Berjimat
dari duit seringgit,
Untuk
bekalan kemudian hari,
Sedangkan
lidah lagi tergigit,
inikan pula suami isteri.
Kini Loqman dan Amirah sudah memasuki usia emas..mereka
sudah bersara dari perhidmatannya. Ketika umur Amirah 48 tahun lagi dia sudah
bersara kerana ingin menjaga dan menemani ibu mertuanya yang sudah kematian
suami ketika itu. Dengan rela dia memohon bersara lebih awal dari perancangan.
Mengikut perancangan awal,itupun setelah dikira dengan campur dan tolak anaknya
yang bungsu habis belajar.. Amirah akan bersara ketika dia berumur 53 tahun,
tetapi memandangkan ibu mertuanya tinggal bersaorangan dirumah, dia dengan rela
hati memohon bersara lebih awal dari umur yang dijangkakan.
“Bang kita ajaklah mama
tinggal dengan kita kat Nilai ni..kesian pulak dia, duduk sorang-sorang kat PD
tu, tentu dia sedeh teringat arwah papa.” Hanya dua bulan sahaja Puan Sharifah
tinggal bersama mereka diNilai. Malam itu dia menyuarakan harat hatinya ingin
pulang semula ke rumahnya diPort Dickson.
“Man, Mirah.. mama rasa
lebih baik mama duduk saja kat PD tu..sayang rumah yang papa kamu buat tu
tinggal kosong. Kat sini pun mama tinggal sorang juga, malam macam ni haa..baru
kamu balik dari kerja”.
Jika difikirkan segala kata-kata mamanya memang ada
kebenaranya. Ketika itu Amirah sudah bekerja waktu pejabat. Dia sudah dinaikkan
pangkat dan terpaksa bekerja di ibu Pejabatnya di Petaling Jaya. Dia pergi
bekerja menaiki bas Jabatan yang disediakan,bersama rakan sekerjanya yang lain.
Seawal pukul enam setengah pagi mereka sudah bertolak dari kuarters kediaman
mereka menuju ke Petaling Jaya. Hampir pukul tujuh malam barulah dia sampai
kerumah. Anak-anak mereka juga telah duduk berasingan, Syifa di Mesir, Halim di
Miri Sarawak, Firdaus UIA Gombak, Hakim di Kuala Pilah dua lagi anak mereka
disekolah berasrama. Hanya Loqman yang pulang awal, kerana dia masih bekerja di
Bandar Baru Salak Tinggi tidak jauh dari tempat kediaman mereka.
Kini sudah sebulan Puan Sharifah tinggal bersaorang diPD.
Setiap hujung minggu Loqman dan Amirah akan pulang menjenguknya, pada Puan
Sharifah itupun sudah memadai. Setiap kali pulang kerumah mertuanya, Amirah
sedeh melihat keadaan ibu mertuanya yang tidak berteman. Ketika dia masih dalam
kesedehan ditinggal pergi insan yang paling bermakna dalam hidupnya, tiada
teman untuk dia berbual-bual atau untuk dia melepaskan rasa sedeh dan rindunya
setelah ditinggalkan suaminya kealam abadi. Dia menyurakan hasrat hati meminta
pandangan suaminya.
“Bang kalau Mirah
bersara macam mana bang..apa pendapat abang.”
“Kenapa Mirah nak
bersara pulak..kan kata dulu nak bersara bila
umur Mirah 53 tahun. Kita sama-sama pencen. Masa tu InsyaAllah semua
anak-anak kita dah lepas yang tinggal pun mungkin Acu sorang. ”
“Mirah kesiah tenguk
mama..dia dah tua tinggal sorang-sorang..kalau terjadi apa-apa pada dia, kesal
tak sudah kita bang.”
“Mirah tak rasa rugi
ke baru naik pangkat dah nak bersara pulak?”
“Duit boleh cari
bang...ibu mana kita nak cari..masa mereka masih ada nilah kita beri kasih
sayang pada dia. Dulu dia bagi kasih sayang pada kita tak berbelah bagi,
sepatutnya sekarang nilah kita pulak tunjukkan kasih sayang kita pada
dia..supaya dia tahu kita menghargai kasih sayang dia selama ini.”
“Kalau Mirah dah cakap
macam tu, abang ikut saja apa yang Mirah rancangkan..tapi jangan menyesal pulak
nanti.”
“Mirah tak akan
menyesal bang, lagipun Mirah rasa dah puas kerja dari umur Mirah dua puluh dua
tahun, sampai Mirah dah berumur empat puluh lapan tahun ni. Tapi...Mirah
bimbang abang penat kerja sorang, anak kita semua masih belajar lagi.”
“Mirah jangan bimbang
dengan gaji abang sekarang ni, InsyaAllah abang masih mampu tanggung semuanya,
lagipun Mirah pun ada pencenkan.” Loqman sudah berpangkat Chief Inspektor
ketika itu.
“Mirah memang ada
pencen, dapat pencen penuh lagi.. Mirah dah kira dah, Mirah berhidmat dengan
kerajaan cukup-cukup 25 tahun, tapi pencen tu tak sebanyak gajilah bang.”
“Tak apalah, kalau anak
tak cukup duit sekolah nanti kita gunalah duit simpanan kita pun boleh. Biar
kita susah sikit tak apakan Mirah.. asalkan mama dapat merasa bahagia diusia
senjanya... abang lagi berbesar hati sebab Mirah sanggup bersara awal kerana
nak jaga mama abang.”
“Bang..Mirah sebetulnya
bertuah menjadi menantu mama yang bertimbang rasa dan penyayang. Dia menyayangi
Mirah macam anak dia. Mirah dah rasa mama tu macam ibu Mirah sendiri.”
Tersentuh Loqman mendengar pengakuan isterinya.
“Saayang abang.” Loqman
menarik isterinya dalam pelukkanya.
“Mirah.. sayang abang
pada Mirah tak pernah luak dari dulu..dari Mirah kecik lagi abang dah sayang
Mirah..kalau Mirah tak ada, rasa tak bererti hidup abang... tapi tak tahulah
kenapa abang sanggup lafazkan perkataan itu dulu.”
Loqman terkenang
kembali pada kisah perceraiannya dengan Amirah dulu... 5 tahun hidupnya tampa
Amirah dia sungguh menderita. Bahagianya bersama Liza hanya mampu bertahan
beberapa bulan sahaja, selebihnya hanya derita dan kebosanan sahaja yang
membelenggu hidupnya. Dia sungguh bersyukur kepada Allah yang telah membuka
pintu hati isterinya menerimanya kembali.
Kini dia sangat bahagia. Selama 20 tahun hidup sebumbung
semula dengan Amirah bukan tidak ada pertengkaran dan perselisihan faham antara
mereka berdua bak kata orang ‘Sedangkqan lidah lagi tergigit inikan pula suami
isteri’ tetapi kemarahan mereka tidak lama, salah seorang diantara mereka pasti
akan menghulur maaf. Mereka suamiisteri tidak akan berlama-lama melancarkan
perang dingin. Mereka juga tidak susah-susah untuk memujuk antara mereka, tidak
sampai terpaksa membeli sejambak ros merah ataupun coklat untuk memujuk. Hanya
sekadar kata meminta maaf disertai sebaris kata-kata manis atau sedikit
kata-kata lucu mereka sudah terpujuk dan mampu tersenyum semula. Itulah asamgaram
rumahtangga Loqman dan Amirah.
“Abang ni kenapa? abang
selalu ingat perkara yang dah lama..Mirah dah lupa perkara tu..Mirah sayang
abang juga.” Amirah melonggarkan pelukkan suaminya kemudian dia memandag wajah
suaminya dan menguasap perlahan pipi suaminya. Loqman sebenarnya tidak mampu
mengikis kesal dihatinya dengan peristiwa lamanya. Dia sungguh menyesal.
“Entahlah Mirah, setiap
kali Mirah buat baik pada abang, rasa kesal abang menjerut tangkai hati abang
ni.”
“Bang..Mirah tak pernah
berbuat baik pada abang, pada Mirah ini tanggung jawab Mirah sebagai anak
menantu dan tak pernah terniat dihati Mirah ni nak kenakan abang.”
“Ahhh..Mirah” Loqman
sudah tak terkata lagi, dia menggapai isterinya lagi lalu menariknya dalam
pelukkan sekali lagi. Lama dia memeluk isterinya kemas dan kejap dan pipi
isterinya menjadi sasaran ciumanyna yang bertubi-tubi. Itulah luahan rasa
terima kasihnya yang tidak terucap. Dalam hatinya berbisik,benar kata penyanyi
Aisyah dalam sebuah lagunya sesungguhnya kemaafan adalah satu dendam yang
terindah. Seperti dirinya setiap kali kata-kata maaf keluar dari mulut
isterinya, rasa kesal akan datang meramas hatinya. Dan setiap kali isterinya
menghulur kebaikan bagai tergambar segala kesalahanya yang lalu.
Setelah Amirah bersara, mereka sekeluarga berpindah
tinggal bersama Puan Sharifah di Port Dickson. Loqman juga telah bertukar
tempat kerja. Kini dia bekerja dibandar Seremban pula. Bila anak-anak Loqman
dan Amirah pulang bercuti riuh kembali rumah Puan Sharifah. Hati tuanya sungguh
bahagia. Senyum yang terukir dibibirnya mahu sampai ketelinga dari pagi hingga
kepetang.
“Mirah mehlah duduk sini..kita
cerita-cerita...” Ketika itu Amirah sedang menyapu halaman rumah. Ibu mertuanya
pula hanya duduk di pangkin memerhati. Amirah menghentikan kerja-kerjanya.
“Ada apa mama.”
“Sunyi pulak bila
diorang semua dah balikkan...bila ada cuti lagi Mirah?.” Ketika itu semua
cucunya telah pulang semula asrama masing-masing. Puan Sharifah sudah mula
kerinduan. Kini dia asyik mengira dan
mencari-cari jika ada cuti kelepasan am akan datang, kerana cuti-cuti seperti
itu akan meriuhkan rumahnya dengan suara cucu-cucunya yang pulang bercuti.
“InsyaAllah bulan depan
ada lagi cuti kelepasan am mama..tapi Hakim call semalam, dia kata minggu
depan dia balik..dia dah nak habis
periksa..cuti kali dia balik terus..tunggu keputusan periksa kemudian tunggu
lagi Universiti mana yang akan panggil dia nanti..”.
“Ohh ye ke Mirah dah
habislah dia belajar kat Metrik Pilah. Setahun rasanya sekejap sangat dia dah
habis belajar kat Metrik tu ye. Rasanya Universiti bulan 9 baru panggilkan
Mirah ”
“Mama nak ikut tak masa
nak ambil dia kat Pilah nanti?..Pihak Metrik suruh ambil budak-budak petang Jumaat tu..habis saja perikasa dia
orang dah suruh ibu bapa ambil anak-anak balik.”
“Boleh juga tak sabar mama nak jumpa Hakim lama juga dia
tak balik kan Mirah..lagi pun lama kita tak pergi Pilah sejak Loqman pindah
tempat baru ni sibuk sangat mama tenguk.
Mama nak ajak berjaan pergi Teraci pun rasa kesihan”.
“Haah mama abang sibuk
sekarang ni ...abang kata
dia tak dapat nak cuti esok pun kalau jemput Hakim kita pergi dua orang saja mama.. ”.
“Kalau macam tu kita
pergi pagilah Mirah boleh duduk lama sikit kat rumah ibu Mirah..lama betul mama
tak berbual dengan ibu kamu..cakap dalam telefon tak pandang muka rasa macam tak
puas.”
“Boleh juga..haa lepas
tu bulan depannya cuti penggal satu pulak mama.. dah tentu Hazril dengan
Fudhail balik nanti.”
“Ye ke Mirah..mama
sekarang ni dah tak ingat bila cuti penggal Mirah. Angah balik tak Mirah.”.Puan
Shrifah sudah tidak dapat menyurutkan senyum dibibirnya. Dia sudah membayangkan
keseronokannya dikelilingi oleh cucu-cucunya.
“Untuk penggal ni
taklah rasanya mama, cuti pun seminggu saja..nanti cuti pertengahan tahun
mungkin balik sebab cuti tu lama sikit..ayah dia suruh balik.” Puan Sharifah
ketawa bahagia, memikirkan hari-hari mendatangnya yang bahagia.
Begitulah gembiranya Puan Sharifah bila cucunya ada yang
pulang bercuti. Puan Sharifah sunggah gembira dan bahagia hari-hari tuanya
diwarnai dengan keriuhan cucu dan anak menantunya yang sentiasa menemani.
Dua tahun menjaga ibu mertuanya di Port Dickson, ibu
mertuanya pula meninggalkan mereka kealam abadi. Kini mereka tetap tinggal di
rumah pusaka orang tua Loqman, itu juga diatas permintaan arwah mamanya sebelum
dia meninggal. Abang Long dan abang ngah Loqman juga bersetuju rumah pusaka itu
menjadi milik Amirah.
Memandangkan mereka telah selesa tinggal ditempat mereka
berhijrah, mereka tidak bercadang untuk pulang ke Negeri Sembilan negeri asal
mereka. Lagipun di tempat mereka berhijrah mereka sudah memiliki kehidupan yang
sempurna. Ketika arwah mamanya hidup lagi segala proses pertukaran nama keatas
Amirah dilakukan, walaupun pada mula Amirah menolak. Akhirnya dengan pujuk rayu
ibu mertuanya dan dua orang abang iparnya, Amirah menerima juga.
“Mama ..Mirah jaga mama
ikhlas..tak ada niat langsung nak dapat upah mama.”
“Mirah.. janganlah
cakap macam tu sedeh mama... Ini bukan upah Mirah..sebetulnya mama yang nak
minta tolong..tolong jagakan rumah papa ni. Mama sayang sangat rumah yang arwah
papa buat ni.”
“Tapi apa pandangan abang
long dan abang ngah nanti. Merekakan anak mama juga.”
“Mama dah tanya along
dan angah.. diorang memang tak mahu lagi duduk PD ni. Mereka sayang nak tinggalkan
tanah dan banglo mereka yang mereka dah beli tu.Lagi pun anak-anak mereka dah
beli rumah dekat-dekat dengan rumah mereka. Nanti rumah ni tinggal kosong. Mama
bukanya apa, kalau diabiarkan rumah ni kosong atau jualkan pada orang lain
macam kita tak menghargai apa yang ditinggalkan oleh papa untuk kita. Mama
kesian penat lelah arwah papa membina rumah ni. Lagi pun kalau yang tinggal
anak dan cucu-cucu dia, tentu arwah papa gembira dan bangga hasil penat
lelahnya dimenefatkan oleh keluarga dia sendiri..” Dalam diam Puan Sharifah
menghubungi dua orang anaknya yang jauh dimata. Meminta mereka menyatakan
persetujuan mereka. Malam itu Amirah dihubungi oleh dua orang abang iparnya
along dan angah, mereka meminta agar dia
bersetuju sahaja dengan permintaan mama mereka.
Ada sambungan lagi ke?
ReplyDeleteAda satu lagi sampai bab 42 InsyaAllah..mak teh nak crita sampai Loqman dan Amirah tua jadi kita tak tertnya2 ok tak
ReplyDeleteok jer. Nak tau gak Liza menyesal ke menyisihkan anaknya sendiri. Anak² dengan suami baru berjaya ke tak.
ReplyDelete