Kuning tongkeng, merah mawar,
Lembut kelabu, putih melepak,
Disengat jengking ada penawar,
Disengat rindu sakit tak nampak.
(tongkeng merupakan sejenis bunga pokok menjalar
bunganya berwarna kuning. bentuknya
seakan bunga raya.)
Ketika mereka sampai dirumah keluarga Farhan, ibu
Farhan menyambutnya dengan ramah. Fatin duduk diruang tamu. Adik-adik Farhan
yang dua orang menjenguk keruang tamu bertanyakan khabar dan mengucapkan selamat
hari raya kepada bakal kakak ipar mereka.
Kebetulan kakak ipar sulung
mereka tidak berhari raya bersama mereka pada hari raya kali ini. Fatin kelihatan
begitu kekok dikalangan keluarga tunangnya yang terdiri dari lelaki semuanya. Adik-beradik
Farhan empat orang termasuk dirinya semuanya lelaki. Hanya ibunya perempuan dalam
keluarganya.
Melihat keadaan itu Hajjah Fatimah menghampiri lalu
berbual-bual dengan bakal menantunya. Farhan pula asyik memerhatikan sedari tadi, seperti tidak dapat mengalihkan pandangannya dari seraut wajah Fatin. ‘Ahh Farhan ni pandang tunang dia macam tak pernah nampak’
detik hati Hajjah Fatimah. Melihat keadaan bakal menantu yang gelisah bila
diperhatikan oleh bakal suaminya, ibu Farhan meyuruh Farhan kedalam dengan
alasan.
“Han cuba tenguk adik kamu kat dalam tu tengah buat
apa, ibu suruh basuh pinggan dan panaskan lauk tadi tu dah siap kebelum.”
Farhan tidak membantah suruhan ibunya dia kedalam mencari adiknya didapur. Setelah
minum dan menjamah sedikit hidangan hari raya Fatin pula meminta diri.
“Makcik rasanya dah lama saya kat sini saya nak minta
diri dululah.”
“Kakak tak nak makan sini ke?”
“Tak apalah esok-esok saja.” ibunya memanggil Farhan
agar menghantar Fatin pulang kerumahnya.
“Han hantar kakak balik.”
“tak apalah makcik saya boleh balik sendiri..bukan
jauh pun”.
“Hssy tak baik macam tu..dah abang Farhan yang ambil,
biar abang Farhan yang hantar balik”. Fatin akur dia menunggu Farhan diruang
tamu.
Dipertengahan jalan Farhan cuba berbual lagi untuk
menghilangkan rasa malu tunangnya.
“Kenapa cepat sangat nak balik?..tak sampai setengah
jam dah nak balik.”
“Entahlah ye..” senyum Fatin seperti
tersipu-sipu..mungkin rasa bersalah.
“Tak suka jalan dengan abang ke?.”
“Tidak juga…tapi rasa tak biasa dan tak tahu nak cakap
apa.” Fatin berkata jujur. Sungguh dia merasa kekok dan malu bila berhadapan
dengan tunangnya sendiri.
“Tapi abang suka jalan dengan kakak..abang rasa
gembira hari ni dapat bercakap-cakap macam ni..agaknya pasangan bercinta tu
macam yang abang rasalah agaknya.”
“Rasa macam mana?dah rasa macam orang bercinta ke? Macam
mana rasa orang bercinta?.” cepat-cepat Fatin memotong kata-kata Farhan. Sebenarnya
dia rasa terkejut bila mendenbgar kata-kata Farhan seperti seakan mereka sedang
bercinta, sedangkan hatinya sendiri gedebak-gedebuk sedari tadi. Takut sahaja
jantungnya pecah kerana tekanan darah yang memasuki rongga jantung terlebih
tekanannya kerana menahan rasa yang
berbagai rasa. Apakah yang dirasa sekarang ini, adalah rasa orang bercinta?.
Jika begitu tidakkah mereka yang bercinta takut terkena serang penyakit
jangtung yang sangant merbahaya itu. Soalan itu hanya berligar dikepala Fatin
sahaja.
“Rasa nak pandang wajah kakak lama-lama.”
“Kenapa?? ada yang tak kena ke? ..hidung kakak senget
ke atau ada bulu hidung yang terkeluar..macam kartun UJANG tu.” Farhan ketawa
lucu bila itu pula perkataan yang keluar dari bibir tunangnya.
“Hsyy ada ke macam tu, tak adanya semuanya perfact tak
ada yang kurang dan tak ada yang cacat, cuma abang suka pandang saja...kakak
janganlah jalan laju sangat..nanti cepat sangat kita sampai kat rumah kakak.”
‘Begitukah?... patutlah tadi diruang tamu keluarganya dia pandang tak berkalihkan mata. Tetapi bagi dirinya, dia malu hendak memandang wajah Farhan malah menjeling pun dia merasa sangat tidak berdaya apatah lagi mahu bertentang mata dengan Farhan’. Terjawab sudah persoalan yang bertandang sejak dari rumah keluarga tunangnya tadi kerana Farhan yang seperti tidak puas memandang dirinya. Fatin sebenarnya rimas dengan degupan jantung yang berdegup kencang sedari tadi.
“Ialah rumah kita bukanya jauh sangat kalau jalan
macam kura-kura tak sampai setengah sejam pun akan sampai juga.”
“Jalanlah perlahan sikit.. jalan lengang kankong atau
jalan macam itik pulang petang…abang tengah nak cerita ni.” Fatin ketawa lucu
sambil menekup mulutnya dia membayangkan jalan itik pulang petang yang
terkedek-kedek...tapi jalanya laju kerana langkahya pendek-pendek mungkin takut
tuan rumah tutup pintu reban dan mereka tidak dapat masuk. Dia selalu memerhati
itik-itik neneknya dikampung sebelah ibunya. Itulah yang tergambar diminda
Fatin.
“Kenapa kakak ketawa syerlah dengan abang.”
“Kakak bayangkan itik jalan terkedek-kedek..tapi dia
jalan laju tau..dia nak kejar masa takut tuan dia tutup pintu reban.” Terhenyut-henyut
badan mereka berdua menahan tawa kalau terlepas kuat nanti apa pula
kata-jiran-jiran mereka. Kini sudah ada rasa bahagia menjengah hati mereka.
Farhan terasa ada keserasian antara dirinya dan Fatin.
Walau pun Fatin pemalu tetapi masih boleh juga menghidupkan suasana yang kekok
menjadi ceria dengan pertanyaan yang orang kata ‘lurus bendul dan tak bertapis’. Dia merasa sungguh gembira. Akhirnya
sampai mereka dipintu pagar rumah Fatin. Apabila Fatin membuka pintu pagar
rumahnya.
“Abang balik dulu ye.” Ketika dia sudah berpusing untuk pulang, Fatin bersuara mengajaknya
masuk mungkin sebagai berbasa basi.
“Abang tak nak masuk dulu?”. Fatin sudah tersasul
memanggilnya ‘abang’ secara tidak
disedarinya. Ketika Farhan mendengar panggilan itu dia menoleh kebelakang semula
ingin memastikan kebenaran siapakah yang memanggilnya ‘abang’sebentar tadi. Dia yakin yang memanggilnya tadi adalah Fatin
kerana tiada orang lain disitu, melainkan Fatin seorang yang sedang memandangnya.
Kini Fatin sudah tersedar yang dia sudah tersalah panggil. Muka nya sudah merona
merah menahan malu, matanya dipejamkan rapat-rapat. Farhan menghampirinya
kembali dengan perlahan dia berkata.
“Hari ni tak payahlah sayang..dua minggu lagi abang
akan masuk….abang balik dulu ye.” lembut suaranya menusuk terus kehati Fatin.
Fatin membuka matanya. Redup pandagan mata Farhan memandang dirinya dengan
senyuman yang sungguh indah dimata Fatin. Kemudian Farhan melangkah untuk
pulang kerumahnya ditemani oleh pandangan Fatin didalam pagar rumah keluarganya.
Ditelinga Farhan masih terngia-ngia pangilan abang untuk dirinya, sungguh manja
suara itu..serasa dia ingin mendengar sekali lagi panggilan mesra itu. Sepanjag
jalan pulang kerumah bagai tidak mahu surut senyuman dibibir Farhan. Begitulah
jika hati bahagia wajah pun nampak ceria.
Malam sudah agak lewat tetapi Farhan menghububgi juga
tunangnya kerana desakkan hatinya. Semakin dekat hari untuk menyatukan mereka berdua
semakin membara rindu Farhan kepada Fatin. Terlalu sukar untuk melepaskan
bayangan Fatin Najihah dari mindanya. Mungkin setelah dapat berbual-bual,
mendengar suara Fatin hatinya menjadi rindu hendak mendengar selalu. Itukah
rasanya, jika cinta sudah mula menjentik rasa…Farhan oh Farhan kini bukan
Farhan yang dulu yang tiada rasa tapi Farhan yang baru Farhan yang sudah
ditimpa penyakit rindu.
“Assalammualaikum..dah tidur ke?”
“Belum..kenapa tak SMS saja.”
“Abang dah mula rindu nak dengar suara.” Lama mereka
terdiam bila Farhan sudah mengatakan rindunya, Fatin jadi kelu untuk berbicara.
“Masih ada kat situ kee..kenapa diam saja orang yang sebelah sana.”
“Ada ..tapi tak tahu apa nak cakap.” Rupanya Fatin
seorang yang sangat berterus-terang apa yang ada dihatinya itulah keluar dimulutnya.
Satu lagi sifat tunangnya yang diketahui oleh Farhan.
“Cakaplah apa-apa saja..abang teringin nak dengar
sayang panggil abang macam siang tadi tu.” Kini Farhan sudah berani juga
memanggil dengan perkataan sayang kepada seorang gadis..tapi bukan siapa pun gadis
yang bakal menjadi isterinya beberapa
hari lagi. Bagi Fatin pulah sungguh indahnya dunia hatinya bila sudah ada orang yang sayang.
“Tak boleh..dah lupa macam mana nak panggil..nantilah
orang practise dulu…masih ada masa, ada dua minggu lagi..sampai harinya
lancarlah.” Farhan terkekek-kekek lucu di hujung talian mendengar penerangan
Fatin tadi. Waah Fatin pun sudah pandai bergurau detik hati Farhan.
“Meh abang ajar..a.aa sebutlah ikut apa yang abang
sebut.” Makin berani Farhan bergurau.
“Itu macam nak suap baby makan aje”. Kali ini mereka terkekek kekek berdua pula,
walau tidak nampak muka namun rasa bahagia dirasai bersama. Tetapi kalau ada
orang yang melihat keadaan mereka
berbisik-bisik dan ketawa sorang-sorang macam orang tak betul saja.
“Cepat!! ikut apa yang abang cakap.”Farhan pura-pura
serius memberi arahan.
“Tak mahulah..nanti orang belajar sendiri..orang
tahulah.”Suara Fatin mula garang semula.
“Oklah tapi belajar tau…nanti tak tahu pulak nak
panggil abang macam mana..ohh abang baru ingat sebetulnya abang nak tanya
ni..lepas cuti raya ni kakak kerja lagi tak ..berapa hari?.. dah memohon cuti
belum..bila nak mula cuti.” Seperti keretapi express soalan yang keluar dari
mulut Farhan.
“Hsyyy banyaknya soalan polis pencen ni..nanti nak
susun mana nak jawab dulu.” Makin bahagia hati Farhan dan Fatin. Fatin ni kalau
dalam telefon banyak juga kelakarnya, tapi kalau berdepan satu ditanya…satu
dijawab kalau jawab pun suaranya bukan main garang lagi.
“Lepas cuti raya ni orang kerja lagi seminggu lebih..mula
cuti tiga hari sebelum hari kenduri, campur-campur semuanya orang ambil cuti
dua minggu cukup tak?.”
“Kalau macam tu abang pun sama lah..Kakak tumpang
kereta abang dalam masa seminggu lebih ni… kita pergi kerja sama-sama nak.”
“Tak mahulah..kakak nak berdikari sebelum ada orang
nak bertanggung jawab pada diri kakak ni”. Walaupun hanya tinggal beberapa hari
sahaja lagi mereka akan menjadi suami isteri Fatin tetap menolak ajakkan Farhan.
Farhan akur dengan pendirian bakal isterinya.
“Tapi baik-baik naik motor tu, kata orang bakal
pengantin ni berdarah manis..kena berhati-hati ye hari kita dah semakin menghampiri..
ingatlah orang yang menyayangi. Kalau
ikut hati abang ni, rasa macam tak bagi kakak pergi kerja tau.” Nasihat Farhan
mengingatkan orang sudah disayangi dihujung talian, itu yang ada diahati
Farhan..dia takut sesuatu yang buruk disaat hampir hari penyatuan mereka.
Tetapi bila difikirkan semua itu datangnya dari Allah. Dia hanya mampu berdoa
minta dijauhkan dari segala bahaya dan musibah.
“Orang yang cakap tu pun sama berdarah manis juga..jadi
sama-samalah kita berhati-hati semoga kita dijauhkan dari segala kecelakaan.”
ucap Fatin dihujung talian.
“InsyaAllah..abang akan berhati-hati juga..oh ye
sebelum abang terlupa dan kalau tidak menjadi kesalahan dan kemarahan kakak..abang
nak minta sesuatu pada kakak di hari nikah kita boleh?”.
“Kalau boleh yang kakak tak marah, kakak tak
marahlah..dan kalau boleh kakak tunaikan kakak tunaikanlah.”
“Ok terima kasih kerana sudi memahami abang..yang
pertama abang tak nak kasut dalam hantaran kita nanti. Yang kedua boleh tak semua
barang hantaran, kakak balut macam hadiah…kecuali buah-buahan, abang tak suka orang tenguk bentuk barang hantaran
kita takut orang mentafsir harga dan kualitinya..nanti kita jadi riak atau
rendah diri pula, atau pun orang jadi berdosa kerana mengata-ngata barang
hantaran kita. Dan yang ketiga kalau kakak nak bagi kek abang tak mahu kek yang
dibeli dari kedai kek boleh ke kakak.”
“InsyaAllah Encik Farhan permintaan anda akan
tertunai..yang pertaman tu memang saya tak bagi sebab saya tak tahu saiz kasut
Encik berapa. Yang kedua pulak itu memang sudah dalam perancangan..sebab saya
tak tahu seni nak lipat-melipat dan susah mencari orang yang tahu dan yang
ketiga pula saya memang tak nak bagi kek tapi nak bagi lengkung kacang hitam
istimewa dari mak long saya yang pakar dalam membuat lekong kacang hitam ni. Ok
puas hati Encik Farhan?”.Walau pun dia didalam mood bergurau tetapi kedengaran
serius suara Fatin dihujung talian.
“Dengar macam marah aje..kakak marah ke?”
“Mana pulak marah cakap pasal benda betul kena
serius..nanti taklah salah faham..ada faham Encik Farhan.”
“Faham..faham mak tiri. Ni ada lagi permintaan abang
boleh ke?”. Gurau Farhan lagi.
“Dahlah panggil
mak tiri minta banyak pulak”.
“Habis nak panggil apa ..abang panggil sayang boleh,
Boleh ye sayang..satu aje” Lembut suara Farhan kedengaran seperti merayu pula.
“Boleh tak kisahlah bukan susah kalau boleh ditunaikan
kakak tunaikan ..kalau tak boleh terima ajalah”.
“Kakak…kakak rasa elok kita nikah kat masjid ke atau
kat rumah”.
“Kalau kakak… rasanya elok kat rumah saja..sebab satu
manalah tahu ada salah seorang yang hadzir tu tengah uzur tapi nak juga tenguk.
Sebab orang perempuan uzur ni tidak boleh duduk dalam masjidkan..tapi ayah kata
untuk mencari keberkatan Allah ayah nak buat dalam masjid itu terserahlah pada
pihak lelaki..kalau tak setuju cakaplah cepat dengan ayah kakak”.
“Oh kalau macam tu nanti abang bincang dengan keluarga
abang mana yang mereka hendak. Satu lagi nanti kalau sampai upecara membatalkan
air sembahyang abang tak nak cium dahi..boleh ke?”. Farhan terdengar Fatin ketawa
kecil dihujung talian.
“Kenapa??..apa yang lucu”.
“Tak ada yang lucu..cuma kakak rasa lega..sebetulnya
dari semalam lagi kakak nak cakap..tapi tak tahu macam mana nak sampaikan…Sebetulnya
kakak dah lama terfikir upecara macam tu macam upecara orang kawin dalam gereja.
Betul ke?..tapi itu hanya pandagan kakak saja…dah terlanjur cakap ni kakak nak
tanya kenapa dengan upecara tu?”.
“Abang pun rasa macam kakak cakap tu juga.. Alhamdullilah…kita
mempunyai pandangan yang sama..berdoalah kakak agar rumah tangga kita nanti
diberkati dan diredai Allah”. Mereka memutuskan talian dengan rasa bahagia dan
bersyukur kepada Allah. Serasa mereka banyak persamaan.
Kini sifat malu Farhan makin terhakis bila bersama Fatin. Yang timbul kini hanya perasaan rindu yang mengembu. Rindu hendak mendengar suara dan rindu mahu menatap wajahnya pula. Bunga kemesraan juga semakin terselah didalam perbualan antara mereka. Pada
Farhan setelah tahu itu jodohnya dia sudah tidak lagi sepemalu dulu jika
berhadapan dengan Fatin, tetapi jika dengan perempuan lain, dia masih Farhan yang dulu. Farhan yang pemalu.
p/s Mak Teh tak pandai nak buat ayat-ayat dan SMS cintan-cintun...mungkin tak ada pengalaman.
p/s Mak Teh tak pandai nak buat ayat-ayat dan SMS cintan-cintun...mungkin tak ada pengalaman.
No comments:
Post a Comment