang yang nak. Sekarang pergilah abang balik,
semakin banyak kita bercakap, malam
semakin larut dan saya dah terambil waktu Sarah, Sarah sedang tunggu abang,
pergilah balik. Ini pun dah rasa syukur sangat abang hantarkan saya pergi
klinik. Terima kasih banyak-banyak.”
Terasa seperti orang lain pula dirinya kepada Nurizana ketika itu.
“Kenapa
Nuri tak mahu abang temankan”.
“Sebab saya
tak mahu rasa bersalah, sekarang ni saya
rasa bersalah sangat kerana ambil masa Sarah denagn abang..jadi pergilah abang
balik”. Makin datar suara Nuri namun penuh dengan getaran. Getaran sebak
disitu.
“Nuri! Sarah tak kisalah, dia tahu Nuri sakit”.
“Siapa
cakap dia tak kisah? saya ni perempuan sama macam dia, dan saya lebih tahu, dari abang. Sebab
saya yang merasa waktu saya yang tercukai akan menjadikan hati ni pedih dan
sakit. Abang memang tak akan pernah rasa dengan rasa tu, rasa tertunggu-tunggu
rasa ternanti-nanti dan rasa terdengar-dengar, sebab abang bahagia sentiasa,
balik sana ada yang tunggu balik sini walaupun abang terpaksa tapi tetap
ditunggu”.
“Siapa
kata abang terpaksa kalau balik sini...”
“Sudahlah
bang masa berjalan tak tunggu kita, pergilah, saya dah ok ni, bak ubat tu. Dah pergilah
abang balik, saya pun nak solat. Saya
tak solat Isyak lagi ni”.
Nuri
mencapai bungkusan ubat ditangan suaminya dicapainya sekali tangan suami untuk
diciuminya tanda hormat. Akhirnya Syukri akur dengan pendirian Nuri. Dia
melangkah longlai. Hatinya pedih mendengar apa yang diperkatakan oleh Nuri.
Syukri menjadi takut menghadapi hari esok, dia takut Nuri meminta
perpisahan.
Segala
perbualan mereka disaksikan juga oleh Sarah dirumahnya. Melalui paparan CCTV.
Hatinya bagai tersiat. Dia boleh menyelami hati Nuri. Kesakitan hati Nuri
mungkin lebih parah. Separah hatinya bila dia mengetahui Syukri sudah berkahwin
dulu.
Bila
Syukri keluar dari rumah Nuri, cepat-cepat Sarah kebilik mahu pura-pura tidur.
Dia tidak mahu suaminya tahu dia juga mendengar apa yang mereka cakapkan. Kini
baru dia tersedar kehadiranya membawa derita jiwa kepada seorang perempun
sepertinya juga. Dia akan mecari jalan penyelesiayan kemudian, itu azamnya
didalam hati.
Sepeninggalan suaminya Nuri kedapur mencari
bahan yang boleh dimakan, perutnya terasa sangat kosong. Dia membancuh secawan
susu diambilnya juga beberapa ketul air batu dan memasukkan kedalam cawan
susunya. Dia mengambil beberapa keping roti,
disapunya dengan sedikit susu pekat manis, hanya itu sahaja yang
mendatangkan selera untuknya ketika itu. Kemudian dia mencicah roti tadi
kedalam susu sejuknya tadi. Segigit demi segigit dia mengunyah dan menelan
dengan kepayahan. Dia terpaksa menelan dengan selera yang tak berapa ada.
Akhirnya habis juga roti dan susunya. Tetapi diakhir sisa makan dimulutnya Nuri
menekup mulut. Loya datang kembali. Cepat-cepat tangan mencapai botol air masak
dihadapanya. Dengan rakus dia mengogok air tampa cawan. Lama dia dimeja makan
mungkin mahu menstabilkan isi perutnya dengan apa yang dimakanya tadi.
Sampai
sahaja dirumah, terus sahaja Syukri kedalam bilik kerjanya. Dia mahu memerhatikan Nuri. Dia melihat
isterinya itu sedang makan roti pada gigitan terakhir. Kemudian dia mengusap
perutnya mungkin rasa sakitnya datang lagi. Kebudian dia menekup mulutnya
dengan kedua tangannya lagak mahu muntah, cepat-cepat dia mengabil air mati
yang memang sentiasa ada didalam botol dimeja makan mereka, diteguk rakus tampa
cawan.Nuri tertanya-tanya dengan dirinya sendiri mengapa dia merasa mual bila
tercium bau susu, itulah sebabnya dia merasa hendah muntah sebenarnya.
Selesai solat Nuri tidur diruang tamu. Diatas
tilam nipis yang memang tersedia diruang tamu. Mungkin sebagai persediaan jika
dia mahu muntah lagi, senang dia berlari kebilik air didapur. Apabila dilhatnya
Nuri telah merebahkan badan barulah Syukri kebilik tidurnya, dilihat Sarah
sudah lena. Dengan perlahan dia merebahkan badanya disisi Sarah. Terasa
kedinginan perlakuan suaminya. Pada Sarah mungkin hatinya sedang gundah itu
sebabnya dia tidak dipedulikkan.
Keesokkan harinya selesai solat subuh Syukri
memberi tahunya mahu kerumah Nuri.
“Abang nak
jenguk Nuri sekejap kalau dia masih tak sembuh mungkin abang tak kerja hari
ni”. Bergesa Syukri kerumah Nuri. Dia ingin menjaga Nuri hari itu.
“Ialah,
nanti Sarah pergi kerja sendiri”.
Sampai
sahaja Syukri dirumah Nuri dia membuka pintu rumah. Keadaan dalam rumahnya
sunyi. Nuri tidak ada diruang tamu namun tilan nipis yang digunakan masih
terbentang belum berkemas. Mungkin Nuri lena dibilik mereka. Syukri menuju
bilik, bila dia menjenguk bilik tidur
mereka mahu mengejutkan Nuri solat Subuh, dilihat Nuri yang masih bertelekung
terlena disejadah.
“Oh mungkin dia tertidur..biarlah” kata Syukri
kepada dirinya sendiri.
Dia
kedapur dengan niat memasakkan bubur untuk Nuri. Dia memasak bubur didalam
periuk eletrik seperti yang selalu dilakukan oleh isterinya. Dia mengeluarkan
ayam dari bahagian sejuk beku lalu meredamkan kedalam sebuah periuk. Kemudian
dia mengopek beberapa biji bawang merah dan bawang putih dan sedikit halia.
Segala apa yang dikupasnya tadi ditumbuk bersama sedikit lada putih. Akhirnya
bahan yang ditumbuk tadi dimasukkan kedalam periuk dan dicampur dengan tiga ke
empat gelas air lalu dijerang diatas dapur. Dia mengambil ayam yang sedang
direndam keliahatanya ayam tadi sudah agak lembut kerana air batunya sudah
mencair. Dia mememotong kecil-kecil ayanm tadi dan memasukkan kedalam periuk
yang sudah dijerangnya tadi.Dia mereneh ayam dengan bahan yang ditumbuknya
tadi. Kemudian dia mengopek dua biji kentang untuk dicampur kedalam supnya
tadi.
Bila
mendengar bunyi orang sedang bekerja di ruang dapur dengan langkah perlahan
Nuri menjengah dapur.
“Ehh abang
pagi lagi abang dah sampai, tak kerja ke hari ini?”.
“Saja
abang datang nak masak untuk Nuri, Nurikan masih sakit”.
“Tak
apalah bang saya dah baik ni, pergilah abang kerja, tak payah nak susah-susah
untuk Nuri”.
“Kenapa
Nuri, kenapa Nuri tak mahu abang buat sesuatu untuk Nuri, Siapa abang ni pada
Nuri”.
“Saya
hanya tak mahu menyusahkan abang”.
“Nuri tak
pernah susahkan abang, lagi pun Nuri kan
tanggungjawap abang”.
“Kalau
macam tu lepaskan saya, saya tak mahu lagi menjadi tanggungjawap abang.
Sebenarnya lama sangat perkara ni tertangguh, setiap kali saya niat minta
dilepaskan ada saja yang mengikat diri abang pada saya, ni sebelum ada apa-apa, saya harap sangat
abang lepaskan saya secara baik. Lepaskan saya bang.” Terus sahaja Nuri kepada
apa yang difikirkanya malam tadi.
“Kenapa
Nuri cakap macam ni, kenapa harus abang lepas kan Nuri sedangkan kita bahagia
saja”.
“abang
memang bahagia tapi saya tak. Saya tak pernah rasa bahagia sekarang bang. Makin saya paksa rasa bahagia tu datang pada
saya, makin siksa rasanya. Saya dah tak
sanggup rasanya nak tanggung lagi, bukan saya tak cuba tapi saya tak mampu
bang. Sejak sudah ada isteri lain disisi abang, saya tak pernah ada rasa
bahagia lagi. Saya tak mahu menanggung rasa ni sepanjang hayat saya. Pada saya
pada kita bertiga menyakitkan hati, baik tentu saya seorang. Saya tak
ternanti-nanti lagi. Saya senang abang pun senang.”
“Dah dua
tahun Sarah ada dalam hidup kita, abang nampak Nuri mampu bertahan.”
“Itu
kerana anak bang, setip kali saya nak buka mulut minta dilepaskan, benih abang
tersangkut dan bernyawa dalam rahim saya. Masa tu saya fikir anak sahaja, saya
tak mahu anak-anak lahir tampa ayah itu tujuan utama kenapa saya masih bertahan
disisi abang. Saya tak sanggup nak
memperjudikan nasib mereka, kalau nanti
orang kata anak saya anak luar nikah. Sekarang kelahiran Nuha dah empat bulan
berlalu dan orang dah nampak empat bulan Nuha berayah, kalau masa ni abang lepaskan saya orang tak
akan kata Nuha anak haram atau anak luar nikah. Jadi rasanya masa nilah yang
sesuai abang lepaskan saya, sebelum
benih abang tersangkut lagi
didalam rahim saya. Saya dengan rendah hati minta pada abang lepas kan saya
secepat mungkin. Saya minta maaf kerana menggunakan abang untuk kepentingan
saya.” Syukri terkedu mendengar jawapan dan permintaan isterinya Nuri yang
kedengaran sangat tegas dan sangat berterus terang. Tidak disangka dalam
diamnya Nuri rupanya masih tidak dapat
menerima Sarah sebagai madunya.
“Nuri!! kenapa abang nak lepaskan Nuri sedangkan
abang sayang Nuri, abang sayang Nuri sangat-sangat”.
“Jangan
abang sebut perkataan sayang untuk saya bang , rasa tersiat hati saya ni.”
“Habis
abang nak buat macam mana Nuri, Sarah tak ada tempat berlindung itu yang abang
nikah dengan dia dulu”.
“Tak
terdetik dihati saya mempertikaikan pernikahan abang dengan Sarah.Itu adalah
hak abang, hak yang Allah bagi. Dia adalah kebahagiaan abang, dia adalah cinta
pertama abang. Dan dia adalah segala-galanya untuk abang. Saya hanya minta abang ceraikan saya, supaya saya dapat
menghilangkan rasa sakit saya ni. Saya tersiksa dengan rasa ni. Saya dah tak
mampu nak bertahan lagi. Kalau saya terus menjadi isteri abang saya akan
menanggung rasa ni sampai saya menutup mata. Kalau esok saya mati mungkin saya
boleh bertahan lagi tapi manalah tahu umur saya panjang saya nak tanggung rasa
sakit sepuluh atau dua pulah tahun lagi,
saya tak mampu. Sekarang saya hanya nak menjaga kepentinagan saya dan
kebahagiaan saya sahaja. Saya tak peduli kebahagiaan abang, tolong fahamilah
saya.” Habis dia menuturkan kata-katanya dia menarik nafas panjang, air matanya
sudah bergenang ditubir mata, mengambarkan betapa pedih hatinya ketika itu.
menyampah betul syukri nih... Selfish.. buta hati.. rasa nak bagi penampau jer...
ReplyDeleteYess... mari kita tampau dia banyak² kali...
Delete2x nyampah kat syukri hehehehe
ReplyDeleteBetul². Akak pun menyampah berXX. Syukri ni berubah sekejap je sebab Nuri mintak cerai. Bila Nuri diam nanti dia buat balik macam sebelumnya.
DeleteMemang jodoh nuri dan syukri allah sayang. Dah mengandung lagi... Pasti syukri tak mau cerai punya. nuri tak ada pilihan mesti bertahan lagi.. Sarah perlu undur diri.. Tapi sanggup kah syukri.. Tq mak teh dgn post baru.... Tak sabar nak tahu jawapan dari syukri bila didesak begitu..
ReplyDeletesanggup ke sarah berundur?? sedangkan selamani waktu giliran nuri pun sanggup dia buat tak tahu..dia layan nya syukri sampai x teringat pada nuri.. pelik la kalau dia sanggup masa dia kahwin dulu pun sanggup tanpa memikir perasaan wanita lain.. tu pasal saya x suka perempuan kalau da hal rumahtangga pasangan lawan jantina jgn kita buatkan tempat meluah perasaan. biarpun kamceng macam mana pun kan
DeleteKalau ada laki kaya yang nakkan dia sanggup la dia berundur kot. Kalau bercerai tapi masih disara, masih kerja dengan syukri baik tak payah. Dulu mula konon nak balas budi, bila dah dapat tak sedar diri, tamak kemain.
DeleteMasyaallah Subhallah Alhamdulillah mengadung lagi, saya mengucap kesyukuran bagi pihak isteri yg susah dapat anak, lambat kahwin, lambat dapat anak. walhasil semua lambat tapi tak lah complained. Cuma sangat bahgia mendengar si Nuri melekat lagi mungkin Allah SAW nak bagi chance untuk Syukri bertaubat! sedari diri. Sedih berlinangan airmata pagi2 ni sambil minum kopi baca n3 baru nie, Nuri nie belum tahu yg dia mengandung sebab kalau dia tahu dia mesti diam lagi dan sabar sampai ke ending. h,,, tahniah writer very well written.
ReplyDeleteSalam dari Zurich
Dugaan lg muncul.pelik kan dulu susah untuk mengandung bila jd begini mcm2 dugaan dtg.tidak terfikirkah nuri unt mengambil pil perancang.nuri bukannya org kampung yg tak ada ilmu.entahlahhhhhhhhhhhhhh...........blh ke nuri menjaga 3 anak yg masih kecil........entahlah.mulut org kita tak blh tutup.jgn fikirkan mulut org.hidup kita kita yg tentukan.be strong.
ReplyDeletehuwaaaaa..part ni saya mmg sedih sangat2 mak teh.. :-(
ReplyDeletesaya boleh merasakan kesakitan nuri..
mmg nampak sangat hidup dia kini terseksa dan terpaksa bertahan sebabkan anak2..
ya allah ya tuhanku..berilah kebahagian pada nuri n anak2 dia...
walaupun syukri cuba nak berbuat baik, saya tetap benci dengan dia..
benci..benci..benci...
papepun terima kasih mak teh sanggup meluangkan masa menulis novel yg best ni..
mak teh mmg terbaekkkk..
Rasanya mak teh kena paoarkan cara2 penyekesaian dan bagaimana unt mendapatkan keadilan jika situasi begini berlaku agar wanita yg teraniaya diluar sana blh mencari jln penyelesaian
ReplyDeletesibuknya si mamat ni nak ckp yg kunun2 kahwin dgn minah gedik tu sbb takde tempat berlindung..apa..dia ingat si gedik tu budak bodoh ke sampai nak kena jaga..tp kalau tgk pun mmg bodoh pun..tu yg sanggup sakitkan hati kaum sejenis..dah la amek hak orang..dah tu bila turn nuri pun sibuk nak kol laki sbbkan rindu kunun2...tak padan umur tu tua dari nuri tapi akai ilek..
ReplyDeletesebenarnya suami yg baik dan adil..bila isteri di madukan, jgn di sentuh nama isteri yg lagi satu depan isteri satu lagi tu..tak payah la nak cakap berulang2 kesian, kesian, kesian..yg nak di kesiankan si nuri dan anak2..kelam kabut nak menguruskan anak2 yg kecik2 lagi tu..nuri tu sebenarnya dah jauh hati...tu sbb dia tak mau si syukri ni berasa dekat dgn dia..bila hati dah sakit..jgn kan tengok muka..dgr nama pun tak boleh...
syukrilah manusia paling bodoh kerana tergamak menyakiti nuri seorang isteri yang teramatlah baik. Katanya sayang sangat2 tapi perbuatan tak semengah, Bila nuri menolak pandai pulak terasa hati... Bagus bebenor nuri mengungkit begitu.. biar dia tahu dimana letaknya dia dihati nuri sekarang. Baru dia sedar langit tu tinggi ke rendah.
ReplyDeleteBagus jugak sarah dengar luahan hati nuri tu biar dia sedar diri jika dibandingkan dengan nuri dia jauh panggang dari api... Perbuatan dan sikap dia selama ini cukup baik atau macamana... Satu pengajaran biar dia muhasabah diri... huhuhu sedih... Moga kebahagia semakin menghampiri nuri.. Kesian dia terkena alahan pulak..... Anak itu rezeki... macamanalah nanti nuri nak jaga anaknya dah 3 orang masih kecil2 pulak tu... Syukri wajib kena sedar diri....
huhuhu.... sedihnya mak teh, baca bab nih... berkeping-keping rasa hati... nuri kena lebih tabah....
ReplyDeleteSubur sangat la pulak si Nuri ni. Dah la dapat laki yang tak mahu menolong. Betapa kelam kabutnya menjaga dua orang anak yang masih kecil seorang diri. Nasib baik lah kak Ton tu baik hati dan tak pernah berkira waktu. Memang kuat jodohnya dengan Syukri.
ReplyDeleteTapi menyampah dengan Syukri ni dia kesal sekejap jer. Nanti dah bekepit dengan Sarah, berat sangat nak tinggalkan kerumah Nuri. Sarah ni lagi la, sedar diri tapi tak pernah insaf. Abang maryam yang duda tu bagila kat sarah. Dia kan suka anak tiri.
Kurang sikit sakit hati bila Nuri dah bertegas nak berpisah ni. Bertangguh kali ni mungkin hikmahnya membawa kebahagiaan pada Nuri. Sekurang²nya Syukri dah tau kesilapan dia selama ni.
ReplyDeleteMak teh malam ni sambung lagi yer. Pembaca dari jauh(Zurich) pun ada ni.
Betul jugak tu..... tentu besar hikmahnya nuri mengandung lagi kali ini. Setahun sorang pulak dia dpt anak. masa syukri milik dia sorang tak dpt anak plk. Tuhankan mah mengetahui dan maha berkuasa... tentu dia tak mahu segala perit jerih dia mencari kesenangan bersama syuri dulu jatuh ke tangan orang lain sewenang-wenangnya... Dugaan yang mendatang akan menjadikan nuri lebih matang walaupun penuh keperitan... Tuhan hanya satu... Pasti orang yang tabah dan kuat seperti nuri akan mendapat sinar bahagia jua akhirnya walaupun cabaran penuh berliku... apa akan sarah buat selepas ini??? Kalau dia tak boleh berfikir lagi tak taulah... Sanggupkah syukri kehilangan nuri atau sarah??
Deletenuri ni senang lekat sbb syukri jarang2 bersama dia..
ReplyDeletetu yg dari segi anu tu, rahim dia bole berehat..
yg si gedik tu tak lekat sebab asik nak berkali2 meround je..
sampaikan turn nuri pun dia nak sapu..
tak rehat langsung kekdahnya..
cam kereta la..kalau dok berjalan pun lunyai jadinya..
hehe betul kot... sebab ada kenalan tu suaminya belayar.. 6 bln sekali balik.. dah 4 anak yg sulung baru darjah 3.. tp sebenarnya ada je yg boleh mengandung tiap2 tahun..semuanya ketentuan Allah s.w.t
DeleteMak teh, karya mak teh semakin lama semakin hebat dan terhangat. Rasanya novel ni pasti terbaik punya... peminatpun ramai,,, mak teh mampu memanipulasi perasaan pembaca dengan baik sekali. Idea mak teh amat bernas.. menyentap rasa,, terguling-guling dan terbakar hangus... berjurai-jurai air mata... memang benar, andai katalah mak teh buat cerita sekerat je mesti meraung-raung perasaan kami nak tahu sampai penghujungnya. Yang wajib dan pastinya tiada sorangpun peminat mak teh ni nak nuri berterusan derita.. Bukan apa, rasa tak logik tuhan memberi sengsara sahaja kepada orang yang sebaik nuri..
ReplyDeleteJangan disangka air yang tenang tak ada buaya.
ReplyDeleteDiam² ubi berisi. Itulah Nuri. :)
Wahhhhh mg terbaek ar mak teh.....
ReplyDeleteBila la kemelut depa ni nk slesai
Terima kasih kerana entri ni. Pada saya tahap kesabaran Nuri sudah sampai hadnya. Harap Syukri tidak gunakan alasan kandungan Nuri untuk tindak menceraikan Nuri. Kalau Syukri bertanggungjawab juga takkan bebankan Nuri anak setahun satu. Dan harap Syukri tidak kenakan syarat utk bercerai dia mahu anak ketiga dijaga Sarah. Saya berkata begini kerana terjadi dlm keluarga saya dan akhirnya tak jadi bercerai. Hidup makan hati selamanya.
ReplyDeleteapa le punya di suukri..tak sudah sudah tanya siapa dia kpd nuri. sepatutnya nuri yg bertanya kpd dia. klu dia tahu siapa nuri kpd nya dia tak akn seksa hati nuri. si syukri ni mcm org benggong yg tak de perasaan. blh dia ckp dh dua thn sarah dlm hidup mereka dn dia nampak nuri mampu brtahan. blh plak tanya knape harus lpaskn nuri sdgkn mreka bahagia.
ReplyDeletebenggong apa dia ni...dia perasan sorang sorang. yg bhg dia dgn sarah ..nuri mkn hati..apa tak nmpak ke dia perubahan pd firi nuri. mmg buta btul si syukri.
sakit hati benor ni. cpatle mak teh sambung akak dh x sabar.
nuri brtahan dn brtegas.
suami mcm si syukri ni tak de pun tak pe kot.
-dibah-
Syukri ni skrg kena psiko dgn nuri tanpa disedari..x payah jerit2 marah..x payah nangis meraung2..x payah merengek2 mengada cam si gedik tu..cuma ckp terus n telus..syukri dah makan dalam..gud job nuri..biar syukri rasa dia lelaki paling x guna di abad ini...
ReplyDeleteMungkin jodoh Nuri ngan Syukri masih panjang. Jika Syukri berlaku adil sedari awal perkara begini tidak akan berlaku dalam rumahtangga mereka bertiga. Allah maha mengetahui.....
ReplyDeleteAllah tidak beri apa yang kita mahu TAPI Allah beri apa yang kita perlu...