Magrib itu buat pertama kali Sarah
berjemaah bersama keluarga Mizan.Rasa sebak menyerbu didada Sarah.Tidak
disangka hilang kasih suami dia digantikan dengan sebuah keluarga lengkap.Kini
dia berdiri sebagai makmum suaminya.Dia dikelilingi oleh ahli keluarga ayah
emak adik ipar dan dua orang anak.Itu yang menyebabkan dia merasa sedeh.Air
matanya yang sudah bergenang ditubir mata sejak dia mengangkat takbiratrul
ikhram tadi ditahan. Kini air matanya tidak dapat ditahan lagi, laju menitik di
dari tubir matanya..Sarah mula teresak perlahan.Namun esakkannya disedari oleh
Zurin yang berdiri disebelahnya.
Selelsai
sahaja memberi salam cepat sahaja Zurin bertanya kepada mamanya dengan suara
perlahan kerana ayahnya yang menjadi imam sedang berwirit seusai solat.
“Kenapa mama nagis. Mama sakit perut
ye”.
“Taak”.Ditarik anak yang bertanya dalam
pelukkanya.Sarah menahan tangis hatinya menjadi semakin hiba, bila ada yang
mengambil berat tentang dirinya.Setelah agak reda sedehnya, dia melonggarkan
pelukkanya.Melihat basah pipi mamanya dengan air mata, Zurin menyelak kain
telekungnya untuk mengelap air mata Sarah. Tetapi perbuatanya terhenti bila
mendengar suara ayahnya…
“Kakak nah!”Tidak disedari oleh Sarah
orang-orang yang disekililingnya memandang kearahnya termasuklah Mizan. Mizan
menghulur sapu tangan yang sememangnya ada didalam kocek baju melayunya. Zurin mengambil
saputangandari tangan ayahnya lalu mengelap pipi Sarah yang basah dengan air
mata, kemudian…
“Mama hebus..hembus kuat-kuat.” arah
Zurin tanganya sudah dihidung Sarah. Dia mahu membuang hingus yang mengalir
dari hidung Sarah rupanya.Tangisan Sarah yang sudah agak reda menjadi kembali,
bila dirasakan orang-orang disekelilingnya menyayanginya.Namun tangisannya
disulami dengan ketawa.Malah orang yang disekeliling mereka juga turut ketawa
melihat kelakuan Zurin.Zurin kelihatan sebagai seorang kakak yang begitu
bertanggung jawab kepada adiknya.
“Ok..mama dah ok, duduk..duduk dengar ayah baca doa”. Sarah mengambil saputangan ditangan Zurin Sarah
menghembus hingusnya perlahan.Mizan menyambung sedikit lagi wiritnya yang
terkendala.Manakala Zira pula sudah duduk dipangkuan Sarah.
Anak-anak
Mizan juga turut bersolat.Itulah latihan solat yang diajar oleh Haji Marzuki dan
Hajjah Nafisah kepada cucu-cucunya walaupun mereka masih kecil dan belum tahu
lagi membaca bacaan dalam solat.
Selepas
Isyak, anak-anak Mizan sudah terlentuk
ialah dari pagi mereka tidak tidur disebabkan kesibukkan ayah dan mama yang baru sah duduk berdua. Sarah menidurkan
mereka dibilik Maryam kerana memang itu permintaan anak-anaknya.Leka menepuk
punggung anak-anak mata Sarah juga semakin layu.Tiba-tiba terdegar bunyi
deringan telefon Maryam memecah kesunyian.
“Hallo..Walaikum salam. Belum.Entah dah
rasanya.Sudah. Ok..ok. Bang dekat PJ lah bang, dekat sikit. Ehh mahal
ialah..ialah” Sarah tidak memahami apa yang diperkatakan oleh Maryam. Dengan
siapa dia berbicara juga Sarah tidak dapat nak diteka.Tetapi yang sebenarnya
dia malas mahu ambil tahu kerana badannya penat dan matanya sudah mengantuk.Dia
terus memejamkan mata.
“Kak Sarah diorang dah tidur ke?”.
“Dah..”
“Yang tangan akak tak berhenti tepuk tu
kenapa?”.Tiada jawapan dari Sarah, namun tangan tetap juga menepuk punggung
Zira.
“Kak..akak dah tidur ke??.” ‘Hssyy Yam ni kalau dah tidur mana boleh
bercakap’ detik hati Sarah dia mendiamkan diri dan memejamkan mata.
“Kak!!Abang ajak cari rumah tu”.Maryam
menjenguk kewajah Sarah untuk memastikan dia sudah tidur ke belum.
“Haaa..cari rumah malam-malam buta ni.
Cari rumah untuk apa?”.Terus terbuka mata Sarah bila mendengar Mizan
mengajaknya mencari rumah.
“Rumah untuk kita nak duduklah. Akak
kan dah nikah dengan dia..tentulah nak duduk asing dari Shikin dan Bella. Takkan
akak dan abang nak duduk serumah dengan diaorang pula, tak pasal-pasal akak dapat madu lagi.”
“Eee mulut Yam nii jangan doakan akak
macam tu.”
“Kalau tak mahu… dengar cakap abang tu.
Pergi bilik dia sama-sama cari rumah”.
“tapi perlu ke cari rumah lain?. Kita
duduk rumah yang sekarang ni dengan Shikin dan Bella, abang kan duduk sini”.
“Jangan tanya Yam..Yam tak tahu apa
yang abang tengah rancang. Nak tahu apa
rancangan dia pergi bilik abang. Abang tengah tunggu akak tu..”
“Hssy tak naklah.Entah-entah dia
mengigau, itu minta yang tidak-tidaktu. Malam-malam buta cari rumah mana nak
digagau nya rumah..rumah dalam mimpi adalah.”
“Mananya mengigau dia belum tidur lagi
tu. Pergilah cepat… nanti dia marah Yam pulak tak sampaikan pesan dia,mungkin
dia nak Zurin dan Zira duduk sama dengan akak kat KL kot, itu yang dia ajak akak cari rumah. ”.
“Akak..akak”
“Apa yang akak..akak pergilah cepat
nanti kalau dia dah melinting mahu tercabut bumbung rumah nikang”. Berat
langkah kaki Sarah menuju bilik Mizan.Sampai di pintu bilik Mizan, Sarah
meringankan tanganya memulas tombol pintu dan memberi salam.Sememangnya pada
pandangaqn mata kasar Mizan agak garang orangnya.Wajahnya jarang senyum,
bahasanya pun tegas. Perilakunya sama seperti ayahnya Haji Mazuki.
“Assalamualaikum ..boleh saya masuk
bilik awak.”Dengan menjengulkkan kepalanya yang bertudung Sarah menjeguk
kedalam bilik Mizan.Dia melihat Mizan sedang berlunjur diatas katil, di pehanya
pula terletak cantik computer riba.Kepalanya menunduk seolah-olah tidak
mendengar salamnya. Mizan tidak bertindak balas dengan ucapan salamnya.Terpaksalah
sekali lagi Sarah memberi salam dengan
kuat.
“Assalam mulaikum boleh kesaya masuk
bilik awak ni…” Geram Sarah, tadi kata Yam… abangnya menyuruh dia masuk kebiliknya,
bila dah ada kat depan pintu dia buat tak-tahu pula. Tak sudi kata tak sudi,
tak aku niterjenguk-jenguk macam menyorong hidung yang tak mancung pula
rasanya.Itu detik hati Sarah yang sudah ditimpa malu, terasa dirinya yang
terhegeh-hegeh.
“Kalau awak tak kasi saya masuk..takapalah.”
Sarah sudah menarik daun pintu mahu menutupnyakembali, kemudian akan masuk
semula kebilik Mayram.
“Saraah..mehlah sini”.. meleret lemah
sahaja suara Mizan. Sebenarnya hatinya geram, Sarah ni dah janda dah pernah kahwin
tapi tak faham adat orang yang dah kahwin, yang dah bersuami..Dibiarkan dirinya
terkontang-kanteng sendirian dibiliknya dia pula berlama-lama didalam bilik
Maryam.
“Boleh ke saya masuk dalam bilik awak
ni?”.Mizan memandang Sarah dengan pandangan geram.
“Awak dah lupa ke pagi tadi kitakan dah
dinikahkan. Sekarang ni saya ni suami awak. Bila saya sebut sahaja ‘akuterima nikahnya Maisarah binti Zamri’
ertinya apa-apa milik saya jadi milik awak, tak payahlah minta izin..dah awak
punya. Lagi satu kita ni dah jadi muhrim yang awak bertudung bagai tu
kenapa?.Kata Ustaz Azhar Idrus tiada batas aurat antara suami dan isteri
tau.Dah duduk sini.”Mizan menepuk tilam agar Sarah duduk disisinya.
“Kata Yam awak ajak cari rumah?”.
“Ialah memang nak cari rumahlah ni”.
“Habis awak duduk saja macammana nak mencarinya”.
“Sekarang ni cari mencari ni dihujung
jari kita saja.” Selamba sahaja gaya Mizan Matanya meneruskan carianya didalam
competer ribanya.
“ehh macam mana tu awak ada bela hantu
raya ke?Yang tak payah bergerak boleh
mencari..”
“Awak ni suka pandang negative kat
sayakan.Kita cari dalam MUDAH.COM sayang. Tu pasal saya suruh awak duduk sini,
Kita tenguk sama-sama kat computer ni. Kalau awak berdiri jauh macam tu mana
nak nampak.Meh” sekali lagi Mizan menepuk tempat duduk Sarah disisinya.Sarah
menghampiri katil namun untuk melangkah naik dia rasa janggal.
“Saraah kita dah nikah apa yang nak
dimalukan.Lagi pun awak juga kata hari tu kalau kahwin nak tambah anak, kalau
jauh macam ni boleh ke melekat anak saya dalam perut awak tu”.Mizan
menyendengkan badanya untuk mencapai tangan Sarah untuk menyuruhnya naik keatas
katilnya duduk disisinya.
“Dahlah meh sini..hari dah malam ni
esok pagi-pagi lagi awak dah nak pergi kerja. Cepat kita cari… cepat dapat awak
tidur”.Sarah akur dia naik keatas katil duduk disisi Mizan.Mizan menariknya
rapat kesisinya.
“Tudung ni buka, sayakan suami
awak.Kalau awak berbungkus macam mana semangat lelaki saya nak datang. Kalau
dengan lelaki lain memang wajib awak tutup semuanya supaya semangat lelaki dia tak naik bila nampak
awak.kata Ustaz Azhar Idurs kan tiada batas aurat antara suami isteri, kalau
tak payah pakai baju pun takapa Allah tak marah, kita tak berdosa, dapat pahala
lagi.”Seperti mengajar anak-anaktadika pula Mizan berbisik ditelinga Sarah
sambil tanganya menarik tudung sarung Sarah.Sarah memandang kearah Mizan.
“Kenapa??”
“Awak!!Awak kata kita nikah kan hanya
untuk memudahkan kita memberikasih sayang pada anak-anak sahaja”.
“Ialahlah dah alang-alang awak bagi
kasih sayang pada anaknya apa salahnya awak bagi kasih sayang awak tu pada
ayahnya sekali”.Melihat Sarah terlopong mendengar jawapanya sambil menarik
tudung sarung Sarah hinggap pula bibirnya diatas bibir Sarah.Sarah jadi tak
tentu arah dengan tindakkan Mizan.
“Esok sajalah kita cari rumah. Hari pun
dah malam ni. Kita tidur ye, esok awak nak pergi pagikan”.Mizan menutup
computer ribanya dan meletaknya di atas meja disebelah katilnya.Sarah sudah
jadi bisu hanya Mizan sahaja yang berkata itu dan ini.Misi cari rumah
dibatalkan oleh Mizan.Dia mahu mencari kasih sayang pula.
Seperti
yang telah dirancang selepas subuh Sarah dan Maryam bertolak pulang keDamansara
dihantar oleh Mizan dengan menaiki kereta Nissan Almeranya.Ketika Sarah dan
Maryam ketempat kerja Mizan mencari rumah sewa di kawasan Damansara dan
Petaling Jaya. Dia hanya ada seminggu lebih sahaja untuk mencarikan rumah yang
akan didudukinya bersama Sarah dan anak-anaknya kelak. Mizan menjangkakan
mencari rumah dikawasan orang yang berpendapatan sederhana kerana mudah untuk
mencari pengasuh anak-anaknya nanti.Untuk mencari rumah dikawasan mewah, gajinya
tidak mengizinkan. Biarlah mereka hidup cara yang termampu untuk mereka. Dia
mahu mengambil kata bidalan ukur baju dibadan sendiri.
Selepas
menghantar Sarah dan Maryam ketempat kerjanya , Mizan menuju kesebuah masjid
berhampiran. Cadangnya dia akan
menghubungi pemilik-pemilik rumah yang mengiklakan rumah untuk disewa didalam
Mudah.com selepas itu baru lah dia kerumah itu untuk melihat keadaan rumah
pula.
Sedang
dia tercari-cari didalam computer ribanya.Telefonbimbitnya bergetar didalam
poket seluarnya.Tanda ada panggilan masuk.Bila dilihat ada nombor asing yang
tertera namun tetap dijawap juga oleh Mizan.
“Hallo..”
“Hallo
asalamualaikum. Pak su Is ni Zan. Zan kat mana ni. Mak su Yah kata malam tadi,
Zan nak cari rumah kat KL ye ke?”
“Walaikumsalam..
Ada kat masjid ni pak su tengah cari mana rumah yang sesuai dalam Mudah.com,
kalau rasa ok nanti Zan pergilah jumpa tuan ruamhnya. Zan nak cepat kalau boleh
sebelum Zan pergi kerja semula ni”.
“Bila
Zan pergi kerja semula”.
“Ahad
depan ni Zan dah pergi pak su”.
“Kalau
macam tu dalam masa seminggu ni duduklah apartment pak su. Sambil tu boleh lah
cari rumah yang sesuai dengan Zan dan mudah untuk Sarah pergi kerja.
“Zan tak
naklah duduk dengan keluarga pak su”.
“Ehh ni
bukan rumah keluarga pak su. Rumah ni kalau pak su nak bersendirian pak su
duduklah. Kadang-kadang kalau stress pak su akan cari ruang untuk diri pak su
sendiri Zan.”
“Oh..kalau
macam tu boleh juga, dalam seminggu ada juga tempat Zan berhoneymoon. Zan nak
duduk dengan Sarah sahaja dalam masa seminggu ni”.
“Elok
lah tu Zan, walau macam nama pun kita harus mengenali pasangan kita, sebelum
kita memulakan alam runmah tangga kita kan Zan”.
Kini
rumah tangga Mizan dan Maisarah sudah menlangkau angka 7 tahun, mereka sudah
menambah 3 orang anak.Tetapi kesemuanya lelaki. Dulu diawal perkahwinan mereka…
“Bang
bulan ni Sarah tak jadi lagi lah bang”.
Ketika itu baru empat bulan
mereka bernikah.Mizan menghubungi isterinya jika dia ada kelapangan. Untuk Sarah
menghubunginya agak susah sedikit kerana dikapalnya akan menggunakan line
antarabangsa bila mahu berhubungan menggunakan telefon.
“Tak
apalah kan baru empat bulan kita mencuba. Bulan depan masa abang cuti kita
pergi keklinik pakar. Kata kawan abang klinik ni bagus. Doktornya akan
mengunakan doa-doa dari AlQuran jika dia merawat pesakit.”Dr. Marsita Mansor..
Klinik Pakar Wanita Medina Taman Melawati,
klinik dibuka setiap hari Isnin - Sabtu dari jam 10 pagi hingga 10 malam
inilah klinik yang dimaksudkan oleh Mizan.
“Tak
mahal ke klinik pakar tu bang. Itukan kilinik swasta”.
“Tak apa
Sarah untuk keturunan kita, kita mesti cuba. Kalau dah cuba tak berjaya juga,
barulah kita kata tak ada rezeki.Kita tak menyesal sebab kita dah mencuba dan
berusha.Sekarang ni kita cuba dulu”.
Seperti
yang telah dirancang pulang cuti kali itu Mizan memabawa Sarah kesebuah klinik
pakar sakit puan. Hasil pemeriksaan dikatakan rahim Sarah terbalik, itu yangmenyebabkan dia sukar untuk mengandung.
Sarah dikehendaki menjalani sedikit
pembedahan kecil untuk membetulkan kedudukan rahimnya. Tidak sampai setahun
lepas itu Sarah disahkan hamil.Dua tahun selepas itu, seorang lagi anaknya
lahir.
“Bersalin
yang ni Sarah rehatlah dua atau tiga tahun baru mengandung lagi. Abang kesian
Sarah anak baru dua tahun dah ada adik lagi ni, lagi pun takut kesihatan Sarah. Abang bukan ada selalu kat
rumah”.
“Tak apa
bang Sarah suka anak ramai. Nak rehat sampai dua tiga tahun umur Sarah makin
lama makin meningkat. Anak kita baru ada emapat orang rasa macam tak cukup
saja. Sarah rasa lepas ni Sarah nak mengandung sorang lagi, lepas tu barulah
Sarah rehat tiga tahun. Boleh.”.
“Hai
Sarah baru bersalin seminggu dah ingat nak mengandung lagi”.
Mencapai
umur anaknya yang kecil setahun Sarah
mengandung lagi.Tapi mungkin usia Sarah yang sudah meningkat mengandung kali
ketiga Sarah disahkan ada tekanan darah tinggi. Doktor cuba mengawal tekanan
darahnya supaya tidak menjejaskan kesihatan ibu dan anak yang didalam
kandungan.
Ketika
kandunganya 38 minggu Sarah dinasihatkan untuk dipaksa bersalin.Ketika itu hanya
tinggal seminggu suaminya pergi untuk memulakan tugasnya diatas kapal. Selama sebelas jam di didalam bilikbersalin, Sarah
menangis kerana tidak tahan menggung sakit..Kerana tidak tahan menahan sakit
Sarah minta dirinyadisuntik ubat tahan
sakit (Epidural).Akhirnya setelah jalan
peranakan tidak juga terbuka, sedangkan tetuban sudah dipecahkan Sarah disorong
kebilik bedah.Untuk melahirkan anak kali ketiga Sarah dibedah.
Kini
anaknya yang kecil sudah berusia hamper tiga tahun.Mizan juga sudah berhenti
bekerja dikapal.Kini mereka menjalankan perniagaan menyediakan makanan untuk
kenduri khawin dan juga jamuan untuk pejabat-pejabat.Mereka bahagia
sekeluarga.Untuk memiliki anak lagi Mizan sudah serik melihat isterinya
bertarung dengan kesakitan.
“Bang!!Munir dah dekat tiga tahun. Kata doctor kalau Sarah nak mengandung lagi dah boleh
ni”.
“Abang
rasa cukuplah anak kita Sarah.Abang takut Sarah kena darah tinggi lagi”.
“Takkan lah
bang..kata oranglain anak lain masaalahnya. Lagi pun kalau masa kecil dia
susahkan kita esok besar dia tolong kita”.
“Tak mau
lah Sarah abang tak sanggup tenguk Sarah sakit lagi.Rasa nak tercabut nyawa
abang setiap kali tenguk Sarah bersalin. Abang rasa cukuplah yang dah ada ni,
kita didik dengan sempurna. Kalau anak ramai tak terdidik pun tak guna juga”.
“Memanglah
kita akan didik mereka.Tapi Sarah ni dah tak kerja, dari duduk saja baik kita
ada anak kecil”.
“Mananya
Sarah tak ada kerja, tak lama lagi dah cuti sekolah. Abang dah ada tiga tempahan yang satu tu abang kena tolak
sebab bertindan dengan yang lain. Kita akan sibuk ni Sarah. Tak sanggaup abang
nak tenguk Sarah buat kerja masa letih-letih mengandung”.
Selepas
bersalin anak yang ketiga Sarah berhenti kerja kerana kesihatanya ketika itu
tidak membolehkan dia berkerja.Bangga Sarah suaminya sangat memerlukan
tenaganya untuk membantu dirinya membangunkan perniagaanya.Dia juga berbangga
kerana ada juga menyumbang sedikit modal untuk perniagaan suaminya dengan duit
simpananya.
“Emm”.Sarah
nampak kecewa dengan penolakkan suaminya.Dia sebenarnya suka anak yang ramai.
“Lagi
pun kak long tahun depan dah nak UPSR. Sarah kena tolong abang pantau pelajaran
dia. Atau Sarah nak dapatkan sorang anak
perempuan Sarah sendiri?.”
“Apa
yang abang cakap macam ni… kak long dan kak ngah tu bukan anak perempuan kita
ke. Sarah tak pernah terfikir itu anak orang bang. Mereka anak Sarah… dari
kecil Sarah bela abang cakap macam ni pula.. sedeh Sarah.”
“Kalau
Sarah dah rasa macam tu abang bersyukur sangat.Abang bahagia sangat anak-anak
abang dapat mama yang sangat menyayangi mereka.” Mizan menarik isterinya dalam dakapanya, dikucupnya umbun-umbun isterunya dengan rasa kasih yang melimpah. Dia sangat bersyukur kerana Allah melorongkan dirinya mengambil Maisarah menjadi ibu kepada anak-anaknya, Sarah tidak pura-pura menyayangi anak-anaknya. Kasih sayangnya lahir dari hatinya yang ikhlas..
“Lain
kali jangan cakap macam tu lagi tau, Sarah tak suka bukan ke anak-anak abang
anak-anak Sarah juga.Mereka anak-anak Sarah dunia dan akhirat”.
Sememangnya
kasih sayang Sarah tidak pernah berubah sejak dia mengenali Zurin dan Zira
walau pun dia sudah mempunyai tiga orang anak yang dilahirkan sendiri. Kini
usia Zurin sudah mencecah 11 tahun dia sudah didarjah 5. Tahun hadapan dia akan
menghadapi peperiksaan UPSR. Zira pula sudah berumur 9 tahun dia sudah didarjah
3.Setiap ada kelapangan Sarah membantu mereka belajar.Dia mahu anak-anaknya berjaya
dalam pelajaran. Dia mahu menghapus tanggapan ibu tiri tidak akan dapat
mejanjikan kebahagian dan kejayaan untuk anak-anak tirinya dan dia tidak mahu
anak-anaknya menjadi seperti dua orang abangnya di Gemencih yang disisih oleh
ibu tiri (Arwah emak Sarah).
Muhammad
Mukhlis 6 tahun, Abdul Malik 4 tahun dan Abdul Munir berusia hamper 3
tahun.Sarah sangat bahagia dengan kehiduapa berkeluarganya. Dia tidak menyangka
dia akan dapat mengecapi bahagia berumah tangganya sendiri tampa dikongsi
dengan wanita lain..
Sarah
sangat bersyukur dengan tindakkanya memilih perpisahan dengan Syuk ri dahulu.
Pada awal perkahwinanya sememangnya dia bahagia, bila suami sentiasa melebihkan
waktu kepada dirinya. Tetapi semakin hari perubahan pada wajah suaminya yang
kelihatan mendung bila pulang dari rumah isteri tuanya . Dia cuba menghibur
hati suaminya saat itu namun gembiranya tidak lama. Kenyataan suaminya sering
berdengugng ditelinga bila sering kali suaminya menyatakan dia sangat sayang
kepada isteri tuanya menyayat pilu hatinya didalam. Ini terbukti bila suami berwajah mendung bila isteri tuanya mula
meminta perpisahan darinya.. Makin hari makin ketara bila fizikal suaminya
turut terjejas dengan permintaan isteri tuanya..
..
Rupanya kehadiran diri tidak menambah bahagia diahati bekas suaminya. Cinta
mereka sudah tidak seiring lagi. Dia tahu kini cinta bekas suaminya padu pada
isteri tuanya ditambah dengan kehadiran anak-anak. Bila menyedari keadaan itu
hatinya menjadi sakit bila suaminya akan
memenuhi giliran kerumah isteri tua. Dia tidak mampu bertahan untuk rasa sakit
itu selama nyawanya dikandung badan. Dan akhir itulah keputusanya .BERPISAH.
Kini dia merasa sungguh bersyukur dengan perpisahan yang pada mulanya sangat
perit rasanya. Kini dia merasakan sungguh berbeza rasanya ketika suaminya akan meninggalkanya
sebulan kerana menjalankan kan tugas
dengan rasa ditinggalkan walau hanya semalam kerana suami kerumah isterinya
yang lain. Sekarang ini tidak ada lagi rasa sakit hati bila mengenang suaminya yang tidak dirumah selama sebulan. Padanyanya
cinta yang bertahun lamanya tidak menjanjikan bahagia untuk dirinya. Biarpun
dia dan suaminya sekarang berjumpa dan kenal tidak lama tapi masih mampu mereka
membina bahagia kerana rasa saling memerlukan diantara mereka.
Rupanya
bahagia itu dapat dicari kalau kita berusha mencarinya.Dia tidak pernah lagi mengenang
kehidupan rumahtangganya dimasa lampau.Segala sejarah sudah dilupakan.Sebenarnya
kerana kesibukkanya dia tidak sempat untuk mengenang sejarah nya yang lalu. Perniagaan
menyediakan makanan suaminya sedang
berkembang maju.Sudah ramai pelaggan suaminya terutama ketika cuti sekolah
bermula. Dia sangat bersyukur dengan apa yang dimiliki sekarang ini.
P/s:
Cerita Sarah sudah dipenghujung. Disini mak teh ingin berpesan pada semua
wanita. Jika boleh dielak dari diri menempel kasih pada suami orang elaklah.
Rasakan diri kita sendiri ditempat wanita yang ditempel kasih suaminya. Mereka
akan menderita..janganlah diri kita dimampukan untuk membina bahagia diatas
rasa derita wanita lain. Tapi yang paling utama hasil dari tempelan kita akan
menyebabkan anak-anak yang menanggunag akibatnya. Tidak kiralah anak dari
isteri yang tua atau anak-anak kita sendiri, kebanyakkan mereka akan terkurang
dari rasa kasih sayang seorang ayah yang sibuk membahagi masa. Mak teh cerita
ni pada lelaki yang tidak ada sebab-sebab yang kukuh untuk mereka berpoligami.
Ada lelaki bila terasa nak kahwin dia kahwin mentang-mentang duit ada. Dia tak
pernah mahu menyelami rasa isteri yang diduakan. Ini hanya rasa yang mak teh rasa.
Seronok bca sarah temui bahagia sendiri. Dia bukanlah seorang yang jahat sangat. Penyayang rupanya. tapi bila keadaan dulu membuatkan kebaikan itu ditenggelam dengan sikap menggediknya tu. Kini rasa nak puoji melambung dengan sikap penyayangnya tu... Thanks mak teh. Nice story.
ReplyDeleteKata orang lelaki yang ingin menambah isteri kena cukup ilmu poligami.
ReplyDeleteSarah bahagia, Nuri n Syukri pun bahagia dengan rumahtangga masing².
Setuju sgt mak teh yg part mmg menyakitkan hati walau ditinggalka sehari untuk kerumah madu tp x berasa apa2 ketika ditinggalkan sebulan kerana bertugas..
ReplyDeleteTerima kasih mak teh untuk n3 ni..akhinya sarah mendapat kebahagiannya tanpa menyakiti hati perempuan lain..
bila nak buat story baru mak teh. Tak sabar menunggu.
ReplyDeleteEntahlah bila nak post cerita baru. Rsanya bukan baru cerita smbung2. tpi macam merapu2 tu yg tragk2 nk post. tnggu ye dah siap baru post jdi tklah trtunggu2. nanti hri2 mak teh post.
ReplyDeleteSalam mak teh..
ReplyDeleteX sabar pulak nak tunggu cerita baru dr mak teh..
Mesti best..
Rindu dengan karya mak teh. post lah story baru mak teh. Sepi pula rasanya bila buka blog mak teh tak ada up date story.
ReplyDelete