Pahlawan Melayu membawa lembimg,
Kepala pula dililit kain,
Umpama aur dengan tebing,
Saling bergantung antara satu sama lain.
Kehidupan
Amirah berjalan seperti biasa dengan kandungan semakin mendekati hari kelahiranya.
Semenjak kandunganya bertambah besar Amirah sudah tidak mabuk lagi. Dia sudah
ada selera makan dan boleh memakan apa sahaja. Dia juga mengambil
vitamin-vitamin yang dibekalkan oleh klinik mengandung, kerana kata ibunya
ubat-ubatan itu baik untuk kandungan dan dirinya juga. Amirah tidak mempunyai
masaalah apa-apa tentang kandunganya. Darahnya juga mencapai tahap yang
diperlukan, setiap bulan pemeriksaan HB dalam darahnya melebihi dari 12mmHg.
Kedudukkan anak dalam rahim juga normal. Mengikut kata jururawat yang
memeriksa, kepala payi sudah dikedudukan
yang elok, dipintu rahimnya. Tinggal beberapa minggu sahaja lagi dia akan
melahirkan. Kadang-kadang teringat juga dia kepada bekas suaminya tetapi
cepat-cepat ditepis perasaannya. Baginya untuk apalah dikenang perkara yang
sudah lepas. Mungkin benar kata bekas suaminya mereka kini sudah tidak ada
persefahaman lagi.
Selepas
perbicaraan dipejabat kadi tempuh hari bekas suaminya tidak pernah bertemu
ataupun menghubunginya untuk bertanyakan khabar kesihatanya. Dia hairan jika
difikirkan yang sedang dikandungkan sekarang ini adalah anaknya.. zuraitnya
juga. Tetapi mengapa agaknya bekas suaminya tidak mahu mengambil tahu. Apakah
kesalahan yang telah dilakukan sehingga dia dilupakan begitu sahaja. Pertanyaan
itu sering berlegar di kepalanya.
Buat
masa sekarang ini, dia sudah tiada siapa-siapa lagi diPetaling Jaya. Dia hanya
mengharapkan kawan-kawannya sahaja. Amirah sudah pun memohon cuti untuk
bersalin kerana jika dilihat dari apa yang dicatat dalam kad pemeriksaan
kandungnya setiap bulan, ada lagi 14hari
dia dijangka akan melahirkan. Mengikut tarikh permohonan cutinya dia akan mula bercuti dalam 4 hari sahaja
lagi. Dia akan bercuti untuk pulang kerumah ibu dan ayahnya dan bercadang akan
bersalin dihospital di Kuala Pilah, itulah sebabnya dia bercuti lebih awal dari
tarikh dia dijangkakan bersalin.
Amirah
sungguh bersyukur dipertemukan dengan kawan-kawan yang bertimbang rasa dan
mengambil berat tentang dirinya. Kawan-kawanyalah yang menemani dirinya ketika
membeli barang-barang untuk bayinya dan keperluan lain ketika dia melahirkan
kelak. Ada kalanya dia merasa sungguh hampa dan tercari-cari akan kehadiran
suami, ketika dia sangat memerlukan akan kasih dan kehadiran suaminya
disisinya. Bila bersaorangan dia akan menangis, mengenangkan nasib anak dan
dirinya. Sedeh juga hatinya disaat dia
hampir hendak bersalin tiada kasih suami membelainya.Tidak terfikir olehnya
akan kesaorangan dalam keadaan dirinya yang sedang sarat. Tetapi tidak terfikir
pula hendak mengadu kepada ibu dan ayahnya. Baginya bila tiba masa yang sesuai
dia kan memberi tahu kepada keluarga mereka berdua. Bila dihadapan
kawan-kawanya dipamirkan wajah yang ceria bagai tiada kesedehan diatas
perceraian itu.
Bagi
pekerja seperti Amirah yang bekerja mengikut giliran bekerja tidak mengira
hari. Walaupun ketika itu cuti kelepasan am seluruh Malaysia, jika pada
giliranya mereka bertugas setiap pekerja diwajibkan datang untuk bertugas.
Begitu juga Amirah jika gilirannya bertugas pada hari Sabtu dan Ahad dia
diwajibkan datang bertugas.
Hari
Sabtu itu giliran Amirah berkeja disyift pagi. Ketika sampai dirumah jam sudah
menunjukkan pukul 645 minit petang. Didalam perjalanannya tadi dia merasakan
perut dibawah ari-arinya terasa sakit dan pedih, seperti orang kena senggugut.
Dia berhenti dari berjalan kerana menahan sakitnya. Dia mengurut-urutnya lembut
bawah perutnya. Sakit itu hilang. Pada fikirannya mungkin dia kepenatan kerana
berjalan, sedangkan perutnya sudah besar dan memberat kebawah. Setelah solat
mangrib dia duduk di sejadah dia merasakan perutnya sakit lagi, bila diurut
seperti tadi rasa sakit itu juga hilang. Dia tidak menceritakan kisah sakitnya
kepada kawan-kawan serumah, dia tidak mahu mereka bimbang melihat keadaan
dirinya. Ketika dimeja makan sakit itu
datang lagi. Dirasakan perutnya menegang dan sakitnya lebih hebat dari yang
tadi. Dia menghentikan suapan nasi
kemulutnya dan memejamkan mata. Laju tangan kiri mengusap lembut perutnya.
Segala gerak gerinya diperhatikan oleh salah seorang rakan serumahnya. Malam
itu Siti rakan serumahnya menyedari
Amirah tidak secergas dan seceria biasa.
Sengugut ialah sakit ketika seseorang wanita
didatangi darah haid. Ada sesetengah wanita sahaja yang mengalami sakit itu.
Sakit itu disebabkan pengecutan atau pergerakan kuat otot-otot uterus.
“Kenapa Mirah kau sakit ke… muka kau tu aku tenguk merah padam macam menahan sakit saja.” tegur
Siti yang sememang seorang yang sangat peka dan prihatin antara mereka
berempat.
“Entahlah..aku rasa sakit dari balik kerja tadi..tapi
sakitnya kadang- kadang datang lepas tu hilang pula. Kalau sakit, aku urut-urut
macam ni hilang sakitnya tapi
kemudian datang balik.. agaknya aku penat
kot“.
“Cepatlah kau makan tu.. kita pergi klinik…kita semua ni tak
ada pengalaman, nanti kalau kau terbesalin kat rumah ni siapa yang nak jadi
bidan.” Siti menggesa Amirah memnghabiskan nasi didalam pingganya yang tinggal
sedikit. Ain juga mengangguk-gangguk
tanda setuju. Dia yang sebenarnya tersentap bila Amirah mengaku sedang sakit
perut.. Ain ni lain sedikit bila mendengar orang sakit saja mulalah fikirannya
terbayang berbagai-bagai mulalah dia pun terasa mahu sakit juga.
“Ain kau siapkanlah, ambil beg yang dah tersedia baju-baju
baby dan baju Mirah sekali.” Siti mengarah lagi bila dilihat Ain sudah selesai
makan. Seperti dipukau Ain mengikuti segala arahan Siti, dia sudah bertukar
watak dari orang yang suka bercerita menjadi seorang yang pendiam.
Beg pakaian Amirah sebenarnya sudah tersedia sejak
kandunganya mencecah 7 bulan lagi diatas arah Siti juga.
“Mirah beg baju kau tu, isilah baju baby yang kita dah basuh
semalam. Isi sekali lampin, baju kau dan
kain batik nanti senang. Kalau kau tiba-tiba sakit semuanya dah tersedia”.
“aku baru masuk 7 bulan Ti, kau dah tak sabar ke nak dapat
anak sedara ke?”
“Bukan macam tu..aku ada dengar ada orang yang bersalin
bulan 7 bulan saja tau..sebelum apa-apa, bersiap sedialah..lagi pun bukan jadi
apa pun kalau baju baby tu masuk dalam
beg..lagi senang kalau kau nak balik nanti kau tinggal angkat saja.Ehhh, siapa
yang nak ambil kau masa kau balik Kuala Pilah nanti. Kalau tak ada siapa-siapa
nak ambil kau..aku pun boleh hantar.
Nanti aku ambil cuti dua tiga hari aku hantarkan, kalau kau balik sorang
bahaya..mana tahu sakit kat tengah jalan, susah pulak nanti”.
“Terima kasih Ti..aku bersyukur sangat pada Allah dapat
kawan-kawan yang semua sayang kat aku. Aku cadang nak minta tolong adik aku
Adnan..dia kata dia tengah cuti sementar masa tu”.
“Oklah kalau macam tu”.
Siti bertindak lebih dewasa dari mereka semua,
kerana Siti sememag lebih tua dari mereka berempat, tetapi yang paling muda
adalah Amirah. Selepas graduate sahaja, dia sudah mendapat kerja dan sudah juga berumahtangga kini bakal
menjadi ibu pula.. sungguh bertuah Amirah.
“Jangan bimbang belum masa aku nak bersalin Siti, ada lagi
14 hari rasanya.” Amirah meyakinkan dua rakan serumahnya ...Siti dan Ain. Dia
masih lagi dimeja makan, walaupun dia sudah selesai makan. Tetapi entahlah
tuahnya bersulam derita pula. Tetapi ialah siapalah kita hendak menyalahkan
takdir, sebagai hambaNya..terimalah segala ketentuan dari Illahi dengan redha,
semoga kita mendapat gajaran yang berlipat ganda.
“Tak....apa-apa hal kita kekelinik dulu. Pinggan kau tu biar
situ aku cuci nanti. Sementara aku kemas ni ..kau pergi siap..cepat tau. Aku
takut sakit kau datang lagi nanti.” tegas bunyi arahan Siti..didalam bilik Ain
sedang mengambil beg berisi pakaian baby dan pakai Amirah.
“Ialah..Ialah makcik.” Amirah bangun berjalan menuju
kebiliknya sambil berjalan sambil tanganya memegang perut dan sebelah lagi
memengang kepinggangnya..terasa lenguh dan tidak selesa pula pinggangnya. Siti
kemeja makan mengemas apa yang ada dimeja makan. Sambil mengemas mulut Siti
tidak berhenti dari pot..peet..pot...peet..Seakan seorang Komander yang sedang memberi arahan kepada anak
buahnya untuk mengikuti langkah-langkah
mereka seterusnya.
“Kita jumpa doktor dulu.. bersiap sedia kalau apa-apa
terjadi..kita tak tahu..sebab aku ada dengar tarikh due tu hanya anggaran
sahaja tak semestinya tepat, ada yang tercepat dan ada juga yang lambat.
Mirah.. pakai baju yang ada butang kat depan.. aku pernah dengar mak aku pesan
dengan kakak ipar aku yang hendak bersalin dulu, katanya pakai baju yang ada
butang depan kalau kita nak bersalin”.
“Kenapa pula?” Amirah bertanya dia berpaling kearah Siti
yang sudah siap berkemas, dia berdiri diambang pintu bilik Ain. Dia sudah
bersiap sedia dengan hand bag ditanganya. Sungguh cepat dia melakukan kerja-kerjanya.
Perwarakkan Siti sememangnya tangkas dan lincah ketika dia membuat kerja.
“Senang nak buka, masa nak bersalin nanti..kita kena pakai
baju hospital..jangan lupa bawa kad mengandung sekali tahu…cepat sikit lah
nanti datang lagi sakit kau tu.”
“Ok..ok..aku cepatlah ni.” Pergerakkan Amirah agak perlahan
kerana membawa perut yang sudah besar dan seakan memberat kebawah.
Setelah
siap... Amirah dan Ain keluar keruang tamu
mereka bersiap sedia untuk pergi. Tiba-tiba sakit Amirah datang sekali
lagi. Langkahnya terhenti matanya dipejamkan, mukanya pula merah padam menahan
sakit, tetapi tangannya berlari laju mengusap keperutnya dibawah ari-arinya.
Setiap kali datang sakitnya perutnya
akan mengeras, dinding perutnya terasa menegang. Dia juga menyedari pergerakkan
bayinya tidak seaktiv selalu. Terasa
lemah segala sendinya menahan sakit.
“Sakit lagi ke Mirah?” Soal Siti yang tidak melepaskan
pandagan sedari tadi dari wajah Amirah. Dia menghampiri Amirah dan memegang
lengannya. Amirah hanya menangguk-angggukkan kepalanya sebagai jawapan..serasa
tidak terkeluar suaranya menahan
serangan kali ini.
“Tak boleh jadi ni..kita pergi sekarang...kau boleh jalan
tak ni ..Ain kau dah bawakan kain batik dan baju Mirah sekali, pegang Mirah ni
Ain turun tangga tu perlahan-lahan, aku nak call teksi.” Kemudian dia berpaling
kearah Amirah yang sudah reda sakitnya.
“Dah... Kau dah ok Mirah, jomlah kita turun perlahan-lahan
ye penggang aku ni Mirah” Terketar sedikmit suara Ain yang cemas melihat
keadaan Amirah. Sedari tadi dia terkebil-kebil dan terkaku melihat reaksi
Amirah dia tidak tahu apa yang hendak dilakukan... hatinya sudah kecut. Dia menuruti segala arahan Siti memegang
lengan Amirah dan bergerak keluar pintu. Sebenarnya Ain seorang yang penakut
bab-bab sakit dan masuk hospital. Kalau dia nampak darah lagi lah parah mahu
pitam masa tu juga.
Mereka
bertiga kekelinik berdekatan dengan menaiki sebuah teksi. Didalam teksi sakit
Amirah menyerang lagi. Amirah memegang tangan kawan-kawanya mencari kekuatan.
“Mirah berzikirlah ingatkan Allah..aku ada dengar nenek aku
kata kalau kita nak redakan sedikit sakit kita bertasbihlah dengan tasbih Nabi
Yunus masa dia dalam perut ikan...tasbihnya 'La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.'.. semoga
lega sedikit sakit
kau” Amirah mengikuti segala tunjukajar sahabatnya. Tidak
putus-putus dia bertasbih dengan mulut yang terkumat-kamit.
“Pakcik boleh turunkan kami kat depan pintu klinik pak cik
kawan saya ni sakit takut kalau jalan banyak sangat mudharat pada dia pula”.
“Baiklah nak..turun elok-elok ye” tutur pakcik pemandu taksi
tadi..dia sebenarnya mendengar bicara gadis tadi..dan dia bersimpati. Bila
teksi sampai dihadapan pintu klinik mereka keluar beriringan.
“Terimakasih pak cik” ucap Siti mewakili teman-temannya
sebelum mereka keluar dari perut teksi setelah membayar tambang teksi mereka.
“Ain kau dengan Mirah
kau tolong jaga dia, aku nak pergi daftar dulu. Pengang Mirah tu nanti sakitnya
datang lagi.” Siti Zawana berjalan laju berdahuluan menuju kekaunter pendaftaran.. untuk mendaftarkan
Amirah. Laju langkahnya bagai dikejar hantu.
“Kau duduk situ... “ Arah Siti kepada ketika dua orang
sahabatnya yang baru masuk keklinik. Ketika Siti membuat pendaftaran sakit
Amirah datang sekali lagi. Ain yang sedang menemani Amirah mula kalamkabut. Dia
memanggil Siti.
“Siti..tolong Ti..Mirah..Mirah sabar Mirah sakit sangat ke?”
tangan Amirah yang terketar sedikit dapat dirasa oleh Ain. Mata Amirah yang
dipejamkan rapat...Ain mula panik..Ahh Ain dia pula yang lebih-lebih.
Cepat-cepat Siti menghampiri bila
mendengar suara Ain yang megelabah memanggil.
“Kau sakit lagi ke?
Makin kerap sakit kau ni.” Siti bersuara lagi bila melihat keadaan Amirah.
Amirah tidak menjawab dia hanya memejamkan matanya.
Siti terasa tangan Amirah sejuk. Dia tahu Amirah menahan
sakit. Ain disebelah sudah membatu dengan mata terkebil-kebil macam muka orang
yang hendak menangis pun ada. Jelas kelihatan dia ketakutan dengan situasi
Amirah. Siti berjumpa tahu jururawat bertugas, memberitahu keadaan Amirah.
Dengan sikap timbangrasa jururawat mempercepatkan, Amirah berjumpa dengan
doktor.
Dia diperiksa oleh seorang doktor
perempuan..doktor itu menyarankan supaya ambulan dipanggil segera kerana pintu
rahim sudah mencapai 4cm bukaanya, merbahaya jika dia meniki teksi. Dengan
sikap prihatin doktor tersebut, doktor itu sendiri yang menghubungi pihak
hospital untuk mengesah pesakitnya. Dia meminta juga supaya disediakan seorang
jururawat bahagian perbidanan sekali, ditakuti Amirah bersalin di dalam
keenderaan.
Amirah
ditemani Siti dan Ain kehospital PPUM (Pusat Perubatan Universiti
Malaya), sesampai di hospital Amirah terus disorong ke wad bersalin, kerana
keadaanya sudah dekat hendak bersalin Siti dan Ain menunggu diluar. Tiba-tiba
telefon bimbit Amirah berbunyi.
“Assalamualaikum..Mirah apa khabar.” terdengar lembut suara
perempuan dihujung talian memberi salam.
“Waalaikumsalam ini kawan serumah Amirah… Amirah sekarang ni
dalam wad bersalin.” Siti menjawab panggilan bagi pihak Amirah dan memberitahu
mengapa dia tidak dapat menjawap panggilan.
“Apa ..Amirah dah bersalin..ini mak cik...mak mentua
Amirah.” jawab suara perempuan dihujung talian terkejut.
“Tak tahulah saya..saya ni didepan wad bersalin, masa kami
diklinik tadi kata doktor yang periksa..dia dah nak bersalin”.
“Bagitahu makcik hospital mana …mak cik sampai sekejap
lagi.” Alangkah terkejutnya Puan Sharifah. Dia memberitahu suaminya supaya
bertolak kehospital yang diberitahu oleh kawan Amirah tadi.
No comments:
Post a Comment