~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Sunday 30 June 2013

Bab 28 Bimbang


Dara sunti duduk berdandan,
Sedang melentik bulu mata,
Sama cantik sama padan,
Bagai cincin dengan permata.



            Dalam perjalan pulang ke Pulau Pinang NurSaleha mula memikirkan. Dia memandang kepada dirinya…Kalau pun Farhan memilih dirinya..hanya dia seorang yang akan bahagia tetapi isteri Farhan akan menjadi dirinya sekarang ini…anak-anak Farhan yang empat orang akan menjadi seperti anak-anaknya juga… terabai. Dia mengambil keputusan untuk berundur. NurSaleha sudah tersedar akan kesilapanya. Dia masih belum terlambat lagi. Dihati sangat menyesali diatas  keterlanjuran apa yang telah dilakukan. Dia mengharapkan tidak akan ada apa-apa yang berlaku diantara Farhan dan isterinya. Dia mendoakan kebahagian  rumah tangga  bersama isterinya berkekalan hingga kesyurga. Itu doanya didalam hati.

               Sepanjang perjalanan dia termenung seorang diri mengimbau kembali perjalanan hidupnya. Dari zaman remajanya lagi hidupnya begitu indah penuh dengan kata pujian. Tidak kiralah dari orang keliling dan keluarganya. Kecantikan dan keayuan  disertai dengan sifat lemah lembut dan sopan santun dirinya menjadi kebanggan keluarganya. Dirinya  menjadi intipan mak cik-mak cik untuk dijadikan menantu.  Para jejaka pula begitu teringin  mahu menjadikan dirinya suri hati mereka.Tetapi dengan iman didada dia dapat menangkis rasa riak dan banggga diri, malah segala pujian diserahkan kepada Allah dengan ucapan  ALHAMDULLIAH (Segala puji hanya untuk Allah).  Sungguh bertuah kedua ibu dan bapanya yang telah dapat mendidiknya dalam kepercayaan Islam yang kuat. 

            Apabila dia diperkenalkan kepada sepupunya yang segak dan berkerjaya dia tidak memandang orang lain lagi. Dia menerima dengan hati yang terbuka. Walaupun itu adalah pilihan keluarga tetapi setelah dijab kabulkan mereka sangat bahagia.  Sehingga lahir tiga orang buah cinta bagi membuktikan kebahagiaan mereka.  Tetapi tidak disanggka bahagia yang dikecapai terduga di pertengahan jalan. Dugaan yang tak mampu untuknya menempuhi  seorang diri.

              Deritanya bermula apabila bekas kekasih suaminya  datang kembali menagih kasih. Dia juga tidak menyangka  kasih suaminya terpadam setelah berpisah dengan kekasihnya beberapa tahun itu akan marak kembali bila bekas kekasihnya datang merayu.. tidak lama kasih yang kecundang ditengah jalan bersambung kembali. Dan yang sangat menyedihkan dia yang disingkirkan dengan hanya sedikit permintaan.
Nur Saleha sebenarnya sangat tertekan dengan musibah yang melanda diri dan rumah tangganya. Dia sungguh keliru untuk  meneruskan kehidupanya yang dirasanya sungguh malang untuk dirinya. Imannya sungguh nipis menghadapi dugaan Allah yang mungkin ada hikhmahnya.



               Nur Saleha  diperkenalkan kepada sepupunya sewaktu dia ditahun dua pengajianya diUiTM Shah Alam. Jejaka itu adalah anak makcik sebelahibunya. Mereka jarang berjumpa kerana keluarga makcik saudara yang satu ini tinggal diluar negara. Tetapi bila anak-anak mereka  besar, makciknya sekeluarga pindah semula keMalaysia. Mereka bercadang untuk meniti hari-hari tuanya  ditanah kelahiran mereka di Pulau Pinang Malaysia. Ketika itulah dia diperkenalkan dengan sepupunyan yang baru habis belajar. Setelah berkenalan  mereka merasakan ada keserasian. Mereka juga sering keluar bersama ketika sepupunya menjalani tempuh percubaan  sebangai seorang doctor (houseman) selama dua tahu di Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Dia pula ketika itu  sedang menuntut di UiTM Shah Alam dalam bidang Farmasi. Dengan  persetujuan dan restu dari keluarga..mereka  bertunang. Hanya setahun sahaja mereka bertunang dan diakhir pengajian NurSaleha, mereka diijab kabulkan. Ketika itu dia begitu bangga  menjadi tunangan dan kemudian menjadi isteri kepada seorang lelaki yang cukup sempurna, bukan sahaja dimatanya bahkan dimata semua orang.

              Muhammand Fikri bin Abdul Gaffar nama orang memiliki diri dan cinta NurSaleha, bukan calang-calang jejaka..dia merupakan seorang doctor kacak. Batang tubuhnya  tinggi dan sasa, berhidung mancung dan berkulit putih. Maklumlah dia juga memiliki darah keturunan Arab disebelah ibu dan Melayu campur Cina disebelah bapanya. Bak kata orang  pasangan Nur Saleha dan Muhamand Fikir sama cantik sama padan. Bila mereka bersanding di atas pelamin seperti cincin dengan permata. Pasangan yang berdiri sama tinggi duduknya juga sama rendah. Tidak sedikit pun disanggah apa yang diperkatakan oleh Edlan tadi… dia amat berbangga dengan bekas suaminya ketika itu. Diawal pernikahannya dirinya didakap bahagia setiap hari.

           Entah mengapa  dengan kehamilan pertama lemak dibadanya mula menambah. Bentuk fizikalnya dari kehari hari mulai berubah.. dari  kelahiran anak yang pertama hinggalah ketika kelahiran kali ketiga bentuk fizikal yang bertambah  tidak mahu susut .  Setelah mempunyai tiga orang cahaya mata dua orang perempuan dan seorang lelaki dia meminta izin suaminya agar dia tidak menmgandung lagi ….  tujuan utama  untuk menyusutkan lemak di badannya..

            Sudah dicubanya mengawal permakanan hingga kadang-kadang dia sungguh menderita kelaparan. Sudah puas dia berjogging, berpuasa dan juga kepusat kecantikkan. Namun  lemak diserata tubuhnya begitu liat untuk mencair. Walaupun tempuh kelahiran ketiga sudah berlalu  hamper tiga tahun..keadaan dirinya tidak banyak berubah.  Akhirnya dia tidak menghiraukan lagi keadaan fizikalnya… diri yang sudah seperti seorang ahli gusti sumo.  Dengan ketinggian 170cm  berat badannya hamper mencapai 200kg.. menjadikan dia nampak sangat besar hamper satu setengah kali besar badan suaminya. Tidak disangka dengan bertambahnya lemak didalam badan akan mengurangkan rasa kasih dan cinta suami terhadap dirinya.

           Alangkah pilunya bila suatu hari suaminya meminta sesuatu yang bagai  merentap tangkai jantungnya. Suaminya meminta izin untuk dia berpoligami. Yang akan menjadi madunya kelak seoarang doctor dan bekerja ditempat yang sama dengan suaminya. Alangkah peritnya dia menanggung rasa cemburu bila membayangkan pertemuan suaminya dan bakal madunya ditempat kerja setiap hari.

          Dalam rasa kekalutan yang melanda jiwa, terlaksana juga  Ijab dan  Kabul sang suami. Bertimpa-timpa rasa kecewa pabila madunya diperkenalkan kepadanya...dari pandangan matanya begitu menyerlah kesempurnaan..ayu jelita, tinggi lampai bak model.. Hanya kulitnya sahaja yang menyamai dirinya… hitam manis. Begitu cantik wanita baru disisi suaminya. Hati yang meruntun kecewa mengenangkan cinta suaminya berpaling arah. Setahun bermadu dia memendam rasa..setiap kali dicuba untuk menerima…makin parah hatinya terdera. Ditambah lagi dengan sikap suaminya yang seakan mengabaikan diri dan anak-anaknya. Dalam sebulan hanya beberapa kali sahaja sang suami menjenguk diri. Alasanya SIBUK  urusan kerja memanjang..ON CALL.

         Akhirnya dia minta diceraikan.  Setelah bercerai dia berusha menurunkan berat badanya dengan bersungguh-sungguh dengan harapan suaminya akan memandang kepadanya …kembali kepangkuanya. Walaupun fizikal mula mengecil sedikit namun suaminya sudah jauh dari gapaian.  Hatinya makin menderita melihat kebahagian suaminya. Hatinya makin sakit bila terasa diri dan anak-anaknya makin dilupakan.

           Mula timbul dendam dihati apabila melihat pasangan bahagia. Secara tidak sedar dia mula berazam ingin meruntuhkan istana bahagia orang lain supaya orang lain juga akan merasa betapa sengsaranya ditinggalkan. Tetapi kini dia mula sedar apabila  dia disedarkan oleh kawanya Edlan suamiisteri tadi. Sebetulanya ketika Edlan menjawab panggilanya bagi  pihak Farhan  yang mengatakan  ‘tak kan kita sanggup menghancurkan kebahagian sahabat kita sendiri.‘ tempoh hari, dia mula berfikir betapa dia sudah jauh lari dari pegangannya selama ini.  Tetapi bila SMS yang memberitahu’isteri Farhan sudah bersalin’  harapan itu datang kembali. Dia ingin mencuba sekali lagi untuk bertanya secara berdepan dengan Farhan. Itulah sebabnya dia keSeremban untuk bertemu Farhan face to face mencari kepastian.Tetapi bila dia menghubungi Farhan dan mendengar jawapan yang tidak berbelah bagi..dia tahu sememangnya dia tiada harapan. 

            Kini NurSaleha berazam didalam hatinya akan menyerahkan segala kesedihanya kepada yang Maha Mengasihinya.. Kini dia tersedar dari salah perbuatanya. Dia memandang sekelilingnya..memandang jiwa-jiwa yang masih mengharap kasih dan semangatnya. Dia merasa sungguh menyesal kerana mengabaikan anak-anaknya selama dia ditimpa masaalah.Timbul azam  dihatinya akan membela nasib anak-anaknya walaupun kini dia sudah menjadi ibu tunggal. Mungkin ada hikmah dari segala yang terjadi..dia redha kini. Dia kini sedar akan perbuatanya. Janjinya  padu..tidak akan mengganggu kehidupan Ahmad Farhan sekeluarga. Itu janjinya.Dia menyerahkan ketentuan nasibnya kepada Allah Aza Wajalla.




=========================================

        Setelah melahirkan Fatin tinggal dihospital selama seminggu.Selama seminggu itu Farhan menziarainya setiap hari. Dihari kelima Farhan menziarahinya Fatin berkata kepada suaminya.

“Kalau dah boleh balik nanti Ha rasa Ha nak duduk rumah ayah dan ibu ye.”

“Kenapa pula..selalukan abang yang jaga Ha dalam pantang.”

“Tak apalah..Untuk yang kali ini Ha rasa macam Ha nak belajar  berdikari…Ha perlu belajar dari sekarang bila abang dah dapat pengganti Ha nanti, Ha dah jadi biasa.”

“Apa yang Ha cakap ni..jangan fikir yang tidak-tidak..abang tak akan pergi mana-mana…abang tak akan mencari pengganti atau pesaing Ha. Abang akan tetap dengan Ha sampai bila-bila sampai abang menutup mata.”

“Entahlah.. Ha rasa macam abang akan tinggalkan Ha selepas dua atau dua tiga minggu Ha bersalin ni.”

“Siapa yang cakap macam tu.”

“Naluri Ha…sebab kalau betul abang jujur malam tu kenapa abang tak jawap panggilan Saleha didepan Ha. Tentu ada sesuatu yang abang cuba rahsiakan, itulah sebabnya selepas Ha tidur baru abang cakap dengan dia..sebetulnya abang tak perlu sorok-sorok dari Ha..sedaya upaya Ha akan cuba  memahami. Dia pun dah datang tempuh hari mungkin nak memastikan Ha betul-betul dah bersalin.” Baru Farhan sedar dia sudah membuat satu lagi kesilapan. Kini dia tahu isterinya tahu dia menghubungi Saleha malam itu.

“Ha..malam tu abang yang panggil dia sebab abang tak mahu dia tertunggu dan membina harapan yang tak mungkin dapat abang ditunaikan. Abang call dia sebab abang nak jelaskan pada dia abang tak dapat nak terima dia dalam hidup abang. Tolong  percaya cakap abang ni”. Fatin hanya memandang sayu wajah suaminya. Dia mencari kepastian. Bila melihat isterinya masih ragu akan dirinya Farhan merapati isterinya.

“..kenapa tak nak percaya abang…dahlah jangan fikir yang bukan-bukan nanti mudharat jadinya. Lagi satu Ha ke yang call bagi tahu dia, yang Ha dah bersalin.” Fatin hanya memandag wajah suaminya ..hatinya begitu sukar mahu mempercayai kata-kata suaminya. Soalannya tidak berjawap. Farhan juga tidak mahu mendesak... diam isterinya meniakan akan soalanya tadi. Memandangkan isterinya  baru seminggu sahaja melahirkan anaknya jika dia berkeras takut sakit lain pula jadinya.

      Dihari kepulanganya, Fatin sekali menegaskan… meminta dia dihantar kerumah kedua ibu dan ayahnya. Farhan sudah tidak dapat berkata apa-apa lagi dengan hati yang berat dia menghantar isterinya kerumah ibu dan bapa mertuanya. Fatin sekali lagi bersuara tentang tidak kepuasan hatinya.

“Ha mengharapkan kejujuran abang..kalau abang pergi pada dia jangan dibelakang Ha. Tolong abang jangan tipu Ha. Walau pun dalam waktu terdekat ini..abang mesti jujur dengan Ha.”

“Sayang abang tak pernah berniat nak pergi pada dia..dalam hati abang ni hanya ada Ha sorang.”  Buntu Farhan mahu meyakinkan keteguhan hatinya. Mengenangkan ini adalah kesalahanya, Fahan cuba membina tembuk kesabaran yang cucup tebal didalam hatinya.

“Kali ini biarlah  Ha habiskan masa berpantang kat rumah ibu dan ayah. Kalau abang tak ada masa nak jenguk tak apa, Ha faham..jangan susah-susah mencari masa untuk jenguk Ha..Ha tak nak susahkan abang.”

“Kenapalah Ha cakap macam ni..Ha dan anak-anakkan tanggujawab abang.”

“Pada anak-anak boleh lah tapi pada Ha jangan abang ambil berat lagi, Ha nak belajar berdikari.”Farhan diam tidak terkata. Terasa dirinya tidak diperlukan lagi. Hatinya sedih..isterinya sudah tidak mempercayai dirinya lagi.Serasa ingin dia menjerit mengeluarkan bukuan yang berbuku-buku  didalam hatinya.

           Setelah tiga hari Fatin dirumah ibu dan ayahnya, setiap hari Farhan menjenguknya. Untuk tidur dirumah ibu mertunya Farhan keberatan. Dia tidak mahu menyusahkan keluarga mertuanya.Sudahlah isterinya kini diuruskan oleh ibu mertuanya, dia tidak mahu menambah beban .

“Bang kalau abang penat janganlah jenguk Ha kat sini..ibu dan ayah ada jaga Ha..anak kita pun ok tak ada apa-apa masaalah.” Farhan hanya memandang sayu.Sudahlah dirumah ibunya sendiri tidak mahu bercakap denganya. Bila ditanya kepada ayahnya mengapa ibunya bersikap dingin kepada dirinya, ayahnya Haji Abu Bakar berterus terang..

“Han ayah terpaksa berterus terang pada ibu kamu bila ibu tanya ayah, ibu kamu siap teka wanita yang jumpa Fatin kat hospital tempuh hari itulah orangnya..tapi ayah nak kepastian Han betul ke perempuan tu.”.

“ Betul ayah..Ayah cakap juga ke..apa yang Han tanya ayah haritu?”.

“Ayah tak suka cakap bohong pada ibu kamu Han..ayah takut, sekali ayah cakap bohong esok-esok ibu tak percayakan ayah..ibu kamu pun tak pernah berbohong  pada ayah”.Tetapi dengan kejujuran ayah kepada ibunya, Farhan menerima padah… ibunya bersikap dingin kepadanya. Farhan makin tertekan…

          Dia tiada pilihan lain untuk meluahkan  kocakkan perasaannya. Untuk mencari jalan penyelesaian sebelum Farhan pulang dia berjumpa ayah mertuanya.Dia  mahu memecahkan kebuntuan masaalah yang dihadapinya.

“Ayah Han rasa nak minta tolong ayah, sebelum tu Han nak cerita sikit punca masaalah Han ni.”

“Ceritalah ayah dengar.” Haji Rasid bagai sudah menjangkakan  hubungan anak dan menatunya mempunyai masaalah.Dia dapat membaca riak dan wajah anaknya sendiri yang nampak muram. Farhan dengan jujur menceritakan apa yang terjadi.Sesungguhnya Haji abdul Rasid soraang ayah mertua yang memahami dan seorang pendengar yang baik.

“Han minta tolong ayah pujukkan Fatin supaya mahu dia balik kerumah. Biar Han yang jaga dia masa dalam pantang ni. Han nak rasasama-sama  susah ketika dia dalam pantang ni. Han berterima kasih dengan ayah kerana memahami Han.”

“Nantilah ayah nasihatkan kakak tu..kakak ni degil sikit, kalau tak kena gayanya mahu dia tak nak langsung balik nanti. Kamu nak balik..baliklah dulu, esok ayah hantar kakak kat rumah kamu.”Janji Haji Abdul Rasid melegakan Farhan. 

                     Pada Haji Rasid mengapa harus dipersalahkan menantunya, jika sudah dia mengaku kesalahanya. Itulah asam garam rumah tangga. Berselisih faham tidak dapat dielakkan..Bak kata orang sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Sedangkan adik beradik yang sekantung rahim pun bergaduh inikan pula suami isterri yang emaknya asing-asing .Tetapi  jika mereka bersabar, tolak ansur dan sedar akan kesilapan InsyaAllah rumah tangga akan harmoni semula. Bagi Farhan pula janji ayah mertuanya membuka sedikit harapan.Dia berdoa agar hati isterinya lembut semula. Dia sudah merasa hidupnya begitu sunyi  dengan ketiadaan isteri dan anak-anaknya.


Wednesday 26 June 2013

Bab 27 Bimbang



Terbang sekawan burung kedidi,
Turun hinggap di ranting kayu,
Kasih ku titip hampa tak jadi,
Walau berkali aku merayu.


             Fatin sudah dua hari selamat melahirkan anaknya.Walaupun anaknya kecil sedikit tetapi doctor mengesah tiada apa-apa kecacatan yang berlaku pada anaknya. Anaknya ditempatkan dia dalam inkubator bayi untuk sementara waktu.Setiap hari Farhan datang melawatnya..
“Abang gembira sangat akhirnya kita dapat juga anak perempuan kan..tapi mukanya muka abang juga”.
“Habis abang nak muka macam siapa… nak macam  muka AlFira Loy  atau Amy Mastura”..
“HEss sapa tu..abang tak kenal pun..perdana menteri mana..Filifina ke Cina..kalau Cina tak ada menteri perempuan.”
“Abang ni ada ke nama menteri…kalau menteri Filipina namanya Corazon Aqino..ni nama artislah”.Fatin sangat meminati wajah AlFira Loy kerana bulu keningnya yang lebat…Farhan pula suka Amy Mastura kerana wajah yang sentiasa senyum dan keanak-anakkan.
“Tak mahulah macam artis..abang nak muka macam muka Ha lah.. comel.” Tangan Farhna mencuit hidung isterinya, Fatin hanya tersengeh sahaja. Jika dilihat dari gerak gayanya dia sudah melupakan krisis mereka sebelum dia bersalin tapi siapa tahu hatinya didalam..
“Apa nak bagi nama anak dara kita Ha”.
“Suka hati abanglah anak abang..Ha tak terfikir lagi namanya ..dah keluar cepat sangat Ha jadi tak bersedia pula.”
“Abang siang-siang hari lagi dah bersedia Ha..setelah tahu anak kita perempuan tak sabar rasanya nak tenguk muka dia”. Farhan membelek wajah sikecil dari sebalik kaca..kerana anaknya diletakkan diadalam sebuah inkubator untuk menjamin kesihatannya.
‘mungkin suaminya sudah tidak sabar untuk pergi kepada Nur Saleha‘. tiba-tiba perkataan itu pula yang menyelinap dalam hatinya.Wajahnya jadi muram.Farhan menyedari perubahan pada wajah isterinya dari ceria menjadi mendung.
“Kenapa Ha..Ha rasa sakit ke?”
“Tak lah hanya rasa pening sikit..apa nama nak bagi bang..Ha memang tak ada nama nak bagi ni.”
“Abang teringin nak bagi nama Amni Umamah..Umamah ni nama cucu Rasullah dari anaknya Zainab..ok tak Ha”.
“Ok juga..sedap  nama ni jarang orang guna nama Umamah..kalau tak salah selepas Fatimah Az-Zahrah meninggal, dia mewasiatkan suaminya Sydina Ali R.A  kahwin dengan anak saudaranya yang ini kan.”.
“Betullah tu, Umamah ni kesayangan Rusulallah dan Siti Fatimah dialah jadi pengubat rindu Nabi dan Siti Fatimah setelah kematian Zainab… jadi Ha setuju lah ni..abang pergi daftar ye”.
             Setelah suaminya meninggalkan dirinya untuk pulang kerumah dia mula menghubungi nombor NurSaleha yang didapati ketika NurSaleha menghubungi suaminya dikereta tempuh hari. Dia menghubungi NurSaleha melalui SMS mengatakan dia sudah bersalin.Terserah pada NurSaleha untuk membuat tindakkan yang seterusnya.
Tampa memperkenalkan diri…
‘Assalamualaikum..saya nak beritahu..yang isteri Farhan telah selamat melahirkan anaknya, dua hari lepas’…
‘Waalaikumsalam..boleh tahu siapa ni…boleh ke saya mempercayai berita ni.’
“Itu terserah..tugas saya sudah selesai”..sepas itu dia tidak menghiraukan lagi massage dari NurSaleha. Mengapakah Fatin menghubungi NurSaleha dan memberitahu dirinya telah selamat bersalin..kerana dia tidak mahu ditipu. Dirinya membayangkan jika sekiranya suaminya secara sembunyi pergi kepada NurSaleha alangkah sakit hatinya.
         Untuk memastikan kebenaran khabar yang diterima, NurSaleha mengambil keputusan..untuk keSeremban. Bergegas dia kelapangan Terbang Bayan Lepas untuk dia ke KLIA.  Sampai di KLIA dia mencari Airport teksi untuk menuju kerumah Edlan dan Suhaila…DiKLIA  dia menghubungi sahabat serumahnya dahulu..Suhaila.
“Assalamualaikum..ini kak Nur, Su..boleh tak  Su SMS kan alamat rumah Su. Kak Nur dah kat KLIA ni nak tumpang rumah Su malam ni”.
“Tak ada angin tak ada rebut tup..tup sampai..ada apa kak Nur.”
“Kak Nur ada hal sikit esok kat KL….boleh tak akak tumpang rumah Su malam ni?”
“Boleh apa salahnya..nanti Su SMSkan alamat rumah Su”. Malam itu tiga sahabat yang lama tidak bertemu rancak berbual. Edlan merupakan rakan sekelasnya dan Suhaila pula rakan sebilik waktu mereka menuntut di UiTM Shah Alam Selangor dahulu. Bagi Edlan dia tertanya-tanya kedatangan NurSaleha sebenarnya. Tetapi akhirnya terbongkar  juga kepersoalan yang bermain di kepala Edlan sejak Nur Saleha sampai tadi.
“Lan betul ke isteri Farhan dah bersalin?”
“Mana you tahu?”
“Malam semalam ada orang massage I tapi dia tak perkenalkan diri”.
“Jadi apa tujuan you datang Seremban?betul ke you memang ada hal kat KL.”
“I memang ada hal kat KL esok.. tapi dah dekat ni I rasa nak ziarah dia sekejap”.
“Saleha…. you rasa patut ke you jenguk dia…tak rasa ke dengan kemunculan you akan menguris perasaan isteri Farhan.”
“Sebab apa pula dia nak tergoris dengan kedatangan I..Isteri Farhan pun bukan kenal I  nanti I kenalkan diri yang kita ni memang kawan masa kita kat UiTM dulu.”.
“Saleha yang sebenarnya isteri Farhan dah tau pasal you.”.
“Tapi yang sebetulnya dia patut kenal  dengan I betul tak Su..kak Nur nak juga kenal dia.. nak tenguk dia jenis yang macam nana.. Kalau dia mengamuk nanti akak baliklah. Tujuan I  hanya nak berkenalan dengan dia saja..tolonglan Lan, Su bawakan akak jumpa dia”.
“I rasa berat hati nak  tolong you Saleha..I kesihankan Farhan..mereka  tertekan sekarang. Cubalah you fahami Farhan..Saleha”.
“Kenapa isteri dia garang atau jenis yang queen control ke”.
“Taklah macam tu..tapi I takut rumah tangga mereka menjadi kacau bilau..I kesihan Farhan”.
“Lan…kenapa you hanya kesiah pada Farhan saja, I pun kawan you  juga Lan, dari  jauh I datang semata-mata nak berkenalan dengan isteri Farhan sampai hati you Edlan..you tak boleh tolong juga ke Su, I merayu pada you tolonglah hanya untuk sekali ni sahaja”.
“Cuba you terus terang apa tujuan you nak jumpa Fatin”.
“I hanya nak tenguk bagai mana rupa Fatin..dan nak pastikan kenapa Farhan tolak I..I takut dia tolak I kerana isterinya garang..kalau macam tu kesian dia..I merayu pada you Edlan Su sekali ni saja…kalau sememangnya I tak diterima I tak terkilan”.

Mendengar rayuan NurSaleha yang beria-ia..akhirnya Edlan suami isteri mengalah. Mereka berjanji akan mempertemukan dengan Fatin Najihah dan NurSaleha.
Didalam bilik Edlan dia menghubungi Farhan untuk menyatakan hasrat hati NurSaleha.
“Assalamualaikum..kau dengan siapa Han, sebenarnya kau kat mana??”
“Aku baru balik dari rumah ayah aku, lepas aku tidurkan anak-anak aku aku balik rumah aku sendiri. Ni aku sorang-sorang kat rumah aku kenapa??”.
“Han aku nak cakap dengan kau ni kau jangan terkejut pengsan pulak kau sorang kat rumah tu.”
“Hissy kau ni..takkan lah aku pengsan berita teruk sangat ke?”
“Tak lah teruk…aku hanya nak bagi tahu Saleha datang..ada kat rumah aku ni”.
“Untuk apa dia datang???” terkejut Farhan mendengar akan kedatangan NurSaleha.
“Dia kata ada hal kat KL esok..dah terlanjur datang dengar pulak isteri kau dah bersalin dia nak datang melawat esok..kau rasa macam mana?”.
“Siapa yang bagi tahu isteri aku dah bersalin?”
“Aku pun tak tahu..dia kata ada orang SMS dia…boleh ke? kalau dia nak jenguk isteri kau esok. Tadi aku dah nasihatkan juga supaya membatalkan hajat dia tapi dia beria-ia sangat”.
“Kalau dah macam tu biarkan sajalah..kau bawalah dia jumpa isteri aku  esok”.
“Habis kau macam mana?”
“Kalau dia datang merayu pada aku sepuluh kali pun jawapan aku tetap sama..aku tak akan menduakan isteri aku..aku dah bahagia dengan keluarga aku sekarang Lan..aku tak akan menoleh kebelakang”.
“Aku rasa akan menjadi pergeseran besar anatara kau dengan isteri kau nanti”.
“Inilah kesalahan aku, tersilap perhitungan..jadi aku dah bersiap sedia Lan..aku berpegang pada  yang benar tetap benar, aku tak pernah berbuat jahat pada orang takkan dia akan berbuat jahat dengan aku..aku layan dia dulu kerana bersimpati, dan nak menjadi pendengar pada masaalah dia sebagai seorang kawan, itu sahaja..tak terniat untuk aku menggantikan tempat suami dia”.
“Oklah kalau macam tu..kalau jadi apa-apa dan kau perlukan pertolongan.. aku ada Han menyokong dibelakang kau. Elok juga kau bagi mereka berjumpa untuk terus menolak Saleha tak elok juga sebab dia kawan kita kan.”
“Ia Lan kita ni kawan saling memerlukan… suaminya dah tolak dia…kita ni sebagai kawan kalau tolak dia juga..apa dia akan rasa, itu yang aku fikir Lan”.
Seperti yang telah dirancang waktu melawat tengahhari Suhaila, Edlan dan NurSaleha melawat Fatin Najihah di Hospital. Fatin kelihatan agak terkejut bila diperkenalkan kepada Nur Saleha..tetapi tetap memberi senyuman manis dan berterima kasih diatas kunjungannya.
Sebenarnya Fatin sudah bersiap sedia duduk, diwaktu melawat kerana bila-bila masa sahaja suami, ibu atau pun ibu mertuanya akan datang melawat membawakan anak-anaknya untuk melepas rindu anak-anaknya kepadanya. Sudah hamper seminggu dia dihospital itulah rutin harian keluarga mereka.Tetapi tidak disangka lain yang ditunggu.. tetamu lain pula yang datang. Entah mengapa tengah hari itu keluarganya lambat pula datang menjengahnya.
“Assalamualaikum, apakhabar Fatin..ni kak Su kenalkan Nur Saleha roommet kak Su dulu..Dia juga kawan satu kelas Edlan dan Farhan masa kat UiTM dulu”.
“Walaikumsalam..apakhabar”. Fatin menghulur tangan untuk bersalaman disambut mesra oleh NurSaleha.

               Mereka berbual-bual mengenai kelahiran anaknya yang cepat dari kandungan biasa. Dilihat cara Fatin berbual ramah seperti biasa seakan-akan tidak tahu kisah NurSaleha dan suaminya..sungguh pandai Fatin menyembuikan rasa hatinya yang nyilu. Edlan memandang dengan rasa sungguh simpati. Pada awalnya tadi dia menjangkakan tentulah Fatin akan menjerit menghamburkan kemarahan kerana wanita itu cuba menawan hati suaminya. Tetapi tekaannya meleset..dia pandai mengawal rasa hatinya, dan pandai menjaga maruah diri dan maruah suaminya. Setelah agak lama berbual mereka hendak mengundur diri..pada masa itu keluarga Farhan pula sampai.
“Assalamualaikum..ohh kakak ada tetamu ye, ibu lambat sikit hari kakak”. Sapa Hajjah Fatimah, sambil meyambut huluran tangan menantunya untuk bersalaman dan mencium tanganya.
“Tak apa bu..Ni kawan abang masa kat UiTM dulu mereka satu kelas dengan Edlan juga”.Fatin memperkenalkan NurSaleha kepada ibu mertuanya.
“Ohh..duduk mana, selama ni tak pernah jumpa kan.” Tergur Hajjah Fatimah ramah sambil menghulur  tangan bersalaman dengan NurSaleha kemudian Suhaila isteri Edlan yang sudah dikenali.
“Apakhabar mak cik, saya dari Penang kebetulan ada hal pulak kat KL, ni yang singgah sekejap ..ohh ini anak-anak Farhan..tiga lelaki..anak you baru sorang lah perempuan Farhan.” NurSaleha memandag tiga orang anak lelaki Farhan kemudian matanya beralih memandag kearah Farhan pula.
“Alhamdullilah..dah lengkap lah dah ada lelaki dan perempuan.” Jawap Farhan juga tidak beriak diwajahnya. Setelah berkenalan dengan keluarga Farhan NurSaleha akhirnya meminta diri kerana katanya dia akan keKuala Lumpur untuk meguruskan halnya pula.
“Ketika sampai dirumah Edlan..NurSaleha memohon  agar dirinya dibenarkan untuk menumpang sehari lagi dirumah Edlan.
“ Su.. kak Nur nak tumpang semalam lagi kat rumah kamu boleh?”
“Kenapa  kak Nur cakap macam tu..nak duduk berapa lama pun Su tak kisah… kan bang”. Petang itu dengan tidak membuang masa Nur Saleha menghubingi Farhan..untuk menyatakan hasrat hatinya.
“Assalamualaikum..apakhabar? you nampak tak happy tadi kenapa? Sebab kita jumpa didepan isteri you ke?”.
Waalaikumsalam..I biasa saja..kenapa you call..you tak balik Penang lagi?”.
“Belum cadangnya sebelum I balik I nak jumpa you..kita bincang hal kita”.
“Saleha hal kita tak pernah ada. Lagi pun  I tak akan jumpa perempuan lain dibelakang isteri I. Satu lagi..perkara yang I cakap malam tu muktamad.. I anggap you hanya kawan biasa I sahaja”.
“Farhan..rasanya yang SMS mengatakan isteri you dah bersalin adalah isteri you sendiri..mungkin dia dah tahu hubungan kita dan dia merestui..jadi I harap sangat agar you dapat memberi sedikit kasih you pada I”.
“Walaupun dia merestui tapi I yang tak sanggup untuk  berpoligami..I tak mampu”.
“Kenapa you tak cuba dulu”.
“I tahu takat kemampuan diri I, jadi untuk apa I cuba..untuk menguris hati orang yang I sayang..itu tak mungkin…Saleha!! I minta maaf sungguh-sungguh  pada you, I tak sangka selama I pinjmkan telinga I untuk mendengar segala masaalah you, you dah salah anggap pada I. Terus terang I tegaskan pada you, I anggap you hanya sebagai kawan sahaja..I simpati pada you selama ni. Tapi simpati I you salah ertikan. I doakan semoga you mendapat seorang yang lebih baik dari I atau pun bekas suami you. Hanya itu saja yang dapat I doakan.Terima kasih kerana sudi menziarahi isteri I siang tadi. Assalamualaikum.”
         Dengan jwapan itu NurSaleha tidak jadi untuk bermalam semalam lagi dirumah Edlan dan Suhaila..petang itu juga dia pulang semula ke Pulau Pinang dengan hati yang hampa.
Ketika dia keluar dari bilik dengan membawa bag pakainnya..
“Lan, Su rasanya I nak balik petang ni..I nak minta maaf kerana menyusahkan you dan I mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi tumpagkan I  kat rumah you”.
“Kenapa kak Nur ?kata nak duduk semalam lagi?”.
“Entahlah Su..Bila kak Nur pandang Fatin dan Farhan tadi rasanya jawapannya yang kak Nur nak, kak Nur dah dapat.Jadi tak guna kak Nur tunggu. Kak Nur dah sedar sekarang tak sepatutnya akak menghulur diri untuk menumpang bahagia orang lain..tak sepatutnya juga kak Nur menjadi melukut. Sebelum kak Nur balik kak Nur nak nyatakan..kak Nur tersalah memilih teman hidup..Sungguh bertuah Fatin memilih Farhan menjadi suaminya”.
“Tak apa lah Saleha kami sebagai sahabat sentiasa mendoakan kebahagiaan you..padamasa ni memang yang kecundang dalam perkahwinan tapi anggaplah ianya hanya satu ujian sahaja..semoga you akan menemui kebahagian yang berganda dari dulu..kadang-kadang kita tak tahu.. segala kepahitan yang kita hadapi… ada kemanisan diakhirnya jika kita bersabar. Kami kawan-kawan disini sentiasa medoakan kebahagiaan you dan kami juga bersedia berkongsi masaalah dengan you sebagai kawan”.
“Terima kasih Edlan Su, kerana sudi jadi kawan kak Nur,  nanti sampaikan salam kak Nur pada Fatin ye..cakap pada dia, dia sungguh beruntung mendapat Farhan menjadi suami..jagalah dia baik-baik”. NurSaleha dihantar oleh Edlan dan Suhaila keKLIA petang itu.Walaupun kasih nya tidak kesampaian namun dia pasrah dengan ketentuan Illahi.


Friday 21 June 2013

Bab 26 Bimbang


Aku memancing berkail emas,
Orang bertangguk tepi muara,
Kasih kuberi tidak berbalas,
tidakku kesal ini jadinya.


Lamunan Farhan melayang bila Arief Edlan datang lagi mendekati dirinya dan menyapa.

 “Haa termenung!! angau ke?..Kau belum jawab pertayaan aku Han, jadi ke kau dengan Saleha tu?”

“Hsyy terkejut aku.. cakap tu cuba perlahan sikit.. Nanti orang ingat aku ada skandal pulak bila kau cakap aku angau”. Terkekek Edlan ketawa melihat kekalutan Farhan. Dengan suara perlahan seakan mengeluh bila Edlan duduk disisinya.

“Lan sebetulnya rahsia aku dengan Saleha dah bocor. Isteri aku dah tahu. Rupanya dah dua bulan dia tahu aku selalu berSMS dengan Saleha. Tapi yang sebenarnya   aku dengan Saleha tu tak ada apa-apa, hanya kawan biasa macam aku dengan engkau..tapi yang lain sikit hanya Saleha tu perempuan..itu saja. Bukan aku nak berahsia dengan isteri aku. Sekadar  berSMS dengan kawan tak kan tak boleh kot. Tak sangka dia dah salah anggap.”

“Kau kata dia yang salah anggap..kau jangan lupa Han, Saleha dah ajak kau kahwin dengan dia..dan kau pun dah berangan nak kahwin dengan dia..kau kata isteri kau yang salah anggap..kalau isteri aku, tak tahulah macam mana dia melenting.”

“Tak lah Lan sejak engkau bagi nasihat kat aku hari tu dan sejak kau ceritakan kisah ayah engkau… aku dah tak ada niat lagi kearah itu… betul-betul ni aku tak akan mencari pesaing isteri aku lagi..pada aku dialah isteri aku dunia dan akhirat. Terima kasih Lan kaulah kawan aku dunia dan akhirat..masa aku hamper tersasar lorong kau tolong ingatkan.. terima kasih Lan”.

“Alhamdullilah kalau kau dah fikir macam tu.. Tapi Han macam mana isteri kau boleh tahu tentang Saleha..dia ada terbaca message kau ke?”.

“Petang semalam..masa kami balik dari rumah keluarga aku, aku singgah beli susu anak aku, sebab nak cepat aku tertinggal handfon aku dalam kereta, masa tu pulak siSaleha ni massage aku. Isteri aku tolong jawabkan…ehh aku belum tenguk macam mana bunyi message yang dia hantar. Handfon aku pun belum aku masukkan baterinya. Tolong Lan aku betul-betul tak ada mood nak tenguk. Kepala aku berdenyut ni.”  Farhan  meraba poket seluarnya mancari telefon bimbit dan baterinya sekali dan menyerahkan kepada sahabatnya. Setelah siap dipasangkan bateri Edlan juga yang tolong mengaltivkan telefon bimbit Farhan dia juga tolong meneliti massage-masasage  yang masuk ke telefon bimbit Farhan.


        Selepas minum dan menyiapkan anak-anaknya untuk dihantar kerumah pengasuh, Farhan hanya sempat mencapai telefon bimbitnya di hujung katil sahaja pagi tadi.

“Amboi banyaknya miss call..dari Saleha ke ni Farhan..Ehh  sampai sepuluh miscall…yang last pagi tadi Han pukul enam pagi. Agaknya bangun tidur saja dia terus call engkau ..gila ke dia ni.“

“ada massage yang petang semalam  tak? Cuba baca aku nak dengar.” sambil berpeluk tubuh dan memejamkan matanya Farhan menyoal sahabatnya, bukan Farhan yang meneliti telefon bimbitnya tetapi Edlan sahabatnya yang menliti telefon bimbitnya.

“Ada satu ohh..pukul enam tadi dia massage kau Han..aku baca ye apa bunyinya”

“Aku nak yang petang semalam”.

“Ahh kau aku nak baca yang ni dulu..”

“Bacalah aku nak dengar” Edlan memabaca massage dari Saleha untuk Farhan ‘Farhan I sayang you, dah lama I sayang you percayalah.’

“Ámboi jiwangnya.. macam mana isteri kau tak marah, kalau ayat itu yang ditujukan untuk suaminya..agaknya macam mana bunyi massage yang dia hantar semalam ye Han..cuba kita cari.” Edlan mencari massage didalam inbox telefon bimbit Farhan sambil mencari mulutnya tidak berhenti berbicara.

“Han isteri kau isteri yang baik.Tengoklah  Allah dah tunjukkan kecurangan kau.” mendengar perkataan curang, mata Farhan membuntang memandang  raut muka sahabatnya yang sibuk meneliti telefon bimbitnya.

“Aku curang ke Lan????..macam mana kau boleh kata aku curang jumpa pun tak pernah kau kata aku curang??.”

“Kau curang dalam perasaan. Kau kalau dah berSMS ada ke ingat keliling?. Masa tu kau tak ingat anak isteri kau lagi dah, tentu tumpuan kau pada Saleha sorang.. .betul tak? dan kau jangan lupa kau dah ada niat nak kahwin dengan dia. Haa ada pun nasib baik Fatin tak  delete.” Setelah membaca massage yang dihantar oleh Nur Saleha petang semalam yang dibaca oleh Fatin.

“Cuba kau baca Han, aku nak baca malulah..beraninya dia cakap rindu-rinduan pada kau…aku tak sangka Saleha macam ni.. ni ha..dia kata kau tunggu dia sepuluh tahun. Dan kemudian dia kata dia akan bersabar menunggu hingga isteri kau bersalin, betul ke dia ni Han, aku tenguk dia ni macam pemalu dulu..betul ke dari dia ni, Han ” soal Edlan mencari kepastian.

“Itulah yang aku terkejut tu..aku macam tak percaya  bila Fatin cakap macam tu pada aku malam tadi”. ”. Berulang kali Edlan menyatakan keraguanya pada Farhan.

 “Dalam hal ni aku rasa kau yang salah. Kau curang dalam perasaan. Kalau kau tak layan dan bagi harapan tentu Saleha tak hantar massage macam ni.”

“Lan ..sumpah aku tak pernah bagi dia harapan.. aku hanya nasihatkan dia supaya bersabar…. kemudian aku kata carilah seorang lelaki yang baik untuk mengganti suaminya itu saja.. aleh-aleh dia kata akulah yang paling sesuai jadi pengganti suami dia. Aku cakap aku dah ada isteri dan isteri aku sedang megandung 7 bulan. Dia kata dia rela bermadu..aku nak kata apa? aku tak cakap pun aku suka dia.”

“Aku tanya  ni..kau kena jawab dengan jujur. Selelaps dia cakap macam tu ada tak kau cakap yang kau tak perlukan dia lagi atau cakap kau tak suka dia?”

“Aku tak lah sekejam tu..zup..zup cakap macam tu. Aku cuba bayangkan kalau aku ditampat  dia tentu aku rasa kecewa sangat,  dahlah suami dia tinggal dia ..kemudian aku pula cakap macam tu ..aku ni bertimbang rasa Lan”.

“Timbangrasa.. timbangrasa juga, kalau dah jadi macam ni..apa nak ditimbangkan ..rumahtangga kau jadi cagaran tau. Han aku nak tanya kau satu minggu berapa kali kauorang  berhubung”. Seperti seorang penyisat Edalan bertanyakan beberapa soalan ditujukan kepada sahabatnya untuk mencari dimanakah silapnya Farhan…

“Memang selalulah kadang-kadang tiap-tiap hari tapi sejak seminggu ni dah tiga hari kami tak berhubung”.

“Siapa yang panggil dulu”.

“Memanglah  aku yang panggil dia dulu. Aku pesan dengan dia kalau aku dah free aku panggil dia. Tapi tujuan aku hanya nak pinjamkan telinga  aku ni pada dia.. nak bagi dia rasa ada orang boleh dengar masaalah dia… dia tak susah sorang-sorang. Aku simpati dengan dia.”

“Pernah tak kau cepat-cepat putuskan talian kalau kau berhubungan”.

“Takkanlaaah sampai hati aku nak putuskan talian sedang dia cerita masaalah dia”.

“Kat sini aku dah dapat tangkap kau yang bagi dia harapan..kau yang layan dia.”

“ Tapi aku anggap dia kawan aku saja Lan..sebab tulah aku layan dia. Macam aku layan kau”.

“Aku lain Han ..cuba kau kira dalam seminggu berapa kali kau call aku? Aku dah kira dah dalam sebulan kadang tak sekali pun kau call aku Han.”

“Kau lainlah kan hari-hari kita jumpa. Lagi pun aku ikhlas nak dengar masaalah dia supaya dia tak tertekan sangat dengan masaalah yang dia hadapai.”

“ Kau mesti ingat Han buat baik ni berpada-pada..jangan memakan diri semdiri.  Dalam hal call ni Han, tiada alasan hari-hari jumpa dan tiada alasan kau rasa dia sebagai kawan. Tapi yang pasti kau dah bagi dia harapan secara tak sedar.”

“Jadi nak buat macam mana? Silapnya aku nak buat baik.. jadi benda tak baik pula pada aku..aku pun dah tak tahu nak buat macam mana, perkara ni dah jadi semakin rumit... aku rasa isteri aku macam dah tak percayakan aku lagi. Aku nak cerita dengan kau apa yang jadi malam tadi.”

“Ceritalah kalau boleh aku tolong aku tolong ..kita cari jalan sama-sama”.

“Malam tadi tu masa kami dah nak tidur sekali lagiu Saleha hantar message  pada aku..dari situ aku tahu yang isteri aku tahu tentang Saleha…dia suruh aku jawap tapi aku tak jawap..Bila dia dah tidur aku call balik Saleha.”

“Kau memang cari naas lah Han ..kenapa kau tak jawab depan dia.. sepatutnya kau tunjuk kejujuran kau jawab depan dia. Satu lagi kalau dia tahu kau menghubungi Saleha balik habis kau”.

“Lan..aku sebenarnya nak bagi Saleha kata putus yang aku tak nak dengan dia hari ni dengan kau”.

“Habis kenapa kau call dia malam tadi?…kau cakap apa dengan dia?”

“Malam tadi tu aku dah tak tahan geram sangat dengan dia.. jadi masa isteri aku dah tidur tu aku tegaskan pada Saleha aku memang dah tak perlukan dia dalam hidup aku lagi..tapi bila aku masuk bilik aku nampak tangan isteri aku tengah menepuk –nepuk punggung anak aku yang merengek mengigau…kau agak kan Lan dia sedar tak aku call Saleha”.

“Aku tak dapat nak agak Han tapi aku tak dapat nak bayangkan.. apa tindakan Fatin selepas ni…Malam tadi tu dia meragam tak?”.

“Tak adalah pulak dia meragam atau mengamuk sakan.. bila aku suruh dia tidur..dia ikut saja”. Kemudian Edlan melembutkan suaranya untuk menasihati sahabatnya. Dia merasakan mungkin Farhan akan mengahdapi masaalah dengan isterinya  selepas ini. Setelah mendengar apa yang dicerita oleh sahabatnya tadi.

“Entahlah Han..mulai dari sekarang kau bersiap sedialah..kuatkan mental dan fizikal kau untuk mengahadapai segala cabaran berumah tangga. Berserahlah pada Allah. Kalau kau betul-betul tak ada rasa apa dengan Saleha..biarkan aje..dah jangan kau fikir lagi. Kau tumpukanlah pada keluarga kau… anak-anak dan isteri kau itu lebih penting. Kalau dia call cakap yang tidak-tidak kau abaikan saja, jangan layan lagi..sekarang ni tiada istilah kawan lagi dah…
            Han…kau nak tahu perasaan wanita ni halus, kadang-kadang dengan layanan kita yang sedikit, ambil berat kita yang tak seberapa.. mereka dah rasa macam kita sayang dia..itu yang timbul rasa mengharap kasih kita pulak..lagi pun  kalau dah berSMS tak ingat keliling…tentu kau ambil banyak masa dengan dia, dia pun akan rasa kau suka kat dia. Aku boleh bayangkan masa kau berSMS tentu kau tak ingat anak isteri kau lagikan, tentu tumpuan kau pada Saleha sorang  berjam-jam...betul tak.”

“Kalau itu memang betullah…kadang hampir sejam dua jugalah aku berbalas massage dengan dia. Sebetulnya kadang-kadang aku tak pandai nak matikan cerita kalau tengah berSMS ni.. itu yang jadi lama”.

“Jadi sekarang kau tahulah silap kau kat manakan..apa tindakkan kau seterusnya”.

“Aku kena yakin isteri akulah..dari masaage yang dia dah baca tentu susah sikit dia nak percaya aku..aku akan bersedia segala ragamnya nanti..memang aku yang salah..tapi kalau dah teruk sangat kau  tolong yakinkan isteri aku … boleh Lan”.

“InsyaAllah..kalau aku boleh tolong, aku akan sedaya upaya aku tolong Han..kita ni kawan biar bersama masa susah dan senangkah Han”.

Ketika mahu memulakan tugas selepas waktu rehat mereka, Farhan dikejutkan oleh satu panggilan telefon dari bahagian isterinya bekerja dengan kadar segera. Laju Farhan kebahagian isterinya bekerja.Terdetik difikiranya sesuatu yang tidak baik berlaku keatas isterinya.

“Encik Farhan, isteri encik sekarang dalam bilik bersalin, dia sudah mahu melahirkan boleh tak bagi kad pemeriksaan setiap bulannya.

“Ehh bukan ke kandungan isteri saya baru tujuh bulan lebih”.

“Itulah yang kami nak tenguk kad pemereksaan bulananya..kalau diikut dari pemeriksaan kandungan isteri encik Farhan masih kecil lagi…tapi  mugkin dia terpaksa juga bersalin walaupun  dalam keadaan pra-matang kerana bukaan pintu rahimnya sudah mencapai 4cm. Saya minta tolong sangat-sangat untuk melihat kad bulananya”.

“ Boleh…rasanya dia letakkan kad pemeriksaan bulananya didalam beg sandangnya. Boleh ambilkan beg sandangnya, saya akan ambilkan kad tu.  Setelah semuanya diuruskan dia meminta izin supaya dia dapat berjumpa isterinya sebentar.

“Ketika Farhan memasuki bilik dimana Fatin dirawat, dilihat perut isterinya diletakkan dengan alat pengesan denyutan jantung bayi. Dia juga melihat geraf-geraf yang turun naik di skreen monitor disebelah katil isterinya.  Masa dia masuk isterinya sedang memejamkan mata entah dia tidur entah menahan sakit..Farhan menghampiri lalu menggengam tangan isterinya yang terasa sejuk.  Fatin membuka matanya, bila dia terpandang sahaja  suaminya dia mula menangis.

“Kenapa..sayang..sakit ke..macam mana boleh jadi macam ni?”

“ Entahlah masa datang kerja tadi Ha rasa sakit pinggang sikit....masa ambil darah pesakit tadi, tiba-tiba Ha turun darah. Itu pun orang lain yang nampak..Ha hanya rasa sakit sikit saja tak sangka pula darah turun banyak.”.

“Ha ada terjatuh ke?”Farhan menyiasat punca pendarahan pada isterinya.

“Malam tadi tu Ha terduduk masa nak buatkan susu Aman. Ha tak nampak plastic tu, Ha terpijak..tapi jatuh tak kuat sangat, Ha sempat berpaut pada bucu meja..agaknya membawa kesan tak, pada baby kita.” Barulah Farhan teringat, plastic itu dia yang membuangkan kedalam bakul sampah dibawah meja makan rumah mereka tetapi tidak termsuk kedalam bakul sampah. Cadangnya dia hendak mencapai dan memasukkan kedalam bakul sampah tetapi ketika itu dia bagai terdengar  seperti telefon bimbitnya berbunyi…selepas dia melihat telefonya dia terus terlupa.

“Kalau ditenguk dari geraf denyutan jantung ni anak kita ok”.Farhan cuba menenangkan isterinya.

“Tadi doctor dah bagi satu dos untuk kuatkan paru-paru baby.”

“Memang dah nak bersalin ke?”Tanya Farhan lagi mencari kepastian.

“Kata dokor macam tulah..sebab pintu rahim dah terbuka dan kepala bayi pun dah masuk saluran peranakkan..bang kalau apa-apa terjadi pada anak kita Ha lah yang bersalah kerana tak berhati-hati.”

“Jangan fikir macam tu..mungkin dah memang tiba masanya  dia dah keluar, Ha terduduk tu hanya sebagai sebab sahaja, dah jangan fikir sangat ye, sekarang tenangkan hati. InsyaAlLah semuanya ok.” Farhan mengenggam tangan isterinya memberi semangat.

Farhan keluar dari bilik itu. Hatinya dibaluti dengan seribu penyesalan. Jika terjadi apa-apa yang buruk kepada bayi atau isterinya, dia tidak akan dapat memaafkan dirinya sendiri. Kerana asyik memikirkan massage dari Nur Saleha dia melakukan satu kecuian hingga isteri dan anaknya menerima padah.

Tidak lama penantianya selepas Zohor isterinya selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Tetapi bayinya agak kecil, berat bayinya hanya 1.85kg sahaja. Walaupun hati Farhan gembira kerana mendapat seorang anak perempuan yang sangat diharapkan, namun jauh disudut hatinya dia rasa bersalah teramat sangat. Dialah yang menyebabkan anaknya keluar cepat dari rahim ibunya.

Sepeninggalan Farhan rupanya Nur Saleha menghubungi Farhan melalui telefon bimbitnya yang ditinggalkan bersama Edlan. Ketika panggilan dari bahagian isterinya bertuagas ..dia tergesa-gesa pergi, tetefon bimbitnya masih ditangan Edlan. Kali pertama dan kedua Nur Saleha menghanatar massage, tetapi tidak dihiraukan oleh Edlan. Akhirnya dia menghubungi pula. Kerana tidak tahan.. Edlan cuba menjawab bagi pihak rakan baiknya.

'Farhan please answer me…please’ dua kali SMSnya tidak berjawab. Kali tiga dan empat kali pula  panggilan yang minta dijawab. Edlan terpaksa menjawab panggilan itu.

“Asalammualaikum..kenapa you macam nak mengelak dari I Farhan.” Bila talian bersambung terus sahaja dia bertanya..Dia tidak mahu membuang masa takut-takut Farhan akan memutuskan talian pula..sayu terdengar suara NurSaleha dihujung talian..meruntun meminta dikasihani.

“Waalaikumsalam..Farhan tak ada..dia ada kecemasan ditempat kerja isterinya.”

“You siapa??”

“I Edlan..Farhan tertinggal  handfon dia. “

“You jangan nak tipu ..I tahu dia ada kat situ.”

“Saleha I tak tipu..Farhan memang tak ada kat sini percayalah cakap I..tapi kalau you nak pesan I boleh tolong sampaikan.”

“Lan I minta tolong sangat-sangat pada you..tolong  pujukkan Farhan supaya terima I…I memang sayangkan dia.” Hanya itu sahaja caranya fikir Saleha..dia tahu hubungan Edlan dan Farhan sangat rapat.

“Sejak bila pula you sayangkan dia, setahu I kauorang tak pernah bertegur sapa masa kita belajar dulu.”

“Dia yang tak nak tegur I..I sebenarnya nak sangat tegur dia tapi..I nikan perempuan takkan I yang nak tegur dulu.”

“Saleha jangalah you nak memutar belit cerita..I tahu semuanya..Masa Su sampaikan hasrat hati Farhan pada you dulu..you kata hati you dah ada yang punya..you dah nak bertunang dengan sepupu you ketika tu, you kata lagi yang you  akan bernikah sebaik  habis sahaja you belajar.. Saleha sebenarnya I tahu masaalah you sekarang..tapi  you kena  sabar, itu dugaan Allah”.

“Lan..tolonglah..I tak sanggup hidup sorang…I tak manpu nak besarkan anak-anak I sendirian”.

“Saleha you tahukan Farhan dah ada keluarga dan isterinya sedang sarat mengandung..janganlah ganggu dia lagi..kesinkanlah dia. Dengan panggilan-panggilan dari you menyebabkan rumah tangga dia mula berkocak. You tau tak, dia sekarang tertekan sangat..mana isterinya yang dah sarat, isterinya tahu  panggilan dari  you untuk suaminya.. ini yang sangat mencabar hati seorang isterinya…tak kan you nak runtuhkan rumahtangga  dia. Rumah tangga dia bahagia selama ni.”

“You tuduh I punca rumah tanbgga Farhan bergolak ke Lan?”

“Macam tulah kiranya Saleha..you perempun tentu you pun tahu.. mana ada perempuan yang suka berkongsi suaminya dengan wanita lain”.

“Mungkin Farhan akan lebih bahagia kalau dengan I..bukan ke dulu dia sukakan  I.”

“Saleha.. Farhan hanya suka saja kat you macam Shahir dan Osman yang suka kat you.. tapi dengan isterinya ni mereka saling mencintai.. lagi pun mereka dah ada anak-anak..harap you faham Saleha. You carilah lelaki lain yang boleh bahagiakan you”.

“Entahlah Edlan kenapa I rasa, hanya dengan Farhan sahaja hidup I akan bahagia”.

“Walau apapun yang you rasa..cubalah fikir.. kalau you teruskan juga niat you,  Banyak jiwa yang akan menderita..isteri dan anak-anak Farhan.. anak Farhan akan menjadi empat orang tak lama lagi, tak kan kita sanggup menghancurkan kebahagian sahabat kita sendiri. Fikirkan lah...I sebetulnya kesian dengan Farhan, dia baru nak bahagia dia baru nak mulakan hidup berumahtangga. Tak macam you habis belajar you dah bahagia dengan husband you yang kacak dan berkerjaya. I tahu dulu betapa bangga dan bahagianya you dapat husband you tukan, lelaki lain yang suka kat you pun you tak pandang”.

“Dapat yang kacak dan berkerjaya bukan menjanjikan bahagia Edlan.. sekarang tenguklah I dah diceraikan, anak I dah jauh dari kasih sayang ayahnya”.

“Kalau you berfikir panjang dulu sekurang-kurangnya  you masih ada husband walaupun terpaksa berkongsi.” Dari cakap-cakap orang..Edlan tahu Saleha lah yang beria-ia mahu diceraikan bila mengetahui suaminya  bernikah dengan bekas kekasih lamanya ketika dia menuntut diluar Negara dahulu.

“Masa tu hati I sakit sangat..I dah tak boleh nak berfikir”.

“Mungkin begitu juga isteri Farhan..you fikirlah jika you teruskan niat you mungkin rumahtangga Farhan juga akan berkecai..I jamin isterinya tidak akan mahu dimadu seperti you juga. Jadi sebelum isteri Farhan jadi macam you..kita sahabatnya  tolonglah dia selamatkan rumahtangganya dan selamatkan nasib anak-anaknya.”

p/s: Penglaman Fatin bersalin tak cukup bulan ni penglaman adik mak teh,
dia jtuh terduduk kerana anknya tersepak pelipat kakinya. Penglaman NurJannah bersalin tak cukup bulan pula penglaman mak teh sendiri...masa tu makteh  tiba2 rasa sakit mencucuk-cucuk dibhgian perut..pergi hspital dktor kata pintu rahim dah terbuka. Mak teh dapat bayi lelaki dng berat 1.85kg pd kandungan mak teh 32 minggu. Skrang anak tu dah berusia 21 tahun...bakal menjadi guru Pendidikan Ugama Islam.