“Oh
lama tu..memang Hidyah tak pernah jumpa mereka selama lima tahun tu..habis masa
hari raya Hidayah raya kat mana”.
“Pada
saya berhari raya kat mana-mana pun boleh. Selama ni saya berhari raya kat
masjid-misjid sahaja. Lepas solat sunat
hari raya, saya tunggulah sekejap. Lepas makan-makan barulah saya balik kerumah. Paling seronok dapat tidur dato’ datin. Itulah hari raya saya.” Seperti
tiada kesedehan bila Nur Hidayah menceritakan tentang dirinya..
Semua orang yang diruang tamu kediaman Tengku
Faizal terpegun mendengar cerita Nur Hidayah tentang dirinya.Tiga pasang mata
tertumpu padanya dengan rasa simpati. Gadis dihadapan sungguh cekal menerima
dugaan dari Allah. Setelah berbincang dan menerangkan, diakhir cerita mereka akan dinikahkan dipejabat ugama
seperti yang dirancang. Duit yang
diperuntukkan untuk majlis disedekahkan kerumah anak yatim. Tiada keramaian
untuk mereka hanya sedikit doa selamat dimasjid berhampiran kediaman Tengku
Faizal dan jamuan makan untuk kakitangan Hotel untuk memberi tahu Tengku Faris
dan Nur Hidayah sudah sah menjadi suami isteri. Itu semua diatas permintaan
Tengku Faris sendiri. Selesai semuanya Nur Hidayah pulang dan bermalam dirumahnya
“Ris
kenapa dibiarkan Hidayah balik rumah dia..kan dia dah jadi isteri Ris”.
“Biarlah
dia mommy..dia nak kemas kain baju dia. Esok Ris nak ajak balik kampong dia.
Ris nak berkenalan dengan kelaurga dia”.
“Kata
dia tak dibenarkan balik kampong”.
“Ris
nak pergi ke kubur mama dia. Kalau tak keberatan Ris nak juga kenal dengan
keluarga mak long dia tu. Rasanya tak apa kan kalau Hidayah terjumpa sepupu
yang suka kat dia tu..Sebab Hidayah dah kahwin kan my”. Yang sebenarnya hati berkobar-kobar
mahu kekubur Syarifah Jamilah. Dia ingin melihat dengan matanya sendiri pusara
wanita yang telah melahirkan anaknya.Tengku Faridah hanya mendiamkan diri
mendengar penerangan dari anaknya.
Usai solat subuh Nur Hidayah datang kerumah
banglo kediaman Tengku Faizal. Begitu juga Tengku Faris bila Nur Hidayah
menghubunginya untuk solat subuh terus sahaja dia bangun untuk menunaikan
solatnya. Selesai minum mereka bertolak ke Jelebu Negeri Sembilan. Mereka
diberi cuti selama seminggu dimenefaatkan dengan berguna sekali..Atas
permintaan Tengku Faris mereka kepusara Syarifah
Jamilah. Sampai dikubur Nur Hidayah mula
membaca untuk disedekahkan kepada arwah mamanya. Sepanjang Nur Hidayah memebaca
surah Yassin selama itulah Tengku Faris berteleku dengan kepala tertunduk
memandang tanah, diatas pusara yang sudah ditumbuhi rumput. Keadaaanya seperti seorang pesalah yang
menanti hukuman. Diawal bacaan Yassin
Nur Hidayah Tengku Faris sudah teresak-esak mengenangkan salah dirinya.
Kedengaran juga bisikan rintihan hatinya.
“Mel
I minta maaf kerana perbuatan I you anak beranak menderita dan dipandang hina
oleh masyarakat dan keluarga. Allah dah
balas semua perbuatan I Mel. Tak lama lagi I pun akan ikut you juga, tapi
mungkin you duduk ditempat yang indah dan nyaman tapi I Mel …” sampai ke ayat
itu Tengku Faris tidak dapat berkata-kata lagi makin kuat esakkanya.
Selesai
doa dibaca, Nur Hidayah menepuk dan mengososk-gosok perlahan belakang badan suaminya yang masih
kuat esakkanya untuk menenangkanya.
“Dah
lah Tengku..perkara dah lepas nasi dah menjadi bubur. Mulai dari sekarang
tanamkan azam Tengku bertaubatlah bersungguh-sungguh”.
“Betul
Hidayah papa nak bertaubat Hidayah, bantu papa bertubat ye. Banyak yang papa
tak tahu untuk meghadapi kematian papa. Tolong papa Hidayah, papa takut papa
mati sebelum Allah terima taubat papa. Papa takut siksaan Allah Hidayah.” Tampa malu Tengku Faris menangis dan merayu di
bahu Nur Hidayah. Entah mengapa setelah dia ditimpa musiah baru dia takutkan
dosa-dosanya. Baru dia terbayang bakaran api neraka. Baru dia terbayanga paluan
Mungkar dan Nangkir didalam kubur.
Abu-Laits berkata: "Siapa yang ingin selamat dari
siksaan kubur maka harus melazimi empat dan meninggalkan empat iaitu:
- Menjaga sembahyang lima waktu
- Banyak bersedekah
- Banyak membaca al-quran
- Memperbanyak bertasbih (membaca: Subhanallah walhamdulillah wal'aa ilaha illallah wallahu akbar, walahaula wala quwata illa billah)
Semua yang empat diatas dapat menerangi kubur dan
meluaskannya. Adapun empat dibawah yang harus ditinggalkan ialah:
- Dusta
- Kianat
- Adu-adu
- Menjaga kencing, sebab Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bersih-bersihlah kamu daripada kencing, sebab umumnya siksa kubur itu kerana kencing. (Yakni hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya. Semasa kita bersuci dari kencing berdehemlah tiga kali untuk mengeluarkan sisa kencing dihujung kemaluan.) http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/siksaalamkubur.htm
Tuhan
dengarkan aku,
Ku
memohon kepada mu,
Kuangkat
tangan ku kulafaskan lidah ku,.
Menyebut
nama mu tuhan (Allah)
Tuhan
lihatlah aku,
Ku
berserah kepada mu,
Ku
letyakkan kening ku, bersujud pada mu,
Ampuni
dosa-dosa ku.
Tuhan
ku, jangan ambil nyawaku,
Sebekum
kudekat pada mu,
Tuhanku,
siapkan dunia ku tuk nanti tiba akhirat ku.
Berapa
nikmat yang telah Kau beri,
Berapa
yang telah ku ingkari.
Masih
pantaskah ku sujud pada Mu,
Aku
malu..aku malu. (lirik sebuah lagu tapi tak tahu siapa penyanyinya dengar gaya
bahasa dan vedionya macam penyanyi Indonesia).
Agak reda emosi Tengku Faris mereka menuju
kerumah emak saudara Nur Hidayah yang bergelar mak long.
“Tengku
jomlah kita kerumah arwah nenek saya. Saya nak ambil sedikit barang-barang saya
kat rumah tu..tapi kita kena singgah rumah mak long saya, sebab kunci rumah dia
yang pegang. Tapi sebelum tu saya nak ingatkan Tengku..mak long saya tu
kata-katanya agak berterus terang, jadi jangan kecil hati bila dengar dia
bercakap nanti ye”.
“Ialah..In
Sya Allah tidak. I yang banyak buat salah, I nak belajar redha macam you.”.
Dalam
perjalan kerumah arwah nenek Hidayah..mereka berbual..
“Pandai
you baca Yassin tampa buku Hidayah. Sejak bila you hafal Yassin”.
“Sejak
saya kena duduk rumah sorang-sorang. Ustaz kata kalau kita baca surah apa pun,
syaitan dan hantu takut nak dekat. Kebetulan masa disekolah menengah Ugama kami
digalakkan menghafal Yassin. Tapi yang menjadikan saya bersungguh-sungguh saya menghafal
surah Yassin masa saya kena duduk sorang kat rumah nenek. Masa tu nenek saya
baru sebulan meninggal dunia. Selain bacaan tu saya sedekahkan pada awrah nenek
dan atuk dan sambil-sambil tu saya menghalau hantu dan syaitan. Yang sebetulnya
saya takut juga tapi dah terpaksa saya kena beranikan diri ketika tu.. Itulah
kita kalau diberi musibah jangan terus nak mengeluh. Kadang-kadang musibah itu
untuk kebaikan diri kita sendiri. Kalau lah saya tidak diberi musibah terpaksa
duduk sorang mungkin boleh ke saya melancar surah Yassin.”
“Susah
hidup you dulu kan Hidayah tapi you tabah. Hidayah I nak belajar menjadi orang
redha dengan ujian Allah. I menta tolong dengan you. Tolong ingatkan I selalu
ye”. Mengalir lagi air mata Tengku Faris. Tangan sudah mencapai tangan Nur
Hidayah lalu digengamnya mencari kekuatan dan menyatakan rasa kagumnya dengan
ketabahan anak yang tak dimaknakan kelahiranya dulu. Tidak lama perjalan dari
tanah perkuburan kerumah mak long Hidayah Syarifah Aminah. Mereka sampai dan
Nur Hidayah yang memberi salam ditepi rumah.
“Assalamualaikum
mak long”. Kebetulan pintu rumah mak longnya terbuka luas hanya dengan sekali
salam, salamnya berjawab dari dalam.
“Walaikumsalam..Oh
Dayah rupanya ingat siapa tadi bila ada kereta besar menjalar depan rumah mak
long.” Nur Hidayah dan Tengku Faris menghampiri Syarifah Aminah yang sudah keluar rumah. Bersalaman.
“Mak
Long, ini Dayah kenalkan, suami Dayah..”
. “Apa tua benar yang kamu pilih Dayah..” Mulut
mak long masih macam dulu, memang tak ada ‘water filter’ kata-katanya tak penah
bertapis. Desis hati Nur Hidayah tentang emak saudaranya itu.
“Dah
ini sahaja yang sudi ambil Dayah menjadi isteri, Mak Long”.
“Emm
ialah tu…Itulah salah emak kamu Dayah. Kalau dia pandai menjaga diri dulu,
tentu kamu tak macam ni..tentu kamu juga ada Syarifah dipangkal namu kamu tu.”
“Tak
apa lah mak long dah tak ada rezeki nama Dayah ada keturunan Syarifah.. tapi
suami Dayah ni pun ada gelaran Tengku diawal nama nya”. Saja Nur Hidayah
memperkatakan entah mengapa hatinya jadi sebal bila mak long seperti berbangga
benar dengan gelaran Syarifah dipangkal nama keturunan mereka. Padanya kalau
mak long boleh berbangga dengan gelaran keturunannya dia juga boleh.
“Ialah
tu..kalau kamu dapat anaklah dengan dia..”.
“In
Syaa Allah..rezeki Allah kita tak tahu mak long”.Biar pun sudah nyata mereka
tidak mungkin mendapat zuriat tetapi dia juga mahu berbangga-bangga seperti mak
longnya juga. Hidayah dulu lain dengan Hidayah yang sekarang. Mereka diajak
masuk kedalam rumah.
“Masuk
lah duduk dulu Hidayah..mak long kedapur dulu”.
“Tak
payah susahlah mak long..Dayah nak pergi rumah nenek kejap, nak ambil barang
sikit..mak long boleh bagi kunci rumah tak?”.
“Eloklah
kamu ambil barang-barang kamu tu Dayah, sebab tak lama lagi Mak Lang kamu nak pindah sini. Mak long suruh dia
duduk rumah nenek tu, pada terbiar kosong..takut berhantu pula nanti”.
“Eloklah
tu mak long, dah lama sangat rumah nenek tu kosong, entah-entah memang dah pun
berhantu rumah tu.” ‘Sungguh berlainan
Hidayah sekarang ini ada sahaja jawapanya bila dia berkata-kata denganya’
detik hati Syarifah Aminah dengan perubahan tingkah anak saudaranya. Syed Borhan yang membantu ibunya mengambil
kunci rumah arwah neneknya, lalu dihulur ketangan ibunya.
Disebalik dinding..Sedari salam diberi Syed
Borhan sudah menelinga perbualan ibu dan orang yang memberi salam. Dari
perbualan dia sudah dapat meneka yang datang adalah Nur Hidayah bersama
suaminya. Hatinya di terpa rasa sayu, gadis yang dipuja sudah menjadi milik
lelaki lain. Mendengar Nur Hidayah mahu kerumah arwah neneknya cepat-cepat dia
mengambilkan kunci rumah nenek mereka yang sememang ada tergantung didinding
dapur rumah mereka.Tetapi bertambah sedeh Nur Hidayah langsung tidak memandang
kearahnya. Biar pun suaminya menghulur tangan bersalaman dengan nya.
“ Jom pergi rumah rumah sebelah, saya nak
ambil barang sikit.” Nur Hidayah mendekati Tengku Faris tampa pangilan nama
untuk suaminya merangkap bapa biolaginya dia mengajak. Sebelum berpaling mereka
bersalaman termasuklah Tengku Fairs menyalami sepupu kepada isterinya Syed
Borhan, yang baru keluar dari dapur. Kebetulah Syed Borhan juga sedang bercuti.
Tadi selepas minum pagi Syed Borhan menyambung bual dengan ibunya didapur. Bila mendengar sebuah kereta berhenti
dihalaman rumah mereka, ibunya bangun menjengah keluar. Tidak disangka gadis
selalu dihati datang menjengah dan membawa suaminya sekali. Untuk kepastian di
keluar benarkah apa yang didengari oleh telinganya. Alangkah sedehnya ketika di
bersalaman dengan suaminya Nur Hidayah tidak memandag kerahnya. Tiada rasa
rindukah Nur Hidayah kepadanya. Berpaling sahaja Nur Hidayah mahu menuju
kerumah arwah nenek mereka kedengaran suara ibunya menghalau rasa ralat dengan
perlakuan sepupunya.
“Kan
ibu dah kata dulu, dia dengan emaknya sama sahaja, pantang nampak yang berharta
tak kira tua sanggup serah dirinya. Tapi Dayah bernasib baik sebab lelaki tu
sanggup nikah dengan dia. Tapi long Hidayah ni.. dah lain ibu Nampak, dia dah
begar sikit, pandai dia menjawab cakap ibu. Dulu diam sahaja kalau ibu cakap. Ni
mentang-mentang kawin dengan orang kaya Nampak
nak berlagak pula..”.Belum jauh lagi Nur Hidayah dari rumah Syarifah Aminah dia sudah mula
berbisik ditepi telinga anak lelaki sulongnya. Dan bisikkan itu sampai juga
ketelinga Nur Hidayah.
Tiada jawapan dari Syed Borhan yang mengekori
langkah Nur Hidayah menuju kerumah arwah nenek mereka dengan pandangan matanya.
Yang sebenarnya, biar apa yang diperkatakan oleh ibunya hatinya tetap pada adik
sepupunya juga. Perilaku Nur Hidayah yang diketahui tidak pernah buruk
dimatanya. Tetapi apa yang didepan mata sememangnya kecewakan hatinya, yang pasti
Nur Hidayah sudah dimiliki oleh sorang lelaki. Biar pun tua namun hakikatnya
dia tidak boleh lagi mengharap Nur Hidayah datang kepadanya.Tak kan mahu sepeti
azam Ujang yang menanti Mila, beranak limo den nanti jugo. Yang
sebenarnya sejak pertemuanya diSeremban 2 dulu, dalam diam Syed Borhan mencari
jejak Nur Hidayah namun tidak pernah pula dia terserempak.
Setelah mengambil sedikit barang-barangnya
Nur Hidayah kerumah mak longnya semula. Dia mahu memulangkan kunci rumah.Ketika
itu mak long berbisik meminta pertolongan ketelinga anak saudara yang tak
bermakna padanya.
“Dayah..Dayah
tolong mak long pujukkan along tu. Mak long suruh dia kahwin dengan kak
Nisa. Dayah kan tahu mak long dengan mak
lang dah tunangkan along dengan kak Nisa sejak kecil lagi.Tapi along tu asyik
bertangguh sahaja. Kesian mak long dengan kak Nisa kamu tu. Sampai sekarang dia
tak ada boyfirend sebab dia memang suka kan along, bila tahu along tu tunang
dia.Mak lang kata kak Nisa tu banyak sangat peminatnya. Itu mak long nak cepat
satukan mereka berdua tu. Untuk mereka berdua tu tak ada halangan apa pun,
along dah lama kerja dan kak Nisa pun
dah lama jadi pensyarah, ialah sejak habis
belajar dia terus dapat jadi pensyarah…tapi along yang asyik
bertanguh-tangguh..tak bersedialah.”.
“Kenapa Dayah nak pujuk along pula mak long..kalau
along dah bertunang dengan kak Nisa teruskan sahaja lah”.
“Mak
long tahu hati dia masih pada
Dayah.Kalau mak long cakap macam ni, Dayah janganlah nak harapkan along datang
pada Dayah lagi. Suami Dayah tu mak long tenguk pun hensem juga orangnya, Dayah
jagalah suami Dayah elok-elok. Mak long
harap sangat along kahwin dengan kak Nisa. Umur along dan kak Nisa pun bukan
muda lagi, along tiga puluh lebih dah dan kak Nisa pun dah tiga puluh tahun
rasanya tahun ni. Sekarang ni kamu dah ada suami, jadi tolong Dayah cakapkan Dayah dah bahagia dengan suami
Dayah tu. Mungkin kalau Dayah kata Dayah dah bahagia, along boleh terima kak
Nisa untuk jadi isteri dia.”.
“Ialah
mak long Dayah cuba. Bab Dayah pergi pada along.. In Syaa Allah Dayah tak akan
pergi pada along, walaupun masa mak long dah tak ada nanti. Mak long jangan
bimbang”. Dia pernah mendengar kata-kata
mak longnya yang berperinsip biar mati anak jangan mati adat..dia lebih rela
anaknya tidak berkahwin dari mengahwini orang yang tidak menjamin kebaikkan
pada keturunan nya.
Untuk
memenuhi permintaan mak long nya, Nur Hidayah meminta izin dari Tengku Faris
bertemu abang sepupunya. Biar dia berdepan sendiri tak perlu bertangguh atau
bertelefon.Dia mendatangi abang sepupunya yang sedang duduk didapur rumah
ibunya.
“Long!!
Dayah balik dulu, tapi sebelum Dayah balik ni,Dayah nak cakap dengan along
sikit. Dayah bahagia dengan pilihan Dayah, biar pun dia agak berusia. Dengan
dia, Dayah merasa kasih sayang seorang suami dan kasih sayag seorang ayah.
Memang dari dulu lagi teringin sangat Dayah nak merasa kasih seorang ayah
long”.
“Sampai
hati Dayah buat along macam ni, Dayah tak tahu ke selama ni along memang tunggu
Dayah. Along nak berumah tangga dengan Dayah. Along nak membina keluarga kita bersama..tapi
sampainya hati Dayah buat along macam ni”.Bergetar kedengaran suara Syed Borhan
menahan sebak. ‘Yang sampai hati adalah
emak along sendiri..dia tak terima aku sebab aku anak luar nikah..sampai bila
pun kita tak akan mendapat restu dia Syed Borhan.’bisik hati Nur Hidayah
“Memang
kita tak ada jodoh long..along pun tak pernah cakap along suka Dayah”..
“Memang
along tak bagi tahu secara terang-terang, tapi along dah bagi bayangan kat
Dayah..tak kan Dayah tak faham. Lama along cari Dayah, sejak kita jumpa kat
Seremban 2 dulu, balik cuti bulan depanya along pergi kerumah sewa Dayah, tapi
kata atuk tu Dayah dah kerja kat KL.. along cari Dayah..”.
“Memang
Dayah tak faham maksud tersirat kalau along tak cakap terus terang. Yang
sebetulnya sesekali ada juga rasa suka meniltas kat hati Dayah ni, bila along layan
Dayah baik sangat dan selalu ambil berat pada Dayah, Dayah jadi ditimpa
perasaan.Tapi Dayah tak suka berteka-teka dan berasa-rasa. Jadi rasa suka kat
hati Dayah ni… Dayah dah tanamkan along macam abang Dayah sendiri. Jadi along
anggaplah Dayah ni adik along dunia dan akhirat”.
“Entahlah
Dayah..yang kesalnya kenapa cepat sangat Dayah kahwin, dengan orang yang tak
sepadan dengan Dayah pula tu. Nampak sangat Dayah macam terdesak nak kahwin”. ‘
Dia kata aku terdesak nak kahwin dia tak
kira ke umur aku dah berapa tahun, dah dekat 29 tahun kot..kalau orang kampong
29 tahun dah nak masuk kelab ADT (anak dara tua) dah’ omel Nur Hidayah
dalam hati.
“Keadaan
hidup di Kuala Lumpur yang banyak cabaran memerlukan sokongan dan pelindung.
Jadi bila Tengku Faris ajak Dayah nikah, Dayah terima. Dayah nak seorang
pelindung long. Sekarang Dayah dah ada pelindung Dayah dan Dayah bahagia dengan
dia. Dayah harap along terimalah
rancangan keluarga. Kak Nisa tu baik orangnya. Sopan dan mendengar kata,
Long..Dayah balik dulu ye. Ingat kahwin lah long, umur along bukan muda
lagi..dah nak masuk 40 tahun 5-6 tahun lagi..kahwin ye long”.Umur Syed Borhan
sudah 35 tahun ketika itu dan umur kak Nisa sudah menjangkau 30 tahun.
“Dayah..”
“Long,
Dayah bahagia dengan jodoh Dayah. Along cari lah bahagia along sendiri. In Syaa
Allah along akan bahagia macam Dayah juga. Kembangkanlah keturunan along. Kalau tak nikah nanti tak ada anak yang akan
menyedekahkan Yassin dan Al-Fatihah masa kita dalam kubur nanti”.
Ketika
sudah didalam kereta dalam perjalanan menuju ke jalan keluar dari kampong Nur
Hidayah.
“Kita
nak pergi mana ni Tengku..nak terus balik Kuala Lumpur ke?”.
“I
rasa nak bercuti lah Hidayah. Lagi pun daddy dah bagi cuti seminggu pada kita, tak
kan kita tak nak ambil cuti tu, nanti
apa pula kata mommy. Apa kat kita bercuti kat Port Dikson nak.”.
“Ok
juga”. Sepanjang perjalan menuju ke Port
Dikson mereka berbual..
“Itukah
abang sepupu yang suka pada Hidayah. Apa yang Hidayah cakap dengan dia. Lama you jumpa dia tadi.”. Suara Tengku Faris
ingin tahu..dia tidak boleh mencemburui itu sejarah Nur Hidayah.
“Tadi
masa kita nak balik tu mak long minta saya jumpa along, pujuk dia suruh kahwin
dengan sepupu kami anak mak lang saya..namanya Nur An-nisa”.
“Habis
yopu cakap macam mana suruh dia kahwin”.
“Saya
cakaplah ..saya anggap dia sebagai abang sejak dari dulu lagi. Saya pun dah
bahagia dengan Tengku”.
“You
bahagia ke dengan I. Kalau I, I akan berusha kahwin dengan dia, walaupun emak
dia tak suka. Sebab yang nak serumah
dengan kita bukan emaknya tapi dia. Lagi pun I tenguk abang sepupu you tu tadi
baik dan kacak. Nampak sangat wajahnya
berubah bila you kenalkan I ni suami you tadi. I rasa memang dia sangat suka
dengan you.”.
“Tapi
pada saya jika emak nya tak suka, saya akan menjauh kan diri, sebelum kita terikat.
Saya tahu bagai mana sikap Mak long saya
tu..kalau dia tak suka dia akan mencari
jalan mahu memisahkan anak dan memantunya. Yang saya takut bila dah ada
anak-anak,kita dah terikat kukuh dengan dia. Jadi susah untuk kita melepaskan diri. Kita kena fikir perasaan anak juga.
…Tengku
nak tahu saya memang tak akan diterima oleh mak long saya tu walau sampai
bila-bila pun. Jika kita dah tahu macam
tu penerimaan mak long pada saya kenapa nak cari penyakit, kenapa harus nak
memperjudikan nasib anak-anak. Mungkin sekarang saya sakit kerana penolakkan
mak long, tapi saya mampu bertahan sebab saya sorang. Tapi bila kita dah ada
anak-anak susah, saya tak mahu anak-anak sakit membesar dalam rumah tangga yang
pincang. Tengku! sebenarnya saya sangat mengharapkan restu orang tua kalau mahu
berumah tangga”.
“Emm
orang nya kacak dan nampak baik..Hidayah
tak nak cuba pujuk mak long. Nanti papa buat jalan macam mana mak long boleh
terima Hidayah sebagai menantu”. Rupanya Tengku faris masih memikirkan cara bagai
mana Nur Hidayah dapat bersama dengan abang sepupunya.
“Tak
apa lah Tengku. Saya nak, kalau mereka terima saya, bukan kerana harta sogokkan atau pun wang ringgit sebagai ganjaran. Saya
nak dia terima saya seadanya. Tapi kalau Tengku nak tahu mak long tu tak
pandang harta, wang ringgit . Yang dia pandang
adalah keturunannya pada masa akan datang. Dia mahu keturunannya lahir dari
orang yang sah keturuanannya dan yang paling penting sekali berketurunan
Syarifah macam dia juga. Walaumacam mana sekali pun, saya memang tak pernah
termasuk dalam list calon menantunya, walau berkepuk harta yang Tengku
hulurkan.”.
“Tapi
Hidayah akan rugi kalau melepaskan Syed Borhan yang nampak seperti seorang
lelaki yang bertanggung jawab tu”.
“Memang
dia baik sepanjang saya mengenalinya… dia seorang lelaki yang sangat
bertanggung jawap pada keluarga dan adik-adiknya, mungkin dia anak sulong.Tapi
biarlah kebaikkan dia orang lain yang dapat. Mungkin bukan jodoh saya dengan
dia. Itu ketentuan Allah. Saya redha dan saya tak rasa sedeh atau terkilan dia
bukan jodoh saya.”.
“Emm..”
mendengar jawapan Nur Hidayah Tengku Faris tidak mahu memanjangkan lagi
kata-katanya. Ada rasa kasihan dengan anak merangkap isteri disebelahnya.
Mereka
sampai di Port Dikson. Tengku Faris
menyewa sebuah chalet dua bilik di pantai itu..
“You
ambil apa dari rumah sebelah tadi. Lama juga you berkemas”.
“Rumah
sebelah tu lah rumah nenek saya…saya duduk kat situ dulu. Saya ambil baju-baju
mama dan baju saya sikit. Saya ambil album mama. Album tu sangat bermakna pada
saya. Dalam album tu ada gambar masa saya kecil sampai masa saya masuk UiTM
dulu.Saya nak masukkan gambar masa hari Graduation saya masa kat UiTM dulu. Kira dah lengkaplah gambar perjalanan hidup
saya dari bayi sampai saya grad. Nanti kita tenguk gambar –gambar saya ye
Tengku”. Nur Hidayah bersuara ceria. Sememangnya dia merasa gembira disisi
Tengku Faris, terasa dirinya anak yang dilindungi oleh ayahnya.
Hidayah... hidayah.... cekal betul seorang hidayah....
ReplyDeleteTak sabar nak tau kesudahan kisah Hidayah ni....
ReplyDelete