Bab seterusnya bergantung pd jawapan anda. Kalau tidak menjadi permasalahan mak teh akan meneruskan crita ni kalau tidak mak teh hentikan hanya sampai disini sahaja. Susah mak teh ni orng bercrita dia nak juga bercrita. Maaf ye..mak teh tak banyak pengetahuan.
Nur Hidayah yang memandu kereta
Volkswagen Jetta milik Tengku Faris menuju kesebuah restoran makanan segera
Kentucky. Hanya disitu yang Hidayah tahu ada menjual bubur nasi. Dia mencarikan
tempat yang agak peribadi sedikit untuk Tengku Faris, barulah dia memesan bubur
untuk bakal suaminya..Hanya Tengku Faris yang menjamah makanan.Kelihatan Tengku
Fari makan dengan gelojoh. Mungkin benar
dia sedang kelaparan.Habis buburnya semangkuk.. Tengku Faris memandang wajah
yang dihadapanaya.Dengan suara perlahan dia menyeru nama gadis dihadapanya.
“Hidaayah”.
Lirih suara Tengku Faris seperti merayu.
“Ya..Tengku
nak lagi ke?” Tapi tiada jawapan untuk soalah Nur Hidayah..
“Kalau
you tahu keadaan I, masih mahu ke you terima I jadi suami you.”
“In
Syaa Allah jika saya masih ingat janji saya..tapi rasanya untuk seminggu ni
saya masih ingat janji saya. Kenapa Tengku, Tengku keberatan nak terima saya
ke.. Kalau Tengku rasa kita tak sesuai dan Tengku nak batalkan rancangan kita saya
tak kisah. Tak ada salahnya pun walaupun kita dah dapat sijil kursus
perkahwinan.”.
“I
sememangnya sangat memerlukan you dalam hidup I..I nak bantuan you supaya I
menjadi seorang muslim yang sebenarnya..Tetapi I ada masaalah besar. Hidayah!
kalau keadaan I akan mengancam nyawa
you..you masih sanggup hidup dengan I ke?”.
“Tengku..jika
ditakdir kan saya akan mati ditangan Tengku, tu takdir saya. Lagi pun saya ni
tak ada siap-siapa yang akan menyesali kematian saya. Kalau saya tak ada pun
tak ada siapa pun yang akan tercari-cari. Kehadiran saya pun tak diharap oleh sesiapa
pun. Jadi pada saya tak ada apa-apa tujuan hidup, saya ingin membantu seorang
hamba Allah untuk kembali kepangkal jalan. Kalau di akhirat nanti Allah
bertanya pada saya, apakah pertolongan anda untuk menolong seorang umat
Muhammad kembali kejalan yang
benar, saya dah ada jawapanaya. Tengku
tahu, menolong seorang hamba Allah kejalan yang benar adalah satu jihad.”.
“Pastikah
you sanggup menunaikan janji you untuk menjadi isteri I, walaupun sesudah you
tahu I ni ada penyakit yang merbahaya.”.
“Buat
masa sekarang saya masih ingat..mungkin esok pun In Syaa Allah saya masih ingat
janji saya. Saya tak akan memungkiri janji saya dan saya tak mahu jadi orang
munafik..”
“Hidayah
I disahkan HIV positif. Sudah tiga hospital yang mengesahkan. Jadi bagai mana
dengan janji you..masihkah you mahu meneruskannya”. Lama Nur Hidayah memandang
kearah Tengku Faris, mencari kata jujur dari seraut wajah yang berserabut.
Dengan janggut dan misai yang mula tumbuh meliar diserata wajah dan rambut yang
kusut masai. Dek lama dia memandang
seakan dia terleka pula..
“Kenapa
Hidayah..adakah you terus terlupa janji you setelah I bagi tahu keadaan I yang sebenar
..”
“Tidak
saya tak pernah lupa janji saya..In Syaa Allah Tengku saya masih mahu
meneruskan janji saya. Saya bersetuju menjadi isteri yang sah untuk Tengku”.
“Hidayah
you tahu tak, bahayanya menjadi isteri seorang yang disahkan positive HIV,
kemungkinan besar dia juga akan dijangkiti
dan you pun tahu kan, hayat seorang yang mempunyai HIV positive”.
“Tahu..tapi HIV ni tak akan berjangkit dengan hanya
bersentuahan atau kita kongsi cawan dan pinggan atau pun makan sepinggan
sekalipun”.
“I
tahu..tapi HIV akan berjangkit melalui hubungan suami isteri. Apakah you mahu
kita suami isteri hanya diatas kertas sahaja. You tak takut ke bila kehendak I
ni mengehendaki you bila kita dah sah nanti?”.
“Itu
terserah pada Tengku..jika Tengku mahu menjalankan tanggung jawab Tengku
sebagai suami dan Tengku kasihan kan saya.. carilah perlindungan yang selamat. Ada caranya kan”.
Lama mereka mendiamkan diri. Bagi Nur Hidayah dia mahu Tengku Faris memikirkan
jalan penyelesaian. Tiba-tiba Tengku Faris bersuara..
“Hidayah
kenapa I diberi penyakit ini, penyakit yang tiada ubatnya kecuali kematian.. adakah
Allah tidak mahu menerima taubat I. Sungguh I nak bertaubat setelah I mengenali
you, tapi mengapa ini yang Allah beri pada I”.
“Tengku
sesungguhnya Allah memberi ujian kerana dia sayang pada hambanya”.
“Kalau
Allah sayang I, kenapa Dia pendekkan
jangka hayat I, you tahukan jangka hayat serang pesakit Aids..hanya kira-kira
lima enam tahun sahaja. Dan kalau benar Allah sayang kan I, kenapa Dia beri kehinaan ini pada I.. You tahu
kan kalau orang tahu I ada HIV orang takut nak dekat dengan I. . Sanggup ke you
bersusah payah duduk dengan I. Entah-entah
daddy dan mommy I pun takut nak dekat dengan I. Kalau lah macam tu, kat mana I
nak duduk. I buntu..”. Sampai keayat itu Tengku Faris menekup wajahnya kemuka
meja. Dia sudah teresak mengenang tarikh luput umurnya dan membayangkan wajah
takut orang sekeliling bila dia menghampiri. Dan yang paling di takuti daddy
dan mommynya menghalaunya dari rumah, dia akan menjadi kutu rayau yang
meminta-meminta di tepi jalan.
“I
takut mati Hidayah..takut kena siksa kerana I banyak dosa Hidayah.dan I takut
dicerca orang dengan kuman yang ada kat
badan I ni”.
“Tengku
MATI itu pasti bagi semua mahluk didunia ini..hanya cepat dengan lambatnya
sahaja. Kerana Rahmat Allah diberitahu anggaran jangka hayat Tengku supayaTengku
bersiap sedia. Dengan jangka hayat yang
masih ada.. Tengku dapat bertaubat sebelum Tengku mengadapNya. Jadi peluang
yang Allah beri jangan Tengku persiakan. Bertaubatlah dengan bersungguh-sungguh.
Sebenarnya Tengku beruntung kerana tahu bila kita hendak mati. Itu tandanya
Allah sayang Tengku. Mahu kah Tengku mati mengejut kerana sakit jantung dalam
keadaan Tengku masih tidak bertaubat. Mahukah Tengku mati dengan tiba-tiba
kerana kemalangan. Jadi mulai dari sekarang penuhkanlah masa Tengku dengan
taubat. Jangan persiakan hayat yang Allah bagi.”.
“Terima
kasih Hidayah kerana mengingatkan. I tambah memerlukan you dalam hidup I yang
singkat ni, tapi masihkah you sanggup menerima I yang dah tak berguna ni”.
“In Syaa Allah dengan hati terbuka..saya sanggup”.Bila mendengar jawapan Nur Hidayah
Tengku Faris rasa serba salah pula mahu memusnahkan kehidupan gadis yang masih
muda dan baik dihadapannya.
“Hidayah
kenapa you bersetuju, sedangkan you tahu risikonya..adakah kerana duit. Kalau
you memang perlukan duit tak perlu you teruskan janji you, I boleh bagi
seberapa banyak yang you perlukan. I sedia melupakan apa yang you janjikan pada
I”.
“Saya
bersetuju bila mendengar Tengku kata nak bertaubat tadi..Saya ingin membantu
seorang hamba yang betul-betul mahu bertaubat kepadaNya.Saya mahu menjadi
tukang mengingatkan ,kalau Tengku mula rasa putus asa kerana Dia memberi ujian
ini. Saya setuju hanya kerana perkara yang saya sebutkan tadi, bukan kerana
lain.”.
“Kerana
itu sahaja kah..Kenapa you harus ambil berat tentang I, sedang you bukan kenal
sangat pada I.Kita kenal pun belum sampai setahun lagi.”.
“Sebelum
saya jawap kenapa. Saya nak tanya dulu kenapa Tengku nak bagi duit pada
saya..dan duit tu sebagai apa..sebagai hutang?. Tengku nak tahu..gaji yang
Dato’ bagi pada saya, lebih dari cukup untuk menampung kehidupan saya. Tak ada sesiapa yang saya nak tanggung selain diri
sendiri. Jadi kalau Tengku nak bagi saya sebagai hutang..saya tak mahu kerana saya
tak suka berhutang. Hutang ni masa kita
berhutang memang orang sedap, tapi nak membayarnya susah. Jangan pandang ringan
kalau kita tak dapat bayar hutang kerana hutang ni akan dituntut hingga hari
akhirt kelak, biar pun hutang kita hanya
setengah sen sahaja. Rasulullah sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah
orang yang masih mempunyai hutang. Begitulah beratnya orang yang mempunyai
hutang tetapi tidak terbayar”.
“Tidak!bukan
sebagai hutang, I saja rasa nak bagi you..Hidayah! dengan you (lama Tengku
Faris berjeda..untuk mengenal pasti perasaanya pada gadis dihadapanya) entah..tapi I rasa sayang kat you. Yang
sebenarnya I rasa kasihan dan sayang pada you sejak I tenguk you dulu. I cakap
macam ni bukan nak menagih simpati dari you, tapi itulah yang I rasa.”.
“Kalau
itu jawapan Tengku makin menguatkan hasrat hati saya ni, nak meneruskan janji
saya pada Tengku.” Kini giliran Tengu Faris pula merenung Nur Hidayah dengan
rasa terkejut..Terkejut mendengar jawapan Nur Hidayah yang kedengaran sangat
yakin. Melihat renungan Tengku Faris Nur Hidayah melanjutkan kata-katanya.
“Tengku
tak nak tanya ke kenapa saya nak mengotakan janji saya?”.
“Kerana
you tak nak jadi orang munafik..”
“Itu
adalah salah satu sebab, tapi saya ada sebab yang lain”.
“Sebab
yang lain?..sebab nak balas dendam ke?..tapi
“…
“Tidak!
bukan sebab dendam…tapi sebab saya nak berbakti pada lelaki yang bermakna dalam
kehadiran saya di dunia ini. Saya ingin rapat
denganTengku dalam keadaan hubungan yang bersih, tidak dicemari
dosa..sebab saya takutkan dosa. Saya teringin sangat merasai kasih sayang
seorang lelaki yang bergelar… ..”.
“Cakaplah
terus terang Hidayah maksud kata-kata you yang sebenarnya. I malas dah nak
fikir..I letih”.
“Kalau
macam tu jomlah saya hantar Tengku balik. Rehat cukup-cukup saya tahu mungkin beberpa hari ni Tengku tak
tidur mengenangkan masaalah Tengku.. memikirkan jangka hayat Tengku”.
“Tak
I nak tahu dulu maksud ‘lelaki yang bermakna dalam kehadiran you kedunia ni dan
I ni lelaki yang bergelar apa pada you..’.”
“Tengku
tak nak berihat dulu. Kerana saya pun tak berapa pasti Tengku orang nya..”.
“Tolong
Hidayah dengan kata-kata you menambah lagi keinginan I. I nak tahu sangat maksud
kata-kata you. Tolonglah Hidayah..waktu untuk saya semakin sedikit. Sekarang
saya hanya nak memikirkan kesempatan yang saya ada.. ceritalah Hidayah..apa
yang Hidayah maksudkan dengan ayat tadi”. Lirih suara Tengku Faris meminta
cerita.
“Ialah
saya akan cerita dalam kereta..jomlah.” setelah membayar harga bubur dan air,
mereka beriringan ke kereta. Seperti yang dijanjikan didalam kereta Nur Hidayah
menyambung ceritanya.
“Sebelum
saya ceritakan tentang maksud ayat tu pada Tengku..saya nak tanya.. Tengku
ingat tak dengan nama Syarifah Jamilah binti Syed Hamdan?”
“Syarifah
Jamilah” Lambat-lambat Tengku Faris menyebut nama itu. Nur Hidayah menanti
dengan sabar, perlahan sahaja dia memandu kereta Tengku Faris. Dia yang memandu
bila melihat Tengku Faris masih tidak
bermaya.
“Kenapa
dengan Syarifah Jamilah..siapa Syarifah Jamilah tu pada you??”
“Syarifah
Jamilah tu mama saya..”.
“Haa???”Secara
spontan tertoleh dengan pantas memandang Nur Hidayah yang sedang tenang memandu.
Kepalanya pula sudah seperti burung
wak-wak yang tertegak memandang keadaan sekeliling. Dari wajah yang tidak
bermaya tiba-tiba Tengku Faris menjadi begitu bersemangat kerana sangat terperanjat. Dia ingat Syarifah
Jamilah bekas kekasihnya ketika dizaman persekolahan bersambung hingga dia dia belajar di luar
negeri, Syarifah Jamilah pula belajar di USM (Universiti Sains Pulau Pinang). Bila
dia pulang bercuti, dia akan bertemu
Syarifah Jamilah di Pulau Pinang. Dia menjadikan Syarifah Jamilah sebangai
‘part timelover’nya kerana dia sudah pun berkahwin semasa dia belajar diluar
Negara . Kenangan lama pada kekasih yang sudah terputus hubungan. Sudah
berpuluh tahun nama itu tidak muncul dalam benaknya.
“You
anak dia??”
“Ye
anak dia… satu-satunya anak, yang Syarifah Jamilah lahirkan”.
“Berhenti
kat depan tu, masuk jalan tu… kita berhenti sekejap”. Arah Tengku Faris. Nur
Hidayah mengikuti segala arahan Tengku Faris. Tengku Faris meneliti setiap inci
wajah Nur Hidayah mencari persamaan antara wajah Syarifah Jamilah yang sudah
kelam dalam ingatannya. Namun tiada ..yang ada bayangan wajah Tengku Farid
disini situ. Jika mirip wajah Farid ini
bermakna mirip wajahnya juga. Sungguh dia dan anaknya Farid mewarisi wajah Tengku Faizal.
“You
kata, you anak luar nikah…jadi pernah tak mama you cakap siapa ayah you”.
“Mama
tak pernah sebut nama lelaki yang membuntingkan dia”. Perkataan membuntingkan
menghiris hati Tengku Faris.
“Dia
tak pernah cakap siapa lelaki yang mejadi ayah you??”.
“Tak
pernah ..dia tak mampu nak sebut, sebab kalau dia sebut katanya dia akan rasa sangat
rindu pada lelaki tu. Tapi dia bagi saya gambar lama dia dengan lelaki itu dan
dia tulis namanya dibelakang gambar itu. Lelaki tu berketurunan Tengku ye
namanya…Tengku Faris..tapi tak tahulah kalau Tengku Faris yang dimaksudkan oleh
mama adalah Tengku sebab dia tak tulis nama penuh dan dia juga tak tulis BIN
nya pun”.
“Haa???You
ada gambar mama you sekarang??”
“Ada
dalam beg duit saya..sekejap ye”. Makin berdebar jantung Tengku Faris apa
doanya..janganlah MEL yang dimaksudkan…itu doanya. Mel adalah singkatan
Jamilah.Hanya dia seorang memanggil Syarifah Jamilah dengan panggilan itu
kerana dia mahu keistimewaan.
Dengan debar Tengku Faris menanti Nur Hidayah
menyeluk beg galasnya mencari sesuatu.Nur Hidayah mengeluarkan dompet
duit.Kelihatan beg duit yang bergambar DOREMON. Sudah Nampak buruk dan koyak
sedikit beg duit itu.
“Dompet
tahun berapa yang you pakai..Kalau you perlukan yang baru nanti I belikan”.
“Tak
apa Tengku..saya dah terbiasa pakai barang sampai keakhir hayatnya. Beg duit ni
hadiah mama ketika saya dapat 5A dalam UPSR. Mama beli beg duit ni sebab nak
simpan kad pengenalan yang saya baru dapat”. Ye ketika dia baru mendapat kad
pengenalan, umurnya ketika itu mencecah usia 12 tahun dan kini umurnya sudah
menjangkau 28 tahun. Ini bermakna sudah 16 tahun usia beg duit kain kanvas yang
pada mula nya berwarna merah jambu tetapi kini berwarna coklat.
Nur Hidayah mengeluarkan gambar lama yang sudah kuning warnanya. Lalu di hulur
kepapa Tengku Faris, tertera gambar sepasang teruna dara yang sedang beraksi tangan
silelaki dibahu sigadis yang sedang ketawa. Dan sekeping lagi gambar seorang
wanita ukuran saiz paspot. Dengan penerangan kepada Tengku Faris yang meneliti
gambar teruna dara dengan penuh minat.
“Saya tak berapa pasti lelaki yang disebelah
mama tu siapa. Gambarnya kecil sangat kan, mungkin masa tu gambar ketika mereka
masih sekolah menengah agaknya. Dan yang ni gambar mama yang terbaru dan yang ni gambar
mama masa dia masih belajar di USM”. Mendengar sebutan USM makin mahu pitam
Tengku Faris dibuatnya ..adakah..adakah. Itu tanda Tanya besar yang berlegar
ketika Nur Hidayah menghulur gambar kepadanya. Ketika gambar sudah
ditangan..lambat-lambat Tengku Faris memandag kearah Nur Hidayah.
“Kalau
dia cakap Tengku Faris yang menyebabkan dia hamil..I lah tu. Ini gambar kami
masa I nak pergi luar Negara. Kali pertama nak keluar dari Malaysia. I minta
dia temankan I pergi berjalan-jalan.
Ingatkan bila kami jauh hubungan kami akan pudar. Tapi tidak..setiap
kali I balik Malaysia, I mesti menghubungi Mel yang masa tu dia dah belajar kat
Pulau Pinang. Tak pernah hilang rindu I pada dia kalau I mencecah kaki kat
Malaysia. Hubungan I dengan dia makin rapat bila I bergaduh dengan isteri I. Setahun
lebih I belajar kat luar Negara I nikah dengan seorang warga Afrika tampa
pengetahuan daddy dan mommy I. Dia berketurunan Cape Malay..dialah emak Farid. Memang dulu Syarifah
Jamilah ada cakap dia sedang
mengandungkan anak I, tapi masa tu I bergesa nak balik UK..tapi I dah bagi dia
duit suruh gugurkan kandungan tu.. mungkin ..” Tengku Faris tidak meneruskan
kata-katanya…mungkinkah Nur Hidayah yang didalam kereta bersamanya sekarang ini
adalah anaknya..
“Sayalah
anak tu..mama tak gugurkan anak tu.. sebab takutkan dosaya jadi berganda.
Dahlah dosa berzina, kemudian nak nak buat lagi dosa membunuh anak sendiri. Itu yang mama cerita pada saya. Masa dia
cerita tu saya ditingkatan tiga. Dan dia bagi gambar ni..” Jawapan Nur Hidayah
bagai bom yang meletup ditepi telinga. Walaupun suara Nur Hidayah perlahan dan
lembut sahaja..namun maksud dari kata-katanya menghancurkan hatinya. Nur
Hidayah adalah anaknya ..darah dagingnya. Nur Hidayah adalah anak hasil rasa seronok yang dia lakukan
tampa ikatan nikah yang diwajibkan..ALLAH. Apa yang dia rasa..bangga ataupun
rasa hina kerana hasil dosa tersergam didepan mata. Dia rasa sangat bersalah..
“Hidayah
papa adalah…”. Juga tidak habis
kata-kata Tengku Faris, hati nya terjerut ..jantungnya terjerut dan
kerongkongnya juga terjerut. Rasa sesak
nafas yang mahu keluar dari rongga
hidungnya. Direnungnya wajah gadis disebelah.. matanya basah. Tersangat kerdil
dirinya, lalu dicapainya tangan Nur Hidayah di sebelah..digengam lalu ditekup
kemuka.Dia menangis dengan tekupan belakang tangan Nur Hidayah. Lencun tangan
NurHidayah dengan air mata Tengku Faris.. Pada Nur Hidayah hendak ditarik
tangannya tidak sampai hati. Dia juga sedeh bila menerima kenyataan kebenaran
yang selama ini dia tertanya-tanya kerana tidak pasti.
“Tengkuu..Tengku
jangan buat macam ni, saya bukan mahram Tengku kita berdosa bersentuhan”.
Setelah lama tanganya digengaman Tengku Faris itulah kata-kata yang keluar dari
bibirnya.
“Bukan
ke I papa you..bukan ke sorang papa akan menjadi mahram pada anaknya”.
“Tidak
untuk anak luar nikah Tengku. Untuk seorang
anak luar nikah dia bukan mahram kepada bapa biologinya dan dia
dibolehkan bernikah dengan bapa biologinya..” Terkedu Tengku Faris mendengar
kata-kata gadis yang merangkap anaknya di sebelahnya. Bila Tengku Faris hanya
memandang tidak berkelip kearah dirinya..
“Tengkuuu!!
Saya rela nikah dengan Tengku kerana saya nak menghalalkan kita duduk berdua macam ni. Saya tak mahu hubungan
kita dicemari dosa. Saya nak membolehkan kita bersentuhan tampa dosa dan nak
menghalalkan kita duduk serumah. Yang
selebihnya saya nak bantu Tengku bertaubat. Kalau Tengku tak bernikah dengan
saya..saya bukan siapa –siapa pada Tengku.Tengku bukan mahram saya, kita adalah
orang lain. Kita duduk berdua macam ni, kita dapat dosa. Itulah hukum yang
Allah telah tetapkan, kita tak boleh nak mengubah mengikut kehendak kita,
Tengku.”
“Sejak
dari awal ke you tahu you anak I. Itu sebabnya you kerja kat Hotel Daddy I
sebab nak balas dendam”.
“Tidak untuk anak luar nikah Tengku. Untuk seorang anak luar nikah dia bukan mahram kepada bapa biologinya dan dia dibolehkan bernikah dengan bapa biologinya..
ReplyDeleteSalam mak teh....boleh beri sedikit penerangan berkaitan tulisan ini serta rujukan yang mak teh buat berkaitan denganya ?
Betulla seperti yg mak teh tulis tu..tp samada rela atau tidak bila dah tau yg hidayah tu benih dari tengku faris..kalau saya x sanggup rasanya nak kahwin kalau dah tau dari keturunan lelaki tu..mungkin hidayah dah xde sesiapa sbb saudara mara dah buang dia..tu yg rela berkorban..
ReplyDeletewww.thenutgraph.com/islam-membenarkan-bapa-kahwin-anak-kandungnya. Yg sebetulnya mak teh dengar stu kisah masa mak teh mengikuti kursus Intergiti kat tempat mak teh kerja. Ustazah ni cerita dia sdang mengani satu kes dimana bapa zina telah terlanjur dngan anak zinanya, macam mana nak selesaikan Ustazah kata nikah lah..tapi bapa zina ni kata dia tak bersedia lagi untuik bernkah belum bersedia lagi untuk betanggunga jawab kepada isteri..hati mak teh ni sakit dengar cerita tu asyik terfikir sahaja jadi ni mak teh luahkan dlm blog mak teh dlm bentuk crita mak teh pula. Crita ni tak bersangkutan dengan orang lain baik yg hidup atau pun yg dah meninggal dunia. rasanya elok atau tak elok mak teh teruskan crita ni atau berhenti sampai disini sahaja.
Deletesaya tak nampak sebarang kesalahan untuk mak teh meneruskan cerita nie, yang penting bacalah dengan hati dan minda yang terbuka...tak sabar nak tahu kesudahan ceritanya
ReplyDeleteok lah mak teh sambung mlm nnti. Trus trang mak teh ngaku bab ugama mak teh tak pandai hnya baca sikit kat google dan tnya suami shja.Pgi lgi mak teh dah buka blog sbab mak teh truja nak smbung crita tapi nak tnya pendapat yg baca dulu ni dah ada yg kta bolh jdi mak teh sambung.
DeleteTeruskan makteh. Mana² yang musykil kita boleh bagi pendapat sama. Dapat kongsi pengetahuan. Banyak pengajaran cerita ni.
DeleteTeruskan cerita ni mak teh....tapi bukan Hidayah kahwin dgn Faris... mmg sbb xde ikatan mahram boleh berkahwin tetapi dari segi ginetic adalah sama...keturunan x berkembang. Banyak cara Hidayah nak bantu Faris selain berkahwin. Kita ada NGO dan Bandan yang membantu pengidap HIV kembali ke pangkal jalan.
ReplyDeleteTeruskan cerita ni mak teh....tapi bukan Hidayah kahwin dgn Faris... mmg sbb xde ikatan mahram boleh berkahwin tetapi dari segi ginetic adalah sama...keturunan x berkembang. Banyak cara Hidayah nak bantu Faris selain berkahwin. Kita ada NGO dan Bandan yang membantu pengidap HIV kembali ke pangkal jalan.
ReplyDeletesay setuju dgn pendapat seri ayu...rasanya bnyk cara hidayah blh tlg tg,faris.....Allah mendatangkan hidayah kpd sesiapa yg dikehendaki.mungkin ini salah satu cara Allah tunjukkan kasih sayangnya.Hidayah pendorong untuk tg faris berubah. tp jgnlah hingga ke jinjing pelamin. kesian hidayah
ReplyDeleteSaya suka cerita ni lain daripada lain.. Agak pelik bila Hidayah sanggup menerima tengku faris walaupun bapa dia, berlainan usia dan menghidap penyakit HIV positif. Tapi jika itu jodohnya takde siapa mampu menghalang. Saya ada berjumpa seorang isteri ni penghidap hiv menjangkit daripada suaminya ada anak seorang yg perlu dipantau utk x hidap penyakit ni. Sungguh tabahnya dia. Dia bahagia walaupun orang pandang hina dengan penyakit.
ReplyDelete