Maaf ye hari tak sempat nak balas komen anda. Balik.. lepas semuanya dah ok baru boleh buka cerita ni, lepas tu cepat2 nak post bab 21. sorry ye
Nuri menuju kekeretanya untuk pulang kerumah, untuk mengambil
keperluanya dihospital kelak. Sebetulnya
semuanya sudah disiapkan awal-awal lagi, bajunya dan baju bayi juga sudah siap
didalam sebuah beg galas. Dia hanya perlu mengambil sebiji cawan, sudu dan
sebotol air masak, itu diatas nasihat rakan sekerjanya kak Mirah. Dia juga meletakkan kad
mengandung dan ‘guarantee latter’ nya
di poket beg galasnya supaya mudah dia mengambilnya nanti. ‘Guarantee latter’ juga sudah diambil dari pehak
pengurusan sajak dia memasuki kerja ‘office
hour’ tiga hari lepas, juga diatas nasihat kak Mirahnya. Setelah selesai
dia menyiapkan segala keperluan. Terus sahaja dia kehospital tempat dia
mendaftar diri untuk bersalin. Dia takut sakitnya nanti akan menyukarkan dia
memandu sendirian kehospital.
Dengan ucapan BISMILLAH dan selawat keatas Nabi Nuri bertawakkal kepada
Allah. Dia memandu sendirian menuju kehospital. Keadaan jalan agak sesak
maklumlah waktu orang ketempat kerja. Nuri masih boleh bertahan ketika sakitnya
datang secara tiba-tiba. Dia berzikir dengan zikir nabi Yunus semasa dia
didalam perut ikan. Dia cuba bertenang dan memberi tumpuan kejalan raya semasa dia memandu. Sekarang ini keselamatan dirinya
bukan untuk dirinya sahaja malah untuk anak yang baru hendak melihat dunia. Hingga
akhirnya dia tiba juga dihospital.
Sesungguhnya Allah akan memudahkan kepada hambaNya yang sentiasa
bertawakkal kepadaNya. Sedang matanya
melilau mencari tempat pakir yang kosong, kelihatan sebuah kereta sedang mengundur
hendak meninggalkan tempat pakir. Nuri memberhentikan keretanya tidak jauh
untuk menggantikan tempat kereta yang dikosongkan. Berulangkali syukurnya diucapkan
dalam hati hanya untuk Allah yang Maha Mengasihani. Ketika itu sakitnya datang
lagi. Nuri menyedut nafasnya dalam-dalam mencari kekuatan.
Setelah dia selamat memakir keretanya ditempat pakir dia berjalan menuju
bangunan hospital. Ketika itu sakitnya datang lagi, kali ini sengatannya lebih
berbisa. Kesakitan yang sudah mula mencucuk pangkal rahimnya memaksa Nuri
menghentikan langkahnya. Tanganya
mengusap perutnya perlahan. Nuri menyedari kini sakit yang datang semakin
kerap. Dia sangat bersyurkur kerana semasa dia memandu tadi sakit tidaklah
seteruk sekarang ini. Dia juga bersyukur kerana dirinya sudah dikawasan
hospital. Apa-apa yang terjadi sudah adah mahluk Allah yang dipanggil manusia
bergelar doctor menolongnya.IsyaAllah.
Setelah reda sakitnya dia menyambung semula perjalananya. Dia berjaln
perlahan sambil mengampu bawah perutnya
menuju bangunan hospital. Sampai sahaja di tempat pendaftaran kaki dan
lututnya sudah mengigil. Wajahnya sudah pucat kerana sakitnya datang lagi.
Sakit yang datang secara tiba-tiba bagai
meramas-ramas perutnya, anaknya juga sudah tidak aktiv, tetapi mengeras
pula. Bag sandang dibahunya terlurut jatuh kekaki, matanya dipejamkan sebelah
tanganya mengelus perutnya dan sebelah lagi tanganya mencapai birai meja
pendaftaran dengan cengkaman yang kuat. Dia menahan sakit yang amat sangat.
“Puan…”
dirinya yang mahu terjelepuk disambut oleh seorang petugas wanita yang
berunifom baju dan tudung putih dan
berseluar hitam. Sebenarnya petugs itu memerhatikan dari Nuri menuju masuk kekaunter pendaftaran. Dilihat juga Nuri seakan menahan
sakit. Dia cepat-cepat menghampiri bila melihat keadaan Nuri semakin lemah
hingga beg yang disandangnya terlurut jatuh.
Ketika
itu juga Nuri merasa ada air yang keluar dari farajnya dengan banyak.. ‘aku terkencing ke kenapa tak boleh nak
tahan…ahh malunya’. Detik hatinya.
“Tolong
ambilkan stretcher..puan ni tetuban dia dah pecah.” laungnya petugas yang sedang mengmpu Nuri kepada rakan
setugasnya mungkin. Sungguh cekap para
petugas hospital menjalankan tugas. Sekejapan itu juga stretcher yang
dimaksudkan sudah ada disisi Nuri. Nuri dibantu naik keatas stretcher dan dibaringkan
keatasnya, kemudian laju dia ditolak kebilik kecemasan.
“Puan
ada bawa kad mengandung ke?” sambil berlari mereka menyorong sambil mereka
bertanya..
“Ada
semuanya dalam poket beg galas saya tu..” Nuri menunjukkan bag yang diletakkan
dihujung kakinya tadi.
Nuri
ditukarkan dengan baju hospital..
“Doc
puan ni dah nak bersalin..tak sempat nak buat apa kepala bayi dah nampak doc”.
“Ok..ok..
siap kan peralatan.”
Tampak tenang sahaja seorang doctor wanita pertengahan usia menangani
kes Nuri. Akhirnya Nuri bersalin dengan selamat. Mungkin disebabkan dia
berjalan dari tempat pakir tadi menyebabkan bayinya dengan mudah sahaja keluar
dari rahimnya.
“Ok
dah selamat pun, puan dapat anak lelaki,
tenguk ni dulu ye”. Doktor wanita tadi menunjukkan bayi yang masih berlumuran
darah, lender dan masih bertali pusat kearah Nuri. Kemudian bayinya potong tali
pusatnya dan dibersihkan. Sambil membersihkan dan menjahit luka Nuri, sempat
lagi doctor tadi bercerita dengan Nuri.
“Dari
kad mengandung, puan cepat dua minggu
ni, tapi berat baby puan ok, 3kg. Puan datang dengan siapa tadi? Ada suaminya
kat luar kenapa dia tak masuk sekali tadi?”.
“Saya
datang sendiri, dari tempat kerja, tulah
tak sangka saya nak bersalin ingatkan sakit biasa saja tadi,”.
“Anak
pertama ke?”
“Ya..anak
pertama doctor”.
“Oh
patutlah tak ada pengalaman. Puan datang naik apa??”
“Saya
pandu kereta saya, masa kat tempat kerja tadi tak sakit sangat”. terkejut
doctor yang bertugas bila mendengar Nuri datang sendiri.
“Oh
nasib baik tak bersalin dalam kereta, pandu kereta sorang-sorang ke? Jadi tak
ada siapa-siapa lah yang nak azankan anak puan ni”.
“Nak
dikira macam tulah, suami saya sebetulnya pergi outstation ni seminggu, hari ni baru masuk hari ketiga dia pergi
ialah tak sangka pula saya bersalin hari ni. Saya ikut tarikh kat kad
mengandung lagi dua minggu”.
“Tak
apalah dah selamat pun, nanti saya panggilkan orang yang boleh azankan anak
puan. Kat sini ramai aja yang boleh
azankan bayi-bayi kita, Dah ramai doctor-doktor muda yang celik ugama.” Ujar
doctor wanita tadi dengan ramah hingga selesai kerja menjahitnya.
Setelah dibersihkan Nuri ditolak
kewad biasa bersama bayinya. Ketika diwad Nuri didatangi lagi oleh doctor yang
membatunya dia bersalin tadi, disisinya seorang pemuda juga berjubah putih
seperti jubah doctor perempuan tadi.
“Puan
Nurizana saya kenal kan ini Wafi housemen kat wad ni. Dia boleh tolong azankan
anak puan. Boleh puan”.
“Ehh
boleh sangat terima kasih doctor ye”. Tenang sahaja housemen itu mengalunkan
suara azan ditelinga kanan bayi Nuri kemudian iqamat pula ditelinga kiri.
Setelah meletakkan bayi dikatil bayi disebelah Nuri sempat lagi Nuri dan
housemen berbasa basi. Doktor perempuan tadi sudah pergi, mungkin ada tugas
lain yang memerlukan dirinya.
“Ni
anak keberapa puan”.
“Anak
pertama, setelah hamper empat tahu menanti”.
“Owah
lama tu, tapi oklah dah selamat pun, dapat lelaki lagi “
“Doktor
macam mana ye, saya ni tadi tak sempat nak daftar lagi, biasanya bila boleh
kita daftar nama anak doctor”.
“Biasanya
sebelum puan keluar hospital bolehlah daftarkan nama anak”.
“Saya
ni sebetulnya tak ada siapa-siapa yang boleh daftar dan bayarkan bil saya
nanti”.
“Puan
bekerja?”.
“Ya..
saya kakitangan kerajaan ‘Guarantee latter’ saya ada dalam poket bag pakaian
saya tu. Kalau ada siapa-siapa yang boleh tolong saya daftarkan dan bayarkan
duit wad boleh tak doctor cadangkan”.
“Jangan
difikirkan sangat hal senang tu, nanti InsyaAllah ada yang tolong, ok ye saya
pergi dulu”.
“Terima
kasih doctor”.
“Sama-sama”.
Doktor Wafi berlalu pergi mungkin di mahu meneruskan tugas yang sedang
menantinya.
Seramai lima orang doctor datang menghampiri
Nuri, ketika sesi pemeriksaan doctor petang itu, termasuk doctor Wafi yang baru
tadi mengazankan anaknya.
“Hai..puan
dah rasa ok.”
“Hai
ok…” angguk Nuri dengan perkataan ok juga.
“Ada
rasa sakit kat mana-mana” Doktor perempuan Cina yang menegurnya memeriksa kad
dihujung kaki Nuri.
“Ohh
dia ni baru lepas bersalin..” dia berpaling memandang rakan-rakannya. Kemudian
mereka berbincang sesama mereka mengenai Nuri. Setelah berpuas hati doctor
perempuan cina tadi berpusing mengadap Nuri semula.
“Kalau
tak ada apa-apa masaalah mungkin esok puan
boleh balik, tapi kena pastikan dulu anak puan buang air kecil dan buang
air besar dulu ye”. Nuri dan bayinya tiada apa-apa masaalah, jadi tidak perlu
berlama para doctor dikatilnya.
“Ok
terimakasih…” Ujar Nuri sambil memberi seyuman kepada para doktor yang mahu
berlalu kekatil sebelah pula.
Duduk bersendirian dikatil hospital memberi peluang Nuri mengelamun
kejadian yang baru sahaja dialui. Pagi tadi merupakan hari ketiga dia bekerja waktu pejabat. Setelah kandungan menghampiri ‘due datenya’ pihak pengurusan ditempat kerja
memberi waktu pejabat untuk dia menjalankan tugas. Ini merupakan langkah
berjaga-jaga ditakuti dia sakit diwaktu malam ketika dia menjalankan tugas.
Tetapi sampai sahaja dia dipejabatnya ada rasa sakit sedikit dipangkal
ari-arinya. Pinggang juga rasa lenguh tidak selesa. Dia bertanya kepada rakan
sinor ditempatnya bertugas, rakannya itu bertugas digiliran malam dan dia belum
pulang lagi. Kerana mengikuti nasihatnya dia selamat baring dikatil hospital
dengan bayi yang masih merah disisinya.
Di
memandang kerah jam didinding hospital jam sudah menunjukkan pukul 5.00 petang.
Para pelawat masih ramai melawat rakan taulan atau saudara-saudara rapat
mereka. Hanya katilnya sahaja tidak berpelawat. Nuri memejamkan mata. Sendu
mengepung hatinya. Air matanya yang ditubir mata mahu menitis namun cepat
diseka dengan hujung jarinya. Ditelan sahaja rasa duka, lalu dipangkunya sikecil
yang lena untuk mencari kekuatan. Sikecil
yang menjadi temanya sekarang ini, dan sikecil yang menjadi penghiburnya.
Disudut hatinya yang paling dalam dengan matanya yang dipejamkan dia
membayangkan nenek busunya. Mungkinkah dia akan seperti nenek busu yang akan
kesaorangan ketika dirinya tidak berdaya seperti sekarang ini. Ahh pedihnya
bermadu. Manisnya tak terkata bagi yang merasa, pahitnya juga tak terkata bagi yang diduga
sepertinya.
Akhirnya dia membaringkan diri
bersama anak yang disis,nya, dia membaringkan diri membelakangkan pelawat yang
berdiri dua tiga orang dikatil sebelah.
Alhamdulillah dia mendapat katil bersebelahan dinding. Dalam sibuk dan bising
suasa hospital Nuri terlena. Dia terjaga bila mendengar rengekkan anaknya,
mungkin minta disusui atau mungkin lampinnya basah. Bila dibuka matanya keadaan
diluar yang boleh dipandang dari cermin tingkap disebelah katilnya sudah kelam.
Ini menunjukkan hari sudah senja. Lama juga dia terlena detik hatinya.
Dari senja sudah berganti malam, kini sudah menjelang pagi. Seawal pukul
730 pagi sudah ada pelawat yang datang berziarah orang yang disayang atau orang
yang sentiasa diingati. Tetapi pelawat di sebelah pagi tidak seramai pelawat
diwaktu tengahahri dan petang. Pagi itu mereka diberi sarapan roti dan secawan
air milo. Termasuklah Nuri.
Pada pukul sembilan pagi kelihatan sekumpulan para doctor seramai lapan
orang datang dari katil kekatil pesakit melihat perkembangan pesakit mereka.
Tidak terkecuali mereka juga mendatangi katil Nuri untuk bertanyakan
perkembagan anak dan dirinya.
“Hai
puan ok hari ni, anak ada buang air kecil,’?”
“Hai
saya ok..anak pun dah buang air kecil.”
“Dia
dah buang air besar”.
“Air
besar belum lagi”.
“Tak
apa , tunggu sikit masa lagi mungkin sekejap lagi dia buang air besar”. Kemudia
para doctor beralih kekatil sebelah pula.
Nuri
mengangkat anaknya lalu dibisikkan kepada anaknya. Entah mengapa anaknya tidak pula buang air
besar, buang air kecilnya sudah masuk tiga kali. Hanya tinggal satu syarat
sahaja lagi yang membolehkan dia pulang
petang itu.
“Kenapa
anak umi tak buang air besar saying, kalau tidak kita dah boleh balik petang
ni, umi tak mahu duduk lama kat hospital ni sayang, sayang buanglah air besar
ye sayang”. Gumam Nuri kepada anaknya ketika dia menyalin lampin anaknya yang
sudah basah kerana buang air kecil. Bila dia mengangkat anak untuk diriba dia
terpandang..
Dari jauh
dia melihat doctor Wafi berjalan menuju kearahnya dengan senyuman.
“Anak puan
dah buang air ke?.” Dari jauh tadi doctor Wafi melihat Nuri menyalin lampin
pakai buang anaknya.
“Dah
doctor tapi buang air kecl sahaja, buang air besar belum lagi”.
“Ohh tak
apalah mungkin malam ni dia buang air besar pula. Anak puan ni dah pandai
menyusu?”.
“Dah! dah
kerap dia meyusu ni”.
“Oklah tu
biasanya kalau dia dah menyusu tak lama lagi dia buang air besarlah pula. Apa
yang boleh saya bantu puan”.
“Doktor
tak payah lah doctor panggil saya puan. Panggil saja saya Kak Nuri pun tak apa..”.
“Ohh ok
juga tu, jadi apa yang boleh saya bantu kak Nuri?”
“Kalau tak
menjadi satu bebanan dan tak jadi masaalah pada doctor akak nak doctor
daftarkan nama anak akak ni, kemudian buat pembayaran sekali, rasa itu sajalah. Ini Guarantee latter’ akak,.kad mengandung
dan ni kad pengenalan akak, nama suami dan no kad pengenalan dah ada dalam guarantee
latter tu cukup tak?”.
Doktor
Wafi menyamput segala document yang
diberikan oleh Nuri… kemudian dia menyebutnya..
Nama suami:Mohd Syukri
bin Abdul Razak.
Pekerjaan:
kerja sendiri
Umur: 32
tahun
Kalau akak
tak keberatan suami kak Nuri ni kerja sendiri… kerja apa kak”.
“Suami
akak ada bengkel kereta sendiri, ni dia
pergi cari alat ganti kereta untuk pelanggan dia. Dia pergi cari kat Bangkok
katanya. Itu yang dia tak dapat temankan akak kat hospital ni ikub tarikh due
akak bersalin dua minggu lagi. Ni sikecil ni tak sabar nak kelaur pula”. Nuri
cuba berjenaka, untuk menampakan dia ceria. Sebenarnya hati sayu bila melihat
para pelawat yang datang melawat kenalan mereka, namun dia suami pun tidak
datang menjenguknya.
“Kalau
macam tu nanti kalau kereta saya buat hal boleh datang jumpa dia ye”.
“Eeeh boleh
lah nanti akak bagi bisnes kad dia”.
“Akak nak
bagi nama apa kat hero akak ni, baik betul anak akak tidor saja. tak meragam
malam tadi”.
“Waah
banyak betul soalan doctor ni kerjaya doctor dah cukup bagus jangan nak tukar jadi polis pencen
pulak”. Terkekek doctor Wafi mendengar gurauan Nuri.
“Atau akak
tak nak tunggu suami akak dulu, nak cari nama sama-sama…”
“Suami
akak tu jenis tak kisah, dia balik pun mungkin dalam dua tiga hari lagi. Hari ni baru
hari keempat dia pergi. Hari tu katanya dia nak cari barang tu sampai dapat, mana
tahu dijelajah seluruh Bangkok tak ke
lama nak tunggu. Lagi
pun kalau ikut kata doctor esok
akak dah boleh balik jadi untuk memudahkan, baik akak daftar sekarang ye tak”.
“Apa nak
bagi nama anak akak ni”.
“Doktor
kalau akak bagi nama Abdul Wafi boleh
tak? nak nama doctor sikit, rasa sedap dengar dan senag nak sebut”. Dengan
senyum bangga Doktor Wafi menayang sengihnya.
“Boleh apa
salahnya, ada juga yang berkenan dengan
nama saya nikan, tapi nama saya Muhammad Siddiq Wafi. Kat name tag ni saja
bubuh nama Wafi senang pendek.”
“Akak tak
mahu panjang-panjang tak tersebut nanti, macam nama doctor ni ada orang sebut nama
panjang tu ke”.
“Ada juga
tapi tak panggil semua lah kalau ibu saya dia panggil saya Siddiq.. kalau nenek saya
dia panggil Amat. Wafi ni ditempat kerja dan masa saya belajar dulu”.
“Ohh oklah
tu”.
“Kak saya
pergi daftar dulu ye. Comfrimlah nama anak akak ni Abdul Wafi”.
“Comfirm
doctor, tiada yang diragukan”. Sebenarnya hati Nuri sangat gembira setelah
menjadi ibu. Dari rasa gembira maka lahirlah percakapan dan wajahnya yang
ceria. Dia jadi banyak mulut hari itu sebab ada pelawat yang datang melawatnya
melayani dia bercakap-cakap, terasa diri tidak kesaorangan. Terubat sedikit rasa pedih yang membelit hati.
kesian nuri...si syukri tu tak tau nk tefon tanya khabar nuri ke? sah sah isterivtgh menunggu hari nk bersalin. bila dgn sisarah lupa tanggungjwb kpd nuri..
ReplyDeletehai nuri bertegas le dgn si syukri tu....bkn layak pun dia dpt isteri sebsik nuri...padanle dia dgn disarah yg pemalas pengotor dn menghabiskn duit je.
sakitnya hati ni mak teh.....cpatle sambung bab musibah pd si syukri atau disarah...cpatle terbongkar penipuan si syukri tu dn cpatle nuri buat kputusan yg tegas.
-dibah-
Kesian nuri beranak sorang2. Nasib semua dh selamat. Nuri call la abng nuri srh dtng. Xpun pntang ky umah nek busu. Ade jg yg jaga. Mak teh wt crite nuri rapat ngn dr wafi mst best. Kasi c syukri tu jeles. Biar die rs sakit hati x bole orng wt die cmtu. Happy plak tngk nuri n dr wafi. Nama anak pn dh sama. Hahhah :)
ReplyDeleteAlhamdulillah, dah selamat Nuri & baby boy. Dah terbukti Nuri boleh hidup sendiri tanpa suami yang tak guna macam Syukri.
ReplyDeleteSyukri mana ingat nak call Nuri. Mesti keletihan melayan nafsu sisarah. Google saiz perut orang mengandung pandai, tapi kira waktu subur tak tau. Ada ke patut tak buat cuma masa period.
Ni komen 18SX sebab dah marah. Menciii kat syukri n sarah.
Ohh drwafi muda sangat bru jdi housesemen sbuln umurnya bru 25thn. Nuri dah 28thn.klu saja2 nak bgi Syukri jeles bik tkpyah. hubungan llaki dan prmpuan yg bukn muhrim klu tkada tjuan tk mndtngkan fedah dn mnambah dosa sja
ReplyDeleteMudahnya Nuri bersalin, harap lepas ni duduklah di kampung bersama nenek busunya.
ReplyDeleteNuri dengan Sarah sebaya.
ReplyDeleteKalau dah suka & ada jodoh beza 3tahun tak jadi hal. Masalahnya Syukri yang tak mahu lepaskan Nuri. Dia tahu Nuri lebih baik dari Sarah. Dia tahu Nuri terluka kerana perbuatannya. Sayangnya pada Nuri tak seiring dengan perbuatannya. Ini menunjukkan Syukri bukan seorang nakhoda yang boleh mengendalikan dua bahtera.
Tak Sarah dah 30 thn Syukri 32thn mak teh dah btlkn dlm bab 20 sorry tak berhti2. memng syukri thu nuri baik. syukri sbtulnya silap percaturan bla nmpk istri lembut, nmpk sng menglah ingtkan htinya mudah dipjuk. itu yg ditruskn niatnya.
ReplyDeleteTak Sarah dah 30 thn Syukri 32thn mak teh dah btlkn dlm bab 20 sorry tak berhti2. memng syukri thu nuri baik. syukri sbtulnya silap percaturan bla nmpk istri lembut, nmpk sng menglah ingtkan htinya mudah dipjuk. itu yg ditruskn niatnya.
ReplyDeleteorg yg lembut dn diam bila meletup lagi dasyat....x pe nuri meletup le biar si syukri tu sedar begitu juga si sarah. walau apa pun nuri jgn mengalah.
ReplyDelete-dibah-