~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Friday 1 November 2013

Bab 34 Siapa aku dihatimu




Cepat sikit mak teh post bab ni. bila tenguk berderet komen hati mak teh jadi teruja. tapi tak sempat nak semak betul2 klu ada ejaan dan ayat yg tunggang langgang sorry ye.




Seperti yang dijangkakan petang itu Nuri keluar dari hospital. Nama anaknya juga sudah didaftarkan. Kerana Syukri tidak mempunyai nama untuk diberi, Nuri sekali lagi yang memberi nama untuk nama anak perempuan mereka dengan nama Nuha Syuhadah binti Mohd Syukri. Macam mana nak sediakan nama selama isterinya mengadunag dia sentiasa terlupa mahu bertanyakan jantina anak dalam kandungan isterinya.

Cepat sahaja Puan Noriza sampai,  dia mendapatkan tikctet firefly pada pukul 7.00 pagi dan sampai keruamh Nuri  9.00pagi. Bukan susah mendapatkan ticket firefly. Tekan saja kekunci laptop, tekan nombor dah boleh check in dirumah. Sampai lapangan terbang AlurStar berbaris masuk dalam beberapa minit, dia sudah duduk dibangku kapalterbang yang akan membawanya keSubang Airport, tak panas punggung duduk dalam kapalterbang daaah sampai. Mudah nya. Ketika dia masuk kerumah Nuri, dilihat Nuri sedang menggoreng mee hoon didapur.

“Ya Allah Nuri kenapa masak untuk emak Nuri, kamu tu kan baru lepas bersalin, nanti bentan, kamu kan baru balik petang semalam.”.

“Tak apa mak abang dah ikat perut Nuri ketat-ketat ni. Lagi pun Nuri tak buat apa-apa ni, Wafi pun ikut baba dia ambil emak kan.”

“Semalam kamu makan apa?” Sambil meletakkan beg dan berjalan menuju dapur sempat lagi dia menyiasat anak menantu.

“Semalam abang masakkan telur rebus makan dengan kicap”.

“Ya Allah!!! kamu makan telur Nuri..Mak takut luka kamu bernanah Nuri,  kenapa kamu masakkan telur Syukri”.

“Tak boleh makan telur ke mak? kan telur tu berkasiat kaya dengan protin,  lagi pun Mak tak cakap  telur tak boleh makan.”. Menarik nafas panjang Puan Noriza dengan orang muda sekarang, semuanya nak kena cakap satu-satu keluh hatinya.

“Dahlah, dahlah pergi duduk, emak takut tenguk kamu ni Nuri. Nanti emak rebuskan daun sirih yang emak bawa tu, basuh kerap sikit luka kamu dengan air rebusan daun sirih. Lepas ni makan pantang tau.” Balu sarjan Abdul Razak tegas memberi arahan kepada menantu yang didepan mata.

Syukri berjalan dibelakang emaknya sambil mendukung anaknya Wafi. Melihat uminya sahaja Wafi sudah menghulur tangan minta didukung oleh uminya.

“Abang Wafi dengan baba, umi sakit tu, umi tak boleh dukung abang Wafi tau.” Kata-kata  Syukri memujuk anak yang mahu didukung uminya.

“Inagt Nuri jangan sekali dukung Wafi turun darah kang susah jadinya”. Pesan emak mertunya.

“ialah mak, Nuri ingat . Bang dudukkan Wafi kat saya ni, biar dia tenguk adik dia, lama-lam perasaan cemburu dia hilang lah.”  Nuri mengikuti nasihat emak mertuanya dia berjalan perlahan dan duduk diruang tamu. Didepan puan Noriza kena jalan perlahan macam perempuan Melayu gitu, kalau tak mahu kena ceramah  lagi. Puan Noriza menyambung kerja-kerja Nuri  didapur. Nuri berbisik ditelinganya suaminya, yang duduk disebelahnya.

“Pergilah tolong emak, ambil pinggan ke, buat air ke. Kan emak baru sampai tu”. Suaminya bangkit menuju kedapur. Riuh dua bersanak bercerita didapur. Bagi puan Noriza dia akan terasa hidup berkeluarga bila dirumah Nuri.

Seperti berpantang anak pertama dulu kini Nuri menjalani lagi berpantang cara pun Noriza. Memang cerewet dia dijaganya, dengan pantang larang segalanya. Hampir dua minggu dia menjaga Nuri. Bila kelihatan Nuri sudah sihat dia menyuarakan hasrat hatinya untuk pulang kePengkalan Hulu semula. Supaya menantu yang seorang lagi tidak bekecil hati dia berhajat menjenguk Sarah  sebelum dia kembali kePulang kePengkalan Hulu.

“Syukri!   Jomlah hantar mak kerumah Sarah pulak.  Nanti apa pulak kata dia dekat dua minggu mak kat sini tak jenguk dia langsung. Nanti carikan mak ticket, mak rasa esok mak nak balik. Mak nampak Nuri pun dah sihat,  Lagi pun nampaknya Wafi dah tak cemburukan adiknya lagi, senang hati mak nak tinggalkan dia....”

“ialah mak, nanti saya talifon dia dulu suruh siap-siap mak nak datang”.

“Tak payahlah telifon-telifon bukan siapa yang nak datang mak mertua dia saja. Bawakan sekali beg baju mak tu Syukri, mak dah siap kemas dah, mak tidur sana ye Nuri, senang Syukri nak hantar mak pergi Subang esok pagi, tak payah dia kehulu kehilir”.

“Abang Wafi salam nenek, nenek dah nak balik. Terima kasih mak jaga Nuri”. Nuri berpelukkan dengan emak mertuanya dan meyalami nya. Tidak disangka dan tidak diduga selepas habis kerja dapurnya Puan noriza mengajak Syukri menjenguk Sarah pula. Rupanya dia sudah bersiap sedia untuk pulang.

“Tak payahlah berterima kasih pada emak Nuri, cucu mak yang lahir tentulah emak jaga. Jaga diri elok-elok, lauk Nuri tu semua mak dah masakkan makan tau, Ingat apa yang emak pesan.”.

Sampai dirumah Sarah, kelihatannya  Sarah sedang berkemas menyusun surat kahbar bersama penyapu ditangan. Ketika Puan Noriza sampai hari sudah menunjukakn pukul 12 tengahhari.

“Baru nak berkemas ke Sarah”.Tegur puan Noriza sambil melangkah masuk ke dalam rumah.

“Ia mak, hari-hari cuti macam memang selalu kami tidur balik lepas subuh, itu yang terlajak.”

“Tadi Syukri datang pagi juga, kamu soranglah yang terlajak”. Sememang Sarah seorang yang terlajak. Walaupun sebelum pergi kerumah Nuri tadi suaminya sudah mengejutkan dan dia sudah pun duduk. Tetapi duduk yang masih pejam matanya  tampa sedar dia baring semula. Itulah yang terlajak.

Ketika suaminya menghubungi mengatakan emaknya hendak datang di baru terbangun.Kebetulan dia sedang uzur hari itu makin menjadi-jadilah tidurnya. Fikiranya buntu mahu kekedai membeli makanan atau berkemas dahulu. Setelah sedar dan dapat mencerana apa yang diperkatakan oleh suaminya, sepantas kilat dia terjun dari katil mengutip segala stoking dan baju  kotor diruang tamu. Surat khabar dan majalah juga betaburan diatas meja kopi. Habuk dan segala bagi sudah seminggu tidak diperdulikan juga mahu dilap dan dinyakkan, agar ibu mertuanya tidak terkesan. Entah apa yang hendak dicapainya dulu. Dia bingung mengenang emak mertuanya dalam perjalanan kerumahnya.

Puan Noriza menjenguk dapur. Dia hanya mengeleng kepala. Didapur banyak pinggan dan cawan kotor tidak berbasuh. Sedangkan itulah yang menjadi kepantagan Puan Noriza, bukankah pinggan kotor akan mengundang cicak, lipas dan tikus. Sedangkan dapur adalah tempat memasak makanan kita. Bekas makanan yang sudah digunakan  juga tidak berbuang, bau makan basi menyucuk hidung sensitivnya. ‘Bagaimana Syukri boleh bertahan dengan bau dapur yang busuk macam ni hai.’ Terdetik dihati tuanya sambil mengeleng kepala.

“Sarah masak apa hari ni, hari dah tenghhari ni?” Jika lihat diluar matahari sudah tegak mengalah, hari sudah menunjukkan pukul 12tengahhari. Sebab itulah  Puan Noriza bertanya soalan itu, yang sebetulnya dia sengaja mahu menduga menantunya yang seorang ini. Hati hangat melihat sifat malasnya.

“Ehh mak dan abang belum makan lagi ke? Ingatkan dah makan kat rumah Nuri tadi, kenapa abang tak cakap suruh Sarah beli tadi”. Sarah menyalahkan suaminya untuk melindungi dirinya.

“kamu ni takkan nak makan yang berbeli saja, apa jenis perempuan kamu ni Sarah. Perkara yang wajib semua perempuan tahu kamu tak tahu. Emak ni kalau kamu masakkan telur mata kerbau makan dengan kicap pun mak makan.”

“Mak! macam mana Sarah nak masak Syukri tak pernah beli barang dapur untuk dia mak”.

“Syukri kamu jangan asyik nak bela Sarah, kalau kamu asyik nak memenangkan dia saja, haa macam nilah jadinya. Sepatutnya kamu dah pandai memasak sikit-sikit, kalau kamu ambil kira apa yang cakap masa kamu balik hari raya hari tu.. rupanya masa mak cakap masuk telinga kiri keluar telinga kanan saja lah Sarah. Emak cakap ni sebab kamu menantu emak. Emak tak mahu cucu-cucu emak esok tak tahu masak. emak tak mahu cucu-cucu emak esok asyik makan lauk kat kedai saja. dapat laki kaya tak apa lah kalau dapat yang sederhana saja, tak ke menyiksa laki namanya”.

“Mak dahlah tu mak,  esok-esok Sarah belajar masaklah”.

 “Syukri kenapa dengan kamu ni, esok-esok tu bila? dah hampir setahun mak cakap (Merujuk ketika mereka balik berhari raya dahulu),kamu masih tak suruh dia belajar masak..” Hati puan Noriza bertambah panas mendengar anaknya asyik membela isteri mudanya sahaja.

 “Sekarang ni Sarah tengah takut nak buka api dapur, dulu ada peristiwa yang menyebabkan dia takut nak buka api dapur.”

“Bila tu? Rasanya dah berulang kali kamu cerita . Dulu masa dia tingklatan tiga dia buka api dapur kemudian api tu menyambar kat badan dia, Alhamdullilah tak teruk melecurnya. Dulu tingkatan tiga 15 tahun umur dia dan sekarang berapa pula umur dia dah nak masuk tiga puluh satu tahun, nampaknya sampai bila-bila pun kamu tak akan pandai masak kalau jenis fobia + malas macam ni, memang padanlah dia tak ada anak dengan kamu, Allah tu tahu kalau dia ada anak, mati kebuluran anak kamu, ialah bubur semangkuk  pun nak kena beli..”

“mak!  apa mak cakap macam ni, Syukri janji lepas ni Syukri akan suruh Sarah pergi kelas masak-memasak”.

“Dahlah Syukri, hantarkan emak rumah Nuri semula, malas mak nak cakap. Kamu Sarah tak pernah nampak macam mana mak bersungguh nak terima kamu sebagai menantu. Emak paksa terima kamu sebab kamu dah nikah dengan anak emak, tapi bila emak terkenang apa yang emak kamu cakap dulu…” Puan Noriza tidak mengahabiskan kata-katanya dia mengambil nafas panjang. Puan Noriza mencapai beg bajunya yang diletakkan diruang tamu. Sebelum melangkah keluar sekali suaranya kedengaran air matanya sudah bergenangan ditubir mata.

“Emak bukan berdendam dan emak tidak berdendam dengan kamu. Tapi cubalah kamu tutupi kata-kata emak kamu dengan mengubah peragai kamu seperti yang emak mahu. Berusha untuk masak sendiri. Jadilah isteri orang  biasa. Jangan jadikan diri seperti isteri orang kaya.”. Syukri terpinga-pinga, Sarah hanya menundukkan wajahnya . Puan Noriza melangkah menuju kekereta anaknya.


Sejak suaminya sibuk menguruskan isteri tuanya bersalin Sarah bagai tiada semangat untuk berkemas, tetapi sememangnya dia begitu. Biasanya dia mengharapkan suaminya membantunya berkemas. Berkemas sama-sama gitu. Dia bersemangat jika suaminya ada disisinya.

Didalam kereta Puan Noriza mebebel lagi..

“Kamu ni Syukri tak tahu mak nak cakap apa lagi, emak tahu selama ni kamu lebihkan Sarah dari Nuri. Jangan kamu tuduh Nuri mengadu dengan emak, dia tak pernah cakap apa-apa dengan emak. Emak tahu dari percakapan nya dengan kamu, dia tak mesra macam dulu. Dia gunakan perkataan saya untuk dirinya. Kemudian anak kamu macam tak mesra juga dengan kamu, itu pasalah bila nampak umi dia saja, dah nak minta didukung. Agaknya kamu jarang pergi rumah Nuri tupasal Wafi tak mesra dengan kamu, betul ke Syukri apa yang emak cakap”. Macam mana anak nak mesra, datangnya masa Wafi dah tidur. Pergi kerjanya pula sebelum Wafi bangun tidur. Itu jawap hati Syukri yang menyalahkan dirinya.

“Nuri yang tak bagi Sarah jaga Wafi”. Untuk tidak menampakkan dirinya bersalah itu yang keluar dari bibir Syukri.

“Apa kamu cakap??? heee kalau emak di tempat Nuri  emak pun tak kasi, dahlah dia ambil suami kita, anak pun kita dia nak ambil. Kalau emak minta maaf..Tidak Syukri, tidak sekali-kali. Kamu jangan paksa Nuri suruh Sarah jaga Wafi. Syukri! mak sebetulnya tak berpehak mana-mana, tak berpihak pada Nuri dan juga pada Sarah. Tapi emak bercakap, emak sebagai seorang perempuan dan sebagai perempuan yang pernah jadi isteri harap kamu faham. Bermadu ni menyakitkan Syukri, bukan makin lama makin baik tapi makin lama makin sakit, jangan kamu tunjukkan kamu lebih pada yang seorang, susah kamu nanti. Walaupun kamu memang lebih sayang pada yang seorang tapi biar sayang kamu tu, kamu sahaja yang tahu, ingat tu”.

Syukri hanya mendengar bebelan emaknya, dalam hatinya membenarkan bila dia melihat sikap Nuri selama ini. Tapi rasanya dia sayang pada kedua-duanya tapi sayangnya pada Sarah dicampur sedikit rasa kasihan. Kenapa dia tidak kasihan pada Nuri. Pada Syukri, Nuri penuh dengan orang yang menyayanginya nenek, pak sunya dan abang-abangnya semua mengambil berat pada Nuri, sayang pada Nuri. Emaknya juga lebih sayangkan Nuri. Tetapi Syukri terlupa kasih suami mana tak akan sama dengan walau seribu orang disekelilingnya.

Bila Puan Noriza keluar dari kereta Syukri  turut keluar juga.

“Kenapa kamu ikut mak? kalau kamu nak balik rumah Sarah balik lah, esok pagi jangan hantar mak pergi Subang mak boleh naik teksi, dah pergilah”.

“Mak janganlah macam ni mak, Syukri nak makan dulu dengan mak, mak masak apa tadi?”

Nuri  yang sedang duduk disofa bersama anak-anaknya terkejut dengan kedatangan semula emak mertuanya. Tetapi dia tidak bertanya. Sekejap sahaja puan Noriza duduk disofa, memandang menantunya dengan pandangan kasihan. Syukri turut duduk sebelah Nuri.

“Mak nak kedapur lah Nuri, nak masak sikit”. Puan Noriza bangkit mengheret kakinya kedapur. Dengan perlahan Nuri berbisik keteliga suaminyan yang duduk disebelahnya.

“Pergilah tolong emak kat dapur tu, tolong kupas bawang pun jadilah, dah tengahari ni, tentu mak dah lapar.”

“ialah” Syukri mengikuti saranan isterinya, dia melangkah kedapur. Selepas makan dan selesai solat berjemaah dengan emaknya dia, pulang kerumah Sarah. Ketika dia sampai, Sarah terlena disofa ruang tamu. Kerja-kerja mengemasnya ditinggalkan separuh jalan. Syukri hanya menggeleng memandang tingkah isteri mudanya. Dia mengeluh perlahan..

‘Tahu tadi balik petang sikit boleh main dengan Wafi  dengan Nuha ke’
Keluhnya perlahan. Tapi kakinya melangkah kedapur melihat apakah yang akan dimakan oleh isterinya untuk makan tengahari. Melihat keadaan dapur yang tidak berkemas. Syukri mengeluh lagi. Patutlah emaknya membebel tadi. Itu adalan kepantangan emaknya jika dapur masak tidak berkemas. Syukri berkemas membuang segala bungkusan makan dan membasuh cawan dan pinggan kotor.  Sedang dia leka, dia ditegur dari belakang.
“Bila abang balik? abang dah makan?” Lenanya terganggu bila mendengar ada orang bekerja didapur. Sarah bangun menjengah dapur.

“Tadi lagi, nampak Sarah tidur malas nak kejut, pada tak buat apa ni yang abang berkemas, Sarah dah makan?”

“Belum, tapi Sarah memang tak nak makan tengahari, tadi dah makan nasi lemak yang abang beli, pagi tadi kan abang beli dua bungkus, Sarah dah habiskan. Abang dah makan?”.

“abang dah makan dengan emak. Balik dari sini terus emak masak”.

“Sarah minta maaf, tadi Sarah tak sempat nak pergi beli. Kalau Sarah pergi beli lauk tadi tentu emak nampak rumah kita bersepah. Tapi yang sebetulnya Sarah tak sangka emak nak datang. Ingatkan tak nak datang jenguk Sarah kan emak tak suka Sarah. Abang pun dah tahu emak nak datang kenapa tak cakap malam tadi. Sarah bolehlah kemas rumah.” Dah ada orang nak datang barulah  nak berkemas rumah ke Sarah oii.

“Abang pun tak sangka emak nak datang. Pagi tadi tu siap dia masakkan Nuri terus sahaja kata nak datang sini. Abang memang tak jangka Sarah, Sarah marah abang ke?”.

“Nak marah pun tak guna bang memang salah Sarah.”

“Dahlah jangan fikir lagi, abang nak siapkan kemas dapur ni”.Mata  Sarah memandang suaminya berkemas, tapi fikiranya jauh merawang.

33 comments:

  1. check in..bangga saya orang yg pertama komen..
    kelakar pulak bila puan noriza ceramahkan sarah dgn syukri sekali dapat tempias..
    padan muka...dah dasar pemalas...
    bak kata puan noriza, fobia bukak api dari tingkatan 3 bawak ke umur 30an.
    alasan sungguh..

    ReplyDelete
  2. Alahai syukri... memang buta kayu betullah si syukri ni... kalau itupun x blh fikir lagi tak taulah... Pemalas tahap gabang dah sarah ni. Tak layak buat bini langsung.. Bodohnya syukri kerna tak dapat fikir secara rasional. Sampai bila dia nak bela si sarah ni,, tq mak teh sebab beri post baru... seronok.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Tengok macam syukri ni dah kena ubat guna2 je. Maknya pun pelik dia boleh tahan hidu bau mknan dah busuk. Pastu dah tak nampak lg kebaikan Nuri. Tunggu je la Nuri dah cergas nnt. Terkedu tak terkedu bila Nuri ajak ke pej kadi.

    ReplyDelete
  4. ni la dia yg kes poligami yg banyak terjadi di malaysia..
    bila kahwin lebih katanya nak ikut sunah nabi..
    tapi part tanggung jawab macam bab*..
    kira nak menyondol je...
    minta maaf n ampun mak teh sbb agak emotional ni bila tgk jenis lelaki gini..

    ReplyDelete
  5. x puas hati sungguh..kalau tanggung jawab seorang isteri terhadap suami, bole gunakan alasan agama..tak mau dilaknati allah..bagaimana tanggungjawab suami terhadap isteri...bole berbuat sesuka hati ya..mazhab mana di guna pakai pun tak tahu la orang lelaki ni...

    ReplyDelete
  6. ini bukan guna2 tp hati dah buta ..dah terlalu sayang sampai buta hati..almaklumla sarahtu cinta pertama dia. org kata kentut busuk pun bau wangi kalo mcm ni.. taktaula makna sayang syukri pada nuri dan anak2nya.. rasanya bukan sayang tp saja menyeksa si nuri saja

    ReplyDelete
  7. mmg patut pun abang ipar sarah tak tahan nafsu nak rogol dia walau bini dah balik..
    kalau dah dok keje dia merengek je sape bole tahan kan...
    maknanya dah jadi kebiasaan dia merengek..merengek...merengek...
    agaknya kalau merengek kat depan lembu pun tak bole tahan..
    kalau setakat dengar rengetan sarah si syukri tu sampai hilang pertimbagan..
    jadi kita bole bayangkan la si sarah ni macamana orangnya..
    nasib baik dia ngadap emak mentua n ipar2 perempuan..jadi tak bole makan..
    sekurang2nya bole menumpang kasih pada keluarga suami walaupun suami tu macam bodoh je tak bole gunakan akal fikiran...
    agaknya kalau ngadap semua lelaki..lagi kesian nasib nuri..

    ReplyDelete
  8. Terima kasih mak teh for new n3... walaupun skt hati bila baca tp tetap x sabar tuk tgg next n3.

    Kuatkan semangat Nuri.

    ReplyDelete
  9. Mak teh bila nk buat syukri n Sarah nk Ada krisis.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukri dan sarah tak kan ada kisis. hnya lma2 dia sdar dia yg myebabkan rumahtngga suami brgncang.

      Delete
    2. mesti la takde krisis kan mak teh..sekali sarah merengek, lutut syukri terus ketaq..

      Delete
    3. sebenarnya banyak je yg bole nk dijadikan krisis...dengan sikap pemalasnya, pengotornya, x bertanggung jawabnya...tapi nak buat camne kan dah laki jadi bodoh bertingkek2..agaknya masuk je ke rumah terus menonong kat katil..tu yg tak kisah rumah dah cam kucing beranak..silap2 anaconda pun hado..x yah masak, x yah kemas cuma kang2 je...kalau nak makan balik rumah bini no. 1..bini lak di sebabkan takut jatuh durhaka terpaksa melayan walaupun dalam hati berkata2...

      haish..seronok jadi syukri ni...ada dua bini bole layan zahir n batin...sakit hati saya...

      Delete
    4. baik sangatkah sarah ni di mata syukri sehingga tak ada krisis dan hingga tak mendatang sedikitpun rasa cuak di hati syukri? alangkah hebatnya si sarah ni ya. tak boleh nak bayangkan betapa kuat dan besarnya kasih sayang dan cinta syukri ni pada sarah... Alahai mak teh..

      Delete
  10. mmg si syukri tu butaaa. menyampah. mak mertua nuri dok le lama lagi sikit. kesian nuri.
    bila si sarah nk tertangkap tgk cctv nuri???? atau pun mak dia tlg kemas rumah nuri dn terjumpa cctv yg dipsg si syukri baru padan muka si syukri.....kesian nuri.
    si syukri mcm tak de perasaan langsung dn mcm tak terasa dgn luahan nuri di hospital. hati dh mati kot.
    aduhai mak teh klu blh sambung cepat lagi...dh tak sabar...abg nuri bila nk dtg tgk nuri dn babies?
    -dibah-

    ReplyDelete
  11. Sepatutnya pernikahan itu menambah pahala, tapi keluarga syukri nih byk benar dosanya.. syukri ber dosa kerana tak berlaku adil... Nuri bedosa kerana mengata suami dlm hati walaupun ditindas Syukri.. Sarah pulak bedosa kerana menggalakkan syukri tidak berlaku adil.. mcm mana keluarga nak bahagia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes..agreed..
      u have a gud point..

      Delete
  12. menyampahnya si Suykri dan Sarah sampaikan nama pun tak fikir. At least kalau tak tahu jantina get ready 2 names a girl n a boy sejuk juga Si Nuri. Confimed no turning back for her. no wondef talak ada 2 chance untuk si suami berfikir

    ReplyDelete
  13. Mari kita komen banyak2 kat sini, biar mak teh cpt pos bab baru. hehe...
    Syukri memang tak pernah fikir perasaan Nuri. Sama je Nuri luahkan ataupun tak. Dia terasa bila Nuri mcm tak perlukan dia. Punca Nuri berubah sikap dia tak nk fikir. Dia selalu bohong pada Nuri pun dia tak ingat. Yang penting dpt melayan sisarah gedik. Nak sgt tengok Syukri menyesal btul2 dgn perbuatannya.

    ReplyDelete
  14. bodohnya syukri.,,dah kena basuh dgn emaknya masih lagi dia jugak yg kemaskan dapur...mmg patut dua2 makhluk ni di PANG kan..

    ReplyDelete
  15. Bila dah bergaul lama dgn sarah, penyakit pengotor sarah pun mesti dah berjangkit dgn syuri ni. Tu yang dia cool je boleh duduk dengan keadaan rumah gitu. Rasain kau syukri, kau yang cari peyakit kan. Kalau akak yang jadi family Nuri, dah lama akak tarik Nuri berpisah dengan syukri. Kalau tengok pun Nuri memang dah hilang kasih dan sayang dia pada syukri. Daripada memendam perasaan, baik bina hidup baru. Selama ini pun dia mengadap sorang2 je segala kesusahan yang mendatang...

    ReplyDelete
  16. Kenapa mesti kita lemah bila bergelar seorang isteri.kita ada hak dan rasanya mak teh boleh wujudkan hak yg sepatutnya nuri tahu agar tidak ditindas.jgn kerana sindrom takut dgn status janda menyebabkan kita sbg isteri tertindas sedangkan masih ada lagi ruang unt kita sebagai kaum untuk bangkit dan berdikari.nuri seharusnya tahu hak seorang wanita dan bukannya menjadi seorang wanita yg tipikal.sebagai seorang yg berkejaya kita sebagai wanita tahu memperjuangkan hak kita dan tahu hukum-hakam.islam tidak membebankan dan jgn disalahkan takdir kerana kita mampu mengubahkan.Allah memberikan kita akal untuk berfikir andai hidup tidak tenteram berjumpalah dgn kaunselor ugama dan dapatkan pandangan.bg saya berpisah dpt memberi ruang unt kita menerajui hidup sendiri.pertalian anak tidak akan terputus mcm kisah yg sebelum ni yg pernah mak teh paparkan.mengenai kisah farmasi tu selepas berpisah kemudian dia jumpa jodoh yg lebih baik.jgn jadikan wanita nampak lemah dimata masyarakat.walaupun ada anak-anak tak semestinya anak terbiar jika perpisahan terjadi.saya salah seorang anak yg ibunya bermadu.tp ibu saya ambil keputusan bercerai.tp alhamdullilah kami 5 beradik berjaya hasil didikan ibu saya.yg pasti kaum wanita bukannya lemah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak teh kagum dengan keberani ibu anda. tahniah.Mak teh terpanggil sebenarnya mreka crita ini krna hti mak teh sakit.mat teh tidak lah dimadu tpi mak teh skit hti bila mlihat berita orang yg dimadu. smpaikan gambar dia pun mak teh tk boleh tenguk. bnyak yg mak teh nak luahkan tpi tk thu nak tulis ayat yg macam mana.apa pun ucapkan tahniah untuk ibu anda yg berjaya mendidk ank2nya tampa insan yg bergelar suami.

      Delete
  17. mak teh beri le ketegasan dlm diri nuri agar dia mrluahkn segala yg terpendam dlm hati..bkn nuri tak cubs utk redha dgn hidup bermadu tp sikap si syukri yg tidak adil dn tak beri perhatian kpdnya dn melebihkn si sarah yg buat hati fia brtambah parah.
    beri le kesedaran kpd si syukri. pemalas dn pengotor si darah dia blh tahan tp dgn nuri yg msk mkn mnum dia asyik nk di cari salahnya saja.
    dlm islam klu dh tak de persefahaman blh berpisah ..sb tu wlpun perceraian itu tidak disukai dlm islam tp ia tetap sesuatu yg dihalalkn.. dr hidup brtambah dosa krtna hati sntiasa dn tidak redha dn suami juga brtambah dosa krna tak adil....lebih baik le brpisah. biar tenang hati nuri dn bahagia brsama wafi dn nuha.
    si syukri smpikn bermain dgn anak pun tidak asyik melayan gedik sisarah pemalas tu je.
    kesiann nuri anak dh dua pn suami masih tak sedar dr lekanya.
    -dibah-

    ReplyDelete
  18. bila si syukri asyik kata syg kedua duanya tp ditambah kesian dgn si sarah sb tak de sesiapa....sedar tak si syukri yg si sarah ada kakak dn abg yg tsmak kn harta di kg nya. kenapa itu yg mesti dijadikn alasan. nuri pun ada abg tp jauh di australia. pak su dia pun bkn dok disitu. klu si syukri blh berfikir dn deorg yg adil dia tahu tanggugjwb yg tlh dia trima semasa akad. klu fia tahu mhargai nuri dia pasti akn mnjaga perasaan nuri dn tak akn bernikah di siam...dia tak akn menipu nuri. smpi anak dh dua pun masih nk mmbela si sarah dn salahkn nuri.
    -dibah-

    ReplyDelete
  19. Dlm crita ni mak teh nak bagi kesedaran wlupn kita minta perpisahan tpi klu suami tk nak lpaskan macam mana.kta guna tebus talak tpi ttap atas lpaz suaminya juga.
    yg kta nk ckap klu suami tk nak lepaskan itsrinya tu apa kita nak buat. mesti diinagt talak terletak diatas kuasa suami.

    ReplyDelete
  20. mmg le talak di tgn suami tp klu gi ke pjbt kadhi pun msih berdegil dn tak sedar diri jugk si syukri nmpaknya nuri le kena bertegas dn buat si syukri sedar. luahkn ketidak puasan dia dn bertegas dgn hak dia.
    kembalikn le ketenangan di hati nuri.
    -dibah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betultu..x perlu tunggu suami utk ke pejabat agama. Pergi sendiri pun boleh.. Selagi x pergi selGi itu syukri rasa dia x betul. Sebenar nya hati syukri dah kelabu dgn kegedikan sarah. Sebab itu keburukan sarah langsung dia x nampak. Rasanya dah sempurna si nuri tu tp tetap muri yg bersalah pd mata syukri. Bila mimta dilepas x bg kata sayang. Sayangnya masa nak melepas batin sahaja. Itupun balik dah tengah malam. Sebelum balik boleh lg bersukaria dgn sarah. Mcmmana di katakan adil. Dia sendiri yg campakkan diri ke neraka. teringat kata lawan d tempat kerja lama dulu, aku x boleh nak bermadu pasal x suka suami celup sana celup sini. Masatu saya bujang lg, terkebil2 bila dengar celup sana celup sini. Bila dah kahwin ni baru la saya faham. Istilah x nak share suami

      Delete
  21. ataupun ajak si syukri istikharah tiga mlm berturut turut
    moga memperolehi ketenangan dn kepastian siapa aku dihatimu.
    -dibah-

    ReplyDelete
  22. bukan isteri boleh tebus talak ke mak teh..
    undang2 islam tersangat la adilnya semuga tiada siapa yg teraniya..
    tapi masalahnya ada orang yg melaksanakan tak amanah..

    ReplyDelete
  23. teringat kisah shila majid dengan roslan aziz..
    mula2 roslan aziz tak mahu lepaskan..
    tetapi mahkamah mendapati cukup bukti untuk shila di lepaskan...
    mahkamah cuma arahkan shila bayar seringggit pada roslan aziz untuk tebus talak..
    saya masih ingat lagi kes ni..

    ReplyDelete
  24. Kalau nak kena seribu daya. Kalau isteri mintak secara baik tak mau beri, sanggup ke kalau segala keburukan didedahkan. Saya ingat drama tv (cinta dari syurga kalau tak silap). Tapi dlm cerita tu isteri tua mmg disahkan tak blh mngandung. Lepas kawin baru dgn kekasih lama isteri tua di abaikan. lepas isteri muda mngandung bertambah abainya. isteri tua tuntut cerai suami berkeras tak mau. Bila isteri dedahkan semua ketidak adilan, dan mngatakan dia mmg dah tak sggup hdp brsma lg terpaksa juga dia lafaz. mcm tu siapa yg malu kan. lepas bercerai mula la duk bkak fb tgk gbr janda dia je...syukri ni elok kena mcm tu kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg mnta supaya nuri brtegas dn syukri tersedar dn terngadah.

      -dibah-

      Delete
  25. saya sokong misza

    ReplyDelete