Kalau tidak
kerana bulan,
Tidak bintang
terebit tinggi,
Kalau tidak
kerana sayang,
Tidak abang
tenanti-nanti.
Ketika
sampai di ruang tamu alangkah terperanjatnya Tengku Faizal dan Tengku Faridah
sebaik terpandangkan cucunya duduk rapat dengan seorang perempuan. Dan yang
mereka terkejut kerana perempuan itu bukan Nur Jannah, lalu Tengku Faizal
menghampiri cucunya.
“Siapa ni??” Dengan renungan mata yang tajam Tengku
Faizal memandang Tengku Farid dan Diana silih berganti.
“Inilah yang akan kita rungkai malam ini,
I tak suka berahsia-rahsia antara kita...berterus teranglah” tegas bunyi suara
Tengku Khalidah pandangan matanya di arahkan kepada Tengku Faizal dan Tengku
Faridah, seolah-olah mereka berdua bersubahat dengan Tenku Farid menyembunyikan
perkara sebenar dari pengetahuanya.
“I tak tahu Kal, I betul-betul tak
tahu…Idah you tahu ke?” Tengku Faizal menyoal isterinya pula sebelum sempat isterinya
menjawab, dia menyoal cucunya pula tapi soalanya belum terjawab lagi Tengku
Khalidah bersuara. Ketiga-tiga mereka seperti tidak sabar dengan apa yang
menjadi tanda tanya dihadapan mereka.
“Nenda nak Farid berterus terang dengan
kami.“ Tengku Kalidah memandang Tengku Farid pula. Memandang pada keadaan,
Tengku Khalidah tahu sahabatnya Tengku Faizal suami isteri juga tidak tahu
perkara ini, lebih baik Tengku Farid sendiri yang menjelaskan.
“Ini isteri Farid nenda dan Jannah juga
isteri Farid.”
“Amboi untungnya.. umur baru 27 tahun dah
ada bini dua. Kenapa Farid tak bagi tahu grandpa..kenapa nak sorok dengan kami??.”
sampuk Tengku Faizal lagi. Tengku Faridah jadi terkedu mendengar jelas jawapan
cucunya. Dia berdiri sedari tadi tidak bersuara.
“Isteri kamu tu mengandung berapa bulan?”
Tengku Kahlidah tidak mengindahkankan kata-kata Tengku Faizal..dia ingin
mencari kepastian supaya senang untuk dia memutuskan kedudukan cucunya nanti.
Malam itu berpusing kepala Tengku Farid mencari jawapan denagn soalan yang datang
bertubi-tubi.. tidak tahu mana satu yang harus dijawapnya dahulu.
“Haa…mengandung..cuba bangun..bangun..” terbuntang
mata Tengku Faizal dan Tengku Faridah yang belum sempat duduk, dia diterkejutkan
lagi dengan soalan Tengku Khalidah yang ditujukan kepada cucunya. Jika tangkai
jantungnya tidak kuat dan dada mereka rapuh mahu tercabut keluar jantung. Kedua
suami isteri yang masih berdiri memanah keperut Diana yang sudah berdiri diatas
arahan Tengku Faizal tadi. Kelihatannya perutnya menonjol kedepan.
“Nak masuk lapan bulan.” Diana menjawab
soalan yang ditujukan kepada suaminya tampa berselindung.
“Haa…”
terkejut lagi Tengku Faizal suami-isteri berpandangan antara mereka. Manakala Tengku Khalidah sudah terduduk di
sofa berdekatan dengannya. Mahu mereka bertiga terkena serangan jantung kerana
kejutan-kejutan malam itu. Sudahlah usia mereka sudah meniti senja diserang
pula dengan kejutan-kejutan yang menaikkan tahap tekanan darah mereka...
“Sejak bila kamu kawin dengan perempuan ni
Farid??” suara Tengku Faizal sudah tinggi. Nur Jannah tidak bertahan lagi,
hanya mendengar drama soal-menyoal di ruang tamu, lalu dia keluar dari dapur.
“Jangan salahkan mereka, Jannahlah yang
salah.” semua mata tertumpu kepadanya.
“Jannahlah yang salah jangan salahkan
mereka.” ulang Nur Jannah lagi sambil berjalan laju menghampiri mereka di ruang
tamu.
“Kenapa kamu pulak yang salah?” nendanya
menyoal dengan renungan mata yang tajam dia memandang cucunya yang baru sahaja
keluar dari dapur.
“Sebab Jannah tidak menolak
bersungguh-sungguh ketika nenda nak nikahkan Jannah dengan abang dulu…sedangkan
masa itu abang ada cakap dia dah ada Diana…Jannah tahu abang dah ada Diana.” perkataan
itu di ulangnya supaya jelas dipendengaran nenda dan datuk suaminya.
“Jadi kamu tahulah siapa Diana ni?”
serentak datuk dan nenek mereka bertanya.
“Tahu..dan Jannah akan tanggung
semuanya..kerana mereka adalah mangsa kesalahan Jannah.” Mata Jannah mula
berkaca.
Terkedu Tengku
Khalidah mendengar jawapan dari cucunya. Sedang bukan begitu cerita sebenar. Dialah
yang mendesak Nur Jannah berkahwin dengan cucu sahabatnya. Dia tidak memberi
Jannah peluang untuk memilih. Ketika itu dia merasakan hanya itulah sahaja
caranya untuk membalas budi yang di curahkan oleh datuk Tengku Farid kepada
dirinya. Di hati cukup kesal, dia yang menerima segala budibaik Tengku Faizal,
tetapi cucunya yang jadi mangsa, kerana dia hendak membalas budi.
“Zal kalau you tahu kenapa you biarkan..
dulu kalau you cakap Farid dah ada pilihan, I tak akan teurskan niat kita.. I
tak sanggup cucu I di dera perasaanya, you tahukan cucu I ni lembut dan dia
senang di buli.”
“Kal I betul-betul tak tahu.. kalau kami
tahu tak kan kami nak biarkan perkara ini berlaku..I pun tahu macamana perasaan
you.” terang Tengku Faizal bersungguh-sungguh.
“Nenda jangan salahkan grandpa dia tak
salah dan dia juga tak tahu. Dah takdir Jannah dan Jannah reda” Jannah mula menangis
dan menutup mukanya dengan kedua tapak tanganya.
Tengku Faridah datang memeluk
sambil menepuk-nepuk perlahan belakang Nur Jannah, tampa suara kerana dia juga
sudah turut teresak. Hati Tengku Faridah sangat tersentuh di saat Nur Jannah
mengandung hatinya di sakiti. Tiada seorang pun menenangkan tiada siapapun yang
tunjuk simpati padanya, apalagi suaminya yang asyik di pegang tangannya oleh
isterinya yang satu lagi. Sebetulnya di hati Tengku Farid juga sedeh dan ingin
mendapatkan Nur Jannah tetapi lengan di pegang kuat oleh Diana, yang tidak
melepaskan sedari tadi.
“Kalau macam tu..nenda nak Farid....lepas
keduanya bersalin nanti kamu putuskanlah yang mana satu. Kalau beristeri dua
nenda tahu siapa yang akan kalah. Nenda tahu cucu nenda dan nenda tak mahu dia
di buli, tapi sementara ini nenda mintak pada kamu Farid, berlaku adil dengan
giliran kamu.” nenda memandang kearah Tengku Farid. Akhirnya kendur juga suara
Tengku Khalidah bila melihat kedaan NurJannah...dia bersimpati melihat cucunya.
Luka yang ditanggung berpuluh tahun terasa pedih semula seakan lukanya disimbah
dengan cuka.
“Nenda ini masaalah kami biarlah kami yang
selesaikan.” Nur Jannah bersuara agar jangan meminta suaminya memilih di antara
mereka berdua.
“Ini bukan masaalah kamu saja Jannah,
nenda rasa bersalah terhadap kamu.” tegas suara nendanya.
“Kal ini masalah kita semua, I akan
pastikan Farid akan memenuhi tanggung jawabnya”.
“Ya kak Engku kami sayang Jannah juga.” sokong
Tengku Faridah sambil menggemam tangan Nur Jannah. Sementara Diana hanya
mencebik mendengar pertelingkahan itu.
Setelah beberapa ketika
mereka semuanya diam melayan fikiran masing-masing Tenku Farid meminta diri
untuk pulang.
“Nenda kalau dah tak ada apa-apa lagi kami
minta diri dulu.”
Nendanya hanya menanggguk. Nur Jannah juga
meminta diri, dia berpaling mengadap Tengku faridah mencapai tangan bersalaman
dan mencium tanganya ..dia berjalan menuju ke sofa Tengku Faizal dan membuat
perkara yang sama tetapi bila sampai ke giliran nendanya.
“Jannah….kamu jangan balik malam ni, nenda
nak cakap sikit dengan kamu.”
“tak apalah nenda cakap esok saja sebab
Jannah tak rancang nak bermalam di sini, lagipun Jannah tak bawa baju.”
“Tak apa Jannah pakai baju kurung nenda.”
“Tapi Jannah tak ada tudung.” di sini
memang nendanya kalah sebab ninda tidak memakai tudung.
“Hiss nak balik juga.” NurJannah hanya
menganggukkan kepala...
“Oklah..tapi you dan Ida tunggu dulu kita bincang sikit
lagi.” Tengku Khalidah memandang Tengku Faizal dan Tengku Faridah, sambil
menghulurkan tanganya kepada Nur Jannah untuk di salami dan di ciumi tangannya
di ikuti oleh Tengku Farid dan Diana.
Nur Jannah ke dapur berjumpa Mak Milah sebelum
dia pulang. Dia tidak akan lupa untuk bersalaman dengan Mak Milah. Sebenarnya
Nur Jannah memberi peluang supaya suami dan madunya ke kereta dahulu, untuk
memastikan di manakah tempat duduknya...disebelah pemandu atau di belakang
pemandu, tetapi di belakang pemandu adalah kemungkinan yang paling besar...semangnya
benar, dia duduk di belakang pemandu. Sesampai di pangsapuri Nur Jannah, Tengku
Farid mengikutinya sehingga Nur Jannah membuka pintu.
“Kenapa abang ikut Jannah, bahaya
tinggalkan Diana seorang kat bawah tu.” Iklas
Jannah menutur kan bimbang keselamatan Diana.
“Abang nak pastikan keselamatan Jannah
dulu.” lalu suaminya memeriksa dapur, bilik air dan bilik-bilik , setelah di sahkan
selamat dia keruang tamu semula.
“Sekarang abang nak minta pelukkan dan
kucupan azimat pulak.” sambil menarik Nur Jannah ke dalam pelukanya. Dia
memeluknya dengan erat beberapa saat. Kemudian Tengku Farid melonggarkan
pelukkan dan menyentuh bibir isterinya pula. Di tatapnya wajah Nur Jannah
beberapa ketika, lalu menarik isterinya itu kedalam pelukkanya lagi.
“Dahlah bang..bahaya Diana kat bawah
seorang tu.”
“Ok sayang abang pergi dulu...Assalamualaikum.kunci
pintu ya.” Matanya sudah berkaca-kaca sedeh hatinya hendak meninggalkan
NurJannah ketika itu tetapi apakan daya... Tengku Farid membuka pintu berat
hatinya hendak meninggalkan Nur Jannah malam itu. Dia boleh menjangka apa yang terkandung
didalam hati isteri yang diahapanya.
“Waalaikumsalam.”Nur Jannah menutup dan
mengunci pintu. Malam itu Nur Jannah mengubat hatinya dengan berserah kepada
Allah. Lama dia duduk disejadah selepas solat Isyak..dia berdoa dan berzikir
untuk menenangkan hatinya. Mana ada perempuan yang tidak sedih bila di madu. Kepedihan
itulah yang kini di paksa di telannya. Dia
mengadu, dia berserah dan dia memohon ke tabahan hanya padaNya... Allah yang
Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Mengetahui.
Ketika di pejabat pagi itu, Tengku
Farid di panggil oleh Tengku Faizal ke biliknya. Dia sudah tahu persoalan apa
yang hendak dibincangkan oleh datuknya. Mencecah sahaja punggungnya dikerusi
dihadapan datuknya, datuknya mula bersuara.
“Farid apa keputusan kamu..cakaplah terus
terang dengan grandpa, jangan buat macam dulu. Kalau dulu kamu cakap kamu dah
ada pilihan grandpa tak akan setuju cadangan nenek Jannah. Farid kau nak tahu
kenapa grandpa sayang sangat dengan Tengku Khalidah. Dia sebenarnya tidak lah
teruk sangat, tapi keadaan sekeliling dia menyebabkan dia jadi macam tu...
tegas dan garang semacam. Dia sebenar baik, seorang yang berdikari, bersemangat
kental dan tak pernah mengalah, dia pernah gagal dalam perniagaanya tapi dengan
semangatnya dia berjaya. Dia berjaya pun tampa bantuan siapa-siapa, Farid”.
Lama Tengku Faizal memandang cucunya kemudian menyambug kembali ceritanya.
“Grandpa dah lama
kenal dengan Tengku Khalida..sejak dia muda lagi...Farid..boleh tak kamu
bayangkan betapa susahnya kehidupan dia
ketika itu. Dia masih muda lagi ketika dia diceraikan oleh suaminya, kemudian
dalam keadaan mengndung pula tu. Dia berusha untuk meneruskan kehidupanya dan
membesarkan anaknya sendirian. Grandpa yang nampak betapa sukarnya dia waktu
itu.
Farid...
Sebenarnya grandpa cintakan dia Farid. Sungguh Farid..grandpa sayang dia dan
dia pun tahu grandpa sayang dia, tapi kerana pengalaman lamanya dia tidak dapat
menerima grandpa atau lelaki lain sebagai suami. Lama grandpa menunggu dan
merayu... tahu apa dia kata pada grandpa bila dia tenguk grandpa tak jemu
merayu pada dia... untuk menjadi seorang sahabat boleh tapi untuk menjadi suami
atau kekasih dia tidak boleh. Dia kata dia dah cuba menyayangi grandpa..tetapi gagal dia tak mampu
menganggap grandpa lebih dari seorang sahabat.. Itulah sampai sekarang kami
mengambil berat atas rasa seorang sahabat. Tapi kasih grandpa pada dia tetap
sama..Grandpa yang sebetulnya tak dapat mengikis rasa sayang garndpa pada dia...
“Kalau dia tahu
garndpa betul-betul sayangkan dia kenapa dia tak boleh terima grandpa..mungkin
dia masih mengharapkan bekas suami dia datang padanya tak?”.
“Itu tak mungkin,
dia kata dia telah membuang..segala kenagan dengan bekas suaminya ..lagi pun
suaminya telah meninggal dunia selepas tujuh tahun mereka bercerai. Meninggal
kerana kemalangan. Lama grabdpa memikirkan kenapa dia tak terima
grandpa..sekarang ni grandpa boleh teka.. mungkin masa itu grandpa pun telah
berkahwin dan dia tidak mahu grandma merasai betapa sakitnya di tinggalkan atau
di madukan. Farid jangan bagi tahu grandma pulak ya.. rahsia grandpa ni.”
“Kesihan grandma
kalau dia tahu perasaan grandpa tentu dia kecewa”.
“Kenapa Farid cakap macam tu..grandpa tak
pernah curang dengan garndma..dan Tengku Khalidah pun tak pernah hendak
mengambil kesempatan, walaupun grandpa sungguh-sungguh merayu hendakkan dirinya.
Kami tak pernah nak sorok kalau kami berjumpa..kalau grandpa jumpa dia grandpa
akan bagi tahu grandma..Tengku Khalidah pun tak pernah meminta yang
tidak-tidak, kalau perempuan lain tentu dia bagi pilihan supaya grangpa
ceraikan isteri kita kan Farid bila nampak kita bersungguh-sungguh sayangkan
dia.
Malam tadi
diluahkan segala kesengsaraan yang pernah di alami pada kami. Sudah berpuluh
tahun baru sekarang cerita itu di bukanya. Tengku Khalidah perahsia orangnya,
dia jarang ingin berkongsi cerita peribadinya dengan orang lain. Cerita dia
diceraikan oleh suaminya kerana suaminya jatuh cinta dengan adiknya sendiri.
Selepas dia di ceraikan dia datang ke Kuala Lumpur ini mencari kerja, masa itu
dia mengandung dua bulan. Kemudian dia nekad membesarkan anaknya tampa pengetahuan bekas suaminya yang telah
berkahwin dengan adiknya ketika itu, sebab apa...dia tidak mahu mengganggu
kebahagian adik dan bekas suaminya. Dia lebih rela menjauhkan diri dan datang
keKuala Lumpur ini mencari kehidupannya sendiri. Kejayaan sekarang ini tampa
bantuan sesiapa Farid. Itulah grandpa ingin berbesan dengan dia.. supaya
semagat juangnya dapat mengalir ke jenerasi kita pula. Tapi lain pula jadinya,
apa kurangnya Jannah..Farid sampai sanggup kamu madukan dia?” Tengku Faizal
memandang cucunya dengan perasaan kesal..kesal dengan perbuatan cucunya
menyebabkan hati orang yang disayangi tercalar.
“Entahlah grandpa rasanya tak kurang apa
pun...ini mungkin dugaan bagi Farid.” Tengku Farid mengeluh menyesal di atas
keterlanjuranya. Kemudian Tengku Faizal menyambung lagi.
“Farid...grandpa bukan apa.. sebetulnya
grangpa kesian dengan Jannah, kalau di teliti perjalanan hidup Jannah lebih
kurang neneknya juga, tapi Jannah lembut orangnya, cepat beralah dan macam senang
di buli, itu yang menakutkan Tengku Khalidah. Jannah tidak seperti dirinya
keras dan tegas, itu yang membezakan dia dan cucunya. Tapi dalam bab berkorban
rasanya mereka ini sama, mereka lebih mementingkan kebahagian orang lain dari
dirinya sendiri.
Tengku Khalidah
kata kalau kamu nak ceraikan Jannah pun tak apa, dia akan menjaga Jannah dua
beranak dengan baik, sebab semua ini adalah salah dia. Memang dialah yang
mencadangkan pada grandpa supaya kamu dijodohkan dengan Jannah. Setelah grandpa
setuju, dia memaksa Jannah nikah dengan kamu dulu. Itulah sebabnya dia rasa
bersalah sangat pada cucunya, jadi dia akan bertanggungjawab pada cucu dan
cicitnya nanti. Satu lagi dia minta sangat-sangat pada kamu Farid..jika ada
apa-apa berlaku pada Jannah masa dia bersalin nanti dia memohon agar anak kamu
tu dia yang jaga. Kamu nak tahu kenapa Farid?. Tenku Faizal memandang cucunya
dengan pandangan sayu. Tengku Farid hanya mendiamkan diri memandang datuknya
dengan pandangan tanda tanya..
“Mengapa ibunya menyebelahi dan melebihkan
adiknya dari dirinya...sebab dia hanya anak tiri. Wanita yang dianggap ibunya
adalah setiausha ayahnya. Ayahnya berkahwin dengan setiaushanya setelah
isterinya meninggal dunia ketika melahirkan dirinya. Dia tidak mahu cicitnya
akan menerima nasib yang sama seperti dirinya”. Sambung Tengku Faizal.
“Grandpa janganlah
cakap macam tu, jangan doakan macam tu, Farid tak tahu macam mana nak teruskan
hidup ini kalau Jannah tak ada..sekarang dan selamanya Farid memang
mengharapkan Jannah dalam hidup Farid ni. Farid dah sayang sangat-sangat pada
Jannah grandpa” Tengku Farid meluahkan isi hatinya dia terkedu bila datuknya
berfikiran demikian.
“Kami tak pernah
doakan yang tidak baik pada Jannah...Farid mesti ingat...nenda Jannah tu nak
beringat saja untuk hari yang akan datang, sebenarnya dia tidak mahu cucu dan
cicitnya dipersiakan. Farid kamu pun tahu Jannah adalah satu-satu cucunya,
keturunan yang dia ada. Anak perempuanya dah lama menghilangkan diri sampai
sekarang tak penah tahu apa khabarnya. Sebetulnya Farid anak perempuanya lari
kerana dia juga hendak dijodohkan dengan papa kamu Farid. Grandpa tak salahkan
emak Jannah dia kahwin lari dengan orang lain. Dia buat macam tu sebab perangai
papa Farid juga. Sebab sebelum emak Jannah kahwin.. papa kamu dah kahwin dulu dengan
orang lain tampa pengetahuan grandpa.” Tengku Faizal mengkhiri ceritanya dengan
satu keluhan kekesalan diatas perbuatan anak dan cucunya.
“Farid macamana??” garandpa bertanya lagi
selepas dilihatnya lama Tengku Farid mendiamkan diri selepas mendengar
ceritanya.
“Sebetulnya Farid sayang Jannah dan tak
mahu kehilangan dia, kalau Farid lepaskan dia tak mungkin Farid dapatkan dia
lagi. Farid tak pernah niat nak lepaskan dia, grandpa.” bekaca-kaca mata
melafazkan kata-katanya.
“Habis dengan Diana macam mana?”
“Tentang Diana pula rasanya macam tak
patut pula nak lepaskan dia, kalau dia yang minta lainlah, Farid bercinta
dengan dia dari kami diUK lagi. Kalau Farid pegang dua-dua sekali boleh tak grandpa”.
“Boleh tu boleh tapi kamu kena
adillah..dari apa yang kami pandang dan lihat...Farid lebih kepada Diana, itu
yang kami sedehkan, kami kesian Jannah”.
“Farid ni susah nak bagi masa dengan
Jannah..sebab kalau Farid tak ada di rumah Diana akan berjumpa dan pergi
kekelab malam dengan kawan-kawan dia, balik mesti menjelang pagi. Jadi selama
ini Jannah berkorban supaya Farid dapat jaga Diana demi kebaikan Diana dan anak
kami. Itupun cadangan dan diatas kerelaan
Jannah juga”.
“Ialah Farid walaupun diatas kerelaan
Jannah tapi kita ni sebagai suami harus adil..Jannah pun isteri kamu juga dia
ada hak yang sama macam Diana juga”.
“Kalau macam tu Farid perlu pertolongan
grandpa dan grandma….Farid minta grandpa jagakan Diana bila tiba giliran Farid
dengan Jannah.. lagi satu cara Diana berpakaian Farid tak berapa suka tapi
kalau Farid yang tegur dia melawan, Farid bukan nak suruh dia pakai tudung tapi
minta dia pakai rapat sikit..cubalah minta grandma tegurkan kalau mahu dia ikut.”
Tengku Farid meluahkan apa yang menjadi masaalah selama ini kapada datuknya.
“InsyaAllah..grandpa akan tolong apa yang boleh grandpa tolong, bila nak
mula ni.”Tengku Faizal menyanggupi demi kebahagiaan cucunya nan seorang itu.
“Petang ni…pergi kerja esok pemandu
grandpa hantar Diana boleh..rasanya sebab perut dia dah besar Farid tak bagi
dia memandu sendiri boleh tak grandpa”.
“Ok juga tu..lagi satu grandpa rasa
eloklah Farid pindah ke banglo yang
grandpa hadihkan pada kamu tu, supaya nenda Jannah boleh nampak kamu tak
sia-siakan cucunya. Banglo tu dah siap
bulan lepas lagi.” grandpanya memberi
cadangan dan sokongan.
“Ialah ..nanti Farid cari masa yang
sesuai, nak juga beli perabut dulukan grandpa..tapi Farid tak mahu Diana atau
Jannah tahu. Farid rasa nak minta tolong grandma yang pilihkan perabut boleh
tak grandpa?,”
“InsyaAllah ..untuk kebaikkan Farid kami
akan bantu..grandpa akan cari masa pilihkan perabut untuk rumah Farid tu..
Farid tak kisah yang macam mana kan sebab kalau kami yang pilih tentulah
citarasa orang tua.”
“Tak kisahlah janji boleh pakai sudahlah..
Farid bukan cerewet sangat.”
“Macamana dengan Jannah pulak..Farid?”
“Farid sebenarnya bersyukur sangat dapat
isteri macam Jannah grandpa..dia bukan seorang yang kebendaan atau
berlagak..hidupnya ala kadar, apa yang kita bagi itulah yang dia ambil..Farid
tak pernah dengar dia menyungut tak suka atau tak sesuai.”
“Kalau dah macam tu jagalah dia baik-baik.”
lama mereka berdua mendiamkan diri mungkin memikirkan apa akan terjadi dihari
mendatang. Akhirnya Tengku Farid meminta diri.
“Kalau dah tak ada apa lagi Farid keluar
dululah garandpa…Assalamualaikum.”
“Walaikumsalam”. Sebenarnya Tengku Faizal
juga sudah nampak perubahan pada peribadi cucunya sejak dia bernikah dengan
NurJannah. Sudah ingat keMasjid bila hari Jumaat, dan setiap kali berjumpa
tidak lupa mengucapkan salam dan memeluk dirinya. Dia sungguh bersyukur dengan
perubahan cucunya.
=================================================
Tengku Farid keluar dari bilik datuknya. Dia merasa lega,
setengah dari masalahnya selesai, terasa lapang sedikit kepalanya. Kemudian dia
masuk ke biliknya. Di biliknya sedang Farid menyiapkan kerja yang terbengkalai
setelah di panggil oleh datuknya tadi, terdengar pintu bilik di ketuk.
“Masuk” jerit Tengku Farid.
”Assalamualaikum..” sapa satu suara yang
sangat di kenali, siapa lagi kalau bukan Halim sahabat nya. Tengku Farid mengerling
jam ditangannya.
“Apa mimpi ni ketuk pintu pulak, ohh.. dah
pukul sepuluh..cepatnya waktu berlalu dah pukul sepuluh rupanya, Jom.”ajak Tengku
Farid, Halim sudah tahu kemana, sekarang ini mereka berdua sudah mengamalkan
solat sunat Duha setiap hari. Selesai solat dan berdoa mereka keluar dari surau
menuju ke bilik Tengku Farid semula.
Malam tadi
sepulangnya Nur Jannah dari rumah nendanya hatinya gundah,selesai solat Isyak
berzikir dan berdoa..matanya juga tidak mengantuk lagi. Untuk mengubat hati
yang gundah diambilnya sebungkus gandum lalu disenduknya kedalam sebuah besen,
kemudian dia mengambil sebiji telur dibasuh dan dipecahkan dimasukkan kedalam
tepung tadi, setengah camca garam halus, dua sudu makan susu pekat manis dan air
lalu diulinya. Dia menguli doh untuk roti canai rupanya. Itulah menu untuk sarapan
esok pagi bersama suaminya.
“Kita minum dulu Lim, aku bawa bekal roti
canai dengan kari sardine hari ni. Aku minta Jannah bawa lebih sikit nak minum
dengan kau.” Ajak Tengku Farid membuka bekalan yang disiapkan oleh Nur Jannah
pagi tadi. Mereka makan di sofa yang ada di bilik Tengku Farid.
“Hmm..sedapnya bila isteri kau siapkan ni,
siap ada sambal sotong ni lagi.“ belum makan lagi Halim sudah terasa sedapnya.
“Kalau aku tenguk dia buat macam senang
saja. Katanya malam tadi dia uli tepung, untuk di buat duh, kemudian pagi tadi
masa aku sampai dia tengah temek-temek atas dalam dulang kecil, akulah yang
tolong dia goreng pagi tadi.
“Wah pandai kau masak roti canai sekarang
ni Farid, ada perancangan buka gerai roti canai tak?”. Gurau Halim.
“Banyaklah kau punya buka gerai roti
canai...aku ni pandai goreng sajalah. Sambal sotong ni sambal semalam, kalau
kau nak pedas tambahlah sikit tapi lepas makan jangan lupa kumur-kumur nanti
bau sardine melekat kat mulut kau.” sambil Tengku Farid menghulurkan sebuah
bekas yang telah di isi sekeping roti canai kepada Halim.
Sedang mereka menikmati makanan, terdengar
pintu di ketuk dan di buka dari luar, belum sempat Tengku Farid menjawab terjengul
Tengku Faizal tampa dipelawa sudah masuk, lalu menghampiri mereka.
“Allah laparnya grandpa…baru teringat
grandpa belum minum lagi sejak pagi tadi Farid..ingat lepas jumpa kamu pagi
tadi nak pergi minum terlupa pulak..kamu makan apa tu?”
“Ni ha Farid bawa bekal ..Datuk…”Tengku
Faizal sudah bergelar Datuk, semua saff di pejabat dan orang luar memanggilnya
dengan gelaran itu.
“Kau bawa bekal apa Farid, kau beli kat
mana..” Tengku Faizal menghampiri lalu duduk di sebuah sofa yang masih kosong.
“Grandpa nak ke, ada sekeping lagi ni…roti
canai dengan kari sardine.”
Tampa berlengah
Tengku Faizal menyising lengan bajunya lalu mecapai bekas yang berisi roti
canai yang di hulur oleh cucunya, dia makan tampa bersuara. Setelah habis
sekeping.
“Alhamdulillah ..kalau ada lagi rasa nak
sekeping lagi Farid.” syukurnya kepada Allah dengan rezeki yang tak dijangkakan..
“Dah habis grandpa, Farid bawa tiga keping
saja tak tahu pula grandpa suka roti canai, biasa Farid tenguk grandpa makan
roti gardenia saja .. nanti jangan lupa basuh tangan dengan sabun grandpa.”
Tengku
Farid menghulurkan sebotol air mineral untuk datuknya membasuh tangan. Dibukanya
pula thermos berisi air teh o panas di tuangkan ketiga biji cawan yang sememang
tersedia di biliknya.
“Thanks Farid tak payah grandpa keluar
minum hari ini, esok-esok kalau Farid bawa roti canai lagi bawa lebih sikit tak
puas rasanya grandpa makan.” Tengku Faizal bangun menuju ke pintu setelah
memberi pesanan kepada cucunya tadi.
“ InsyaAllah..Ehh..grnadpa masuk tadi nak
cakap apa dengan Farid”.
“Nak ajak Farid minumlah” dia keluar
sambil ketawa sebab perutnya sudah kenyang.
Sepeninggalan datuknya Farid masih berbual
dengan Halim apa yang berlaku malam tadi.
“Lim rahsia aku dia orang dah tahu… Lim”
“Habis dia orang marah tak ??…”
“Mula-mula tu marahlah juga..dan suruh aku
pilih salah satu tapi keputusan sampai mereka berdua tu bersalin”.
“Jadi kau pilih mana satu?”.
“Aku sayang keduanya Lim, aku harus
bertanggung jawab. Aku tak nak fikir
lagi buat masa ni. Aku dah cakap juga pada datuk aku tadi, aku tak nak lepaskan
mereka berdua.”
“Ahh...untungnya kau baru nak masuk 28
tahun kau dah ada dua isteri. Aku ni sebaya dengan kau satu pun tak ada lagi
jangankan isteri... makwe pun tak ada macam mana ni Farid.” keluh Halim risau
keadaan dirinya yang masih bujang, sedangkan usia mereka sebaya saja.
“Aku dah mengalami ... Aku tak rasa aku
beruntung kerana kahwin dua Lim ..kalau waktu boleh di putar balik kebelakang,
aku tak nak tempuh kahwin dua ni Lim. Kahwin dua ni seronok seminggu dua
saja..selebihnya siksa macam aku ni.. tak tahu sampai bila aku dapat bertahan....
aku nasihatkan kau, jangan kau minta kahwin dua,” sudah beberapa kali Tengku
Farid menyatakan kekesalanya berkahwin dua kepada sahabatnya Halim.
“Hairan aku dengar kau ni.. cakap macam
orang frust saja.”
“Ia Lim, aku sebenarnya hanya layak satu
isteri sahaja. Untuk berlaku adil dan memuaskan hati semua orang, bukannya
senang. Lepas tu orang lain senang tapi aku seksa..”
Selepas Halim keluar dari biliknya, Tengku
Farid memikirkan tindakkan selanjutnya. Dia akan memulakan giliran kepada kedua
orang isterinya. Makin lebar senyumanya bila memikirkan giliran di rumah Nur
Jannah malam ini. Sudah lama benar dia tidak bermalam di rumah Nur Jannah.
Memikirkan isteri tuanya hatinya berbunga riang.
Entahlah. Pening otak pembaca melihat perkembangan ceriter ni. Tapi ini yang buat pembaca jadi lebih curious untuk apa akan jadi seterusnya. Bestnya ceriter ni.
ReplyDelete