Awan
bergulung di hari senja,
Nampak berbalam putih warnanya,
Nampak berbalam putih warnanya,
Tuan di gunung hamba di
paya,
Mengharap dalam jambangan
kasih dapat bersama.
Seminggu
telah berlalu sejak pertemuanya dikenduri kahwin kawannya Zaki tempuhhari.
Farhan sudahmula buntu untuk
mencari bicara mesra dengan Fatin.
Serasa sudah tidak ada cerita untuk dia mencuri waktu Fatin diwaktu pagi. Dalam
seminggu ini kalau dia terserempak dengansi gadis, dia hanya memberi salam dan
berbalas senyum sahaja. Terasa hubungan
mereka tidak berkembang.Hati Farhan jadi resah. Kini dia akur akan nasihat
sahabatnya Arief Edlan agar meminta bantuan ibunya untuk merapati anak gadis Pak
Haji Rasid. Malam itu dibuangnya rasa malunya bertanyakan ibunya meminta
pertolongan.
“Bu..ibu ada dengar tak
cerita anak Pak Haji Rasid yang perempuan tu dah ada yang punya?.”
“Entahlah Han..tapi tak
pernah pulak ibu dengar yang dia dah bertunang.Makcik Fiza yang duduk sebelah
rumah Haji Rasid pun tak pernah cakap dengan ibu. Makcik Fiza selalu juga berjogging
dengan ibu..pagi tadi pun kami jogging sama-sama. Kenapa Han..dia ada cakap
dengan Han dia dah bertunang ke?”.Ketika
itu Hajjah Fatimah sedang menjahit
tempahan baju kurungnya di ruang tamu rumah mereka. Suaminya Haji Abu
Bakar pula kesurau,dia berpesan akan pulang lewat sedikit malam itukerana
memenuhi undangan membaca Yassin disebuah rumah kenalanya.Itulah aktiviti
suaminya sejak berpencen.
“Nak cakap apanya…kami ni
nama saja satu tempat kerja, tapi tak pernah pun duduk berbual, kalau terserempak
pun..Han bagi salam, dia jawab salam suaranya pun tak dengar hanya bibirnya saja
yang bergerak-gerak kemudian dia seyum itu aje.”
“Mungkin dia nak jaga aurat suara dia..eloklah
macam tu. Kenapa Han tanya..emm..Han suka pada kakak tu ke?”Hajjah Fatimah
meneruskan sahaja jahitannya.Dia tidak memandang pun wajah anaknya. Takut pula
jika dia memandang wajah anaknya akan terbantut pula hasrat hati apa yang mahu
disampaikan… tapi mulutnya terpacul juga soalan cepu emas untuk sianak yang
bertanya.Farhan terkedu..tadi walaupun dia merasa malu tapi kerana desakkan
hatinya, terkeluar juga pertanyaan itudari mulutnya.
Apabila
soalan cepu emasnya tadi tidak berjawab Hajjah
Fatimah menghentikan jahitan ditanganya, lalu memandang anak teruna keduanya.Anak yang
dihadapanya sudah tidak tentu arah tingkahnya, mukanya juga sudah merah mungkin
menahan malu.. Bila pandangan mata ibunya terarah kepadanya..
Farhan bangun menuju kebiliknya meninggalkan ibunya yang masih termangu..
Walaupun
anaknya berlalu kebilik dengan soalan yang
tergantung tidak berjawab namun dihati Hajjah Fatimah rasa sangat bersyukur
kerana Farhan sudah mahu bertanyakan seorang gadis kepadanya.Ini menunjukkan
ada satu perkembangan yang baik dan ada harapanya untuk menerima menantu seorang
lagi.Hajjah Fatimah harus bertindak cepat sebelum hasrat hati anaknya
terbantut.
Makcik
Fiza yang diperkata kan oleh Hajjah Fatimah merupakan sahabat baiknya yang
tinggal disebelah rumah Haji Rasyid dan Hajjah Noraini. Dia merupakan jiran
yang paling hampir pada kedua ibu dan ayah Fatin Najihah. Apabila tersedar dari
rasa syukurnya Hajjah Fatimah mengekori anaknya yang telah masuk kedalam
biliknya lalu duduk dibirai katil Farhan,Farhan pula sudah duduk mengadap
computer riba dia atas meja belajarnya, mungkin untuk menyorokkan wajahnya
kerana malunya dengan pertanyaan tadi. Itulah Farhan, jika hatinya terusik sedikit dia akan masuk kebilik menyembunyikan dirinya.
“Han
ibu nak tanya ni janganlah Han malu dengan ibu…emm..kenapa Han tanya tentang
kakak tu..Han suka denagn dia ke?.cakaplah dengan ibu..kita nikan anak beranak
apa salahnya Han cakap dengan ibu.” desak Puan Fatimah lagi.
“Emm..macam
tulah kiranya..tapi Han tak tahu macam mana nak kenal dia…jadi Han mintak
tolong ibu kalau dapat ibu bagi jalan kat Han ni.” Lama Puan Fatimah memandang anaknya yang seorang
itu..dia tahu dalam empat orang anak lelakinya..Farhan lah yang paling pemalu
terutama untuk bertemu dengan perempuan.Dia terkenang semasa remajanya ..dia
dan suaminya selalu menyuruh Farhan keluar berjalan di bandar atau bertemu
kawan dikawasan perumahan mereka, tetapi Farhan lebih suka duduk memerap
dirumah atau lebih tepat didalam biliknya. Bila digesa berulang kali dia akan
menjawab…
“Ibu ni…Han duduk kat
rumah supaya hati ibu tidak bimbang ..kalau Han keluar nanti terjebak dengan perkara-perkara
tak elok..hati ibu dan ayah juga yang susah nanti.” itulah jawapan yang selalu
diberikan.
Dalam
hati Puan Fatimah sangat besyukur kerana Farhan sudah mahu memikirkan pasangan
hidupnya. Dia akan berusha membantu anaknya memancing hati anak dara Haji
Rasid..jika pancingan anaknyan berjaya dia juga yang untung… dapat menantu dan
besan yang dekat dan sudah dikenali.
“Han..dia pergi kerja naik
apa?..”Puan Fatimah memandang wajah anak yang dihadapanya.Farhan masih mengadap
komputernya mungkin mahu menghilanghkan rasa malunya.Hajjah Fatimah pula ligat
mencari jalan untuk diutarakan kepada anaknya. Dia akan cuba membantu anak terunanya memikat hati sigadis.
“Dia pergi kerja naik
motor..bu.”Walaupun dia menjawap segalanya di soal oleh ibunya namun dia tidak
memalingkan mukanya memandang ibunya disisi.
“Kalau Han ajak dia pergi
kerja sama-sama naik kereta Han mahu tak agaknya.”Itulah rancangan yang pertama yang
keluar dari bibirnya.Pantas Farhan memalingkan muka mengadap ibunya.Dia sudah
menunjukkan minat dengan cadangan ibunya.
“Han rasa dia tak akan
mahu..”
“Kenapa pula Han cakap macam tu Han belum cuba
tanya dia lagi”.
“sebab ..Han rasa dia ni
jenis yang pemalu,ada juga sesekali Han bertembung dengan dia kat hospital tu
tapi..ialah dia dah kenal Han tapi kalau bertembung pun dia tak akan tegur Han
dulu..kalau Han tegur barulah dia balas, itupun hanya dengan tersenyum jawab salam
dengan bibir bergerak-gerak suara tak dengar. Kalau Han pura-pura tak perasan
laju saja langkahnya dia dan tak tegur Han pun.”
“Ibu dah agak pun, dia tu
Han kalau tak salah ibu ..pendiam sikit. Dulu kalau ibu jalan dan duduk depan
rumah dia, kalau dia ada duduk dengan kawan-kawan dia, ibu nampak dia hanya
pandang saja kawan-kawan dia berbual, kalau ada yang lucu dia ketawa sambil
menutup mulutnya. Kalau nak kata sombong tidak juga dia duduk sama tapi dia tak
pandai nak berbual..”
“Kalau macam tu sesuai ke
dengan Han bu”.
“Kalau ada jodoh Han
dengan dia, bila dah jadi suami isteri duduk serumah ni lain. Ayah Han dulu tu
pendiam juga..tapi bila dah jadi suami isteri banyak pula yang nak dibincangkan
dengan ibu..dah duduk serumah dia dah tak jadi pendiam lagi dengan ibu..tapi
Han tenguklah kalau ayah Han dengan kawan-kawan dia, dia cakap sepatah dua
sahaja kan?”.
“Emm” Farhan membayangkan
kata-kata ibunya tentang ayahnya..sememangnya Haji Abu Bakar pendiam orangnya.
Dia lebih suka memerhati dari bercerita, dia juga akan ketawa jika ada yang
lucu tetapi tawanya hanya sedikit sahaja. Bila teringat persolan yang sedang
mereka bincangkan Farhan kembali bertanya kepada ibunya..
“Habis bu macam mana
cerita Han dengan kakak ni… macam mana Han nak ajak dia pergi kerja sama-sama.”
“Kalau macam tu apa kata
kalau Han saja yang tumpang motor dia…macam mana?.”Timbul satu idea yang bernas
dikepala Hajjah Fatimah.
“Cuba Han tumpang motor
dia”.
“Ehh ibu ni boleh ke macam
tu, elok-elok orang naik motor atas jalan raya tiba-tiba Han terjun dalam
longkang pula.”Farhan merasakan cadangan ibunya tidak masuk akal pula. Tidak
terbayang dimindanya dia membonceng motosikal Fatin Najihah..terasa jatuh pula
air mukanya seorang lelaki membonceng motosikal seorang gadis.Tidak terjangkau
oleh akalnya.
“Kenapa pulak yang Han nak
terjun dalam longkang.”
“Ialah tiba-tiba saja Han
nak tumpang motor dia, tentu dia kata Han mengada-ngada mahu dia bagi Han
flying kick sekali..tak terjun dalam
longkang Han ni…lagi pun, bagi ke dia bila Han nak tumpang motor dia tampa
sebab.”
“Cubalah dulu…dia pergi
kerja lalu depan rumah kita ke?biasanya pukul berapa dia lalu?”Hajjah Fatimah sudah
seperti penyiasat persendirian pula mengumpul data-data yang akan digunakan untuk memulakan
misinya. Dia akan cuba meneruskan idea bernasnya.
“Han selalu terserempak
kalau dia lalu depan rumah kita ni lagi lima minit pukul 700 pagi.”
Dalam diam rupanya Farhan
telah lama memerhatikan Fatin dek desakkan hatinya.
“ok esok pagi kita tunggu
depan pagar…kalau dia lalu nanti ibu tahan lah mintak tolong tumpangkan Han.”
“Betul ke ibu nak tolong
Han ni? ..tapi boleh ke macam tu.?” Farhan mula merasa ragu dan cemas dengan
rancangan ibunya..apalah yang dirancang
oleh ibunyadia tak tahu.
“Cubalah dulu, Han ni
macam tak yakin dengan ibu… kita cubalah dulu..sebenarnya ibu pun suka kalau
kakak tu jadi menantu ibu..ialah budaknya baik kalau berjalan-jalan ibu nampak
dia pakai tudung labuh, tak bersolek.Lagi satu ibu dan ayah dia pun baik..ibu
dia tu jenis orang yang tak bangga diri dengan anak-anak dia..ibu tak pernah
dengar ibu dia membanggakan anak-anak dia Han, walaupun anak-anak diorang tu
semuanya bagus-bagus, baik dari segi pelajaran mahupun tingkahlaku. Tak macam
sesetengah ibu ni, kalau cerita anak dia saja yang baik, anak dia saja yang
pandai..tapi Hajjah Ani ni tak pernah pulak ibu dengar dia membangga-banggakan
anak-anak dia. Pada ibukan Han..kalau anaknya baik ibunya tak baik, susah juga
kita nak masuk keluarga dia. Lagi satu kalau ibu tu jenis yang suka
membanggakan anak-anak, sikit-sikit dia akan masuk campur dalam rumahtagga
anak-anak dia..dan selalu memenangkan anakya kalau ada pertelingkahan antara
suami isteri nanti. Ada ibu dengar orang dulu-dulu cakap,kalau nak kahwin
anaknya kita mesti kenal ibunya dulu,tujuannya macam tulah kalau ibunya baik
InsyaAllah rumah tangga anaknya akan kekal bahagia.”
================
Seperti
yang dirancang pagi itu Hajjah Fatimah dan Farhan meneruskan rancangan
mereka.Dari pukul 645 minit pagi lagi Puan Fatimah sudah terpacak menjadi jaga
dihadapan pagar rumah mereka.Farhan juga sudah bersedia dengan baju kerjanya
dan sebuah topi keledar ditangan, menanti gadis idaman dengan sabar.Mereka
berdua berdoa agar rancangan mereka membuahkan hasil. Seperti biasa bila jam
menunjukkan 5 minit lagi pukul 7 pagi, terdengar bunyi motosikal dari atas
bukit..cepat-cepatHajjah Fatimah keluardari pagar rumahnya dan
melambai-lambaikan tanganya.Fatin yang menunggang motosikal dengan laju kerana
menuruni bukit, agak terkejut bila ada orang melambai-lambai seolah-olah
menahannya..dia memperlahankan motosikalnya dan berhenti di depan pagar Hajjah
Fatimah.
“Kenapa mak cik??”
“Alhamdulliah ..nampak pun
kakak kat makcik ni.”
“Nampak..tapi kenapa..ada
orang yang sakit ke makcik?”
“Makcik minak tolong nak
tumpang kan anak makcik ni haa..Abang Farhan meragam pulak pagi ni..tolong
tumpangkan dia boleh tak..dia malas pulak nak jalan cari bas kat bawah tu.” Ketika Hajjah Fatimah menyebut perkataan ‘Abang Farhan’ dia memalingkan wajahnya
kebelakang, mencari anaknya yang masih tercegat dimuka pintu keluar..mungkin
malu atau tidak yakin dengan rancangan ibunya. Kemudian dia memusingkan semula
mukanya dan memandang wajah Fatin lalu menyambung dengan perkataan ‘meragam’.
Terkebil- kebil mata Fatin
memandang Hajjah Fatimah.. Dalam hatinya tertanya juga, siapa yang meragam ‘Farhan atau keretanya..tapi tidak mendengar
perkataan kereta pulak’ sedang Fatin terfikir-fikir apa yang didengarinya
tadi..Hajjah Fatimah bertanya lagi…
“Boleh tak kakak
tumpangkan abang Farhan ni.” bila dilihatnya Fatin hanya terkebil-kebil
memandangnya, Hajjah Fatimah bertanya lagi meminta kepastian.
‘Mak cik oii meh sini nak pegang dahi demam ke..biar
betul orang tua ni nak tumpangkan anak bujang dia tak takut kena culik dengan
aku ke’tetapi persoaalan itu hanya
bergema didalam hatinya sahaja.Bagai baru tersedar dari mimpi Fatin menjawab.
“Boleh..boleh..naiklah”. Tidak
disangka perkataan yang tidak terkawal ..tetapi itulah bunyinya yang keluar
dari bibirnya. Oh.oh. Keluh nya dalam hati.
Bagi
Farhan pula, bila dia mendengar perkataan..BOLEH kali pertama laju dia mendapatkan ibunya.
Perkataan ‘BOLEH’ kali kedua dia sudah berdiri disisi ibunya dengan membawa
topi keledarnya sekali. Dia
menghadiahkan senyuman lawanya kepada Fatin di pagi hari, sebagai ucapan terima
kasih.Farhan tidak bersuara dia hanya memandang dengan mata redup memohon
simpati.
“Naiklah.”Fatin memandang
wajah Farhan yang nampak ragu.Lama Fatin menunggu Farhan yang kelihatan serba
salah dan teragak-agak. Puan Fatimah membantu anaknya lagi..dia bersuara bila
melihat keadaan anaknya…
“Kakak biar abang
Farhan yang bawak motor.”Kini Fatin
pulak yang rasa ragu-ragu ingin menyerahkan motornya kepada Farhan.
“Kakak jangan bimbang ..Abang
Farhan ada lessen motor.” Puan Fatimah meyakinkan Fatin Najihah lagi, bila
dilihat Fatin Najihah ragu-ragu.
Diatas
permintaan Hajjah Fatimah, Fatin turun dari motosikalnya untuk memberi laluan
kepada Farhan membawa motosikalnya. Kini dia pula yang akan menjadi
pemboncengnya. Farhan menyalami dan mencium tangan ibunya sebelum menaiki motosikal
Fatin.Diikuti oleh Fatin menyalami dan mencium tangan Hajjah Fatimah.Kemudian
mereka mula bergerak. Sebelum mereka bergerak
sempat lagi Puan Fatimah berpesan.
“Kakak peganglah abang
Farhan tu nanti jatuh..Farhan baik-baik bawa anak dara orang jangan laju
sangat..lambat sikit tak apa.” pesan ibunya. Dalam hati Fatin berdetik..’Hisyy orang tua ni pandai-pandai pulak
suruh orang panggil anak dia abang..abang dari tadi, geli pulak nak dengar.’
Sepeningalan
kedua teruna dara tadi, Hajjah Fatimah tidak sempat masuk kedalam rumah sudah menekan perutnya. Dia ketawa geli hati dengan lakunannya tadi.
Terasa sangat lucu bila dia menyebut ‘Abang
Farhan meragam’ tadi..tapi jika disebutnya keretanya meragam takut-takut
esok kereta yang baru enam bulan dibeli oleh anaknya itu meragam pulak.
Farhan membawa motor lebih
laju sedikit dari kebiasaan Fatin membawanya sendiri. Dia tahu Fatin hampir
terlambat gara-gara perlakuan dia dan ibunya.Sesekali Fatin terpaksa juga
bersentuhan dengan belakang Farhan yang tiba-tiba memberek motornya secara
tiba-tiba.
“Maaf ye tak nampak lubang
tu..jangan marah.” Fatin hanya mendiamkan dirinya sahaja..’dah orang tak perasan takkan nak marah pulak’ itu detik hatinya.
Sampai
ditempat kerja Farhan memakir ditempat
biasa Fatin memakir motosikalnya. Setelah siap mengunci dan merantai motosikal
Fatin, Farhan menyerahkan kunci motosikal Fatin yang ada ditangannyaDengan
senyuman lawanya yang terpamir diwajahnya, dia mengucapkkan terima kasih….
“Terima kasih ..tapi
petang ni abang nak tumpang untuk balik boleh..abang malaslah nak naik bas
nanti kena jalan kaki pulak.” meremang bulu roma Fatin mendengar Farhan membahasakan dirinya
abang..terdengar romantic pula. Pada Farhan bila ibunya membahasakan dirinya
abang untuk Fatin, dia menjadi suka pula dengan ganti nama itu..serasa dia
sudah ada harapan..Diamemulakan angannya.
“Boleh..saya
tunggu kat sini petang nanti..ok saya pergi dulu assalamualaikum” tampa
menunggu lama laju langkahnyameninggalkan Farhan yang sedang bahagia..kerana
dia sudah kesuntukkan masa. Farhan tersenyum ceria hari ini.Sepanjang jalan
senyumnya tidak mahu surut dari bibirnya. Sampai ditempat kerja nya dia ditegur
oleh Arief Edlan sahabatnya..
“AssalamualaikumHan..mimpi
apa malam tadi..ni senyum berseri-seri muka kau tu.”
“Waalaikum
salam..tak ada mimpi apa pun ..sebetulnya aku tidur tak lena malam tadi.”
“Kenapa??..kaukena
ganggu dengan jin ke?.“
“
Kau ni mulut kau tu selalu celupar..kalau dah jin ganggu susah ubatnya tau.
Mahu nanti aku kena kahwin dengan nenek jin.”
“Ialah
sekarang ni cuba kau baca dalam surat khabar tenguk drama-drama kita, banyak
cerita-ceritanya yang bersangkutan dengan jin.Tapi kenapa kau mengharapkan kau
kahwin dengan nenek jin tak dengan cucu jin pulak.orang lain nakkan cucu dia
nak nenek pulah Han..Han kau ni lain dari yang lain lah”.
“Dah
nenek jin ni banyak ilmu..dah tua kereput pun manusia nampak cantik muda
belia..jadi janganlah kau doakan aku macam tu.”
“Aku
tak doakan kau macam tu…tapi apa pasal yang kau tak dapat tidur malam tadi
..dah tak cukup tidur datang kerja ni senyum memanjang macam orang angau saja
aku nampak”.
“Kau
ni Lan kalau nak mengata aku main sedap mulut kau saja..tak toleh kiri kanan
dengar dek orang malu aku..ada ke kau cakap aku angau.”Walaupun sahabatnya
mengata dirinya namun senyum Farhan masih tidak mahu surut dari dibibirnya,
seakan tiada perasaan marah dihatinya.
“Ialah
kalau kau ada cerita bahagia ceritalah kat aku nihaa sikit … aku nikan sahabat
kau.”
“Kau
nak tau Lan..ibu aku buat rancangan dan rancangannya menjadi pulak tu..aku jadi
heronya, itu yang aku bahagia ni.” Bertambah lebar senyum Farhan mengenang
peristiwa yang baru berlalu..tidak disangka, dia menunggang motorsikal bersama
Fatin. Dia akan mengenang peristiwa dalam sejarahnya itu hingga keakhir, detik
hatinya yang bahagia.Terasa yang tadi tu mimpi sahaja.
“Kalau
kau heronya siapa pulak heroinnya..ada ke gadis jiran kau yang tengah kau puja
sekarang ini.”
“Dialah
siapa lagi..bukan kau tak tahu siapa aku ni..susah sangat orang nak sangkut kat
aku ni.”
“Alah
bukan orang tak sangkut kat kau..tapi kau tu yang memilih.Apa yang ibu kau
rancangkan tu ceritalah sikit kat aku ni.” Farhan menceritakan rancangan ibunya
kepada sahabatnya..dia menceritakan juga bahawa petang nanti dia akan menumpang
lagi motosikal Fatin Najihah. Tidak sabar rasanya menunggu petang…
No comments:
Post a Comment