Pulang dari menjenguk Nur Hidayah dihospital Tengku
Faizal duduk diruang tamu kediamanya. Tidak lama dia duduk, datang isterinya
dari arah dapur.
“Abang dari mana.. pagi lagi dah keluar. Keluar pun tak
cakap dengan Ida..tahu-tahu dah hilang. Abang dah minum”. Memag dia bergesa
keluar selepas solat subuh tadi. Yang menjadikan dia kalut bila Tengku Farid
menghubunginya, dia mahu menjenguk Nur Hidayah di lawatan pagi yang bermula
pada pukul 630 hingga 730 pagi tadi.
“Assalamualaikum tuk..Farid nak jenguh Hidayah ni..kesian dia tentu lapar..semalam doctor kata perutnya kosong”.
“Atuk pun nak pergi juga ye, kalau atuk lambat tunggu kejap”. Terus
sahaja dia menghubungi Razali pemandunya.
“Sudah.. tadi kat hospital dengan Jannah dengan Farid”.
“Haa hospital..siapa yang sakit bang. .Jannah ke
Farid.”.
“Bukan Jannah bukan juga Farid tapi Hidayah”. Tengku Faridah
jadi terkaku bila mendengar nama Nur Hidayah disebut.
“Kenapa dia masuk hospital dia sakit apa” Selidik
Tengku Faridah ingin tahu balu arwah anaknya.
“Idah.. sampainya hati Ida buat Hidayah macam tu.
Kerana tuduhan Ida dia ditahan reman empat hari. Di tahan reman ni buka duduk lokap
saja-saja tau..dia disuruh mengaku perkara yang dia tak buat. Kenapa Ida..Ida
tak kesian ke, Hidayah tu darah daging kita Ida..dia anak Faris..satu-satunya
anak perempuan Faris. Dia cucu kita Ida”.
“Kernapa abang senang-senang mengaku dia cucu kita.
Ida hairan.. Faris ke Farid ke abang pun.. senang sangat percaya apa yang dia
cakap”.
“Abang kalau tak buat ujian DNA pun abang percaya dia
cucu abang, sebab apa? sebab muka
dia..cuba Ida tenguk raut wajahnya macam Farid macam Faris. Tapi untuk
menguatkan lagi bukti yang dia adalah cucu abang, abang dah buat ujian DNA dengan Farid sekali.
Tu keputusannya.. sengaja abang ambil untuk tunjukan pada Ida sebagai bukti dia
adalah cucu abang. Kalau Ida tak nak mengaku dia cucu Ida tak apa, tapi dia
tetap cucu abang”. Tengku Faridah hanya menundukkan muka mendengar kata-kata
suaminya. Namun jauh disudut hatinya mengakui raut wajah Hidayah ada sedikit
menyamai raut wajah Faris dan Farid yang mengikuti wajah suaminya Tengku
Faizal.
“Tapi yang paling abang tak sangka sanggupnya Ida menuduh Hidayah bersubahat membunuh
Faris..kenapa Ida.. kenapa Ida begitu benci dengan cucu sendiri. Cucu kita
bukannya banyak hanya dia dengan Farid sahaja. Nak kata dia nak membolot harta
kita..pernah ke selama dua tahun dia duduk dengan kita dia minta dibelikan yang
bukan-bukan dengan Faris”.
“Abang cuba abang fikir..kalau dia wanita yang tak ada
ajenda sanggup ke dia kahwin dengan
orang yang dah ada HIV..tentu dia nikah dengan Faris ada muslihat. Abang pun
tahu dia tak jalankan tanggung jawab dia sebagai isteri pada Faris”
“Kenapa Ida suka tuduh melulu..rasanya pasal dia tak
jalankan tanggung jawab dia sebagai isteri..Faris ada cakap…”Belum habis kata-kata Tengku Faizal sudah dicantas kata-katanya..oleh isterinya yang nampak berangin bila mereka bercerita tentang menantu merangkap cucu pada mereka.
“Walau pun Faris kata dia yang tak mahu jalankan
tanggung jawab dia sebagai suami tapi Ida tak percaya mesti Hidayah yang
menolak bila Faris berkehendakkan dia..”.
“Kalau Ida tak percaya cakap Faris, cakap siapa lagi
yang Ida nak percaya..cakap Hidayah lagilah Ida tak percaya..Ida jangan tak
tahu. Nafsu lelaki kadang-kadang bergatung pada keadaan..Kadang-kadang ubat
yang kita,makan juga boleh mengurang daya
tumpu seseorang lelaki. Bila daya tumpu dah kurang nafsu lelaki pun mejadi
kurang. Berkali-kali Faris cerita dengan
abang dia yang tak mampu jalankan tanggujawab dia sebagai suami..dia dah tak ada
semangat bila mengenangkan saat mati yang dah hamper, kemudian dosanya yang
banyak”.
“Abang tak terfikir ke setelah dia tahu Faris hidup tak lama
dia nikah juga dengan Faris sebab dia nak kan harta selepas kematian Faris,
tapi bila ditunggu lama sangat Faris tak mati-mati dirancang satu
pembunuhan..kenapa abang tak fikir macam tu”.
“Kan dia dah
cakap dulu..dia nikah dengan Faris..sebab dia sayangkan papa dia..dia nak
tolong papa dia bertaubat..Ida bukan tak tahu macam mana dia tolong Faris
bertaubat. Kita ni ibu bapa kandung Faris tapi kita tak pernah terfikir nak
bantu Faris bertaubat. Walaupun mulut kita tak berhenti menyuruh Faris solat.
Entah lah Ida pada abang abang tak suka fikir banyak, yang abang nampak
Hidayah memang bersungguh-sungguh nak membantu Faris bertaubat..dia tahu didunia ni hanya kehidupan sementara, akhirat yang kekal abadi..dia tak mahu papanya menjadi kerak neraka selamanya..dia nak papanya menerima nikmat kebaikan di akhirat kelak.”.
“Tapi Ida kesal bila Faris dah jadi baik.. dia mati
dalam keadaan yang macam tu..Kepala Ida ni selalu bertanya kenapa hanya Faris sahaja yang cedera, dia
pula elok tak diapa -apakan oleh penjahat tu, abang tak terfikir ke yang dia
bersubahat dengan penjahat tu, supaya Faris mati cepat, cepatlah dia bebas dari
Faris dan dapat harta Faris. Kalau Faris tak tergila-gilakan dia, tentu sampai
sekarang Faris masih hidup lagi. Ida kesal bang, kesal sangat kerana tak
menghalang Faris ambil dia jadi isteri..”.
“Jadi Ida sukalah Faris yang dulu, Faris yang tak kenal
sejadah. Faris yang suka kekelab malam tidur entah dengan betina mana..Faris
yang kalau balik pukul dua tiga pagi dalam keadaan mabuk.”
“Tak lah macam tu..Ida nak Faris yang biasa-biasa yang
hidup depan kita. Berpuluh tahun Ida tunggu dia balik hidup satu bumbung dengan
kita, baru dua tahun dia didepan mata kita..dia mati macam tu sahaja..”
“Nak hidup yang biasa macam mana Dah..Faris dah
disahkan ada HIV positive. Penyakit tu dia yang cari sendiri. Lama kelamaan HIV positi ni akan menjadi
pesakit ADIS..Sebelum kejadian dia dipukul pun kita dah nampak daya tahan badan
dia dah mula menurun. Batuk dan selsema susaah nak baik, bila kena selsema dia kan menjadi asma. Idah
bukan tak nampak betapa susahnya dia nak tarik nafas bila dah kena semput dia
tu. Idah nak ke tenguk dia menjadi pesakit ADIS yang ditumbuhi kudis, kulit
melepuh-lepuh.. dah lah macam tu berbau pula. Ida sanggup tenguk ke, bila orang
jijik nak dekat dia..Kemudian manalah tahu kita mati dulu.. siapalah yang sudi
nak bela dia..orang nak dekat pun takut. Takut menjangkit. Pada abang lama mana dia hidup abang kisah, janji dia seorang Islam yang taat..Kalau
hidup beribu tahun depan mata kita, tapi kalau dia tak sembayang tak puasa tak guna
juga”.
“Abang macam suka anak kita mati cepat dari kita. Kenapa
dulu sebelum Faris meninggal abang tak cakap macam ni..kalau Faris membeban kan
abang Ida sanggup pindah dan bela anak Ida sendiri”.
“Ida rasa hanya Ida yang sayang anak. Setiap ibu bapa
semua sayang anak nya Ida, tak kira lah anaknya elok sempurna mahupun cacat,
anak nya baik atau tak elok perangainya..termasuklah abang. Abang nikan
daddynya. Abang suka Faris mati cepat sebab abang sayang dia Ida..dia meninggal
sebelum orang tahu dia ada HIV positive. Sebelum timbul penyakit-penyakit yang
mengatakan dia adalah pengidap penyakit
ADIS, sebelum orang jijik dan takut nak dekat dengan dia. Kalau hayatnya
panjang semua tu akan terselah pada dirinya Ida..Ida nak ke macam tu.”
“Ida tak mahulah tenguk macam tu tapi tak lah secepat
ini..Ida tak bersedia lagi tenguk dia tinggalkan Ida”.
….”Belajar jadi reda dengan ketentuan Allah Dah. Pandang
perkara positive jika Idah nak mengajar hati Ida redha...abang redha Faris
pergi sebab abang pandag yang positive pada pemergian Faris. Cuba Ida tenguk cara dia pergi walau pun pada mata Idah
menyiksa, tapi itulah cara yang sebaik-baiknya. Dia pergi ketika dia sedang bertaubat dengan
bersungguh-sungguh, selepas solat Isyak diperkarangan
masjid tempat yang penuih keberkatan pula tu, dimalam yang mulia yaitu malam
Jumaat....kemudian dia meninggal seakan direjam dengan batu itu tandanya Allah
mahu menghapuskan dosa-dosanya, bukan kah rejam sampai mati hukuman orang yang
berzina.Jadi abang memang meredhakan pemergianya. Kalau panjang pun umurnya
tapi peragainya tidak berubah tak ada gunanya juga. Pada abang, abang yakin
Allah menerima taubatnya”. Tengku Faridah mengangkat muka memandang kearah
suaminya dengan pandayang sayu untuk mencari kebenaran kata-kata suaminya
sedari tadi dia mendengar dengan tekun kata-kata suaminya. Bila melihat
isterinya tidak meyampuk kata-katanya Tengklu Faizal meneruskanlagi kata-kata
nya supaya isterinya sedar ap yang telah dilakukan kepada satu-satunya cucu
perempuan mereka, merangkap menantu mereka juga.
“Satu yang abang kesalkan..abang kesal dengan sikap
Ida”.
“Ida buat apa yang sampai abang menyesal dengan sikap
Ida”.
“Idah..pernah tak Ida toleh kebelakang..abang selalu
padang waktu belakang kita..dari mula Faris meningkat remaja dari Faris mula
pandai berhibur.. hidupnya liar itulah hakikatnya. Sampai pandai dia begembira
dan berseronok lagi liar hidupnya. Bukan kita tak dengar sosek-sosek orang keliling megata anak kita..Kita tahu cara hidupnya tapi apa yang kita
boleh buat untuk membetulkan hidupnya menjadi seorang hamba kepada Allah, seperti hamba Allah yang lain. Abang tahu sangat perangai dia Ida..sejak dia remaja lagi dia berlakun bersolat dan berpuasanya hanya bila kat depan kita sahaja .. tapi kita tak boleh nak buat apa. Raihana
yang muda belia masa tu pun tahu dan tak sanggup menjadikan Faris suaminya,
sanggup dia bersusah payah lari dari emaknya kerana tak mahu menjadi menantu
kita..
….Tapi Alhamdullilah sejak Faris jumpa dengan Hidayah…dia mula nak solat..
tampa malu dia minta kita ajarkan
dia solat..walau mungkin pada mulanya
dia nak solat kerana nak memikat Nur Hidayah sahaja. Semuanya tu Ida tak tahukan”.
Tengku Faridah hanya memandang suaminya tiada perkataan yang mampu dikeluarkan kerana yang diperkatakan oleh suaminya adalah kebenaran tentang tingkah anak tunggal mereka.
“Bila mereka dah nikah betapa bersungguhnya Hidayah
membantu Faris bertaubat.. Dari awal sebelum subuh lagi dia dah bangun kerana nak temankan Faris ganti
solat-solat yang dia tertinggal dulu. Kemudian sediakan Faris makan untuk
bersahur. Kalau pun dia tak boleh puasa kerana uzur dia tetap tak makan, bukan
kat rumah ni sahaja, kat tempat kerja pun dia tak akan makan Ida.. Pergi masjid
macam tu juga. Kata Faris waktu dia uzur dia akan tunggu Faris dalam kereta. Itu
yang abang sangat kagum dan bersyukur Hidayah dipertemuklan dengan Faris.
Pernah tak kita terfikir nak bantu Faris bertaubat macam tu. Pernah tak kita
temankan Faris berpuasa, pernah tak kita teman Faris solat. Tak pernah
Ida..walaupu mulut kita tak berhenti suruh Faris solat”.
“Macam mana nak temankan..nak suruh solat pun tak boleh
nak bangun”.
“Tahu pun Ida..tapi kenapa Idah balas orang yang boleh
membuat Faris solat dengan mencampakkan dia dalam penjara?. Itukah ucapan
terima kasih Ida pada orang yang menjadi peneman dan perangsang anak kita
bertaubat Ida. Abang tak sangka begitu sampai hati Ida buat Hidayah macam tu. Ida tahu tak.. perkataan yang Idah cakap itu yang
diambil kira menyebabkan Hidayah direman selama empat hari. Ida tahu tak
keadaan orang yang di reman polis..mereka dipaksa mengaku dengan
tekanan-tekanan yang tak mampu kita bayangkan..”
“Sebab Ida muskil kenapa hanya Faris sahaja yang kena
pukul..dan Ida muskil kenapa dia sanggup nikah dengan Faris kalau tak ada
muslihat”.
"Ida dari cerita doktor yang ada ditempat kejadian masa Faris kena pukul macam ni..selepas ceramah Faris duduk tunggu jemaah lain beransur..kemudian dia ada tanya beberapa salan pada ustaz..masa Hidayah pergi dulu kekereta..Bila Faris keluar dari pintu masjid masa tulah penjahat tu pukul Faris".
"entah-entah.."Cepat sahaja Tengku Faizal memintas kata-kata isterinya yang mula mahu berburuk sangka...
"Ida dari cerita doktor yang ada ditempat kejadian masa Faris kena pukul macam ni..selepas ceramah Faris duduk tunggu jemaah lain beransur..kemudian dia ada tanya beberapa salan pada ustaz..masa Hidayah pergi dulu kekereta..Bila Faris keluar dari pintu masjid masa tulah penjahat tu pukul Faris".
"entah-entah.."Cepat sahaja Tengku Faizal memintas kata-kata isterinya yang mula mahu berburuk sangka...
“Kikis perkataan 'entah-entah' dari hati Ida tu..itu namanya buruk sangka. Buruk sangka ni umpama kita menuduh orang yang tak bersalah selagi kita tak minta maaf kita akan berdosa pada orang yang kita fikir 'entah-entah' tu Ida..Jadi Ida syak Hidayah bersubahat dengan penjahat yang
pukul Faris tukan. Ida.. abang sendiri yang tanya dengan Inspektor yang menangani
kes Hidayah ni ..dia cakap dengan abang Hidayah tidak terlibat langsung dengan
kes pukul ni. Ida nak tahu siapa yang memukul Faris.. mereka adalah orang
suruhan boyfrend teman-teman wanita Faris masa dia selalu ke kelab malam dulu.
Ida tahukan kalau abang cakap teman-teman
wanita Faris..ini bermakna wanita-wanita ni pernah tidur dengan Faris.
Sebab apa boyfriend diaorang pukul Faris..sebab mereka marah Faris bagi kuman
HIV positive pada girlfriend mereka, kemudian menyebarkan pada dia dan isteri
dia pula. Nak hilangkan rasa marah dan geram dia pukul Faris nak puas kan hati
mereka. Itu adalah hasil siasatan yang pihak polis dapat..bila mereka ditanya
kenapa dia pukul Faris di hadapan pintu masjid.”
Yang sebenarnya Tengku Faizal tidak terus pulang, petang
dimana Nur Hidayah dimasukkan kan kehospital. Dia berpatah semula dan menemui
doctor Johan Hamdi untuk bertanya bagai mana dia dapat tahu Nur Hidayah sudah
dibebaskan. Dari situ jugalah dia tahu doktor itu ada ditempat kejadian ketika anaknya dipukul dan ketika itu jugalah dia tahu telekung Hidayag dicemari darah kerana memangku kepala anaknya yang sudah luka..dan dari doctor Johan Tengku Faizal mendapati nombor telefon
Inspektor Azrul Azam yang menangani kes Hidayah. Dia menemui Inspektor Azam..
Sebelum dia keluar.. dia menjenguk Hidayah yang sedang
lena dikatil hospital. Disisinya pula bergatung botol air yang sedang menitis
didalam saluran menuju kedalam badan Hidayah. Terkejut Tengku Faizal melihat
fizikal Nur Hidayah yang sudah cengkung wajahnya. Dia kelihatan sangat kurus.
Tentu dia disiksa ketika di tahan reman…Makin berkobar hasrat hatinya ingin
menemui pegawai polis yang betanggung jawag dalam kes Hidayah.
“Kalau boleh tuan cerita sedikitlah tentang kisah orang
yang memukul anak saya ni..saya nak tahu juga”.
Pegawai polis yang bertugas menceritakan serba sedikit
tentang orang yang memukul Tengku Faris. Ada dua benda yang terkena darah Tengku
Faris yang dijumpai oleh pihak polis tidak
jauh dari tempat kejadian. Sebatang beluti dan bata. Mungkin benda-benda itu
digunakan oleh penjenayah untuk memukul dan
membaling mangsa. Setelah dibedah siasat
didapati..tengkorak kepalanya retak dan tengkuknya juga patah.. itu dijadikan punca kematiannya.
Bila melihat isterinya masih lagi sangsi dengan apa
yang diperkatakan, Tengku Faizal bangun mahu menuju kebiliknya. Dia ingin melakukan
solat DUHA, dia mengambil iktibar Nur Hidayah tidak pernah tinggal menunaikannya.
Kata Hidayah selain memohon rezeki
kepada Allah solat sunat DUHA juga boleh menghapus dosa-dosa kecil. Tetapi pada
Tengku Faizal dia ingin mencari keredaan Allah sementelah usianya sudah lama
masuk kewaktu senja. Melihat suaminya bangun cepat sahaja Tengku Faridah
bertanya.
“Bang Hidayah kat mana.. masih kat hospital ke?”.
“Kenapa Ida Tanya, Ida nak buat apa pada Hidayah.. nak
sumbat semula Hidayah dalam penjara. nak tuduh dia sampai dia ketali
gantung ke?..Supaya puas hati Ida tu..Kalau ada niat hati Ida macam tu..Ida buatlah
sendiri. Abang tak akan bersubahat mahu menganiaya cucu abang … dia darah daging
abang. Kalau sampai Ida buat tuduhan lagi, abang akan jamin dia biar habis harta abang pun abang tak kisah...”.
“Bang! buruk sangat ke perangai Ida yang sampai abang
tuduh Idah macam tu”.
“Buruk tak buruk Idah dah pun berjaya menyumbat cucu
abang tu dalam lokap selama empat hari”.
“Bang teruk sangat ke Hidayah tu..Hingga dengan Ida
abang cakap macam ni”.
“Kalau tak teruk takkan sampai dia dimasukkan ke
Hospital..tak cukup air dan demam lagi..tentu dia diseksa supaya mengaku”.
“Bang Ida nak jumpa dia Ida nak minta maaf..jomlah bawakan Ida jumpa dia”.
“Betul ke ni..jangan Ida nak tuduh-tuduh dia lagi, Tak
mampu abang nak bayangkan tekanan batinnya. Saat papanya meninggal saat itulah
juga dia dipaksa mengaku salah.. dahlah jenazah papanya dia tak dapat nak jumpa. Ida nak tahu dari sepuluh jari tangan dia.. tujuh batang dibalut kerana luka. Abang tanya pada polis kanapa jari cucu abang tu luka sampai ada yang bengkak..Inspektor
itu kata Itu adalah cara pihak polis memaksa pesalah mengaku salah..atau
tunjukkan bukti. Ida nak tahu lagi jika dia tak dapat buktikan yang dia tidak bersalah dengan tuduhan-tuduhan itu dia akan ketali gantung walau pun dia tak buat semuanya. ”. Tengku Faridah hanya termagu mendengar kata-kata suaminya..
Menyesal betul ke Tengku Faridah tu...
ReplyDeleteHarap sangat-sangat Hidayah temui jua kebahagiaan di masa mendatang. Moga dia bertemu jodoh yang sempurna dan dapat menerimanya seadanya. Dia seorang yang amat baik.. Syukur atoknya dapat menerimanya dengan hati terbuka. tak sabar nak baca n3 seterusnya mak teh.
ReplyDeletek.mid
thanks untuk sambungan citer hidayah, tak sabar nak tahu endingnya...semoga dayah bahagia dgn salah sorang jejaka, tuan inspektor or tuan doctor
ReplyDeleteSedihnya.... berderai air mata membaca entri ni...
ReplyDelete