Orang Daik mencari remis,
Membawa bubu bersama tangguk;
Disangka baik mulut yang manis,
Rupanya tipu didalam pujuk.
Tengahari tadi, tergerak hati Puan
Sharifah untuk menghubungi anaknya Loqman, kerana sudah agak lama mereka tidak
pulang kePort Dikson. Pada perkiraannya kandungan Amirah sudah masuk 9 bulan.
Mereka harus diingatkan supaya bersiap sedia, kalau-kalau bayi terawal keluar.
Tetapi Loqman tidak dapat menjawab panggilanya. Dia sedang sibuk katanya dan
berjanji akan menghubungi mamanya kemudian. Puan Sharifah menunggu sehingga
hamper Magrib Loqman tidak juga menghubunginya lagi. Dengan hati yang marah
Puan Sharifah menghubungi Loqman sekali lagi. Walau pun hari itu hari Sabtu
untuk menghubungi Amirah ditakuti Amirah sedang bekerja waktu itu, maklumlah
pekerja syif akan bekerja tidak kira hari.
“Assalamualaikum..
apa yang sibuk sangat Man, sampai tak boleh nak cakap dengan mama sekejap, tadi
janji nak call balik, ni dah nak Magrib..kalau mama tak call Man terus lupa kat
mama ni kan.”
“Tadi Man
betul-betul sibuk mama.”
“Man kerja ke
hari ini?…mama nak tanya khabar Mirah.. ni.”
“Tak.. Man tak
kerja …tapi Man kat luar ni .” Terkedu Loqman bila nama Amirah di sebut oleh
mamanya.
Lama Loqman diam memikir. Memang
sudah lama dia tidak teringat dengan Amirah kerana dirinya sibuk kesana sini
menghiburkan hatinya. Jiwa dan perasaannya juga begitu asyik diuliti dengan
sifat kemanjaan Liza. Pantang sahaja ada hari cuti, mereka akan pergi
bersukaria atau melancung. Seluruh pelusuk Kuala Lumpur dan Shah Alam telah
mereka dijelajahi. Itu adalah alasan Loqman untuk menghiburkan hatinya yang
kesedehan akibat perceraiannya. Liza pula sebut sahaja kemana dia sudi menjadi
penemannya.
Percutian mereka pada minggu itu
Liza mencadangkan agar mereka ke Danga Bay diJohor. Pada mulanya Loqman agak
keberatan untuk pergi.Tetapi ‘keberatanya’ tidak mampu bertahan lama akhirnya
dia cair dengan rengekkan dan pujukkan manja Liza.
“Apa kata minggu
ni kita pergi mandi laut kat Danga Bay Johor, pantainya cantik…kalau kita
tunggu sampai petang kita boleh tenguk matahari tenggelam, cantik tau, I suka
tenguk warnanya. Masa tu kita akan rasa keheningan yang mendamaikan. Kita juga
dapat menyaksikan Kebesaran Allah..kalau you tak percaya cubalah nanti.”
“Bab mandi
pantai ni I dah biasa..I kan orang Port Dickson..memang selalu I mandi laut. I
rasa malaslah.”
“Alahh Port
Dickson dengan tempat I tu lain…lagi pun tempat ni baru buka.. semuanya masih
baru, tempatnya pun bersih ..hanya pantainya saja yang lama tapi dah
dicantikkan dengan berbagai kemudahan..jomlah kita pergi.. I teringin nak
kesana dah lama betul I tak pergi pantai, lagi pun mana pernah kita bercuti
pergi pantai..kita pergi ye..”
Bersungguh-sungguh
benar Liza memujuk Loqman agar setuju.
“You kan dah
pernah pergi pantai.. I pun dah pernah pergi juga kat kampung I.”
“Itu lain..kita
pergi sendiri-sendiri lain rasanya kalau kita pergi berdua..kita pergi ye. You
temankanlah I.” Sungguh manja perlakuan Liza memujuk Loqman. Melintuk-lintuk
kepalanya dibahu Loqman memujuk. Loqman jadi cair. Akhirnya Loqman bersetuju.
Tetapi Loqman mungkin terlupa pada peribahasa ‘Kalau tidak berada-ada masakan
tempua bersarang rendah’. Kerana dia terlupa dia tidak berjaga-jaga dan
berwaspada, dia tidak tahu apa yang ada dihadapanya. Dia juga tidak meyedari
perlakuan Liza umpama Di dalam kilat ada kilau, rupanya awan mengandung hujan.
Pagi itu Loqman dan Liza dengan
gembira bertolak dari Petaling Jaya keJohor untuk berkelah di pantai Danga Bay
yang dikatakan sangat cantik oleh Liza. Sambil itu Liza mengajak Loqman singgah
kerumahnya yang satu jalan kepantai itu katanya.
“I rasa kita
singgah kat kampung I dululah Loqman ..sebab kalau dah tengahari macam ni
ditepi pantai agak panas..nanti dah redup sikit bolehlah kita pergi. Sempat
juga I nak masak untuk kita makan kat tepi pantai tu…macam mana.” dengan gaya
manja Liza memberi cadangan.
“Ok juga, I
setuju..rumah you kat mana? Dekat ke dengan pantai tu?”.
“Family I duduk
Simpang Renggam..rumah I tu nak kata jauh taklah jauh sangat..nak kata dekat
taklah dekat sangat”. Rupanya Liza orang Johor..orang Simpang Renggam.
Masuk sahaja di sempadan negeri
Johor Lizalah yang menjadi penunjuk arah..Loqman tidak mahir dengan jalan dan
selok belok negeri Johor. Sebenarnya Loqman suka berbual-bual dengan
Liza..kerana suka mendengar suaranya yang lembut dan manja. Sampai sahaja di
halaman rumah Liza kelihatan orang ramai seakan ada khenduri pula.
“Ini rumah you
ke Liza..macam ada khenduri pula.”
“Haah..ini rumah
I tapi tak tahu pula ada apa..emak I tak cakap apa-apa pun.” Liza nampak
terpinga-pinga..seperti terkejut.
Sedang mereka terpinga-pinga
didalam kereta.. Loqman melihat kedatangan beberapa orang lelaki dewasa menuju
kekeretanya. Ohh..rupanya mereka menyambut ketibaan mereka. Loqman keluar dari
keretanya..perbuatanya dituruti oleh Liza. Mereka dihampiri oleh seorang lelaki
separuh baya, berwajah garang diikuti oleh tiga orang pemuda ada yang iras-iras
wajah Liza mungkin itu adik-beradik Liza. Loqman dipersilakan dan diiringi
masuk kerumah. Loqman memalingkan mukanya kekikri dan kekanan ada lima orang
lelaki seakan pengawal mengiringinya hingga keruang tamu. Dia seakan dikawal
ketat dari melarikan diri. Liza mengekori mereka di belakang.
Setelah sampai
dirunag tamu Loqman dipersilakan duduk, lelaki berwajah garang tadi duduk
dihadapan Loqman dengan matanya tepat memandang Loqman dan berkata.
.
“Hari ni kamu
mesti nikah dengan Liza..kamu dah bawa anak dara orang kehulu kehilir lepas tu
kau nak lepas tangan ya..mana boleh.” Tepinga-pinga Loqman memandang orang yang
menuturkan perkataan itu kepadanya, kemudian dia menoleh memandang Liza yang
berdiri tidak jauh darinya dengan pandangan hairan.
“Liza kenapa
ni..apa salah I..you perangkap I ke?” Liza rasa terpukul dan malu dengan ayat
yang terkeluar dari mulut Loqman. Liza memandangnya sayu. Matanya berkaca-kaca
seakan mahu menangis.
“Pakcik saya tak
ada apa-apa hubungan dengan Liza, dia hanya kawan saya..dia yang ajak saya
berkelah ke Danga Bay. Kami ni kawan satu office saja.” Loqman menerangkan
mungkin ada salah faham antara mereka.
“Kau jangan nak
banyak dalih..ikut saja apa yang kami dah buat..kalau tak mahu kami apa-apakan
kau. Aku ni ketua kamapung kat sini..Ingat kat sini semuanya anak buah aku.”
Ayah Liza bangun menghampiri Loqman lalu mencekak leher baju Loqman. Melihat
keadaan yang agak tegang antara ayahnya dan Loqman Liza menghampiri.
“Ayah sabar
ayah, biar Liza cakap dengan Loqman sekejap.” rayu Liza kepada ayahnya.
“Kau jangan nak
malukan ayah bawa kawan lelaki balik rumah…apa?? ingat ayah boleh nak
berlembut”. Ayah Liza melepaskan pegangan tangannya di leher baju Loqman tadi
dan Liza membawanya kesatu sudut jauh sedikit dari kelompok mereka.
“ Sampai hati
you perangkap I Liza. I tak sangka.”
“Man ..I memang
dah lama suka kan you..sejak I masuk kerja lagi, I memang suka kan you…tapi
kalau you memang tak suka kan I tak apa. Hanya untuk masa ini sahaja I minta
tolong sangat-sangat.. tolong ikut sahaja apa yang ayah I cakap..tolong jangan
malukan kami..lepas tu kalau you tak suka I.. you boleh ceraikan I.” dengan
suara sayu dan air mata yang mula mengalir dipipinya pancing Liza memohon simpati.
“Tapi I tak ada
duit nak buat hantaran untuk you.”
“Tak payah
hantaran. Cukup kalau you sediakan mas kahwin, disini maskahwin hanya 22.50
sahaja..tapi kalau you tak ada juga I boleh tolong bayarkan… Janji you setuju
sahaja nikah dengan I, I tak mahu keluarga I malu itu sahaja.” begitu
terdesakkah Liza pada pernikahan ini. Loqman bersimpati.. akhirnya dia setuju.
Loqman dibawa kesebuah bilik untuk
bertukar pakaiannya. Dia dipakaikan dengan sepasang baju Melayu Johor berwarna
biru lembut, siap dengan songkok yang telah siap berhias, terdetik juga dihati
Loqman ‘nampaknya mereka memang sudah bersiap sedia dengan pernikahan ini,
memang aku diperangkap ke??’ soal hatinya seperti tidak percaya apa yang sedang
dilalui. Keluar sahaja dari bilik persalinan, dilihatnya tok kahdi masuk
diiringi oleh ayah Liza keruang tamu, ketika itu pula telefon bimbit Loqman
berbunyi..semua mata tertumpu kearahnya…rupanya mama Loqman menghubunginya.
Mereka membiarkan Loqman menjawab panggilan talefonnya.
Petang itu ketika dia didalam
bilik seorang diri. Setelah upecara pernikahanya dan jamuan makan sempena
pernikahan mereka selesai, sekali lagi telefon bimbitnya berdering..rupaya
mamanya yang tidak puas hati menghubunginya sekali lagi…
”Man..Man sibuk
apa ni Man, cuba cakap dengan mama..Man kat mana ni. Man tinggalkan Mirah
sorang-sorang..mama rasa dia dah sampai bulan jangan tiggalkan dia sorang. Mana
tahu kalau dia sakit nak bersalin nanti…siapa pulak yang nak hantar dia pergi
hospital. Kalau tak kerja baik cepat balik..tunggu isteri kamu tu.” Panjang
lebar dia dileteri oleh mamanya dihujung talian.
Dengan rasa bersalah Loqman
akhirnya berterus terang dengan mamanya Walau pun ada rasa kesal dihati ‘mengapalah mamanya tidak menghubunginya pagi
tadi, jika pagi tadi lagi mamanya menghubungi tentu dia tidak akan menerima
cadangan Liza dan sudah tentu dia tidak akan terperangkap dengan rancangan
keluarga Liza..’ kesalnya menerpa hati tapi apalah hendak dikata nasi sudah
menjadi bubur. Lama dia memikirkan kesilapan dirinya akhirnya dia bersuara
juga, mengenangkan mamanya sedang menanti dihujung talian. Dia berterus terang
kepada mamanya..inilah jalan terbaik supaya dia tidak disalahkan kerana
mengabaikan Amirah.
‘ahh mungkin sudah ditakdirkan dia menjadi
suami Liza tapi tak apalah Liza tak kurang cantiknya dan lemah lembut orangnya.
Ini terjadi kerana kesalahnya juga, dia yang selalu mengajak Liza menemaninya.’
Loqman memujuk hatinya.
“Mama …
sebetulnya Man dah tak serumah dengan Mirah lagi..dah tiga bulan kami
bercerai..sekarang ni Man dah nikah dengan kawan satu office dengan Man..itu
yang tak boleh jawab panggilan mama tadi.” Tiada jawapan dari hujung
talian..Loqman tahu mamanya terkejut mendengar jawapan darinya…tidak lama
lepasa itu kedengaran tanda talian diputuskan…
Bagai sebuah bom meledak ditelinga
Puan Sharifah mendengar apa yang diperkatakan oleh anak lelaki bungsunya.
Menggigil kaki tanganya. Lalu dia memutuskan talianya, suami yang dihadapanya
terpinga-pinga bila melihat isterinya hamper pengsan ketika berbicara dengan
anak bungsu mereka.
No comments:
Post a Comment