Melur termenung di pinggir
kali,
Mengenang abang pergi
berjaja,
Kasih tak boleh dijual beli,
Bukannya benda buat
berniaga
Apabila keluarga
Tengku Khalidah sudah bergerak pergi, Tengku Farid menghampiri kereta datuknya Tengku Faizal, yang masih
berdiri menunggu isterinya bersalaman dengan Puan Zubaidah.Tiba-tiba Tengku
Farid memeluk datuknya.
“Maafkan Farid grandpa, sebab Farid grandpa dan grandma kena marah dengan
nenda tadi.. Farid juga berterimakasih kerana grandpa paksa Farid nikah dengan
Jannah dulu.. sekarang ni Farid dah sedar segala yang grandpa buat adalah untuk
kebahagiaan Farid...terimakasih grandpa.”
“Grandpa boleh baca perasaan nenda kamu tu Farid..Dia tak marah....tapi dia
tu rasa bersalah bila Jannah menderita dia mengaku pada kami..dia yang paksa
Jannah nikah dengan kamu….kan grandpa dah cerita dulu, dia tahu betapa derita
orang kalau dimadu, dia dah merasai dulu. Tulah grandpa harap kamu berlaku
adillah...cuba sedaya upaya supaya kamu tak sia-siakan Jannah”.
”Grandpa...sebenarnya Farid dah bercerai dengan Diana tapi Jannah tak tahu
lagi”.
“Bila kamu bercerai???” tanya grandpa dan grandmanya serentak. Ketika itu
Tengku Faridah sudah sampai dihadapan mereka berdua.
“Hari Jannah balik dari hospital, lepas Magrib tukan Farid balik sana...hari
tulah.”
“Kamu yang ceraikan dia ke..atau dia yang minta cerai.. itu yang kamu bawa
anak kamu kesini?”tanya Tengku Faridah pula.
“Dia yang minta cerai talak tiga dan dia yang tak mahu jaga anak dia.”
“Kenapa sampai minta cerai ..talak tiga pula tu.” tanya grandma lagi.
“Sebab dia marah Farid tak telefon dan tak balik masa Jannah bersalin tempuhhari.
Tapi masa tu Farid sibuk...Farid betul-betul terlupa. Bila Jannah yang tiba-tiba bersalin...
sebetulnya Farid tak bersedia lagi masa tu, itu yang jadi kalam kabut.Tak macam masa Diana nak
bersalin dulu Farid dah sebulan bersedia”.
“Grandma pun tak sangka ada juga keturunan kita yang lahir tak cukup bulan..Inilah
pertama kali grandma tenguk bayi tak cukup bulan tapi.. ok saja grandma tenguk
Aisyah tu hanya kecil sikit dari bayi biasakan”.
“Grandma tahu Jannah sakit malam tu
dia tanggung seorang diri, itu yang Farid rasa bersalah sangat, sedangkan masa
Diana nak dekat due Farid tak balik jenguk dia hampir sebulan, Farid hanya
telefon dia saja. Masa Jannah bersalin tu memang Farid sibuk betul hingga
terlupa mana letak telefon.Tanya grandpa, Farid telefon Diana pun guna telefon
grandpa masa tu”.
“Kenapa agaknya masa Jannah sakit dia tak telefon kamu ..Farid” Tengku
Faridah masih memikirkan Nur Jannah waktu sakitnya, dia merasa simpati...dia
merasa sedeh kalau dirinya terabai begitu.
“Tak tahulah, sebetulnya grandma kalau Farid kat kondo.. dia memang tak
telefon Farid mungkin dia tak mahu menganggu agaknya.. tapi malam tu Farid ada
telefon dia masa awal malam tanya dia kalau baby menangis macam mana nak
buat..masa tukan Arif asyik menangis saja, malam tu pulak Farid kena jaga Arif,
jadi masa dia tengah menyusu Farid tetefon dia, bersiap sedia lepas menyusu dia
mesti menangis... tapi malam tu dia tak cakap apa-apa pun dengan Farid. Pagi tu
Farid terlambat pulak pergi kerja bila sampai... belum sempat duduk lagi atuk
Ibrahim telefon mengatakan Jannah sakit..kalang kabut Farid balik, sampai tak
sempat Farid bagitahu sesiapa. Telefon Farid hilang tak tahu mana Farid letak,
itu yang terlupa langsung..grandpa dan Halim pun Farid tak telefon. Tapi bila
grandpa datang malam tu, Farid baru teringat dan terus telefon dia gunakan
telefon grandpa”.
“Betul tu memang hari tu Farid pinjam telefon abang Idah..tak apalah dah
jodoh kamu sampai situ nak buat macam mana.” sambung datuknya, neneknya pula hanya mengiakan saja.
“sekarang kamu dah jumpa telefon kamu tu.” tanya neneknya pula.
“Dah..rupa terjatuh ditempat duduk memandu mungkin masa Farid
terkocoh-kocoh bangun pagi Jannah sakit, Farid tak perasan.” ujar Tengku Farid mengakhiri
ceritanya. Sebelum mereka pulang sempat juga datuk dan neneknya menasihatkan
cucunya.
“Sabar saja lah Farid, Jannah ni bersih
hatinya susah nak dapat orang macam dia Farid. Grandma tenguk Jannah tak kisah
pun jaga dan susukan anak kamu Ariff tu. Kita boleh nampak dari raut wajahnya,
dia ikhlas, jadi janganlah difikir lagi. Ingatlah perkara yang lepas jadikan
pengajaran kepada kamu, ‘jangan sampai
pisang berbuah dua kali’. Tapi grandma nak tanya dengan kamu, kamu masih
sayangkan Diana lagi ke”.
“Entahlah grandma..tapi Farid serik beristeri dua grandma...lagi serik
kalau dapat isteri yang macam dia.”
“Dahlah jangan fikir lagi..kau tumpukan pada isteri kamu yang ini jangan
sia-siakan dia. Bersyukurlah pada Allah Jannah terima, jaga dan yang paling kita kagum dia susukan Arief
dengan ikhlas itu dah sebesar-besar nikmat ...kami balik dulu ya.” ujar Tengku
Faizal memberi nasihat.
“Farid ingat tu grandpa, grandma dan Farid bersyukur sangat.”.
“Assalamualaikum..ingat yang kami
pesan Farid.. jaga Jannah baik-baik”
“InsyaAllah..Walaikumsalam”apabila kereta datuknya mula bergerak, Tengku
Farid masuk kerumah, dia teringat belum solat Isyak lagi, lalu dia mencari
datuk Ibrahimnya.
“Nek… atuk mana nek.”
“Dalam bilik air ambil wuduk.”
“Tunggu Farid ya… Farid nak jemaah sekali.” Mereka hendak solat Isyak yang
sudah tertangguh kerana ramainya tamu tadi. Kalau Tengku Farid dirumah, sebolehnya
dia akan solat berjemaah dengan datuk
dan nenek isteinya. Dia tahu kelebihan solat berjemaah yang sering dinyatakan
oleh datuk Ibrahim. Selesai solat dan selesai datuk Ibrahim membaca doa. Tengku
Farid berdoa lagi untuk dirinya. Dia bersyukur, dikurniakan isteri sebaik Nur
Jannah, anak-anak yang sihat dan sempurna. Dia berjanji akan membahagiakan keluarganya
dan berjanji akan menyempurnakan segala tanggungjawabnya sebaik mungkin. Dia
sungguh-sungguh bersyukur diatas kebahagiaan yang diberikan dia amat bersyukur dipertemukan jodoh
dengan Nur Jannah yang dapat
membimbingnya mencari sinar Islam yang
hilang suatu waktu dulu.. Amin.
Selesai solat Isyak nenek mengingatkan cucunya.
“Farid ...kamu dengan Jannah tu belum makan lagi, dah malam ni, lewat
sangat makan nanti perut masuk angin, cakap dengan Jannah biar nenek jagakan
anak kamu dulu, pergi makan.”ingat nenek Zubaidah sambil melipat sejadah.
“Baiklah nek..Farid nak jenguk Jannah dalam bilik dulu.” Tengku Farid masuk
kebilik dan menghampiri isterinya yang berdiri disisi katil bayi dia leka memandang
anak-anaknya sesekali tangannya mengusap-gusap kepala anaknya.
“Sayang jom kita makan abang dah lapar sangat ni.” Anak-anak mereka sedang
lena, mereka beriringan kedapur. Nur Jannah mengambil lauk yang dimasak khas
untuknya oleh neneknya, ikan tengiri dimasak bersama lada hitam dan sayur bayam
yang direbus dengan ikan bilis.
“Ehh.. Jannah makan lauk apa tu.”
“Ini lauk Jannah...nenek kata untuk selama berpantang ni Jannah tak boleh
sangat makan minyak-minyak nanti lambat baik”
“Ohh..macam tu..ikutlah cakap nenek.. semoga Jannah cepat sembuh..nak jaga
anak dua orang bukannya senang”.
“InsyaAllah dengan bantuan abang Jannah boleh.” selesai makan Tengku Farid
mencuci pinggannya dan pinggan isterinya. Sudah menjadi kebiasaan bagi Tengku
Farid sekarang ini, akan mencuci pinggan dan cawannya selepas dia selesai
makan. Kemudian dia beriringan dengan isterinya masuk kebilik mereka semula.
Setelah didalam bilik Tengku Farid ingin mencari-cari
ayat yang sesuai untuk memberitahu isterinya yang dia sudah bercerai dengan
Diana. Tengku Farid duduk dibirai kati sambil memandag anaknya Arief disusui
oleh isterinya. Setelah Arief kenyang menyusu dihulurkan anaknya itu kepada
suaminya untuk ditepuk-tepuk belakangnya agar dia sendawa. Nur Jannah mengambil
anaknya Aisyah pula untuk disusui. Mata Tengku Farid tidak lepas dari memandang
isterinya itu sambil fikiran mencari-cari ayat yang sesuai.
“Kenapa bang, Jannah lihat abang ni macam ada yang tak kena saja.”
“Ahh…Jannah ni cepat sangat perasan
apa yang tidak kena dengan aku ni.” getus hati suaminya.
“Abang memang ada benda nak cakap dengan Jannah ni.” berdebar hati Nur Jannah
bila suaminya berkata begitu. Dia teringat pertemuan dirumah nendanya tidak
lama dulu. Dimana Tengku Farid diminta membuat keputusan selepas mereka berdua
selamat bersalin. Siapakah yang akan menjadi pilihan suaminya, dirinya atau
Diana. Tapi jika suaminya memilih Diana dia reda..kerana dia tahu dia banyak
kekurangan..biarlah suaminya bahagia bersama orang yang di cintai..dia berserah
kepada Allah.
“Cakaplah, Jannah sedia dengar..kalau boleh Jannah tolong, Jannah akan
tolong dan Jannah terima segala keputusan abang dengan senang hati.”
“Begini…sebenarnya abang dengan Diana dah bercerai.” tiada kata-kata yang
terkeluar dari mulut Nur Jannah dia hanya memandang suaminya dengan mata
terbuntang mulut terlopong. Lama juga dia tidak bersuara,dia bagaikan terkaku
memandang suaminya. Alhamdulliah tidak terlepas anak dipangkuan yang sedang
disusuinya.Lama kemudian barulah dia bersuara.
“Kenapa sampai abang ceraikan Diana, kerana Jannah ke?”sambil menepuk-nepuk
belakang anaknya kemudian meletakan anaknya didalam katil bayi, keduanya telah
terlena kekenyang susu ibunya.
“Tidak... bukan kerana Jannah dan bukan kerana siapa-siapa, hanya dia kata
dia bosan hidup dengan abang”.
“Sebab abang selalu balik dengan Jannah ke? Dia bosan kerana selalu abang
tinggalkan. Kalau macam tu Jannah rela sebulan sekali saja abang balik sini, biar
abang selalu bersama dengan Diana Jannah tak kisah.”
“Kenapa Jannah cakap macam tu, Jannah macam tak suka abang selalu dengan
Jannah.”
“Tanyalah isteri mana yang tak suka kalau suaminya selalu disisinya.Tapi
Jannah tahu abang akan rasa bahagia bila dengan Diana. Kerana dah bertahun abang
rasa sayang dengan Diana,lain rasanya dengan
abang yang tiba-tiba terpaksa rasa sayang dengan Jannah, kalau abang nak
rujuk...rujuklah..” belum pun habis Jannah berkata untuk ayat seterusnya,
Tengku Farid menyambungya.
“Jannah abang sayang Jannah bukan dipaksa-paksa, rasa sayang abang pada
Jannah memang dari lubuk hati abang ni,
kenapa Jannah tak percaya, yang sayang abang pada Jannah datang betul-betul
dari hati abang ni.. tiada paksaan dan bukan juga pura-pura.” selepas
menepuk-nepuk dadanya,Tengku Farid meraup muka dan rambutnya dengan mata
berkaca. Sedih hatinya bila Nur Jannah
bagai tidak mempercayai kasih sayangnya datang dari hatinya yang ikhlas.
Kemudian Tengku Farid menyambung lagi.
“Yang sebetulnya kami dah tak boleh rujuk, kami bercerai dengan talak tiga.
Kalau pun boleh rujuk abang dah tak sanggup nak rujuk balik…yang sebenarnya
Diana bosan dengan cara hidup abang sekarang. Dia jemu tunggu abang solat, abang
mengaji dan abang berzikir,sedangkan abang tidak boleh ubah cara hidup abang
sekarang balik kezaman ‘jahiliah’ abang yang dulu. Abang
bahagia dengan cara abang sekarang ini. Jannah… abang ada satu permintaan boleh
tak Jannah tunaikan..” Tengku Farid memandang Nur Jannah dengan pandangan
yang redup dan sayu seolah-olah memohon
simpati.
“Apa dia bang, kalau boleh Jannah tunaikan..InsyaAllah akan Jannah
tunaikan”.
“Tolong… Jannah pertahankan abang ni menjadi milik Jannah seorang, abang
rasa bahagia kalau Jannah buat macam tu, abang rasa dihargai dan disayangi oleh
sorang isteri yang betul-betu perlukan abang.” Tengku Farid memegang tangan
isterinya dengan mata berkaca-kaca.
“Boleh ke macam tu bang, abang tak rasa kena queen control ke nanti..” dia
melepaskan tangan suaminya lepas itu Jannah merapati suaminya dan berdiri
diatas lututnya lalu merapatkan mukanya kepipi suaminya,sambil menangis.
“Kenapa Jannah menangis pulak.”
“Jannah menangis untuk Diana.Betapa ruginya dia minta dilepas oleh seorang
suami sebaik abang. Lepas ni Jannah akan mempertahankan abang supaya menjadi
milik Jannah seorang.” lalu dicium kedua belah pipi suaminya. Kemudian Tengku
Farid memegang kedua belah pipi sambil menyapu air mata isterinya dengan kedua
ibu jarinya.
“Abang sayang Jannah..sayang sangat-sangat”.
“Jannah juga sayang
abang, tapi cara Jannah sayang abang lain dan cara abang sayang Jannah lain.”
“Sekarang ini
abang nak.. kalau abang bahagia Jannah pun bahagia bersama dengan abang, tak
naklah abang bahagia seorang ,abang tak nak bahagia diatas penderitaan Jannah..
abang nak jadi milik Jannah seorang.” ketika itu Ariff Daneal bergerak-gerak Tengku
Farid mengalihkan pandanganya kepada Ariff anaknya.
“Jannah gembira
ke jaga Areff, jangan Jannah jaga Arirf kerana abang, kalau Jannah rasa berat
jaga Arieff, abang boleh bincang dengan grandma minta tolong dia jagakan”.
“Abang…Jannah
memang sayang Arief macam anak Jannah sendiri. Jannah tak pernah fikir dia anak
Diana. Dah tertanam dalam hati ini, kalau dia anak abang.. dia anak Jannah juga.Jannah
nak anak yang berayah yang sama hidup dalam satu bumbung. Jadi biarlah Aisyah
dan Arief duduk serumah.. satu ayah satu ibu. Biar ada rasa kasih dan sayang antara
mereka.Jannah seronok sangat tengok adik-adik Jannah, mereka mesra dan saling
menyayangi antara satu sama lain, kita tak pernah ada adik beradik kan, Jannah
sekarang nilah baru merasa ada adik beradik seronok rasanya”.
“Abang pun rasa
seronok dengan adik-adik Jannah, merasa juga abang ada adik ramai.”
“Ehh.. dah malam
ni tidurlah, …tapi sebelum tu tolong tengukkan pintu pagar dan pintu depan dah
kunci ke belum.”
“Ialah..abang
pergi temnguk dulu.” Suaminya bangun untuk memeriksa, pintu-pintu yang
diperkatakan oleh isterinya. Apabila dia bangun isterinya juga turut bangun
mengiringinya.
“Ehhh…Jannah nak
pergi mana pulak ni?” Tanya suaminya hairan.
“Nak teman
abanglah..sekarang Jannah dah tahu abang akan sentiasa disisi Jannah dan abang
milik Jannah seorang jadi Jannah nak temankan abang walau kemana abang pergi. Dulu
Jannah tak nak temankan abang sebab takut terbiasa asyik nak berkepit dengan
abang.. sedangkan hakikatnya abang bukan milik Jannah sorang,” Jannah ni memang
manja orangnya, sambil memeluk bahu isterinya Tengku Farid memeriksa pintu satu persatu.
“Bang.. kata
atukkan kalau masa kita kunci pintu seelok-eloknya bacalah surah Al-Iklas.. supaya
rumah kita dilindungi Allah.” Jannah menyampaikan kepada suaminya apa
yang dipesankan oleh datuk Ibrahim nya.
“Abang baca dalam
hati..itu yang abang tak cakap dengan Jannah ni.. atuk pun ada pesan kat abang
juga hari tu.” Setelah semuanya dipastikan selamat dan berkunci, mereka menuju
kebilik bersiap-siap untuk tidur malam itu.
Suaminya sudah baring ditepi sebelah dalam katil
mereka, sementara Nur Jannah senang tidur dekat dengan katil anak-anaknya
ditepi katil mereka. Tiba-tiba Tengku Farid
bersuara..
“Jannah tanyalah
mama.. macamana mama didik adik-adik Jannah sehingga mereka nampak menyayangi
antara satu sama lain”.
“Jannah dah
tanya...mama kata masa mereka kecil-kecil lagi hinggalah sekarang, mama akan
buat..kalau ada sesuatu, makanan atau pakaian atau apa-apa barang yang boleh
dikongsi mereka kongsi. Macam kalau ada
makanan mama akan meyuruh mereka membahagi-bahagi makanan itu sesama mereka,
kalau baju pula tidak dikhaskan untuk seorang sahaja, mereka digalakkan memakai
berganti-ganti, jadi kalau mereka dah selalu berkongsi lama kelamaan akan
terbiasa mereka akan mengigati antara satu sama lain, logik tak cara mama tu
bang”.
“Logik juga, esok-esok
kita akan buat macam tu juga pada anak-anak kita ye.. Jannah.” Tengku Farid sudah
merancang masa depan anak-anaknya.
“Bang…Jannah
teringin nak anak ramai, ialah lebih dari tigalah kalau boleh, Jannah tak
mahulah macam kita ni seorang-seorang kat rumah tak ada teman nak bercerita. Walau
pun ada atuk dan nenek tapi rasanya nak juga kita bercerita dengan yang sama
usia dengan kita... berbincang masaalah budak-budak, abang macamana pulak.
“Abang pun macam
tu juga, abang tenguk adik- adik Jannah macam seronok saja kehidupan mereka, makan
minum sama, main dan bekerja mereka buat bersama seronokan Jannah”.
Tengku Farid
merasa dia lebih selesa dan bersefahaman dengan Nur Jannah dari Diana. Apa yang
difikirkan bila dia bertanya pendapat Nur Jannah akan sentiasa bersesuaian. Begitu
juga Nur Jannah jarang sekali pendapat mereka bercanggah. Terfikir juga di
benaknya....belum lama dia mengenali Nur Jannah berbanding dengan
Diana...tetapi kenapa dia lebih selesa dengan Nur Jannah. Inilah KESERASIAN
antara mereka.
Ceriter ni tetap best dan menarik.
ReplyDelete