p/s: rasa macam bosan nak baca ceritanya melalut-lalut..tapi ini sahaja lah yg ada. Baru sempat semak banyak rupanya ejaan yg tak betul. Dari pagi keluar pegi Jln Tar KL beli kain untk baju raya. 3.30 ptg baru sampai,trus buka cerita. Mungkin untk mlm ni tak ada ye.Tpi diushakan jugalah..
Mendengar rayuan bosnya.Nur Hidayah
tiada pilihan akhirnyadia terpaksa menerima pelawaan Tengku Faris. Bagi Tengku
Faris peluang yang hadir tidak akan dilepaskan. Dia ingin bertanya sebanyak
yang boleh apa yang yang ada dihatinya. Dia ingin mengetahui segalanya tentang gadisyang sudah mengusik ketenagan dihatinya.Tengahhari
itu dengan senyum lebar Tengku Faris kemeja NurHidayah untuk mengajaknya keluar
makan.
“Ok boleh kita keluar sekarang?”.
“Pergi mana Tengku”.
“Keluar makan lah kan dah tengahhari
ni”.
“Tengku! Belum masa lunch lagi lah
Tengku. Baru pukul 12 tengahhari ada sejam lagi waktu lunch”.
“Oh ye ke, tapi I dah lapar
sangat. Dari pagi tadi I tak makan apa
pun. Malam tadi pun I makan selepas magrib..jomlah”. Bila melihat Hidayah
teragak-agak untuk mengikutinya, Tengku Faris mencapai telefon diatas meja Nur
Hidayah.Nur Hidayah hanya memerhati tingkah papa kepada bosnya. Setelah
panggilan bersambung..
“Hallo Farid!! Papa dah lapar sangat
ni..papa nak keluar makan dengan Hidayah ye”.
“Ok..OK..Ok papa tahu”. Entah apa yang
dicakapkan oleh dua beranak..hanya ‘ok ok
papa tahu’ sahaja yang didengari
oleh Nur Hidayah.Tetapi hatinya memang keberatan untuk menerima ajakkan papa
kepada bosnya, biar pun dia sudah meminta izin dari anaknya untuk mengajak dia
keluar makan.
“Jom”. Ajak Tengku Faris sepatah
kepada gasdis yang masih termangu-mangu dihadapanya.Tanganya pula dihulur
seperti menghulur tangan kepada kanak-kanak yang minta dipimpin.Yang sedehnya
huluran tanganya tidak bersambut, hanya
dipandang oleh Nur Hidayah. Akhirnya Tengku Faris menjatuhkan semula tangan
kesisinya.Kelihatan juga wajahnya yang kecewa. Yang sebenarnya Tengku Faris
belum boleh menyesuaikan kehidupan social Islam yang sebenar..bukan mahran
haram bersentuhan.
“Pergi mana?” Dengan kerutan hebat
didahinya.
“Ehh pergi makanlah..kan tadi I kata I
lapar.” Melihat Nur Hidayah tidak juga bangun dari duduknya, sekali lagi perkataan jom keluar dari bibir
Tengku Faris.
“Jomlah..Farid dah benarkan you keluar
dengan I. Ini dikira arahan dia jugalah.. jom”.Datar sahaja suara Tengku Faris
dihujung perkataan ‘jom’. Hatinya geram dengan kerenah Nur Hidayah seperti
orang yang tak faham bahasa.Tapi yang sebenarnya siapa yang tak faham. Melihat
jalan yang diambil keluar dari kuala Lumpur, sekali lagi Nur Hidayah bertanya.
“Ehh Tengku, kita nak pergi mana ni…”
“I teringin nak tenguk laut. Sejak
balik Malaysia belum pernah I pergi pantai..rindu rasanya nak tenguk pantai”.Kerana
hatinya yang begitu teruja timbul berbagai rancang di kepala Tengku Faris.
“Tengku kata tadi kan nak makan, kenapa
pula nak pergi pantai pula. Tengku! Kawasan pantai ni kalau tengahhari macam ni kan panas.
Berpada-padalah Tengku kalau nak tenguk laut pun.”.
“Oklah kita cari makan. Hidayah!! I
teringin nak makan asam pedas lah Hidayah. Kita pergi Melaka nak”. Banyak akal
pula Tengku Faris ni, kata nak makan alih-alih nak kepantai, ni nak makan asam
pedas pula. Bukan calang-calang asam pedas pula tu, asam pedas Melaka. Alhamdulillah
tak diminta nya asam pedas daging korban buatan Dr. Dayana isteri pertama Asraf
Muslim yang sedap tu, kalau itu yang diminta memang tak ada ubatnyalah air liur
leleh sampai kehujung nyawalah jawabnya.
“Haa jauhnya, kat sini pun ada asam
pedas Tengku, tak payahlah pergi Melaka nanti
tak sempat nak balik nanti. Waktu makan tenghari hanya sejam sahaja
Tengkuuu.” Nur Hidayah cuba memberi tahu, kalau mungkin Tengku Faris tidak tahu
takat waktu rehat makan diMalaysia.
Tapi
pemberitahuan yang panjang lebar dah macam bunyi membebel pula.Yang menjadikan
Nur Hidayah membebel bila dirasakan Tengku Faris yang sudah
melebih-lebih.Tengku Faris tidak menghiraukan perkataan gadis disebelahnya,
keretanya tetap terus meluncur membelah higway menuju ke selatan. Hai keluh Nur
Hidayah diikutkan kehendaknya keluar makan ini pula jadinya.
“Sempaat jangan bimbang”. Akhirnya
sampai juga mereka diMelaka.Tengku Faris menuju ke A'Famosa Resort.Jalan Kemus,
Simpang Empat, Alor Gajah, Melaka. Setelah mengambil makanan..Tengku Faris
menemu ramah gadis yang sentiasa menggangu mindanya sekarang ini.
“Apa yang menyebabkan you susah sanagt
nak temankan I Hidayah..you takut boyfriend you cemburu ke…kalau dia marah
katakanlah I ni dah tua, mungkin I ni
sebaya ayah you”.
‘Aku tak takut dengan boyfriend marah ke..cemburu
ke..tapi aku takut Allah yang marah tau..kata tua konon lelaki tua kadang lagi
teruk perangai nya. Akal lebih ni kata nak kelaur makan sampai ke Melaka
jadinya...’Walaupun Hidayah hanya tunduk
mendiamkan dirinya sahaja ..tetapi hatinya sibuk menjawap dan itulah yang bergema dihatinya. Lagi pun ajaran mamanya
jika seorang lelaki sedang marah jangan dilawan kata-katanya. Ketika itu dia
melihat betapa tegangnya wajah papa bosnya, itu sebabnya dia tidak menjawab.
Biarlah dia meluahkan rasa tak puas hatinya dulu, kalau dia menjawab takut pula
dia akan dimandikan dengan kuah asam pedas yang ada dihadapanyanya sekarang.
Bagi Tengku Faris memang dia marah kerana diri seperti dicabar oleh gadis polos
dan naïf dihadapanya, bila sudah berkali-kali jakan nya ditolak. Dapat keluar
makan berdua ni pun diatas bantuan Tengku Farid. Ahh sungguh dia rasa tecabar.
“I tahu, you keluar ni pun atas arahan
bos you kan. Kenapa Hidayah.. apa tanggapan you pada I. you nampak I ni tua sangat
ke, itu yang you rasa tak sesuai jalan
dengan I atau you dah ada boyfriend itu sebabnya you takut keluar dengan I. Betul
ke. Terus teranglah Hidayah”. Satu-satu Tengku Faris neka fakta namun gadis
dihadapanya masih diam membisu.
Yang
sebenarnya Nur Hidayah terkejut dengan soalan-soalan Tengku Faris. Apa
pentingnya tanggapan dia dan apa pentingnya dia tahu dia sudah berboyfrend
kebelum. Dia bertanya bersama dengan wajahnya garang pula tu. Dahlah depan
rezeki, orang yang dihadapanya pula membebel tak berhenti-henti. Hidayah
mengangkat wajah lalu memanadang wajah kacak dihadapanya.Ya memang Tengku
Faris kacak dan kelihatatan lebih muda
dari usianaya. Lama Nur Hidayah memandang seakan meneliti pula. Hilang sekejap
marahnya bila melihat gadis dihadapanya seakan terpesona dengan wajah
kacaknya. Dibiarkan sigadis
memandang..beri peluang.
“Jawaplah dengan jujur..I nak
kejujuran you.Sebab I selalu sangat jumpa orang yang tak jujur dengan I”.
“Saya memang tak ada boyfriend..”
“Habis kalau dah taka da boyfriend, apa
yang you nak takutkan kalau keluar dengan I. Takut isteri I marah, jujur I
katakan, buat masa sekarang ni I tak ada isteri. Kami dah bercerai dah dekat
setahun. Cakaplah apa yang you takutkan bila keluar dengan I.”
‘Aku hanya takut pada Allah yang sedang
memerhati’ bisik hati Nur Hidayah
“Saya hanya nak mengawal pergaulan
saya sahaja. Mama saya pesan jaga tingkah laku. Itu yang mengingatkan saya.
Tambah-lagi saya ni pekerja hotel, jadi
saya kena jaga tingkah laku saya”.
“..takkan I nak buat tak baik pada pekerja I
sendiri...lagilah pekerja yang baik macam you. Jadi memang you tak ada
boyfriend ye. You masih single and available”. Nur Hidayah hanya menundukkan
wajah.
“Oklah jemput makan..I memang dah
lapar ni.”
‘Dah lapar tapi pot pet..pot pet dari tadi tak
berhenti’ .Nur Hidayah mengata Tengku Faris
didalam hati.
Yang
sebetulnya walaupun dia tunduk menyuap makanan dan tidak bersuara, namun
hatinya tak henti-henti berbicara rancak dengan dirinya, mengutuk lelaki yang
dihadapanaya. ‘Entahlah jadi kerja gila
pula waktu bekerja..makan tenghari mereka
jauh hingga ke Melaka tak pernah dibuat dek orang. Cepatlah habiskan makan tu, bolehlah cepat
kita balik semula ke Kuala Lumpur’. Omel hati Nur Hidayah. Dalam dia
menyuap makanan tak memandang kiri dan kanan mata Tengku Faris memerhati segala tingkah Nur Hidayah dengan penuh minat.
Dari dia menyuap makan dan mengunyah dan kemudian menelan..
Bila
terasa dirinya diperhatikan Nur Hidayah memanggungkan kepalanya, memang benar
Tengku Faris sedang memerhatikan dirinya. Pergerakkanya menjadi sangat kekok
bila setiap kali memandang kedepan dia melihat mata Tengku Faris tidak lepas
memandangnya. Dan bila mereka bertentang mata Tengku Faris ter seyum-senyum
pula. Nur Hidayah jadi resah dengan tingkah papa bosnya. Bagi Tengku Faris
melihat keresahan gadis di hadapanya, dia menjadi suka pula. Oleh kerana rimas dengan
dengan perbuatan Tengku Faris dia menolak pinggan ketengah meja, walau pun baru
separuh nasinya luak. Seleranya jadi tertutup.
“Ehh..kenapa
tak makan. Nasi you tu kan banyak lagi, asam pedas ni sedap lah, makanlah, tak
baik membazir. Makanlah. I punya pun belum habis lagi. I rasa nak tambahlah. I
betul-betul lapar hari ni. You tau tak ikan apa ni”. Itu pertanyaan ramah yang
keluar dari mulut Tengku Faris bila melihat Nur Hidayah menolak pingganyan
ketengah meja.
“Ikan
kembung, makanlah kalau nak tambah
tambahlah, saya dah kenyang”.
“Janganlah
macam tu..habiskanlah nasi tu tak baik membazir tau. Meh I suapkan you”.
Buntang Nur Hidayah memandang Tengku Faris bila mendengar penyataan diakhir
katanya..Tadi dia mengakui dirinya sudah
tua, namun sikapnya tidak begitu, dia merasakan Tengku Faris cuba mengodanya.
“Hidayah you malu dengan I ke..bukan
kita tak kenal, hari-hari kita berjumpa.”
“Setiap lelaki dan perempuan yang
bukan mahram, wajib ada sifat malu.
Sebab dengan sifat malu kita menghindar dari perbuatan bebas. Jadi saya memang
wajib malu pada Tengku,sebab kita bukan mahram”. Tidak tahan dengan jawapan
dari mulut Nur Hidayah. Cepat tangan Tengku Faris mencapai tangan Nur Hidayah
yang diatas meja. Sepantas kilat Nur Hidayah menarik tanganyan dengan wajah
terkejut disertai ucapan Istifarnya.
“Astagfirullah—astagfirullah. Tengku
kenapa buat saya macam ni. Apa pandagan Tengku pada saya, adakah kerana saya
keluar dengan Tengku saya jadi wanita murah yang boleh disentuh sesuka hati.
Atau Tengku tidak tahu hukum wanita dan lelaki yang bukan mahram, haram bersentuhan,
haram berpandangan dan haram berdekatan. Kerana perkara-perkara macam tu
menghampirkan zina. Itu sebabnya saya tak mahu keluar dengan Tengku sebenarnya.
Yang sebetulnya apa tujuan Tengku ajak saya keluar makan ni. Untuk menjinakkan
saya, untuk memesrakan saya pada Tengku”. Terus sahaja Nur Hidayah memberi tazkirah percuma pada
situa dihadapanya. Dia pun berceramah dengan wajah yang menunjukkan dia marah.
“I nak berkawan dengan you,I nak rapat
dengan you..”.Tidak berkelip Nur Hidayah memandang Tengku Faris dihadapanya
tampa senyum. Dia terkejut dengan jawapan Tengku Faris. Bila pernyataannya
tidak dijawap malah Nur Hidayah memandangnya
dengan wajah terkejut Tengku Faris menyoalnya..
“Kenapa?? you rasa I tua sangat ke
untuk bergandingan dengan you..atau I terlalu tergesa-gesa”.
“Kawan yang macam mana Tengku
maksudkan. Kawan untuk berbual atau kawan untuk makan dan minum. Pada saya tak
ada istilah kawan antara lelaki dan perempuan. Sebab lelaki dan perempuan yang
sihat walafiat mempunyai fitrah. Kita umpama magnet yang berlainan kutub,
itulah fitrah lelaki dan perempuan yang
bukan mahram. Sebelum timbulnya medan magnet yang menarik antara satu sama lain
baik kita jauhkan diri. Itu tujuan saya menjauh kan diri, menghidar medan yang
akan menarik.. tapi Tengku tak faham.” Yang sebenarnya Nur Hidayah rasa bengang
dengan sikap Tengku Faris tak pada tua tapi tak faham bahasa.
“Jadi macam mana I nak rapat dengan
you. Apa syarat yang boleh I menjadi teman you atau you nak I beri kemewahan
sebagai jaminan, baru you percaya pada I. I memang serius nak jadikan you teman
I. You nak kereta ke..pilihlah kereta jenis apa yang you hajatkan Honda, Suzuki, Nissan, Toyota atau
Volkswagen. Pilih sahaja I mampu adakan. Atau you nakkan rumah..rumah jenis apa
yang you nak apartment atau kondo atau pun rumah teres”.
“Yang sebetulnya saya tak faham apa
maksud Tengku, mengapa harus Tengku menawarkan keenderaan dan rumah pada
saya..”.
“Ehh kenapa tak makan nasi tu, tak baik
membazir rezeki. I pun baru nak makan ni jomlah temankan I makan.”.
Memang
Nur Hidayah tidak dipandangnya lagi
pinggan nasi yang baru luak separuh. Perutnya sudah kenyang dengan pertanyaan
Tengku Faris. Kenyang dengan tawaran Tengku Faris..bagi Nur Hidayah tawaran
Tengku Faris satu penghinaan padanya.Tak
padan tua tapi tak tahu adap. ‘Ingat
senang ke, disoggoknya kita dengan hartanya..kemudian dia mengharapkan tubuh
badan kita. Ingat aku tak faham ke maksud teman dan kawan bagi dia’. Sungut
Hidayah dalam hati..wajahnya masam mencuka, kedua tanganya pula disilang kedada.
Satu
tawaran tetapi berbeza tanggapan dari dua orang yang berlainan jantina. Bagi
Nur Hidayah tawaran itu satu penghinaan
tetapi bagi Tengku Faris tawaran itu perkara biasa baginya. Sebelum-sebelum ini
dia akan memberi jika dia mahu rapat dengan seorang wanita.Bak kata orang ada ubi ada batas ada budi ada balasnya.Tengku Faris tidak
menjawab saloan dari Nur Hidayah, sebab dia tidak faham.. bukan tidak faham apa
yang diperkatakan oleh Nur Hidayah tetapi dia tidak faham mengapa Nur Hidayah
seakan marah kepadanya.
“Saya dah kenyang”.Nur Hidayah menolak
kerusi nya untuk bangun. Ingat Nur
Hidayah mahu meninggalkannya pulang. Cepat tangan Tengku Faris menangkap tangan Nur
Hidayah lagi. Sudah menjadi kebiasaan, dia sememangnya tidak segan silu
memegang atau menggengam tangan wanita yang menjadi temanya. Pun
begitu dengan pantas Nur Hidayah menarik tanganya. Dengan pandanagn tajam kearah
Tengku Faris dan suara tertahan tetapi garang dia mengeluarkan isi hatinya.
“Tengku!!jangan sentuh saya. Saya tak
suka..”.
“Ok..ok I tak sengaja lain kali I tak
sentuh you..tapi you nak pergi mana..you
tak habiskan makanan you”.
“Saya dah kenyang..sememangnya saya
jarang makan tengahhari. Tengku!! Cepatlah habiskan makan Tengku…waktu makan pun dah nak tamat. Nanti
tak sempat kita nak balik..saya nak pergi ketandas sekejap.” Muka dan nada
suaranya Nur Hidayah masih marah.
“Kan I dah cakap dengan Farid tadi,
nanti I cakap lagi dengan dia kita pergi Melaka, tentu dia akan faham. You nak ke tandas nak I teman ke?”. ‘Ape ke jadahnya nak ketandas berteman bagai’
itu jawapanya didalam hati. sememangnya dia sedang marah..marah kepada dirinya
sendiri kerana dengan berani menerima arahan bosnya menemani papanya. Dan marah
dengan Tengku Faris yang tak pandai menjaga adap bila besama wanita yang bukan
mahramnya.
“Tak payah.. Tengku makanlah kata
lapar sangat tadi..”.Kendur sedikit suara Nur Hidayah.Dia menyabarkan hatinya
untuk meghormati papa bosnya.
“Ok, I memang nak makan.. I lapar ni
dari pagi tadi I tak makan apa pun.Malam tadi pun makan lepas magrib.”. Tengku Faris bercerita
perihal dirinya mencari simpati.
‘Tahu pun lapar yang dia menceceh nak jadi
kawan ..nak rapatlah dari tadi buat apa’.omel
Nur Hidayah didalam hati. Hidayah mengatur langkah mengikut tunjuk arah ketandas
dan kesurau wanita.Yang sebenarnya dari tadi lagi dia mendeganr seruan azan
tandanya sudah masuk waktu zohor.
Rasanya Hidayah mampu menjadi pendorong kpd Tg Faris utk berubah. Sbb mereka saling memerlukan. Hidayah tak pernah merasai kasih-sayang seorg bapa dan Tg Faris pula memerlukan pedoman utk melakukan penghijrahan.
ReplyDeleteOk je cerita mak teh ni. Kisah orang yang dah jauh tersasar hidupnya. Buat kita tertanya-tanya apa reaksi semua bila status Dayah diketahui, seorang gadis yang begitu menjaga maruah.
ReplyDeleteBila la agaknya tengku faris yg dayah tu anak dia....
ReplyDelete